Showing posts with label Warung dan kedai makan pilihan. Show all posts
Showing posts with label Warung dan kedai makan pilihan. Show all posts

Tuesday, January 19, 2016

The Food Bank @ Kota Damansara

The food bank @ ķota damansara.
Hari ni berjalan jauh sikit makan. Nak test kedai makan yang baharu dibuka berhampiran kompleks membeli belah the strands kota damansara.
Ia kedai makan berbilang gerai dengan deco yang simple, ala-ala makan bawah kolong pun ada. Aku suka sebab tak menyemak mata.
Aku cuba nasi daging bakar. Rm8.00 sahaja. Ia hidangan ringkas namun mencukupi. Rasanya?
Nasi kurmaknya tiada rasa apa-apa, dhal sayur campurnya agak cair, air asamnya tiada rasa pedas cili dan asam, dagingnya keras dan tidak 'juicy'. Namun bila diadun bersama dan dimakan bersama papadom yang masin, terasa nikmatnya.
Aku bagi 2/5 bintang. Tetapi aku pasti akan makan lagi nasi sederhana ini.

Thursday, May 7, 2015

Restoran Khalifah, Kota Damansara


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sebab takde idea nak tulis apa, aku just nak share restoran dan makanan aku makan tengahari tadi (07/05/2015). lokasinya 5 minit je dari opis aku, so.... dekat sgt lah ye

Restoran Khalifah ni ada banyak cawangannya. ini yang dekat dengan aku.

tadi aku try makan cheese naan dengan ayam tandoori. inilah rupanya menu yang aku makan tadi.


pada aku, cheese naannya sangat lembut dan sedap. aku suruh dia bagi hangit2 sikit tadi, tapi dia risau aku x boleh makan. heh.. geram betul.
kuah dhal dengan sambal hijau boleh tahan, tapi aku tadi minta gulai ikan. memang kombinasi yang menarik. 
ayam tandoori? pada aku ayam tandoori disini kurang menyengat. rempah dia tak sekata. 

Rating : 6/10 (Cheese Naan & Ayam tandoori)

Lokasi? 
malas aku nak cerita, korang tengok sendiri je lah kat resit tu. 




Thursday, April 30, 2015

Pak Ayob Cafe - Revisit 29/4/15

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini antara food spot yang selalu aku kunjungi. sebab dah takde gambar dan cerita lain, aku tempek jugaklah kat sini.... elak blog bersarang.

ini semasa aku makan pada 29/4/2015.

kebiasaannya disini aku suka nasi putih dengan black pepper lamb. air biasa aku ambik air suam je... tapi kali ni aku bedal ais krim soda.

sambil tunggu hidangan sampai, aku suka tengok dekonya yang dihias rapi dengan pelbagai barangan antik dan oldskol. damai mata memandang.

gabungan makanan enak dan antik.... maveles!






Friday, March 13, 2015

MADGHUT LAMB @ KABABJI GRILL, KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini restoran Arab yang hampir setiap bulan aku singgah makan. ini singgahan pada hari semalam, 12 Mac 2015. so, just nak share gambar je.

Menu : MADGHUT LAMB
Harga : RM16.00
Restoran : KABABJI GRILL, Jln Teknologi, Kota Damansara
Rating : 7/10 (Makanan Arab)


Thursday, March 12, 2015

MR CENDOL @ GIANT KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Asyik makan berat, kali ni aku nak cerita pasal yang ringan-ringan je.... pekena CENDOL.

Pada 06/03/2015 yang lalu, aku dan sahabat aku Saiful telah ke Giant Kota Damansara untuk mencuba cendol yang dikatakan sedap yang amat itu. selalu memang aku tengok ada orang, bau daun pandan pula memang semerbak... so, kita cuba.

Okey... ini gambar kedai yang kami kunjungi. MR CENDOL.





Since kali pertama singgah, kami tengok menu dia dulu. macam-macam cendol ada.
 Apa lagi, tepuk dada, tengok duit dalam poket la...


Sahabat aku itu telah memilih Cendol Ais Krim.


Ini pilihan saya.... Cendol Pulut Special.  Pada aku, cendol ni sangat terasa rasa 
daun pandannya. sedap? rasanya boleh tahan.


Ini rojak. rasanya pada aku tidak menepati selera. 


Rating : 5/10 (Cendol)
Rating : 5/10 (Rojak)


Alamat ?
Sila rujuk alamat tu di dalam resit.


Nota : paling aku tak suka ialah, kedai ini dikendalikan oleh pekerja myanmar.

Tuesday, March 3, 2015

AL FATEH STEAMBOAT & GRILL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 03/02/2015 yang lalu aku dan keluarga telah berkunjung ke sebuah restoran buffet steamboat & grill di kampung jawa, klang. ini sempena dengan sambutan hari lahir aku ke 39 tahun.

Kebiasaannya, kami sambut di restoran makanan segera, tapi tahun ini aku sengaja membuat kelainan dengan mengajak family ke restoran steamboat.

Umum tau bahawa kebanyakan restoran steamboat dimonopoli oleh orang bukan Islam, walaupun berstatus halal. Restoran al fateh ini pula dimiliki 100% oleh orang Melayu Islam. jadi tiada keraguan dari segi status HALAL.

Ini adalah kali pertama kami ke sini, itupun setelah mendengar cerita dari kawan2 kata ianya sedap, murah dan berbaloi. 

Untuk senarai harga, korang rujuklah kat tanda kat bawah ni, ia aku ciluk dari fb mereka.



Biarpun kami juga tinggal di klang, aku memang failed nama-nama jalan. jadi langkah terbaik ialah gunakan waze. memang tepat hingga ke depan pintu restoran ini.

Masa sampai, mak oi.... ramainya manusia. ramai jugak orang yg berdiri dan menunggu giliran untuk mengambil tempat. Alhamdulillah, aku terus dapat tempat sebab aku awal-awal dah booking.

Walaupun tempatnya agak tersorok, tapi santai dan menenangkan. pada aku, pilihan makanan tidaklah mewah kerana tiada langsung kelibat ketam, udang laut dan sewaktu denganya. yang paling mewah cuma udang saiz sedang. 

Namun begitu, bahan mentah lain banyak seperti fishball, daging utk grill, sotong, kerang, pepahat, cendawan, sayur, jagung dan sewaktu dengannya. ini gambar antara pilihan makanan untuk di steamboat dan grill.


Anak-anak yang paling eronok sebab dapat memilih makanan yang mereka suka. mereka rebus fishball, pepahat, bakar daging berempah, kerang dan sebagainya. bagi aku yang anak-anak masih kecil memang seronok sebab mereka tak banyak makan tetapi ada aiskrim. mereka bedal bermangkuk-mangkuk.

Biarpun semasa search mengenai restoran ini ada juga kata layanan kurang memuaskan, pada aku ianya tidak benar. semasa meminta tambahan sup, dan bertanya mereka adalah peramah. sedikit kekurangan jika ada, pada aku biasa sebab pelanggan sentiasa ramai. mereka juga manusia, ada rasa penat. cuba minta dengan elok, nescaya akan dapat cepat dan dengan elok.

Pada aku yang pernah part time kerja kedai makan, jika pelanggan minta dengan baik, mulakan dengan 'MINTA TOLONG..', ramai yang tolong dengan senyuman. dah dapat tu, ucapkanlah TERIMA KASIH. tak rugipun.



secara keseluruhannya, aku dan keluarga sangat berpuas hati dengan hidangan disini. budget murah tapi boleh jugak makan dengan puas. anak-anak juga sangat gembira. hingga sekarang mereka masih tidak melupakannya. malah aku memberi tawaran kepada anak-anak, jika setiap 4 kali berturut-turut mereka tidak ke pasar malam, aku akan bawa ke al fateh. sekarang dah kali ke 2. aku kena standby duit. untuk sekeluarga, 

kos kami untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak berbayar lebih 7 tahun cuma RM67.60. kegembiraan kami sekeluarga..... PRICELESS.

Rating : 7/10 (Steamboat)

alamat :
AL-FATEH STEAMBOAT & GRILL
LORONG RAJA JUMAAT, KAWASAN 1
41000 KLANG, SELANGOR
TEL/WHATAPPS : 017-6300965
fb : al-fateh steamboat & grill-kg.jawa klang
Buka : 5.00 PETANG -12.00 TENGAH MALAM

Tuesday, February 24, 2015

CHAR KUEY TEOW BABA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini saje nak update dlm blog. 

saya adalah penggemar nasi lemak, nasi ayam, char kuew teow, chicken chop, roti telur dan sebagainya. jadi bila ada yang seru bgtau ada tempat yg sedap, saya akan cuba menghadirkan diri merasanya sendiri.

pada 30/1/2015 yang lepas, saya sekeluarga telah berkesempatan untuk ke sebuah gerai char kuey teow yang terletak di kampung jawa, klang.

ia semasa itu menjadi sangat viral di hmlive. siasat punya siasat, ia adalah kepunyaan rakan saya di pertubuhan kebajikan AMALTEAM (www.facebook.com/amalteam ). chef mohd nor yazid dan isterinya puan rina adalah tulang belakang kepada keenakan char kuey teow ini.

biarpun semasa itu hujan lebat, parking agak jauh, kami sekeluarga gigih ingin mencuba.

isteri saya agak skeptikal pada mulanya kerana dalam jadual kesedapan char kuew teow saya cuma ada di meru dan di taman pendamar indah 1. yg lain tak berapa nak sedap.

alhamdulillah, saya cuba char kuew teow tanpa saya menunjukkan diri kepada rakan saya itu. apa guna sedap jika dimulut saya seorang. 

mmm... saya rasa kuahnya. memang ada kelainan daripada resepi biasa. rasa sedikit berangin. adunannya melengkapi. saya kemudiannya mengwhatapps chef yazid yg saya tgh makan. beliau dan isteri kemudiannya mengalukan kedatangan kami dengan mesra, kebetulan hujan sangat lebat, pelanggan baru agak kurang, jadi beliau ada masa untuk menyantuni saya yg lebih leka makan dari berbual.

saya mengorek rahsia kuah. ini confirm bukan kuah yang dibeli ready pack kat internet atau tiru buku resepi biasa. dan saya agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa ia turut mengandungi habbatus sauda dan rempah ratus yg istimewa. ia diperap sempurna. 

masih tidak berpuas hati, saya meminta chef yazid untuk menggoreng kuey teow goreng untuk saya. kalau char kuey teow sedap, adakah kuey teow goreng juga setanding?

Alhamdulillah, memang sedap jugak. abaikan apa yg isteri dan anak2 saya makan. saya secara peribadi mkn kedua resepi itu. err... bukan saya pelahap, kebetulan hari tu saya mmg tak makan tengahari (tolong percaya).

secara peribadi saya boleh katakan bahawa char kuey teow baba ini berbeza daripada char kuey teow kat pasar malam. ia memang terbaik dari segi rasa dan kuantitinya adalah agak banyak.

SANGAT PUAS HATI.

Waktu operasi:

1. Char Kueh Teow Baba, Lokasi di Kg. Jawa.....beroperasi dr pkul 7 mlm sehingga 12.30 tgh mlm.....tutup hanya pd hari Ahad mlm Isnin sahaja..... (ditutup sementara utk renovation. sehingga april 2015)

2. Char Kueh Teow Baba, lokasi di Jalan Y
adi Klang.....waktu operasi pkul 6 ptg sehingga 12.30 tgh mlm.....di tutup hnya pd hari Khamis mlm Jumaat......
CUTI UMUM TETAP DIBUKA !!!


3. Char Kueh Teow Baba, lokasi gerai no. 3, medan selera MPK, simpang 4 teluk pulai, klang. Buka 7pm-12 mlm. 




ini rupa char kuey teow yang aku makan hari tu.



ini pula gambar kuey teow goreng yang aku makan.



Rating : 8/10 (Char Kuey Teow)


info lanjut, sila hubungi:
CHEF MOHD NOR YAZID (019-3828994) call/sms/whatapps

MEE REBUS @ RESTORAN GULAM MEE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semalam (23/2/2015), agak kurang berselera nak makan nasi. So, terjah ke Restoran Gulam Mee di area Bistari De Kota, Kota Damansara.

Restoran Gulam Mee ini memang tersohor di Kota Damansara, saban hari memang penuh pelanggan dari pagi hingga ke lewat malam. mau tak popular, Sekarang keluasan restorannya dah mencecah 5 kedai. tu belum kira tepi dan belakang kedai yang telah direnovate jadi tempat makan. 



Ini mee rebus yang aku makan. Sedap. kuahnya memuaskan. Cuma, keciknya pinggan. 

Rating : 6/10 (Mee Rebus)


Lokasi?
malas aku nak tulis. korang tgklah sendiri kat kertas tu.


Friday, January 30, 2015

ALMAEDA ARABIAN CUISINE - AYER @ 8 PUTRAJAYA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

atas urusan syarikat, hari ni (29/1/2015) aku ke Putrajaya.

 selesai urusan ngam2 lunch, so aku ajak member pergi makan. dia cadangkan nasi arab. biarpun aku diet, sebagai orang yg menghormati sahabat, aku lupakan diet seketika (uwekkkk).

restoran makanan arab ni terletak dikawasan yang baru dibuka di presint 8. nama bangunan pun dah buat aku tergelak AYER @ 8.


view dari restoran ni cantik. mengadap tasik putrajaya. makan kat dalam buleh, kat luar buleh.



ini set nasi yang aku pilih. kawan aku tu pun pilih ni jugak, senang masak sekali.
kami pilih LAMB KABSA.


 kesimpulan :
sebab aku yang bayar, pada aku memang sedap. nasinya banyak dan terasa rempahnya. portion kambing nampak macam rebus biasa2 je, tapi percayalah mmg sedap. lembut dan juicy. 
menambah kelazatan ialah kuahnya. aku sampai order 2 mangkuk setengah.

 untuk restoran ni, memang pada aku terbaik. aku rekomen pada peminat nasi arab untuk rasa. kalau sedap, korang tag lah fb aku. kalau tak sedap, korang soundlah sikit tokey kedai tu.

 

 alamat? ini peta lokasi aku ciluk kat fb restoran tu. korang carilah. 
kalau nak belanja aku makan, call aku.



Wednesday, January 28, 2015

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH @ TMN SAINS SELANGOR 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam lunch aku dah bedal western food, so hari ni (28/1/15) dah sengkek, jadi aku makan kat warung tepi jalan je lah.

macam biasa, makan dekat2 je sebab aku lunch 45 minit je.

hari ni aku pergi makan di WARUNG NASI AYAM BEREMPAH yang terletak disebelah stesen minyak petronas Kota Damansara. Petronas tu ada Maybank Islamic.

area? taman sains selangor 1, Kota Damansara. ala.. korang cari je Segi College. tak jumpa SEGI? tepi jalan tu korang akan nampak TROPICANA MEDICAL CENTRE, jadi warung ni betul2 depan pagar hospital swasta tu.

kalau dalam 1130am korang nampak orang empat berbaris panjang tu, betullah tu. kalau ternampak muka aku tu, jangan lupa tegur. dah tegur tu tak reti2 nak belanja.



inilah rupa van/lori peniaga nasi ayam berempah. dulu pakai van je. sekarang dah siap ada warung. bungkus boleh, makan situpun boleh.

 ni rupanya hospital swasta Tropicana Medical Centre. warung tu tepi jalan dan diluar pagar,           jangan korang cari kat dalam pulak.
 
 kalau korang was-was, korang tengok kat van/lori tu nama ni. kalau betul, memang betullah.



 selain nasi ayam berempah, warung dan van ni ada jugak jual goreng pisang, 
buah2 potong, kerepok dan air bancuh.
 


ini set untuk yg nak bungkus. ada kuah ayam.

ini untuk set makan di warung. kuah siram sendiri nak banyak mana. tak cukup... tambah aje.

kesimpulan :
aku dah jadi pelanggannya dah dekat setahun, so memang sedaplah. lagi sedap bila hujung bulan macam ni, gaji tak masuk lagi, inilah sajian yg paling sedap.
harganya cuma RM5.50. complete set ada nasi, ayam berempah, sambal, timun, acar dan pilihan 2 jenis kuah.
kalau beli, korang ambik banyak sikit dia punya habuk ayam tu, memang marveles sedapnya.

ia banyak, ia sedap, dan yang penting ia murah.

alamat?
woi... alamat ke benda... kan aku siap bagi landmark kat atas tu. cari je lah.

oklah... aku bagi jugak lah...

WARUNG NASI AYAM BEREMPAH
Sebelah Petronas Taman Sains Selangor 1
Berdepan Tropicana Medical centre
Taman Sains Selangor 1
Kota Damansara, 47810 Kota Damansara
Selangor Darul Ehsan.

Tuesday, January 27, 2015

MR STEAK HOUSE @ SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

memulakan tahun 2015 ni aku bertekad untuk mengaktifkan semula blog ini yg telah lama bersarang labah2.

topik yg aku suka semestinya..... MAKAN.

hari ni, 27/01/2015, aku telah lunch di sebuah restoran berdekatan tempat kerja aku iaitu MR STEAK HOUSE.

dekorasi restoran ini menarik.






aku telah memilih chicken chop. itu je lah western food yang aku reti.



chicken chop ini didatangkan dengan mushroom souce. mmm....nice.
keseluruhannya aku suka. semestikan akan datang lagi.

alamat ? 
korang tengok je lah kat resit tu ye.
















Tuesday, November 11, 2014

RIANG RIANG RESTAURANT - KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini aku nak cerita mengenai RIANG RIANG RESTAURANT di kawasan Kota Damansara.

aku ke sana untuk makan tengahari dengan beberapa rakan sekerja. ini kali pertama kami ke sini.



 secara jujur aku tertarikh dengan dekorasi restoran ini yang moden dan santai.

pilihan lauk sangat terhad dan kurang menyelerakan, so kami semua memilih nasi goreng.  aku pilih nasi goreng daging dengan telur.

pada aku nasi goreng ni agak sedap. namun selepas 20 minit, kepala aku berdenyut dan sakit. itu adalah isyarat jika makanan yang aku makan dah ditambah serbuk perasa MSG. aku memang alah dengan MSG. 
di rumah aku mmg tiada MSG, dan aku memang pantang MSG. so, ia adalah kali pertama dan terakhir aku makan di situ. 


Alamat ?

rujuk pada resit.



Info dikemaskini  17/3/2015 : 
Restoran ini telah di TUTUP.

Sunday, October 26, 2014

SATA @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Sata.
Rasa isi ikan yg sebenar.
Rm2 secucuk ( 4 pcs).

lokasi: keropok lekor ghani black, peramu kuantan


PAU IKAN @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Nama Kuih : PAU IKAN
Lokasi Gerai : GERAI KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN, PAHANG

Catatan : 
Ini kali pertama makan. Tepung yang berintikan ikan. .... Bukan Taste aku.



Friday, October 10, 2014

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR (CAWANGAN MELAKA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 10/10/2014 yang lalu, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka.

tujuan bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda, serta untuk menjamu selera.

Selepas solat Jumaat di Pengkalan Balak, iaitu tempat kami menginap di Chalet Hajjah Mahawa, kami ke Pantai Klebang.

Dalam perjalanan, saya ternampak restoran yang unik, cendol drive thru. bunyi macam kelakar, tapi punya la ramai manusia tengah beratur untuk makan. saya nekad mencuba. lagipun saya memang peminat cendol.

Sumber Gambar : Facebook rasmi cendol bakar kuala selangor.

Memandangkan ini kali pertama bagi kami sekeluarga di restoran cendol bakar ini, kami lihat menu dulu, sambil jeling2 meja orang yang sedang makan.


OK... dah dapat idea nak order. jadi, saya order 4 jenis cendol bakar tapi kemudiannya pilih lagi 2 kerana tidak cukup. memang sedap. anak aku yg kecik pun tak nak kongsi. kami ambik semua jenis cendol: biasa, vip, vvip, durian, tapai, pulut. 


Yg tersedap pd aku ialah cendol bakar durian. marvelous!!

aku jugak rasa Lempeng pisang. fabulous! 

keropok? .. setakat biasa-biasa sahaja.






Rating : 7/10 (Cendol)

Alamat ?
Akupun tak tau, aku jumpa sebelah kiri sebelum sampai klebang, melaka. Ala... pergi tengok sendiri kat facebook dia dibawah ni:-

https://www.facebook.com/CendolBakar