Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, August 9, 2016

Pesanan Untuk Anak-anak

Pesanan untuk anak-anak.
pagi ini saya terpaksa memanggil lagi semua pekerja berhimpun semata-mata ingin berpesan agar mereka tidak bermain 'pokemon go' semasa bekerja. malah saya memberi amaran untuk menguatkuasakan larangan memegang sendiri telefon bimbit semasa waktu bekerja dengan syarikat menyimpannya di dalam loker. bermakna, semasa waktu bekerja, semua telefon bimbit akan diserahkan kepada syarikat untuk disimpan dan akan diserahkan semula kepada pekerja semasa rehat atau pulang kerja.

kejam?
ia tidaklah kejam kerana sudah banyak syarikat membuat peraturan ini sejak puluhan tahun lalu. ianya dibenarkan bagi menjamin keselamatan dan kelancaran proses pengeluaran. tak perlulah sembang soal kecemasan kerana setiap syarikat ada nombor telefon untuk dihubungi bagi menyampaikan pesanan. talian kecemasan 999 kan ada dan pasukan keselamatan seperti polis, bomba, ambulans dan jpam sentiasa dalam siapsiaga membantu orang ramai. jika perlu, berilah nombor telefon pegawai atasan atau HR untuk dihubungi jika keperluan mendesak.

bercakap mengenai pesan dan berpesan ini, saya teringat kisah hari ahad lalu di sebuah pasaraya besar yang hidup segan mati tak mahu di bandar port klang. ketika itu saya membawa 2 anak saya iaitu mira dan fahmi berjalan-jalan untuk membeli jajan mereka. isteri dan 2 lagi anak tidak ikut serta kerana asyik menonton drama korea. biarkanlah, malam nanti giliran saya pula menonton filem tamil.

semasa beratur untuk membayar, di hadapan kami ada satu keluarga melayu sedang membayar. saya cuma memerhati apabila perempuan tua itu mengambil dahulu barangan dari dalam troli dan membayarnya sendiri. kemudian baharulah perempuan muda yang bersamanya mengeluarkan barangannya dan membayar. di belakang perempuan muda itu kelihatan suaminya yang sedang mendokong seorang anak kecil.

menyedari saya dan anak-anak memerhati gelagat mereka, lelaki muda itu berkata, " itu emak saya, dia ada duit sendiri, pencen arwah ayah saya".

masyaallah! saya rasa malu mendengar kata-kata itu daripada seorang anak terhadap ibunya sendiri.
betul, si ibu mampu menyara dirinya dengan duit pencen suaminya, namun tunjukkanlah sedikit kasih sayang dan ehsan untuk ibu tua itu. semasa kamu kecil, duit suaminya dan barangkali duit ibu tua itulah yang sering kamu gunakan tanpa perlu dibayar balik. jika kamu menghitungnya, barangkali seumur hidupmu tidak mampu membayarnya.

ya, barangkali kamu sudah memberinya biaya bulanan. itu memang tanggungjawabmu wahai anak lelaki. lagipun saya lihat, ibu tua itu sekadar mengambil setin susu, sebungkus serbuk kopi dan sebungkus biskut kering, berkirakah kamu untuk membayarnya sesekali semasa ibu itu mengikutmu berbelanja.

di dalam kereta, saya mencium ubun-ubun kedua anak saya itu dan berpesan kepada mereka, "anak-anak, dengarlah pesan ayah ini. bila ayah dan ummi sudah tua nanti, jangan buat perangai macam orang depan kita tadi buat kepada mak dia".

"walaupun masa tu ayah dan ummi ada banyak duit, sesekali masa datang melawat kami, bawalah sesuatu. tak perlu mahal, tetapi sesuatu sebagai ingatan dan kasih sayang".
"pernah tengok ayah balik kampung tangan kosong, atau pergi melawat moyang tak bawa apa-apa?", soal saya. mereka menggelengkan kepala.
" moyang dulu pernah pesan kat ayah, kalau datang melawat rumah ibubapa atau tok nenek, jangan berlenggang dan dengan tangan kosong (nota : ayat sebenarnya lebih kasar iaitu "jangan bawa batu pe**r sahaja). begitu juga jika bawa ibubapa ke kedai/pasaraya, biarpun adakala kita tak banyak duit, bayarkanlah untuk mereka. bukannya setiap hari. mungkin kita rasa susah sedikit kerana habis duit, tetapi Allah akan bagi anak-anak rezeki yang lebih banyak".

"semua faham ke pesanan ayah ni?", soal saya.

"faham ayah", jawab mereka. saya menurunkan brek tangan dan kaki mula menekan pendikit minyak. kereta kemudiannya meluncur pulang.

"semoga anak-anak ayah memahami pesanan itu dan berbakti kepada ibubapa/ibubapa mertua mereka nanti. harapan saya agar sifat baik itu akan menurun kepada anak-anak mereka pula". bisik hati kecil saya.

Allah jua yang Maha Mengatur segalanya.


Nota : dipetik daripada fb peribadi Izman Pauzi

Tuesday, July 1, 2014

PUASA VS BAKHIL

Puasa vs bakhil.

On the way blk KD dari SA td, aku singgah jab isi petrol. Cam biasa di stesen myk... diserbu secara berjemaah oleh org pattani jual keropok keras.

Since aku x suka keropok pattani, aku menolak dgn lembut dan senyum. Kemudian pura2 kusyuk isi minyak supaya x digoda lg. 

Tiba2 di lane sblh, kereta alphard dtg. Mereka berlumba2 serbu. Lelaki melayu keluar dgn senyum.
"kopok abe'." Seru wanita tua itu.

Lelaki itu tanya berapa harga semua keropok di pegangnya.
"Pat puluh rial". 


Aku mencuri2 tgk. Lelaki itu beri rm50 utk keropok, dan suruh simpan bakinya.


"Berapa org meniaga hari ni?" Tanya lelaki itu.
"Limo ore abe'".


Dikeluarkan rm50 dan dihulur. "Ambik duit ni buat beli utk berbuka". Makcik tua menadah tangan berdoa. 


Aku segera beredar. Dlm kereta aku sebak dan insaf.


Patutlah aku tak kaya, aku bakhil rupanya.

Sunday, December 1, 2013

REZKI 30 SEN

'Rezki 30 sen'

Smlm semasa beratur nk byr di kedai runcit, didpn aku ada pompuan tua india tgh byr. Tiba2 diminta kenselkan beli serbuk teh boh pek kecil. Dia hanya byr roti dan ikan kering paket kerana x cukup duit. Itupun pakai duit syiling.

Dlm muka sedih & sayu dia beredar. Aku panggil & offer nk byr. Dia enggan. Aku paksa nk byr yg terkurang. Dia kembali dan aku byr yg x cukup; hanya 30 sen.

Byk betul dia ucap terima kasih. Ikut sampai je kereta sampai isteri & anak2 pun pelik kenapa pompuan tua india ikut aku sampai ke kereta. Takkan nk scandal dgn pompuan tua (che ta still ok la..).

Dlm 15 minit lps kejadian aku dihubungi oleh nombor x dikenali. Tanya psl sabun yg aku jual dan akhirnya confirm nk beli 30 tong. Janji nk ambik ahad.


Ahad... sabun bertukar tangan. 


Pd aku, apalah sgt 30 sen. Pd dia, itu adalah kehidupan. Alhamdulillah, 30 tong sabun tu rezki utk aku. Janji Allah pasti, setiap jariah pasti diberi ganjaran. Tak pernah ada yg menderma jatuh fakir. Syukur padaMu Ya Allah.


Wednesday, November 20, 2013

BURUK SANGKA

Menunggu di imigresen putrajaya, kelihatan ramai pompuan seksi. Aku x mau judge apa2. Just tertengok & terus mbaca buku.

Teringat minggu lepas tunggu Rizal Gunx lepak minum kt gulam mee....

3 wanita melayu duduk depan meja aku. 1 sangat seksi; Seluar pendek nampak pangkal rahim, baju ketat rapat ke gunung senyum, tapi londeh nampak teluk kemang. Aku tengok sbb betul2 dpn mata. Hati aku bkata 'buruknya perangai'. 

Dalam 3 minit judgement aku salah.

Makcik tua jual kerepek 3x jumpa aku, 3x aku ckp x nk sambil hirup teh o ais limau dan makan pau ayam.

1st time makcik tu sapa pompuan seksi tu, mereka bersalam & cium tangan makcik tu & terus dipelawa duduk, dipaksa makcik tu order air dan nasi ayam. Kemudian mereka semua beli kerepek 2-3 bungkus sorang. Menyalam dan cium tangan dan makcik tua kembali berjualan.

Astaga... malunya aku pada mereka & pada Allah kerana buruk sangka.

Pakaian x cerminkan peribadi tapi Alangkah bagusnya jika pakaiannya juga semulia akhlaknya.
Malam tu aku x lena tido terbayang kekhilafan aku tadi (tapi aku layan movie la). Aku x beli jualan makcik tu sabab aku x perlukan kerepek. Perempuan seksi tu tunjukkan bahawa makcik tu perlukan duit dan sedikit kasih sayang. 

Emmm.. aku patut lebih sensitif sabab aku sanggup habiskan duit dan tenaga utk bantu mereka yg susah even aku x pernah jumpa. Yang Allah nak bagi pahala depan mata aku x nk ambik. 

Aku patut lebih berakhlak mulia dimasa depan. Mmmm... patutkah aku jumpa pompuan seksi tu dan minta maaf & ajak dia berpakaian lbh sopan? Mmmm.... (sori xde niat lain. Anak2 aku kata kalau aku nak kawin lagi, diorang nak ikut tidur dgn aku pastu nk gigit ibu tiri. Ganas betul).

Mode: buat karangan mengarus bahasa melayu spm sbb kebosanan. dokumen aku pkl 12 baru siap. Pegawai xde. Just baca, jangan buat apa2 judgement. Andapun x kenal hati budi aku.


Sumber : facebook : izman pauzi

NOTA : 
ia posting lama di fb. tarikh di blog sengaja disamakan dengan tarikh pasting di fb. 

Friday, August 27, 2010

Kenapa Baca Al-Quran Tapi Tak Faham Maknanya ?

Hari ini (27/8/2010)adalah HARI NUZUL AL-QURAN. ia adalah antara hari yang harus diraikan oleh umat Islam. Al-Quran yang diturunkan kepada kita telah berjaya menjauhkan diri kita dari menjadi kafir.

even hari ni buat kali pertama syarikat tempat aku bekerja ini bekerja kerana tidak mengambil cuti ini sebagai cuti umum, tapi aku menganggapnya sebagai hari aku beribadah juga, bukankan kerja yang ikhlas itu suatu ibadah.

Dalam melihat Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita, aku nampak ia semakin dilupakan. dulu turunnya Al-Quran, masyarakat jahiliah telah berubah dari hidup yang bergelumang dosa seperti asabiah, bunuh anak perempuan, perzinaan, pelacuran dan peperangan sesama sendiri. kini, walaupun adanya Al-Quran; keadaan masuyarakat kita rupanya lebih teruk. perzinaan, sumbang muhram, pelacuran, dan rasuah berleluasa. dulu bangsa arab cuma bunuh anak perempuan yang dikatakan pembawa sial, kita anak lelaki pun turut dibunuh. malah lebih keji, mereka membuangnya ke sungai, longkang, tempat najis atau tempat sampah. bangsa arab jahiliah dulu lagi bertamadun sebab mereka juga bunuh anak perempuan, tapi mereka menanam mayat anak perempuan mereka itu.

nak kata kita tak kenal Al-Quran, mustahil! masuk tadika je, kita dah diajar membaca Bismillah, doa masuk kelas, doa makan, sembahyang dan sebagainya. pelajaran Islam dan ilmu Al-Quran ini kita belajar hari2 bila kita masuk sekolah rendah, dan menengah. ye, aku setuju kat universiti kita kurang atau tidak didik lagi dengan ilmu Islam dan Al-Quran jika kita memilih kursus2 bukan bersifat Islam. aku setuju tu, tapi dikala mana dah masuk 'u' aku rasa seseorang itu sudah cukup berakal untuk mencari ilmu2 Islam itu sendiri. ada pusat Islam, ada masjid, ada perpustakaan dan sebagainya. rata2 sahabat2 kita sebenarnya hanyut dalam dunia dosa dan noda bila mula memasuki dunia pekerjaan. terencat akal barangkali.

Al-Quran itu sebenarnya tidak pernah outdated atau ketinggalan even dah beratus2 tahun ia diturunkan. Allah itu maha mengetahui: Allah itu telah memberikan peringatan, panduan dan amaran melalui Al-Quran kepada kita seluruh alam. cuma kita yang degil dan tidak mahu memahami Al-Quran.

Al-Quran kini lebih kepada aksesori sahaja. kat rumah kita letak Al-Quran bertinta emas dan mahal diruang tamu untuk menunjuk2. kita letak Al-Quran dan menampal stiker ayat2 Quran dalam kereta, tapi kita masih membuat maksiat didalam kereta. kita seronok tunjukkan kepada orang bukan Islam yang kita Islam dengan adanya ringtones ayat2 Quran di telefon kita.

satu yang aku rasa agak pelik dengan umat Islam kita ialah kita cepat emosi bila ada orang yang menggunakan ayat2 Quran sebagai hiasan selipar, spender, coli dan sebagainya. mereka dengan lantang mendesak mengutuk dan mengedar email meminta jabatan agama bertindak menarik balik penjualannya. Ya, aku juga sokong. tapi mereka sebenarnya lupa bahawa mereka langsung tiada emosi bila Allah sebenarnya telah menarik Al-Quran dari hati mereka.

huh! dulu, kalau ada ibubapa yang nazak atau meninggal dunia, anak2 mereka yang mengepalai bacaan Yaasin atau mengaji Quran. tapi kini kita lebih senang mengupah orang surau/masjid untuk mengaji bagi orang tua kita yang nazak atau meninggal dunia. senang, bayar aje. bukan mahal manapun sebab geng suraukan makan gaji dengan kerajaan.



ye, aku setuju bahawa zaman sudah moden, tiada duit hidup kita merempat. tapi, Islam itu perlu dijunjung di kepala. Iman itu perlu ada di hati. Al-Quran itu perlu sebagai pakaian diri. akhlak Al-Quran.

Ye aku juga setuju bahawa ramai yang kata buat apa baca Al-Quran tapi tak memahami Al-Quran. tapi Allah itu maha agung, baca Al-Quran dapat pahala. dengar sahajapun dapat pahala. kalau baca dan faham, lagilah besar pahalanya. lagi-lagi besar pahala jika kita baca Al-Quran, faham Al-Quran, dan mengamalkan cara hidup berpandukan Al-Quran.

ini ada satu kisah dari kirikan email seorang sahabat mengenai kenapa kita perlu baca Al-Quran walaupun tidak memahaminya. jangan pertikaikan ini kisah benar atau rekaan, atau kenapa ia berlaku di amerika. bacalah ia dengan mata hati, dan fahami apa yang tersurat disebalik kisah ini. moga selepas ini kita semua akan menjadi manusia yang cintakan Al-Quran.

---------------------------------------------------------

Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------

Friday, February 26, 2010

Selawat & Salam Untuk Nabi Muhammad S.A.W.

hari ini adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. yang kita sayangi. aku yakin semua orang tau hari ni hari keputeraan baginda, even cleaner india kilang akupun mampu menyebutnya dengan baik. ye lah, semua tau sebab mereka tau pada tarikh itu semua orang di malaysia diberi cuti public holiday. sape yg kerja pulak akan dibayar 2X hingga 3X gaji.

aku seperti keluarga lain duduk dirumah sepanjang hari. dari pagi kami layan astro oasis tengok siaran langsung sambutan tersebut. kemudian layan cerita melayu (yang aku rasa dah berbelas kali tayang). kemudian kami ke paasaraya beli laukpauk, sekarang dah tak mau beli belas hari sabtu lagi sebab beg plastik kena bayar. 20 sen satu wooo... kalau orang cam aku sekali membeli, mau 20 beg plastic. dan daraplah dengan 20 sen, woo... rugi wooo. so, aku suka beli hari lain, biasanya hari ahadlah.

berbalik kita ke jalan benar, aku nak stori kisah hari keputeraan junjungan besar kita. saban tahun, di tivi, ceramah agama dan dimana saje, kita dihidangkan dengan cerita kemukjizatan kelahiran junjungan besar kita itu. kita diceritakan bahawa Baginda adalah seorang manusia yang membawa rahmat kepada seluruh alam. dan aku yakin, ianya sangat benar. selain sebagai seorang Nabi dan Rasul, antara peranan yang dimainkan oleh baginda termasuklah :-

1) Ketua negara
2) panglima perang
3) pendakwah / guru / ustaz
4) pendamai

dan banyak lagilah. walaupun kita dihidangkan kisah itu, berapa ramai dari kita yang insaf? ada kita peduli? bunyinya macam kasar, tapi itulah realitinya. kehidupan Nabi yang dari kecilnya yang mengembala kambing, kemudiannya diberi peluang berniaga barangan dagangan milik Saidatina Khadijah bte Khuwailid yg akhirnya menjadikan Nabi sebagai suaminya melihat kebaikan dan keluhuran hati budi Baginda. Mendapat wahyu, dan meyebarkan Islam walaupun pernah diancam bunuh oleh kaumnya. Baginda berhijrah ke kota madinah, membentuk kerajaan Islam dan kemudiannya manawan semula kota mekah dengan kemuliaan Islam dan keperibadian Baginda. dengan kuasa yang ada, Baginda tak pernah riak, malah bertambah zuhud mengembangkan Islam. berapakah harta yang Baginda tinggalkan setelah baginda wafat? Baginda tidak meninggalkan apa2 harta, kecuali kesempurnaan Islam sebagaimana dengan ucapan terakhir baginda dalam khutbah terakhir baginda. apa kandungan khutbah terakhir tu? ala korang carilah, pergilah cari sendiri.

cuma aku harap, ditahun2 akan datang tu bila ada ceramah mengenai Baginda, harap diceritakan keperibadian Nabi sebagai ketua keluarga. nampak macam remeh, tapi sebenarnya akhlak dan segala yang baik itu bermula dari rumah. ceritalah akhlak Nabi sebagai suami, menantu, ayah dan datuk. ye lah sekarang ni macam2 akhlak anak2 muda diluar sana, aku bukanlah baik mana pun, tapi tak le jahat manapun jugak. sekuraang2nya jika diceritakan akhlas Baginda dalam lingkungan keluarga, aku rasa sedikit sebanyak ianya dapat dijadikan panduan untuk suami2 untuk membimbing isteri (dan isteri2), anak, cucu dan sebagainya.

apa2pun, aku mengucapkan syukur dengan nikmat iman dan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ini. marilah kita semua mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda, keluarga baginda, para sahabat baginda yang telah mengembangkan Islam hingga sampai ke tanahair kita ini.

Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Pada 07/09/2009, umum tau adalah hari cuti umum bagi negeri2 seperti selangor, kelantan, pahang, perlis, pulau pinang, perak dan terengganu. tapi berapa ramai tau atau masih ingat bahawa ia diishtiharkan cuti umum oleh negeri2 terbabit sebagai menghormati peristiwa Nuzul Al-Quran.

Sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W., kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan dengan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Malah telah ditentukan bahawa jika kita mengikut segala ajaran Al-Quran, kita tak akan tersesat selama-lamanya.

secara peribadi akupun bukanlah reti mana bab2 Al-Quran ni, tapi sebagai budak kampung aku dah terdedah dari kecik kena mengaji Al-Quran. Aku belajar mengaji muqaddam (Quran kecil) dengan Tok Lebai Hussin. lepas tu bila aku berpindah ke batu balai, aku mengaji Quran (Quran besar) dengan Che Aji (emak ustaz ahmad dasuki)pada sebelah petang dan mengaji dengan tok mat (datuk aku la tu...) pada sebelah malam.

aku masih ingat ketika aku masih tinggal di kg damak, seawal jam 6.30 petang kami dah berjalan kaki beramai2 ke rumah tok guru. kami solat maghrib berjemaah dengan tuan guru lebai Hussin. dan kemudian mengaji. kami balik juga beramai2, masing2 menunggu kawan2 lain abis mengaji untuk pulang bersama. kalau papa aku tidak sibuk dikedai, papa menjemput aku dengan motor. kalau tidak, kena jalan kakilah. lagi sadis, dalam kegelapan malam, kami terpaksa melalui rumah cina yang ada bela anjing yang garang beberapa ekor. bila ramai, kami jadi beranilah. bila anjing menyalak dan mula menghampiri kami, kami ramai2 pakat baling batu atau kayu untuk menakutkan anjing2 itu. tapi kalau kami dalam 2-3 tiga orang, kami tiada keberanian. dengan seluar pendek yang memang tersedia pakai didalam kain sarung, kami selak kain dan berlari sekuat2 hati. biarpun takut, kami tak pernah serik.

Sukur Alhamdulillah, ramai kawan2 sepermainan aku dulu dah jadi ustaz atau ustazah sekarang. rata2 melanjutkan pelajaran ke mesir. yang paling dekat dengan rumah aku dan sekelas dengan aku dulu termasuklah ustaz ahmad dasuki, dan ustaz wan mohd rozaidi. seronok benar bila tiba hari raya, mereka2 inilah yang sesekali membacakan khutbah solat sunat aidilfitri atau aidil adha. kefasihan mereka membaca surah-surah Al Quran dan sejarah2 Nabi-nabi terutama oleh ustaz ahmad dasuki sering menewaskan air mata aku. terasa kerdil betul diri ini kalau nak dibandingkan dengan umat2 terdahulu. umat terdahulu sanggup berperang untuk menegakkan syiar Islam dan membenarkan kalimah Al-Quran, tapi kita sekarang??? orang nak pakai nama Allah untuk tuhan kafir, kita tak kisah. orang kartunkan nabi Muhammad S.A.W., kita boikot suam-suam kuku je. orang bakar Al-Quran, dan kita doq buat tak tau je.

Aku tak nak tulis banyak, nanti aku dikatakan cuba menyebarkan agama tanpa tauliah pulak. tak pasal2 masuk jel. Masa aku kecil2 dulu, aku yakin semua tok-tok guru aku tu sorang pun takde tauliah mengajar, tapi Alhamdulillah dengan berkat ajaran mereka ramai yang berjaya, malah ada yang mengajar orang lain pula. aku sangat2 menghormati mereka sebab mereka dulu mengajar Al-Quran tanpa mengenakan sebarang bayaran. untuk menampung hidup, mereka berkebun dan berniaga. paling seronok bagi tok-tok guru Quran di kampung aku ialah pada masa anak murid mereka habis mengaji muqaddam, dan khatam Quran. biasanya ibubapa akan sediakan sedikit nasi pulut bersama gulai ayam untuk santapan tok2 guru dan rakan2 mengaji yang lain. Seronok betul perasaan itu.

dah terlanjur aku cerita mengenai Al-Quran, ini ada sedikit fakta mengenai Al-Quran yang aku ceduk dari blog seorang sahabat (http://deiemanherbs.blogspot.com)
untuk renungan bersama :-

Soal 1: Surah manakah yang jumlah kalimatnya sama dengan seluruh jumlah surah Al-Qur'an?
Jawab: Surah at-Takwir.

Soal 2: Surah manakah yang dikenal dengan sebutan "jantung" Al-Qur'an?
Jawab: Surah Yasin.

Soal 3: Surah manakah yang dikenal dengan silsilah nasab Allah SWT?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 4: Berapakah jumlah surah Al-Qur'an yang memiliki ayat sajdah wajib?
Jawab: Empat surah (as-Sajdah, Fushshilat, an-Najm dan al-'Alaq)

Soal 5: Surah manakah yang dikenal sebagai surah Imam Husain as?
Jawab: Surah al-Fajr.

Soal 6: Surah manakah yang memiliki nama yang sama dengan salah satu nama sungai di Iran ?
Jawab: Surah an-Nur.

Soal 7: Berapa surah yang dimulai dengan ungkapan alhamdulillâh?
Jawab: Lima surah (al-Fatihah, al-An'am, al-Kahfi, Saba ' dan Fathir).

Soal 8: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki sepuluh nama?
Jawab: Surah al-Fatihah.

Soal 9: Siapakah orang pertama yang menulis ilmu Tajwid?
Jawab: Abu 'Ubaid Qasim bin Salam.

Soal 10: Siapakah orang pertama yang telah menerjemahkan Al-Qur'an ke dalam bahasa Persia pada masa Rasulullah saw?
Jawab: Salman al-Farisi.

Soal 11: Siapakah orang pertama yang meletakkan titik di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Abul Aswad ad-Du`ali.

Soal 12: Dalam ayat manakah kalimat Allah diulangi sebanyak enam kali?
Jawab: Surah al-Baqarah ayat 283.

Soal 13: Di dalam ayat manakah tata cara berwudhu dijelaskan?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 6.

Soal 14: Di dalam surah manakah shalat lima waktu disebutkan?
Jawab: Surah al-Isra' ayat 78.

Soal 15: Di dalam surah manakah masalah wilayah disebutkan?
Jawab: Surah an-Nisa'.

Soal 16: Surah manakah berakhiran dengan huruf ra'?
Jawab: Surah al-Kautsar.

Soal 17: Surah manakah yang berhubungan dengan Imam Ali as?
Jawab: Surah al-'Adiyat.

Soal 18: Dalam kurun waktu berapa tahunkah surah-surah Madaniah diturunkan?
Jawab: Sepuluh tahun.

Soal 19: Siapakah dua figur wanita di dalam Al-Qur'an yang telah banyak mendapatkan sanjungan Ilahi?
Jawab: Siti Maryam dan Siti Asiyah, istri Fir'aun.

Soal 20: Surah Al-Qur'an manakah yang memiliki arti "wanita yang teruji"?
Jawab: Surah al-Mumtahanah.

Soal 22: Siapakah dua orang wanita yang telah dicela oleh Al-Qur'an?
Jawab: Istri Nabi Luth as dan istri Nabi Nuh as.

Soal 23: Siapakah wanita yang telah mendapatkan julukan "ath-Thayibah" (wanita yang berbudi baik) di dalam Al-Qur'an?
Jawab: Siti Maryam.

Soal 24: Surah apakah yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah saw?
Jawab: Surah al-Maidah ayat 3.

Soal 25: Berapa huruf, kalimat dan ayat yang dimiliki oleh ayat terakhir Al-Qur'an?
Jawab: 79 huruf, 20 kalimat dan 6 ayat.

Soal 26: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Madinah?
Jawab: Surah al-Maidah.

Soal 27: Surah manakah yang diturunkan terakhir secara keseluruhan?
Jawab: Surah al-Ikhlash.

Soal 28: Surah manakah yang terakhir diturunkan di Makkah?
Jawab: Surah ar-Rum.

Soal 29: Di surah manakah terdapat ayat hijab?
Jawab: Surah an-Nur ayat 31.

Soal 30: Ayat alhamdulillâh Robbil-'âlamîn disebutkan dalam berapa surah?
Jawab: Enam Surah (al-Fatihah, ash-Shafaat, al-Mukmin, az-Zumar, Yunus dan al-An'am)

Tuesday, August 25, 2009

Orang Pertama

PERTAMA adalah kedudukan utama yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku. kita ghairah mengejar kedudukan pertama ini, atau kita idamkan semua benda yang pertama seperti tempat pertama kejohanan pingpong peringkat kelas 3 anggur. bila dah besar sikit, dah bersunat mulalah mengejar cinta monyet pertama. malah ada manusia yang sanggup bunuh diri akibat gagal cinta pandang pertama. atau bunuh orang lain bila cinta pertama kita kembali ke pangkuan cinta pertama dia dulu.

murid2 yang terpaksa tinggal diasrama buat kali pertama pasti masih lagi terbayang saat sedih berpisah dengan keluarga. terpaksa makan nasi ikan jaket. bila dah bekerja buat kali pertama, ramai yang ghairah berjoli dengan gaji pertama. yang baik tu, gaji pertama diserahkan pada ibu atau disedekahkan pada masjid. kemudian kumpul duit untuk beli kenderaan pertama. masa depat kereta/motor pertama, pergh! hari2 lap. sebelum tidur masih sempat jenguk tingkap tengok keselamatan kereta diluar rumah.

dah ekonomi stabil, cinta pertama dah ada, kenderaan pertama dah ada, dapatlah dibina ikatan pernikahan buat kali pertama. biasanya semua pasangan berharap agar pernikahan itu adalah yang pertama dan terakhir buat mereka. tapi... yang jantan tu pula berharap agar ia menjadi yang pertama, dan lepas ni ada kedua, ketiga dan keempatnya. dah sah ikatan ijab kabulnya, pengantin masing2 tak sabar menunggu2 saat pertama bergelar suami isteri pada malam pertama. pengalaman pertama lagi indah bila si isteri bunting pelamin dan mengandung anak pertama. mabuk2 dan mengidam membuatkan suami isteri pula bahagia menanti kelahiran anak pertama. aku yakin ada bakal bapa yang mati kutu menanti kelahiran anak pertama. si bakal ibu apa kurangnya, masih belum pandai meneran, kali pertama katakan. anak pertama memang special, serba serbi baru untuknya. layanan memang kelas pertama juga. ia ditatang bagai minyak yang penuh.

tapi dalam doq seronok tentang menda2 pertama tu, pernahkah kita sedar bahawa banyak lagi benda pertama yang kita tidak tau atau kita sekadar tidak ambil peduli. misalnya tentang ORANG PERTAMA. aku bukan nak cakap pasal orang pertama yang curi hati ko dulu la... aku nak bagitau tentang orang2 pertama yang sebenarnya penting dikenali oleh umat Islam. menda ni aku dapat dari email ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). aku yakin ada yang akan cakap "ala, aku dah tau menda ni. kat sekolah dulu aku ada belajar". jangan cepat mendabik diri, baca dulu. sedangkan aku yang top scorer sejarah Islam pun ada yang tak pernah dengar sesetengah fakta ni, apatah lagi yang dapat takat cukup2 makan markahnya (woii.... mendabik dada sendiri la tu, buatlah selalu kalau nak kena belasah).

kalau ada sebarang fakta dibawah ini sebenarnya auta atau menyeleweng, harap mana2 ustaz, ustazah, atau sesiapa yang tau tu bagitaulah. kang aku sebarkan ajaran sesat pulak.



ORANG YANG PERTAMA

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Friday, March 13, 2009

Khasiat peluk isteri .....

Cuti-cuti begini, disamping bersantai bersama keluarga dan isteri (yg dah kahwin ler), aku rasa elok jugak korang baca petikan yg dikatakan oleh Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang dikirimkan oleh sahabat aku, Shah (Perak). buat yang belum bernikah kahwin tu cepat2 ler.. Buat isteri2, kalau boleh print satu tampat kat meja solek, atau tampal je kat skrin tivi. buat si jantan bohjangan, jangan pulak kerana nak khasiatnya, korang peluk isteri orang lain. khasiatnya tak dapat; maksiat dan bonjolan lah korang dapat.


KHASIAT PELUK ISTERI - Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini..

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.

P.s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin ... :-))

Seks adalah Multivitamin?

Bila Anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak ... beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala. kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diartikan bahwa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat Anda lebih peka. Daya cium Anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahwa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika Anda sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.


izzi note :
dah baca artikel ni, apa barang kalau tak amalkan. Jom tengok anak2 buat ape? nak peluk isteri pun kena tengok anak2 dulu. masa tak penting, siang malam memang digalakkan. He.3x.......



IZZI ADVERTIZING--------------------------------------------



BeRmInAt?? Klik & Layari WEBSITE INI

Friday, January 9, 2009

ILMU HARI JUMAAT

Aku masih kebizian. langsung tak de idea dan masa lapang nak tulis, padahal banyak soti nak crite. aku just paste email kiriman kawan baik, syahrul nizam untuk ikhtibar dan renungan bersama.

...............................................................................

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.


2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.


3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.


4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Tapi jangan lupa pada kaum ibu,bakal ibu juga adik2 dan anak2 perempuan,ingatlah kitalah madu dan kitalah juga racun dalam dunia lelaki.Dimana pilihan kita?Kita yang tentukan dengan kehendakNya.


Firman Allah S.W.T;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu...."