Thursday, June 23, 2011

Tolong Biar Ikhlas

dalam berkerjaya, kadang2 aku lebih berharap isteri dan guru2 yang memberi didikan terbaik untuk anak2 aku. bukan tak ajar, tapi masa aku lebih banyak dengan kilang berbanding dengan anak2. bab2 mengajar anak2 dengan kerja sekolah, ajar tentang baik buruk halal haram dan mengaji tu adalah sikit2. menda buleh buat sendiri, aku buat sendirilah.

pun begitu, aku rasakan banyak yang anak2 perlu belajar. kalau ikut hati mau je aku daftar macam2 tuisyen untuk anak2, tapi dengan seharian disekolah dari jam 7am balik 645 petang setiap senin sampai jumaat. sabtu ada tuisyen. rasanya, dah tak terlarat mereka nak belajar. pada aku bermain juga perlu. mengaji tu aku ajar je dirumah sebelah malam. bukan pandai mana, tapi bolehlah setakat mengajar anak sendiri. kalau mengajar anak orang lain kang tak pasal2 aku ditangkap sebab mengajar tanpa permit. heh... susah jugak ye zaman sekarang, nak ajar ayat2 Allah pun kena permit. agak2 la, kalau imam mekah mengajar kena tangkap dan didakwa tak sebab mengajar tanpa tauliah? wahhabi lagi tu....

apa yang aku bangga dengan anak2 sebab mereka cuba buat yang terbaik. pika tetap dengan cita2 nak jadi doktor dari dulu. luqman sekarang dah nak jadi ustaz pulak. bila aku cakap nak jadi ustaz kena ikhlas dan selalu buat baik, aku tanya luqman apa kebaikan dia buat setiap hari.

pernah masa aku balik kerja, belum duduk luqman dah asyik bercerita dia tolong orang petang itu. sebagai ayah aku dengan dengan penuh minat.

"ayah, tadikan luqman nampak ada budak tu kan dia lalu depan rumah kita. dia balik dari kedai kot. dia bawak barang, tiba2 kan barang dia jatuh..... pastukan, luqman tengok dia kutip barang dia tu. kesian dia ayah".

apa luqman buat?

"luqman pergi cakap dengan ummi, pastu ummi tanya budak tu buat apa. dia cakap kutip sagu yang mak dia suruh beli. habis semua tumpah la ayah. dia cakap mak dia suruh beli nak masak. kalau balik tak ada sagu nanti mak dia marah. dia tak ada duit nak beli sagu baru untuk ganti sagu dia yang tumpah tu".

abis tu?

"ummi tanya dia berapa harga sagu tu, dia cakap rm1.70. luqman ambik duit luqman bagi kat budak tu rm3.00. ummi suruh dia pergi sagu baru. pastu budak tu ambik duit dan pergi kedai beli sagu baru. kemudian dia lalu luqman tengok dia dah beli sagu baru. dia senyum je kat luqman"

budak tu tak cakap apa2 kat luqman?

"ada"

takpelah luqman, yang penting luqman ikhlas tolong dia. kalau luqman tak tolong dia mungkin mak dia akan marah dia. atau dia tak boleh makan sagu tu. kita tolong orang kena ikhlas, tak kiralah dia ucap terima kasih atau tak, ingat kita atau tak.

"ok ayah".

10 comments:

insan marhaen said...

tanda-tanda positif menjadi anak yang baik. terpulang pada bapanya sekarang!

pB said...

sayu jer baca entry nie


alhamdulillah


moga perangai baik ini dibawa hingga ke mati

KSWSK said...

bagus luqman...

Roza Ami Nanomiya said...

bagusnya

ku-cit said...

sejuk perut ibu mengandung...

izman said...

insan marhaen:
harap2 begitulah bang. didikan agama, contoh tauladan diberi, dah besar nanti harap2 menjadi manusia beriman.

izman said...

pB :
itulah yg diharapkan. tolong tak semestinya gunakan wang berjuta. may be beberapa ringgit dah mampu membahagiakan orang lain.

izman said...

kswsk :
bagi pihak luqman, ayahnya terima pujian dgn senyum lebar.

izman said...

roza aka kapten :
terima kasih. kembang kuncup hidup aku.

izman said...

ku-cit :
begitu juga bangganya ayah yg mengandungkan umminya. opss...