Saturday, December 27, 2014

KOLEKSI GELAS MOBIL

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kalau nak publish semua koleksi mug, gelas dan cawan aku jenuh juga.... tapi mana yg sempat tu aku masukkan jugaklah ye.

kali ni aku nak tunjukkan gelas freegift hasil belian di stesen minyak mobil. keluaran bila aku tak pasti sbb aku tak gunakan minyak mobil. ni aku dapat sama ada di carboot sale atau melalui rakan. kedua2nya sama jenis.


kedua gelas ini adalah baru, tidak pernah digunakan. akupun x pasti kenapa aku ada koleksi ni sebab aku bukan peminat koleksi berasaskan stesen minyak.

kalau ada yg minat, sila whatapps aku 018-2678719. boleh letgo murah2. sebenarnya bukan nak jual mahal, tapi kos poslaju yg mahal. nak pos barang kaca ni nak kena letak suratkhabat, nak bubble wrap, masuk dalam kotak lagi.... tu jadi berat. ada jugak kawan2 pernah beli, masuk dlm kotak je, bila sampai..... dah jadi serpihan atau serbuk kaca. sesen pun tak guna.

Sunday, December 14, 2014

KOLEKSI MUG MILO - MILO SEJUK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

ini adalah mug freegift hasil pembelian pek milo sejuk. aku memang tak minum milo, tapi isteri dan anak-anak adalah pelanggan tetapnya.
kenapa tak minum milo? aku memang alahan milo. kalau minum milo aku jadi stim... high semacam dan dalam 5 minit minum terus tertidur. sekarang, aku cuma minum milo jika tak sihat dan perlukan tidur siang. 

pun begitu, suatu masa dahulu aku adalah hantu milo. masa sukan sekolah, 3-4 kalilah aku masuk barisan semata2 nak rasa kesedapan milo sejuk yg dibawa oleh lori milo. di rumah pula, aku akan buat milo ais dan diatasnya ditabur serbuk milo, milo tabur.

koleksi mug MILO SEJUK ni pun brand new, tak pernah guna. dah tabiat pengumpul, dapat kumpul. yang tak syiok sikit ialah ada defect pada tulisan milo. aku mintak tukar mug lain tapi takde stok. mmm... ambik jelah.


pada collector yg berminat, aku sanggup letgo mug ni. whatapps aku 018-2678719. untuk jimat poslaju, boleh klik label koleksi dan combine. harha korang letaklah, janji barang sampai ke tangan collector dan aku tak rugi pulak, kira jalan.

Saturday, December 13, 2014

LAWAK ANAK-ANAK : AYAH TIPU

Ayah tipu.

Sampai rumah dari pasaraya tadi tiba2 anak bongsu ckp "ayah tipu. Ckp td nk gi LAUT".
Aku tergelak, ni kes silap fhm ni. Aku ckp " adik cepat gi mandi. Nanti ikut ayah pergi beli LAUK.".

Tuesday, November 11, 2014

RIANG RIANG RESTAURANT - KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ini aku nak cerita mengenai RIANG RIANG RESTAURANT di kawasan Kota Damansara.

aku ke sana untuk makan tengahari dengan beberapa rakan sekerja. ini kali pertama kami ke sini.



 secara jujur aku tertarikh dengan dekorasi restoran ini yang moden dan santai.

pilihan lauk sangat terhad dan kurang menyelerakan, so kami semua memilih nasi goreng.  aku pilih nasi goreng daging dengan telur.

pada aku nasi goreng ni agak sedap. namun selepas 20 minit, kepala aku berdenyut dan sakit. itu adalah isyarat jika makanan yang aku makan dah ditambah serbuk perasa MSG. aku memang alah dengan MSG. 
di rumah aku mmg tiada MSG, dan aku memang pantang MSG. so, ia adalah kali pertama dan terakhir aku makan di situ. 


Alamat ?

rujuk pada resit.



Info dikemaskini  17/3/2015 : 
Restoran ini telah di TUTUP.

Sunday, November 9, 2014

CENDOL SANTAN SAWIT @ PANTAI MORIB

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 09 November 2014 yang lalu, aku sekeluarga telah berkesempatan ke Pantai Morib yang terletak 30 minit perjalanan daripada rumah. 

 Pergi takde plan, so... dapatlah tengok pantai yang berselut sebab air surut. Apa-apapun kita selfie dulu untuk kenangan.




Biarpun air surut, anak2 tetap nak main air. mula-mula tu celup kaki, last2 satu badan basah. oklah sebab memang bawa baju ganti. seharian jugak kat sini. sebab air surut, aku dan isteri tengok dari bawah pokok je lah. adalah juga masa untuk aku dan isteri beromatika sekejab. hehe


Selain makan di situ, kamu juga mencuba kelaianan dengan merasa CENDOL SANTAN SAWIT. ini kali pertama aku cuba. sebenarnya takde lah nak rasa sangat, tapi sebab sepanjang jalan ke Morib tu banyak sangat sign dan gerai jual cendol santan sawit ni... tergerak jugak hati nak cuba.


Kesimpulan : cendol memang cendol biasa jugak lah. yang berbeza ialah santannya. aku tak tau apa nak gambarkan.... bolehlah pada aku. tapi isteri dan anak2 menyukainya. aku memula tu beli satu je, pastu pakat beli satu sorang. ala.. bukan banyak sangatpun, harapkan ais batu je banyak.


Rating : 5/10 (Cendol)

Saturday, November 8, 2014

MANGGA + EPAL ASAM BOI

Mangga + epal asam boi. 

Menda ni viral di seantero alam tanah melayu lbh 2 mggu lps, tp aku baru sekarang dpt rasa.

Rasa? Aku x blh compare sbb ini kali pertama aku rasa. Tapi masyaallah! Mmg sedap. 

Berbanding mangga, aku lbh suka jeruk apple hijau. 

Utk sesiapa sekitar klang/ shah alam yg nk beli blh hubungi sahabat aku 0108107865 Khairul Azman
1) Rm15 sebotol utk campuran 2 buah. 
2) Mangga asam boi rm12
3) Campuran 3 buah rm17




Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 08 November 2014.

Thursday, October 30, 2014

Dapur Lelaki : Roti Cheese

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

macam biasa lah, dah bersemak baru nak update.

kali ni yang simple2 je, aku just nak share satu resepi utk orang yang tak berapa rajin tetapi nak makanan yang sedap dan berkhasiat.

resepi roti cheese (keju)

bahan2nya mudah je :
1) roti keping
2) telur
3) kepingan cheese

 Gambar 1 : ini bahan2 yang diperlukan untuk buat roti chesse.

 Gambar 2 : kepingan roti dibuang kulit tepinya. mm... kulit roti tu mmg aku tak buang, aku suka makan dengan kuah kari. sedap. kemudian letak sekeping cheese diatas sekeping roti. pastu, ambik sekeping lagi roti dan melapik cheese tersebut.

 Gambar 3 : kepingan roti dan cheese tadi direndam dalam bancuhan telur yang telah dipukul sehingga sebati. jangan lama2 sangat nanti roti tu lembik.

 Gambar 4 : goreng atas kuali leper. sebelum goreng tu letaklah minyak / margerin sikit untuk elakkan ia melekat.

Gambar 5 : inilah rupa setelah ia masak. roti cheese dengan telur. sesuai untuk sarapan seisi keluarga. ia juga mengengangkan. untuk orang bujang, lepas makan ni 3 keping, bolehlah berhibernasi macam beruang kutub sebab gerenti tak lapar sehingga petang.


OK. selamat mencuba.

Sunday, October 26, 2014

SATA @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Sata.
Rasa isi ikan yg sebenar.
Rm2 secucuk ( 4 pcs).

lokasi: keropok lekor ghani black, peramu kuantan


PAU IKAN @ KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN

Nama Kuih : PAU IKAN
Lokasi Gerai : GERAI KEROPOK LEKOR GHANI BLACK, KUANTAN, PAHANG

Catatan : 
Ini kali pertama makan. Tepung yang berintikan ikan. .... Bukan Taste aku.



Saturday, October 25, 2014

Buah Perah

Buah perah.

Rm3 sebekas. Sedap! 
Kalau buat sayur rom lagi sedap.

Lokasi: pasar mlm jerantut.

Dipetik dari facebook Izman Pauzi bertarikh 25 Oktober 2014.

Tuesday, October 21, 2014

Perutusan Hari Deepavali 2014


நண்பர் கணேசன்,
ஹலோ.
நாளை நான் நீங்கள் எப்படியோ எங்கே காணவில்லை என்று நினைத்தேன், தீபாவளி உள்ளது. நான் தேடல் விளம்பர தமிழ் நேசன் நண்பர்கள் இழந்தது, ஆனால் அதிர்ஷ்டம். பின்னர் நான் வகையான சோம்பேறி மைல் 1 தெபோக் அங்கு பல்வேறு செய்தித்தாள்கள் விற்க மரம் அறுக்கும் ஆலை Teramaju செய்தித்தாள் கூட மளிகை தந்தை படிக்க இருக்கிறோம், உணர்ந்தேன்.
கணேசன், நாம் ஒன்றாக தீபாவளி வேண்டும், விட 11 ஆண்டுகள் உள்ளது. நாம் காலை முருகு நெடுஞ்சாலை சாப்பிட போது நான் மிஸ். நீங்கள் ராஜன் கடை தெபோக் இருந்து வாங்கிய ஜீன்ஸ் ஒரு பையில் வைக்க என்று கடுமையாக கொட்டைகள் கேக் மைல்ஸ். நீங்கள் ஒரு சராசரி கணேசன் இருக்கிறீர்கள்! அங்கு உங்கள் நாய் முட்டை கவண் மாமா சுப்பையா பாறை கேக் பொருந்தும்? நான் ஒரு கண்ணீர் குழாய்ப் நாய் தூ இறுக்கமான நடத்த பார்த்தேன். நான் இனப்பெருக்கம் இல்லை என்று ஒரு நாய் இருந்தது தெரியும். உங்கள் பெற்றோர்கள் இருந்து காட்சிகளின் குடித்து போது நீங்கள் சிரிக்க.
நான் கூட உடன்பிறப்புகள் போல எங்கள் வகுப்பில், நினைவில். நீங்கள் தீப்பெட்டியில் மற்றும் பிஜு, எல்கோசி மோனிகா, ஹனி, சிதி ரோஹனி என அவரது தோழர்களை எங்களுக்கு கரப்பான்பூச்சுகள் அல்லது பல்லிகள் எடுத்து போது நான் உங்களை மிஸ். நான் அவர்களை பயமாக மற்றும் மகிழ்ந்தாள் இயங்கும் பார்க்க சிரிக்கிறேன். நீங்கள் ஒரு பேட் ஊரோடும் தேர்ந்தெடுக்க ஸ்மார்ட் இருக்கிறீர்கள். அதை நான் நேசிக்கிறேன். ஹோ பெருநகரம் யிங் ஒப்பீட்டளவில் பெரிய அளவு நீங்கள் குழப்பம் தைரியம் இல்லை என்று போன்ற உள்ளது.
நீங்கள் காணவில்லை ஏனெனில் கணேசன் என் நண்பர்கள், நான் இப்போது சாலை பயணங்கள் அனுபவிக்க முடியாது. வெஸ்ட்போர்ட் நான் சாலை, விளையாடினேன். காலையில் முருகு சாப்பிட்ட பிறகு, நான் சூப்பர்மார்க்கெட் குழந்தைகளை அழைத்து. நான் இங்கே குடும்பத்துடன் விடுமுறையை கொண்டாட வேண்டாம்.
இந்த செய்தியை படித்து என்றால், 018-2678719 மணிக்கு என்னை கூப்பிடுங்கள். ஆமாம், நான் எப்போதும் சோப் சூ வர்த்தகம் பயன்படுத்த தொலைபேசி எண் தெரியும், ஆனால் காரணங்களுக்காக நீங்கள் ஒரு வணிக இல்லை. இந்த பேமிலி மேட்டர்ஸ் உள்ளது. குடும்பச் ஒருமுறை, குடும்பச் எப்போதும். எந்த உடைந்த தண்ணீர் வெட்டு (நறுக்கப்பட்ட தண்ணீர் உடைக்க). ஒருமுறை விற்கப்படும் கருதுகின்றனர் உடைக்கப்பட்டது.

ஹேப்பி தீபாவளி என் நண்பர். குடிக்க மற்றும் இயக்கி.

Sahabatku Ganesan,
Salam sejahtera.
esok sudah Deepavali, aku terkenang dirimu yang entah hilang dimana. Aku pernah iklankan mencari kawan hilang di akhbar Tamil Nesan, tapi hampa. kemudian baru aku sedar, kau memang jenis malas baca akhbar walaupun kedai runcit bapamu di sebelah kilang papan teramaju di batu 1 Jerantut memang ada jual pelbagai surat khabar.
Ganesan, sudah lebih 11 tahun kita tidak deepavali bersama. aku rindukan saat kita makan muruku di pagi raya. kuih batu dari kacang yang keras itu kau simpan dalam poket seluar jeans yang dibeli dari Rajan Store Jerantut. Kau memang jahat Ganesan! ada ke patut kau lastik telur anjing uncle Suppiah dengan kuih batu? aku lihat meleleh air mata anjing tu menahan senak. aku yakin, anjing tu tak sempat ada zuriat. Kau pula boleh ketawa sambil minum air kotak yang kau rembat dari kedai bapa kau.
Aku masih ingat, di kelas kita macam adik-beradik juga. aku rindu saat kau bawa lipas atau cicak dalam kotak mancis dan usik kawan-kawan sekelas kita seperti Bijue, Nozi Nanie, Hani, Siti Rohani. tertawa aku melihat mereka berlari-lari ketakutan dan kegelian. Kau memang pandai pilih yang lawa je. Aku suka. Ho Sook Ying yang saiz agak besar tu tak berani pulak kau kacau.
Sahabatku Ganesan, aku sekarang sudah tak seronok balik raya sebab kau tiada. aku raya di Pandamaran aje. Pagi-pagi lepas makan muruku, aku bawa anak-anak ke pasaraya. Aku takde keluarga nak sambut raya bersama disini.
Jika kau membaca mesej ini, sila telefon aku di 018-2678719. Ya, aku tau ini nombor telefon aku selalu pakai untuk meniaga SABUN SURI, tapi untuk kau bukan sebab berniaga. This Is Family Matters. Once Family, Always Family. water cut no broken (air dicincang takkan putus). Once broken consider sold.

Happy Deepavali my friend. Don't drink and drive.


Gambar kenangan Izman (Kiri) bersama sahabat baik Ganesan (kanan) di Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut, Pahang.


Nota : Tersiar di facebook peribadi Izman Pauzi pada 21 Oct 2014.

Sunday, October 19, 2014

PULUT DAKAP

Emak aku dtg rmh aku pagi td. Insyaallah stay dgn aku seminggu.
Mak aku x lupa bawa pulut dakap kegemaran aku.
Baru kukus dan minum petang. 
Teringat sebuah puisi sanskrit yg biasa aku dengar masa kecik2 dulu:


Conget cakdong,
Duku dakap,
Balik cedong,
Make' pulut dakap
.

Bon appetit!



Friday, October 10, 2014

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR (CAWANGAN MELAKA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 10/10/2014 yang lalu, saya sekeluarga telah pergi bercuti ke Melaka.

tujuan bercuti adalah untuk merehatkan diri dan minda, serta untuk menjamu selera.

Selepas solat Jumaat di Pengkalan Balak, iaitu tempat kami menginap di Chalet Hajjah Mahawa, kami ke Pantai Klebang.

Dalam perjalanan, saya ternampak restoran yang unik, cendol drive thru. bunyi macam kelakar, tapi punya la ramai manusia tengah beratur untuk makan. saya nekad mencuba. lagipun saya memang peminat cendol.

Sumber Gambar : Facebook rasmi cendol bakar kuala selangor.

Memandangkan ini kali pertama bagi kami sekeluarga di restoran cendol bakar ini, kami lihat menu dulu, sambil jeling2 meja orang yang sedang makan.


OK... dah dapat idea nak order. jadi, saya order 4 jenis cendol bakar tapi kemudiannya pilih lagi 2 kerana tidak cukup. memang sedap. anak aku yg kecik pun tak nak kongsi. kami ambik semua jenis cendol: biasa, vip, vvip, durian, tapai, pulut. 


Yg tersedap pd aku ialah cendol bakar durian. marvelous!!

aku jugak rasa Lempeng pisang. fabulous! 

keropok? .. setakat biasa-biasa sahaja.






Rating : 7/10 (Cendol)

Alamat ?
Akupun tak tau, aku jumpa sebelah kiri sebelum sampai klebang, melaka. Ala... pergi tengok sendiri kat facebook dia dibawah ni:-

https://www.facebook.com/CendolBakar

Tuesday, September 23, 2014

TERIMA KASIH TAN SRI KHALID IBRAHIM

Terima kasih tan sri khalid ibrahim.

Aku bukan ahli mana2 parti dan aku bukan anak selangor. Tapi aku menetap & mencari rezki di bumi selangor.

Dihari ramai ahli parti bertepuk tangan meraikan kenaikan seorg MB baru, aku bertabik tangan melepaskan seorg bekas MB yg dilucutkan jawatan. 

Terima kasih tan sri atas air percuma, prasarana port klang lbh baik, rizab negeri yg meningkat, menghalang lanun merompak pasir & harta negeri, program merakyatkan ekonomi negeri, program tawas, mimbar & sebagainya.

Tapi tan sri... tatkala tan sri sudah tidak sibuk mengurus negeri sbg MB ini; sbg adun port klang mungkin tan sri boleh menumpu perhatian membangun port klang yg sekadar bandar mati dihujung muara. 

Jika sblm ini saya dengar tan sri gunakan duit peribadi tan sri utk menyelamat parti, apa salahnya jika tan sri sudi mengguna duit peribadi utk menyelamatkan akidah bangsa tan sri yg asyik bergelumang dosa lendir di serata port klang. Jika sblm ini ahli politik dan majlis hanya bisik yg baik2 ttg port klang, saya blh tunjuk lubuk lendirnya. X sampai 10 minit dari pusat adun tan sri dulu, dan seminit dari pusat berkuasa keselamatan.

Jika tan sri dah tiada ahli parti utk membantu, saya sanggup bersama tan sri mbangun port klang (tapi kn ada gaji la.... hehe).

Sedia.... hormat!

Sumber : Facebook peribadi Izman Pauzi

Friday, August 29, 2014

KABABJI GRILL (KOTA DAMANSARA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

dah bersarang blog ni, so aku update sikit pasal makan.

pada 28/8/2014, aku dan sahabat aku saiful nizam telah ke restoran makanan arab yg terletak 4 minit perjalanan dari kilang kami. even dekat.. tak pernah pergi makan situ.

sebenarnya nak makan kat restoran arab lain, kebetulan tutup. so dengan hati yang sugul bak 'cina kalah judi', kami ke restoran ini. hati tak ikhlas je nak masuk restoran ni dengan sejujurnya. aku yg masuk tinjau2 menu, si saiful tu berdiri kat luar je.

sebab muka aku ada muka arab badwi tang hidung  (muka bangla tu si saiful), aku berborak dengan pekerja situ tanya apa yg menarik dan direkomenkan.







 kesimpulannya : nasi arab disini memang sedap. supnya sedap tanpa msg. nasinya lembut. kambingnya lembut dan portionnya besar. perapan rempahnya memang terasa.

sangat direkomen untuk peminat nasi arab.

alamat ? malas aku nak taip. tengok je kat resit tu.

Monday, August 25, 2014

LAKSAM WARNA-WARNI

laksam.

Aku pernah terlihat laksam yg colouful di internet, so mlm td minta wife buatkan. 
Sebab baru baik sakit, wife Layan je la. 

So, ini laksam warna warni kami buat (aku tolong juga). Anak2 ketawa dan seronok makan.


Sumber : Facebook peribadi Izman Pauzi

Friday, August 22, 2014

MH17 : HANYA YANG KEHILANGAN INSAN TERSAYANG MEMAHAMINYA

Hanya yg kehilangan insan tersayang memahaminya.

gambar ini menjadi viral hari ini. lebih 10x aku terjumpa, dah lebih 10x juga aku menangis. menaip entry ini sekarang, habis basah kertas meja aku basah dgn air mata. aku x malu mengaku aku menangis sbb aku merasai apa yg anak kecil ini alami.

aku kehilangan ibu waktu aku berusia 8 thn. mami dibawa ke hospital dan hanya mayat yg pulang. aku x rapat dgn papa sbb papa sibuk dgn kedai dan terlalu garang. mami lah tempat aku bermanja dan meminta sesuatu.

apalah daya dan nak meluah perasaan bila mami sudah meninggal dunia. rasa nak pecah jantung dan menangis agar mami hidup kembali.


sekarang aku dah berusia 38 thn. saat jenazah sampai, dimandikan, mencium jenazah, kami adik beradik lalu dibawah keranda yg kononnya utk elak demam berpanjangan akibat rindukan aruah masih terbayang jelas dimata. 


semoga anak mangsa nahas MH17 ini juga tabah menghadapinya. Insyallah, dgn bantuan dan kasihsayang keluarga dan masyarakat. 


Al fatihah untuk mangsa nahas MH17 yang beragama Islam. dan Al fatihah juga utk arwah mamiku.




Sumber gambar : Internet / facebook/whatapps




Thursday, July 10, 2014

Koleksi : Pelapik Minuman Coca-Cola

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Saya bukanlah peminat barangan COca-Cola. namun apabila mendapat barangan koleksi dengan harga berpatutan, saya tidak menolak. 

Ini adalah Pelapik Minuman hasil freegift Coca-Cola. Ada 5 pelapik dan dimuatkan di dalam bekas aluminium yang menarik. 

Sebenarnya aku dah lupa aku simpan kat mana, tetapi ternampak anak2 bermain koleksi ni, terus aku minta dan simpan. sayang, plastik pembalutnya telah hilang, menyebabkan tepi-tepi tin ada karat.



Tuesday, July 1, 2014

PUASA VS BAKHIL

Puasa vs bakhil.

On the way blk KD dari SA td, aku singgah jab isi petrol. Cam biasa di stesen myk... diserbu secara berjemaah oleh org pattani jual keropok keras.

Since aku x suka keropok pattani, aku menolak dgn lembut dan senyum. Kemudian pura2 kusyuk isi minyak supaya x digoda lg. 

Tiba2 di lane sblh, kereta alphard dtg. Mereka berlumba2 serbu. Lelaki melayu keluar dgn senyum.
"kopok abe'." Seru wanita tua itu.

Lelaki itu tanya berapa harga semua keropok di pegangnya.
"Pat puluh rial". 


Aku mencuri2 tgk. Lelaki itu beri rm50 utk keropok, dan suruh simpan bakinya.


"Berapa org meniaga hari ni?" Tanya lelaki itu.
"Limo ore abe'".


Dikeluarkan rm50 dan dihulur. "Ambik duit ni buat beli utk berbuka". Makcik tua menadah tangan berdoa. 


Aku segera beredar. Dlm kereta aku sebak dan insaf.


Patutlah aku tak kaya, aku bakhil rupanya.

Friday, June 13, 2014

MASAKAN KAMPUNG @ WARONG JUNIFARS, RAUB

Alhamdulillah. .. selesai solat jumaat di masjid bentong td terjumpa kawan di smps dulu. Skarang dia di maybank bentong. 

Ni mkn tghari di raub. Makanan org kg je weh deme; ikan patin masak tempoyok, gule' siput sedut dan sambal itam. Nasi separuh je. Wife dan anak2 dgn citarasa masing2 le. 



Diet ke laut hari ni. Ha ha ha


Update:
Makanan semua sedap. Tempoyok ikan patin fresh dan cukup tempoyak, cili dan terung. Siput sedut mmg lemak. Kalau ada daun kaduk dlm siput tu lagilah sedap. Antara semuanya sambal itam dia plg sedap.
Air tangan org2 tua pemilik kedai mmg terbaik. Kedai sempoi... cawan dan pinggan mmg oldskol & freegift mcm zaman aku kecik2 dulu.
Aku rasa nk menambah nasi tp mesej pemakanan di pinggan buat aku sedar diri.

Sgt direkomenkan pd yg lalu jln raub.
Warong junifars,
No. 2 gerai majlis daerah raub,
Simpang kallang, raub.


Pohpalih sedaknya!



Nota : Dipetik daripada facebook Izman Pauzi, bertarikh 13 Jun 2014.

Friday, May 30, 2014

RESTORAN VICCHUDA TOMYAM @ KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

aku sebenarnya dah sebulan cuba diet. aku sengaja tidak menggunakan atau makan ubat untuk kurus. untuk step pertama, aku cuma hadkan makan nasi sekali sehari. pernah aku cuba tak makan nasi sehari, tak boleh tidur beb! perut melayu.

pada 29/5/14, aku cari makanan asalkan bukan nasi. aku cuba di restoran vicchuda tomyam. ia tak jauh dari opis aku.

 di kawasan ini parking memang senang. free parking lak tu.
  untuk membuka selera aku cuba keropok. ia dah siap dibungkus. RM3.00 sebungkus. pada aku keropok ni takat biasa2 je sebab banyak tepung. sos pencicah dia setakat boleh tahan.

 aku order bihun tomyam dan sirap bandung.

pada aku tomyam dia memang terbaik. ia bukan tahap tomyam di kedai2 mamak atau kedai tomyam yg dimiliki oleh orang kelantan. ia adalah tomyam siam sebenar seperti yg aku pernah makan di bangkok dan pattaya. rasanya tidak menyengat oleh rasa daun limau purut atau serai.

campurannya memang sedap. dan harganya tak mahal. tak silap aku cuma RM5.50.

untuk merasainya sendiri, jom singgah ke:

RESTORAN VICCHUDA TOMYAM
55-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B
Pusat Dagangan Seri Utama PJU 5
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Saturday, April 19, 2014

LUQMAN & PAK HAMID GURKHA

Tersenyum sepanjang masa anak sulungku Luqman bila lihat gambarnya bersama pelakon veteran pak hamid gurkha di akhbar harian metro hari ni. 
Org kata mcm datuk & cucu. He he he


Thursday, April 17, 2014

KAFE MAKAN TIME @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

pada 16/4/2014, aku menjengah ke satu lagi restoran yang ada disekitar kota damansara ini. ia tidak jauh dari opis aku. mmm... dalam 5 minit berkereta. kalau jalan kaki, 45 minit.

aku biasa lalu depan restoran ni tapi tak pernah masuk sebab selalu tengok takde orang. so, semalam kami singgah la. ini dia restoran yang dimaksudkan. KAFE MAKAN TIME.


 betulla.....  tiada pelanggan lain. hanya ada pelayan restoran je. orang kata.... restoran yang takde orang memang tak sedap makanannya. hmmm...

dah masuk, dan tertarik dengan docoration dan susunan kedai yang menarik tertarik. kami buat keputusan untuk mencuba makanan disitu.

ini antara keadaan dalam restoran tersebut:-






tengok menu. memang takde nasi hidang kat sini. nasi goreng2 pun takde. aku tengok menu macam aku tengok majalah kartun gila-gila je. cuma ada roti, kuih. makanan berat cuma ada laksa siam dan nasi lemak. kawan aku si saiful nizam pilih laksa siam. ini orangnya dan hidangannya.



memandangkan aku kelaparan, aku ambik nasi lemak. dua pilihan lauk disediakan iaitu rendang dan ayam pandan. cer teka aku pilih lauk ape?

jeng, jeng, jeng.......



ok kita kasi close up sikit hidangan aku tu.




kesimpulannya ialah...... hidangan disini memang sedap. sambal nasi lemak dia cukup rasa. nasinya enak. yang terbaik adalah ayam pandan dia. apsal aku tak ambik lebih akupun tak pasti. cuma rm4 je seketul ayam pandan tu.

 alamat, korang tengok je kat resit tu yer.



selamat menjamu selera.