Showing posts with label Nukilan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Jiwa. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

Koleksi Nukilan Jiwa

Koleksi Nukilan Jiwa.
Bersalahkah aku
enggan menyambut salaman
untuk suatu penyatuan
suatu keeratan.
Berdosakan aku
memaksa salaman itu longlai
dan mengaburkan penyatuan
namun kita masih KAWAN.
IZMAN PAUZI
15/12/1997
8.47pm

Tuesday, March 10, 2009

Nukilan Jiwa : Terima Kasih Mata

Terima kasih mata
kerana melenakan aku
dari kekalutan
yang merantai jiwaku...

Tapi mata
dapatkah kau tenangkan aku
bila aku terjaga
dan kekalutan itu hadir kembali.



Nukilan rasa :

izman

Saturday, September 20, 2008

Nukilan Jiwa : Batu dan air


Gambar Hiasan : Kawasan Hutan Lipur Lentang

Beruntungkah batu
Kerana tenggelam di air
Sedangkan memang fitrahnya
Beratkan tenggelam

Begitulah nasib batu
Hanya gah seketika
Dan akan terus sepi
Dilitupi tenangnya air

Jadi wahai manusia
Jadilah seperti air
meskipun tenang
mampu mengatasi kekerasan batu

kalaupun menjadi seperti batu
biarlah batu yang timbul
kekerasan untuk kesejahteraan
disanjung selalu


Nukilan :

Izman bin Pauzi
15/12/97
10.45pm

Thursday, May 8, 2008

Sajak : Menangislah Anakku

Menangislah anakku
kerana tangisanmu memberitahuku
- kau mungkin lapar
- kau mengkin sakit
- kau mungkin tak selesa
- kau mungkin ingin perhatian
walaupun tangisanmu seringkali memeningkanku
sekurang-kurangnya ku tahu
kau berinteraksi denganku
melalui bahasamu

Menangislah anakku
kerana tangisanmu memberitahuku
kau telah muncul
setelah sembilan bulan 10 hari dalam kandungan ummimu
kau selamat dilahirkan

Namun, kawallah tangisanmu
kerana tangisanmu boleh mengganggu lena tidur
ayah dan ummi yang risaukan dirimu.


Gambar Hiasan : Luqman Hakim sedang menangis.



Nukilan :
Izman bin Pauzi
P.Klang, Selangor
25/01/2005
10.05 PM

Wednesday, May 7, 2008

Tak takutke orang ciplak sajak?

Lepas aku masukkan entry sajak aku, ada sahabat yg email aku kat damak_76@hotmail.com nasihatkan aku jangan publishkan sajak untuk elak ia di ciplak oleh malaon tertentu. Ye lah, sekarang ni banyak kes macam ni.

Kalau kat Universiti dulu pon ada, kes plagiat namanya. Secara peribadi aku memang tak suka ciplak dan aku pun tak mau orang ciplak karya original aku. Kata sahabat aku ni, mereka boleh ambik 100% sajak tu jadikan lagu atau masuk pertandingan sajak dan sebagainya.

Sekarang ni pun masih hangat tentang pencipta asal lagu 'Lagu dari penjara' yang tengah meletop kat Youtube.com. Ada orang kata pencipta dia a.k.a. penyanyi lagu tu yg buat sendiri. dan dah meninggal dunia akibat dihukum gantung kerana membunuh tunangannya. Lagu tu khabarnya dicipta untuk Arwah tunangnya yang dibunuhnya. Ia dicipta semasa ditahan di penjara sehingga dihukum gantung sampai mati. Satu versi lagi ialah ada satu orang mengaku lagu tu dia punya. dia masih hidup. Aku tak pasti siapa punya.

Aku ada proof karya tu aku punya, sajak tu aku tulis tangan dalam buku latihan lagi. kalau diorang buat lagu ke hapa dengan karya aku atau alter sikit jadikan karya mak bapak diorang, aku saman je la. Bila lagi nak kaya. Sekarangkan trend saman menyaman. Bayangkan aku saman diorang RM100 juta, kalau court proof tulisan dakwat tu dah usia dia lebih 5 tahun dan award aku RM1 juta. Gila babas aku. Malaysia ni kecik aje, tentu aku tau punya.

Tapi kalau ada mana2 penulis lirik tersesat ke blog aku ni dan berkenan dgn sajak aku ni nk buat lirik, dipersilakan (Wife aku confirm gelak kalau betul ada orang minat kt sajak aku. dan aku sendiri pun rasa sajak aku ni taraf sajak budak darjah 5 Anggur je). Anyhow, contactlah aku untuk deal harga.

Sajak : Hari Ini dan Hari Esok

Memikirkan hari esok
aku jadi takut menghabiskan hari ini
kerana untuk menemui hari esok
terpaksa melalui kegelapan hari ini

Sepatutnya memikirkan hari esok
aku ingin segerakan hari ini
kerana kegelapan hari ini akan berakhir
pabila muncul sinaran hari esok

Nyatanya hari ini dan hari esok sama sahaja
kerana hari ini akan diganti hari esok
dan hari esok bertukar menjadi hari ini
saling berganti dan melengkapi

Wahai hari ini
permudahkanlah segala urusanku
agar aku tenang
untuk menghadapi hari esok

Duhai hari esok
perlahankanlah langkahmu
agar aku cukup bersedia
untuk menghadapi cabaran baru

Sebagai seorang hamba
aku sentiasa memikirkan hari ini dan hari esok
kerana aku perlu sempurnakan hari ini
takut-takut Tuhan tidak lagi memberikan hari esok buatku.

Nukilan :
Izman bin Pauzi
19/03/1998
10.05PM

Sajak : Lenyapkanlah Rindu Ini

Oh Tuhan!
jatuh cinta lagikah aku
atau aku gila sendiri
pada seorang gadis
yang pernah bertahta dihatiku

aku tak pernah minta
dan tak daya ku tolak
perasaan aneh ini - c.i.n.t.a.

Oh Tuhan!
tolonglah aku kali ini
lenyapkanlah rindu ini
tak sanggup ku tanggung lagi

Bukan aku pengecut
untuk menerima pautan rindu
tapi ku tak yakin pada diri
takut melukakan hatinya
buat kali kedua.

Nukilan :-Izman bin Pauzi (izzi)
24/12/1997

Sajak : Bicara Untuk Sahabat

Kita masih disini sahabat
di daerah permainan kita
berlarian tanpa pakaian
zaman hingusan kita dulu

Kita masih disini sahabat
di daerah persekolahan kita
susah senang bersama
zaman remaja mencari diri

Kita masih disini sahabat
di daerah kedewasaan kita
tapi kita bukan kita dulu
mencari arah masing-masing
setelah menemui sebuah diri.


Nukilan :
Izman bin Pauzi (izzi)
Kg. Batu Balai, Jerantut
23/03/1998
9.33 AM