Thursday, October 30, 2014

Dapur Lelaki : Roti Cheese

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

macam biasa lah, dah bersemak baru nak update.

kali ni yang simple2 je, aku just nak share satu resepi utk orang yang tak berapa rajin tetapi nak makanan yang sedap dan berkhasiat.

resepi roti cheese (keju)

bahan2nya mudah je :
1) roti keping
2) telur
3) kepingan cheese

 Gambar 1 : ini bahan2 yang diperlukan untuk buat roti chesse.

 Gambar 2 : kepingan roti dibuang kulit tepinya. mm... kulit roti tu mmg aku tak buang, aku suka makan dengan kuah kari. sedap. kemudian letak sekeping cheese diatas sekeping roti. pastu, ambik sekeping lagi roti dan melapik cheese tersebut.

 Gambar 3 : kepingan roti dan cheese tadi direndam dalam bancuhan telur yang telah dipukul sehingga sebati. jangan lama2 sangat nanti roti tu lembik.

 Gambar 4 : goreng atas kuali leper. sebelum goreng tu letaklah minyak / margerin sikit untuk elakkan ia melekat.

Gambar 5 : inilah rupa setelah ia masak. roti cheese dengan telur. sesuai untuk sarapan seisi keluarga. ia juga mengengangkan. untuk orang bujang, lepas makan ni 3 keping, bolehlah berhibernasi macam beruang kutub sebab gerenti tak lapar sehingga petang.


OK. selamat mencuba.

Sunday, October 26, 2014

SATA @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Sata.
Rasa isi ikan yg sebenar.
Rm2 secucuk ( 4 pcs).

lokasi: keropok lekor ghani black, peramu kuantan


PAU IKAN @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Nama Kuih : PAU IKAN
Lokasi Gerai : GERAI KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN, PAHANG

Catatan : 
Ini kali pertama makan. Tepung yang berintikan ikan. .... Bukan Taste aku.



Saturday, October 25, 2014

Buah Perah

Buah perah.

Rm3 sebekas. Sedap! 
Kalau buat sayur rom lagi sedap.

Lokasi: pasar mlm jerantut.

Dipetik dari facebook Izman Pauzi bertarikh 25 Oktober 2014.

Tuesday, October 21, 2014

Perutusan Hari Deepavali 2014


நண்பர் கணேசன்,
ஹலோ.
நாளை நான் நீங்கள் எப்படியோ எங்கே காணவில்லை என்று நினைத்தேன், தீபாவளி உள்ளது. நான் தேடல் விளம்பர தமிழ் நேசன் நண்பர்கள் இழந்தது, ஆனால் அதிர்ஷ்டம். பின்னர் நான் வகையான சோம்பேறி மைல் 1 தெபோக் அங்கு பல்வேறு செய்தித்தாள்கள் விற்க மரம் அறுக்கும் ஆலை Teramaju செய்தித்தாள் கூட மளிகை தந்தை படிக்க இருக்கிறோம், உணர்ந்தேன்.
கணேசன், நாம் ஒன்றாக தீபாவளி வேண்டும், விட 11 ஆண்டுகள் உள்ளது. நாம் காலை முருகு நெடுஞ்சாலை சாப்பிட போது நான் மிஸ். நீங்கள் ராஜன் கடை தெபோக் இருந்து வாங்கிய ஜீன்ஸ் ஒரு பையில் வைக்க என்று கடுமையாக கொட்டைகள் கேக் மைல்ஸ். நீங்கள் ஒரு சராசரி கணேசன் இருக்கிறீர்கள்! அங்கு உங்கள் நாய் முட்டை கவண் மாமா சுப்பையா பாறை கேக் பொருந்தும்? நான் ஒரு கண்ணீர் குழாய்ப் நாய் தூ இறுக்கமான நடத்த பார்த்தேன். நான் இனப்பெருக்கம் இல்லை என்று ஒரு நாய் இருந்தது தெரியும். உங்கள் பெற்றோர்கள் இருந்து காட்சிகளின் குடித்து போது நீங்கள் சிரிக்க.
நான் கூட உடன்பிறப்புகள் போல எங்கள் வகுப்பில், நினைவில். நீங்கள் தீப்பெட்டியில் மற்றும் பிஜு, எல்கோசி மோனிகா, ஹனி, சிதி ரோஹனி என அவரது தோழர்களை எங்களுக்கு கரப்பான்பூச்சுகள் அல்லது பல்லிகள் எடுத்து போது நான் உங்களை மிஸ். நான் அவர்களை பயமாக மற்றும் மகிழ்ந்தாள் இயங்கும் பார்க்க சிரிக்கிறேன். நீங்கள் ஒரு பேட் ஊரோடும் தேர்ந்தெடுக்க ஸ்மார்ட் இருக்கிறீர்கள். அதை நான் நேசிக்கிறேன். ஹோ பெருநகரம் யிங் ஒப்பீட்டளவில் பெரிய அளவு நீங்கள் குழப்பம் தைரியம் இல்லை என்று போன்ற உள்ளது.
நீங்கள் காணவில்லை ஏனெனில் கணேசன் என் நண்பர்கள், நான் இப்போது சாலை பயணங்கள் அனுபவிக்க முடியாது. வெஸ்ட்போர்ட் நான் சாலை, விளையாடினேன். காலையில் முருகு சாப்பிட்ட பிறகு, நான் சூப்பர்மார்க்கெட் குழந்தைகளை அழைத்து. நான் இங்கே குடும்பத்துடன் விடுமுறையை கொண்டாட வேண்டாம்.
இந்த செய்தியை படித்து என்றால், 018-2678719 மணிக்கு என்னை கூப்பிடுங்கள். ஆமாம், நான் எப்போதும் சோப் சூ வர்த்தகம் பயன்படுத்த தொலைபேசி எண் தெரியும், ஆனால் காரணங்களுக்காக நீங்கள் ஒரு வணிக இல்லை. இந்த பேமிலி மேட்டர்ஸ் உள்ளது. குடும்பச் ஒருமுறை, குடும்பச் எப்போதும். எந்த உடைந்த தண்ணீர் வெட்டு (நறுக்கப்பட்ட தண்ணீர் உடைக்க). ஒருமுறை விற்கப்படும் கருதுகின்றனர் உடைக்கப்பட்டது.

ஹேப்பி தீபாவளி என் நண்பர். குடிக்க மற்றும் இயக்கி.

Sahabatku Ganesan,
Salam sejahtera.
esok sudah Deepavali, aku terkenang dirimu yang entah hilang dimana. Aku pernah iklankan mencari kawan hilang di akhbar Tamil Nesan, tapi hampa. kemudian baru aku sedar, kau memang jenis malas baca akhbar walaupun kedai runcit bapamu di sebelah kilang papan teramaju di batu 1 Jerantut memang ada jual pelbagai surat khabar.
Ganesan, sudah lebih 11 tahun kita tidak deepavali bersama. aku rindukan saat kita makan muruku di pagi raya. kuih batu dari kacang yang keras itu kau simpan dalam poket seluar jeans yang dibeli dari Rajan Store Jerantut. Kau memang jahat Ganesan! ada ke patut kau lastik telur anjing uncle Suppiah dengan kuih batu? aku lihat meleleh air mata anjing tu menahan senak. aku yakin, anjing tu tak sempat ada zuriat. Kau pula boleh ketawa sambil minum air kotak yang kau rembat dari kedai bapa kau.
Aku masih ingat, di kelas kita macam adik-beradik juga. aku rindu saat kau bawa lipas atau cicak dalam kotak mancis dan usik kawan-kawan sekelas kita seperti Bijue, Nozi Nanie, Hani, Siti Rohani. tertawa aku melihat mereka berlari-lari ketakutan dan kegelian. Kau memang pandai pilih yang lawa je. Aku suka. Ho Sook Ying yang saiz agak besar tu tak berani pulak kau kacau.
Sahabatku Ganesan, aku sekarang sudah tak seronok balik raya sebab kau tiada. aku raya di Pandamaran aje. Pagi-pagi lepas makan muruku, aku bawa anak-anak ke pasaraya. Aku takde keluarga nak sambut raya bersama disini.
Jika kau membaca mesej ini, sila telefon aku di 018-2678719. Ya, aku tau ini nombor telefon aku selalu pakai untuk meniaga SABUN SURI, tapi untuk kau bukan sebab berniaga. This Is Family Matters. Once Family, Always Family. water cut no broken (air dicincang takkan putus). Once broken consider sold.

Happy Deepavali my friend. Don't drink and drive.


Gambar kenangan Izman (Kiri) bersama sahabat baik Ganesan (kanan) di Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut, Pahang.


Nota : Tersiar di facebook peribadi Izman Pauzi pada 21 Oct 2014.

Sunday, October 19, 2014

PULUT DAKAP

Emak aku dtg rmh aku pagi td. Insyaallah stay dgn aku seminggu.
Mak aku x lupa bawa pulut dakap kegemaran aku.
Baru kukus dan minum petang. 
Teringat sebuah puisi sanskrit yg biasa aku dengar masa kecik2 dulu:


Conget cakdong,
Duku dakap,
Balik cedong,
Make' pulut dakap
.

Bon appetit!



Friday, October 10, 2014

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR (CAWANGAN MELAKA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 10/10/2014 yang lalu, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka.

tujuan bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda, serta untuk menjamu selera.

Selepas solat Jumaat di Pengkalan Balak, iaitu tempat kami menginap di Chalet Hajjah Mahawa, kami ke Pantai Klebang.

Dalam perjalanan, saya ternampak restoran yang unik, cendol drive thru. bunyi macam kelakar, tapi punya la ramai manusia tengah beratur untuk makan. saya nekad mencuba. lagipun saya memang peminat cendol.

Sumber Gambar : Facebook rasmi cendol bakar kuala selangor.

Memandangkan ini kali pertama bagi kami sekeluarga di restoran cendol bakar ini, kami lihat menu dulu, sambil jeling2 meja orang yang sedang makan.


OK... dah dapat idea nak order. jadi, saya order 4 jenis cendol bakar tapi kemudiannya pilih lagi 2 kerana tidak cukup. memang sedap. anak aku yg kecik pun tak nak kongsi. kami ambik semua jenis cendol: biasa, vip, vvip, durian, tapai, pulut. 


Yg tersedap pd aku ialah cendol bakar durian. marvelous!!

aku jugak rasa Lempeng pisang. fabulous! 

keropok? .. setakat biasa-biasa sahaja.






Rating : 7/10 (Cendol)

Alamat ?
Akupun tak tau, aku jumpa sebelah kiri sebelum sampai klebang, melaka. Ala... pergi tengok sendiri kat facebook dia dibawah ni:-

https://www.facebook.com/CendolBakar