Showing posts with label tempat menarik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

JEJANTAS UDARA MENARA BERKEMBAR PETRONAS (Skybridge KLCC)

Semalam (19/02/2017) saya berkesempatan membawa anak sulong saya, Luqman Hakim ke Jejantas Udara KLCC (Skybridge Petronas Twin Tower). Ia adalah kejutan kepada anak saya itu. Kebetulan pada hari tersebut saya sudah berjanji dengan dua orang sahabat baik saya untuk mini gathering pada sebelah petang, dan ada sedikit masa untuk ke KLCC.

Berikut adalah catatan lawatan saya sebagai panduan sahabat yang ingin ke Skybridge Petronas Twin Tower (Skybridge KLCC):

PERMULAAN LAWATAN : RANCANG PERJALANAN.
Umum tahu bahawa skybridge ini adalah lokasi wajib bagi pelancong asing dan kouta masa lawatan juga adalah TERHAD. Jadi jika anda berhajat untuk ke sana, pastikan anda rancang dahulu perjalanan anda agar tidak berputih mata.

Di sini saya sertakan info waktu pembukaan dan jaduan lawatan untuk panduan bersama. Info ini diperolehi daripada laman sesawang rasmi skybridge iaitu http://www.petronastwintowers.com.my

(Gambar : Fakta mengenai KLCC)

(Gambar : Info berkaitan waktu operasi dan lokasi bagi membeli tiket)

(Gambar : Info berkaitan masa pilihan bagi membeli tiket)

(Gambar : Harga Tiket)


PERINGKAT PERTAMA LAWATAN : MEMBELI TIKET
Jika anda bernasib baik, anda sebenarnya boleh sekadar 'walk in' sahaja. Saya dimaklumkan bahawa pelawat tempatan dikehendaki hadir sendiri untuk membeli tiket di LEVEL CONCORSE Menara Berkembar Petronas kerana harga untuk rakyat Malaysia cuma boleh dikeluarkan setelah menunjukkan kad pengenalan.

Setelah membeli tiket dengan harga yang tertera, pelawat akan diberikan tiket dan pas pelawat seperti di bawah:-

(Gambar : Contoh tiket)

(Gambar : Contoh pas pelawat dewasa)

(Gambar : Contoh pas pelekat pelawat kanak-kanak yang ditampal pada pakaian)


PERINGKAT KEDUA LAWATAN : PEMERIKSAAN DAN TAKLIMAT KESELAMATAN.
Apabila waktu melawat akan bermula, semua pelawat akan dipanggil. Mereka akan melepasi mesin pengimbas tiket, dan seterusnya akan melalui pemeriksaan keselamatan oleh anggota polis. Pelawat dikehendaki mengosongkan poket dan melalui 'scanner' seperti yang terdapat di lapangan terbang. 

Pelawat juga dikehendaki berkumpul untuk taklimat keselamatan yang dibuat secara digital seperti gambar di bawah:

(Gambar : Taklimat keselamatan)


PERINGKAT KETIGA LAWATAN : JEJANTAS UDARA MENARA BERKEMBAR PETRONAS (SKYBRIDGE)
Pelawat akan diiring oleh polis bertugas memasuki lif dan ke Tingkat 41 yang menempatkan skybridge ini. Untuk maklumat, skybridge ini adalah jejantas pejalan kaki yang tergantung antara dua bangunan Menara Berkembar Petronas. Ia sepanjang 58.4 meter dan berada di aras ketinggian 170 meter dari permukaan tanah. Tinggi tu!

Jika kita amati, sebenarnya jejantas ini sedikit beroleng (bergerak) tetapi jangan bimbang ia mematuhi tahap piawaan keselamatan yang tinggi. Jika berlaku kecemasan, sila patuhi arahan petugas.

Kami diberi masa 20 minit untuk menikmati suasana di skybridge. Saya banyak berselfie dengan Luqman dan ada masanya kami menebalkan muka meminta petugas atau pelawat lain merakam gambar kami berdua. Ala... mereka pun sama, jadi apa nak dimalukan. 

Jika memerlukan apa-apa maklumat, sila rujuk papan info yang disediakan atau tanya sahaja petugas yang mengiringi rombongan kita. Kita dah bayar, jadi gunakan hak kita sepenuhnya. 

Berikut antara gambar kawasan skybridge yang saya rakamkan.



  






PERINGKAT KEEMPAT LAWATAN : DEK PEMERHATIAN (OBSERVATION DECK) 
Dari tingkat 41 yang menempatkan skybridge, kami kemudiannnya dibawa menaiki lif ke Tingkat 83. Namun kami dikehendaki masuk semula ke lif yang berada di tingkat tersebut untuk ke Tingkat 86. Tingkat 83 ini cuma kawasan transit. Untuk info, lif kecil ini hanya memberikan perkhidmatan ke tingkat 84, 85 dan 86 sahaja.

Tiba di Tingkat 86 suasananya sangat cantik. Puncak Menara Berkembar (pinacles)  begitu jelas di depan mata seolah boleh dijangkau dengan tangan. Di sini pelawat boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur yang saujana mata memandang. Teropong berkuasa tinggi juga disediakan bagi kemudahan pelawat.

Masa 20 minit di Observation Deck ini terasa begitu singkat kerana tidak puas menikmati suasana KL dari tempat tertinggi di Malaysia ini. Di sini disediakan pelbagai info untuk pengetahuan pengunjung berkaitan menara ini. Jangan tak tahu bahawa Tingkat 86 ini adalah tingkat/ aras tertinggi yang boleh dinaiki oleh orang awam kerana dua aras paling atas selepas Tingkat 86 ini di khaskan untuk penyelenggaraan sahaja.

Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama.









PERINGKAT KELIMA LAWATAN : GIFT SHOP / TRANSIT AREA
Setelah selesai melawat aras Pemerhatian (Observation Deck), kami turun kembali ke Tingkat 83. Tingkat ini adalah aras transit dari Tingkat 42 (Skybridge) ke Tingkat 86 (Observation Deck) dan dari Observation deck untuk turun ke aras tanah Bangunan Berkembar Petronas.

Keluar sahaja dari lif, terdapat dinding biru yang memaparkan kesemua grafik bangunan dan menara tertinggi di dunia untuk info dan perbandingan. 

Di aras ini juga terdapat kedai cenderahati (gift shop) yang menjual pelbagai cenderahati kenang-kenangan. 

Sebagai peminat token, saya tertarik dengan mesin menempa token menara berkembar yang terdapat di situ. Pelawat boleh merasai pengalaman menempa tiga jenis token sebagai tanda pernah sampai ke situ. Setiap token berharga RM5.00. Sayangnya saya cuma dapat dua sahaja token kerana mesin menghadapi masalah teknikal.

Kami di sini sekitar 20 minit dan akhirnya diberikan giliran untuk turun ke aras bawah. Lawatan tersebut secara rasminya tamat.








TINGKAT BAWAH : KLCC / SOUVENIR PHOTO COUNTER
Apabila tiba di tingkat bawah, mana-mana pelawat yang telah menempah gambar melalui jurufoto bertauliah akan menerima gambar mereka. Tempahan gambar ini boleh dibuat sepanjang masa lawatan dengan berhubung dengan jurugambar yang sentiasa berada bersama kumpulan rombongan dan akan diberikan slip tempahan seperti di bawah:


Oh ya! Diingatkan sebelum menggunakan khidmat mereka, tanya harga dahulu. Saya takut anda pengsan apabila diberitahu harganya ketika anda menerima gambar anda di tingkat bawah nanti.



LAWATAN TAMAT .
Secara keseluruhannya, saya dan anak saya Luqman Hakim sangat seronok menyertai lawatan ini. Ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan. 



Wednesday, February 13, 2013

Restoran Ayam Kampung,Kota Damansara

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah, tahun 2013 ini ada sedikit kesempatan untuk aku berblog semula. dan aku ingin cerita tajuk2 yg aku suka iaitu MAKAN-MAKAN.

sebenarnya byk jugak tempat aku dah jelajah cari makan sejak berpindah ke kilang baru di Kota Damansara ni. oh ya.... lokasi berbeza iaitu dari Telok Gong, port Klang ke Kota Damansara, Petaling Jaya. akan tetapi masih bekerja di syarikat yg sama. Alhamdulillah, syarikat dah berpindah ke tanah dan bangunan sendiri, dekat je dengan uptown Kota Damansara.

di KD ni byk jugak aku cari2 makan, tapi banyak yg bukan selera aku. dan aku jumpa banyak juga tempat yg menepati selera aku yg aku akan update kemudian. makan dan snap sedikit gambar tu suatu kelaziman bagi aku.

hari ni (13/2/13) atas promosi kawan aku si engineer production, hadi menceritakan kesedapan ayam kampung berhampiran masjid kuning KD aku turuti. cam biasa, aku bawa sidekick aku si saiful.
1st impression..... pergh... ramainya orang. segan lak nak ambik gambar guna henpon nokia 3310 aku ni.



So, beraturlah. si hadi awal2 suruh rasa ayam kampung goreng. aku ambik nasi putih, kuah campur, ayam kampung goreng yg panas2, telur masin, sayur nangka dan sambal belacan. air aku bedal air teh o' ais limau.




Kita rasa ayam goreng dia dulu.... mmmm... nyam...nyammm.... emmm.... sedap! adunan kuah...sedap! sayur nangka..... biasa2 je! sambal belacan.... Terbaik!
jadi kombinasinya adalah sedap! memang tak rugi cuba.

yang lagi berbaloi, nasi diatas dan teh o ais limau cuma RM6.70. murah tu beb! kalau makan nasi campur satu lauk kat seksyen 6 area md d / kfc yg biasa2 tu je dah RM8-10. ni lagi berbaloi. lagi best sebab si hadi yg belanja. 

so, aku memang rekomen sape nak makan sini (jika selera lebih kurang aku la...).

Alamat restoran ni:

Restoran Ayam Kampung

No. 49 Jalan Cecawi 6/33 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
016-2945991 (En. Radziff)

Saturday, February 25, 2012

Konvoi Pengkalan Balak : Bergumbira

sambungan dari episod "KONVOI PENGKALAN BALAK : CHALET HAJJAH MAHAWA

lepas solat dan makan, aku dan anak2 join keluarga lain beraktiviti. dah nama tepi laut, kita main laut dulu. err... budak2 je boleh mandi laut dulu. para bapa kena bekerja.



bapa-bapa menyiapkan bbq. banyak yg tersedia seperti ayam, sosej, fish ball, ikan kembung dan ikan pari. yang memasak ramai, tapi tiap kali aku jenguk je nak ambik ayam bakar, tak de. aku perhatikan, rupa2nya saiful ni jenis hantu raya, makan je kerjanya. tak kenyang2 pulak tu.


kemudian permainan untuk kanak2 dan bapa2. pergh.... memang meriah beb!




banyak acara sebenarnya, aku yg tak sempat rakam sebab nk tengok acara, nak masuk acara, anak aku masuk acara, nak mandi laut, nak kawal anak2 aku lagi. dah abis acara rasmi, semua berendam di laut. yg bagusnya kat sini pantai dia eksklusif. berbanding pantai pengkalan balak yg lain, kat chalet hajjah mahawa ni ia tidak dikunjungi pengunjung selain penginap chalet. pantai dia landai dan ombak tak kuat. habis kecut pasal berendam lama sangat, nasib baik tak jadi telur masin (diam!).

sebelah malam tak banyak sangat xtvt, lepas makan malam beramai2, berbbq.... pastu kami adakan pertandingan melukis. sepatutnya dalam tentatif program, melukis jam 3pm, tapi dah aku ke bandar menguruskan air cond kereta aku, dan hal2 lain yg tidak dapat dielakkan, pengarah projek bermurah hati menunda ke sebelah malam. anak2 mewarna diberanda masing2.



lepas mewarna, tibalah acara pembahagian hadiah. macam2 gelagat. since ramai anak2 kecik, hadiah bukan ikut keputusan, lebih kepada ikut suka hati. bayangkan ada anak yang masa pertandingan mewarna tidur lena, bila keputusan, anak dia dapat nombor satu. heh... nampak sangat makbapak yg tolong mewarna. apa2pun, semua tak kisah sebab mmg nak suka2. semua anak dapat hadiah sebenarnya.




lepas acara selesai, kami geng2 bapa ambil masa sembang sampai lewat pagi. acara seterusnya adalah tidak diceritakn disini.

Monday, December 6, 2010

Jom Ke Zoo Negara

cuti sekolah dah mula, ibubapa sibuk membawa anak2 pergi bercuti. aku? masih berfikir dan merancang. kelengkapan sekolah untuk anak sulung aku yg akan masuk darjah satu tahun depan masih belum diberesin. hanya baru beli kasut sekolah. pada aku tak kalut mana, asal uang ada di kecek, bila2 boleh beli (alasan!).

since plan bercuti entah bila nak jadi, masa lepak ngan anak2 hari ahad (5/12/2010), anak2 ajak ke 'zoo negara'. menarik gak tu, dekat aje dan kos pun ciput. so, jom ke zoo negara.

perjalanan sebenarnya dlam 30 minit je dari rumah aku. tapi since ada road block kat hiwaay kesas, ia menjadi sejam lebih. entah kenapa roadblock aku tak pasti, tapi dengar2 kata sebab nak elak perhimpunan di Istana Negara yg dianjurkan oleh kerajaan pakatan rakyat selangor.

sampai zoo negara, mak aikk.... ramainya kereta dan orang. terpaksalah parking kat parking B yang agak jauh. tapi maasuk entrance belakang la, so, tak le jauh mane. harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM 20.00 seorang. kanak-kanak antara umur 3 hingga 12 tahun harganya RM6.00 seorang. mahal? oklah tu, binatang tu semua perlu diberi makanan. harga tu berbaloi untuk tengok haiwan yang betul2 haiwan. kalau takat nak tengok manusia bertopengkan haiwan, bersepah. ia ada disekeliling kita. ala jenis manusia yang jatuhkan kawan untuk naik pangkat, tebar fitnah untuk mencari jodoh, membuang anak hasil hubungan haram dan sebagainya.

anak2 seronok betul. ini kali kedua bagi luqman dan pika. untuk amira, ini kali pertama. kami skip pertunjukan haiwan sebab orag terlalu ramai, dan sebab pernah lihat sebelumnya. sama je. pengalaman pergi tahun sebelumnya mengajar kami membawa bekal dan membeli makanan di luar zoo negara. dalam zoo harganya sangat mahal. kalau sedap oklah, tapi.......

anak2 keletah bertanya itu dan ini masa melihat binatang, sebagai ayah aku kenalah sabar melayannya. melihat anak2 yang gembira, kami turut gembira. pika evan pompuan sangat berani berbanding abangnya. si abang? nak dekat dengan gajah dan zirafah pun takut.

kali ni tak naik pun tram, kami jelajah semua tempat dengan berjalan kaki je. oklah exercise sikit.




banyak sebenarnya gambar yg diambil, tapi maleh nak upload. ini antara yang rajin untuk diuploadkan. kalau korang nak tengok binatang seperti musang lamri, siamang, unta, penguin, ikan, burung, serangga dan sebagainya, silalah berkunjung ke zoo negara.

Saturday, November 13, 2010

Labu & Labi

semalam (12/11/2010) aku cuti sehari. ada sedikit urusan. sebelah pagi aku di port klang je, dan sebelah petang di shah alam. kat shah alam aku ke kompleks pkns shah alam. heh.... banyak sebenarnya kenangan aku kat sini, kenangan pahit manis dengan kekasih ke 236 aku dulu (wek, kawin pun dengan orang sekampung, mengaku pernah ada awek konon).

ke kompleks pkns, aku pergi satu keluarga la. dalam 3pm kot. kompleks pkns cam biasa memang meriah. tambah2 nak raya haji ni, penuh depan ruang legarnya dengan gerai jualan pakaian raya. untuk keluarga aku semua dah ada, tak nak beli pakaian raya pun. aku cuma nak tempah pakaian untuk syarikat aku. ala syarikat cinonet aku yang buat website untuk mempromosi businesscard. www.izzibusinesscard.com . sekarang dah mula dikenali. bila dipanggil untuk bayar, ada yang tanya kenapa tak de uniform. heh, satu kos tambahan lagi, dah la syarikat kecik. so, aku ke pkns untuk tempah baju syarikat la. actually baju memang ready made, cuma nak buat embroidery je. ok jugak ada uniform syarikat even simple gile, at least ada imej dan menarik kepercayaan pelanggan.

dalam doq berjalan, anak2 ingatkan bahawa belum beli kura-kura. err.... minat bela kura-kura pulak. aku cakap labi-labi, diorang kata nak kura-kura jugak. so, pegila masuk kedai ikan di kompleks pkns tu. kat port klang sebenarnya banyak kedai ikan dan murah2, tapi malas nak pergi sana. aku biarkan anak2 aku, luqman dan pika pilih akuarium dan 'kura-kura' mana yang dia nak. bercakap pasal hobi atau minat anak2 bela binatang ni sebenarnya ikut musim. sekejab minat ikan emas, aku beli dengan akuarium kabinet. kemudian minat hamster, pun aku beli dan tambah aksesori sampai seratus hengget lebih, bila kena gigit ngan hamster hari tu, aku just bagi percuma kat rakan sekerja. masa tu kecoh pasal kematian akibat kencing tikus, bila luqman kena gigit jarinya dengan hamster, terus pergi klinik cucuk dan terus let go hamster tu. biarpun mereka sayangkan hamster mereka, aku lebih sayangkan anak2 aku. kemudian minat kucing, pastu arnab, dan sekarang kura-kura.

dah puas mereka pilih, akhirnya dapatlah satu set kura2 mereka. aku sebenarnya tak berkenan dengan pasir hitam, tapi biarlah. nanti aku tambah pasir warna warni, batu2 dan sebagainya.



balik rumah mereka tanya aku nak namakan sebagai ape? aku pun tak reti. ada 2 ekor, satu jantan, dan satu betina. aku pun tak taumana jantan mana betina, macam serupa je. so, untuk sementara waktu sebelum aku kenal mana jantan betinanya, aku namakan ia 'labu dan labi'.

bab menjaga kura2 ni aku belum reti. just tanya jurujual tu cara penjagaannya. cam biasa la, kena bersihkan bekasnya seminggu sekali. anak2 cakap diorang akan bersihkan, tapi cam biasalah 'ayah jugak' kena buat. tak kisahlah, at least mereka ada sesuatu untuk menghiburkan hati. kalau anak2 bahagia, akupun bahagia. apalah harta benda jika nak dibandingkan dengan senyuman di wajah anak2.

Wednesday, August 11, 2010

Colmar Tropicale (Bukit Tinggi, Pahang) - Episod Finale

Alhamdulillah, hari ni (11/8/10) umat Islam di Malaysia dah mula berpuasa. tak lama lagi raya, yahoooo! so, sementara menunggu solat solat subuh, aku habiskan dulu catatan perjalanan budget aku sekeluarga ke Colmar Tropicale. selain bangunan2 berkonsepkan perancis yang menjadi tarikan utama, ada lagi beberapa tarikan lain di colmar tropicale ni yang boleh dikunjungi jika berkunjung ke sini. antaranya ialah :

JAPANESE VILLAGE
Japanese Village atau Japanese Garden ni tertelak agak jauh dari bangunan perancis di colmar. jalan kaki memang boleh, tapi kena jalan kaki setengah hari la baru sampai. boleh berkenderaan sendiri dengan melalui bukit bukau yang tinggi dan cerun curam. mau tak tinggi, taman jepun ni terletak 3500 meter di atas paras laut.

bagi yg berkenderaan sendiri, parkingnya agak jauh ke bawah dan terpaksa berjalan kaki menaiki bukit. kalau gunakan kenderaan colmar iaitu lori yang diletak tempat duduk tu, percuma.

kat taman ni, ada kedai cenderamata jepun, lanskap taman jepun, kolam ikan kap jepun, spa jepun, boleh menyewa kimono jepun, rumah jepun, mencuba upacara minum teh jepun yang berbayar. pendek kata semuanya jepun. nak lebih afdal, pakailah selipar jepun masa ke sana. cuma yang jantan2 tu jangan gatal2 nak usik2 gadis2 manis berpakaian kimono dengan mekap ala2 geisha jepun tu, kang tak pasal2 kena penampar jepun.





PERMAINAN DALAMAN DAN XTVT
kat colmar ni, permainan & xtvt dia tak macam di genting highland. sini takde judi walaupun tokey colmar ni ialah tokey judi sport toto. banyak jugak la permainan & xtvt yang boleh dicuba selain berehat dan menghabiskan madu dibilik bagi pasangan berbulan madu.

ada jungle trekking, berkuda, paintball, permainan mesin, gerai jualan dan ada la beberapa lagi. bagi aku sekeluarga, since budget ciput main ala2 kadar je. bagi ibubapa, since sini bukan tempat menarik untuk anak2 untuk nak tengok bangunan perancis, sediakan wang secukupnya bagi anak2 mencuba semua permainan disediakan. semua permainan bermula dengan 2 token seorang. setiap token berharga rm2.00. tiada mesin ATM untuk keluarkan duit di colmar ye.









RABBIT FARM
kalau ikut standar aku dmemang tak sesuai langsung di gelar ladang arnab (rabbit farm). patut panggil reban arnab lagi sesuai. bayaran masuk sebanyak rm3.00 seorang bagi pelawat berusia lebih 2 tahun memang kurang berbaloi.

ladang arnab ni terdiri daripada satu kawasan kecik tempat arnab dilepaskan, reban arnab betina dan anak2 kecilnya, satu reban keldai, satu reban rusa, dan satu reban tah apa binatang lagi. binatangnya pula sedih nak cakap. arnab ada la dalam 40-60 ekor, dan rata2 dah tua. since arnab mereka diajar kalau tak bagi makanan tak mau kawan, mau 6 paket pallet makanan aku beli nak beli hati arnab2 tu. satu plastik kecik pallet makanan tu yang mengandungi dalam 12 biji palet berharga rm1.50.

even tiket dikenakan, mana2 pengunjung sebenarnya boleh masuk tak payah bayarpun. takde orang check tiket dan petugas ada la dalam 3-4 orang. pintu masuk terbuka luas di depan dan dibelakang. banyak kali aku tengok ramai masuk free je. memandangkan aku dapat A1 masa pendidikan Islam masa darjah 3 anggur dulu, aku sekeluarga bayar. ustazah aku cakap berdosa kalau masuk tanpa kebenaran.

oh ya! reban arnab ni terletak sangat jauh dari colmar. dan sebenarnya diluar kawasan colmar, jauh sebelum kaunter tiket nak masuk colmar. kalau dah masuk colmar, kena turun balik. ia terletak sebelah kiri selepas pondok polis bukit tinggi hills, sebelum padang golf.

oh ya lagi sekali, even tak best mana pun, dua kali jugak aku masuk rabbit farm ni. sekali masa hari pertama, dan kali kedua masa on the way balik selepas check out hotel. anak2 punya pasal. sekarang, anak2 asyik nak bela arnab je. hamster hari tu dah bagi orang. sape2 nak cuba naik keldai, harganya rm6 seorang ye.





MAKANAN & MINUMAN
since dah mula puasa, aku malas nak upload gambar makanan. apa yg boleh aku cakap ialah makanannya adalah sangat mahal bagi pelancong budget cam aku. selera dia pulak jauh dari sedap untuk selera perut melayu cam aku. tapi sebab dah sampai, ada beberapa tempat makan yang aku cuba. tiada restoran makanan segera disini. tiada gerai kecik2 jual jajan anak2. 99.976% kedai dan gerai dikuasai oleh pihak colmar sendiri. semua benda even air mineral kecik 500ml berjenama cikai kat luar yang biasanya berharga rm0.40 - rm1.20 sebotol dijual dalam rm4.00 sebotol. cam biasa makanan barat yang aku reti makan cumalah chicken chop, roasted chicken, fries. roti tu biasalah. makanan lain, jangan kata nak makan, nak sebut pun aku tak reti, budak kampung la katakan.

bagi pelancung budget cam aku, dan lebih2 lagi anak ramai, dinasihatkan beli je makanan kat mcdonalds kat genting sempah tu. nak jimat lagi, bungkus je makanan dari rumah. kawasan tempat makan dan duduk banyak, cuma tersorok sikit la. korang pegi je lepak berkelah di belakang bangunan colmar tu, ada tempat duduk disediakan. dah la pemandangan cantik, orang pun takde lalu lalang.

KESIMPULAN :
1)colmar tropicale ni sesuai untuk orang yg banyak duit, orang yg suka bangunan lama, orang yg berbulan madu, orang yang nak rehatkan minda. ia tak sesuai untuk orang2 takde duit dan orang fikir 17x sebelum berbelanja.

2) tak perlu bermalam sini kalau just nak tengok tempat2 menarik disini. 1/2 hari dah cukup. bilik2 dia sangat mahal, even yang paling cikai. 4 star beb!

3) tiada kemudahan ATM disediakan. kena beringat untuk sediakan wang secukupnya sebelum naik bukit tu. stesen minyak pun takde, so isi minyak penuh di genting sempah.

4) berapa budget untuk perjalanan budget aku untuk 2 hari 1 malam di colmar tropicale ini? malu nak sebut. even budget: duit hotel, makan, permainan, perjalanan dan sebagainya.... kalau aku cakap, aku yakin ada operator kilang aku bunuh diri. gaji mereka 2 bulan habis dalam 2 hari. berlagak? tak, itulah kenyataan bercuti tempat orang2 kaya ni. itulah pasal aku suka duduk motel/chalet je kalau bercuti. pantai ialah tempat aku paling suka.