Monday, March 2, 2009

Jalan-jalan & Selesema

disaat ini hidung aku sedikit pedih lantaran asyik menghembus. aku kena selsema. ia gara2 berpanas pada hari sabtu di mini karnival karangkraf dan hari ahad berhujan di tesco klang. aku crita sikit supaya senang difahami. kadang2 aku tulispun aku tak faham...

hari sabtu (28/02/09)
sempena pesta buku karangkraf di shah alam, aku ke sana. secara jujur aku bukan excited pesta buku karangkraf tu sebab aku dah borong sakan masa pesta buku alaf 21 dan buku prima bulan sebelumnya. tapi aku lebih teruja nak jumpa penulis buku tersohor iaitu hajjah kamsiah abu. buku terbaru beliau 'tidak kupinta' aku dah beli bulan satu 2009 lagi, tapi inilah masa nak ambil autograf beliau. lagipun aku sering membaca celotehnya dalam blog. di dunia blog beliau dikenali sebagai nekcun. ini gambar aku sekeluarga bersama penulis tersohor itu.



banyak juga buku dan majalah sempat aku sambar masa karnival tu. oklah sebab gaji baru masuk. aku biarkan je isteri dan anak2 memilih buku2 kegemaran mereka. masa ada duit, kami shopping sakan. masa sengkek kali, kami window shopping je. inilah antara yg sempat kami beli. untuk aku, cuma 3 buah novel. wife dan anak2 yg borong sakan.



bab paling best kalau gi mana2 pesta atau pameran ialah kutip barang free. ini antara benda yg kami dapat. antaranya sample shower gel, lotion, mug, akhbar, voucher, buku nota, perencah makanan dan lain2.



kepada peminat2 novel, nanti aku kisahkan sedikit pasal novel2 yg aku baca (kalau aku rajin la..). kalau korang nak baca lebih lanjut kisah kami sekeluarga ke mini karnival karangkraf klik DISINI.

keluar karnival, kami singgah jab ke kompleks pkns, saje usha2 tempat dating dulu2. sambil2 tu jeling2 jugak tempat awek lama aku kerja dulu. yg aku tau dia masih disitu. wife aku pernah cuba korek2 rahsia, tapi rahsiakan tetap rahsia. cukuplah aku beritahu wife, setelah aku lafazkan ijab dan kabul, aku tak pernah curang pada dia, even sekali.

kat kompleks pkns tak lama, wife aku pitam. tak sempatpun melangkah masuk kfc. aku meminta wife aku duduk di atas tembok bersebelahan bank muamalat, tapi dia lebih selesa mencangkung untuk menghilangkan pitamnya. aku tengok orang lalu lalang memerhati kami, malah ada yg berbisik. mungkin ingat kami bergaduh laki bini dan isteri aku menangis sambil duduk barangkali. argh! persetankan mereka. akhirnya aku terpaksa pimpin isteri ke depan kedai buku marwilis dan aku mengambil kereta. aku tinggalkan isteri dengan luqman, sementara aku membawa pika. luqman dah boleh diharap meskipun baru usia 5 tahun. aku dah pesan supaya luqman terus call aku kalau2 umminya rebah. luqmankan dah ada henpon sendiri.

balik dari kompleks pkns aku cuma singgah membeli buah tembikai yg diminta oleh isteriku dan kemudian sekadar membeli nasi bungkus. tak mungkin aku menyuruh isteri memasak kerana dia tidak sihat. mana mungkin aku yg malas ni memasak. bujang2 dulu lainlah.




hari ahad (01/03/09)
sepanjang malam sejak balik dari pesta buku, aku tekun membaca. cuma berhenti apabila ingin makan, solat atau anak2 merengek minta dibacakan buku2 mereka. membaca buku2 novel terasa mengkhayalkan. alangkah baiknya masa aku belajar dulu aku mentelaah buku sebegitu. may be aku dah dapat anugeran diraja atau anugerah dekan paling koman.

akibat khayal membaca aku juga lupa jadual aku untuk menggunting rambut dan menghantar kereta untuk dicuci. aku juga lupa janji ke tesco untuk membeli susu2 anak yg tengah promosi dan hari itu hari terakhir. kalau tak kerana tak tahan melihat panjang benor muncung isteri dan anak2, aku masih lagi membaca.

selepas beli sedikit barangan di tesco, kami balik. keluar tesco hujan lemat yg amat dan aku terpaksa redah hujan mengambil kereta untuk elak isteri dan anak2 kebasahan. aku yg alah dengan hujan asid bandar, keselsemaan.

balik rumah, bayangkan aku terpaksa membaca buku2 berikut :-




tu belum kira baca akhbar the star, sinar harian, bacaria dan utusan malaysia yg baru dibeli. menda2 tu kalau tak baca terus, beritanya basi.

sedar tak sedar, aku tidur jam 4 pagi selepas selepas membaca novel karya serunai fakir. memang bestlah buku dia.

12 comments:

ILA said...

Mana tak power cermin mata kau semakin tinggi!!!??

tak perrr...masih MUDA lagi...hihikk!!

Monkey D Luffy said...

melalaikan gak ler baca novel... sama ler kita

Abang Long said...

Salam hormat wahai adinda Izman.

Setiap kali kita membaca, kita telahpun berada dimasa hadapan, walaupun jasad kita masih kekal.

Dan sentiasalah bersyukur kepada Allah atas ANUGERAH kehadiran insan yang membantu.

izman said...

ila,
banyak la ko tu power tu makin tinggi. tokki aku cakap semakin byk power, lama2 jadi power rangers.

izman said...

monkey d luffy,
melalaikan utk benda ada faedah aku rasa OK jer.

izman said...

abang long,
jadi semakin ke depan ke? patut lah saya rasa perut saya makin ke depan. he.3x.

Mak Su said...

wow! mug pun ada sebagai free gift?

haku kalu time pregnancy selalu tu, mencangkung tepi longkang (muntah), laki aku pun tunggu ler kat tepi. keh keh keh

izman said...

maksu,
wife saya tak muntah masa tu, tapi asyik pitam. tapi org lalu lalang tengok gaya siot je. may b diorang belum nikah lagi kot..

nadya said...

Gedung harian .......lupakan jer lar...

izman said...

nadya,
cilanat ko ni. aku cuma cakap umum, ko bagi spesifik pulak.

wife aku understanding (sambil fikir2 nak delete ke tak comment ni).

Nek Cun said...

Alaaa Izman... perli nekcun ke tuh?... mana pulak nekcun ni penulis tersohor... baru jer ada 3 novel, tak macam penulis lain yang dah berpuluh-puluh tu... Izman buat nekcun malu jer!... tapi, minta2 apa yang Izman katakan itu akan jadi sebagai do'a dan semoga Allah akan memakbulkannya!... Nekcun seronok dapat jumpa Izman sekeluarga... Kirim salam pada isteri yek!...

izman said...

nekcun,
mana ada perli, itu benar. berapa kerat org malaysia reti karang novel? nekcun dah ada 3 novel, itu sangat hebat.