Cuti ini meskipun 3 hari namun aku tidak pulang ke kampung. ada beberapa urusan kecil yg hendak ku beresin.
dikeluangan waktu, aku cuba2 juga mencapai buku nota salasilah keturunan aku yg dari tahun 2006 sampai sekarang belum sempat disiapkan. bukan niat aku nak bermegah2 dengan keturunan, kerana keturunan kami cuma orang2 biasa sahaja. mungkin dapat aku kelaskan sebagai golongan kelas biasa, kelas bawahan dan kelas 3 anggur. meskipun kami sudah beberapa tahun mengadakan perjumpaan tahunan, tapi kami tidak masukkan diakhbar. malu sebenarnya kerana tiada satupun yg bergelar tan sri atau datuk seri. yang paling tinggi hierarki cuma setakat bergelar moyang. yg bergelar datuk kepada cucu memang ramailah. dan aku sendiripun yg masih muda belia ini pun sudah mempunya 3 cucu saudara, dan pangkat 'tok ngah' diberi pada aku. ishh.3x, terasa tua betul.
yg aku agak malas ialah, bila terasa ingin memulakan kembali sambungan salasilah keluarga, rupanya ramai yang dah bertambah. dan ada juga yg berkurangan termasuk meninggal dunia. impian aku dengan adanya buku salasilah keluarga itu nanti meskipun hanya setakat master copy aku sorang, aku dapat cari saudara mara. dan aku harap anak2 cucu aku nanti tau bahawa mereka ramai saudara mara. bayangkan datuk aku ada 3 isteri, dan 11 anak. setiap anak2 pula beranak 5-6 orang, dan ada juga 11 orang. setiap orang dari mereka kemudiannya berkahwin dan beranak ramai jugak. begitulah seterusnya. bayangkanlah berapa ramai sepupu aku ada. kalau kenduri perjumpaan keluarga, setakat seekor lembu tu memang setakat sekali hadap je lah. nak2 pulak jenis makan kuat macam aku, 2-3 kali tambah punya.
dah terjebak cerita pasal keluarga besar aku ni, aku nak stori sikit pasal prinsip yang diterapkan oleh datuk aku pada anak2 cucu dalam mencari pasangan hidup. ia bukanlah suatu kemestian yg perlu diikut oleh anakcucu, cuma sebagai panduan asas. jodoh pertemuan itu urusan Allah.
begini kisahnya :
Suatu masa beberapa tahun lepas, nenek aku (belah mami aku) sakit tenat, dan berduyun2lah anak cucu dan saudara mara datang berziarah. macam pesta pula rumah datuk aku di kampung cengkuak, damak. mujurlah datuk aku ada tanah yg luas dan sekitarnya didiami oleh anak2. aku sekeluarga tidak terkecuali segera balik kampung apabila diberitahu kegeringan nenda tersayang. aku ambil cuti kecemasan.
semasa di rumah nenek, aku lihat ramai saudara mara, dari jauh dan dekat bak kata orang "yang buta datang berpimpin, yang cacat datang bertongkat, yang pekak leka bertanya, yang jauh datang berkereta".
sebagai cucu yang dekat, sengaja aku menayangkan kebaikan aku dengan duduk disebelah nenek sambil memicit2 tangan dan sesekali mengambil buah anggur dan memakannya. nenek sakit, apalah ada daya dan nafsu makannya. dari membazir, baiklah aku makan. orang lain cuma tengok je sebab masing2 malu2 badak.
dalam bilangan kaum keluarga yg ramai berhimpun di rumah itu, tiba2 datuk mendekati nenek dan bercakap dengan kami yang hadir dalam nada nasihat :
"dengarlah sini anak cucu aku. macam inilah hendaknya hidup sebagai suami isteri. biar susah sama senang bersama2. Cari laki atau bini tu biarlah ikut cakap orang tua2, jangan takat kutip tepi jalan buat baka"
datuk menambah lagi " kalau mu nak dengar pesan aku. cari laki bini ni kena betul. berbini bukan nak setahun dua, nak hidup sampai mati."
aku bertanya "tok ayah, ada apa2 petua ke?"
datuk mengiyakannya dan berkata "pertama, kalau nak cari laki, biarlah laki tu lebih hodoh dari kita. kalau laki lebih lawa dari kita, takut2 dia cari orang lain."
datuk menambah lagi "kedua, kalau boleh, biarlah laki tu lebih bodoh dari kita. kalau kita lebih bodoh dari dia, asyik2 kita kena dibodohkan dia"
secara asasnya bukan datuk aku suruh anakcucu dia cari orang lebih bodoh atau hodoh, tapi sekadar kiasan orang2 lama supaya jodoh biarlah sepadan dan tak ketara sangat bezanya supaya keluarga aman dan damai.
setelah nenek beransur sembuh, kami pulang semula ke klang. suatu hari tiba2 je wife aku bertanya :-
wife : "bang, abang rasa yang tok ayah cakap tu boleh pakai tak?"
aku : secara prinsipnya boleh.
wife : habis, abang ada ikut ke?
aku : abang dah tau lama menda tu, memang abang ikut lah.
wife : jadi abang kata menda tu betullah?
aku : memang betul apa! kita dulu2 memang tak kenal mengenal, bila abang risik2 abang pilih ayang sebab prinsip itulah.
wife : maksud dia apa!
aku : maksud abang, abang pilih ayang sebab ayang lebih hodoh dan bodoh dari abang.
wife : (berlalu masuk bilik tanpa sepatah kata dengan muncung yang boleh diikat)
malam itu wife masih merajuk besar, dan aku terpaksa beli dan makan nasi bungkus. bukan sebungkus tapi 2 bungkus, untuk wife sekali. itulah padahnya akibat suka bergurau kasar atau bergurau biawak kata orang kampung aku.
10 comments:
mu ni gak izmang, gurau bewok sungguh!!
Haha..padan muka makae nasik bukuh.
Alahai ... kenapa lurus bendul sangat ? hahaha ...
weekekeke...sakit perut aku gelak tau....
tapikan...ko bagusla mentelaah salasilah keluarga tuh...ada tak sesedara aku yang rajin cam ko...mesti best...
Patutnya orang rumah Izman jawab, "laaaah..sayapun dapat tip yang sama", sama2 buruk, sama2 huduhlah kita ya", he he he..Kakak gurau aje ye! Anyway pendapat Kakak ialah pasangan kita mesti ada keserasian dengan ahli keluarga, lebih2 lagi ibu bapa kita. Perkahwinan yang tidak mendapat restu ibu bapa ni selalunya (bukan semestinya) jarang berpanjangan. Again, pendapat peribadi Kakaklah..
Bungukkkk benorrrr hang cakap macam tuiii..tak baekkkk tauuuuu!!!!
(tang sejak2 ni asyik terpengaruh cakap utara noooo~~~)
KV,
he.3x, gurau gitu sesekali memang merasa nasi bukuh ler. tapi ok gak...
abang long,
memang ditakdirkan lahir sebagai orang yg lurus. nak buat camner?
puterisatu,
Oo... aku kena makan nasi bungkus, ko gelak yer....
kajian tu setakat mengisi masa lapang, dan niat nak eratkan silaturrahim keluarga besar.
kakak,
saya setuju. perkahwinan yg mendapat restu keluarga adalah lebih baik dan lebih berkat.
kalau kakak nak jumpa wife saya mesti saya keberatan, takut akak ajar dia jawab balik. selalunya dia diam je. ha.3x.
ila,
apsal lak tak baek? aku kan suami yg baek...
apa gurau2 bawa bahagia. gurau2 camtu lah yg sedar2 dah lekat sorang lagi. he.3x.
Post a Comment