Monday, March 9, 2009

Hari Keputeraan nabi Muhammad S.A.W.

Semua tau hari ini (09/03/09) adalah hari cuti umum sempena hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.. tapi berapa ramaikah dari kita yang benar2 menghayati dan menginsafi betapa besar sumbangan Baginda kepada umat Islam termasuk kita.

Aku rasa disamping ramai2 dari kita menjelajah blog ke blog, elok juga kita mencari2 crita2 sejarah Baginda. Aku juga seperti anda2 semua, belajar sejarah Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. sejak tadika, tapi elok juga kita refresh balik pengetahuan kita itu. elok juga kalau kita cuba bercerita kisah2 Baginda kepada anak2 kita jika ada keluangan waktu.

Tidak banyak nak aku perkatakan hari ini, sekadar menyatakan kesyukuran aku dengan kelahiran didalam keluarga Islam. dan Alangkah bahagianya jika suatu hari nanti dapat aku berkunjung ke tempat kelahiran Baginda, dan dapat mengunjungi Makam baginda. Insyaallah.

disini aku ingin berkongsi sedikit gambar2 yang dikatakan berkait rapat dengan baginda. aku secara jujur tidak dapat pasti 100% jika gambar2 ini adalah asli atau tidak kerana aku amat jahil dalam perkara begini. Jika benar, anggaplah ia sebagai satu ibadah dengan bersyukur melihatnya walaupun sekadar gambar, jika ia tidak benar beritahu aku segera, agar akidah aku dan lain2 tidak terpesong.

untuk dapat gambar lebih besar dan jelas, sila klik pada gambar.











Sumber bacaan :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.

http://media.isnet.org/islam/Haekal/Muhammad/Lahir1.html#53a

10 comments:

ILA said...

Baguih lahhhh...at les bley kongsi info:D

aikkk...hang ni rajin benar dok update segala ya??

suzieapai said...

ilmu yg penuh dgn keagamaan...alhamdulillah!

izman said...

ila,
trima kasih. kebetulan ada sahabat bagi info2 tu.

izman said...

suzie apai,
syukurlah, kalau ada yg menghargainya.

Abang Long said...

Alhamdulillah. Dari awal lagi Abang long sudah perasan. Izman banyak memaparkan entri yang BERMAKLUMAT. TERIMA KASIH wahai Adindaku Izman.

Tunggu emel dari kekanda ya ?

izman said...

abang long,
jgnlah puji melangit, kembang hidung tak kuncup2 seharian nanti.

kadang2 may be berinfomatif, selalunya merapu je. sekadar berkongsi cerita dan rasa aje...

silalah kalau ada apa crita baru..

cendawanintim said...

bagus info yang dikongsi ni...

izman said...

cendawanintim,
trima kasih. larat lagi ko jalan2 yer, tak de muntah2 lagi ke??

Mak Su said...

tq izman :)

izman said...

maksu,
sama-sama. saya dapat idea tu pun dari blog maksu.