Dah lama tak jawab tag, pastu kena tag, dua kali sekaligus. satu dari nur a.k.a. admansyah dan satu lagi maksu. sebab nur a.k.a. admansyah tag dulu, kena jawab dia dulu lah. tag daripada nur a.k.a. admansyah (http://admansyah.blogspot.com) nampak cam senang sikit, tu jawab dulu. so, kita tengok apa yg aku kena berdasarkan tarikh lahir. sebab original dia dalam bahasa inggeris, kita kena guna ayat asal bahasa penjajah inggeris lah ye, barulah seronot!
Ini tarikh lahir aku (kawan2 diluar sana, sila tulis dalam diari supaya senang nak hantar hadiah kereta, rumah, tiket penerbangan dan seumpamanya. kalau tak sempat belikan menda2 tu, boleh kirimkan wang pos, atau bank in je duit. kalau tak boleh jugak, cukuplah sekadar ucapan selamat dan doa agar kita sama2 diberkati Allah hendaknya. susah jugak! jangan kawan ngan aku lah! )
03 FEBRUARI 1976.
Rules :
Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note. Have fun. :D
Step 1 : Pick the month you were born:
January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena With
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over
Step 2 : Pick the day (number) you were born on:
1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbour
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a smurf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama
Step 3 : What is the last number of the year you were born:
1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom
Step 4 : Pick the color of shirt you are wearing:
White---------because I'm cool like that
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.
Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself!
My answer : Beige (aku pun tak tau colour ni ada ke tak, ini colour uniform aku yg staff aku bagitau)
Step 5 : Conclusion :
" I loved a phone sliding down a hill because I'm a Ninja"
Akupun tak tau apa makna dia, cuma aku tau aku suka tengok cerita teenage mutant ninja turtles.
Ok dah! sebab banyak email cakap aku dah ilang sedikit identiti pasal makan, aku nak mulakan balik entry2 pasal makan (so, bila aku nak kurus ni??).
pagi tadi (24/3/09) kebetulan aku ada sedikit urusan di bandar klang, aku dan seorang sahabat (lelaki daa..) singgah minum pagi kat satu kopitiam berhampiran stesen komuter klang.
nama kopitiam tu CHONG KOK KOPITIAM.
ini kali pertama aku singgah ke kedai ni. mula2 aku ingat kawan aku yg berbangsa cina tu saje nak kenakan aku ajak minum kedai cina, tapi dia cakap "ini mesti u suka" sebab dia tau aku suka jugak jelajah kopitiam sekitar klang. aku cakap, aku cuba. untuk kali ni sebab pagi aku dah pekena nasi lemak masa sarapan; aku cuba nescafe panas, dua biji telur masak separuh, dan roti steam 2 biji. akupun tak tau kenapa mesti paired atau dua biji yer. argh! abaikan.
nescafe dia memang kaw! tak macam kedai mamak yg biasanya campur sdikit gula untuk jimatkan kos. telur masak separuh dia besar2, telur ayam kampung rasanya (aku tak tanya). steam bread dia sedap. kat kopitiam ni, kawan aku cakap, mesti cuba nasi lemak dan steamed bread. aku cuba steam bread dulu lah, nasi lemak lain kali. kawan aku pekena tea susu, 2 biji steam bread dan 2 biji telur.
mengikut crita kawan aku tu, kopitiam ni dah lama wujud, sekitar tahun 1970 lagi. dulunya, diatas kedai tu dulu adalah bar dan kabaret yg fofular area klang. bar tu dah tak de tapi kopitiam still wujud. siapa yg berminat ini sedikit info kopitiam tu :-
Nama kopitiam : CHONG KOK KOPITIAM
Alamat : No. 5, Jalan Stesen Klang, Klang, 41200 Klang, Selangor
Telefon : 03-33710996
Landmark : Berdekatan Stesen Komuter Klang & Sebaris dengan Restoran Bismillah.
Speciality : Nasi Lemak, Steamed bread, telur masak separuh.
Meskipun nama kedai dia menunjukkan nama cina sepenuhnya, dapat dilihat bahawa 80% pelanggannya adalah melayu. muka2 pekerja dia hampir 90% adalah melayu.
berbanding kopitiam moden, aku rasa jiwa aku lebih suka kopitiam sebegini. lebih majmuk pelanggannya berbanding kopitiam moden yg lebih nampak kecinaan dan lebih ekslusif. harganya jugak amat berpatutan. untuk makan2 tadi yg meliputi 2 cawan air berwarna, 4 biji telor masak separuh, dan 4 biji steam bread, aku terpana bila diberitahu cuma RM4.70. aku tak pasti kalau dia silap kira, tapi sebab dia ada senarai kertas makanan dan minuman yg dipesan, termasuk nyonya cashier mengulangi order untuk elak kesilapan; harga tu sangat berbaloi. kalau nyonya tu salah kira, aku harap setiap kali aku datang silaplah kira lagi. HA.3x.
15 comments:
perghhh sedap nya telur separuh masak.
kv,
sedap. hingga menjilat piring.
namanya cina abis yer. harus aku cuba kalo gi klang.
hih hih hih, kelakar jugak ya, phone sliding sebab ninja... ;d
julietchun,
jangan tak cuba. nasi lemak dia katanya famous amos banget.
maksu,
ye la, apsallah ninja tu tak pakai je henpon tu???
kalu gi sini mau rabak DIET...
:D
Eh ... memang selalu melintas disitu, tapi tak tahu pula boleh makan minum ...
abanglong,
nak ajak abang long cuba tapi kena tunggu abang long abiskan dulu 'puasa'.
ku tak sempurna,
betul! diet aku semenjak dua menjak ni dah rabak.
Huh Izman... harga RM4.70 untuk semua makanan yang Izman katakan itu memang murah betul!... Kalau biasa pun nescafe sahaja sudah RM1.50 secawan, telor setengah masak RM1.00 sebiji dan roti steam pulak adalah RM1.80 sepasang. Oh!... itu sudah bagus... really cheap.. nak gi cuba gak lah!...
nekcun,
saya pun tak percaya, tapi masa dia kira tu memang dia ada senarai makanan dan kami declare semua; harga camtu. murah la.
Alhamdulillah, semoga rezaki Izman bertambah. AMIN
insaflah,
trima kasih singgah.
Thanks for your likeness to our kopi ya~ Memang telur separuh masak tu telur kampung...
Tak payah hairan, tak kira salah tu, memang harga kopitiam kami amat berpatutan. Tapi ramai orang muda sekarang lebih suka kopitiam macam Old Town tu, yang perlu kena tax lagi, mungkin lebih ada mood lah.
Kawan you old customer kah? :)
Anyway, hope you'll visit our kopitiam again~
Chongkok Kopitiam
Post a Comment