Sunday, March 15, 2009

Aku & Minyak Wangi

Dalam kerjaya aku sebagai orang HR, aku setuju bahawa pemakaian minyak wangi penting. bukan sahaja untuk aku tapi yang terlebih penting orang yg nak jumpa orang HR. jumpa boleh jadi untuk temuduga, perbincangan tender atau urusan2 lain. bau badan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, apatah lagi orang macam aku yang bekerja di kilang. nak tak nak terpaksa berulang alik dari pejabat aku ke pejabat utama, dan sesekali mesti meronda keadaan kilang.

aku setuju bahawa pemakaian minyak wangi penting. kalau nak pakai minyak atar pun ok, cuma baunya cukup membuatkan anda ditoleh beberapa kali oleh orang ramai, apatah lagi orang bukan Islam yang selalu menyatakan bahawa minyak atar berbau busuk. mereka apa tau, mereka bukan buleh cium bau syurga pun.

aku nasihatkan kepada sesiapa yang nak gi interview tu, pakailah minyak wangi yang sesuai. tak perlulah guna sampai sebotol. cukuplah kalau harumnya cukup untuk menimbulkan suasana tenang dan menutup bau badan. yang pompuan tu kadang2 aku tak leh nak ungkapkan bau haruman mereka. sekali lalu je satu opis lekat bau. cukuplah secukup bau, korang nak mintak kerja, bukannya nak jual body. percayalah bahawa bau minyak wangi adalah menenangkan dan seringkali mengghairahkan! nak2 pulak orang cam aku yang senang ghairah bila bau minyak wangi instuition by estee lauder.

apa2pun takrifan wangi adalah sangat subjektif. tak hairanlah kalau ada perempuan yang suka mencium bau badan lelaki ketika berpeluh, padahal si lelaki rasa tidak selesa dan berbau busuk. satu perkara yang benar tentang bau badan lelaki ialah ia mampu menghilangkan rasa sakit kepala wanita. dan ketahui juga bahawa lelaki akan dapat bau haruman semulajadi wanita melalui kulit kepala ketika wanita sedang subur. dinasihatkan pasangan belum bernikah jangan beri si jantan cium anda, terutama di dahi kerana wangian kesuburan bakal menggairahkan si lelaki. kang... ada yang jumpa anak dalam longkang atau di pagar surau.

oklah, malas nak cerita lagi panjang, korang bacalah artikel tentang tip2 pemakaian minyak wangi yang dikirim oleh sahabat aku, shah (port klang).

TIP MEMAKAI MINYAK WANGI YG BETUL
Minyak wangi berkesan kepada kulit yg panas dan mempunyai peraliran darah yg baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yg dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yg suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yg tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dgn pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya kamu menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?

Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu kamu beli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.

Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.

Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.

Setiap org mempunyai bau badan yg tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.


izzi note:-
ada yang tertanya2 kenapa aku tau sikit bab2 haruman semulajadi pompuan ni. jawapan dia...... kena rajin membaca, bersahabatlah dengan orang2 yg pakar dan rajin2lah explore. pada orang bujang... korang jangan buat!




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

Sorang jutawan internet terkemuka bernama Russells Brunson sedang mengedarkan ebook beliau dan kawan2 secara PERCUMA. Lebih 800 Buah ebook perlbagai judul termasuk effiliate, survey, adsense, pay per click dan banyak lagi. MASA TERHAD.

Jom, ambik masa layari website beliau dan download beratus2 ebook yang berharga itu sebelum tamat masanya. Klik dibawah :-

Russells' Big Birthday Gifts atau kalau tak menjadi, korang klik la secara manual seperti berikut :

http://iamgettingoldfast.com/giveaway/go/9936

6 comments:

dr itu! said...

wow! a lots of information

izman said...

alhaqimi,
tq. info saje yer. kalau bulum nikah, jangan amalkan.

KV said...

ko nak beli minyak wangi murah tak? Kawan aku jual. Ori tp takdak kotak. hehe

Kapten Luffy said...

1. Harap2 takder awek yg ingin goda kau tau yg ko blh ghairah dengan bau minyak wangi instuition by estee lauder. hik3

2. Aku x suka pakai minyak wangi sebab rasa x sesuai jer dengan badan aku

izman said...

kv,
err... aku memang pakai yg murah2 je, kadang2 pakai minyak atar.

izman said...

monkey d luffy,
1) kalau pakai minyak wangi tu tapi bukan taste aku, memang aku tak layan jugak.

2) abis ko pakai minyak ape? minyak masak ke minyak tanah?? kuang.3x.