Monday, March 16, 2009

Aku & KPI

Hari ini agak lesu, otak ligat berputar dengan pelbagai idea menerangkan dan menjawab soalan dari panel meeting berkaitan presentation KPI (key Performance Index)bagi HR department. semua department kena present, cuma aku offer nak buat yg first. Alhamdulillah, macam biasa boss2 macam2 la diorang punya idea nak baik lebih baik. lagi syiok ialah ada yg suka bagi idea dan kritik department orang, tapi department sendiri macam tongkah pecah. so far, HR department slow and steady jer. nak rempit laju2, nak kejar ke menda!

untuk KPI aku tahun ni, aku lebih menjurus kepada mengawal jumlah absenteeism, disciplinary cases, turn over rate, accident cases, training dan mc. aspek2 yang dah mantop macam salary, lateness, admin, leave dan sebagainya, aku dah tak masukkan sebagai KPI tahun ni. menda dah cantek, tak payah lah nak pening2 nak present. just maintain internally. akupun bukan suka saje2 nak tunjuk yg baik2 je kat bosses. pun begitu dalam meeting biasalah akan ada orang yg suka show off, pada aku lantak dialah. nak ampu2 boss, SORI!

baru masuk department kedua present, mood big boss dah macam orang kemasukan hantu, dan baru slaid ke3 dah suruh stop. presentation yg tak pro katanya. carutan toksah criter lah! aku kalau malas dengar, aku blah jer. meeting disambung semula jumaat ni. banyak lagi department woo.... ARGHHHHHH!!!! esok, ada socso visit untuk company yg lain pulak. ada meeting actual budget februari lagi. aku kena jawab bab2 gaji, overtime, elaun, contract salary, utility, guard dan banyak lagi. alasan sebab je beb, fakta yg payah. sebab menda jadi rutin, kacang butir je lah.

Alhamdulillah, kat rumah buah2 hati senyum menyambut ketibaan aku. anak2 biasalah menanti jajan mereka. jangan risau, ayah tak pernah lupa. kalau terlupa, bawa je mereka gi kedai kejab. apa nak berkira ngan anak2 kalau setakat jajan atau roti berharga 20-60 sen.

lagi seronok melayan anak2 dari layan kereneh bosses, nasib baik la diorang bayar gaji aku. kalau tak mau je aku carutkan diorang semula. walaupun carutan untuk semua dlm meeting, tapi tak syiok la dengar. kekadang rasa suwey pun ada.

hari ni luqman dah start cuti sekolah. masa aku bangun pagi tadi, aku tak kejutkan dia. masa aku start kereta dia sedar dan nangis "Ayah, tungguuu....luqman nak gi sekolah". aku cuma tenangkan dia dengan memeluknya dan cakap sekolah cuti. ok lah dia faham, dah dua2 anak bangun, aku bawak je lah gi beli nasi lemak dan kuih.

so, hari ni aku sampai kerja awal. dalam 810am dah duduk kat opis. kawan2 pakat tanya. dah anak tak sekolah, aku awal lah masuk. sini masuk kerja jam 8.00am. yg masuk lewat tu korang faham2lah, ikut kasta.

walaupun baru sehari luqman cuti, aku dah rindu nyanyian si pika setiap kali abangnya balik sekolah. pika akan tunggu di pintu dan akan nyanyi apabila abang dia masuk pagar. lagu dia begini...

"luqman balik cekolah...
luqman bawak beg....
luqman bau bucuk....."


lagu ini akan diulang2 dan sengaja nak naikkan kemarahan abang dia. biasanya luqman akan buat muka garang, tapi adik dia memang muka tak makan saman. pika akan senyap bila diberi jajan, atau abang dia cium dia. biasalah...budak2.



23 comments:

Abang Long said...

Buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun, Abang long TIDAK MENGHADIRI APPRAISAL !

Nek Cun said...

Izman... KPI, goal setting dan entah apa-apa lagi tuh memang buat pening kepala jer... at the end of the year, boss main pakai 'kepala' dia ajer nak bagi rating... tambah terok pulak bila ada'moderation' untuk quota 'bell-curve'... nekcun dah naik muak ngan system yang tak pernahnya adil tuh!... You know why nekcun kata tak pernah adil?... sebab semua boss akan guna "rule number 1 - boss is always right!"... Yang sedihnya, walau pun kita pun boss jugak...(hehehe...) cuba nak jadi 'really fair and objective' tapi oleh kerana kita pulak ada boss yang lebih besar yang suka guna 'rule no.1' jadi apa yang kita telah 'set' dan strategised kan semuanya hancuussss...Dia 'over ruled!' sbb dia 'final reviewer!' That's why, nekcun had never trust on KPI or etc... Nekcun hanya percaya pada system yang dituliskan dalam Al'quran ie: Allah yang berkuasa menentukan segalanya!...

Monkey D Luffy said...

pening masa KPI... antara benda yang paling aku tak suka buat... huhuhu

SUZIE APAI said...

btul gak cam nekcun royak tuh!

hikss...anugerah Illahi tuk manusia. Zuriat adalah ketenangan utk hari2 genting kita!

Shifu67 said...

ni yg untungnya buat first presentation.... kepala boss bersih lagi... kalau dah hujung2 paham2 je la

ILA said...

Salam buat Izman
hmmm...utk pertama kali aku dtg sini..tak tau nak komen apa2...

Hati bagai rasa 'terdera' & ada 'kelegaan' juga...d akhirnya..

apa sklipun..aku tetap ingat pesan ko
"Work Must B Smart"

izman said...

abang long,
saya suka apa kalau tak perlu appraisal. tapi appraisal dari Allah, memang tak boleh skip.

izman said...

nekcun,
he.3x, saya setuju. most of the time kita buat mesti supaya boss impressed, which saya tak suka.

kalau kita tunjuk yg baik2, dia kata kita takde kerja. kalau tunjukkan tg teruk2, dia kata korang tak buat kerja ke?

appraisal dari Allah hadir setial detik waktu.

izman said...

monkey d luffy,
aku pun bohsan gile ngan kpi ni. tapi dah kere je.

izman said...

suzie apai,
aku setuju. anak2 memang bawa kegirangan dalam hidup.

izman said...

shifu67,
tu lah pasal saya suka jadi org pertama present bang. tapi order dah keluar lepas ni saya kena present last.

izman said...

ila,
kerja camtulah ila. kalau rasa tak nak kena carut, jadi boss sendiri. at least kita tau kenapa kita benci boss, kalau next time jadi boss kepada bisness sendiri kita tak buat menda2 camtu.

SUZIE APAI said...

anda di tag...sila ke blog kiter..

Penoreh said...

KPI ini kadangkala bole buat suspen gak.. hehehe

julietchun said...

slm,
nsb baik tmpt keje aku takdak benda alah ni suma.

cendawanintim said...

tak baik la, bini tengah peknen ko ada niat nak carutkan orang...!

Mak Su said...

hahahah! kelakar, siap ada lagu utk abangnya.

izman said...

penoreh,
kalau kpi individual memang suspen bro. penentuan gaji dan kenaikan tu....

izman said...

julietchun,
ala... tak mencabar la lau tu.... cepat mintak boss adakan kpi.

izman said...

cemdawanintim,
he.3x, tak baik yer. ok nanti aku hentikan tebiat tak baik tu

izman said...

maksu,
itu lagu dicipta sendiri, tak tau la pulak kalau2 ummi dia yg ajar. tapi biasanya seorang emak tak ajar menda2 camtu

izman said...

suzie apai,
he.3x.... dah jawab.

rent.all850 said...

Cari - Cari peluang je. Mana Tahu nak sewa rumah