Showing posts with label Sesi makan dan mengumpat. Show all posts
Showing posts with label Sesi makan dan mengumpat. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Burger Bakar Uptown, Seksyen 6 Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

kita cerita makan lagi. cerita psl kerja dan keluarga mmg banyak tp takde mood nak cerita. mood makan sentiasa ada. kali ni aku nak cerita pasal burger bakar lagi. dekat area kota damansara ni banyak betul penjual burger. burger biasa2 tu malas aku nak cerita, aku cuma minat cerita burger luar biasa seperti burger bakar dan burger kukus. err... burger kukus tu aku belum singgah lagi. ini kisah burger bakar kali kedua selepas burger bakar abang burn.

kerja kilang macam aku ni even ditulis kerja 5 hari seminggu, 8.00 pagi hingga 5.45 petang, tapi kena kerja sampai malam tu biasa. kuli la katakan. yang lagi haru, kerja lebih masapun mane ada overtime. tapi niat kerja kerana Allah, cukuplah.

bab makan burger bakar atau makan malam2 sebelum balik rumah ni biasanya bila kena stay back. stay back ni kadang2 sebab kerja kejar deathline, kena siapkan report untuk presentation dgn director, atau sekadar GM sukur stay sebab dia ajak makan. sebagai kuli, aku kadang2 akur jugaklah.

 walaupun namanya Uptown Burger Bakar, gerai ni bukan dalam kawasan uptown kota damansara tu. dia terletak sebelum uptown (kompleks muhibbah, kota damansara). kalau sape tau mc donalds/kfc/pizza hut seksyen 6 kota damansara, dekat2 area situlah. untuk lebih spesifik ia terletak ditepi jalan besar. lokasi dia memang tersorok sebab dia berada dalam Restoran Najiha Tom Yam Seafood. kalau tak tau sangat, korang carilah signboard Nasi Ayam Warisan, memang sebelah dia je.


sebab tak pernah makan disini, terkial2 jugak nak pilih menu. ingat nak makan uptown kambing bakar, tapi dia kata takde stok. setakat makan ayam dan kambing biasa tu, baik aku buat sendiri kat rumah aku. so, aku pilih 'Uptown Baconism'. sebenarnya kalau sebut menda2 cam menjurus kepada sinonim kebabian ni aku fobia sikit seperti hamburger, bacon. tapi sebab ia sekadar nama untuk daging salai bersama gading bakar, aku cubalah. nampak macam sedap.


burger order dengan gerai burgerlah. tapi air order ngan restoran tomyam tu. aku nak cuba rebina laici. cam sedap je. air rebina tu warna merah, tapi sebab aku pakai henpon nokia 3310, warna cam warna air sarsi je. sapelah nak sponsor henpon mahal kat aku ni. emmm... rasa air rebina laici tu memang sedap. apatah lagi memang aku suka rebina dan juga roselle. air dua2 tu sama je. air rebina yang agak manis masam ditambah dengan laici yang manis memang kena. patut cuba, serius sedap.

dalam 15-20 minit menunggu, ni dia dah sampai burger bakar aku. errkk... apsal lain sangat dengan gambar yg diiklankan. biasalah, ilustrasi iklan memang lebih menarik dari produk sebenar. sebelum makan aku snap gambar dulu. pastu aku akan post mortem burger tu. sebenarnya aku suka bedah isi perut burger tu sebab aku nak cari apa kandungannya dan nak buang menda2 yang aku tak boleh makan seperti bawang.


bawang mentah memang banyak, ada campuran sayur yang hancur termasuk nenas masak. sebenarnya burger baconism aku order tu dah tambah cheese. uptown baconism RM9.00, tambah cheese RM1.00. so harga set burger diatas ialah RM10.00.

rasa? pada aku takat biasa2 je. selain dari daging burger yang garing dan kering yang boleh tahan sedapnya. nasib baik ada pelbagai sos cair yang membuat selera boleh naik. ye lah campuran rasa manis, masin dan masam tu cukuplah jugak.

apa2pun macam biasa, selera kita lain2. pada aku may be tak sedap, pada anda mungkin paling sedap dalam dunia. aku komen ikut selera aku sebab aku bayar guna duit aku sendiri. no heart feeling.

kepada yang berminat, lokasinya

Uptown Burger Bakar
Restoran Najiha Tom Yam Seafood
Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
http://www.facebook.com/uptown.burgerbakar

Friday, February 22, 2013

GULAM MEE @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

pagi ni kita cerita pasal makan lagi. ini semua aku bukak dari fail2 lama. sebenarnya even aku menyepi dari berblog, cari tempat makan memang hobi aku. pantang ada orang kata situ sedap, kalau ada kesempatan masa dan wang, aku mesti cuba.

masa mula2 sampai kota damansara ni, rata2 kawan2 yg menetap dan bekerja disini cadangkan aku 2 tempat yg katanya sangat berbaloi iaitu 'Nasi Ayam Warisan' dan 'Gulam Mee'.

Kali ni aku cerita pasal Restoran Gulam Mee. restoran ni dekat amat dengan opis aku. tapi jalan kaki memang kira tahap basah la spender. kata kawan2 yang paling menarik disini ialah Mee Gulam. so, bila kali pertama mengunjungi restoran ni aku makan gulam mee.

gambar : inilah rupanya gulam mee dengan ayam yang famous itu.

ini kali pertama aku makan mee ghulam. sebelum ni aku dah makan beratus jenis mee, tapi rasa gulam mee ni memang pelik dan langsung tak masuk ke jiwa aku. aku bukan kata tak sedap, tapi rasa dia memang bukan taste aku. 

selepas kunjungan kali pertama makan mee gulam tu, sebenarnya dah berpuluh kali aku pergi balik ke restoran gulam mee ni termasuk makan mee hailam, nasi ayam dan sebagainya. tapi semuanya bukan selera aku. mee hailam dia pada lidah aku memang failed. nasi ayam takat biasa2 je. habis kenapa aku pergi lagi? lantak akula, duit aku! ish, ish.ish.... kasarnye bahasa. ala gurau je... sebenarnya aku pergi sebab ramai kawan2 aku yg suka makanan di gulam mee. pada aku, suasana je yang menarik dan sangat luas. aku sangat yakin ramai yang sangat berpuas hati dengan menu disini sebab orang sentiasa ramai dan restoran ni sangat la luas. aku rasa dalam sesuatu masa, kurang2 100-120 orang memang tak payah berdiri menunggu. 
so, kalau aku ikut kawan2 pergi makan disini, aku sekadar minum dan makan kuih pau, atau roti bakar atau kuih muih.

kesimpulannya ialah restoran ni bukan dalam senarai  restoran yang aku gemari. pun begitu ia sangat famous amos di sekitar kota damansara ini. malah pernah masuk TV3 Jalan-Jalan Cari Makan. jadi, jangan pedulikan selera aku, datanglah support restoran bumiputera ini. mmm... akupun ingat restoran mamak, tapi melalui website dia dikhabarkan ia milik bumiputera 100%. 

Alamat Restoran Gulam Mee :
GULAM MEE SDN BHD
B13A-G, Bistari De’Kota, 
Jalan Teknologi 3/9,Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
www.gulammee.com

Friday, February 15, 2013

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang, Kota Damansara

ok.... hari ni kite crita psl makan lagi.

tempat makan ni dah beberapa minggu lepas kot aku pergi bersama saiful dan hadi. cam biasa.... area dekat2 opis aku je. kami ke Restoran Selera Ramai Ikan Singgang.

ini antara menu tempah khas tengahari kami bertiga. emmm... ala kadar je sebab pukul 10am dah minum pagi.
1) Siakap singgang

 2) Kailan ikan masin

 3) Udang Celup tepung

 4) Ops.... ini sambal cili bagi udang celup tepung

 5) Nasi putih (mmm.... harum!)

6) Telur dadar

  7) Daging lembu masak kicap

8) Sambal belacan

Ini laicikang ais aku punya. untuk sejukkan panas badan.

Aku dan saiful sebelum upacara makan2 bermula.

secara keseluruhannya restoran ni memang menepati ciri2 kegemaran aku. ikan singgang dia memang terbaik! sebenarnya ikan2 biasa singgang ada.. tapi si saiful tu gatal nak cuba siakap singgang. masa makan sedap, tapi masa nak membayar terkedu jugak dia sekejab. nasib baik kira tong-tong. harga semua hidangan tu termasuk air tak mahal, hanya RM69.00 je. pada aku tak berapa mahal untuk hidangan yang sedap. lagipun 3 orang makan. 

kuah singgang dia just nice, tak masin sangat. teringat kuah ikan singgang nenek aku buat masa aku kecik2 dulu. rasa lagi kekampungannya. daging masak kicap even lain dari gambaran otak aku masa order, tapi masih ada rasa sedap. sambal belacan dia terbaik! nasi diapun harum. 

pada aku restoran ni patut dicuba untuk kaki2 makan yg se spesis dengan aku. alamat restoran ni :-


Restoran Selera Ramai Ikan Singgang
Jalan Sepah Puteri 5/1B
Pusat Dagangan Seri Utama
Pju 5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor


Dikemaskini 07/3/14. RESTORAN INI TELAH DITUTUP.



Wednesday, February 13, 2013

Restoran Ayam Kampung,Kota Damansara

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah, tahun 2013 ini ada sedikit kesempatan untuk aku berblog semula. dan aku ingin cerita tajuk2 yg aku suka iaitu MAKAN-MAKAN.

sebenarnya byk jugak tempat aku dah jelajah cari makan sejak berpindah ke kilang baru di Kota Damansara ni. oh ya.... lokasi berbeza iaitu dari Telok Gong, port Klang ke Kota Damansara, Petaling Jaya. akan tetapi masih bekerja di syarikat yg sama. Alhamdulillah, syarikat dah berpindah ke tanah dan bangunan sendiri, dekat je dengan uptown Kota Damansara.

di KD ni byk jugak aku cari2 makan, tapi banyak yg bukan selera aku. dan aku jumpa banyak juga tempat yg menepati selera aku yg aku akan update kemudian. makan dan snap sedikit gambar tu suatu kelaziman bagi aku.

hari ni (13/2/13) atas promosi kawan aku si engineer production, hadi menceritakan kesedapan ayam kampung berhampiran masjid kuning KD aku turuti. cam biasa, aku bawa sidekick aku si saiful.
1st impression..... pergh... ramainya orang. segan lak nak ambik gambar guna henpon nokia 3310 aku ni.



So, beraturlah. si hadi awal2 suruh rasa ayam kampung goreng. aku ambik nasi putih, kuah campur, ayam kampung goreng yg panas2, telur masin, sayur nangka dan sambal belacan. air aku bedal air teh o' ais limau.




Kita rasa ayam goreng dia dulu.... mmmm... nyam...nyammm.... emmm.... sedap! adunan kuah...sedap! sayur nangka..... biasa2 je! sambal belacan.... Terbaik!
jadi kombinasinya adalah sedap! memang tak rugi cuba.

yang lagi berbaloi, nasi diatas dan teh o ais limau cuma RM6.70. murah tu beb! kalau makan nasi campur satu lauk kat seksyen 6 area md d / kfc yg biasa2 tu je dah RM8-10. ni lagi berbaloi. lagi best sebab si hadi yg belanja. 

so, aku memang rekomen sape nak makan sini (jika selera lebih kurang aku la...).

Alamat restoran ni:

Restoran Ayam Kampung

No. 49 Jalan Cecawi 6/33 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor.
016-2945991 (En. Radziff)

Thursday, July 19, 2012

Car Badge Sakti

dalam menjadi pemandu di malaysia ni, mau tak mau kita akan lihat satu layanan yang istimewa kepada pemilik kenderaan tertentu. takyah nak bandingkan dengan kereta pihak istana, menteri2, atau tokoh politik dan perniagaan tersohor, aku bercakap dalam konteks orang2 lebih kurang aku. pangkat tak seberapa. kalau kita perhatikan ada dikalangan kawan2 kita yg dikeretanya mempunyai plat besi kecil (car badge) yang berlainan. kalau takat lambang negeri tu tak yah nak sembang kemas la. pun begitu aku yakin ramai yg tak penah tengok macam mana rupa car badge yg biasa dipakai oleh oleh2 bergelar tan sri/ datuk2 ni. ok, kita cerita car badge yg bukan dianugerahkan oleh istana atau yang dipertua negeri, tapi masih diberi penghormatan yang berlebihan oleh penguatkuasa undang2 dijalanraya. ok, aku dh tgk mcm2 car badge yg dianugerahkan oleh pelbagai persatuan dan pertubuhan termasuk pertubuhan penguatkuasa (emmm... tak perlulah aku sebut polis, bomba, tentera, jpj, kastam, sprm, atau sebagainya. cukuplah aku sebut penguatkuasa. korang carilah sendiri pertubuhan mana). pertubuhan ni boleh jadi pertubuhan penguatkuasa yg masih aktif berkhidmat, dan paling ketara pertubuhan penguatkuasa yg dah pencen. aku mengaku bahawa mereka perlukan dana untuk membantu menjaga kebajikan ahli, atau ahli pencen. tapi yg silapnya car badge tersebut menjadi terlalu sakti. pemilik kenderaan dengan car badge sakti tersebut tanpa takut akan melalui sekatan jalan raya dengan cermin gelap, tak perlu pakai tali pinggang dan sebagainya. nampak je car badge atau kadang2 turut diberi dalam bentuk car sticker yg ditampal pada cermin depan kereta, pihak penguatkuasa bukan sekadar tutup sebelah mata, tapi menutup seluruh mata dan melepaskan kenderaan terbabit. kalau jenis penguatkuasa yang ragu2, mereka akan meminta kad kuasa memiliki dan mempamerkan car badge tersebut. itupun meminta dalam keadaan hormat dan takut2. jangan tak tau bahawa, car badge kelas kedua ini (selepas card badge istana/ yg dipertua negeri) ini turut didatangkan dengan kad kuasa sebesar saiz A4. siap ada gambar pemilik kenderaan yg dianugerahkan car badge tersebut. katanya pertubuhan itu telah diberi kuasa oleh perundangan untuk menganugerahkan car badge kepada individu2 yang berjasa kepada pertubuhan terbabit. ya.... dah jadi business pulak. pertubuhan akan minta derma korporat, dengan serendah rm1000 derma, dapat car badge terbabit. aku sendiri di jabatan HR banyak kali dioffer, tapi aku tak minat. pertama sebab aku pakai kereta biasa2, kedua sebab tiada keperluan untuk itu. aku bukan kaki disko yg balik mabuk2 atau bawa betina sundal dalam kereta yg kalau lalu malam minggu, penguatkuasa takkan check. dalam kerjaya akupun banyak aku menderma duit syarikat, ye lah bidang2 derma2 ni kan bawah kuasa jabatan HR. sape pun yg di approach even director aku sekalipun, menda tu akan dibawa kepada aku untuk penilaian dan kelulusan. kadang2 aku bagi banyak, kadang2 sikit, kadang2 langsung tak bagi. tengok keperluan dan kewangan. kalau semua derma nak bagi, duit syarikat bagi semua je lah kat charity. bayangkan setiap hari ada je borang2 derma. persatuan macam2 dari persatuan penguatkuasa, gomen, kesatuan2, rumah anak2 yatim, dan even kepada persatuan yang dengar nama dah rasa nak tergelak. banyak juga stiker dan car badge dioffer sbg habuan derma selain offer makan bersama vip dan keistimewaan lain. aku tak ambik. biasanya aku suakan kat bos2 aku. diorang pun tak minat. keluarga boss aku antara keluarga ahli perniagaan di malaysia, tak hingin nya dia pakai menda2 tu. biasanya dia tolak je kat aku, dan aku akan masukkan dalam stor je (kadang2 aku buang je). pernah sekali aku dapat car badge /stiker "AHLI KEHORMAT VVIP", aku tak nak, aku suakan kat boss aku, pastu dia suruh aku ambik kalau nak. aku tak nak, pastu campak je dalam bakul sampah. dia kata, menda2 macam tu akan bawa kita kepada sikap untuk mengatasi undang2. ya.... aku setuju. tapi ada jugak la sikap bila terperangkap dalam road block yg check satu2 kereta macam kita ni penyamun, rasanya elok ada car badge tu. tengok car badge tu je macam nak terkencing dalam seluar je penguatkuasa. ye lah, mereka yg dijalan2 tu biasanya pangkat biasa2 je. tengok kereta pakai car badge pertubuhan mereka yg ada "ahli kehormat vvip", tentulah mereka risau. pada mereka may be kita ni tokoh2 tertentu yg ada duit dan kenal dengan bos2 mereka. apa2pun. aku menyeru kepada korporat atau sesiapa jua untuk membantu pertubuhan2 ini untuk mencari duit tabung untuk kebajikan ahli dan keluarga. dapat car badge tu ambik je lah kalau nak sangat, tapi janganlah sampai ingat malaysia ni takde undang2. kepada penguatkuasa pula, layanlah kami sama rata even kami ni takde car badge sakti tersebut.

Monday, February 27, 2012

Restoran Nasi Lemak Lido, Klang

ada yg bertanya kenapa dah lama aku tak update pasal makan2. saje.... sebenarnya even tak update pasal makan dan tempat2 makan disekitar klang yg aku dah terjah, aku tetap makan cam biasa. malah ramai dah tegur rupa dan saiz aku yang makin montel (aku janji akn CUBA menguruskan badan).

oklah, kali ni aku nak stori pasal restoran yang menyediakan nasi lemak yang sedap di area klang. sebenarnya ini kali pertama aku pergi, itupun sebab ada urusan di kawasan tu.

Nama Restoran : RESTORAN NASI LEMAK LIDO
Alamat : NO. 35, LEBOH GOPENG, 41400 KLANG, SELANGOR

restoran ni terletak di bandar klang, tapi area dia memang tersorok. bagi yg nak kesana, awal2 aku pesan agar kuatkan hati dan iman. satu sebab nasi lemak dia memang sedap, keduanya sebab nak menuju ke restoran tu memang akan melalui lorong2 pelacuran yang berusia berpuluh tahun di area klang. may be tempat lain, pelacur2 berleluasa disebelah malam, disini, siang malam aktiviti pelacurannya. memang terbuka. aku tak pasti pihak berkuasa tak nampak, atau pura2 tak nampak sebab budak kecik nampak pun mereka tau itu aktiviti tak senonoh. jika diperhatikan, mereka terdiri daripada pelacur india. menurut saiful yg anak jati klang, dari dia kecik2 pun menda ni dah wujud. pelacur ni terdiri dari pondan2 india, yang yg mana aku dapat lihat dah tahap makcik2 dan nenek2. emmm.... apa buruk benar selera pelanggan mereka ni ye.

lupakan pasal pelacur pondan india tu, kita nak cerita pasal makan. kalau anda nak pergi makan nasi lemak tu, pastikan anda tak usha mereka lebih2, takut termuntah pulak bila makan nasi lemak dan terbayang rupa pelacur2 tu.



ini gambar aku masa di restoran tu:-



ini juadah nasi lemak yg aku ambik. aku ambik ayam goreng je.


ini gambar saiful dan syarizzal yg turut serta. mentang2la aku nak belanja semua bedal yg mahal2; begedillah, sotonglah.... suka2 hati je diorang ni. nasib baik aku baru dapat bonus banyak (opsss!!!!) err.... maksud aku bonuslink....he.he..he.....





even restoran ni nampak cam kelas biasa2 je, rasanya memang sedap. terutama sambalnya. rata2 pelanggan adalah orang cina, memang ramai la otai2 ni. harga? emm... nak dibandingkan dengan nasi lemak di warung di kampung2, disini lebih mahal. untuk nasi lemak group aku hari tu, semuanya dalam Rm18.00 je...

Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Di Hotel Premier Bukit Tinggi

semalam (23/8/2011) buat kali keduanya aku berbuka diluar. kali ini atas kapasiti rasmi. dan biasalah, si saiful pun joint the club. pun tak jauh, kami mencuba buat kali pertama ke hotel premier bandar bukit tinggi, klang.

si saiful ambik aku di rumah, sebelum 630 petang kami dah terpacak di hotel premier. sebab tempat dah dibooked, kami meninjau2 makanan yang ada. emm... dibuat konsep gerai2: ada kambing, kuih2, ais krim, mee, nasi, sup dan roti, dim sum, sate, abc, pelbagai air dan sebangainya.




tempat mmg strategik dan jauh dari kelompok yang berada dalam dewan yang padat. since ramai belum datang, kami memilih makanan dengan santai. si saiful ni memang tak boleh lari dari kambing. sanggup ditunggunya kambing padahal pelayan tu baru je usung kambing dari dalam kitchen. heh... species hantu kambing betul.

ini serba sedikit juadah yang aku ambil. aku makan tak banyak sebab tahap kesihatan perut aku belum 100% pulih.

untuk pembukaan selain kurma dan air tebu. aku makan sedikit agar2, kek dan sup rusa.


kemudian aku rasa lemang dan rendang tok.


kemudian aku cuba sate ayam dan meratah sedikit udang masak telur masin.


kemudian aku rasa nasi biryani kambing, daging kambing panggang dan black pepper. dicampur sedikit penang char kuew teow.


dah la, itu je aku makan. lepas makan biryani kambing tu sampai abis, aku berhenti solat maghrib.

kemudian, aku sambung makan sedikit lagi seperti dim sum, kuih2, salad, meratah sotong, dan serba sedikit makanan lain. air pun aku ambik serba segelas; soya, air tebu, oren. sebab tangki dah full, aku sudahi dengan 4 scoop ais krim.

tahap kepuasan ?
pada aku menu2 disitu biasa2 je. kambing dia pun tak hebat sangat. kuih2 tu pun biasa2 je. sate pun setakat boleh tahan. bancuhan air kureng memuaskan. udang masak telur masin is the best. rendang tok agak keras. apa2pun untuk set berbuka rm80 seorang yang tak perlu aku bayar, adalah berjaya menegangkan perut aku. Alhamdulillah. untuk hotel yang baru beroperasi dan kali pertama membuat iftar ramadhan, pada aku OK lah. harap dapat juadah yang lebih sedap pada tahun2 akan datang.

Wednesday, June 15, 2011

Cikgu Paksarela Murid Membeli Buku Tak Berkualiti

dalam mana2 pekerjaan even kerja gomen, kelibat pekerja2 membuat business part time memang ada. ada buat insurans, jual kain baju, kuih raya, jualan langsung dan seumpamanya. bagus, even kt tempat aku, aku tak halang. jangan buat hingga keterlaluan dan mengabaikan kerja udah le.

guru2pun sama. mereka juga membuat part time di sekolah. dari menjual benda2 MLM atau lain2, mereka berniaga untuk menambah pendapatan. bukan aku kata gaji cikgu kecik, heh... gaji mereka bukan kecik ye. tapi dalam mencari duit lebih disekolah, aku memohon agar cikgu2 kita lebih bertimbangrasa.

kenapa aku cakap begitu. ada sebab.

bukan sekali, bukan dua kali, malah dah berkali2 anak aku yang darjah satu balik dari sekolah membawa risalah. bukan risalah politik, bukan risalah suruh masuk direct selling, tetapi risalah untuk ibubapa membelikan anak2 mereka buku2, permainan dan produk makanan yang dijual disekolah. bukan! bukan kat kedai buku atau koperasi sekolah. ini adalah jualan ad hoc, atau lebih sesuai digelar jualan oleh salesman yang datang ke sekolah.

aku cukup yakin bahawa golongan salesman ini masuk ke sekolah dengan restu dan izin pihak sekolah. apatah lagi ada sekolah yang memberi peluang kepada salesman ini untuk membuat demo produk kepada pelajar semasa sesi pembelajaran.

ada bukti? mestilah ada. semalam (14/6/2011), anak aku luqman balik dengan risalah untuk jualan buku panduan matematik dan ilmu silap mata. harga murah rm6 sebuah buku. kalau bayar rm10, boleh dapat buku dan set permainan silap mata. aku setuju bahawa tak ada paksaan untuk beli. tapi bila anak aku balik sekolah pegang risalah sampai ke malam, memujuk ummi dia beri rm10 kalau tak merajuk tak makan nasi, ibubapa tak nak belikan ke? rm10 bukan besar manapun nilai dia, tapi berbaloikan beli buku picisan dan permainan begitu disekolah.

aku tak kata buku tu tak ada nilai pelajaaran. tapi berbaloikan membelinya. anak aku merengek dibelikan buku dan alat permainan silap mata sebab dia beritahu "ayah, kat sekolah tadi, ada orang cina datang kelas luqman. dia bawa buku silap mata. dia buat magic ayah. ada 3 tali tak sama panjang, pastu dia magic, tali jadi sama panjang. pastukan ayah, dia magic duit jadi hilang...... ayah boleh beli tak? rm10 je ayah. dapat buku satu, pastu dapat alat2 silap mata. hebat ayah". aku malas nak tengok anak aku merajuk tak makan nasi sebab buku rm10 tu. pejam mata bagi je rm10.

bukan kali pertama. awal2 tahun dah beberapa kali. jualan buku2 kartun rm2 sebuah. pakej rm10 dapat 5 buku dan dapat hadiah misteri. merengek2 anak aku nak beli buku rm10. hadiah misteri dia? cam lahanat, jadual waktu kelas ada gambar ben 10. kalau buleh tulis jadual waktu kelas tak le aku mencarut, ini kecik yang amat, nak tulis singkatan matapelajaran pun tak boleh. kualiti buku pulak tahap kambing, ejaan salah, lukisan gambar pulak macam lukis dengan kaki.

aku bukan tak sokong anak2 membaca, atau menyokong penulis/pelukis malaysia, tapi biarlah ada kualiti. ini jenis penerbit dan penulis bidan terjun, dan sekolah menjadi pusat jualan bahan tak berkualiti.

dah habis marah? belum. bab menjual produk dari salesmanpun satu hal lagi. pernah suatu masa, ada jualan coklat. ini sekolah kebangsaan di kampung (bandar koboi), tak payah la jual macam jual kat kolej anak2 orang kaya. dapat risalah jugak, satu paket coklat harga rm12. stress aku. pernah aku tak bagi duit untuk anak aku untuk beli menda2 dari salesman yang buat jualan disekolah selepas memberi risalah pada hari sebelumnya, anak aku balik muka toye. sepanjang hari muka sedih. bila ditanya anak menjawab "kat sekolah tadi, luqman je tak beli air kotak tu. semua orang beli. orang lain minum air kotak dalam kelas, luqman tengok je. orang lain ayah dia kerja kilang boleh beli, ayah kerja kilang tak boleh beli".

ye, aku tau ada yang kata kenapa nak manjakan anak. kenapa nak bazirkan duit. kenapa nak bagi muka kat anak. jawapan dia macam kat atas, tak mau anak sedih. ye, anak aku darjah satu, memanglah tak matang lagi. sesetengah kita, dah anak 3 pun belum matang, inikan pula budak umur 6 tahun 6 bulan.

oklah, kesimpulan cerita ni aku bukan nak salahkan sekolah. dan bukan jugak aku nak salahkan cikgu2. aku cuma nak mintak jasa baik sekolah dan cikgu2 agar tidak keterlaluan memberi muka kepada salesman untuk meniaga disekolah. ye, aku yakin dan aku confirm, setiap jualan akan membuahkan sedikit komisen kepada sekolah atau guru terlibat, tapi fikirkan juga kami ibubapa yang terpaksa mengeluarkan duit untuk semua menda yang kurang berfaedah itu. kalau ada buku yang bagus, harga sedikit mahalpun tak apa. aku sanggup beli. opsss...pun begitu janganlah promote produk yang mahal sangat pada budak2 even bagus. bulan lepas, anak aku bagi risalah jugak. mengenai kamus elektronik bahasa melayu. harga rm299. merajuk sampai muncung boleh diikat si luqman bila aku tak bagi dia beli kamus elektronik tu. perluke budak darjah satu beli kamus elektronik tu cikgu? kalau perlu, bawalah dalam mesyuarat pibg, kita wajibkan semua murid beli. kalau setakat nak menggalak budak2 kenal produk berteknologi, anak aku dah ada henpon dan netbook sendiri. setakat laptop aku ni semua dia dah reti explore, tu aku tak bagi dia pakai. pakai netbook dia sendiri je lah. kalau diikutkan memang dah tahap layan facebook sendiri, tapi mengeja pun merangkak, aku sorok broadband aku tu. he.he.he....

sekali lagi aku menyeru cikgu2 agar lebih prihatin dan hormatilah proffesion anda itu. aku hormat cikgu dari dulu sampai sekarang, sebab guru2lah aku ada ditahap ini sekarang (even kuli kilang). kurangkanlah beri budak2 risalah beli2 buku cerita tak berkualiti dan makanan obes yang mahal itu. dah berlambak buku2 yang menjijikan dipasaran, jangan kotorkan institusi yang mulia ini dengan melambakkannya disekolah dan memaksarela pelajar membelinya. untuk jasa baik cikgu itu, saya mengucapkan TERIMA KASIH.

Friday, May 27, 2011

Waiter, Bawa Mouth Cleaner Cepat !

dalam pekerjaan, pergaulan dan sebagainya, selain bahasa melayu kita terpaksa juga berkomunikasi menggunakan bahasa lain. ye lah, dengan orang teganu, cakap slang teganu. dengan orang kelate, kene kecek kelate. dalam kepelbagaian bahasa itu, kita kena jugak menguasai bahasa inggeris.

pada aku secara peribadi, orang melayu (termasuk aku) lemah dalam komunikasi dalam bahasa inggeris ni. pun begitu, terpaksa juga menggunakan dalam komunikasi dan mesyuarat saban hari. so, bahasa inggeris aku takde lah tahap kambing, dan tak juga tahap gaban. sekadar tahap 3 anggur. sekurang2nya bila orang bercakap aku faham dan aku boleh berkomunikasi dengan agak baik.

aku bukan nak cerita bab2 kejanggalan orang melayu berbahasa inggeris bila di temuduga. dalam transkrip bahasa inggeris skor, tapi bila bukak mulut bercakap..... heh.. malu. kekadang masa interview, orang yang melayu yang diinterview galak doq cakap orangputeh sedangkan kami penemuduga haram tak faham. bayangkan dia bercakap inggeris slang kampung nenek dia, kami yang sekolah kampung lain mana faham. yang agak sewel sikit tu, kami dah malas nak layan dia cakap orang puteh, dan kami cuba bertanya dalam bahasa melayu (even aku je penemuduga melayu), si ditemuduga doq cakap orang puteh kampung nenek dia jugak. kesimpulan aku? reject je. he.he.he....

lain kali aku cerita pasal pengalaman2 menginterview. aku nak cerita satu kisah lucu dengan kawan2 aku.

begini kisahnya.

korang tau la port klang ni ialah syurga dunia bagi penggemar seafood. so, kami di port klang ni selalulah ke seafood kalau ada duit. kadang2 bawa keluarga, dan ada juga bersama kawan2. dengan kawan2 ni biasanya geng2 sekerja, saje lepak2 ramai2.

kalau makan berkawan, biasanya dalam semeja lah, 10 orang. bayar tong2 la, mana mampu kalau asyik nak tanggung. so, kami biasanya order tomyang special, kerapu stim, siakap 3 rasa, ketam masak berlada, daging rusa masak kicap, softcrap masak butter, butter prawn, dan seangkatan dengannya. nasi tu biasalah, tambah sekadarnya; biasanya 2-3 kali sorang. percayalah, aku rasa kalau sorang2 dibacakan ayat2 Roqyah, bertebaran syaitan2 dan jin2 dari perut diorang.

sambil2 makan tu biasalah acara kutuk mengutuk sesama kawan2. kutuk boss? mana ada kutuk boss, kami semua pekerja cemerlang, tak baik la kutuk2 boss. boss yang bayar gaji kita tau.

abis makanan berat, tiba2 kawan aku si saiful nizam (bukan nama sebenar)memanggil waiter. dia bercakap dengan kuat "Waiter, please bring mouth cleaner!". si waiter tercengang2. kami yang lain melihat dia dan waiter dengan seribu persoalan. ko mintak apa ni. waiter bertanya "encik mintak apa?". dia cakap "mouth cleaner, mouth cleaner. kami dan waiter masih kehairanan. aku tanya "woi pul, ko mintak ape?". korang ni lembab la, aku mintak mouth cleaner, ala pencuci mulut.

waiter berkata "oo... encik nak cuci mulut. itu sinki, encik boleh basuh disana.
kawan aku tu tak puas hati "bukan nak cuci mulut dengan air la, nak buah2an.
waiter tersengih " encik nak pencuci mulut, dessert"
kawan aku "ya, bawa mangga, betik sama tembikai.

dari kejauhan aku lihat waiter tu bercakap2 dengan kawan2 dia sambil menunjuk ke arah kami. kemudian gelak2. sah, memang gelakkan kawan aku tu lah. tak pasal2 kami tumpang semangkuk.


moral of the story :
malas nak cakap apa moralnya, korang fikirlah sendiri.

Thursday, May 12, 2011

Durian Musang King

hari ni gara2 teringin makan durian, aku ke pasar malam. err... tujuan sebenar ialah kerana isteri nak makan laksam. keinginan isteri yang berbadan dua, kenalah tunaikan segera. kang meleleh air liur anak bila keluar nanti jika hajat tak dipenuhi. kalau dah sampai pasar malam, macam2lah dibeli. untuk aku cuma nasi kerabu dengan hati/pedal ayam. sebab laksam aku rasa tak berapa mengeyangkan, aku beli nasi dagang dengan ikan aye (tongkol). kemudian beli kuih2 sikit, buah2 sikit. sikit kata kau, sengketlah jugak bahu aku menjinjingnya. sayur-mayur, ikan, lauk tak beli ke? sori.... not my taste beli ikan pasar malam ye!

ha.ha.ha.... ayat perenggan atas yg last sekali tu aku mengarut je. memang aku tak suka beli lauk2 pasar malam bukan sebab aku gile pangkat atau perasan kaya, tapi sebab aku memang tak suka. malas nak membawanya, kalau kat pasaraya boleh letak dlm troli je. faham2lah anak ramai, mana nak bawa barang, nak pimpin anak, nak dokong anak.

penghujung jalan nak balik ada penjual durian (emmm memang tiap2 minggu sejak berzaman dia berniaga disitu). ingat nak beli durian yang murah2 je, ala yg dlm rm4-5/kg. tiba2 aku terperasan durian musang king. DURIAN MUSANG KING yang famous amos tu. lepas berunding, dapatla rm12/kg. since duit dah banyak abis kat pasar malam, dan aku yakin duit tinggal serdak dalam poket, aku pilih durian musang king yg kecik2 je.

penjual : abang nk berapa bijik?
pembeli : sebijik cukup la (sambil pilih buah kecik)
penjual : ini buah cantek (sambil pegang dan nak membukanya)
pembeli : opss bang, tu besar sangat, saya duit ada sikit je ni bang. tak mampu bayar nanti.
penjual : ini buah gerenti bagus bang, musang king ni..
pembeli : tapi duit takut tak cukup bang, jangan potong dulu, timbang la dulu.
penjual : ala boleh... (sambil membuka kulit). cuba abang rasa isi dia
pembeli : (merasa) emm sedap, pahit sikit. memang best la bang. ini first time saya rasa ni bang. tapi berapa kilo bang. duit tak berapa nak cukup ni.
penjual : (menimbang) mmm...... 4 kilo lebih sikit bang, kira 4 kila dah. saya bagi rm12 sekilo, jadi rm48.
pembeli : err... memang tak cukup duit bang. tengok la barang saya beli dah penuh tangan ni bang. (mengeluarkan duit dari poket dan dompet). maaf bang, tak cukup!
penjual : berapa ada.'?
pembeli : banyak tak cukup ni bang. bagi saya yg kecik dah la bang.
penjual : duit ada berapa?
pembeli : (mengira sekali lagi) mmm... rm29 je bang.
penjual : takpe lah, dah rezeki abang, bagi je lah rm29 tu.
pembeli : err... saya nak cucuk duitpun mesin atm jauh ni bang, tak kan nak berhutang.
penjual : tak payah, rm29 cukup. kira halal. abangpun dah banyak kali beli kat sini, saya cam.
pembeli : mmm... tak rugi ke bang.
penjual : takpelah, dah rezeki abang. saya halal. takde sape marah, saya tokey, sape nak marah.
pembeli : terima kasih banyak bang. Tuhan saje membalasnya.
penjual : sama2. kalau rosak, mai tukaq ye. durian ni gerenti baik punya.
pembeli : ok bang.

seikhlasnya, akupun tak tau kalau ia durian musang king sebenar atau tipu. durian mahal, manalah mampu nak makan. dah dia kata musang king, aku kata musang king jugak lah. cuma rasa dia aku rasa memakannya puas hati. ulasnya kuning dan isinya sangat tebal. bijinya ala.....hai, cinonetnya. kalau tanam bijinya confirm memang tak tumbuh.

durian tu kami sekeluarga terus pulun, tak ingat dah nak makan laksam ke, nasi dagang ke, atau nasi kerabu. bau dia..... semerbak. anak2 setakat seulas seorang dah surrender. isteri setakat makan seulas setengah, takut baby panas katanya.... heh.... aku? setakat sebiji je la (woi... samdol, dah beli sebiji durian, takkan makan 2 bijik pulak). aku kalau ikit perangai aku, setakat sebijik tu apalah sangat, budak kampung. kat rumah papa aku di batu balai... heh... bukak je pintu dah ada pokok durian. kecik2 dulu, jangankan kata nak makan durian malam2, kalau bulan puasa.... pukul 2-3 pagi pun pekena durian dulu sebelum bersahur.

bab2 menyuluh durian ni, memang ekspert. tak payah pakai torchlight, main cium bau dan raba je. lagi best masa kecik2 dulu, aku ngan adik2 aku suka berebut cari durian sape dapat dulu dan sape dapat paling banyak. even hari cuti sekolah, even memang durian tu memang takde manusia lain nak kutip selain keluarga kami, tak kisah. rebut tetap rebut. kami bangun seawal 6-7 pagi, tak sempat solat subuh, kami suluh durian dulu. lagi thrill sebab ada anai-anai kepala besar tu, err... kami panggil 'kokkiak'. kalau menatang tu gigit, sakitnya Allah saje yg tau. even dah bunuh dia, kepala dia masih melekat kat bahagian kena gigit.

tapi kena gigit tu apalah sangat berbanding keseronokan berebut cari buah durian. tapi datuk aku iaitu tok mat ada bagi petua nak halang gigitan kokkiak ni. ape? tak perlu jampi serapah, cuma kacipkan gigi atas dan bawah sepanjang mencari durian. aku berani gerenti potong ayam, kokkiak tu memang tak dapat gigit punya, even disuakan kaki atau tangan kepadanya.

itu durian kat rumah papa aku, bersebelahan dengan rumah datuk aku di batu balai. kadang2 tu kalau cuti aku bermalam rumah datuk aku di chengkuak damak. lagi banyak durian dia. lagi best berebut durian sebab sepupu2 aku ramai yang tinggal sebelah menyebelah rumah aku iaitu haji daud tu. sape awal, dia dapat durian banyak. kira hebatlah. padahal, semua durian dikutip semuanya letak rumah datuk jugak, semua orang makan sama2 jugak. berebut memang bestlah.

oklah, sembang jauh pasal durian ni, ini aku sertakan gambar durian yang aku beli tadi yang dikatakan durian musang king. kalau sape2 tau ia bukan, cepat2 beritahu aku. biar aku pergi sembur sikit abang jual durian tu. tapi kalau betul, minggu depan aku boleh pergi beli lagi. he.he.he...




Saturday, April 23, 2011

Undang-undang Jahiliah

dalam kita bekerja dengan orang, atau syarikat, kita kena patuh undang2 dan peraturan yg telah ditetapkan. yg menetap peraturan kalau ditempat kerja mestikan majikan atau boss kita. boss kita pulak bukannya boleh buat peraturan sesuka hati makbapak dia walaupun itu makbapak dia punya syarikat. undang2 perburuhan di malaysia ni masih kena berpaksikan akta kerja 1955 dan macam2 lagi. maksudnya even ada syarikat suka2 hari bagi cuti tahunan, cuti tahunan minima yg ditetapkan oleh undang2 ialah 8 hari setahun. nak buat peraturan syarikat, yg minima kena bagi 8 hari, kalau nak bagi 20-30 hari setahunpun boleh. nak bagi cuti tahunan 31 hari sebulan pun boleh. i like....

dan dalam syarikat, orang yang menguatkuasakan peraturan ialah jabatan HR. heh... cam polis bantuan jugaklah kerjanya, tapi kuasanya lebih besar. polis bantuan ni pada aku kadang2 terlebih sudu. kalau dalam bank atau pejabat kerajaan tertentu, suka2 hati nenek dia je nak marah2 orang. macam kita ni bodoh je, woiii samdol kalau ko pandai sangat, apsal jadi polis bantuan, jadiklah ketua polis negara (apsal aku marah sangat kat polis bantuan ni??).

dalam mengikut peraturan bertulis seperti cuti, waktu kerja, disiplin, gaji dan sebagainya; ada sebenarnya undang2 yang tidak bertulis (unwritten law). undang2 bertulis memang la dalam bentuk tulisan, biasanya dalam offer letter, term & conditions, memo, circulation dan sebagainya. ia lebih difahami dan dihebahkan kepada semua pekerja. kelau tak ikut peraturan bertulis ni, nenektiri di syarikat iaitu HR akan ambil tindakan termasuk surat peringatan, amaran dan termasuk buang kerja. heh... bagi aku, undang2 ni sangat senang kalau nak ambil tindakan jika ada pekerja yang melanggarnya.

satu jenis lagi ialah undang2 tak bertulis, ia tak ditulis dimana2 even di batu bersurat atau email. peraturan di sekadar arahan boss yang diberitahu kepada sebahagian orang, may be orang baru tak tau dan ccenderung melanggar peraturan secara tak sengaja. tindakan? heh... kalau tak bertulis, faham2lah ia biasanya tidak sah disisi undang2. nak ambik tindakan biasanya undang2 itu bersifat underground punishment. nak bagi surat amaran atau buang, kena surat rasmi, memang mamposlah kalau tulis sebab ia boleh dibawa ke pejabat buruh atau pejabat perhubungan industri atau ke mahkamah sivil. hukuman biasanya lebih kepada amaran lisan, kaunseling lisan, tekanan, diberi lambakan kerja, tidak diberi kerja langsung (quarantine), dihalang bergaul dengan rakan sekerja, atau dipaksa berhenti kerja.

alhamdulillah tempat kerja sekarang takde undang2 jahiliah itu. kalau adapun ia setakat apa yang boss suka tengok. contoh? emmmm ..... ok aku bagi satu, dan ini je satu2 unwritten law yg kami ada. waktu bekerja adalah dari isnin hingga jumaat, 5 hari seminggu. waktu kerja ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.45 petang. kami beri kelonggaran kepada para executive untuk masuk lewat, tidak lebih dari 8.30 pagi (kalau lagi besar pangkat, lagi lewatlah diorang masuk kerja). so, dah bagi kelonggaran masa masuk, mereka kena ingat bahawa balik kerja nanti janganlah sharp2 5.45 pm dah terpacak di pintu pagar dan punch card. kalau balik sharp2 545pm pun bukan suatu kesalahan, tapi ia sesuatu yang dipandang tidak mulia. takde siapa cerita pasal peraturan ni kepada para executive, not even in my formal orientation for new intake. tapi ia dicerita dari satu mulut ke telinga orang lain, dan dari generasi ke generasi.

so, lupakan pasal unwritten law campany aku sebab ianya tak mencabar dan seumur kerjaya aku disitu, takde satu orangpun pernah diambil tindakan sebab balik ngam2 ho jam 545 petang.

ni aku ada satu cerita. kisah ni berlaku kat syarikat yang aku kerja dulu. dulu la. bukan syarikat pertama, ketiga atau keempat. kat syarikat kedua? ya betul!!!, mana korang tau ye.

di syarikat kedua, syarikat jepun tapi dah dikuasi oleh orang cina malaysia. lady boss. aku kerja kat sini macam kerja dalam akuarium. HR department duduk dalam bilik bercermin lutsinar yang dikeempat2 penduru bilik kami boleh memerhati suasana diluar dan orang boleh perhati kerja2 kami. satu penjuru menghadap production. perjuru kedua menghadap kantin. penjuru ketiga menghadap bilik loker pekerja. dan penjuru keempat menghadap meeting room dan bilik training. cam akuarium betullah.

sebab kami menghadap production, loker, dan kantin; pergerakan pekerja memang kami nampak dan perhatikan. selalu jugak aku usha2 awek yang lalu lalang. opsss, maksud aku memastikan mereka ikut peraturan, tu yang kena perhati. eleh... aku bujang lagi masa tu, so tak salahpun kalau aku jatuh hati pada sesiapa.


Gambar Hiasan : Aku (dua dari kanan)bersama-sama rakan sekerja syarikat lama semasa majlis Annual Dinner.


since aku baru masuk, aku hairan kenapa pekerja wanita Islam bila jumpa diluar pagar kilang, bertudung. jumpa kat kantin bertudung, tapi masuk production, free hair. lagi lahanat aku tengok ialah bila sampai kilang mereka ayu bertudung, lepak2 dikantin sementara loceng berbunyi mereka bertudung. bunyi loceng mereka terus tanggal tudung dan bekerja. minum pagi, pakai tudung balik. makan tengahari, bertudung, masuk kerja tanggal tudang balik. minum petang, bertudung, kemudian tanggal balik. balik kerja, bertudung balik. hehh... munafiq!

ye, munafiq itulah pandangan pertama aku bila tidak gejala pakai tanggal pakai tudung ni. pada aku kalau ko nak pakai, pakai terus. kalau tak nak bertudung, jangan bertudung. bab dosa pahala korang tanggung la sendiri. kat padang mahsyar nanti akupun bukan boleh defend korang, aku sendiripun entah lepas ke tak lepas melepasi titian siratul mustaqim. Insyallah, aku berdoa agar lepas dan masuk syurga Allah.

since aku orang budiman walaupun dah berkoyan2 aku mengata dalam hati pasal gejala tudung ni, aku memberanikan diri bertanya kepada salah seorang staff aku. dan, betullah apa yang terjadi, memang wujud undang2 purba disini. tidak dibenarkan pemakaian tudung didalam tempat kerja. jadi wanita Islam malaysia dan indonesia memang akur dan tidak dappat bertudung masa bekerja. dalam tempat kerja termasuklah production area dan office. aku bertanya HR manager tentang apa yg aku dengar, dan ia mengesahkan. heh.... tak sangka aku masih dalam zaman jahiliah. even sembahyang dibenarkan dan suraunya besar, aku masih ralat tentang pemakain tudung. yang free hair, lantak depa lah. tapi yang memang dari kecik bertudung, kerja sini kena tanggal tudung masa bekerja, aku rasa macam aku kongsi sekali dosa peraturan ni. yang jadi mangsa terbesar ialah wanita seberang sebab mereka dibah kontrak kerja 3 tahun, mereka terpaksa lupakan tudung masa bekerja. even aku suka jugak tengok mereka yang adakalanya lebih ayu tidak bertudung dengan leher yang jinjang, akukan konservatif, aku lebih suka wanita bertudung.

bertudung ini suatu contoh. ada jugak syarikat2 lain yang lebih firaun dalam undang2 rimba (unwritten law) mereka. ada yang tidak membenarkan bekerja bersolat dan memaksa pekerja Islam terpaksa curi2 bersolat. ada juga mewajibkan pekerja mendedahkan aurat seperti menampakkan susuk tubuh, longkang... dan sebagainya. imej korporat kata mereka, cam lahanat. yang lagi lahanat bila kita selidik kadang2 yang buat peraturan jahiliah dan tidak Islamik ini adalah orang Melayu dan beragama Islam. heh...

aku tak lama disyarikat tu. satu sebab malas nak berkompromi dengan undang2 jahiliah. kedua sebab manager aku tu tiba2 kena strok dan berhenti kerja, diganti dengan manager baru yang betul2 tak tau apa itu kerja2 HR. tak tau belajarlah, tapi ini bodoh sombong.

apa boleh buat kalau ada bekerja disyarikat yang amalkan peraturan jahiliah ini? laporkan kepada jabatan buruh, jabatan perhubungan industri dan badan2 kerajaan yang berkaitan. jangan laporkan kepada HR, mereka macam anda tertakluk kepada peraturan jahiliah itu jugak. ala merekakan polis bantuan kilang.

Tuesday, April 19, 2011

Buffet Korea

Lama tak update pasal makan dan tempat makan disini. blog ni kalau yg biasa datang dulu2, aku confirm korang tau ini blog cari makan seolah2 makan je la kerja aku. dah lama takde cerita makan tak le bermakna aku dah lama tak makan. makan tetap makan, cuma malas nak update.

minggu lepas atas ajakan kawan yang dah berhenti kerja untuk keluar makan2; aku, saiful, azmir, syarizal dan hadi telah ke ioi mall puchong. cam biasa, SEOUL GARDEN. dah lama tak pekena daging kambing bakar. orang pertama yang sanggup joint ialah saiful. mamat ni memang hantu kambing. kalau ikut yang lepas2, tengok je daging kambing, makanan lain dia hampir tak sentuh.




di seoul garden ni memang sesuai untuk orang yang suka melantak makanan korea secara buffet atau orang kampung aku cakap buruk melantak. beraneka pilihan daging, ayam, sotong dan sebagainya yang telah diperap rempah untuk dicuba. kami memang puluh abis. bayangkan saje tak makan tengahari geng2 aku semata2 nak pulun kaw-kaw. yang special disini ialah ada dapur yg boleh merebus dan membakar. ada 4 jenis sup untuk dicuba. kami biasa cuba semua. setiap kali pergi biasanya 2-3 kali kami suruh diorang tukar dapur.



aku tak pasti berapa jam kami disana. dari jam 530 petang, kami keluar restoran dalam jam 9 malam. keluar solat maghrib gilir2 la. yang best, sebelah meja kami ada sorang makcik dan keluarganya; rata2 pompuan, sorang je jantan. ayah takde. sebab kami periang, kami makan sambil melawak sesama kami, makcik tu pandang slack je kat kami. entah2 mengumpat kami. tapi bila hampir nak masuk maghrib kami dah pilih turn ke surau, pandangannya dah lain. masa keluarga makcik tu nak balik, sempat lagi dia menegur dan cuba berbual mesra dengan geng2 kami. nak buat menantu la tu! sori makcik, kami tak hingin bermertuakan mak dan anak2 yang suka mengumpat dan asyik berbisik2 sambil jeling2 orang. err.. kami? terover pulak. dalam group tu hanya sorang je bachelor and available; syarizal. si azmir pula even bachelor, tapi dah bertunang. hadi pulak tengah menunggu masa menjadi ayah.

kat sini dari segi nak melantak memang best sebab average harga seorang termasuk minuman dalam rm43 sahaja. yang tak best kalau datang hari cuti ialah ia sesak. dah la susunan kerusi meja sangat rapat, kalau group lebih 4 orang, diorang akan bagi kerusi extra, asyik kena alih la kalau orang keluar masuk.

even baru je pergi, saiful dah mula bertanya bila nak repeat ke seoul garden. heh... si saiful ni manusia ke jin, kuat betul makan kambing.

Wednesday, March 16, 2011

Sepatutnya Hidup Sampai Umur 70

aku baru balik dari mengeteh dengan kawan2. ala, kedai mamak area rumah aku je. seminggu sekali (ye ke??) aku layan gak lepak ngan kawan2 pekene teh tarik sambil borak2. bukan masalah bosan duduk rumah, tapi kena ada masa jugak untuk diri dan kawan2. orang kata, jika sayangkan suami sesekali tu lepaskanlah dia berkawan. lelaki ni spesis yang pelik. ye lah, spesis dalam manusia ada binatang. mereka kalau tak diikat, mereka bebas dan sukar dikawal. kalau diikat atau dikurung, akan memberontak dan terbang lari. heh... terbang konon! burung takde sayap, manalah boleh terbang.

tadi borak2 berkisar cerita2 misteri. ye lah, usia dah makin lanjut, minat dah ke arah menda2 misteri dan antik. masa muda belia may be suka kumpul setem, dah remaja purba ni, hobi lebih kepada kumpul koleksi klasik. bercerita pula lebih berkisah pada anak2 dan keluarga. buang tebiat ke hapa kalau baya2 aku berjumpa dan bersembang mengenai awek2 yang muda dan mengiurkan.

bercerita pasal menda2 klasik dan misteri ni, terkeluarlah cerita tahyul sekali. ye lah, orang melayu. stigmanya sama, tak boleh lari dari kepercayaan kepada menda2 ghaib dan penunggu. niat hati nak sambar jam dinding lama dan gramafon (peti muzik) jadi terbantut. ye ke berpenunggu?

cerita pasal penunggu, atau makhluk ghaib ni, aku tak nafikan ia wujud. mereka juga makhluk Allah, cuma dari dimensi yg lain dan ditutup hijabnya dari pandangan kita. kalau dibuka hijab, memang tak berjalan la kita. asyik2 terlanggar puak deme je.

oh ya... kepada tuan/puan/ abang/kakak/adik yang membeli cd perubatan Islam susunan ustaz Ahmad Dasuki daripada aku, TERIMA KASIH. selain membantu diri anda berubat dari pengaruh syaitan/jin/saka, anda juga menolong menambahkan duit poket aku. ala, komisen kecik je. lebih kepada membantu sebenarnya.

kepada tuan/puan yang meng'sms aku memberitahu khabar positif selepas mendengar cd roqyah tersebut, aku amat menghargainya. ada sms memberitahu bahawa semasa mendengar cd, ada bahagian badan yang bergerk sendiri dan merasa ngilu. lepas diperdengarkan berulang2, ia menjadi normal dan bahagian badan yang dahulunya selalu sakit itu telah kembali normal. Syukur kepada Allah.

bukan menjadi rahsia aku menjadi pengedar cd roqyah tersebut. edar cd ayat2 Allah, bukan edar dadah atau cd haram beb! beli cd selain menghalau anasir syaitann, jin... dapat juga melembutkan hati dengan alunan ayat2 Al Quran yang merdu.

teringat aku kisah seorang rakan bukan Islam berjumpa aku bertanya mengenai cd roqyah.

org x Islam : isman, ada orang cakap u jual cd halau hantu?
org Islam : yup. kenapa?
orang x Islam : berapa ringgit?
orang Islam : rm60 untuk 4 keping cd. rm70 kalau pos.
orang x Islam : kalau saya beli u jual berapa?
orang Islam : allo kawan. ini cd untuk orang Islam saje. ini kita punya rawatan guna ayat2 Holy Quran. orang Islam bolehlah....
orang x Islam : kenapa tak boleh mme'..... kita kawan maa.....
orang Islam : bukan pasal kawan, ini pasal agama. u mau saya boleh jual, bagi free pun boleh. tapi potong you punya 'burung' dulu kemudian masuk Islam.
orang x Islam : tak boleh me'..... saya mau pasang sama saya punya isteri punya saudara. sudah mati tapi lagi balik rumah.
orang Islam : ce cerita..... (baca stail filim hantu mak limah)

ceritanya panjang tapi aku rumuskan seperti berikut :
anak saudara perempuan isteri kawan aku tu kematian akibat kemalangan kereta. dia ke disco bersama kawan perempuannya. kerena kawannya mabuk dan tak boleh drive dan nak ikut boifrein balik, dia mintak kawan kepada boifriendnya hantarnya balik. tiba2..... kereta yang mereka naiki terlibat dgn kemalangan, mereka berdua mati ditempat kejadian. roh2 yang tidak tenteram berkeliaran dan mengganggu saudara mara. setelah berjumpa sami terkemuka, didapati bahawa roh perempuan tu tidak tenteram kerana mengikut tilikannya si mati sepatutnya hidup hingga umur 70 tahun, tapi dia mati umur 23 tahun. kalau ikut peraturan neraka, sebab perempuan dan lelaki tu mati bersama, mereka sepatutnya berkahwin dan tinggal bersama di neraka, tapi keluarga lelaki telah membuat upacara dan telah membayar rasuah kepada dewa dan ditempatkan di syurga (syurga mereka la..... ).

roh yang tak tenteram itu kerap mengganggu yang masih hidup dan tok2 sami pun tak dapat membantu sebab keluarga si mati lelaki tidak mahu menjodohkan mereka berdua di neraka. semakin hari semakin kuat gangguan dan mengikut tok sami, akan ada kematian di keluarga si mati lelaki kerana enggan mengambil si mati perempuan sebagai isteri dan meninggalkannya terkontang kanting seorang diri di neraka.


heh.... macam kisah vampire cina pulak. tapi inilah kisah yang diceritakan kepada aku. even kisah dia agak sedih, tapi akupun tak dapat menolongnya. cd roqyah untuk umat Islam sahaja. syurga dan neraka bagi mereka pada agama kita cumalah neraka.

Thursday, March 3, 2011

3 Tahun Berblog. So What!

aku teringat ada seorang rakan aku mengeluh di pejabat, ia gara2 dia terlupa mengucapkan, membelikan hadiah dan meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka. heh....

lupa tarikh2 penting? itu biasa bagi lelaki. pun begitu aku tak setuju jika dikatakan bahawa kami sengaja melupakan tarikh2 tersebut untuk elak beli hadiah. itu tidak benar. apalah sangat beli kek atau hadiah seratus dua (barangkali??) berbanding kena perli isteri seumur hidup. namun, hakikat bahawa tanggunggungjawab kami sgt berat sebagai suami dah ayah membuatkan kadang2 kami lupa. lupa tarikh je, tapi kami tak lupakan isteri dan anak2 dirumah. sapa tak sayang bini oooi...

bercakap pasal lupa tarikh ni, akupun sebenarnya terlupa bahawa sepatutnya aku menulis sesuatu sempena 3 tahun aku berblog. bila? dah lama terlepas, 14 februari 2011. sejak kali pertama aku berblog iaitu pada 14/2/2008, sampailah ke tarikh sekarang, macam2 dah aku tulis. cerita kenakalan, kebujanan, kerumahtanggaan, kekeluargaan, keibubapaan, keperkerjaan, kesosialan (cam jahanam je bunyinya)dan kecariwangan dan kesemuanya yg terlintas difikiran.

ada kalanya aku berblog sekali sehari, ada selang sehari, seminggu sekali, dan ada 2 minggu sekali. semua bergantung pada mood dan masa lapang. even semua dihujung jari, sifat malas dan bizi tu ada mengganggu.

ada orang tanya, cerita2 kat blog ni kisah benar ke? sebab ada watak2 yang macam real. heh.... senang je. aku ni bukanlah penipu, bukan jugak tukang karut hebat; ambiklah ia sebagai hiburan semata. kalau ada yang benar, ia bukan 100% benar. kalau ia nampak penipu, ia bukan 100% penipuan. ada akal, pakai. itulah kata2 lagu pak pandir moden. kalau tak faham, itu maknanya "ada bijak, gadai".

dlm 3 thn berblog, banyak yg aku kenal orang, ragam, dan lain2. yang bagusnya, kita dapat belajar sesuatu darinya. kita may be susah, ada yg lagi susah. mereka tabah hadapi hidup.

pun begitu aku setuju, berblog ada pasang surut. ramai kawan2 blog dulu dah menghilang diri. blog di private kan atau di delete terus. itu pilihan masing2. ye lah, dulu bujang berblog, entry dan photo daring2. dah kawin, ada suami tak kan nak gedik cam dulu lagi kan?. ada yang dah kehabisan modal berblog. ada yg berblog setakat nak habiskan masa belajar, dah kerja, blog buang terus. apa2pun, itulah pilihan kita, dan aku hormatinya.

kalau ditanya kenapa aku berblog, sejujurnya akupun tak pasti. mula2 dulu, aku sebenarnya nak gunakan blog sebagai cara cari duit di internet. dapatkah duitnya? bohong kalau aku kata tidak dapat. duit jual barangan, affiliate, iklan dan sebagainya, memang aku pernah dapat. sekadarnya. ala.... rating aku sikit beb! disamping itu ada jugak rejeki terpijak seperti orang bagi buku free mintak buat review, cd percuma, bagi hadiah, menang peraduan dan sebagainya.

dalam bersahabat blog ni pun macam2 ragam ada, ada kita nak kawan dgn orang, org tak kawn kita. kita ajak link, dia kata ok. tapi langsung tak link walau 2-3 kali kita ingatkan mereka. heh... nampak sangat aku ni penulis picisan. biarlah.... "jikalau orang tak suka tak apa, tapi janganlah kau mengata ....." (nyanyilah sampai habis kalau suka lagu ni).

ok, cukuplah pasal ulangtahun ke 3 aku sebagai blogger kecil2an. aku sambung cerita pasal kawan aku yg lupa tarikh nikah tu.

cam biasa, nak dapatkan nasihat bernas aku kena isi borang biru. belanja. tak semestinya mahal, memang pilihan aku biasanya kopitian dan western, tapi aku sebenarnya sekadar nak privasi utk mereka. cerita pasal rahsia kenalah tempat sunyi sikit. aku bukan demand pun, setakat iced cappucino pun jadik. kekadang bukan mereka bayar, aku yg bayar. kalau aku nak charge mereka, 4 kali installment gaji pun tak habis bayar tau.

kepada kawan tu aku tanya:

penasihat : ko dah mengaku ke ko lupa sambut tarikh tu?
kena nasihat : tak? tapi dia dah siap perli2 masa makan. depan anak2 lagi tu.
penasihat : bagus. ko jangan mengaku apa2. buat selamba badak air ko tu je. ko dengan badak airpun sama saiz je.
kena nasihat : ko samakan aku dengan badak air? aku balik kang? ko bayor sendiri cappucino ice ko tu.
penasihat : ala itupun nak merajuk. aku bayar sendiri aku tak kisah. tapi aku takut ko yang kena jalan kaki balik opis. ko tu tumpang kereta aku. nak dengar nasihat aku ke tak ni?
kena nasihat : ok, ok. aku bayar. ko cerita.
penasihat : good boy. ko call bini ko cakap ada kerja urgent petang ni. kata kena stayback. call dia awal2, jangan sampai dia tanya ko kat mana. ko pegi kedai buku, beli kad ucapan. pilih kad yang besar2. pastu, kalau ada budget lebih, ko pergi kfcje, pizza hutke, mc d ke, ko beli cash voucher. ala, budget la berapa selalu belanja kalau keluarga ko makan kat sana.
kena nasihat : lepas tu?
penasihat : lepas tu, three la woi. tak belajar tatarakyat inggeris ke sekolah rendah dulu?
kena nasihat : mak ai, bahasa. nasib baik la aku tumpang ko, kalau tak, dah lama aku balik.
penasihat : lepas tu, ko letakkan voucher dan kad ucapan tu kat celah2 lipatan kain dalam almari dia. biarkan dia membebel sehari dua ni. ala ko pun tau, kalau ko mengaku lupa ko kena bebel jugak. dah trade mark puak diorang.
kena nasihat : kalau dia tak jumpa?
penasihat : mesti jumpa punyalah. tapi pada kad tu ko tulislah tarikh kad ditulis ialah pada tarikh sebelum atau pada hari ulangtahun ko tu. ngerti? kalau dia jumpa, pergh... aku jamin. malam tu dia peluk tak lepas sampai pagi punya.
kena nasihat : ok. aku buat.

keputusan : selepas 2-3 hari, keputusan dia mmg menjadi.

soalan cepu emas kepada aku? camana aku dapat idea bergeliga macam batu geliga cincin tu? he.he.he.... no komen.

Wednesday, January 19, 2011

Gulai Biji Getah

aku adalah peminat rancangan nasi lemak kopi o (NLKO) di tv9. aku suka corak rancangannya yg santai berbanding rancangan bualbicara pagi yg formal di tivi lain pada sebelah pagi. rancangan bualbicara sepatutnya santai bukan keras dan kaku macam robot dan sangat rigid. kalau rancangan bualbicara orang puteh aku suka late show with david latterman.

lupakan psl bualbicara, aku nak cerita pasal sabtu lepas dalam NLKO ada ditunjukkan pasal sesi pengacara yg dikehendaki makan je resepi2 pelik dari kampung. minggu lepas dia berkunjung ke pahang dan makan 'gulai rong'.

sebut gulai rong ni kat belah aku di jerantut (pahang) memang famous amos suatu masa dulu, terutama belah hulu tembeling dan kawasan2 peneroka felda. macam aku belah damak, tak ketara sangat la. kalau ada pun belah2 ulu cheka. damak dan batu balai tu majoritinya orang keturunan kelantan memang banyak yg tak kenal gurai rong, gulai tempoyak dan budu mereka kenal la...

gulai rong ni aku kenal sebenarnya secara tak sengaja. ia berlaku masa aku tinggal di asrama padang saujana dulu. masa form 4, form 5. jom kita imbas kembali....

Lokasi : Asrama putera, SMPS
Hari : Ahad
tarikh : Tidak pasti
pelakon : aku dan kawan2
lokasi kecil : dalam bilik rehat asrama

scene 1: berkumpul ramai setelah berjumpa ibubapa yg datang melawat. masing2 membawa bekalan yg diberi oleh ibubapa masing2. aku dan beberapa orang lain tiada bekalan sebab ibubapa tak datang turut disitu untuk menumpang kasih. masing2 membuka juadah yg diberikan dan makan beramai2. ada nasi, gulai ayam, ikan goreng, ikan pekasam, sayur pucuk paku dan lain2. arghh... makan je lah, budak2 hostelkan memang kelapaaran

aku : mat bomba, sedap nampak ko punya, hulur aku sikit.
mat bomba : nah.
aku : mende ni, nampak pelik je?
mat bomba : ko ni banyak cakap la, makan je lah. bukannya racun.
suara2 lain : ko ni bising la, makan je lah.
aku : ok, (sambil menyuap ke mulut). eemmm boleh tahan jugak.

scene 2 : selepas makan

mat bomba : ko tau ko makan apa tadi?
aku : makan nasi la.
mat bomba : aku tau la nasi, gulai aku beri tadi tu ape?
aku : mana aku tau, dah korang makan, aku ngap je lah.
mat bomba : itu gulai rong. special belah tembeling tu.
aku : gulai rong? buruk benor nama dia
mat bomba : ko tau dibuat dari ape?
aku : entohlah
mat bomba : biji getoh tu.
aku : (mula rasa perut semacam) bior benor?
mat bomba : ye, biji getah tu dibuat gulai rong. ada tempat dari buah peroh.
aku : jangan memain mat?
mat bomba : ye. buah getoh tu dikutip, pecahkan kulit dia. lepah tu dibelah dua. buang kulit putih dia. jemur 2-3 hari, kdang2 seminggu. tengok cuace lah. ada orang suka jeruk. tapi mok kon (mak aku) suka jemur je pastu buat gulai. kalau dapat campor dengan ikan sungaipun lagi sedak (sedap).
aku : ye ke? ko jangan debong (tipu) aku?
mat bomba : loh, tak caye, ko tanye budak2 tembeling lain.
aku : ye lah, percaya. lain kalai kalau ko bawak gulai rong ajak aku makan sekali, tapi jangan sebut apa2. lepas aku makan baru cakap. nanti aku muntah hijo (hijau). kat kampung aku, buah getah ni kita main laga biji getah je.

tamat imbas kembali.

Tuesday, November 30, 2010

Selamatkah Maklumat Peribadi Kita ???

dalam kehidupan kita, kita selalu memikirkan mengenai keselamatan. yup! keselamatn diri, keselamatan keluarga, keselamatan harta benda dan sebagainya. cara kita menjaga keselamatan ini termasuklah memastikan maklumat2 peribadi kita yang agak sensitif seperti nombor telefon bimbit, jumlah pendapatan bulanan, alamat rumah, had kredit kad kredit dan sebagainya.

aku macam korang semua jugak, bila berikan maklumat sulit kepada bank atau mana2 institusi, kita akan anggap mereka lurus macam kita; menyimpan maklumat dengan teliti dan secara rahsia. rupa2nya mereka ini secara rahsia atau terancang telah menjadikan maklumat2 sulit kita itu sebagai bahan jualan yang menguntungkan.

siapa yg nak maklumat2 sulit tu? heh... memang ramai yang minat. syarikat pengiklanan, hotel, skim cepat kaya, promoter dan ramai lagi. dengan maklumat itu mereka dapat mengakses bakal pelanggan yang tepat. ye lah, buat ape nak call orang yang hutang kad kreditnya bertimbun.

korang percaya tak apa aku melalut sekarang ni? ada yg percaya, dan ramai yang ragu2. may be ada yang tengah cakap? apa ko merepek ni Izman!. ye lah, ramai yang kerja bank, dan rasa bank mereka tak kan buat perkara macam tu. ye, aku setuju. aku yakin bukan polisi bank dan dedahkan maklumat sulit pelanggan, apatah lagi menjualnya. tapi, harus diingat, dalam dunia ni memang wujud orang baik, dan orang jahat. segelintir orang jahat inilah yang memburukkan seluruh institusi.

sebelum aku kemukan bukti, aku nak korang renung kejab. pernah tak korang dapat call dari nombor yang anda tak kenal. mereka memperkenalkan diri dari syarikat itu dan ini, offer insurans. offer percutian, offer kad kredit baru, offer kad pelancongan dan sebagainya. mereka ini tahu kita pakai kad kredit apa. mereka tahu lokasi kita. mereka tahu pekerjaan kita. mereka tahu kita dah berkahwin atau belum. scary?

mereka2 ni offer kita sesuatu kerana mereka tahu kita mampu memilikinya. cuba tanya makcik2 kita dikampung, ada tak mereka terima panggilan telefon yang ajak mereka masuk skim kad pelangcongan yang hanya boleh dimikili dengan charge pada kad kredit? kalau mereka memang ada kad kredit, mereka juga dalam senarai. jika mereka cuma pekerja kampung dan tiada kad kredit, kenapa mereka tidak pernah dihubungi agen2 berkenaan. senarai potensi pelanggan jawapan yang tepat.

oklah, kita tengok siapa yang kena........