Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Thursday, February 26, 2015

KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO.6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Masih lagi dengan koleksi freegift gelas hasil pembelian kordial/pes minuman SUNQUICK. 
Koleksi ini agak simple dan menarik dengan gambar buah limau.




KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO.5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk kali ni, ia freegift SUNQUICK. gelas ni aku dapat kat garage sale dan condition dia agak sumbing. Since harga dia berpatutan dan aku belum ada, aku rembat je lah. apa nak expect bila condition terpakai. 


KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO. 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk keluaran ini, gelas freegift untuk pembelian pes minuman jenama SUNQUICK ini agak simple, cuma ada logo sunquick yang kecil.


KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO.3 (TAHUN 2009)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Gelas SUNQUICK ini aku sangat suka, ia unik dan kebelakangan ini ditulis tahun untuk membezakan tahun keluaran. Ia senang untuk kolektor macam aku nak tahu ia keluaran tahun mana.

Untuk kali ini, ialah freegift pembelian pes minuman jenama SUNQUICK pada tahun 2009. ini gelas untuk pembelian sunquick oren.




Wednesday, February 25, 2015

KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO.2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini juga koleksi gelas freegift hasil belian pes minuman jenama SUNQUICK. 



KOLEKSI GELAS SUNQUICK - NO. 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hah... ini koleksi yang betul2 saya sayang, freegift minuman kordial jenama SUNQUICK.

sunquick ini memang terkenal dengan kelazatan air kordialnya dan mmg satu kewajipan di bulan ramadhan dan syawal.


Tuesday, February 24, 2015

KOLEKSI MANGKUK DUMEX

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Koleksi DUMEX adalah antara koleksi yang dicari oleh collector. saya sendiri mempunyai koleksi pinggan mangkuk dumex yang pelbagai. ia adalah freegift pembelian susu tepung bayi jenama DUMEX yang terkenal pada masa dahulu.

Biarpun populariti susu dumex telah berkurangan, koleksi vintage jenama dumex masih dicari oleh peminatnya yang tersendiri.

Alhamdulillah saya mempunyai lebih 10 biji mangkuk dumex, malah ada yang telah digunakan oleh anak2 saya untuk mengisi makanan kegemaran mereka semasa makan. saya tiada masalah untuk membenarkan sebab ada banyak, dan itulah tujuan sebenar freegift. hehe




Jika anda berminat memiliki koleksi ini, sila hubungi saya di whatapps 018-2678719 (Izman). Mana tau saya boleh lepaskan sebiji dua dengan harga yang sangat berpatutan. 

KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 7

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini adalah salah satu koleksi freegift pembelian ubat gigi DARLIE saya.



Monday, February 23, 2015

KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 6

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini adalah antara koleksi freegift hasil belian ubat gigi jenama DARLIE. gelas keluaran kali ini kurang menarik sebab plain sahaja. Hanya ada cap dagangan DARLIE dibahagian bawah gelas.




KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini adalah koleksi freegist ubat gigi DARLIE saya yang ke 5. ia bercorak bunga.




KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 4

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini antara koleksi freegift ubat gigi DARLIE yang terlalu simple. Plain.

Tanda dagangan DARLIE hanya dicetak dibawah permukaan gelas.



KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 3

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini adalah koleksi freegidt hasil pembelian ubat gigi jenama DARLIE. berbanding gelas sebelum ini, gelas ini telah dijenamakan sebagai Darlie, berbanding Darkie sebelum ini.

Namun, tidak dapat dipastikan ia daripada keluaran tahun bila. 



KOLEKSI GELAS DARKIE / DARLIE - NO. 2

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

ini adalah koleksi darkie/darlie saya yang kedua. ia adalah freegift semasa membeli ubat gigi jenama DARKIE, sebelum dijenamakan semula sebagai DARLIE.

gelas jenama ini yang berkeadaan baru adalah agak sukar diperoleh pada masa sekarang kecuali di kedai2 barangan lama atau jualan di internet.




Sunday, February 22, 2015

KOLEKSI GELAS DARKIE/DARLIE - NO. 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak share antara hobi saya iaitu mengumpul mug, gelas & cawan. saya mengumpul ni baru setahun jagung. dan saya menggemari jenama sunquick dan darkie/darlie. jenama lain juga ada, tapi tak banyak. duit takde... huhuhu

untuk entry ni saya letakan gambar gelas percuma hadiah daripada pembelian ubat gigi darkie. ubat gigi jenama DARKIE ini telah pupus dan dijenamakan semula sebagai DARLIE.





Thursday, January 8, 2015

KOLEKSI GELAS COLGATE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni aku nak tunjuk gelas freegift ubat gigi COLGATE. aku bukan pengguna ubat gigi colgate ni, tapi bila ada gelas free, aku mintak la dengan tokey kedai runcit suruh jual kat aku. 

Ini gambar untuk 2 gelas yang berlainan. Aku ada 2 set.



Kalau ada mana2 kolektor yang berminat dengan gelas COLAGATE ni, aku sanggup lepaskan dengan senang hati. harga RM15 termasuk pos. whatapps 018-2678719.

Saturday, December 27, 2014

KOLEKSI GELAS MOBIL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kalau nak publish semua koleksi mug, gelas dan cawan aku jenuh juga.... tapi mana yg sempat tu aku masukkan jugaklah ye.

kali ni aku nak tunjukkan gelas freegift hasil belian di stesen minyak mobil. keluaran bila aku tak pasti sbb aku tak gunakan minyak mobil. ni aku dapat sama ada di carboot sale atau melalui rakan. kedua2nya sama jenis.


kedua gelas ini adalah baru, tidak pernah digunakan. akupun x pasti kenapa aku ada koleksi ni sebab aku bukan peminat koleksi berasaskan stesen minyak.

kalau ada yg minat, sila whatapps aku 018-2678719. boleh letgo murah2. sebenarnya bukan nak jual mahal, tapi kos poslaju yg mahal. nak pos barang kaca ni nak kena letak suratkhabat, nak bubble wrap, masuk dalam kotak lagi.... tu jadi berat. ada jugak kawan2 pernah beli, masuk dlm kotak je, bila sampai..... dah jadi serpihan atau serbuk kaca. sesen pun tak guna.

Sunday, December 14, 2014

KOLEKSI MUG MILO - MILO SEJUK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ini adalah mug freegift hasil pembelian pek milo sejuk. aku memang tak minum milo, tapi isteri dan anak-anak adalah pelanggan tetapnya.
kenapa tak minum milo? aku memang alahan milo. kalau minum milo aku jadi stim... high semacam dan dalam 5 minit minum terus tertidur. sekarang, aku cuma minum milo jika tak sihat dan perlukan tidur siang. 

pun begitu, suatu masa dahulu aku adalah hantu milo. masa sukan sekolah, 3-4 kalilah aku masuk barisan semata2 nak rasa kesedapan milo sejuk yg dibawa oleh lori milo. di rumah pula, aku akan buat milo ais dan diatasnya ditabur serbuk milo, milo tabur.

koleksi mug MILO SEJUK ni pun brand new, tak pernah guna. dah tabiat pengumpul, dapat kumpul. yang tak syiok sikit ialah ada defect pada tulisan milo. aku mintak tukar mug lain tapi takde stok. mmm... ambik jelah.


pada collector yg berminat, aku sanggup letgo mug ni. whatapps aku 018-2678719. untuk jimat poslaju, boleh klik label koleksi dan combine. harha korang letaklah, janji barang sampai ke tangan collector dan aku tak rugi pulak, kira jalan.

Thursday, July 10, 2014

Koleksi : Pelapik Minuman Coca-Cola

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya bukanlah peminat barangan COca-Cola. namun apabila mendapat barangan koleksi dengan harga berpatutan, saya tidak menolak. 

Ini adalah Pelapik Minuman hasil freegift Coca-Cola. Ada 5 pelapik dan dimuatkan di dalam bekas aluminium yang menarik. 

Sebenarnya aku dah lupa aku simpan kat mana, tetapi ternampak anak2 bermain koleksi ni, terus aku minta dan simpan. sayang, plastik pembalutnya telah hilang, menyebabkan tepi-tepi tin ada karat.



Saturday, April 5, 2014

KOLEKSI SET CAWAN INDOCAFE-LIBRA

Ini adalah koleksi cawan aku, ia freegift pembelian Indocafe. 
aku tak minum indocafe, set ni aku beli.


Thursday, March 13, 2014

KOLEKSI GELAS FRESH & WHITE (BINATANG LIAR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Ini adalah antara koleksi mug, gelas dan cawan kepunyaan saya. ia adalah freegift jika membeli ubat gigi jenama FRSH & WHITE. tapi sebab saya bukan pengguna ubat gigi ini, saya membelinya di kedai runcit apabila melihat cawan2 ini dijual. 

saya tidak pasti ada berapa jenis dalam siri gelas bercorak binatang buas ini, saya cuma mendapat 3 jenis sahaja iaitu gajah, singa dan leopard.





Jika ada peminat gelas ini, saya tiada masalah untuk menjualnya. ia adalah set baru dan tidak pernah digunakan. sila whatapps saya di 018-2678719 jika berhajat.