Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts
Showing posts with label Sembang Kosong. Show all posts

Monday, November 12, 2012

Part Mana Suka Kat Saya ?

cuti sekolah dah mula, anak2 dah mula bertanya nk bercuti dimana. mmmm.... biasalah, kalau nk manjakan anak2 bercuti, kalau cuti mesti diorang mintak. masalahnya ayah mereka yg bz manjang.

bercakap pasal cuti, isteri ada bcakap yg anak aku si luqman sedih sebab cuti panjang. bukan pasal x dapat studi, tapi tak dapat jumpa 'makwe' sekelasnya. aik.... apa nak jadi, baru darjah 2 la luqman. bersunat pun belum.

bercakap pasal pakwe makwe, aku ada satu cerita.

biasalah bercinta masa sekolah. kalau bercinta masa di rumah orang2 tua dah lain feelnya. even begitu, secara jujur aku pun x suka kalau anak2 aku bcinta masa sekolah sebab rata2 tak kemana. pun begitu ada juga 2-3 kawan yg bercinta masa sekolah dan selepas berjaya dapat 'ijazah', mereka kekal dengan 'azizah' mereka itu. cuma dalam kes aku, aku x bernasib baik, semua makwe aku tinggalkan aku (tolong percaya).

berbalik pada kes cinta monyet masa sekolah dulu. dalam berpasangan, makwe tentu tanya soalan sama setiap kali dating. ye lah, zaman aku dulu bukan ada kfc, mc d, shopping complex nak lepak lama sambil makan ayam goreng atau fries. sekadar lepak kat perpustakaan awam, pusing2 kedai, atau sekadar lepak tepi taman bunga.

yang dapat aku ingat, makwe suka sangat tanya soalan yang aku sendiri payah nak jawap, tapi kalau x jawab, menyebabkan muncung si makwe macam sudu itik dan boleh diikat.

soalan ape?

ye la.... dalam asyik masyuk bercinta, makwe tentu nak tau kenapa kita sukakan dia. ala pompuan, nak kita puji dia la tu.  mukaddimahnya mudah. puak2 pompuan ni cerdik, mereka biasanya memulakan bicara.

makwe : izz, izz tau tak kenapa riena (bukan nama sebenar) sukakan izz?
pakwe : entahlah.... kenapa ye?
makwe : tekalah...tekalah...
pakwe : izz hensem?
makwe : emm.... tak. teka lagi...
pakwe : beriman?
makwe : beriman apanya, asyik nak pegang tangan orang je.
pakwe : la... bukan riena yg pegang tangan izz dulu ke?
makwe : jahatla izz (sambil menumbuk2 manja).
pakwe : entahlah....izz ngaku kalah. kenapa ye?
makwe : sebab izz penyayang, caring, setia...
pakwe : oo.....
makwe : ok, ok ..... nak tanya lagi. part mana izz suka kat riena?
pakwe : mm..... kalau riena jawab dulu. riena suka part mana pada izz?
makwe : riena suka lesung pipit izz, manis sangat.
pakwe : lagi (melayan...)
makwe : mata izz.
pekwe : mata?
makwe : mata izz cantik, warna coklat.
pakwe : lagi......
makwe : dah la tu, izz jawab pulak. part mana izz suka kat riena?
pakwe : semua2 izz suka.
makwe : tak nak la jawab mcm tu, kena jawab satu atau dua je.
pakwe : kang kalau izz cakap riena marah.
makwe : riena x marah punya.
pakwe : sumpah?
makwe : sumpah!sekarang cakap.
pakwe : er.... dada.
makwe : (terkedu).......
pakwe : (bukan salah aku, dia yg nk tau. aku jawab ikhlas).

nota : jangan ambil serius entry ni, sekadar ambik mood menulis setelah lama menyepi. he.he...... dan jangan panggil aku izz, aku tak mengaku kawan nanti. GELI.


IKLAN ---------------------------------------------------


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460930723942426&set=pb.460188577349974.-2207520000.1355706346&type=3&theater

Monday, July 30, 2012

Imam Zuhud atau Jemaah Jahil?


  • alhamdulillah, setakat ini Allah masih mengurniakan kesempatan masa dan kesihatan untuk aku berpuasa dan bertarawih di masjid. bukan nak riak tunjuk kat satu donia bahawa aku ke masjid dan bertarawih, tapi sekadar berkongsi cerita mengenai peristiwa di masjid yg membuat aku sedikit ralat.
  • sebenarnya dah 3 malam berturut2, golongan muda yang tidak berjubah dan berserban ditarbiah secara terbuka (diserang?) oleh imam masjid berkenaan. adegan teguran terbuka ini dibuat oleh imam selepas solat isyak. imam ke depan dan memberi sedikit tazkirah dalam 10-15 minit. 
  • dalam tazkirahnya 3 malam yg lepas, imam menegur secara agak keras mengenai para jemaah yg tidak memakai jubah dan serban. emmm.... yg pakai baju melayu pun kena! aku setuju bahawa memakai jubah dan serban itu sunnah Nabi, dan alangkah baiknya jika dipakai untuk beribadat dan berjemaah. tapi, janganlah terlalu rigid wahai pak imam. 
  • malam seterusnya, masih ada yg masih tidak berjubah dan berserban. pak imam sekali lagi bertazkirah. imam memberi pelbagai contoh. pada sesetengah orang, ia biasa. tapi bagi yg terkena, ia agak keras. kebetulan malam tersebut aku juga memakai t'shirt. aku terasa jugak tapi aku ambil positif. aku lihat anak2 muda yg dah kelat hari sebelumnya kelihatan lebih keruh mukanya. ye lah, bila ditegur, jemaah2 lain mula memerhatikan mereka. 
  • sekali lagi aku setuju dengan teguran. tapi perlukah keras teguran itu. aku yakin anak2 muda, even aku yg tak berana nak muda ini setuju dengan teguran tapi biarlah berpada. aku lebih kurang mereka yang lain ingin ke masjid bertarawih berjemaah even kami tahu terawih tu tak wajib pun. kami datang, dan aku yakin even sejahat manapun mereka, kalau bab nak sembah Allah, di Rumah Allah, mereka akan tutup aurat, berpakaian bersih dan dalam keadaan suci dan berwuduk. itu perkara basic. 
  • tapi yang tak tahan, bila hari ketiga, pak imam yg sama itu masih bertazkirah tajuk yang sama. tentang jubah dan serban. kali ini lagi panjang dan lagi keras. sebelum tu dah dapat lihat bahawa orang muda yang hati kecil dah tak kelihatan lagi. aku takut malam ini dan malam2 selepasnya langsung tak kelihatan. 
  • mungkin pada pak imam, kehadiran golongan muda yang tak berjubah dan berserban ini tidak bermakna apa2. mungkin ketidakhadiran mereka juga tidak menjejaskan majlis. ye lah, golongan muda tidak berjubah dan berserban ini mungkin bukan perhafaz Quran, mungkin bukan orang alim, mungkin tiada kerja, mungkin solat tonggang langgang dan sebagainya. tapi aku suka melihat orang2 muda ini datang memeriahkan majlis. aku yakin mereka dah ada sedikit sinar iman dengan datang berjemaah dimasjid. aku yakin datang sukarela, emmmm.... takkan dah besar nak kena rotan baru nak datang masjid. tapi kehadiran mereka tidak dialu2kan, malah dicerca. aku yakin sinar iman yg sedikit itu akan layu dan mereka akan menjauhi masjid. 
  • ya, lagi2 aku sokong bahwa pak imam memang tinggi agama, even bila ceramah  lepas isyak beberapa hari sebelum tu, penceramah tanya ketiga2 imam masjid tu cara nak keluar saf bila batal solat, semua imam tak tau jawab. alasan, tak pernah terjadi. opss.... terover pulak. 
  • malam ini aku yakin lagi ramai orang muda yg tiada jubah dan serban dah tidak lagi datang berjemaah. emm... aku cam biasalah, kejab dengan baju melayu, kejab dengan t'shirt.... aku nak solat, so what! baju aku bersih, baju aku sopan. dan ikhlas aku memang takde jubah dan serban. adakah dengan tiada jubah dan serban aku dinafikan hak solat tarawih berjemaah?
  • malam ni kalau teguran lagi keras, may be aku pun akan ke masjid lain yang lebih mesra jemaah. tak guna kalau nak solat kena perli. hatipun tak tenteram nak solat kalau hari2 kena tiaw je. 
  • aku bukan nak kutuk pak imam, aku sekadar nak luahkan rasa terbuku dihati tentang cara orang2 masjid nak mengajak orang ke masjid. ini orang dah datang, macam nak halau pula. kalau nak berdakwah, berdakwahlah dengan hikmah. sunnah kalau dapat diikuti sangat baik, tapi kalau boleh biarlah lepas yang fardhu dulu. 
  • dalam kes ini, aku rasa ada dua kemungkinan je iaitu sama ada imam itu terlalu zuhud (atau jumud?) atau jemaah terlalu jahil. 

Wednesday, February 29, 2012

Dah 4 Tahun Aku Berblog

Sedar tak sedar, dah 4 tahun rupanya aku berblog. bermula dengan posting pertama pada 14/2/2008, aku berblog sampai sekarang.

hasil dari berblog ini macam2 menda aku dah dapat. duit hasil iklan tu adalah sikit2 (bukan merendah diri, tapi memang sikit). sesekali aku tengok kawan2 yang publishkan cek iklan spt nuffnang, advertlet dan sebagainya, terasa hebat sangat mereka. sesekali nak jugak publish cek yg aku dapat, tapi takut kena gelak sampai terkencing pulak. apa2pun, duit tu bukan tujuan utama sekarang, tujuan utama aku berblog adalah untuk BERKONGSI CERITA & RASA.

hmmm.... blog aku ni memang cacamerba, macam2 ada. dari cerita peribadi, keluarga, anak2, makanan, melancong, politik, jenaka, hobi, isu semasa, kerja dan sebagainya. kalau diminta kategorikan, akupun tak tau. berbanding blogger hebat lain yg ada kategori tertentu, biarlah aku cacamerba. aku tulis apa yg aku suka tulis.

dalam merayakan sambutan ke 4 aku mengarut di blog ni (14/2/2008 - 13/2/2012), takde menda hebat aku nak kongsi. statistik blog akupun biasa2 je. pengunjung harian dalam 100 - 300 je. terdapat 226 orang yg sudi jadi follower aku, itupun selepas aku follow mereka. dalam seramai itu yg datang, terdapat 51 sahabat yang sudi mengikuti aku secara tetap dengan menjadi readers. maksudnya, kalau aku update je entry, mereka akan dapat posting tu dalam email mereka; TERIMA KASIH.

dalam berblog ni macam2 watak aku mainkan; ayah yang baik, suami yang budiman, pakwe baik yg ditinggal kekasih, staff HR yang baik hati dan segala yg baik2 (apsal aku rasa nak terjun dari bangunan bila baca ni?). watak2 jahat, nakal, garang, bengis, playboy dan sebagainya adalah rekaan semata2. aku saje nak pelbagaikan watak sebagai satu cara mengembangkan bakat menulis sebelum aku menulis novel bila pencen nanti.

apa2pun, kepada sahabat2 yang sudi datang dan membaca blog picisan aku ni, aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH. kalau ada sesuatu yang bagus untuk dikongsi dan dijadikan panduan, ambiklah. jika posting tu keterlaluan, tegurlah. aku juga manusia biasa, ada masa emosi mengawal pertimbangan otak.

kepada sahabat yang membaca dan mengikuti blog ni, jangan ada apa2 persepsi bila membaca blog ini. just baca sebagai hiburan. jangan ambil terlalu serius dengan watak dan penulisan aku ini. watak2 dan jalan cerita tidak 100% benar, mungkin juga tidak 100% palsu. gunakan akal budi dan iman untuk menilainya.

kepada sahabat yang dah lama bersama blog aku ni, harap kita dapat kekal bersahabat even melalui perantaraan blog ini. kepada yg tiba2 terjumpa blog ini secara tak sengaja, harap kalian dapat membaca posting2 lama dan menilaikan siapa izman ini.

sekali lagi, TERIMA KASIH kerana menjenguk aku disini.


izman
damak_76@hotmail.com
012.2713260

Tuesday, February 14, 2012

HR ni macam Polis jugak....

dalam melakukan kerja HR (human resource/sumber manusia), memang tak boleh lari dari menangani masalah disiplin. pekerja beratus orang, jadi perangainya pun berpuluh ribu peel. jadi masalah disiplin seperti lewat, ponteng, tipu cuti sakit even bergaduh adalah sesuatu yang rutin bagi pengamal HR.

sepanjang aku jadi orang HR ni dah macam2 kes aku handle. biasalah.... ada yang berjalan dengan baik, dan ada jugak dengan tak berapa baik. dalam kes2 pergaduhan misalnya, HR akan menjadi pegawai penyiasat, emmm.... cam pegawai polis jugak la. kena panggil orang2 terlibat, cari saksi, cari bukti, buat penyelidikan dan akhirnya mewujudkan suatu pertuduhan.

dalam kes pergaduhan di tempat aku baru2 ini, kesnya agak berat. ia melibatkan pergaduhan antara pekerja bangladesh dan myanmar. 5 orang terlibat. ia berlaku diasrama mereka. kes2 salah faham even pergaduhan kalau tak sampai ke pengetahuan HR ia tidak salah. ye... tak salah. macam mana nak sahkan ia bersalah kalau kes tidak dilaporkan, ye tak?

kes berlaku hari sabtu, malam. hari isnin, ada pekerja baik hati memberi berita kepada aku, dan ianya menjadi kes besar. aku dan safety officer memanggil mereka terlibat dan kecederaan si mangsa agak teruk dengan lebam2.

biasalah, semua orang ada cerita masing2, dan masing2 menokok tambah. aku ambik persamaan dan merujuk kepada saksi2 dan bukti. dan cam biasa ada jugak mereka yang terlibat tidak mahu mengaku. disini, pengalaman dan kebijaksanaan penting (pergh.... secara tidak langsung aku nak beritahu aku ni bijak. ha.ha.ha....).

pekerja bangla, Hannan (bukan nama sebenar. emmm... kalau nama sebenarpun bukan korang tau)dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat., aku la tu.

penyiasat : hannan, kamu ada pukul itu myanmar?
kena siasat : ta'da boss. ada tengok saja.
penyiasat : jangan tipu, semua orang cakap you ada pukul.
kena siasat : sumpah boss, saya ta'da pukul. itu orang tipu la boss.
penyiasat : oklah, saya percaya awak punya cakap, sekarang ikut saya pergi police station (sambil mengambil kunci kereta dan handphone dari atas meja)
kena siasat : (agak cuak) apa pasal mau pigi police station boss?
penyiasat : you cakap tak pukul, lain orang cakap awak pukul. saya percaya awak, biar polis confirm awak tak ada pukul.
kena siasat : (memegang kaki penyiasat dan menangis) tolong boss, saya ta' mau pigi police station. saya ada pukul itu orang boss, 5 kali, saya ada pakai bisi (besi) pukul, saya punya kawan itu XX dan YY pun ada pukul itu orang boss, lagi saya pakai pisau hantam dia punya pintu rumah boss, itu orang ta'da pukul kita bangla boss, saya punya kawan suruh saya tipu cakap boss, tolong boss... saya ta' mau pigi balai boss.
penyiasat : awak cakap awak tak ada salah, apa pasal mau takut sama polis. awak tak ada salah, polis tak boleh kasi masuk jel.
kena siasat : saya memang ada salah boss, itu undang (undang2) cakap tak boleh gaduh, kita kasi gaduh boss.
penyiasat : jadi awak mengaku awak ada pukul itu orang?
kena siasat : (masih memegang kaki penyiasat, dan penyiasat macam eksen je kaki kena pegang. err... serius sikit, ini penyiasatan). betul boss, saya sama saya punya kawan ada pukul itu myanmar. itu myanmar punya worang ta'da pukul kita boss. boss, jangan pigi balai boss.
penyiasat : ok..ok.... sudah, bangun. duduk kerusi. buang awak punya air mata. sekarang saya mau awak beri awak punya statement. kita tak da pigi balai.
kena siasat : thank you boss.

dan akhirnya selepas beberapa drama lagi yang lebih hebat, kes ini berjaya diselesaikan. harus dinyatakan kepada semua, terutama yang bekerja bahawa HR cuma menyiasat dan MENCADANGKAN HUKUMAN. keputusan sesuatu hukuman adalah dari pengurusan tertinggi syarikat. HR boleh mencadangkan agar sesuatu kes seperti mencuri contohnya untuk dibuang kerja dan dilaporkan kepada polis, tapi pihak pengurusan yang akan menyatakan bahawa adakah itu keputusan yang mereka mahukan. dalam kerjaya aku banyak jugak kes yang HR cadang suruh buang pekerja, tapi pekerja tersebut tidak langsung diambil tindakan. kadang2, HR rasa tak adil, tapi HR juga mesti terima keputusan tersebut dan mempertahankannya.

apa? kesudahan kes diatas?....

seorang pekerja bangladesh dihantar pulang selamanya ke bangladesh dan 2 orang digantung kerja selama 2 minggu. 2 lagi pekerja myanmar didapati tidak bersalah.

mahkamah bersurai.

Wednesday, January 4, 2012

Kasut Karipap

anak2 aku mula balik bersekolah hari ni (4/1/12). samalah dengan anak2 orang lain kan. since masing2 dah tahun kedua di tadika dan sekolah rendah, aku dah tak kisah sangat. bagaimanapun aku tetap menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama untuk menunjukkan aku ni juga seorang bapa mithali (ciss... menunjuk2 rupanya).

selain melaram dengan pakaian sekolah baru, masing2 tak kalah dengan beg angry birds masing2. sekarang memang musim angry bird, dari seratus orang, 2-3 orang je takde beg sekoalh angry bird. may be anak2 tak minat, atau mak ayah tak minat.

kasut juga tak terkecuali. macam2 fesyen ksut even rata2 pakai kasut putih. aku aku pakai kasut2 orang2 biasa2 je, jenis bata dan pallas. nak pakai jenama mahal, tak termampu.

cakap pakai kemampuan membeli kasut ni, aku teringat masa aku sekolah dulu. aku rasa pernah cerita pasal kasut marco. kali ni aku nak cerita pasal kasut karipap.

karipap berbentuk kasut? bukan! ini cerita kasut berbentuk macam karipap.

aku bukan dari keluarga senang. kasut sekolah memang beli brand cap ayam belanda je. er... maksud aku beli yang murah2 je. apa brand murah? kalau zaman aku dulu, brand murah cam fung keong, marco dan kasut karipap.

apa kejadahnya kasut karipap?
tak baik cakap jadah, tahun baru ni kena cakap yang baik2 je. kasut karipap ni juga dikenali sebagai kasut penguin. atau dikenali sebagai kasut kungfu, atau turut dikenali sebagai kasut cina mati. masut ni memang murah gile, sepasang tak sampai rm10. kena beli sepasang la, gile ke hape nak beli sebelah je.

mula2 ia dipakai oleh orang2 susah cam aku, lama kelamaan ia menjadi satu trend. hampir semua orang memilih memakai kasut ini. ia selesa dipakai, ringan, mudah dibasuh dan murah. digelar kasut karipap sebab ia tiada tali dan dihadapan kasut dijahit berkeluk2 macam karipap.

sekarang aku rasa kalau paksa anak2 aku pakai kasut macam tu, mau memberontak tak nak gi sekolah. ye lah, manjakan anak sangat. masa nak belikan anak2 kasut baru2 ni, aku just singgah kedai kasut, panggil sales girl, mintak diorang tunjukkan pelbagai patern kasut dari bata, pallas, line 7, dan pelbagai lagi. anak2 yang pilih mereka suka yang mana. aku cuma tengok salesgirl mencuba kasut, sesekali merasa takut2 terlalu ketat atau longgar. mereka puas hati, aku bayar. bukan bermaksud aku beli yang mahal, yang biasa2 juga. ala, kasut bata dan pallas zaman sekarang, may be setaraf dengan kasut karipap masa zaman aku dulu.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari berganti begitu cepat, dan kini kita telah meninggalkan tahun 2011. 2011 pergi jua sama ada kita suka atau tidak,sempat buat azam tahunan kita atau tidak.

dengan kehadiran tahun baru 2012 ini, diharapkan kehidupan kita akan bertambah baik untuk pengabdian kita kepada Allah, kepada diri, keluarga, dan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

untuk aku, sama je, ingin menjadikan diri dan keluarga aku lebih baik. macam2 plan dah dibuat cuma perlaksanaan sajaha yang perlu diusahakan, emmm... disamping berdoa.

1) pekerjaan - jika pekerjaan aku masih ditakuk lama, ada baiknya aku beralih kerja. kerja di syarikat sekarang sangat selesa dan mungkin dah tahap aku cari kerja lain untuk kareer lebih baik, dan gaji lebih baik. sebelum ni pun dah banyak kawan dan head hunter offer, tapi aku tolak bulat2. may be 2012 ni aku kena buka peluang kepada diri aku untuk menghadiri interview dan melihat harga aku dipasaran. kalau ada offer baik, why not?

2) keluarga - anak dah 4 orang. isteri masih seorang. emm... memang sorang la. so, kena cari macam2 peluang untuk menyara keluarga. alhamdulillah, rejeki tu ada, so far anak2 tak pernah tak pergi bercuti atau permintaan mereka yang patut2 tidak ditunaikan. anak ke 5??? tidak merancang, dan tidak menolak. why not? err... isteri kata nak rehat dulu.

3) pendapatan sampingan - isteri aku tak bekerja, so aku kena lipatgandakan usaha mencari duit untuk menyara mereka dan duit untuk simpanan keluarga. banyak juga aku buat termasuk jual beli di internet, banyak melibatkan jualbeli matawang lama. ada juga tolong jual cd penghalau syaitan iaitu ayat2 roqyah al sharieah susunan ustaz ahmad dusuki (rm70 utk 4 cd audio dan pos laju). ada juga jual lampin pakai buang bayi dan dewasa. ini aku buat offline sebab kos pos mahal dan aku ambik margin untung kecik je. sebenarnya beli untuk anak2 aku tapi ada permintaan, so jual jugak la kat kawan2. dan alhamdulillah, permohonan aku untuk buka kedai/gerai di lot majlis perbandaran dah diluluskan. cuma tunggu surat kelulusan pada 9/1/12. sebab kena renovation dan pelbagai prosedur lagi, aku jangka dapat buka dalam bulan feb 2012. ala gerai kecik je di kawasan perumahan. tak berasa strategik sangat, tapi sewa murah dan itu sebenarnya cuma starting point untuk aku berniaga secara profesional, aku rasa nak cuba. apa salah mencuba, sekarangpun stok memang menimbun kat rumah, pelanggan tetappun dah ada, cuma nak tambah pelanggan lagi je. eemm.... nak kena cari pembantu kedai pulak ni. aku nak perempuan cantik, wife aku membangkang, so, sape nak jaga gerai aku tu. isteri aku suruh duduk rumah je, jaga aku dan anak2 cukup. kalau ke kedaipun, just tengok2 kan pembantu. anak2 masih kecik, susah jugak sebab kedai pun kecik.

4) hobi - memang nak tambah koleksi duit2 syiling dan wang kertas aku tu. arnab dah makin bertambah. rasanya dah tak sesuai buat kat rumah. ingat nak sewa tapak atau lot kedai yang terpinggir sikit untuk ternak. tapi nak kena bincang dengan papa aku dikampung untuk buat reban besar sikit dan papa aku tolong jaga. arnab market memang ada. even aku bela dirumah sebagai hobi, ramai dah datang tanya dan beli. kalau ada rejeki dan peluang, ingat nak ke indonesia cari baka2 yang cantik2. sana murah, kat sini harga dah tahap dewa, tak mampu aku nak beli.

5) lain2. - apa2 yang aku nak buat, semuanya bergantung pada keperluan semasa. harap apa yang aku impikan tercapai.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Saturday, December 24, 2011

Susahnya Nak Bermula Semula

emm... memang dah bersarang benor blog aku ni. dah lama tak berupdate. sebenarnya aku masih sayang dunia blog, tapi kekangan masa.

dalam menjalani kehidupan lebih2 lagi dengan kehadiran anak keempat yg baru berusia 3 bulan, membuat aku terpaksa lebih menumpu kepada keluarga. oo... bukan bermakna kalau berblog atau berfacebook tu lupakan keluarga, tapi aku kena atur masa aku sendiri.

even wife aku memang tak kerja, tapi aku juga kena sama2 ambil peranan penting dalam pembangunan keluarga dan anak2. tak kan semua benda serah bulat2 pada isteri. isteri juga manusia, dia juga perlukan rehat. kalau sesiapa yg ada anak kecik menyusu badan, tentu tau kepayahan mereka. aku tau isteri aku sangat baik, kalau boleh dia langsung tak mau kejutkan aku jika anak tak mau tidur atas tak sihat. pada dia, aku kena tidur cukup sebab aku kena bangun kerja awal.

mmm... life is about give and take. kena tolak ansur. even kadang2 aku letih, kena juga ambil peranan menjaga anak2. even aku tak de susu badan, aku boleh layan anak2 dengan meriba dan mendodoikannya. tapi kalau aku dodoikanpun susah baby nak tidurm suara tak sedap barangkali.

balik kerja, anak2 dah take over laptop. dulu anak2 ada netbook yang aku beli direct dari china, tapi rosak kena renjatan kilat. anak2 duduk dirumah pasang netbook masa hujan dan guruh, dan jahanam netbook tu. pergi kedai nak repair harga mahal, aku humbankan je. so, laptop akulah mangsanya. kadang2 nak je tinggalkan kat rumah sebab itu memang harta sendiri, tapi sebab banyak kerja opis aku suka save dalam laptop, tu yang kena bawa juga. komputer kat opis aku ada, tapi cam tak best je pakai. dalam budget 2012, syarikat dah setuju beli pc baru untuk aku. emmm.. baguslah.

cuti sekolah dah nak abis, kelengkapan sekolah anak2 belum 100% aku bereskan. sekarang dah senang, ada duit dalam tangan bersepah boleh beli. dah beberapa kali jugak dah pergi survey barang utk beli tapi anak2 terlalu memilih. nak semua benda angry birds. pergi kedai ini, tak menarik. pergi kedai itu, tak suka. sesekali marah jugak aku, aku dulu manalah ada masa nak demand2 ni. apa papa aku beli, itulah aku pakai. cakap banyak kang, dapat tali pinggang. bukan aku bermaksud papa aku dulu bencikan kami adik beradik, dulu susah duit. kami orang susah, jadi kena gunakan duit sebaiknya. budak2 sekarang tau mak bapak dah senang sikit, so mulalah minta itu dan ini. untuk anak2, sebab duit ada sikit, apa salahnya beri apa anak2 hendak, asalkan mereka nak belajar.

selain anak2, binatang kat rumah juga perlukan perhatian. ikan emas, ikan2 lain, kura2 dan arnab. arnab paling leceh sebab aku pelihara banyak. kena jaga kebersihan sebab ia berbau kalau tak jaga. so far alhamdulillah jiran2 tak komplen. kalau stress, melayan arnab2 ni bermain memang mendamaikan. wife tak suka arnab, dia dah mintak kucing parsi. emmm... mahal tu. dah survey dalam rm500 jugak la.

oklah, ini edisa come back. tune biasa aku dah lari. aku cuba nak kekalkan gaya panjang berjela tapi semua lintang pukang.

kepada yg sebelumni datang, tapi kempunan entry merapu terbaru aku. aku akan cuma jugak posting terbaru.

Sunday, October 30, 2011

I'm Back

Alhamdulillah, aku kini kembali berblog setelah sekian lama berehat. takde masalah, semua sihat dan selamat. aku menyepi kerana kesibukan mengurus keluarga kerana isteri berpantang. nak berblog bukan tak boleh langsung sebenarnya, tapi aku sengaja stopkan sekejab untuk memberi tumpuan pada anak2 dan arnab.

heh... selain mengurus anak2 yang sebelum ni aku hampir menyerahkan 100% kepada isteri, aku agak kelam kabut sebenarnya. ye lah, dulu semua isteri buat, dari mengurus anak2, suami dan rumahtangga. kini, aku yg terpaksa buat.

ini anak yg keempat, isteri berpantang dirumah kami saje. susah nak berpantang dikampung kerana luqman dan darjah satu dan pika tadika. aku pula jenis susah nak cuti. even berpantang disini, 2-3 kali sehari berlarianlah aku balik rumah untuk memasak dan mengurus sekolah anak. memang aku takat hantar anak aku ke tadika je, dan luqman ada transport yg urus, tapi nak menyiapkan makan pakai tu yang pening.

siapa yg ada anak kecik tentu tau bahawa masa tidur mereka belum tetap. kejab tidur, kejab berjaga. even, dia breastfeeding tak bermakna aku boleh tidur lena. akupun ambik masa berjaga sama.

dalam duq sibuk2 dengan anak baru dan anak2 lainnya. aku juga melayan hobi yg dah beberapa bulan ni dengan agak serius. bela arnab. bukan arnab mahal ribu riban, beli yg biasa2 aje. arnab untuk melayan anak2 dan menghilangkan stress. melayan arnab ni best sebab mereka manja. cuma tak tahan ialah mereka berak kuat dan melantak pun kuat. sepanjang bela ni dah ada 3 ekor arnab aku yang mati. kadang2 tu sedih jugak sebab ada jugak arnab yg aku beli mati. bela arnab ni kena sabar sebab nampak je masam lasak tapi sensitif gile.

since, aku dah kembali berblog. so aku akan kekalkan momentum ini. may be sekali sehari, atau setidak2nya 2 hari sekali. Insyallah.

Thursday, September 22, 2011

Macam-macam Cerita

puh...puh... puhhh! bersawang blog aku ni.

alhamdulillah, aku kembali menulis. mood masih belum hangat nak tulis panjang2 macam selalu, tapi cukuplah aku beritahu aku sebenarnya sihat. cuma beberapa peristiwa kebelakangan ini membuat aku agak sukar duduk lama2 menghadap blog.

syukur alhamdulillah isteri aku selamat melahirkan keempat kami pada 13/09/2011. lelaki. kedua ibu dan anak alhamdulillah selamat dan sihat. dengan kelahiran ini maka cukuplah anak kami 2 pasang. 2 lelaki dan 2 perempuan. anak sulung dan bongsu lelaki, emmm.... harap2 dapatlah mereka menjaga keluarga dan adik beradik perempuan mereka ini nanti. plan anak seterusnya? cit.... gilo apo, pantang pun belum abis. emmmm.. wife aku kata 4 cukuplah, aku kata? tengoklah..... he.he.he...

dalam bergumbire menerima kehadiran ahli keluarga baru, keluarga besar kami dikejutkan dengan pemergian kakak ipar aku pada hari ahad lepas. arwah meninggal dunia di hospital sungai buluh dan dikebumikan di kampung batu balai. sayu sangat mengenangkan kematian arwah. satu sebab arwah dan wife aku amat rapat. kedua, sebab anak2 masih kecil, dan paling kecil berumur 2 bulan lebih. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

dalam mengurus hal keluarga, hal di pejabat juga memerlukan komitmen. kami baru lepas audit ts16949 minggu lepas. macam2 dokumen nak diperiksa dan dikemaskini. rasa nak muntah bila pandang komputer dan pegang kertas, tu nak bukak internet kat rumah pun malas.

di rumah, selain melayan keluarga, aku juga melayan arnab2. dari 2 ekor, jadi 4 ekor, jadi 5 dan semakin bertambah. dari pengetahuan yang kosong mengenai arnab, kini adalah reti sikit2. dulu setakat belajar dari internet, sekarang dah beberapa orang perternak yang aku kenal. mereka beri nasihat cara pengurusan arnab. aku dah plan besarkan reban arnab aku bg menampung bilangan yg makin meningkat. tapi plan asyik terbantut sebab aku tak reti nak buat sendiri. nak suruh orang, macam2 feel ada. ada nak bayaran dulu, tapi kerja tak jalan. ada jugak yang baik dan nak membantu. cuma aku tangguh seketika sebab aku nak ubah design reban. design lama aku dah siap upah orang potongkan besi dan tunggu weldingkan aje, tapi design baru ni ada sedikit pengubahsuaian.kita tunggu hasil designer tak bertauliah dan tidak berpengalaman ini.

oklah, nanti aku cerita lagi.

Tuesday, September 6, 2011

Saya Mau Delete Saya Punya Suka La....

selepas bercuti seminggu sempena hari raya aidilfitri, aku kembali bekerja isnin lepas. sebenarnya kilang tutup (shutdown) seminggu raya tu. masa keputusan shutdown kilang dan melaksanakan paksaan pemotongan cuti tahunan atau cuti tanpa gaji, ramai jugak yang merungut. konon2 nak bekerja... pigidah! kalau aku advice pengurusan tak perlu shutdown masa perayaan, mereka kata syarikat tak prihatin. bila kita umum shutdown, mereka kata kita kijam sebab potong cuti mereka. argh... pedulikan, memang tak termampu nak penuhi semua keinginan pekerja. kalau suka, kerja. tak suka, berhenti. kalau korang berhentipun, kilang tetap jalan. kalau aku berhentipun, kilang tetap jalan. cuma kalau pemilik kilang yang nak berhenti, heh.... mampos kita kena cari kerja lain.

berbalik kepada mula bekerja. sebenarnya kerja menimbun sebab 14-15/9/2011 ni kami ada re-assesment audit untuk ts16949. banyak lagi rekod yang kena semak dan kemaskini. ye lah, aku kat human resource ni kena bersedia untuk training dan recruitment.

bercakap pasal training aku teringat kisah aku melayan panggilan telefon dari seorang amoi (nyonya?) cina. selalunya panggilan aku dah ditapis oleh receptionist yg juga staff HR.

begini kisahnya :

cina : hello, ini HR ka?
melayu : hello. ye.
cina : boleh cakap sapa person incharge training?
melayu : bercakap, izman disini.
cina : awak incharge training?
melayu : ye.
cina : apa pasal awak tak ada click email delivery notification masa bukak saya punya email?
melayu : ye miss, you nama siapa? dari company mana?
cina : saya nama ms yap, dari XXX training services sdn bhd (nama & syarikat dirahsiakan).
melayu : ye ms yap. apa sebenarnya you mau? (suara malas nak layan)
cina : saya ada hantar email sama you punya company, apa pasal you tak ada baca?
melayu : allo miss..... you hantar email, terima kasih. tapi you mesti mau ingat, kalau you punya training not related dengan kita punya company, memang saya delete.
cina : mana boleh suka-suka delete?
melayu : apa pasal tak boleh delete, saya simpanpun apa bikin. you buat training property, land strata, real estate.... memang saya delete. kita company manufacturing, buat spare part automotive.
cina : wah... you pandai cakap aaa.... you kasi sambung you punya boss.
melayu : tak payah sambung, you sedang cakap sama dia sekarang maaa.....
cina : TooooT.....toooot.... (bunyi telefon diputuskan talian)

Thursday, September 1, 2011

Wayang Pacak & Merdeka

petang tadi, di tivi cerita hampir semuanya tahap dah diulangtayang berpuluh2 kali. ccerita tan sri p. ramlee aku tak kisah, tayanglah beribu kali, ianya masih segar dan tidak memualkan. dalam duq menukar2 channel, aku terpandang cerita melayu berjudul "Darah Satria".

kisah askar ini adalah antara wayang melayu terawal aku tengok. emm... dah lama sangat dah aku tengok cerita ni di wayang pacak di kampung aku dulu di kampung damak. masa tu aku yakin aku belum lagi baligh, may be usia aku di bawah 8 tahun. kenapa bawah 8 tahun? sebab masa aku darjah dua iaitu usia 8 tahun, mami (emak) aku meninggal dunia dan kami berpindah ke kampung batu balai.

berbalik kepada cerita darah satria. wayang askar lakonan aman shah dan lizawati (ye ke??) diadakan di tapak pekan sari damak. tapak pekan sari tu dah takde lagi, sekarang dah jadi kawasan masjid damak. kebetulan rumah dan kedai runcit papa aku memang berhampiran tapak pekan sari tu, jadi kami sekeluarga sama2 menonton. ia dianjurkan oleh jabatan penerangan.

kami sekeluarga membawa tikar untuk menonton wayang pacak tersebut. terdapat beberapa peniaga berniaga air dan kacang kuda rebus. kisah ni memang banyak mengajar kita bahawa komunis memang kejam dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang mertarung nyawa untuk keamanan negara kita.

aku masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan menayangkan kisah mengenai tanam semula getah, ada juga mengenai ajakan menyertai pasukan tentera. ya.... tak dapat dinafikan bahawa kisah itu berjaya menarik hati aku untuk menyertai tentera. aku sukankan seragam yang segak, menggunakan senjata, memberi arahan kepada pasukan dan mendapat gadis cantik untuk dijadikan isteri. heh....

apa2pun, kisah ni dah lama. akupun tak jadi tentera. setakat kerja kilang je. tapi jika negara ini perlukan orang untuk mempertahankan keamanan, aku sangup mempertaruhkan nyawa aku. Aku sayangkan negara Malaysia ini.

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Kemerdekaan Ke 54

hari ini 31 ogos 2011, genaplah 54 tahun kita merdeka. ya, kita dah merdeka lama dari penjajahan Inggeris/British, Belanda, Jepun dan Komunis. orang luar kata kita tak merdeka secara sepenarnya kerana kita merdeka setelah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan deligasi wakil raja2 melayu, pemimpin melayu/umno dan wakil2 parti perikatan berjaya dalam perundingan dengan pejabat kolonial di England. akhirnya tanah melayu telah diberi kemerdekaan Ratu Elizabeth.

ya, bunyinya macam tiada pertumpahan darah untuk mencapai merdeka, tapi realitinya banyak nyawa telah terkorban dalam mendapat kemerdekaan tersebut. pahlawan2 melayu yang menentang penjajah usah dilupakan. antara pahlawan tersebut termasuklah Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Sagor, Tn Haji Abdul Rahman Limbong, Pawang Nong, dan ribuan lagi. tapi jika dikatakan komunis atau bintang tiga itu pahlawan atau tokoh yang menentang penjajah, Thui.... aku ludah mereka2 yang buta sejarah dan buta hati ini.

komunis mengikut seorang tokoh kanan parti yang dikatakan memperjuangkan Islam ini adalah pejuang memang sesuatu yang sangat melalut. barangkali beliau tidak sekolah dulu, atau barangkali beliau juga telah diresapi doktrin komunis setelah lama bersetongkol dengan pemimpin2 yang pro komunis. aku harap beliau bertaubat dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh warga Malaysia.

dalam menyatakan siapa yang membawa kemerdekaan aku harap semua pihak jangan membuat andaian jika tiada fakta. kemerdekaan bukan milik umno atau parti perikatan (barisan nasional), ia milik rakyat malaysia. parti pemerintah hanyalah sekumpulan orang yang dipilih oleh rakyat untuk memerintah dan menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhannya. tapi tak salah berterima kasih kepada umno kerana parti itulah yang telah membawa hasrat seluruh rakyat tanah melayu untuk merdeka kepada british.

even ada umno/perikatan, cita2 merdeka tak akan berjaya jika tiada restu raja-raja melayu. baca balik sejarah bahawa tanah melayu adalah dikuasai oleh raja-raja melayu yang berdaulat. ratu england memberi kemerdekaan kepada raja-raja melayu yang kemudiannya menyerahkan pentadbiran kepada ahli-ahli politik iaitu parti perikatan.

apa2pun, merdeka dah ditangan, kenapa pula kita nak gadaikan diri dan negara kita pada anasir yang boleh menjahanamkan kemerdekaan ini. penjajahan ekonomi memang tak boleh kita nak buat apa, kita berharap semua benda dari negara luar. nak susukan anak, susu dari new zealand, nak makan nasi, berasnya dari thailand atau vietnam. hasil laut dari thailand dan vietnam, minyak dari negara arab, pakaian dari negara luar. kenderaan dari luar, bank dari luar, tenaga kerja dari luar, teknologi termasuk pertahanan dari luar, sayuran dan buah dari luar. agak2 apa menda yang memang 100% dari malaysia? heh.... budu je lah.

Malas aku nak jadi cikgu sejarah dan cikgu ekonomi ni; cakappun semua tak layan sebab menda dah jadi rutin hidup. kalau suatu hari new zealands dah tak mengeluarkan susu, alamatnya minum susu cap junjung je lah anak2 kita. ada susu dada pun tak nak bagi anak minum.

dah lah....

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 54.

MERDEKA!

MERDEKA!

MERDEKA!

Monday, August 29, 2011

Ayah Kecik-kecik Dulu dah Pandai Ke?

dalam berpuasa, even anak2 ada yang tak puasa (kecik sangat lagi), aku paksa mereka makan bersama. kalau diikutkan budak2, memang masa maghriblah mereka suka duduk depan tivi. ye lah.. remote tivi tak perlu berebut pasal kami sibuk berbuka. since dah jadi menda wajib makan bersama, tak de masanya nak layan permintaan mereka yg nak makan depan tivi.

makan dengan anak2 ni bagus untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. bagi isteri lagi senang nak hidangkan makanan dan kemaskan meja makan. kalau makan 2-3 tempat, lagi bersepah lah rumah.

berbanding luqman yang lebih pendiam, adiknya pika lebih riuh mulutnya. ada je nak diceritakan. kadang2 tak terlayan dengan kisah dongengnya. tapi adanya pika, rumah jadi riuh.

suatu hari masa makan :

ayah : jangan makan lauk je, makan sayur sekali
luqman : tak sedap la sayur ayah.
pika : mana boleh cakap macam tu..... sayur kamkum tu sedap kan ayah!
ayah : bukan kamkum la pika, itu namanya sayur KANGKUNG!
pika : ha... sayur kangkung tu sedap....
ayah : jangan banyak bercakap masa makan. ambik lauk sekali. pika nak lauk ni tak?
pika : tak nak la ayah. ikan bawak tu pedas la....
ayah : bukan ikan bawak, itu IKAN BAWAL. dah la sayur tak kenal, ikan pun tak kenal jugak
pika : ala... pika kan kecik lagi belum sekolah. memang la tak pandai. ayah tu, masa kecik sama pika, ayah dah pandai ke? baik ayah jawab, jangan tipu!
ayah : ye lah. ayah dulupun kecik2pun belum pandai. tapi ayah rajin belajar, pastu ayah jadi pandai. luqman, pika dan adik mira kena belajar rajin2, pastu boleh jadi pandai.
luqman & pika : ok...
ayah : mira dengar tak ayah cakap apa tadi?
mira : emmm... (sambil makan tanpa memandang).

Thursday, August 25, 2011

Dalam Telur Ayah

pendidikan seks di sekolah aku tak tau jadi atau tidak, aku tak ambik kisah sangat. tapi sesekali fikir, aku rasa ia juga perlu diajar sebab ramai mak bapak cam aku pun tak reti macam mana nak cerita dengan anak2 yg masih kecik mengenai hal ini.

teringat aku beberapa ketika yg lalu, rehat2 bersama anak2, anak2 suka sangat tengok gambar kami masa mula2 kawin dulu. yelah, awal2 kawin suka benor kami berjalan dan menginap di pelbagai tempat; honey moon la katakan.

luqman : ummi, masa dulu2, luqman, pika dan adik mira duduk kat mana?
ummi : dalam perut ummi la.
luqman : tapi dalam perut mana boleh orang duduk?
pika : ummi tipu..... mana boleh duduk dalam perut, luqman kan?
ummi : dah la, tanya ayah.
luqman : ayah, masa ayah baru kawin dengan ummi, luqman, pika, dan adik mira belum lahir. luqman, pika dan adik mira duduk kat mana?
ayah : dalam telur ayah.
luqman & pika : (terdiam)
luqman : ummi, ayah kata luqman, pika dan adik mira dulu duduk dalam telur ayah, betul ke?
ummi : (tak terjawab)....


Wednesday, August 24, 2011

Berbuka Di Hotel Premier Bukit Tinggi

semalam (23/8/2011) buat kali keduanya aku berbuka diluar. kali ini atas kapasiti rasmi. dan biasalah, si saiful pun joint the club. pun tak jauh, kami mencuba buat kali pertama ke hotel premier bandar bukit tinggi, klang.

si saiful ambik aku di rumah, sebelum 630 petang kami dah terpacak di hotel premier. sebab tempat dah dibooked, kami meninjau2 makanan yang ada. emm... dibuat konsep gerai2: ada kambing, kuih2, ais krim, mee, nasi, sup dan roti, dim sum, sate, abc, pelbagai air dan sebangainya.




tempat mmg strategik dan jauh dari kelompok yang berada dalam dewan yang padat. since ramai belum datang, kami memilih makanan dengan santai. si saiful ni memang tak boleh lari dari kambing. sanggup ditunggunya kambing padahal pelayan tu baru je usung kambing dari dalam kitchen. heh... species hantu kambing betul.

ini serba sedikit juadah yang aku ambil. aku makan tak banyak sebab tahap kesihatan perut aku belum 100% pulih.

untuk pembukaan selain kurma dan air tebu. aku makan sedikit agar2, kek dan sup rusa.


kemudian aku rasa lemang dan rendang tok.


kemudian aku cuba sate ayam dan meratah sedikit udang masak telur masin.


kemudian aku rasa nasi biryani kambing, daging kambing panggang dan black pepper. dicampur sedikit penang char kuew teow.


dah la, itu je aku makan. lepas makan biryani kambing tu sampai abis, aku berhenti solat maghrib.

kemudian, aku sambung makan sedikit lagi seperti dim sum, kuih2, salad, meratah sotong, dan serba sedikit makanan lain. air pun aku ambik serba segelas; soya, air tebu, oren. sebab tangki dah full, aku sudahi dengan 4 scoop ais krim.

tahap kepuasan ?
pada aku menu2 disitu biasa2 je. kambing dia pun tak hebat sangat. kuih2 tu pun biasa2 je. sate pun setakat boleh tahan. bancuhan air kureng memuaskan. udang masak telur masin is the best. rendang tok agak keras. apa2pun untuk set berbuka rm80 seorang yang tak perlu aku bayar, adalah berjaya menegangkan perut aku. Alhamdulillah. untuk hotel yang baru beroperasi dan kali pertama membuat iftar ramadhan, pada aku OK lah. harap dapat juadah yang lebih sedap pada tahun2 akan datang.

Tuesday, August 23, 2011

Puasa & Food Poisoning

alhamdulillah hari ni rasa badan dah semakin ok. actually kurang sihat sejak minggu lepas. baru je kebah, dah kena food poisoning. yelah, wife dah sarat so aku tak nak bebankan wife degan memasak pelbagai juadah berbuka. pilihan bazar ramadhan banyak, so balik kerja aku singgah je beli kuih muih, air dan lauk pauk berbuka.

malang, aku kena food poisoning. hari2 aku aku ke klinik panel. emm.... even badan tak sihat, perut rasa semacam, aku gagahkan diri puasa. dan alhamdullillah masih berpuasa penuh. even, doktor ada nasihat suruh berbuka elak mudarat, aku tak sanggup. satu, malu kat anak jika tak puasa. kedua dan paling aku malu ialah pada pada Allah. dah besar panjang gini kena godaan dan ujian kecik dan nak berbuka, nampak sangat lemahnya iman.

kemuncak paling teruk ialah bersahur hari isnin. malamnya wife dah tanya nak makan apa, aku ingat nak dapat makan ayam masak merah untuk naikkan selera. so, hidangan bersahur ialah ayam masak merah. aku jamah nasi, ok. cuba makan ayam masak merah, ok. so aku mula gaulkan ayam dan nasi, dan makan. sekali suap, ok. dua kali suap..... wekkk! muntah. aku cuba makan sekali lagi, wek.... muntah lagi. aku stop makan nasi. aku ambik roti keping dan sapu dengan mayonis. sekali gigit, ok. separuh roti mayonis aku bedal, emmmm.... ok. aku mula makan lagi, dan wekkk.... semua roti berlumba2 keluar dari mulut dan perut.

wife memerhati dengan sayu. wife offer masak megi goreng. aku cuma angguk lemah. dah masak megi goreng, aku masih takut untuk makan. aku cuba makan megi goreng sehelai demi sehelai megi. emmm.. macam tak rasa nak muntah. aku ambik garpu dan suapkan ke mulut. wekk..! keluar semua. wife tanya lagi nak makan apa, aku kebuntuan dan cakap 2 biji telur separuh masak dengan kicap pun boleh. wife masak. telur separuh masak dah ready. aku pecahkan telur dalam piring. makan sikit dan muntah? tak...... baru pecahkan telur dalam piring, dan berlumba2 keluar makanan dari perut. mungkin hanyir telur masak separuh.

aku mati kutu nak makan apa. tak makan, aku memang kelaparan. masa berbuka pun aku makan sedikit je sebab asyik muntah. aku tengok dalam botol ada biskut chipsmore anak aku, aku makan sekeping dua. alhamdulillah tak muntah. tapi tak daya aku nak makan biskut tu. wife bancuhkan krim cendawan segera campballs. even ragu2, aku teguk sikit2. dan alhamdulillah tak muntah. jadi even sahur aku tak sempurna, dapatlah aku alas perut.

aku ni kalau tak bersahur memang tak boleh. kelaparan memang tahap cipan. mood pulak cam gorilla jantan kehilangan gorilla betina. ade je orang nak kena marah. tahap toleransi pulak memang low gile. silap je, surat cinta. kalau bersahur rasa nak buang orang, may be boleh sabar. may be setakat bagi gantung kerja 14 hari. heh.....

apa2pun, alhamdulillah badan pun dah lega. sakit perut akibat food poisoning dan beransur baik. pun begitu, doktor dah nasihatkan agar abiskan ubat. so, masa berbuka tak boleh terus bedal makanan sampai lupa diri. sekadar berbuka dengan sedikit air dan kuih, makan ubat, rehat dalam 15 minit, dan baru sambung makan. nak bersahur pula, bangun lebih awal dan makan ubat. lepas 30 minit ke satu jam barulah mula makan sahur. dah sakit, aku ikut je lah.

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Di Bagan seafood


tahun ni paling kurang aku berbuka diluar. ramai yang ajak, tapi mengenangkan isteri tengah sarat dan anakpun dah belajar puasa, aku lebih suka berbuka dirumah. pun begitu, pada ahad lepas (14/8/2011), atas ajakan kawan baik yang saban tahun meneman aku berbuka puasa even dia cina, aku ikutkan. sebenarnya dari sebelum start puasa dia dah ajak, tapi aku tolak. since dia dah bising2 dan beria2, aku ikutkan je lah. aku ajak sekali si saiful nizam dan sahrul affendi. oh ya, menme yg belanja ni namanya ang. memang dunia dia rata2 dengan geng2 melayu, dah bersunatpun, tapi cahaya Iman belum datang.

so, ahad tu aku booking kat bagan seafood di pelabuhan klang sebab semua nak dekat2 je. ok lah, cuma tahun ni konsep dia berbeza sebab ala buffet rm15 seorang. jangan tertipu, rm15 sorang tu setakat kuih muih, nasi goreng dan sayur mayur; kalau nak lauk pauk kenalah order extra. untuk kami, kami order ikan jenahak 3 rasa, daging rusa masak black pepper, butter prawn. emmm.... tu je kot.

ini sebahagian dari juadah kami malam itu.



gambar : aneka kuih danlauk pauk


gambar : bendi celur dan sambal belacan


gambar : butter prawn


gambar : daging rusa masak black pepper


gambar : ikan jenahak masak 3 rasa


gambar : kepah bercili


gambar : nasi goreng cina


gambar : bendi masak pedas


gambar : sayur campur


gambar : sayur kailan


gambar : tauhu jepunku

kepada sahabatku ang tiong meng, terima kasih. lepas raya nanti kita repeat tempat lain pulak.

Tuesday, August 9, 2011

Koleksi Lori Milo


Seperti aku janjikan dengan anak aku, luqman untuk menggalakkan dia berpuasa ialah koleksi lori milo. sebenarnya dah 4 biji lori besar yang aku dah poskan dan tunggu proses penghantaran yg mengambil masa 8 ke 12 minggu. sebab luqman dah beria2 dan hari2 mengadu posmen tak datang bawa lori milo, aku mintak wife simpan keretan barcode milo dan akan tukar di pusat penebusan terdekat.

since boleh kumpul 3 unit barcode 2 kg, dapatlah ditukar dengan 3 biji lori milo. pada 5/8/11, aku ke pusat penebusan di econsave. tapi hampa sebab semua dah habis. promoter tu suruh datang hari sabtu jam 10 pagi. nabis baik sabtu tu luqman habis tuisyen jam 10 pagi, ambik dia dan terus ke econsave. dekat je perjalanannya, kurang 7 minit. tapi, dah ramai yang beratur. sorang2 tebus dalam 4-6 buah lori milo. ada jugak yang tebus lebih 30 biji lori. yang melambatkan ialah rata2 orang tulis borang yang sama untuk semua lori padahal setiap borang cuba boleh tebus 2 biji lori sahaja. dan setiap orang hanya boleh tebus satu boleh sahaja.

promoter terlalu baik, dia bagi borang dan suruh tulis borang baru di tempat penebusan dan kami menunggu bagai nak gila. ye lah borang cuma untuk 2 lori milo. kalau nak 20 lori, kena tulis 5 borang. terpaksalah mereka call suami, isteri, anak, adik, kakak dan sebagainya untuk ambil nama penuh, nombor ic, nombor telefon dan alamat untuk mengisi borang.

setelah lebih satu jam menunggu, akhirnya dapatlah aku dan luqman 3 biji lori milo kecik. jadiklah. kalau ikut hati aku, memang malas nak menunggu punya. sebenarnya kat pasaraya tu ada pekerja bangladesh aku yang kebetulan datang shopping dan offer nak tolong berbaris, tapi sebab aku nak melayan anak aku tu berbaris takut tak dapat lori milo, aku berbaris je la. punya la bosan menunggu.

sebab aku peramah, ramai jugaklah aku dapat berborak. ada kakak melayu depan aku tu, dia nak tebus 24 buah lori besar. terkejut beruk jugak aku camana dia boleh collect punya banyak barcode. rupa2nya dua ada gerai makan. tapi kesian akak ni, sampai turn dia lori besar dah abis, ada kecik2 je. punya la dia tension, yg kecik dia tak nak. brader melayu belakang aku jugak hebat, nak 10 biji lori besar. dia pergi restoran dan kedai2 makan mintak barcode. ada jugak dia terpaksa bayar rm2 untuk setiap barcode sebab restoran mintak bayar (restoran mamak). brader ni rupanya dah banyak kali redeem di pusat penebusan di petaling jaya, dia siap jual di internet. katanya dah banyak dia jual. untuk setiap model (2 biji, kecik dan besar) dia jual rm80. heh... memang buat duit mamat ni.

aku setakat nak memenuhi permintaan luqman. aku saje ambik 3 bijik sebab anak 3 orang. dapatlah seorang sebijik. senyum luqman dapat lori milonya.




sampai rumah aku mintak bagi lori sebiji seorang untuk pika dan mira. heh.... masam mencuka. bila umminya ambik dan berikan pada adik2nya, meraung sakan luqman. last aku pujuk pika dan mira untuk diberikan koleksi lori yang besar seorang 2 biji bila pos sampai.

tak sampai sehari, luqman nak mintak untuk diberikan lori2 baru. luqman dan berpakat dengan umminya yang ada beberapa barcode lagi yang boleh ditebus. heh.... memang nampak sangat anak lelaki lebih disayangi oleh umminya.

Saturday, August 6, 2011

Ada Arnab,Luqman Puasa

Salam Ramadhan Al Mubarak.

Lama jugak tak update, harap2 kawan2 yang setia bertandang tak rasa fed up dan terus tak datang2. alasan biasa, banyak kerja dan banyak komitmen lain.

banyak menda nak kongsi sebenarnya, tapi menda tak penting mana pun. so, aku stori je pasal pengalaman berpuasa anak lelaki aku, luqman hakim.

luqman dah darjah satu. kalau ikut umur 21 disember 2011 baru cukup 7 tahun. luqman dah puasa? actually aku dah start latih dia berpuasa since dia tadika lagi. tahun lepas, rasanya dalam 18 hari kot luqman puasa. tahun ini? ini aku nak cerita...

sebenarnya aku takdelah nak paksa luqman puasa secara rigid. aku pujuk dia puasa dan umpan dia macam2. masa bersahur, aku kejutkan dia makan even dia dah cakap tak nak puasa.

masa hari pertama puasa (1/8/2011), luqman bersahur. kebetulan di selangor memang cuti sekolah sempena 1 ramadhan. since aku kerja, kena kerjalah sampai petang. sebelum berpuasa aku dah pujuk luqman dengan macam2 hadiah termasuklah duit rm10 cash sehari jika puasa dan dibayar lepas buka puasa. luqman nampak ok. jam 2 ptg, aku call isteri tanya sama ada luqman larat berpuasa atau tak. isteri bagitau luqman dah mintak berbuka sebab tak tahan tengok adik2nya iaitu pika dan mira asyik2 makan.

aku bercakap dengan luqman melalui telefon mintak dia puasa penuh. aku ulangi tawaran duit ganjaran puasa rm10 sehari itu. luqman cakap tak naklah rm10. dengan nada yang agak kecewa aku cakap kat luqman : habis luqman nak berapa? rm100 sehari?. luqman kata "tak. rm50 sehari boleh?". rm50 sehari tu....... aku tak bagi jawapan, tapi memujuk dia terus berpuasa.

dalam jam 4 petang aku call balik luqman tanya puasa ke tidak. umminya cakap dah tak puasa. bila aku tanyakan luqman, jawapannya? "tadi luqman mintak rm50, ayah tak jawab. luqman makanlah pisang. heh.... dah la tu luqman, pergilah makan nasi sekali.

pun begitu, aku tetap mengejutkan luqman bersahur. hari kedua, puasa setengah hari. hari ketiga, setangah hari jugak. aku kena rancang strategi baru.

aku offer sepasang arnab. 2 biji lori milo sejuk, 2 kotak ais krim pisang nestle dan duit rm10/sehari. luqman setuju.

hsilnya, hari keempat luqman puasa penuh. tapi.... dia nak tengok arnab dia dulu. sebelah paginya aku ambik cuti emergency leave, kebetulan aku ada urusan bank. aku ke pasar pagi untuk mencari arnab. ada, tapi aku tak berkenan. dah besar sangat, tak sesuai untuk budak2 bermain. nak buat beranak ok lah. even arnab belum ada, aku tekad nak carikan arnab pagi tu juga. aku ke kedai haiwan yang biasa aku kunjungi dan beli sangkar arnab, bekas air, bekas makanan dan pallet sekali. even pengetahuan aku tengtang arnab ialah zero, aku tekad nak bela.

since luqman sekolah agama pagi, aku sempatlah cari2 info tentang arnab. sambil2 tu aku dah dapat tau mengenai orang bela arnab di sijangkang berhampiran rumah anak saudara aku. aku tunggu luqman balik sekolah, bawa dia sekali lagi best.

luqman balik sekolah, tukar baju dan kami terus pergi. ye lah, luqman kena ke sekolah kebangsaan pulak. alhamdulillah, tuan arnab sanggup menjual arnabnya. kebanyakkannya dah besar untuk baka dan anak2 kecik bawah 3 bulan. sebenarnya bawah 3 bulan dia dah bagitau awal tak mau jual. tapi sebab tiada yang aku berkenan, aku pujuk jugak suruh jual sepasang yang umur satu bulan lebih. termenung panjang jugak kakak tu. dah akhirnya dia setuju jual.

sambil2 nak membeli tu, aku tanya2 jugak mengenai penjagaan arnab, maklumlah tak pernah bela arnab. bela hamster pernahlah, tapi lepas jari luqman kena gigit, terus aku bagi kat orang. sebenarnya tak le susah jaga arnab ni, tapi leceh sebab berak dan kencing kuat.

so, dapat arnab kamipun baliklah. macam tak nak pergi sekolah luqman sebab dapat arnab, suka betul dia. balik sekolah kebangsaan jam 530 petang, luqman dah call aku cakap dia masih puasa dan nak ais krim pisang nestle. balik kerja jam 545 petang, aku singgah rumah ambik luqman dan bawa dia ke bazar ramadhan dan kemudian beli ais krim.

alhamdulillah, berjaya jugak luqman berpuasa sehari penuh.