Thursday, March 5, 2009

Restoran Penang Nyonya

Alhamdulillah beberapa hari kebelakangan ni aku rally makan pasal ada orang belanja. hari ni (05/03/09), ada kawan ajak makan tengahari. dah lama jugak dia tak jumpa aku. biasalah, ada hal nak mintak nasihat, kena belanjalah.

macam biasalah dia datang jemput aku kat opis jam 1230pm. kami ke jusco bukit tinggi. western dah, indian dah, fast food dah; kali ni dia ajak cuba makanan nyonya. kalau nyonya kitchen aku dah biasa sangat dah. ini "Penang Nyonya restaurant".

Ini kali pertama aku try makan kat situ. kedai dia tu pun baru bukak. tengok menu variety jugak. aku pilih kantonese fried kuay teow. aku mintak extra cili burung taruk kicap cair. pergh! memang terangkat beb! sedap. untuk air sebab aku masih kureng sihat, aku mintak air barli suam. kawan tu usha suruh makan lebih, aku cakap aku on diet. he.3x...

doq jalan2 jelajah blog, aku tersuka hati baca blog nekcun. bukan sebab dalam entry tu dia ada mention nama aku (ada riak sikit kot...he.3x)tapi cerita pengalaman nekcun di brunei. kisahnya mengenai perkataan "lawa". perkataan "lawa" mengikut bahasa brunei kalau nak tau pergilah jelajah blog nekcun. aku cuma nak crita perkataan 'lawa' yang pernah terjadi pada aku.

begini kisahnya....

masa tu aku masih menuntut di UUM, tahun berapa tak ingat, cuma bukan tahun pertama sebab masa ni aku dah start gatal. aku ada syiok sama satu awek sarawak nama asmah (bukan nama sebenar). aku masa ni tak de luah apa2 perasaan lagi kat dia. kalau nak baca luahan hati aku kat dia, korang kena baca entry aku berkaitan pengalaman hari valentine.

masa ni kami baru2 mesra suam2 kuku. so, nak mesrakan hubungan kami yg tiada apa2 hubungan tu, aku saje2 usik mengusik membawa bahagia dengan dia. begini lebih kurang perbualan kami dalam bilik kuliah selepas kelas.

aku : kamu ada kelas lagi lepas ni asmah?
asmah : tak ada. kenapa?
aku : saje tanya.
asmah : ko nak cakap apa2 ke?
aku : tak delah. saje tegur ko sebab ko lawa.
asmah : eH! mana ada aku lawa.
aku : ye.. memang ko ni lawa.
asmah : bukanlah. masa bila aku lawa.
aku : tiap2 hari aku tengok ko memang lawa.
asmah : mana ada aku lawa. aku kan baik dengan ko.
aku : ko ni aku puji lawa pun salah?
asmah : lawa tu bukan puji, itu keji.
aku : eh.3x. aku cakap ko cute pun kejian ke?
asmah : cute aku terima, tapi lawa tidak!
aku : apa bezanya?
asmah : kat serawak, lawa tu maksud dia sombong.
aku : ye ke. kalau gitu aku maksudkan ko cute.
asmah : itu aku terima.

22 comments:

Nek Cun said...

Izman, itulah sebabnya ada pepatah Melayu mengatakan: 'jauh perjalanan luas pandangan'. Jadi kita berjalan jauh ni bukan takat luas pandangan sajer tapi kita dapat belajar bahasa depa pulak... macam perkataan 'lawa' lain negeri/negara lain maknanya...tapi perkataan 'nekcun' tetap sama di mana-mana.... hehehe...

Monkey D Luffy said...

masalah bahasa tu... hehehe

izman said...

nekcun,
betul tu, itulah org kata, luas berjalan luas pergaulan, luaslah pemandangan dan pengetahuan.

nek memang tetap sama dan vogue.

izman said...

monkey d luffy,
masalah bahasa tu lah kot yg menyusahkan aku nak ngorat dia.

awieworld said...

saya tak 'lawa' tp cute...saya tak hensem tp segak...hehehe....(bukan puji diri sendiri tp contoh jer)..ahaks

ILA said...

Salam Buat Izman,
Entry kau ni menyerlahkan lagi kau punyai sikap 'SUKA MAKAN' & punyai sifat 'MAT ROMEO'..KEHKEHHHH
elehhh..citer pasai gadis serawak tu baru 1 di antara 105 cerita..

larikkkkkk!!!

izman said...

awieworld,
memang sokong kenyataan kamu tu.

izman said...

ila,
mat romeo to bukanlah diri aku. aku pemuda pemalu. semua tu hanya cerita rekaan je untuk menaikan saham aku.

tapi bab makan tu memang betul.

keghorl said...

dasar laki gatai

izman said...

keghorl,
limbong, macam ko tak kenal aku. kita kan same geng kat sinun dulu. ala cerita lama...., kenangan masam manis je.

ko ni cam baikkk jer! ha.3x. dalam group kita tu aku rasa akulah paling baik tau. harap ko, shid, shahidan, dayak, gandi, lang .... memang tak boleh percaya lah! kuang.3x

Jard The Great said...

hehe... best per blaja bhs lain nih..

cendawanintim said...

murah rezeki..alhamdulillah..

ku tak sempurna said...

ko lawa la...

ehehehehehe...

makanan yg paling sedap adalah............................................................................................................................................................................................................... makanan yang org belanja...

betulll... mmg sedap... mpi boleh lupa diet.. :P

izman said...

jard the great,
aku tau beberapa dialek pahang, kelate, teganu. dialek kedah, sarawak, penang, jawa dan tamil sempat belajar suku jalan je.

bagus kalau tau bahasa lain ni, kalau boleh anak aku nanti sorang sekolah cina, sorang sekolah kebangsaan, sorang aliran tamil. kalau ummi dia tak kisah, aku on jer..

izman said...

cendawanintim,
he.3x... murah rejeki tu yg aku selalu kekenyangan. diet aku hancusss!

izman said...

ku tak sempurna,
aku sik lawa!

aku ni bak kata tan sri p. ramlee "hensem tiada, manis adaaaa...".

bila org belanja, diet memang dah dilupakan ler...

SUZIE APAI said...

hiks..sy kurang sebut lawa...mcm tak best..sy suker sebut lawo... hah! best sket...bersungguh ajer bunyiknyer...owh..sguh keterengganuang diriku...kira bleh sajork. same meaning rite??

izman said...

suzie apai,
aku doq kisoh mu subuk lawa ke lawo, janji bukang untuk aku. kalau aku lawo, kane tuko jantina jadi orang paung aku. dok sanggup!

Ad Rifza said...

Hehehe..kena jaga kalo nak puji awek serawak...takleh guna word lawa..hehe

izman said...

Ad Rifza,
dlm keadaan sekarang dah tak de peluang le nak cari2 awek serawak. ha.3x.

trima kasih bang dtg berkunjung.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam ziarah,blog yang bagus,jemput penulis muzakarah di blog saya,dan sila add blog saya...tq

Abang Long said...

Tapi, ada kawan yang marah bila Abang long puji dengan panggilan MONTEL.