Sunday, October 30, 2011

I'm Back

Alhamdulillah, aku kini kembali berblog setelah sekian lama berehat. takde masalah, semua sihat dan selamat. aku menyepi kerana kesibukan mengurus keluarga kerana isteri berpantang. nak berblog bukan tak boleh langsung sebenarnya, tapi aku sengaja stopkan sekejab untuk memberi tumpuan pada anak2 dan arnab.

heh... selain mengurus anak2 yang sebelum ni aku hampir menyerahkan 100% kepada isteri, aku agak kelam kabut sebenarnya. ye lah, dulu semua isteri buat, dari mengurus anak2, suami dan rumahtangga. kini, aku yg terpaksa buat.

ini anak yg keempat, isteri berpantang dirumah kami saje. susah nak berpantang dikampung kerana luqman dan darjah satu dan pika tadika. aku pula jenis susah nak cuti. even berpantang disini, 2-3 kali sehari berlarianlah aku balik rumah untuk memasak dan mengurus sekolah anak. memang aku takat hantar anak aku ke tadika je, dan luqman ada transport yg urus, tapi nak menyiapkan makan pakai tu yang pening.

siapa yg ada anak kecik tentu tau bahawa masa tidur mereka belum tetap. kejab tidur, kejab berjaga. even, dia breastfeeding tak bermakna aku boleh tidur lena. akupun ambik masa berjaga sama.

dalam duq sibuk2 dengan anak baru dan anak2 lainnya. aku juga melayan hobi yg dah beberapa bulan ni dengan agak serius. bela arnab. bukan arnab mahal ribu riban, beli yg biasa2 aje. arnab untuk melayan anak2 dan menghilangkan stress. melayan arnab ni best sebab mereka manja. cuma tak tahan ialah mereka berak kuat dan melantak pun kuat. sepanjang bela ni dah ada 3 ekor arnab aku yang mati. kadang2 tu sedih jugak sebab ada jugak arnab yg aku beli mati. bela arnab ni kena sabar sebab nampak je masam lasak tapi sensitif gile.

since, aku dah kembali berblog. so aku akan kekalkan momentum ini. may be sekali sehari, atau setidak2nya 2 hari sekali. Insyallah.

3 comments:

insan_marhaen said...

IM dah lama tidur malam dengan lena tak sapa ganggu!

Nek Cun said...

Salam Izman, nekcun rasa ramai juga kekawan bloggers kita yang dah agak lama tak aktif di blog, termasuklah nekcun sendiri... sebuk sangat agaknya kita ni ya!... Apa-apa pun, semoga siratulrahim kita terus kekal abadi..

Wak Gelas™ said...

wak pon kekadang sibuk jugakk...., eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........