Terlebih dulu aku nak ucapkan trima kasih daun keladi pada ila kerana membelanja aku kat mc d port klang petang tadi. moga2 kerjaya ko lebih mencanak naik lepas ini. Amin...
sambil2 tu aku terfikir macam manalah badan aku nak slim kalau hari2 makan sedap dan dengan kadar yg tak sepatutnya. malam semalam (03/03/09) aku dan beberapa kawan dah melahap kat bagan seafood. kawan belanja. murahlah rejeki ko kawan.
tak banyak sangat yg diorder, ia sekadar hidangan mengalas perut seperti ketam, sayur baby kailan, tomyam campur, soft crab, butter prawn, sotong celup tepung, dan sekor ikan yg besor bagak masak pedas. aku sempat jugak menambah nasi sebab dah lama tak makan soft crab, apatah lagi kalau yg free ni. baru nak tersandar kekenyangan, si kawan tu order pulak steam prawn. then, order lagi steam crab. dah surrender kekenyangan, alih2 sampai lala masak pedas pulak. adui..... senak perut aku melantak.
si kawan tadi apa ke mood baik dia asyik nak suruh tambah makanan je. tapi kami dah angkat tangan surrender. cuma kami sanggup terima buah je. ais krim pun, takde sorang pun nak. ni antara gambar yg aku sempat snap curi2. nak ambik satu2 course, malu pulak kat kawan tu :-
gambar : soft crab yang popular disini
gambar : Antara juadah yang dipesan.
gambar : Steam crab
yang syioknya masa makan tu ialah suasana yg santai dan meriangkan apabila masing2 bercerita dan mengenakan kawan2 lain. si kawan tu bercerita tentang pengalaman dia di thailand.
sebut thailand atau siam, apa lagi terbayang di kepala lelaki otak kuning selain tiger show yang fofular itu. setelah si kawan bercerita tentang pengalaman dia melihat tiger show, aku juga nak bercerita jugak pasal tiger show semasa kunjungan aku ke siam suatu masa dulu. ini aku cerita semula kisah tiger show tu seperti aku cerita masa kami makan malam semalam .....
Peringatan : sesiapa lemah jantung, apendiks, darah tinggi dan kencing manis dinasihatkan membaca entry ini dengan satu mata je untuk elak kesawanan nanti...
KISAH 'TIGER SHOW'
Sebelum lawatan aku ke siam, aku telah membuat beberapa homework termasuk menonton youtube, membaca sejarah raja siam, perang siam burma, dan bertanya beberapa kawan. aku juga membeli beberapa kilo buah mata kucing siam dan mangga siam untuk elakkan aku cultural shiok masa disana nanti.
setelah pesawat MAS landed kat bangkok, kamipun turun dan dibawa ke pattaya melalui lebuhraya mereka yg moden dan tol yg murah. didalam bas, pemandu pelancong kami tak habis mempromote kami tentang kehebatan budaya mereka, dan diselit2 juga dengan keseronokan aktiviti malam yg mengghairahkan. sambil mendengar, sedar tak sedar air liur aku menitis hampir basah baju yg aku pakai.
sampai di pattaya, kami singgah makan. aku order nasi goreng pattaya. nasi goreng pattaya mereka sangat berbeza dengan nasi goreng pattaya yang dimasak di malaysia. aku bertanya pemandu pelancong. ini adalah transkrip perbualan yg telah dialih bahasa:-
aku : tonny jaa (ini nama hero ombak), kenapa nasi goreng pattaya ini lain dari di malaysia?
tony jaa : apa lainnya?
aku : di malaysia, nasi goreng itu dibungkus dengan telur dadar. disini lain.
tony jaa : Oooo! tak perlu pelik. bagi kami di pattaya, apa saje nasi goreng yang digoreng di pattaya, kami panggil nasi goreng pattaya. kalau goreng di bangkok, kami panggil nasi goreng bangkok. begitulah seterusnya.
aku : OOooooo (sambil melopongkan mulut).
setelah makan, kami check in hotel. dan berehat2. lepas rehat2, aku dan kawan2 mula merayap keluar menyelusuri kawasan bandar mereka yg dipenuhi bar, hotel2 dan kawasan rumah urut. aku mula bertanya kepada kawan2 dan beberapa orang siam dimanakah tempat pertunjukan tiger show yang hebat. pemandu pelancong menasihati aku supaya bersabar sebab masih banyak malam kami akan menginap di thailand. dia beritahu tiger show disitu tidak menarik sangat. aku pendamkan saja gelodak hati menonton tiger show itu. sambil2 tu aku berjalan2 bersama kawan2 menikmati angin malam sambil sesekali cuba ditarik tangan oleh pompuan2 siam. aku menepis dengan keras, sambil berkata "muka cam stemroll, bedak macam tepung gomak, badan cam badak air, ada hati nak goda aku. suruhlah kawan kau yg comel sikit goda". pompuan siam itu cuma sengih kerana tak faham apa aku cakap, dan berlalu pergi. terselamat Iman aku.
keesokkan harinya, kami ke pulau dikawasan itu untuk bermain sea parachut, dan berlibur. lepas berlibur, kami balik semula ke hotel dan check out untuk ke tempat lain pula. aku semakin ghairah sebab kami akan ke tempat pertunjukan tiger show selepas ini.
akhirnya, aku sampai di tempat pertunjukan tiger show. ada jugak beberapa kawan aku yang takut bini dan penakut tidak berani masuk. aku tekad, aku tetap nak masuk tengok apakah hebatnya tiger show disini sampai pelancong seluruh dunia datang. aku berkira2 kalau ada modal nanti bolehlah aku bawa pertunjukan ini dimalaysia, tentu ramai orang berminat, apatah lagi manusia pemburu dan tidak gentar.
selepas membeli tiket, aku dan beberapa kawan mula masuk kedalam kawasan pertunjukan. Argh! pertunjukan tiger show live belum bermula. jadi aku ambil kesempatan melihat-lihat dalam kawasan itu, ada juga pertunjukan live tiger show bersama babi, dan orang afrika. cis! geli aku melihatnya. memang babi betul!
suara dari copong (pembesar suara) menyatakan tiger show akan bermula. aku terus berlari untuk mendapat barisan depan. apa kelas tengok tiger show duduk belakang. tak nampak jelas la beb! untuk elakkan nampak sangat aku jakun tenguk persembahan tu, awal2 lagi aku dan letak sapu tangan pada mulut. cover baik punye!
perggh! memang hebatlah tiger show tu. macam2 aksi. ada yang menggairahkan, ada mengerikan, dan ada juga aku tak faham. show selama satu jam itu aku rasa sangat sekejab. macam nak tengok lagi sekali. tapi masa tak mengizinkan. maaf aku tak dapat tunjukkan buktinya kerana kamera dilarang sama sekali untuk elakkan konsentrasi semasa tiger show terganggu.
bila naik bas, aku dengan bangga bercerita pada kawan2 yg takut bini tu tentang betapa seronoknya melihat tiger show secara live. melopong mulut mereka. kebanyakkan mereka rasa terkilan tidak mengikut aku, dan nasi dah menjadi bubur nasi. tiada lagi peluang melihat tiger show untuk mereka sebab kami akan ke bangkok selepas itu. di bangkok walaupun ada tiger show, ia tidak seperti tiger show disini.
untuk kawan2 yang ingin mengalami perasaan seperti aku, bila ke thailand nanti, jangan lupa singgah menikmati tiger show di kawasan tersebut. dibawah aku tunukkan gambar lokasi kalau korang berminat :-
Untuk maklumat lanjut berkenaan Sriracha Tiger Zoo, klik disini http://www.tigerzoo.com
izzi note :
Ingat aku buat entry lucah ke? kuang.3x. Basuh sket otak kuning tu....
12 comments:
ketam???lama sangat aku tak makan tu..
ketam steam ?
tak pernah pun cuba
aku rasa malam ni bini ko rotan ko puas2... hahaha
cendawanintim,
memang sedap la ketam tu.
lily.lulu,
yup! ketam steam. ia dimasak dengan pes telur. lazat....
monkey d luffy,
ha.3x. sebelum dia rotan aku, aku rotan dia.ha.3x
"sama-sama kasih Daun Pegaga":p
itupun tak pasti kau kenyang ke takk..mesti byak lagi ruang dlm perut tuu..kehkeh!!
Ehhh..pasai tiger Show tu..mmg dah awal2 dlm pemikiran ni pasai pertunjukan binatang.tAk de nya nk pikiaq bukan2..ish..ish..tak baik main tuduh2...
ila,
ye ke ko pikir pasal binatang? ha.3x.
kalau betul takpe lah.... turus otak ko.
mkn sikit2 tapi boleh tahan gaks tu amountnya. menyesal aku tak kenal ko lagi awal, sbb aku njoy mkn, esp makan free :)
ko ni, maksu baru rasa macm nak usha2 tiger show :(
maksu,
walaupun baru kenal tapi belum tertinggal bas lagi.
tiger show? he.3x. ada org lain hantar email bagitau ingat entry lucah. gempak saje.
Tiger Show !!!
Banyak tembak dinding kang..maklumle bil air tertunggak ..
Kuang 3X
Anonymous,
He.3x. gelojoh lah ko ni.
Post a Comment