Thursday, June 30, 2011

Its a payback time !

dalam kehidupan ini kita kena banyak buat kebaikan. tak kiralah sama ada kebaikan kerana dibayar (kerja) atau kerana sukarela. kebaikan dan keburukan yang kita buat sebenarnya akan datang kembali kepada kita melalui seseorang atau sesuatu yang tidak terjangkau oleh akal kita.

bercakap pasal itu, 2-3 tahun lepas; ada seorang pekerja bangladesh kilang aku ditimpa kecelakaan di tempat kerja. matanya telah terkena serpihan besi dari mesin yang digunakan. masa tu public holiday, klinik panel tutup. so, saiful nizam yang menajdi safety officer call aku untuk bantuan. kalau nak hantar ke klinik kerajaan atau lain2 klinik mereka perlukan dokumen seperti passport atau salinannya. mamat bangla tu pulak tak kemana letak dokumennya. since rumah aku ngan kilang cuma beberapa minit, aku segera bergegas membantu.

nak terus bawa ke hospital, eemmmm agak jauh. tapi paling aku tak suka ialah mereka langsung takde cemas. kita bawa kereta macam rubben barricelo (betul ke ejaan nama pemandu F1 ni), tapi sampai kecemasan.... selamba derk je diorang buat. terpaksa la menunggu 2-3 jam sebelum dirawat. mereka rawat yang dah parah dan nyawa dekat halkum dah. yang masih boleh bercakap, berjalan..... tunggu je lah!

so, aku bawa mamat bangla tu ke klinik paling hampir dengan kilang. nasib baik bukak, since kecemasan, aku cepat2 daftar semantara saiful aku suruh papah bangla tu ke dalam klinik. kebetulan tak de pesakit lain. tapi cam siot je, pendaftaran je makan 10 minit, kerani klinik tergegeh2 macam orang baru sehari masuk kerja. dah kena tegur baru dia panggil doktor. doktor lelaki india. cam biasa, hanya aku dan pesakit yang masuk. safety officer aku tu jenis takut darah, dia mintak tunggu kat luar. tak kisahlah. doktor menunggu dalam bilik rawatan, aku membawa bangla sakit tu masuk.

doktor : apa bikin bising2, tak boleh tunggu ka?
hr : ini emergency doktor.
doktor : hah.. apa sakit?
hr : saya punya pekerja mata sudah masuk habuk besi.
doktor : (tidak bangun dari kerusi atau cuba merawat)bila kena?
hr : baru, kurang 30 minit. saya terus bawa sini.
doktor : (masih ego) heh baiya, awak kerja apa macam? mau buta mata ka?
hr : (diam)
doktor : ini mata saya tak mau pegang, you kena pergi terus GH (hospital klang)?
hr : boleh pergi doktor, tapi doktor check dulu. itu GH mesti lambat, doktor kasi stable dulu...
doktor : itu awak punya masalah, saya tak mau pegang ini orang. kalau pegang, dia punya mata buta, saya susah.
hr : kurang2 doktor tengok dia punya mata apa macam, kalau boleh bagi referrer letter pada GH.
doktor : OO.... no, saya tak mau tulis apa2 surat. saya tak mau tanggungjawab.
hr : oklah, doktor. boleh tak bagi satu bandage pada mata dia.
doktor : emmm... ini bandage, awak sendiri letak dia punya mata.
hr : (mengambil dan meletakkan dimata bangla. sambil membawanya keluar dari bilik doktor)

selepas membayar kos rawatan yang membuatkan hati aku terbakar, aku bertekad membawa ke klinik lain yang berhampiran. alasan aku tetap sama, GH memang slow. aku memecut ke bandar koboi pelabuhan klang. satu klinik yang pertama aku jumpa aku redah. pesakit terus dibawa ke bilik rawatan sementara pendaftaran dibuat oleh saiful. aku cam biasa dibilik rawatan. seorang nurse tua berbangsa cina melayan kami sambil memeriksa kecederaan. aku bercerita mengenai kecederaan yang dihadapi bangla tersebut. doktor kacukan cina india muncul dan memeriksa dengan lebih teliti. dia membenarkan aku dibilik rawatan semasa dia mencabut serpihan besi di mata bangla itu. malah untuk elakkan kecederaan serius pada mata, aku memerhatikan doktor muda itu menyuntik jarum terus ke dalam mata pesakit. pergh.... ngilu beb. aku dan nurse yang tolong pegang bangla tu. dan kurang 15 minit, rawatan selesai. tak perlu ke GH.

apa motif cerita? sabarlah, ni baru nak cerita.

tahun berganti, suatu hari datang seorang perempuan india muda yang sangat cantik ingin berjumpa aku. ingin mempromosi klinik sebagai panel. emmm.. dah cantik, tak kan tak layan pulak. diberikan satu profile klinik. heh... inilah klinik yang aku hangin suatu masa dulu.

staff hr : ini klinik tepi restoran daun piang tu ?
staff klinik : yup. you know this clinic?
staff hr : yup. dr. ganesan (bukan nama sebenar) still there?
staff klinik : ya, you know him? actually this is his clinic.
staff hr : oic. oklah, just forget about you intention to be our panel.
staff klinik : kenapa ? ada apa2 masalah?
staff hr : yup, i have problem with your doctor.
staff klinik : kenapa, can i know?
staff hr : your doctor was too rude to me and my worker.
staff klinik : mmmm...
staff hr : (menceritakan mengenai kejadian terbabit)
staff klinik : im so sorry about that. but that was a long time ago. i think that time he was in a bad mood.
staff hr : ya, may be. but he not proffesional. i dont mind he can not give treatment to my worker, but be polite.
staff klinik : im so sorry. if you want, i can bring him here to apologize to you.
staff hr : heh.... no need. just forget about this and for time being, you clinic was not selected to be our panel. may be next time, after a few years, or after im not here.
staff klinik : or may be i will belanja you outside to show that we are really sorry for what happen to you.
staff hr : its ok. thank you for your time, and have a nice day.

Tuesday, June 28, 2011

Zaman Berubah, Buah Tempatan Berubah

masa kecik2 dulu, cikgu dan persekitaran aku mengajar bahawa buah2 tempatan umumnya adalah durian, tembikai, rambutan, dulu, dokong, langsat, pisang dan seangkatan dengannya. buah2 seperti strawberry, epal, mangga siam dan seangkatan dengannya adalah sukar didapati dan merujuk kepada buah2 oversea.

masa berganti, dulu aku kecik. sekarang dan ada anak kecik. rutin sama. dulu makayah aku beli barang termasuk buah tempatan, kini giliran aku dan isteri pulak. dulu kalau pergi pasar malam atau pasar pagi, dapat beli buah laici tu dah kira hebat gile. buah dari oversea la katakan. buah tempatan memang la ada dijual tapi orang kampung cam aku ni buah2an jenis toknenek tanam sendiri. durian, duku, rambutan, pisang bersepah; tak payah nak beli.

anak2 sekarang?

ahad lepas kami ke pasaraya seperti tiap2 hari ahad yang lain, membeli keperluan dapur dan rumah. selain lauk pauk, dan sayur mayur, memang beli jugak buah2. minggu lepas isteri beli rambutan. luqman nak beli buah kiwi. puas aku cakap, kenalah makan buah2an tempatan.

ayah : ummi dah ambik rambutan, tak payah la ambik buah kiwi. buah tempatan bagus.
anak : la, kiwi pun buah tempatan jugak.
ayah : bukan, kiwi tu buah luar negeri. kiwi dari new zealands.
anak : bukanlah ayah. buah kiwi ada jual tiap2 minggu kat sini. mana ada dari luar negeri. new zealands tu jauh.
ayah : dulu jauh, sekarang dekat. makan rambutan je lah ye, buah tempatan.
anak : tak nak, nak buah kiwi jugak.
ayah : oklah, pergi ambik kiwi hijau.
anak : tak nak la kiwi hijau, dah biasa. tu ada jualan murah kiwi kuning ayah.
ayah : (membelek kiwi kuning dan melihat harganya. mak aiii... berganda dari kiwi hijau). oklah, ambik satu paket je. kena makan sampai habis ye.
anak : yeahh....


aku rasa sudah sampai masanya jenis buah2 tempatan dikaji semula. ye lah, strawberry macam biasalah dah jadi tempatan sebab bersepah kat cameron highlands. tapi epal, anggur pun dah ditanam dan berbuah dengan baik di negara kita, so kira buah tempatan jugak la ye.

Thursday, June 23, 2011

Tolong Biar Ikhlas

dalam berkerjaya, kadang2 aku lebih berharap isteri dan guru2 yang memberi didikan terbaik untuk anak2 aku. bukan tak ajar, tapi masa aku lebih banyak dengan kilang berbanding dengan anak2. bab2 mengajar anak2 dengan kerja sekolah, ajar tentang baik buruk halal haram dan mengaji tu adalah sikit2. menda buleh buat sendiri, aku buat sendirilah.

pun begitu, aku rasakan banyak yang anak2 perlu belajar. kalau ikut hati mau je aku daftar macam2 tuisyen untuk anak2, tapi dengan seharian disekolah dari jam 7am balik 645 petang setiap senin sampai jumaat. sabtu ada tuisyen. rasanya, dah tak terlarat mereka nak belajar. pada aku bermain juga perlu. mengaji tu aku ajar je dirumah sebelah malam. bukan pandai mana, tapi bolehlah setakat mengajar anak sendiri. kalau mengajar anak orang lain kang tak pasal2 aku ditangkap sebab mengajar tanpa permit. heh... susah jugak ye zaman sekarang, nak ajar ayat2 Allah pun kena permit. agak2 la, kalau imam mekah mengajar kena tangkap dan didakwa tak sebab mengajar tanpa tauliah? wahhabi lagi tu....

apa yang aku bangga dengan anak2 sebab mereka cuba buat yang terbaik. pika tetap dengan cita2 nak jadi doktor dari dulu. luqman sekarang dah nak jadi ustaz pulak. bila aku cakap nak jadi ustaz kena ikhlas dan selalu buat baik, aku tanya luqman apa kebaikan dia buat setiap hari.

pernah masa aku balik kerja, belum duduk luqman dah asyik bercerita dia tolong orang petang itu. sebagai ayah aku dengan dengan penuh minat.

"ayah, tadikan luqman nampak ada budak tu kan dia lalu depan rumah kita. dia balik dari kedai kot. dia bawak barang, tiba2 kan barang dia jatuh..... pastukan, luqman tengok dia kutip barang dia tu. kesian dia ayah".

apa luqman buat?

"luqman pergi cakap dengan ummi, pastu ummi tanya budak tu buat apa. dia cakap kutip sagu yang mak dia suruh beli. habis semua tumpah la ayah. dia cakap mak dia suruh beli nak masak. kalau balik tak ada sagu nanti mak dia marah. dia tak ada duit nak beli sagu baru untuk ganti sagu dia yang tumpah tu".

abis tu?

"ummi tanya dia berapa harga sagu tu, dia cakap rm1.70. luqman ambik duit luqman bagi kat budak tu rm3.00. ummi suruh dia pergi sagu baru. pastu budak tu ambik duit dan pergi kedai beli sagu baru. kemudian dia lalu luqman tengok dia dah beli sagu baru. dia senyum je kat luqman"

budak tu tak cakap apa2 kat luqman?

"ada"

takpelah luqman, yang penting luqman ikhlas tolong dia. kalau luqman tak tolong dia mungkin mak dia akan marah dia. atau dia tak boleh makan sagu tu. kita tolong orang kena ikhlas, tak kiralah dia ucap terima kasih atau tak, ingat kita atau tak.

"ok ayah".

Usia Meningkat Senang Lupa

umur yang panjang atau hidup lama adalah impian semua orang. ya, dan itulah yang selalu kita harapkan dalam hidup ini, dan bila sembahyang, itulah juga bahagian doa yang kita tak lupa nak mintak dengan Allah.

tapi umur yang meningkat juga datang dengan pelbagai ujian. ada yang umur sangat panjang, tapi penyakit yang datang juga bukan sedikit. ye lah, umur meningkat, antibodi juga dah makin lemah, banyak la penyakit datang bertandang.

aku terbuat entry ni sebab dapat sms dari papa aku :"salam, I just come back from jtut hospital have an appointment with a doc. After diagnosed me and gave me tons of medicine. Hu la la when am I going to finish them. Take care of yourselves and may God bless you all". balasan sms aku? biasalah ayat baik2 dan menenangkan hati serta mendoakan agar papa dipanjangkan usia.

bercakap pasal umur meningkat ni, datuk aku sebelah mami aku syukur alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang. umur? dekat2 100 tahun umur beliau. tubuh badan masih sihat, tiada sakit2 kritikal, cuma dah agak pelupa. aku tak mau sebut nyanyu sebab ayat macam kurang manis. nenek aku juga umur panjang, setia menemani datuk aku, tiada sakit, cuma matanya dah tak nampak. pembedahan membuang katarak di klinik swasta tidak berjaya sebab faktor usia.

apa point aku nak cakap?

heh... entah, aku pun dah lupa...




Oo.... aku masih belum tua, even dah 35. kira masih tahap belia. orang kata belia boleh dikategorikan sampai umur 40 tahun. pada aku tu belia tua, kalau lepas 40 masih boleh dikata sebagai belia, itu belia purba.

di usia ini, kadang2 ada juga datang pelupanya. may be sebab terminum semut. atau sebab memang dah tua. harap2 bukan penyakit pelupa. tapi tak le nyanyuk atau lupa teruk. so far masih ingat anak dan isteri dan jalan balik rumah. kalau pelupa teruk datang, may be terlupa dah kawin dan ada anak, dan register kawin lagi satu. itu penyakit lupa nak mampos nama dia. kata lupa, tapi masih ingat bab nak berkahwin lagi. lupa jenis ini, para isteri patut ketuk suami dengan senduk nasi dekat seremblum belah kiri.

pelupa atau lemah ingatan aku lebih berkisar kepada nombor telefon dan nama orang. bukan sekarang je, dari jaman dulu2 lagi. aku tak pernah ingat nombor telefon. aku dah kerja syarikat sekarang dah 4-5tahun, nombor telefon office pun aku masih ingat2 lupa. may be sebab nombor banyak sangat, atau sebab aku takde call company, company suka call aku.

nama orang juga kadang2 aku payah nak ingat. memori otak dah penuh kot. tapi banyak kawan2 aku masa sekolah dulu aku masih ingat. may be dulu memori aku masih ok, sekarang yang penuh. jadi, kadang2 masa berkumunikasi, nak tak nak kita terpaksa menyebut nama orang.

pernah juga ada kawan seopis bercakap mengenai kenalan aku yang dijumpa bank misalnya.

kawan : ei... izman, tadi kat bank aku jumpa kawan ko
aku : kawan mana satu?
kawan : lisa suriram
aku : lisa suriram? lisa surihani aku tau la. tak ingat la
kawan : ala, dia kata dia kenal ko, dulu pernah join training sama2.
aku : macam mana dia kenal ko?
kawan : kita sama tunggu giliran kat bank, dia tengok baju aku, pastu dia tanya kenal u tak. aku cakap kenal la. tu dia kirim salam kat ko.
aku : waalaikumsalam. tapi masih confius la, tak boleh recall orang dia.
kawan : ala, dia kata training payroll tahun lepas.
aku : lisa, lisa...... emmm.... bertudung ke?
kawan : tak lah, free hair.
aku : emmm..... kalau free hair yang aku ingat ada berborak masa makan tu, dia kurus2, kulit putih?
kawan : kurus tu ye, tapi dia kulit gelap sikit.
aku : kulit gelap ye. tu payah nak ingat, taste aku kulit putih dan kurus. emmmm.... recall, recall...
kawan : ala dia kata dia ada tukar2 businesscard dengan ko.
aku : bukan sorang tu. ooo... dia rambut lurus, ada lesung pipit?
kawan : ye...
aku : aku dah ingat. bontot dia besar sikit kan? baju suka pakai seksi, nampak lurah dendam dia. jalan ngengkang macam jantan?
kawan : mak ai, sampai ke situ ko boleh ingat, tadi ingatkan ko pelupa.
aku : nama memang aku lupa, tapi rupa paras dan sifat2 tu aku boleh recall, aku kan HR. kena perhati dan teliti.
kawan : ko tak nak contact dia ke? aku tengok dia pun geram semacam je.
aku : nanti aku cari card dia. ok gak ramai kawan2 HR ni, senang tukar2 pandangan dan dapat lubang kerja.
kawan : itu je? tuan dia tak minat?
aku : cis, aku pergi training, bukan pergi cari calon bini. siott je ko ni.
kawan : baguslah ko sedar ko dah berbini dan beranak pinak.
aku : memang aku sedar. lagipun dia bukan taste aku.
kawan : ciss.....

Tuesday, June 21, 2011

Gunakan Akal Budi

dalam pekerjaan aku, even aku tak pegang urusan dengan supplier, secara tak langsung, boleh dikatakan bahawa sesetengah menda HR memang ada peranan. contohnya dalam urusan melibatkan safety, environment, kebersihan dan pencucian, pembaikian dan sebagainya.

kisah ini aku tergerak hati nak buat sebab beberapa hari lepas semasa mengisi minyak aku bertembung dengan salah seorang supplier/kontraktor yang specialistnya membaiki tandas dan bilik air, orang puteh kata plumber. masa bertembung tu tak sempat berborak sebab aku tengah isi minyak, manakala dia lepas isi minyak dan lalu dihadapan aku. agak jauh la, tapi nampak aku dia terus bukak cermin kereta dan menayangkan telefon. sebab dia tayang telefon, akupun apa lagi, tayang juga blackberry aku. tak cukup blackberry, aku tayang lagi phone samsung. ambik kau!

cerita diatas tu abaikan. aku nak cerita bagaimana orang2 yang ada sedikit kuasa perlu gunakan akal budi masa berurusan dengan contraktor berkaitan. aku kata begitu sebab memang kena akal budi la.

berbalik kepada kawan aku yg kontraktor tandas tu. dia jiran setaman aku. malah masa dia terlalu kecil businessnya, akulah yang memperkenaklannya ke company lama aku. plumber, memang la kerja kotor. hidup bergelumang najis setiap hari. satu yang aku suka si plumber ini ialah harganya yang sangat murah dan servis yang baik. biasalah syarikat, kebanyakkan nak 2-3 qoutation. even tandas dah overflow, diorang tak peduli. so, depatment macam aku terpaksalah campurtangan dan tolong cari plumber. kawan aku plumber ni cina, jumpa secara tak sengaja. so, aku try je. bila dia bagi qoutation, mak aii... murah gile. orang lain qout sampai ribu riban, dia ratus2 je. siapa cakap boleh bincang. pernah satu kerja tandas tu, 2 plumber lain letak harga rm1500 keatas, dia letak rm140. bahagian maintenance dan purchasing panggil aku mintak kurangkan harga lagi kepada rm100. hangin satu badan aku. mengumpah tak ingat aku kat depa. dah murah gile tu, bagilah orang cari makan.

kadang2 ada jugak aku hasut si plumber tu letak harga tinggi sikit agar tak jauh sangat dengan harga pesaing lain. biasalah masuk meeting, tayang harga dan suruh nego harga. mamat plumber kawan aku tu jenis manusia lurus sikit. dia ambik harga kos, tambah rm30 untung, dah cukup. heh... adalagi manusia lurus dalam dunia ni.

bukan, bukan aku nak makan percent, tak pernahpun aku nak makan duit najis tu. tapi kita kena ada timbang rasa. pernah masa mula2 gunakan khidmat plumber ni, boss aku suruh aku perhatikan kerja2 si mamat tu, kenapa murah sangat. takut menipu la. separuh hari jugak aku dalam tandas tengok dia buat kerja. kerja dengan najis, memangla busuk dan jijik. pernah meleleh2 najis mutawwasitah tu kena kepala dia, selamba je dia buat kerja. aku ni dah tahap dua tiga kali muntah. dan 2-3 hari jugak tak lalu makan nasi.

sekarang, kawan aku tu dah pegang seluruh syarikat tu. berpuluh2 cawangan dia yang handle plumber secara runding terus, tiada lagi 2-3 quatation sebab syarikat puas hati dengan harga dan servis dia. kat syarikat aku sekarangpun sempat 2-3 kali dia servis, kemudian dia tarik diri sebab terlalu bizi. dah jadi kontraktor besar. tapi alhamdulillah dia jenis mengenang budi. even bizi, kalau aku call dia akan jawab. dan kalau ada kerosakan tandas atau paip tersumbat kat rumah aku, emamng dia akan datang even malam. harganya mestilah harga tak logik sebab dia selalu cakap, ini harga kawan2. sebenarnya banyak kali dia nak bagi free, tapi aku cakap aku kalau free, lain lagi saya tak akan tegur you lagi. aku tak suka termakan budi, nanti tergadai body. err... apa kau mengarut ni. adiooss.

Sunday, June 19, 2011

Tauhu Bakar Port Klang

dah lama aku tak update pasal makan2. bukan tak pergi makan, tapi banyak pergi tempat yang sama, so malas nak cerita pasal benda sama banyak kali.

kali ni aku nak cerita pasal kudapan. asyik2 makan berat je, ini kita makan ringan2 je. kita makan tauhu bakar. bercakap pasal tauhu bakar, kalau area port klang ni agak famous amos jugak, tapi majoritinya tauhu bakar cina la. bersepah kat pasar malam. tapi untuk mencari tauhu bakar halal memang payah la.

tapi aku dapat tau pasal tauhu bakar halal ni dari kawan aku si saiful nizam. biasanya dia bab2 makan ni dia ketinggalan keretapi sikit, buat pertama kalinya dia berjaya merekomenkan satu makanan ringan yang aku rasa sangat best.

kat mana?

area bandar port klang (err... bandar ke pekan?). ia dijual oelah abang lori bergerak yang ada setiap senin sampai khamis. ala jalan apa aku tak pasti la, tapi area public bank port klang. brader ni memang sempoi, dia menggunakan lori pusat zakat selangor. alhamdulillah, nampak la jugak duit zakat yang berjuta2 tu digunakan untuk membangunkan ekonomi umat Islam.

aku tak le selalu sangat makan tauhu bakar yang aku gelar sebagai tauhu busuk ni. kadang2 seminggu sekali, dan kadang2 3 kali seminggu. ikut mood la. kalau aku ada urusan, selalulah aku beli. kalau aku beli, kena tanya2 jugak bebudak opis. kalau aku beli untuk aku sorang, menyumpah jugak budak2 opis. taulah, bau dia memang tak boleh sorok. even ada kerusi meja disediakan kalau nak makan disana, tapi tak syiok la.

harga? kalau setakat tauhu bakar dengan kuah rojak dengan kacang tumbuk dengan kangkung celur, harga dia rm3.00 satu polisterine. kalau tambah sotong kurita, harga dia rm3.50. inilah rupa tauhu busuk yang selalu aku makan



selain tauhu tu ada macam2 lagi dijual termasuk air bancuh, rojak buah, goreng pisang dan keropok. tapi hot selling dia memang tauhu bakar dan rojak dia. keistimewaan brader tauhu busuk ni ialah kesedapan kuah rojaknya. memang dibuat sendiri. dalam sehari memang berpuluh kilo yang terjual kuah rojaknya. memang ada dijual kuah rojak sahaja jika berminat. aku pun bernah beli kuah rojak sahaja. kalau teringin makan tauhu busuk dirumah, aku beli tauhu kering dan bakar sendiri. tapi ia tak sesedap yang beli dikedai dia.

oh ya, kalau korang pergi beli kat situ jangan la pulak kata nak tauhu busuk, kang kena bakar sekali kang. tauhu busuk tu gelaran aku pada tauhu bakar tu sebab bau dia busuk. tapi bila dicampur kuah rojak, busuk dah ilang. sedap je ada.

Saturday, June 18, 2011

Kenapa Pilih Perempuan Tua ?

kebelakangan ini kita dapat lihat trend ramai perempuan tua mencari pasangan dari kalangan lelaki yang lebih muda. opss.... nampak tulisan aku macam mengata kaum perempuan? ok aku ubah statement aku, trend sekarang didapati ramai lelaki muda memilih perempuan tua sebagai pasangan hidup mereka.

sebenarnya pada aku menda ni normal. aku dulu masa asyik masyuk berchenta dulupun memilih perempuan tua, err... ayat macam kurang manis, aku ulang lagi... aku memilih perempuan lebih tua dari aku sebagai kakasih hati. nak suruh aku cerita? no way man! aku dah cerita dulu, kalau nak korang bacalah di entry ni http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/kisah-berkasih-dengan-perempuan-lebih.html

so, apa aku nak cerita?

aku nak cerita kisah aku menasihati kawan yang tergila-gilakan perempuan tua. ye, aku kata perempuan tua kerana memang tua. beza umur lebih 25 tahun dari kawan aku tu. aiseymen, janganlah fikir aku mengata perempuan tua, atau aku bias, atau aku mengutuk, anggaplah ia sebagai cerita. bacalah dengan hati yang terbuka.

afendi (bukan nama sebenar) itulah kawan aku. umur muda jauh dari aku, baru 24 tahun. baru keluar 'u' dan kerja. biasalah lelaki, kalau kawan dengan kawan2 muda, terasa lebih muda la. fendi menceritakan masalah dia pada aku dan mintak aku selesaikan. ye, itulah manusia, masalah cari sendiri, tapi bila masalah dah besar gunung suruh aku settlekan.

fendi menceritakan dengan beremosi bagaimana dia terlalu sayangkan perempuan (tua) itu. dia serius untuk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya yang sah. ye lah perempuan itu sudah lama menjanda setelah kematian suami puluhan tahun lepas. malah pada hari raya yang lepas, fendi turut membawa kekasih hatinya itu berjumpa dengan ibubapanya. cinta mereka mendapat tentangan hebat dari ibubapa.

fendi : kau tau man, aku serius dengan 'dia'.
man : ye aku tau ko serius, tapi sampai mana?
fendi : aku mmg nak kawin dengan dia. sumpah! aku tak main2.
man : aku tau ko serius, tapi family ko tak bagi kan?
fendi : tu yg aku pelik. sebelum ni masa aku baru berkawan dengan dia, tiap2 malam kami bergayut. makayah aku tak bising. malah mereka suruh aku jangan main2 pompuan. aku tak main2 apa. malah mak aku beria2 suruh aku perkenalkan kekasih aku pada mereka. nak kenal2 bakal menantu.
man : aku setuju, tapi ko kena faham jiwa seorang ibu. may be dia takut ko tersalah pilih.
fendi : kenapa? sebab dia tua? aku tak kisahlah. tua tu hanya pada angka.
man : ala kau tau la prempuan, mereka susah nak terima jika bakal menantu mereka hampir sebaya mereka. dia takut ko menyesal.
fendi : pilihan aku, aku tak menyesal.
man : fendi, ko kena faham, walaupun kita dah besar panjang, tapi ibubapa kita nak pilih calon terbaik untuk jadi isteri kita. isteri ni nak pakai seumur hidup.
fendi : ye, aku tak kisah. walaupun dia lebih tua dari aku, dia masih cantik apa!
man : fendi. cantik tu pada aku subjektif la. may be cantik dimata ko, tapi dimata ibubapa ko, dia dah tua. tak layak digandingkan dengan ko.
fendi : ooo... ko nak sebelah mak ayah aku la ni?
man : aikk... main kasar nampak. ko yang call aku nak jumpa, ko yg nak cerita masalah ko dengan aku, ni ko kata aku sebelah mak ayah ko pulak! baik ko balik lah.
fendi : ala man, tak kan emosi kot. aku tarik balik kata2 aku tadi.
man : ha... macam tu la. aku kawan ko man. aku tak sebelah mana2 pihak, macam la aku rapat sangat dgn mak ayah ko. setahun 2 kali jumpa ada la.
fendi : mmm...
man : secara jujur aku tak peduli siapa pilihan hati ko. even ko bercoupe tapi tak nak nikahpun bukan urusan aku. tapi since ko serius nak menikah dengan dia, aku mintak ko pertimbangkan nasihat mak ayah ko dan kata2 aku ni.
fendi : ape dia?
man : cantik perempuan tu mmg pada luaran. kalau letak mekap lagi cantik. tapi kawin bermakna ko kena hidup dengan dia seumur hidup ko. kawin bukan boleh cuba dulu, tak suka cerai. sekarang masa cinta tengah membuak2, dan mata ko dah dibutakan dengan cinta, ko nampak yang cantik2 saje. kedut kat muka dia ko tak kisah. tapi bila dah hidup berumahtangga, situasi dia lain. ko hari2 tengok muka dia, selalunya tanpa solekan. bangun tidur, tengok dia. kedut, biasa. tapi hati lelaki kita ni lain, kita akan jumpa ramai perempuan cantik dalam sehari2. penipulah jika ko kata ko tak akan puji kecantikan perempuan lain. dan dari situ ko akan mula membandingkan rupa berkedut isteri ko tu dengan perempuan2 lain.
fendi : (diam)
man : ko kena ingat fendi tujuan sebenar berkahwin? untuk berkasih sayang dan mengembangkan zuriat. ko kawin yang tua, kasih sayang memang berlebih, tau la orang tua. tapi aku yakin mak ayah ko tak suka sebenarnya sebab diorang tau korang tak akan ada zuriat.
fendi : mata ko tau tak boleh ada zuriat? aku muda la, senjata masih power.
man : ko memang la muda, tapi dia tu tua. baya mak ko, ada umur 50 lebih hah! ko dulu sains dapat berapa? dah tahap monopous la.
fendi : aku boleh ambik anak angkat?
man : anak angkat lain, perasaan tak sama.
fendi : tapi dia cakap aku boleh kawin satu lagi kalau aku nak?
man : fendi, fendi. ko ni nama je keluar universiti, tapi bodoh ko tu banyak lagi. perempuan ni macam tulah. masa dia nak dapat kita, dia beri macam2 janji, tapi cuba dah jadi suami dia, ada dia bagi. berapa kerat je perempuan yg sanggup berkongsi kasih ni.
fendi : tapi dia dah janji....
man : heh... orang tua fendi, rajuk dia lain. kalau perempuan muda, merajuk tu senang nak pujuk. perempuan tua...... susahnya. kalau dia buat muka..... ish..ish...ish,.....
fendi :(diam)
man : anak2 dia dah tau pasal korang nak kawin?
fendi : dia dah cakap dengan anak2 dia.
man : reaksi anak2 dia?
fendi : mmm. teruk jugak. anak2 dia tak tegur dia.
man : tak tegur sambil2 mereka fikir dan kemudian setuju tak kisah. tapi setuju tak?
fendi : mereka tak setuju.
man : so, mak ayah ko tak setuju, anak2 dia tak setuju, apa yang ko ekspek. bialrlah dunia tak setuju, demi cinta ko akan teruskan?
fendi : entahlah...
man : jangan jadi bodoh, melambak lagi perempuan dalam dunia ni. aku bukan kata ko kena cari perempuan muda, perempuan tua pun kalau itu selera ko, carilah. tapi biarlah yang kedua2 keluarga boleh terima. tanpa restu kedua ibubapa ko, ko ak kemana. kalau ko nak sangat, pujuklah mak bapak ko tu.
fendi : okalah man, nanti aku fikirkan. terima kasih atas nasihat ko.
man : nasihat, nasihat juga. mana chicken chop aku tak sampai2 ni.
fendi : woi... ko ni aku susah hati macam ni pun ko masih ada selera makan.
man : yang susah hati ko, kenapa pulak aku yg tak ada selera makan. ko tak nak makan terpulang, tapi chicken chop aku, sate ni, fresh orange ni, jangan lupa bayar.
fendi : ok.... makanlah.




apa? kesudahan cerita?

malas aku nak cerita. ha.ha.ha......


IKLAN---------------------------------------------------



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460191140683051&set=a.460191027349729.94584.460188577349974&type=1&theater

Friday, June 17, 2011

Kalau Guru Kencing Berdiri

aku dan keluarga baru selesai menonton rancangan maharaja lawak. emmm... entahlah, banyak idea peserta kebanyakkannya dah agak basi. dah kehabisan idea gamaknya. selalunya aku ternanti2 jozan, sepah dan jambu. nabil? tak konsisten. r2? even aku duduk area pandamaran, aku tak berapa nak sokong r2. kadang2 idea mereka bagus, tapi gandingan adik dan abang tu tak serasi. abangnya memang best, tapi si adik agak hambar dan membosankan. dan mereka terkeluar minggu ini. jambu, even minggu ni memang tak best langsung, mereka selamat dari tersingkir selepas diselamatkan oleh pemberian immuniti oleh juri2.

bercakap pasal meniru idea, atau terikut2 gaya orang, itulah idea kebanyakan peserta. sepah misalnya meniru gaya pasangan ustaz/ustazah dalam semanis kurma. menarik!

dalam hidup, itulah kisahnya. kita tak dapat lari dari meniru. tiru perangai orang yang lebih tua. meniru idola kita. meniru binatang pun ada, tu yang ada bapa rogol anak sendiri tu. binatang punya orang!

dalam bahasa melayu, perbuatan meniru ini aku suka menggelarnya sebagai "guru kencing berdiri, murid kencing berlari". guru tu bukanlah bermakna guru di sekolah sahaja, ia boleh jadi sesiapa yang dijadikan idola, atau orang yang memulakan sesuatu tabiat. murid pula adalah orang yang menirunya. yang menjadi kutukan ialah apabila murid2 pula terlalu berlebihan dalam meniru aksi si guru.

tapi salahlah kalau guru kencing berdiri? biasalah lelaki kalau kencing berdiri. kalau pompuan kencing berdiri tu lainlah. itu bukan sahaja kurang ajar, itu kurang asam punya orang.

akupun sering menjadikan bos aku sebagai idola even dia kencing berdiri. sepanjang aku kerja di 4 buah syarikat, 3 dari tokey aku tu aku biasa tengok mereka kencing berdiri. sorang je aku tak pernah tengok kencing berdiri, oppssss... dia kencing pun aku tak pernah tengok. dia tak kencing? bukan... dia pompuan. dia kencing tandas perempuan. tak kan aku nak masuk tandas perempuan kot. I lelaki tulen bang!

kencing berdiri tu terlalu biasa buat lelaki. even bagi bos2 mana2 syarikat. pernah ada bos besar kilang aku kerja tu, masa aku tengah kencing berdiri, dia masuk dan berdiri kencing sebelah aku. lagi dahsyat, siap berborak2 lagi dengan aku. tapi biasanya aku lebih suka kencing dalam tandas tertutup, tak seronoklah masa mendapat feel kencing ada orang ganggu. nanti kencing tak lawas.

pada aku, kita tak boleh menghukum seseorang atas satu perbuatannya sahaja. banyak faktor lain. kalau sorang je polis makan rasuah, bukan bermakna semua polis akan makan rasuah. kalau ada 2 orang saksi mati jatuh dari bangunan sprm, tidak bermakna semua orang saksi ke bangunan sprm akan terjatuh juga.





aku rasa entry aku ni macam pelik dan tergantung je ceritanya. entahlah....

Thursday, June 16, 2011

Biskut Keras Dan Jem Nenas


masa cuti baru2 ni, aku adalah menziarah rumah saudara mara. dan biasalah ada jugak sedara mara yang menjadi soldadu, heh.... askar. aku bukan nak cerita pasal keluarga askar itu, aku nak cerita pasal menda menarik yang mengimbau kenangan aku masa kecik2 dulu.

apa? sabarlah....

lepak2 diberanda rumah, aku terlihat bekalan makanan askar. ala resin atau bekalan makanan untuk askar masa operasi masuk hutan la. biasanya ada beras, gula, susu, garam, biskut, jem, dan sebagainya. aku bukan nak cerita apa boleh askar2 masak dengan semua benda2 tu, itu rutin mereka, taulah mereka memasak apa yang boleh.

aku tertarik dengan biskut keras askar dan jem nenas askar.

ye, biskut keras dan jem nenas. dengan lahap aku meminta izin untuk mengambil biskut keras dan jem nenas tersebut. didepan anak2 aku yang kehairanan, aku membuka bungkusan plastik biskut keras tersebut, kemudian aku bukak plastik jem nenas. aku sapukan jem nenas ke atas biskut keras tersebut dan memakannya dengan berselera. emmm... keras, dan terasa kesedapan jem nenas dan biskut itu. habis kepingan pertama, aku makan kepingan biskut keras dengan jem nenas yang kedua. anak2 memerhati dengan kehairanan. mungkin mereka berkata "apalah pelik benar ayah aku ni suka makan biskut keras dan jem nenas ni".

pada aku rasa biskut keras tersebut dah berubah. masih keras, tapi dah tak sekeras dulu. dulu, memang keras. bak kata orang kampung aku "keras betul, baling anjingpun anjing mati". sekarang dah agak lembut. rasa ? oklah.... jem nenas dia pulak dah kureng sedap. dulu sedap dan pekat. sekarang..... mak ai.... cairnya. perubahan zaman barangkali, askar2 dah tak makan yang terlalu keras dan terlalu pekat. atau, yang dah berubah. dulu aku kecik2 aku suka makan sebab berebut makan, tapi sekarang menda tu sekadar makanan murahan.

bila aku suakan pada anak2, mereka cuba gigit, tapi membuangnya kembali. keras dan tak sedap kata mereka. heh..... anak2 sekarang dah mewah dengan makanan, biskut keras dan jem nenas askar ini memang takde dalam senarai menu mereka, malah tak terjangkau oleh akal mereka. kalau biskut tiger, biskut chipsmore dan seangkatan dengannya, taulah mereka.

aku bercerita kepada anak2 mengenai kisah aku memakan biskut keras askar masa aku kecik2 dulu.

"luqman dan pika tau tak, dulu2 masa ayah kecik2, selalu ada lori askar lalu kat depan rumah tokpa (papa aku la). dulu, kampung batu balai tu banyak komunis. selalu ada askar masuk hutan kat kampung ayah.

petang2 balik sekolah, lepas balik mengaji, ayah suka duduk depan rumah. rumah ayahkan depan jalan besar, ayah tunggu lori askar lalu. sambil2 tunggu, ayah selalu main guli dengan kawan2 ayah. kadang2 ayah main 'dekcok', kadang2 tu main konda kondi. ramailah main kat depan rumah tokpa tu. kalau ada lori askar lalu, semua orang lari ke tepi jalan, kami lambai2 kat askar.

kadang2 ada askar yang baik, askar tu campak makanan kat ayah dan kawan2 ayah. kadang2 dapat susu cair askar dalam tin, ada dapat kari dalam tin. tapi selalunya dapat biskut keras dengan jem nenaslah. biskut tu keras! askar tu baling dari atas trak askar tu kat ayah, tapi tak pecah. biskut dia tak sedap, tapi kalau makan dengan jem nenas dia sedap! biskut tu, jem nenas tu, samalah macam ayah makan tadi. tapi dulu lagi sedap. sekarang dah tak sedap".

luqman bertanya "dulu ayah tak ada makanan ke?"

"bukan takde makanan, tapi ayah suka lambai2 kat askar. kadang2 ramai kejar lori askar, pastu askar2 bagi makanan. suka2. ada jugak kadang2 trak askar berhenti depan rumah tokpa tu. banyak.... sampai belas2 buah trak askar. dia berhenti tunggu kawan2 dia. kalau dia berhenti, ayah pergi mintak biskut dengan jem nenas. kadang2 banyak sangat ayah dapat. askar2 tu dah nak balik rumah dia, makanan yang lebih2 tu dia bagi kat ayah dengan kawan2 ayah. kadang2 bila dapat banyak biskut, nak makan tak abis, ayah dengan kawan2 ayah buat main baling2. sakit tau bila kena baling dengan biskut tu. kadang2, ayah dengan kawan2 pergi baling anjing cina dengan biskut tu. lari mencawat ekor anjing tu.

tu dulu la. tapi luqman dan pika tak bolehlah main buang2 makanan. berdosa, Tuhan marah.

luqman mencelah : abis kenapa ayah boleh baling anjing dengan biskut tu?

"dah lah tu, pergi main tempat lain. ayah nak sambung makan biskut ni."

Wednesday, June 15, 2011

Cikgu Paksarela Murid Membeli Buku Tak Berkualiti

dalam mana2 pekerjaan even kerja gomen, kelibat pekerja2 membuat business part time memang ada. ada buat insurans, jual kain baju, kuih raya, jualan langsung dan seumpamanya. bagus, even kt tempat aku, aku tak halang. jangan buat hingga keterlaluan dan mengabaikan kerja udah le.

guru2pun sama. mereka juga membuat part time di sekolah. dari menjual benda2 MLM atau lain2, mereka berniaga untuk menambah pendapatan. bukan aku kata gaji cikgu kecik, heh... gaji mereka bukan kecik ye. tapi dalam mencari duit lebih disekolah, aku memohon agar cikgu2 kita lebih bertimbangrasa.

kenapa aku cakap begitu. ada sebab.

bukan sekali, bukan dua kali, malah dah berkali2 anak aku yang darjah satu balik dari sekolah membawa risalah. bukan risalah politik, bukan risalah suruh masuk direct selling, tetapi risalah untuk ibubapa membelikan anak2 mereka buku2, permainan dan produk makanan yang dijual disekolah. bukan! bukan kat kedai buku atau koperasi sekolah. ini adalah jualan ad hoc, atau lebih sesuai digelar jualan oleh salesman yang datang ke sekolah.

aku cukup yakin bahawa golongan salesman ini masuk ke sekolah dengan restu dan izin pihak sekolah. apatah lagi ada sekolah yang memberi peluang kepada salesman ini untuk membuat demo produk kepada pelajar semasa sesi pembelajaran.

ada bukti? mestilah ada. semalam (14/6/2011), anak aku luqman balik dengan risalah untuk jualan buku panduan matematik dan ilmu silap mata. harga murah rm6 sebuah buku. kalau bayar rm10, boleh dapat buku dan set permainan silap mata. aku setuju bahawa tak ada paksaan untuk beli. tapi bila anak aku balik sekolah pegang risalah sampai ke malam, memujuk ummi dia beri rm10 kalau tak merajuk tak makan nasi, ibubapa tak nak belikan ke? rm10 bukan besar manapun nilai dia, tapi berbaloikan beli buku picisan dan permainan begitu disekolah.

aku tak kata buku tu tak ada nilai pelajaaran. tapi berbaloikan membelinya. anak aku merengek dibelikan buku dan alat permainan silap mata sebab dia beritahu "ayah, kat sekolah tadi, ada orang cina datang kelas luqman. dia bawa buku silap mata. dia buat magic ayah. ada 3 tali tak sama panjang, pastu dia magic, tali jadi sama panjang. pastukan ayah, dia magic duit jadi hilang...... ayah boleh beli tak? rm10 je ayah. dapat buku satu, pastu dapat alat2 silap mata. hebat ayah". aku malas nak tengok anak aku merajuk tak makan nasi sebab buku rm10 tu. pejam mata bagi je rm10.

bukan kali pertama. awal2 tahun dah beberapa kali. jualan buku2 kartun rm2 sebuah. pakej rm10 dapat 5 buku dan dapat hadiah misteri. merengek2 anak aku nak beli buku rm10. hadiah misteri dia? cam lahanat, jadual waktu kelas ada gambar ben 10. kalau buleh tulis jadual waktu kelas tak le aku mencarut, ini kecik yang amat, nak tulis singkatan matapelajaran pun tak boleh. kualiti buku pulak tahap kambing, ejaan salah, lukisan gambar pulak macam lukis dengan kaki.

aku bukan tak sokong anak2 membaca, atau menyokong penulis/pelukis malaysia, tapi biarlah ada kualiti. ini jenis penerbit dan penulis bidan terjun, dan sekolah menjadi pusat jualan bahan tak berkualiti.

dah habis marah? belum. bab menjual produk dari salesmanpun satu hal lagi. pernah suatu masa, ada jualan coklat. ini sekolah kebangsaan di kampung (bandar koboi), tak payah la jual macam jual kat kolej anak2 orang kaya. dapat risalah jugak, satu paket coklat harga rm12. stress aku. pernah aku tak bagi duit untuk anak aku untuk beli menda2 dari salesman yang buat jualan disekolah selepas memberi risalah pada hari sebelumnya, anak aku balik muka toye. sepanjang hari muka sedih. bila ditanya anak menjawab "kat sekolah tadi, luqman je tak beli air kotak tu. semua orang beli. orang lain minum air kotak dalam kelas, luqman tengok je. orang lain ayah dia kerja kilang boleh beli, ayah kerja kilang tak boleh beli".

ye, aku tau ada yang kata kenapa nak manjakan anak. kenapa nak bazirkan duit. kenapa nak bagi muka kat anak. jawapan dia macam kat atas, tak mau anak sedih. ye, anak aku darjah satu, memanglah tak matang lagi. sesetengah kita, dah anak 3 pun belum matang, inikan pula budak umur 6 tahun 6 bulan.

oklah, kesimpulan cerita ni aku bukan nak salahkan sekolah. dan bukan jugak aku nak salahkan cikgu2. aku cuma nak mintak jasa baik sekolah dan cikgu2 agar tidak keterlaluan memberi muka kepada salesman untuk meniaga disekolah. ye, aku yakin dan aku confirm, setiap jualan akan membuahkan sedikit komisen kepada sekolah atau guru terlibat, tapi fikirkan juga kami ibubapa yang terpaksa mengeluarkan duit untuk semua menda yang kurang berfaedah itu. kalau ada buku yang bagus, harga sedikit mahalpun tak apa. aku sanggup beli. opsss...pun begitu janganlah promote produk yang mahal sangat pada budak2 even bagus. bulan lepas, anak aku bagi risalah jugak. mengenai kamus elektronik bahasa melayu. harga rm299. merajuk sampai muncung boleh diikat si luqman bila aku tak bagi dia beli kamus elektronik tu. perluke budak darjah satu beli kamus elektronik tu cikgu? kalau perlu, bawalah dalam mesyuarat pibg, kita wajibkan semua murid beli. kalau setakat nak menggalak budak2 kenal produk berteknologi, anak aku dah ada henpon dan netbook sendiri. setakat laptop aku ni semua dia dah reti explore, tu aku tak bagi dia pakai. pakai netbook dia sendiri je lah. kalau diikutkan memang dah tahap layan facebook sendiri, tapi mengeja pun merangkak, aku sorok broadband aku tu. he.he.he....

sekali lagi aku menyeru cikgu2 agar lebih prihatin dan hormatilah proffesion anda itu. aku hormat cikgu dari dulu sampai sekarang, sebab guru2lah aku ada ditahap ini sekarang (even kuli kilang). kurangkanlah beri budak2 risalah beli2 buku cerita tak berkualiti dan makanan obes yang mahal itu. dah berlambak buku2 yang menjijikan dipasaran, jangan kotorkan institusi yang mulia ini dengan melambakkannya disekolah dan memaksarela pelajar membelinya. untuk jasa baik cikgu itu, saya mengucapkan TERIMA KASIH.

Tuesday, June 14, 2011

Stiker Kenderaan Paling Glamer

dalam perjalanan berkenderaan, aku pasti ramai yang perasan bahawa rata2 kenderaan mempunyai pelekat atau sticker pada kenderaan mereka. macam2 ada, dari sekecik2 stiker kepada besar punya!

adanya stiker nipun bagus jugak, dapat jugak cuci2 mata. memang ada stiker yang menarik dan mencuri tumpuan, dan ada jugak yang menyakitkan hati.

kat sini aku nak senaraikan beberapa stiker yang pada aku paling banyak aku jumpai semasa berkenderaan. senarai ini tak semestinya betul, tapi lantak akulah senarai aku. stiker 'P' dan road tax tu tak payah kira la beb.

STIKER KENDERAAN PALING GLAMER
1) stiker negeri = Kelantan (kelate)
2) stiker bola sepak tempatan = kelantan FC
3) stiker bola sepak antarabangsa = manchaster united (MU)
4) stiker keagamaan = Islam (we love Islam, ayat2 Al-Quran)
5) stiker sukan paling popular = golf (kelab golf)
6) stiker pasukan keselamatan / kerajaan = Polis (PDRM, bekas polis, koperasi polis)
7) stiker universiti/kolej = UiTM (UiTM shah alam, UiTM cawangan, Alumni)
8) stiker stesen radio = Radio era
9) stiker direct selling = Hai-O
10) stiker gedung membeli belah = tesco
11) stiker persatuan = pekida
12) stiker insurans = kurnia
13) stiker fastfood = mc donalds
14) stiker kad loyalty = bonuslink
15) stiker stesen minyak = petronas

sebenarnya banyak lagi kategori, tapi aku dah lupa. kalau korang suka, korang tulis sendirilah.

Monday, June 13, 2011

Siapa Hero, Siapa Extra ?

dalam pekerjaan aku sebagai orang HR, mengurus kemalangan di tempat kerja juga adalah suatu yg rutin. bagaimanapun aku beruntung sebab syarikat aku kerja ni ada safety officer yang bertauliah yang dapat bekerjasama dengan HR.

minggu cuti sekolah baru2 ni, aku bercuti seminggu di pahang dan kelantan. pun begitu kerja di pejabat tidak melepaskan aku begitu sahaja. dalam dok syiok2 berjalan, bershopping di rantau panjang (kelantan), ada je telefon berbunyi. ada call la, ada sms la.... kekadang tu aku biarkan je. diorang ni manja sikit, terlebih sudah. padahal rata2 tau aku cuti, ada je nak tanya. aku dah kawin la.... (uweekkkk!)

kemalangan juga tidak mengenal masa. tak kira lah aku cuti atau kerja, kalau Tuhan dah tetapkan takdirnya, maka jadilah. dan kebetulan masa aku ke kelantan, ada kejadian kemalangan jalan raya melibatkan salah seorang pekerja tempat aku. kemalangan masa nak ke tempat kerja. kes polis, dan kes socso (perkeso).

dah menjadi suatu amalan di syarikat kami, semua kemalangan akan dimaklumkan kepada HR. sebab ia wajib dilaporkan. lagi satu sebab tokey syarikat memang mewajibkan aku untuk melapor terus kepada dia jika ada kemalangan melibatkan pekerja. even ketua jabatan berkaitan atau safety officer ada melapor kepada tokey kilang, aku sebagai staff HR wajib melapor kepadanya. kalau ada yg tidak dilapor atau lambat lapor, memang kena slumdunk la aku.

dalam kes kemalangan jalanraya berkenaan, safety officer iaitu saiful nizam terus memaklumkan kepada aku. aku bertanya serba ringkas berkaitan kejadian dan mangsa utk dilapor kepada tokey. maklumat lanjut aku serah pada saiful.

balik dari bercuti, pekerja berkaitan masih bercuti. aku memanggil beberapa orang yang tau mengenai kejadian. ya... si saiful ada buat kerja dia, tapi orang HR mana percaya orang, dia percaya pada diri sendiri je. heh!

macam2 versi cerita aku dengar. orang ni cerita bahawa dialah yang pertama di tempat kejadian. orang ni cakap dialah yang membantu mengalih mangsa ke tepi jalan sementara menunggu ambulan. ye... aku dengar semuanya. nak pergi melawat tapi dia dapatkan rawatan di kampung, so tunggu dia balik pandamaranlah baru melawat. kalau syarikat ada budget besar dan HR boleh melawat pesakit di mana2 dalam dunia ni, aku prefer siapa yang accident pergi bercuti sakit kat hawaii. dapatlah aku ke hawaii sama melawat pekerja yg sakit dan bertemu muka dengan kono si pelakon hawaii five o yang seksi tu.

selang beberapa hari selepas aku bertanya mengenai kes kemalangan pekerja terbabit, aku ada memaggil beberapa pekerja yang datang lewat. mentang2 aku cuti seminggu, suka hati mak tiri bapak dia je nak datang lewat. tiba2 ada seorang pekerja india lelaki (separuh lelaki sebenarnya) jumpa aku. belum aku tanya dia dah minta maaf sebab ada datang lewat. baru je aku nak jengil mata, dia beritahu dia lewat sebab dia membantu pekerja kilang kami yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tempohhari.

errkk... aku mula confusius (apahal confusius pulak ni)confuse la... 2-3 orang yg beri keterangan masing2 menonjolkan diri sendiri jadi hero cerita tersebut. semua cerita hampir saling berkaitan tapi watak pekerja tamil ni tidak sekalipun disebut.

HR : awak cakap awak tolong pekerja kita kemalangan?
pekerja : ye. dia bawa motor depan saya. dia accident saya nampak. kemudian saya berhenti motor, tolong angkat dia sama orang ramai ke tepi.
HR : awak tolong angkat dia ke tepi jalan?
pekerja : ye, ada 2-3 orang melayu tolong. saya jugak tolong angkat.
HR : tapi saya dengar ada 2 supervisor kita tolong. awak tolong siapa?
pekerja : saya tolong itu orang accident la. kalau tak percaya, boleh telefon yang accident tu. atau tanya itu supervisor.
HR : awak dulu sampai, atau supervisor tu dulu sampai?
pekerja : mestilah saya sampai dulu, saya belakang dia masa accident.
HR : siapa tolong angkat? awak ke supervisor?
pekerja : saya dengan orang ramai la angkat. itu supervisor datang lambat, semua dah tunggu tepi baru dia sampai.
HR : siapa tunggu sampai ambulan sampai?
pekerja : sayu tunggu, itu 2 supervisor pun tunggu.
HR : awak tunggu sampai ambulans sampai?
pekerja : ye...
HR : kemudian?
pekerja : ambulan sampai, satu supervisor ikut ambulan, satu lagi pergi rumah itu orang cakap sama keluarga dia. saya balik kilang la, kerja.
HR : apa pasal awak punya nama takde orang cerita?
pekerja : betul, saya ada. sumpah!

untuk dapat lebih kepastian, aku panggil kedua2 supervisor dan pekerja india terbabit.

HR : masa kamu berdua cerita hari tu saya takde dengar pun cerita pasal dia ni ada masa accident? dia ada tak?
pekerja : ayo yo, jangan la cakap macam tu, saya ada.
supervisor 1 : he.he.... dia ada, dia yang sampai dulu.
HR : abis kenapa nama dia langsung takde disebut?
supervisor 2 : la saya cerita, saya cerita pasal saya je la. takkan saya nak cerita dia pulak.
HR : ish.ish.ish.... kurang2 kena la cakap yang ada jugak pekerja kita yang sama2 tolong. sekurang2nya saya takdelah potong gaji atau ambik tindakan disiplin sebab lewat masuk kerja.
supervisor 1 & 2 : (diam)
HR : (masih membebel kepada pekerja india) tu la kamu, lelaki tapi macam perempuan, macam mana mau jadi hero ini cerita. kamu patut jadi heroin la, pakai sari. dah... semua pergi kerja.

Sunday, June 12, 2011

Hari Bapa : Nasihat Datuk Luqman Hakim

seminggu blog aku tak diupdate. err... sebenarnya 2 minggu, minggu sebelum tu masa aku cuti seminggu aku dah pulun buat scheduled post. kami bercuti di Pahang dan Kelantan.

malas nak cerita pasal cuti, sebab cuti seminggu memang rilek. balik cuti???? kerja menimbun atas meja. nasiblah jadi kuli ni, kerja aku memang takde sape nak buat (jawapan sebenar ialah takde siapa yang reti buat). so, pening kepala otak jugak dan dalam kurang sihat dan batuk2 masih jugak gagah ke pejabat. even doktor panel suruh ambik cuti sebab batuk menyebabkan kerongkong aku berdarah, aku ketegaq jugak kerja. heh.... nak jadi pekerja terbaik la konon, tapi anugerah tu sebenarnya tak wujud. biasalah workohorlic (work & minum horlick ais).

hari ni (ahad, 12/6/2011); aku ke kenduri di rumah sahabat lama di pandamaran jaya. kenduri kawin anak perempuan dia. heh... nampak sangat aku dah nak masuk kelab orang2 berumur, kawan2 semua dah pakat nikahkan anak2, tapi anak2 masih belum mumayyis. kawan aki ni keturunan mamak (india muslim), so kenduri rumah dia tu hanya beberapa kerat je muka melayu. dah standard, mamak mesti kawin dengan geng mamak jugak. itu bukan kisahnya, sebab aku pergi masih awal, aku dapat saksikan pengantin potong kek perkahwinan mereka. lagi best, pihak pengantin turut sponsor satu kek untuk golongan bapa2 yang hadir sempena hari bapa. bapa2 yang hadir diminta bersama2 memotong kek hari bapa tersebut. aku pemalu, so aku sekadar lihat sahaja.

secara jujur, aku tak tau tarikh hari bapa. even masa nasi lemak kopi o dan kat tivi al hijrah pagi tadi doh ccerita pasal hari bapa, aku masih sangsi ye ke hari ni hari bapa. setahu aku hari bapa ialah setiap hari khamis malam jumaat. heh.... kalau salah maafkanlah aku, hari bapa tu aku belajar dari kawan aku si saiful nizam. asal je hari khamis malam jumaat, jam 5.45 petang je dah nak balik. bila ditanya, jawapannya ialah "hari bapa, kenalah balik awal pasang badan".

berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak.

begini kisahnya.

semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.

"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."

aku diam.

papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".

aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).

"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".

"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".

"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".

"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".

"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".

aku hanya diam.

"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.

"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".

"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".

aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.

"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."

"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".

aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.

"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".

"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".

Friday, June 3, 2011

Romeo Pencen : Benci Jadi Rindu

melalui sekolah menengah sultan abu bakar, termerloh (pahang)hati tersenyum. ada kenangan lama pernah bertapak disitu. bukan! itu bukan sekolahku, dan bukan sekolah sidia. tapi, kami berdua pernah menjadi tetamu disitu untuk satu kursus kaunseling dan pembimbing rakan sebaya.

masa tu aku form 5 di sekolah menengah padang saujana (jerantut), manakala sidia aku namakan Amy (bukan nama sebenar) adalah junior aku, ala budak tingkatan 4 sains. dari sekolah aku, 10 orang pelajar terpilih ke kursus tersebut. kami berkursus selama 3 hari 2 malam di ABS (abu bakar school). secara jujur, budak Amy ni hidup dalam dunianya yang tersendiri, budak pendiam. aku pun tak pasti ia muncul dari lembah mana didunia ini sebab kewujudan diapun aku tak perasan. may be sebab dia bukan antara 10 orang tercantik di sekolah kami dan bukan juga 10 orang terpandai, dan sudah semestinya bukan 10 orang paling dibenci.

aku dipilih menjadi ketua rombongan sebab aku pengerusi kelab bimbingan dan kerjaya. bila di ABS, kami dipecahkan kepada lain2 kumpulan, campur sekolah2 lain sekitar jerantut, temerloh, triang dan maran. ramailah jumpa kawan2 baru yang kebanyakannya anak2 peneroka felda. nak dijadikan cerita, si Amy ni terpilih satu group dengan aku. bancau, ada 2 orang dari satu sekolah dalam satu kumpulan. aku membantah, tapi guru fasilitator kumpulan kami menyatakan bahawa tiada masa untuk tukar kumpulan. well, terimalah seadanya.

masa aktiviti kumpulan, aku cam biasa antara yang tak reti duduk diam. sesekali Amy memberikan pandangan dan aku yang tak berapa suka kepadanya asyik memangkas hujah2nya. dia tetap bersahaja, spesis tak berperasaan barangkali. lepas aktiviti yang biasanya sebelah malam, kami kemudiannya menikmati makan malam dan supper. lepas supper aktiviti bebas dan masuk tidur. kerana jarak bilik darjah sekolah dan dewan asrama jauh, biasanya aku yang budiman ini merasa bertanggungjawab menghantarnya ke depan pintu asrama perempuan dengan selama. even, Amy tak suka aku tak peduli. aku terus mengiringnya balik keasrama.

malam kedua, aku menemankan Amy balik asrama, tapi kami singgah sekejab berborak dengan rakan2 lain yang melepak sekitar dewan makan asrama. dalam berborak, sempat jugak aku merenung budak muka bulat bernama Amy itu. agak cantik! sayang terlalu naif. lepas kursus, tiada cikgu yang jemput kami pulang. kami hanya diberikan sedikit wang saku dan diminta balik sendiri dengan bas ke jerantut. dari ABS, kami berjalan beramai2 melalui belakang sekolah dan stesen minyak petronas menuju ke bandar temerloh. jauh jugak, sempat la berpeluh ketiak. Amy dah nampak lebik jinak dengan aku (woiii, ingat burung ke cakap jinak). naik bas di stesen bas temerloh, Amy mintak duduk sebelah aku, bukan bas bapak aku, aku benarkan. sebenarnya aku harap ada makwe lain yang tersesat naik bas dan duduk sebelah aku.

lepas taman kursus, dah balik hostel, aku ingat dah tamat. tapi si Amy ni kerap datang jumpa aku terutama masa aku bertugas menjaga bilik kaunseling. macam2 dia minta nasihat, termasuk nak tukar subjek untuk spm. what! sebab hari2 dia datang jumpa aku even aku benci, lama kelamaan bila ada hari yang dia tak datang, terasa rindu pulak. padahal makwe tua (gelaran semaksud dengan isteri tua)ada menemani aku. takde buat ape2, kami study group. heh, nampak sangat menipu, aku kelas ekonomi, awek aku tu kelas pertanian mana nak study group. tapi boleh, kami boleh bincang bagaimana pokok2 yang ditanam disektor pertanian boleh dibangunkan untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga aku. rumahtangga? chit.... yuran pun makayah bayar, gatal nak berumahtangga konon.

secaraterang2an makwe aku tak suka Amy berjumpa dengan aku. barangkali dia perasan bahawa aku nampak macam lembu terlebih hormon testoran bila nampak si Amy. so, kisah Amy aku full stopkan. aku tumpukan perhatian pada riena dan wati sahaja. dua dah cukup. lagipun aku dah nak periksa spm.

lepas spm, kemudian stpm, hubungan aku dengan Amy memang tiada. hubungan aku dengan Riena dan Wati juga dah terputus. aku tak peduli, aku dah ada Ena. namun semasa menunggu tawaran kerja selepas tamat pengajian di uum, Amy kembali mencari aku. dia yang gatal telefon aku dulu. dari bertelefon, kami beremail, bertemu janji, bertengok wayang dan bercumbuan... opss... maksud aku berkasihan. dia masa aku jumpa selepas sekolah bukan lagi Amy yang naif, Amy budak lagi berimej persatuan puteri Islam. dengan free hair, pakaian sendat mengikut susuk tubuh. pergh... akupun terpikat padanya even Ima kekasih hatiku masih belajar di sintok. sempat dalam setahun juga kami berpacaran sehingga akhirnya aku diceraikan tak bertali.

memang ada hikmahnya kami tak bersama. kami sama2 outspoken. Amy sebelum kami berpisah menjadi terlalu rebel, dia cakap betudung merimaskan. pilu hati bila tau dia bertudung untuk menarik hati aku sedangkan dia rasa terkongkong. dia suarakan ketidakpuasan hati bila aku minta dia tidak berpakaian menayang susuk tubuh. ye, aku sayang dia, sangat2 sayang. malah aku pernah berbincang untuk bertunang. tapi rencana Allah lagi hebat. ye, aku frust menonggeng bila hubungan diputuskan. tapi aku bangkit dan katakan pada diri bahawa aku mampu terus hidup dan mencari pasangan yang terbaik untuk diri aku. dan aku telah temui, dan kami berbahagia sekarang.

untuk Amy; kau tak pelu muncul lagi disekitar hidup aku. jangan kata menatap wajah kamu, disinggahi bayang kamupun aku tak mahu. aku yakin kamu biasa lihat aku di FB, malah aku yakin kau juga terbiasa membaca blog aku ini. tengoklah, bacalah; tapi jangan ganggu hidup aku sekeluarga. kami dah beroleh bahagia, kau carilah bahagia kamu pula.

izzi note :
aku tak pasti ini kisah romantik, sedih, sadis atau kelakar; suka hati koranglah nak nilaikan apa. watak2 tak semestinya benar, kalau ada kebetulan, adalah diluar pemikiran. kisah ini sekadar memori lama dan ditambah pelbagai perisa untuk menampakkan kehebatan penulis sebagai lelaki baik dan hebat (tapi hampeh). watak wanita segaja ditambah banyak sebab watak ekstra tidak memerlukan bayaran tambahan.

Wednesday, June 1, 2011

Gula Kapas

kadang2 dah takde tempat nak pergi (takde duit sebenarnya) aku bawalah keluarga ke pekan india (litte india) di klang (selangor). dalam 20 minit dari rumah. takde menda menarikpun disana, kalau menarik dah tentu banyak duit abis. paling2 kami ke pasaraya mydin. area pasaraya mydin di pekan india tu, rata2 kedai ialah kedai india. ada masjid india yang tersergam indah juga. kalau aku ambik gambar disini bersama keluarga dan aku tulis aku dah melancong ke negara india, aku yakin 100% orang percaya.

dalam doq membeli sedikit barangan sebagai syarat keluar berjalan dengan anak2, tiba2 isteri terpandang seorang anak india perempuan menjual gula kapas. aku meletakkan barangan dibeli bersama isteri dan anak2 sementara aku cuba memanggil penjual gula kapas yang berada diseberang jalan. masa aku panggil dan lambai dia, dia tengok arah lain. nak seberang jalan, dia lintas sebelah sini pulak. jauh jugaklah aku membontotinya.

aku beli dua. satu rm2.00. bermacam2 warna ada. warna berbeza tapi rasa sama. inilah rupa gula kapas tersebut.



aku berikan pada isteri dan anak2. anak2 macam takut je nak memakannya. luqman bertanya "boleh makan ke makanan orang tamil ni ayah?". eemmm, anak aku biasanya memanggil orang india sebagai orang tamil, aku yang ajar. kalau tidak dia panggil orang k*ling. itu bahasa yang dia dapat melalui pergaulan disekolah.

sebab aku dan isteri makan, mereka mula makan even cam takut2. biasalah budak2 sekarang dah tak kenal makanan tradisi (tradisi siapa ye??).

sebut pasal gula kapas ni, teringat masa aku kecik2 dulu di pekan damak (jerantut, pahang). aku tinggal di kedai panjang di pekan sari damak. ayah aku berniaga kedai runcit dan pembeli getah pada masa itu. sebelah rumah kedai papa aku ialah kedai makan pok weil dan kedai makan pok pa (jaafar). kedai pertama ialah kedai haji yaakob. haji yaakob tu meniaga diserata pekan sari. dirumah kedai dia tu tempat isterinya mokmoh berniaga pelbagai jenis bawang. disebelah petang anak haji yaakob iaitu haji juli akan menjual gula kapas. paling seronok masa haji juli memesin gula yang pelbagai warna itu. pada hari sebelumnya, mokmoh akan memcelup gula kedalam pewarna. biasanya warna terang seperti merah bunga ros dan hijau daun. gula dikeringkan. bila kering baru boleh digunakan untuk dibuat gula kapas.

sebab kedai dia berselang 2 kedai dari kedai papa aku, dia kedai no. 1, papa aku kedai no. 3; so aku selalu orang terawal tengok dia memesin gula menjadi gula kapas. ada mesin khas yang entah dibeli dari mana. kepala mesin tu macam mesin kelapa jugak, tapi bezanya diatas kepala yang berpusing tu ada lubang yang diisi dengan gula berwarna tersebut. mesin berputar, dan sekejab lagi keluarlah gumpalan berupa kapas. lama kelamaan jadi banyak. bila banyak haji juli ambik dan tempekkan pada kon ais krim. emm... dalam rm0.20 je kot sebatang tu. tiap2 hari aku beli satu, tapi aku duduk tengok dari awal hingga akhir.

itu dulu, budak2 sekarang dah tak kenal lagi. mereka lebih kena dunkin donut dari kuih keria atau kuih badak (donut sira gula). pada mereka kuih ialah cookies. zaman berubah, citarasa berubah. tak boleh salahkan mereka sebab peniaga gula kapas juga dah pupus sebagaimana pupusnya dinasor.