Showing posts with label siri ikhtibar. Show all posts
Showing posts with label siri ikhtibar. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Aku & Nikah Mutaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kebelakangan ni kita memang tak boleh lari dari mendengar orang memperkatakan tentang ajaran syiah. buka tivi, syiah. pasar ramadhan, syiah... dari org tak nak ambik tau, kini semua dah suka google tentang syiah. bila cakap pasal syiah, kita dikhabarkan tentang nikah mutaah.

nikah mutaah atau kahwin kontrak ni menda yg sangat penting dalam ajaran syiah yg sebenarnya menarik hati ramai org termasuk org melayu mengikuti ajaran songsang ini. heh.... sebagai lelaki normal, bila disuakan wanita cantik untuk dinikmati secara PERCUMA dan ikut suka nak kawin berapa lama.

aku ada sedikit penglaman peribadi mengenai syiah dan nikah mutaah ni.

ishh..... jangan buruk sangka pada aku dulu. baca biar habis dulu. biar muka buruk, jangan buruk sangka.

sebelum aku serita bab nikah mutaah, aku cerita bab syiah ni dulu. apa maksud syiah, apa yg dia menyimpang tu korang tanyalah pejabat agama (aku sebenarnya yakin, ramai org pejabat agama pun tak tau banyak pasal syiah kecuali mereka tengok tivi).

aku sebenarnya asyik google pasal syiah ni sebelum puasa lagi. aku secara jujur di usia 37 tahun ni baru tau pasal syiah. bila orang doq cerita psl syiah, akupun nak tau betulkah seperti yg diwar2kan oleh pejabat agama tu. ye lah, dah besar2 cam ni sebanarnya baru aku banyak tau sebenarnya yg banyak ustaz2 kita di sekolah dan dimasjid tu sebenarnya banyak cerita yang bukan ikut Al Quran dan As Sunnah. mereka mengajar agama Islam ikut kefahaman mereka. cerita bab puasa contohnya, baru2 ni je aku tau rupanya korek hidung dan korek telinga tu sebenarnya tak batalkan puasa. aku dari darjah 1 hinggah anak 4, kalau gatal telinga puaslah menahannya. garu dari luar je. salah siapa, salah aku yang jahil. ustazpun salah jugak sebab ajar tak boleh korek even sikit pun. BATAL POSE!

ok... sambung balik. aku sebenarnya was2 dengan apa yg orang agama cakap pasal syiah sebab kenapa baru akhir2 ni cakap pasal syiah tu sesat dan menyesatkan padahal dan puluhan tahun mereka sesat dan pejabat agama tau mereka sesat. fatwa pun dah lama ada, siap ada pindaan lagi. kenapa kita yang jahil ini tak diberitahu. mana ustaz2 yg dibayar gaji itu? makan gaji buta ke? atau setakat ajar agama untuk mengikut sukatan pelajaran.... entahlah.

aku sebenarnya yakin pejabat agama terpaksa keraskan dan umumkan pasal syiah ni sesat sebab apa yang terjadi pada umat Islam ni syria. regim celaka bashar yg berfahaman syiah menyembelih dan membunuh saudara Islam kita yang berfahaman Sunnah. untuk orang yang jahil macam aku, aku fikir kenapalah bashar yg Islam bunuh orang Islam lain, rakyatnya sendiri. rupanya ia syiah laknatullah!

jadi media kita hebahkan bahawa bashar al syaitan itu syiah. jadi kita diberitahu bahawa syiah itu musuh Sunnah, musuh Islam kerana mereka meyimpang dari Islam. Iran juga menyimpang sebab mereka adalah pendokong syiah terbesar. padahal sebelum ini, kita diberitakan dalam berita jam 8 malam bahawa khomeini itu contoh pemimpin Islam yang hebat kerena ia berani melawan amerika. bila ahmad ahmadinejad naik jadi presiden iran, kita di malaysia dihebohkan bahawa beruntungnya kita sebagai umat Islam adanya pemimpin yang zuhud, baik dan berani melawan amerika seperti ahmadinejad. bila ahmadinejad tak sambut salam pemimpin wanita yg bukan muhrim, kita siarkan hari2 ttg bagusnya beliau. tapi bila beliau peluk mak hugu chavez, tak de media semasa kita tunjukkan. jadi yang salah dan menyebabkan pengaruh syiah di malaysia, aku rasa jabatan agama dan media.

dalam doq mencari pengertian syiah, aku browse macam2. tengok youtube, baca artikel dan sebagainya. malah aku terkejut rupanya syiah dah kebal di malaysia ni. ye lah, dah ada pertubuhan sendiri. kalau dah fatwa haram dan sesat, pemimpin utama mereka pun dah menunjukkan diri, kenapa tak tangkap dan tarbiahkan mereka je macam yg dibuat kepada pemimpin al arqam ?

sambung lagi. nak dijadikan cerita, suatu hari semasa aku berbuka puasa di sunway hotel pada 19/7/13 aku terserempak dengan penganut syiah. ye lah dah berbuka sekadarnya, aku dan sahabat aku, saiful gi solat maghrib di bilik yg hotel khaskan. ada 2 bilik yg bersambung. ramai jemaah, biasalah bulan puasa, yang jahil pun terpaksarela solat. aku dan saiful masuk ke bilik solat pertama dan ambik wudhu'. kemudian aku cari ruang2 untuk solat sebab semua orang memang susah nak jadi imam, semua solat sendiri. memang bilik pertama tu hanya ada 3 orang termasuk aku, semua solat jauh2. saiful tiada, mungkin memerut atau solat di bilik kedua. lantaklah!

aku mula tu nak jadi makmum pada sorang brader depan aku, sebab brader satu lagi memang cari port dinding dan nak jd makmum mmg tak boleh. tapi aku rasa pelik dengan cara solatnya. kebetulan masa tu hamba Allah tadi sedang duduk antara dua sujud. aku pelik kenapa masa sujudnya, dia asyik gerakkan kaki ke dalam dan keluar beberapa kali sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

aku tak jadi berimamkan beliau. aku hanya berdiri dibelakangnya dan memerhati. ya, aku jahil, tapi akupun tak pernah tengok stail solat sebegitu dimana2. cara tangan tak macam syiah. ha.... bila sujud, duduk dua sujud dan tahyat akhir, nampak macam syiah mengikut sumber bacaan aku di internet. malahan di tempat sujudnya diletakkan sapu tangan dan dibawahnya ada sesuatu. takpe aku tengok je. maghrib masa tu panjang lagi dan ketika itu hanya ada aku dan hamba Allah itu je. brader solat sorang2 tupun dah keluar.

tiada bagi salam kiri dan kanan. dia hanya tepuk pahanya. tah la 2-3 kali aku tak pasti. berderau gak darah aku kalau inilah syiah yg Allah tunjukkan depan mata aku. doanya aku tak dengar, tapi dia doa pendek2 dan banyak kali. lepas tu diambil sapu tangan dan menciumnya. macm ada benda didalam sapu tangan. munkin itulah batu karbala. dia juga mencuim batu itu (dlm sapu tangan) dan turut meletakkannya di kedua2 mata.

akupun tak pasti kenapa aku tak ambik video syiah tu. adakah sebab aku terlalu asyik memerhati ataupun sebab henpon 3310 aku takde format video.

dihari lainnya, aku ceritakan kisah syiah tadi kepada saiful. dia terkejut. dia kata bilik pertama yg kami masuk itu sebenarnya penuh sangat orang, itu yang dia masuk bilik kedua. penuh? padahal aku dan saiful sama2 masuk bilik itu, hampir sama siap ambik air sembahyang, takkan bilik itu jadi bilik yang tiba2 ramai orang? pelik bin ajaib. atau saiful nampak jin Islam turut solat? atau Allah sengaja nak tunjukkan aku rupa orang syiah? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

opss..... dah panjang sangat ni. bab nikah mutaah belum cerita. aku sambung esoklah.













Sunday, July 21, 2013

Berusaha lebih baik daripada meminta-minta

Edisi : berusaha lebih baik daripada meminta-minta.
Dalam panas terik tghari tadi, terlihat sorang india cacat dan anaknya mnyelongkar sampah untuk mencari bahan kitar semula untuk di dijual. Aku berhentikan kereta & minta anakku memberi mereka rm20. Dengan hormat dia menolak dan berkata kalau rajin kerja satu hari boleh dapat rm10-50. Dia cakap " terima kasih abang. Saya masih sihat. Tak mau minta duit worang, mau makan musti kerija". 

Aku berlalu dengan perasaan hormat kepada 2 beranak itu.


Catatan :
Dipetik daripada facebook peribadi Izman Pauzi.

Wednesday, July 13, 2011

Manfaat Dari Musibah

beberapa minggu lepas, kawasan perumahan aku menjadi sangat tidak aman. sebelah rumah aku pun kena, habis laptop dan beberapa barangan kecik hilang. err... seluar kecik takde la pulak hilang, may be bukan saiz diorang.

pecah rumah ni bukan setakat malam atau awal pagi dalam jam 3-4 pagi, tapi siang2 pun ada jugak. malam ada penduduk yang laki bini bekerja siang, rumahnya dipecah masuk tengahari. memang hati batu, even jiran sebelah rumah yang dipecah ada orang, mereka pecahkan jugak. cukup cepat, semuanya kurang 10 minit dah siap ambik barang. pertama, mereka buat homework. usha2 line, tengok siapa kerja, siapa jiran2. kedua, mereka memang pro. bayangkan semua rumah yang dipecah masuk ada macam2 kunci. selamba badak air je diorang pecahkan.

dari percakapan aku dengan mangsa, persatuan penduduk dan pasukan keselamatan, beberapa geng terlibat. yang yang tak terlibat hanyalah geng bas sekolah. yang pecah masuk dari pintu belakang dan ambik laptop dan duit, even syiling dipercayai geng mat pet (penagih dadah). melayu. mereka pecah masuk malam bila tuan rumah tiada dirumah seperti balik kampung atau bekerja malam.

geng kedua adalah geng indon. ini paling banyak. belah malam mereka gunakan pukau untuk masuk rumah. hampir 15 buah rumah terlibat dalam hal ini. tuan rumah dlm keadaan mamai2 bila mereka masuk. mereka ambik duit dan laptop serta hendphone. namun mereka tidak mengapa2kan tuan rumah. macam2 cara dilakukan untuk elakkan pukau, tapi tuan imam muda masjid kampung aku pun turut dipukau dan dipecah masuk, so camno!

geng ketiga ialah geng indon bervan (guna van la...). mereka aktif siang. mereka tau mana rumah yang suami kerja, bini tak kerja. rumah mangsa biasanya jiran2 rapatnya bekerja. so tiada siapa sedar. mereka akan bagi salam, buat2 tanya jalan dan jika rumah tak berantai, mereka akan terus masuk dan ambik barang2 berharga seperti tivi, hi-fi, microvawe dan lain2. kes ni banyak kantoi sebab kebanyakan suri rumah dah bijak, mereka pasang rantai pintu pagar dan bercakap dari jauh sahaja.

geng keempat ialah geng india. ini paling ganas. siang2 pun mereka pecah rumah. biasanya bermotosikal dan beberapa buah motor. 2 orang akan pecah rumah sementara kawan2 tunggu diluar. biasanya mereka cari laptop dan barang2 kecik. tabung syiling pun mereka sebat kalau tiada pilihan.

lantaran kejadian tersebut, penduduk ketakutan. kami syak ia mungkin disebabkan kebelakangan ini syarikat keselamatan yang diupah mengawal taman sejak 8 tahun lepas telah melarikan diri. syarikat mengutip duit dari kami tapi pengawal tidak dapat upah.

tapi ada juga yang positif. penduduk mula bertegur sapa dan berkenal2. dulu2, payah la. senyum pun malas. ye lah, ramai yang kaya2. orang kaya, sombong cara kayanya. yang miskin pun sombong dengan gaya miskinnya jugak. sekarang, dah ada ramai penduduk yang sukarela meronda malam2. siap buat pondok pengawal. masing2 bila berjumpa saling senyum dan berborak tanya khabar. dulu kalau depan taman ada orang lepak sampai pagi, sekarang lepas jam 12 malam, dah kena halau balik rumah. rondaan sukarela dibuat dan ramai join. tapi standard je lah, melayu. minggu lepas, mereka ada menyatakan bahawa kemungkinan besar akan ambik syarikat pengawal baru untuk berkawal 24 jam balik macam dulu. kawasan besar, payah nak jaga kalau harapkan rondaan sukarela.

apapun, aku berharap kawasan perumahan aku kembali aman. dan berharap agar semua perampok terbabit ditangkap polis.

Sunday, June 12, 2011

Hari Bapa : Nasihat Datuk Luqman Hakim

seminggu blog aku tak diupdate. err... sebenarnya 2 minggu, minggu sebelum tu masa aku cuti seminggu aku dah pulun buat scheduled post. kami bercuti di Pahang dan Kelantan.

malas nak cerita pasal cuti, sebab cuti seminggu memang rilek. balik cuti???? kerja menimbun atas meja. nasiblah jadi kuli ni, kerja aku memang takde sape nak buat (jawapan sebenar ialah takde siapa yang reti buat). so, pening kepala otak jugak dan dalam kurang sihat dan batuk2 masih jugak gagah ke pejabat. even doktor panel suruh ambik cuti sebab batuk menyebabkan kerongkong aku berdarah, aku ketegaq jugak kerja. heh.... nak jadi pekerja terbaik la konon, tapi anugerah tu sebenarnya tak wujud. biasalah workohorlic (work & minum horlick ais).

hari ni (ahad, 12/6/2011); aku ke kenduri di rumah sahabat lama di pandamaran jaya. kenduri kawin anak perempuan dia. heh... nampak sangat aku dah nak masuk kelab orang2 berumur, kawan2 semua dah pakat nikahkan anak2, tapi anak2 masih belum mumayyis. kawan aki ni keturunan mamak (india muslim), so kenduri rumah dia tu hanya beberapa kerat je muka melayu. dah standard, mamak mesti kawin dengan geng mamak jugak. itu bukan kisahnya, sebab aku pergi masih awal, aku dapat saksikan pengantin potong kek perkahwinan mereka. lagi best, pihak pengantin turut sponsor satu kek untuk golongan bapa2 yang hadir sempena hari bapa. bapa2 yang hadir diminta bersama2 memotong kek hari bapa tersebut. aku pemalu, so aku sekadar lihat sahaja.

secara jujur, aku tak tau tarikh hari bapa. even masa nasi lemak kopi o dan kat tivi al hijrah pagi tadi doh ccerita pasal hari bapa, aku masih sangsi ye ke hari ni hari bapa. setahu aku hari bapa ialah setiap hari khamis malam jumaat. heh.... kalau salah maafkanlah aku, hari bapa tu aku belajar dari kawan aku si saiful nizam. asal je hari khamis malam jumaat, jam 5.45 petang je dah nak balik. bila ditanya, jawapannya ialah "hari bapa, kenalah balik awal pasang badan".

berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak.

begini kisahnya.

semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.

"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."

aku diam.

papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".

aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).

"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".

"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".

"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".

"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".

"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".

aku hanya diam.

"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.

"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".

"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".

aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.

"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."

"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".

aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.

"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".

"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".

Wednesday, May 4, 2011

Kerja Isteri Adalah Mengingatkan Suami

dalam kehidupan ini, bukan semua menda kita boleh buat sendiri dan ingat sendiri. dan dengan itu Allah menciptakan pasangan bagi kita dalam bentuk Isteri. akupun begitu. eleh... dari bujang dulupun aku selalu lupa. jadi aku terpaksa minta pasangan aku (bukan isteri da....) ingatkan. sebab aku takut dia pun lupa, aku pasang banyak sikit, kalau ramai2 ingatkan lagi bagus (uweekkk).

percaya atau tidak, sedar atau tidak. isteri yang banyak bertindak sebagai pengawal masa dan pengingat, emmm... bagi diri aku la.

antara tugas isteri aku yang bertugas mengingatkan ialah :-
1)ingatkan suami dia suruh balik rumah bila habis keroje. aku kan workohorlick (kerja sambil minum horlick), so kenkadang, lupa waktu balik.

2) ingatkan suami suruh solat. kerja, meeting, interview, kerja luar.... rushing sana sini; isterilah ingatkan "abang dah solat zohor? lagi 5 minit nak abis waktu.... bukan bizibodi, tapi nak masuk syurga sama2.

3) ingatkan suami waktu makan. aku ni nampak saiz macam asyik makan tak henti2. tapi sebenarnya bila asyik bekerja, lupa waktu makan. kalau asyik la, kalau tak asyik.... mmm... sanggup keluar ofis pergi beli goreng pisang.

4) ingatkan suami ambik anak tuisyen / kelas tambahan. waktu sekolah biasa mmg dah gajikan orang ambik dan hantar anak sekolah. tapi kalau ada waktu kelas tambahan, mmm biasanya ambik sendirilah. kalau isteri tak ingatkan, jenuh la anak menunggu. bukan lupa, tapi asyik buat kerja atau membaca (kononnya)

5) ingatkan suami suruh makan ubat. ini kalau aku tak sihat la. aku suka sangat kalau rasa tak sihat je, terus pergi klinik. mc memang aku tak suka. makan ubat? lagilah aku tak suka. dengan adanya sedikit ingatan dan bebelan isteri, kenalah makan ubat ikut masa ditetapkan.

6) ingatkan benda2 keperluan suami. aku jangankan nombor telefon; saiz baju, kasut, seluar even saiz spender sendiri pun tak ingat. kadang2 aku terpergi pasaraya sorang diri dan terfikir nak beli spender,mmm... aku akan call wife dan cakap perlahan2 "err.. ayang, spender abang pakai saiz berapa ye???".

7) ingatkan tarikh2 penting. jangankan tarikh lahir anak2, tarikh lahir aku sendiri pun aku selalu lupa. jadi, isterilah ingatkan bahawa tarikh sekian2 tarikh lahir anak, kena beli kek, hadiah.... nanti anak2 merajuk. err... isteri kalau bab2 tarikh lahir anak2 dan aku dia ingatkan, tarikh lahir dia, tarikh kahwin... dia suruh aku ingat sendiri. heh... ade ke patut!

8) ingatkan supaya telefon mak ayah aku. aku bukan tak sayang mak ayah aku, tapi dah terbiasa balik kampung. kalau ada call bagitau tak sihat, balik kampung atau call. kalau takde call, maknanya semuanya sihat2. isteri akan selalu ingatkan "abang, dah 2 minggu tak call papa, kang merajuk papa nanti.". aku kadang2 main2 sms je dengan papa aku. senang. bukan sayang duit, tapi tak nak kacau papa aku, dia tu bizi, dengan lepak kedai kopi, dengan layan bola sepak, dengan layan wresling.

9) ingatkan suami tentang channel tivi. even aku duduk rumah,isteri akan ingatkan "bang, cerita house dah start tu, cukuplah layan kartun". aku layan kartun sambil layan anak2. isteri tau kalau aku terlepas rancangan kegemaran aku, mood aku memang hancus. even astro ada tayangan semula, ia tak sama.

10) ingatkan bayar bil2. ini tiap2 bulan, even menda rutin isteri akan tetap tanya. kadang2 marah jugak aku. dia tanya, bil2 dah bayar. aku jawab dah. dia tanya, bil astro dah?. aku cakap dah. dia tanya bil telefon dh bayar?. aku cakap dah. dia tanya bil broadband dah bayar?. aku jawab dah la, bil telefon dan broadband kan sama2 maxis, mestilah bayar sekali. even aku kata semua dah bayar, dia tetap tanya satu2. kadang2 hangin satu badan, tu yang aku malas jawab, tapi saje je letak resit bayran dari maybank2u depan dia. bila dia tanya, aku jawab "tengok sendiri je resit tu.

11)ingatkan suami nak pakai pakaian mana. pakaian dah ditetapkan, so isteri tak suka aku sepahkan aku pun almari. isteri akan letak pakaian yg aku nak pakai siap2 atas katil pagi2. kalau dia tak letak, aku akan pilih sendiri mana aku suka. aku peduli apa even warna spender tak maching dengan warna stoking. so what?


arghhh... banyak lagi sepenarnya menda2 kena ingatkan aku, tapi biarlah aku cerita lain kali pulak. aku ingat2 la, may be dulu aku banyak makan semut, tu yang aku selalu lupa.

Friday, April 29, 2011

Jumaat : Penghulu Segala Hari

malam ni hancus sesi bersukan badminton aku gara2 melayan majlis perkahwinan putera william. aku bukan nak tengok orang kahwin, tapi nak tengok suasana dan protokol majlis diraja. orang kebanyakan macam aku ni jakun la pasal2 adat2 dan tatasusila istana ni.

sambil2 layan perkahwinan tu, aku bukaklah surat2 yang baru sampai. macam2 ada: ada bil astro, bil pembentungan, kad kredit, dan surat2 lain. antara yang menarik hati aku ialah surat dari google.


ini kali kedua aku dapat dari google. yang lepas dapat rm150, kali ni hanya rm125. oklah, orang beri even seposen, duit jugak. ambik je lah. duit ni bukan boleh cash out, tapi duit google adsense untuk digunakan bagi mengiklan pasal web atau blog kita di internet.

ok cukup pasal duit google. nanti orang kata aku riak atau kata aku eksen padahal orang lain dapat ribu riban pun tak kisah. ye lah.... sikit2 pun duit gak, ambik je lah, rejeki hari jumaat yang mulia ini.

cerita pasal hari jumaat, iaitu penghulu segala hari ni kadang2 buat aku sangat2 sedih. aku bukan orang alim nak bersyarah agama, tapi sekadar mengingatkan diri sendiri. gejala tak bersoalat jumaat ni dah berleluasa sangat. aku malas nak buat cerita bohong, korang tengoklah disekitar korang berapa ramai orang lelaki yg dah mumayyis yang tak ke solat jumaat. orang jantan tu jangan la pulak tak ke solat jumaat semata2 nak pastikan yg aku cakap ni betul atau tak.tanya je kawan2 pompuan seopis anda. kedai2 makan penuh dengan orang jantan makan, sembang2 dan hisap rokok tanpa malu dan segan. restoran melayu bisanya tutup kecuali yang ada pekerja perempuan. yang mamak? even mengaku muslim, sangat jarang restoran mamak tutup masa solat jumaat. mereka gilir2 ke solat jumaat. heh... mamak!

pergi solat jumaat kita suka pergi dekat2 khatib dah nak abis baca khutbah, tu pun lepak kat atas motor atau dalam kereta sambil hisap rokok atau dengar lagu. cam haram. pergi ke masjid pulak pakaian cam nak pergi pasar malam. baju gambar2 tengkorak ada, gambar artis ada, seluar jeans koyak lutut ada, baju nampak bulu ketiak sepanjang 9 cm ada. nak pergi rumah Allah, tapi tertib tak ada. siap pakai rantai emas dan bersubang lagi. kita yang duduk sebelah menyebelah tumpang berdosa sebab mengata dalam hati. zaman sekarang tok2 imam dan bilal hanya bekerja makan gaji, buat apa nak bising2 menegur perbuatan mereka. ibadat itu mereka dengan Allah. heh.... kalau kat kampung aku, even bukan imam, orang kampung yang lebih tua suka menegur pakaian dan kelakuan anak2 kampung yang keterlaluan. mereka tak peduli anak sape, yang penting tanggungjawab tegur menegur itu diamalkan.

aku berani cakaplah bahawa yang pergi dengan begitu tertib kebanyakkan adalah orang bangla dan indon. mereka takde kenderaan, menapak je ke masjid, tapi reti nak pakai sarung dan baju yg bersih dan tertib sesuai untuk mengadap Allah. bab pakai minyak atar tu aku malas nak ceritalah even kadang2 aku duduk sebelah mereka rasa nak pitam.

satu lagi masjid dah jadi macam markas politik, tempat mengedarkan risalah2 politik, kempen2, jual bundle dan sebagainya. ada masjid port klang, dalam masjid sembahyang tonggang tonggek, kat luar ada gerai tunjuk gambar kemaluan lelaki menegang digayut dua biji kelapa. jual ubat kuat. heh....

untuk diri sendiri dan rakan2 yang masih belum insaf tentang betapa berbahagianya kita di malaysia dapat beragama dengan aman. sembahyang takde orang kacau, cuma nak dengan tak nak je. solat jumaat tu sewajibnya pergilah, seminggu sekali je. ustaz aku dulu pernah kata kiamat akan berlaku pada hari jumaat, manalah tau kot2 duduk2 layan movie lucah dirumah hari jumaat, mati tertimbus pulak.

sebagai selingan mari kita lihat bagaimana susah dan azabnya masyarakat Islam di negara luar bersolat jumaat. aku dapat dari email dulu, katanya dari kazastan. dalam salji tebal solat jumaat berjemaah lagi, kat luar masjid pulak tu. kat malaysia? jangankan kata ribut petir, hujan renyai2 pun dah ponteng solat.





Monday, April 25, 2011

Hidup Mesti Terus

ada kawan bertanya kenapa aku tetap membuat entry baru hampir setiap hari even takde orang komen. kata deme, blog orang lain ada puluh2 malah ratusan komen baru buat entry baru. dan biasanya jarak masa setiap entry adalah beberapa hari.

heh... betul aku setuju. tengoklah apa tujuan dan kepopularan mereka. kalau blog aku nak tunggu orang komen beratus baru nak tukar entry baru, memang tunggu musang berjanggut la. nak dapat komen 2 orang pun susah. berblog ni suatu hobi je pada aku, dulu2 ada juga terlalu excited nak cari sedikit duit saku dengan segala makdatuk punya iklan. itu dulu, malas dah. memang dapat sebab akan ada orang yg akan click atau beli benda yang diiklankan, tapi ia kadang2 membuat aku stress. hari2, asyik nak tengok ada orang masukke, orang belike, dan sebagainya. dan akhirnya, aku buang semua itu dan jadi blogger untuk kepuasan diri je. kalau ada iklan terselit tu, sekadar suka2. ada orang klik atau ada duit, adalah. kalau takde, takdelah.

berbalik kepada pertanyaan kawan aku tadi, aku cuma nak jawab begini. hidup kita, kita tentukan. hidup kita tetap akan berjalan, even jika kita tak mau ia berjalan. hidup kita akan tetap kita teruskan selagi nyawa dikandung badan, even tak ada orang peduli akan kewujudan kita. sesaat yang berlalu dalam hidup kita tak akan dapat diputar ganti. dan yang paling penting, usah peduli apa orang nak kata dalam meneruskan kehidupan.

orang boleh mengata kita jahat atau baik, kita yang lebih tau diri kita. jahat atau baik cuma pandangan dan persepsi mereka. err... tapi kalau ada yang melacur sukarela dan kata untuk mencari yang halal bagi membesarkan anak2, memang pada aku orang tu celaka besar. pun begitu, pelacur itu tetap melacur even aku mengatanya. hidup mesti terus.

berbalik kepada hidup mesti terus, aku ada satu cerita. entah ada kaitan atau tidak, aku tidak peduli. begini kisahnya.

pak hadi seorang melayu, duduk di pinggir laut. ada seorang isteri dan 2 orang anak. hidup mereka tenang dan damai kerana pak hadi menjadi nelayan untuk diri sendiri sahaja. dia ke laut memancing ikan. kalau ada rejeki, dapatlah bawa balik banyak ikan. pak hadi cukup selesa, dia cuma memancing ikan mengikut keperluannya. jika dapat ikan besar seperti ikan jerung, merlin, paus biru, salmon kutub utara dan sebagainya, pak hadi akan melepaskannya semula ke laut.

bukan pak hadi tak makan sup sirip ikan jerung atau ikan yang besar2, tapi kuali dan periuk dirumahnya kecil. kalau tangkap ikan besar, tak muat kuali dan periuk. kalau nak simpan bahagian yang yang dipotong, pada zaman dulu belum ada peti sejuk. itulah rutin pak hadi.

tak faham maksud cerita aku ni?

heh... inipun tak faham, sama macam aku jugak. meh aku ceritakan.

pak hadi hanya gambaran watak orang melayu dari dulu sampai sekarang. hidup dalam zon yang sangat selesa. dapat rejeki untuk kelangsungan hidup, sudah cukup baik. tak perlu menabung, tak perlu melabur atau berniaga. gambarannya jika dapat ikan besar akan dilepaskan, padahal ia cuma perlu beli kuali atau periuk lebih besar jika dapat ikan besar. peluang selalu ada depan mata, tapi dilepaskan. ikan lebihan boleh dijual, tapi dilepaskan semula ke laut.

dari tahun ke tahun, orang melayu sama je watak diatas. hidup dalam zon selesa. hidup je dalam zon selesa, tapi ramai yang melarat. kemudian mengata kenapa orang cina dari tongsan (china) boleh jadi tauke di negara kita. dah dia tau dia melarat, diorang kuat bekerja. ada peluang, diorang sapu. kita orang melayu ada kontrak, kita sub kat dia. dia makan kari ayam, kita makan kari kaki ayam. pun dah bersyukur sangat. kita orang melayu kerja sampai universiti, akhirnya jadi kuli mereka yang sekolah pun tak pernah pergi. heh.... thats life.

apapun, hidup kena teruskan. dalam perjalanan, kutiplah ilmu agar dipenghujung nyawa nanti kita mampu megucap dua kalimah syahadah.

Saturday, April 23, 2011

Undang-undang Jahiliah

dalam kita bekerja dengan orang, atau syarikat, kita kena patuh undang2 dan peraturan yg telah ditetapkan. yg menetap peraturan kalau ditempat kerja mestikan majikan atau boss kita. boss kita pulak bukannya boleh buat peraturan sesuka hati makbapak dia walaupun itu makbapak dia punya syarikat. undang2 perburuhan di malaysia ni masih kena berpaksikan akta kerja 1955 dan macam2 lagi. maksudnya even ada syarikat suka2 hari bagi cuti tahunan, cuti tahunan minima yg ditetapkan oleh undang2 ialah 8 hari setahun. nak buat peraturan syarikat, yg minima kena bagi 8 hari, kalau nak bagi 20-30 hari setahunpun boleh. nak bagi cuti tahunan 31 hari sebulan pun boleh. i like....

dan dalam syarikat, orang yang menguatkuasakan peraturan ialah jabatan HR. heh... cam polis bantuan jugaklah kerjanya, tapi kuasanya lebih besar. polis bantuan ni pada aku kadang2 terlebih sudu. kalau dalam bank atau pejabat kerajaan tertentu, suka2 hati nenek dia je nak marah2 orang. macam kita ni bodoh je, woiii samdol kalau ko pandai sangat, apsal jadi polis bantuan, jadiklah ketua polis negara (apsal aku marah sangat kat polis bantuan ni??).

dalam mengikut peraturan bertulis seperti cuti, waktu kerja, disiplin, gaji dan sebagainya; ada sebenarnya undang2 yang tidak bertulis (unwritten law). undang2 bertulis memang la dalam bentuk tulisan, biasanya dalam offer letter, term & conditions, memo, circulation dan sebagainya. ia lebih difahami dan dihebahkan kepada semua pekerja. kelau tak ikut peraturan bertulis ni, nenektiri di syarikat iaitu HR akan ambil tindakan termasuk surat peringatan, amaran dan termasuk buang kerja. heh... bagi aku, undang2 ni sangat senang kalau nak ambil tindakan jika ada pekerja yang melanggarnya.

satu jenis lagi ialah undang2 tak bertulis, ia tak ditulis dimana2 even di batu bersurat atau email. peraturan di sekadar arahan boss yang diberitahu kepada sebahagian orang, may be orang baru tak tau dan ccenderung melanggar peraturan secara tak sengaja. tindakan? heh... kalau tak bertulis, faham2lah ia biasanya tidak sah disisi undang2. nak ambik tindakan biasanya undang2 itu bersifat underground punishment. nak bagi surat amaran atau buang, kena surat rasmi, memang mamposlah kalau tulis sebab ia boleh dibawa ke pejabat buruh atau pejabat perhubungan industri atau ke mahkamah sivil. hukuman biasanya lebih kepada amaran lisan, kaunseling lisan, tekanan, diberi lambakan kerja, tidak diberi kerja langsung (quarantine), dihalang bergaul dengan rakan sekerja, atau dipaksa berhenti kerja.

alhamdulillah tempat kerja sekarang takde undang2 jahiliah itu. kalau adapun ia setakat apa yang boss suka tengok. contoh? emmmm ..... ok aku bagi satu, dan ini je satu2 unwritten law yg kami ada. waktu bekerja adalah dari isnin hingga jumaat, 5 hari seminggu. waktu kerja ialah dari jam 8.00 pagi hingga 5.45 petang. kami beri kelonggaran kepada para executive untuk masuk lewat, tidak lebih dari 8.30 pagi (kalau lagi besar pangkat, lagi lewatlah diorang masuk kerja). so, dah bagi kelonggaran masa masuk, mereka kena ingat bahawa balik kerja nanti janganlah sharp2 5.45 pm dah terpacak di pintu pagar dan punch card. kalau balik sharp2 545pm pun bukan suatu kesalahan, tapi ia sesuatu yang dipandang tidak mulia. takde siapa cerita pasal peraturan ni kepada para executive, not even in my formal orientation for new intake. tapi ia dicerita dari satu mulut ke telinga orang lain, dan dari generasi ke generasi.

so, lupakan pasal unwritten law campany aku sebab ianya tak mencabar dan seumur kerjaya aku disitu, takde satu orangpun pernah diambil tindakan sebab balik ngam2 ho jam 545 petang.

ni aku ada satu cerita. kisah ni berlaku kat syarikat yang aku kerja dulu. dulu la. bukan syarikat pertama, ketiga atau keempat. kat syarikat kedua? ya betul!!!, mana korang tau ye.

di syarikat kedua, syarikat jepun tapi dah dikuasi oleh orang cina malaysia. lady boss. aku kerja kat sini macam kerja dalam akuarium. HR department duduk dalam bilik bercermin lutsinar yang dikeempat2 penduru bilik kami boleh memerhati suasana diluar dan orang boleh perhati kerja2 kami. satu penjuru menghadap production. perjuru kedua menghadap kantin. penjuru ketiga menghadap bilik loker pekerja. dan penjuru keempat menghadap meeting room dan bilik training. cam akuarium betullah.

sebab kami menghadap production, loker, dan kantin; pergerakan pekerja memang kami nampak dan perhatikan. selalu jugak aku usha2 awek yang lalu lalang. opsss, maksud aku memastikan mereka ikut peraturan, tu yang kena perhati. eleh... aku bujang lagi masa tu, so tak salahpun kalau aku jatuh hati pada sesiapa.


Gambar Hiasan : Aku (dua dari kanan)bersama-sama rakan sekerja syarikat lama semasa majlis Annual Dinner.


since aku baru masuk, aku hairan kenapa pekerja wanita Islam bila jumpa diluar pagar kilang, bertudung. jumpa kat kantin bertudung, tapi masuk production, free hair. lagi lahanat aku tengok ialah bila sampai kilang mereka ayu bertudung, lepak2 dikantin sementara loceng berbunyi mereka bertudung. bunyi loceng mereka terus tanggal tudung dan bekerja. minum pagi, pakai tudung balik. makan tengahari, bertudung, masuk kerja tanggal tudang balik. minum petang, bertudung, kemudian tanggal balik. balik kerja, bertudung balik. hehh... munafiq!

ye, munafiq itulah pandangan pertama aku bila tidak gejala pakai tanggal pakai tudung ni. pada aku kalau ko nak pakai, pakai terus. kalau tak nak bertudung, jangan bertudung. bab dosa pahala korang tanggung la sendiri. kat padang mahsyar nanti akupun bukan boleh defend korang, aku sendiripun entah lepas ke tak lepas melepasi titian siratul mustaqim. Insyallah, aku berdoa agar lepas dan masuk syurga Allah.

since aku orang budiman walaupun dah berkoyan2 aku mengata dalam hati pasal gejala tudung ni, aku memberanikan diri bertanya kepada salah seorang staff aku. dan, betullah apa yang terjadi, memang wujud undang2 purba disini. tidak dibenarkan pemakaian tudung didalam tempat kerja. jadi wanita Islam malaysia dan indonesia memang akur dan tidak dappat bertudung masa bekerja. dalam tempat kerja termasuklah production area dan office. aku bertanya HR manager tentang apa yg aku dengar, dan ia mengesahkan. heh.... tak sangka aku masih dalam zaman jahiliah. even sembahyang dibenarkan dan suraunya besar, aku masih ralat tentang pemakain tudung. yang free hair, lantak depa lah. tapi yang memang dari kecik bertudung, kerja sini kena tanggal tudung masa bekerja, aku rasa macam aku kongsi sekali dosa peraturan ni. yang jadi mangsa terbesar ialah wanita seberang sebab mereka dibah kontrak kerja 3 tahun, mereka terpaksa lupakan tudung masa bekerja. even aku suka jugak tengok mereka yang adakalanya lebih ayu tidak bertudung dengan leher yang jinjang, akukan konservatif, aku lebih suka wanita bertudung.

bertudung ini suatu contoh. ada jugak syarikat2 lain yang lebih firaun dalam undang2 rimba (unwritten law) mereka. ada yang tidak membenarkan bekerja bersolat dan memaksa pekerja Islam terpaksa curi2 bersolat. ada juga mewajibkan pekerja mendedahkan aurat seperti menampakkan susuk tubuh, longkang... dan sebagainya. imej korporat kata mereka, cam lahanat. yang lagi lahanat bila kita selidik kadang2 yang buat peraturan jahiliah dan tidak Islamik ini adalah orang Melayu dan beragama Islam. heh...

aku tak lama disyarikat tu. satu sebab malas nak berkompromi dengan undang2 jahiliah. kedua sebab manager aku tu tiba2 kena strok dan berhenti kerja, diganti dengan manager baru yang betul2 tak tau apa itu kerja2 HR. tak tau belajarlah, tapi ini bodoh sombong.

apa boleh buat kalau ada bekerja disyarikat yang amalkan peraturan jahiliah ini? laporkan kepada jabatan buruh, jabatan perhubungan industri dan badan2 kerajaan yang berkaitan. jangan laporkan kepada HR, mereka macam anda tertakluk kepada peraturan jahiliah itu jugak. ala merekakan polis bantuan kilang.

Thursday, April 21, 2011

Kau Ingat Aku Kuli Batak?

dalam kehidupan, kita perlu berkomunikasi. even guna pertuturan, email, bahasa isyarat dan sebagainya, komunikasi penting untuk menyampaikan mesej. tapi biasalah, bak kata yusof wilca ... "ini mis communication... "

berkumunikasi kena ada adapnya. even jika pangkat besar sekalipun. even dengan Allah, ada cara berkomunikasinya. rule pertama, jangan biadap.

aku ada satu cerita.

suatu hari semasa bekerja, staff aku memaklumkan ada bank nak buat staff comfirmation. biasalah, bila ada staff yang nak buat loan seperti housing loan, personal loan, beli kereta motor, beli katil baru dan sebagainya. pihak bank atau syarikat kredit akan menghubungi syarikat, dan biasanya melalui HR untuk mengesahkan mereka ada bekerja, gaji dan sebagainya. since menda ni rutin, akupun tak kisah. jawab je bila ada yang tanya. bank2 je selalu tanya keupayaan staff untuk bayar balik, abang ALONG steady je bagi loan tanpa penjamin dan cagaran. yang diorang tau, kalau tak bayar??........ sendiri mau ingat da....

sambung balik kisah bank call untuk pengesahan staff tadi.

bank : hello, ini HR ke? saya nak buat staff confirmation.
hr : ya. boleh cik. boleh saya tau nama cik dan dari bank mana?
bank : saya cik siti, dari bank abc (nama dirahsiakan)
hr : boleh bagi nama staf tu?.
bank : nama dia en semaun bin samangat (bukan nama sebenar).
hr : maaf cik, nama tu bukan pekerja syarikat ni.
bank : eh.eh.eh... tak check dalam system lagi dah boleh kata bukan staff awak.
hr : cik, saya confirm ini bukan staff saya.
bank : jangan main sebut je, check la betul2.
hr : betul cik, saya pasti, nama tu bukan staff syarikat ini. staff disini tak ramai, saya boleh ingat semua nama.
bank : heh... mengarut betullah awak ni. sambung line kepada boss awak, saya nak report pasal awak. tak professional langsung.
hr : tak perlu sambung, sayalah orang in charge HR disini.
bank : err....
hr : by the way cik siti (bukan nama sebenar), saya kenal sangat salah seorang HR di HQ bank awak ni. eemmm.... puan salwani (bukan nama sebenar). elok jugak saya komplen pasal staff dia yang 'proffessional' sangat2 ni. untung2 cik siti boleh dapat surat rasmi.
bank : err.. jangan la macam tu encik,... encik apa nama tadi.... saya mintak maaf. tolong jangan report pada pengurusan bank, nanti saya kena pecat. saya mengaku salah kasar pada encik tadi. saya ingat encik jawab main2 tadi.
hr : inilah orang melayu. baru ada pangkat sikit, perangai lebih dari manager bank. kali ni saya diamkan. bukan saya kesiankan cik siti, tapi saya malu orang sebangsa dengan saya ni je yang asyik kena tindakan sebab biadap dengan bangsa sendiri. kalau dengan orang cina, even dengan apek jual sayur, reti pulak bahasakan diri mereka boss la, tauke la.... dah. terima kasih.


moral of the story :
1) dua2 watak dalam kisah diatas takde moral.
2) bangsa melayu suka sangat peleceh bangsa sendiri. ingat semua orang melayu tu takat jadi kuli batak je ke.
3) tak kira siapa pun budi bahsa kena jaga.

Friday, April 15, 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

semalam (14/4/11) adalah hari malang aku. heh... kalau ikut orang cina betullah tu... sebab ada nombor empat. dua kali pulak tu.

malang apa? meh sini aku cerita.

semalam aku bercuti separuh hari sebab isteri ada check up kat klinik ibu mengandung. since aku kena hantar anak tadika jam 8am, aku paksa isteri bersiap terus even appointment jam 9am. malas aku nak ulang aling 2-3 kali even jarak cuma 0.23 km dari rumah. leceh la.

since aku dah siap, aku mintak wife bersiap cepat. nanti lewat pulak anak ke tadika. since bilik mandi di master bedroom anak perempuan guna, aku suruh isteri guna je bilik mandi di dapur. heh... paham2lah kalau pompuan mandi, lama punya. even anak perempuan umur 5 tahun. dia punya gosok gigi je dah 10 minit padahal gigi pun dah takde.

sedang layan2 anak bongsu, terdengar ketukan pintu. err... dari bilik air dapur tu. heh.... pintu terkunci. tombol tu dah lama, dah beberapa kali aku terkena, tapi bila aku ketuk2 ia terbuka, malas pulak nak tukar baru. kali ni wife terkunci. mula2 aku cakap kat wife kenapa nak kunci, bukan aku nak intai pun (he.he.he...). tapi wife kata dia tak kunci, tapi tombol pintu rosak.

aku cuba ketuk2, tak terbuka.
aku guna anak kunci buka, tak terbuka.
aku hentak je tombol tu dengan tukul besi. barai. tak terbuka.
aku guna screwdriver jolok tambol sebelah dalam, terburai. tak terbuka.
aku jolok keluar semua mechanism tombol, tak terbuka.

sah, ia jammed.

aku ambik gergaji kecik dan gergaji lobang tombol. dan aku tendang pintu. TERBUKA.
syukurlah isteri aku ok. may be anak dalam kandungan terkejut sikit je. biasa ada gangguan malam, ni pagi2 dah ada gangguan. he.he.he...

kerana kejadian itu, anak aku tak ke tadika. oklah, buat teman aku kat rumah dengan adik keciknya. kat klinik hanya umminya. aku jadi mr mama.

tengahari aku masuk kerja. since ada urusan bank, aku ke port klang. since aku parking agak jauh dari bank dan kawasan tu agak lengang, aku kunci steering dengan kunci jenis batang besball.

siap urusan bank, rushing ke kereta sebab ada meeting dengan GM. bukak pintu, kemudian bukak steering lock..... arghh.... tak boleh bukak. cuba2 bukak lock tak terbuka. bancau!

peluh jantan dah bertitik. aku hidupkan enjin, bukak aircond. cuba buka lock lagi, masih tak terbuka. aku bertenang, tarik nafas, dan cuba bukak. pun tak terbuka.

aku tenangkan diri, call kawan2 dan seperti diduga, semua tak dapek nak tolong. aku bertenang lagi, dan mula panas bontot. apa tak nya, awek opis depan dan mula bercakap sesama sendiri sambil muncung mulut ke arah aku. eleh... ingat ini kereta pinjam ke? memang pinjam la sebab loan bank belum abis bayar. setahun lagi abis la.

buntu, aku bertenang sambil dengar lagu. dan, teringat kedai apek buat kunci kereta stream adik aku. dekat je kedai tu. akupun menapak ke situ. ada 2-3 pelanggan, dan cam biasa orang mulut manis memang boleh potong q. apek tu tutup kedai dan membontoti aku kearah kereta. dekat je, tapi berpeluh jugak la ketiak. nasib baik aku pakai nivea for man, tidak melekit even peluh macam hujan.

sampai di kereta, apek tu cucuk rokok dan memegang lock. dia cakap " kalau wa buat, ini lock sudah tak boleh pakai aaa'. aku jawab "kasi bukak saje".

heh... tak sampai seminit, terbukak lock.

since aku orang budiman, aku cakap kat apek tu aku hantar dia balik ke kedainya, even menolak, aku buat muka selamba. since aku belum bayar terpaksalah dia ikut. sampai kedai dia aku mulalah bertanya harga. rm40 hengget. malas nak cerita panjang aku bayar je. akupun tak pasti mahal atau murah. kalau ikut panas hati aku, aku gergaji je steering tu.

balik rumah malamnya, lepas solat termenung sekejab aku disejadah. apalah malang aku hari ini. mungkin Allah nak menguji kesabaran aku. atau Allah nak aku sedar bahawa aku banyak lupa tentang kewajipan aku.

Tuesday, February 15, 2011

Hari Memperingati Kekasih

Hari ni adalah hari yang sangat dinantikan. biasanya kalau hari kelahiran sendiri, kita sambut bersama keluarga. tapi hari ini adalah hari kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. dan ianya diraikan diseluruh dunia.

semalam (14/2/11) rata2 manusia meraikan hari kekasih atau Valentine's Day, hari ni ialah lebih meriah sebab ia adalah Hari Memperingati Kekasih yang sebenar. Hari memperingati Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

aku seperti manusia lain meraikan hari keputeraan Baginda ini dengan penuh kesyukuran. Syukurlah dengan nikmat Islam dan nikmat Iman yang telah dikembangkan oleh baginda Rasullulah S.A.W.

Tiada aktiviti spesifik meraikan, sekadar melakukan sedikit amalan pada sebelah malamnya. hari ini, sekadar mengadap kaca tivi melihat siaran perarakan di putrajaya dan kemudiannya mengenang sirah Baginda dengan membaca kembali buku Biografi nabi Muhammad S.A.W.





Tajuk : BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH - PERJALANAN HIDUP SEORANG NABI
Penulis : PROF. DR. ZULKIFLI MOHD. YUSOFF & DR. NOOR NAEMAH ABD. RAHMAN
Terbitan : PTS ISLAMIKA SDN BHD
Bilangan Muka Surat : 481
Harga : RM 35.00

Sebenarnya ini bukan buku yang baru aku beli. ia aku beli masa ada karnival jualan buku di kompleks PKNS Shah Alam pada 01/01/2010 yang lepas. dah baca sebelumnya. since banyak kelapangan waktu, aku mentelaah semula bagi mengenang kisah Junjungan Besar kita itu. kepada yang belum pernah membaca buku yang diterbitkan sejak 2007 ini, ia adalah satu buku biografi yang cukup lengkap. ia bukan seperti buku2 yang kita baca disekolah yang rata2 adalah membosankan. buku ini sangat teratur dan banyak kisah baginda yang dipaparkan didalamnya ramai antara kita tidak pernah membacanya dimana2. ayat2nya pula cukup mudah dan cukup mesra pembaca.

rata2 hari ini sebelah pagi hampir semua channel tivi siarkan rancangan keagamaan. pagi je lah.... namun syukur alhamdulillah, banyak surau dan masjid termasuk surau taman perumahan aku adakan forum perdana ehwal Islam bagi memperingat hari ini.

kepada diri aku dan semua, aku menyeru agar sama2lah kita memperbanyakkan selawat atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. jika amalan baik kita tak boleh lakukan pada hari keputeraan Baginda ini, harap2 janganlah kita membuat kemungkaran. maklumlah hari cuti, semua orang akan berseronok.

Tuesday, November 2, 2010

Berbelanja di Kedai RM2.00? So What!

dalam berbelanja untuk diri dan keluarga, aku tak le memilih sangat. bundle, kedai tepi jalan, pasaraya, gedung berjenama, even kedai 2 hengget pun aku masuk. aku beli mana aku berkenan, dan aku berbelanja ikut kemampuan.

dah nama orang HR, rata2 memang pekerja akan kenal. yang tak kenal tu memang jenis apa aku tak tau la.... nak kata katak bawah tempurung tak mungkin. ini tahap katak dalam terowong kot.

bercakap pasal berbelanja ini ada orang kata kita kena berbelanja ikut taraf hidup kita. heh... mungkin betul. betul sebab kalau budget kecik, mana mampu nak membeli belah barangan mahal di gedung serba mahal. tapi dari pemerhatian aku, orang sengket cam aku memang cepat riak nak tunjuk membeli belah barangan mahal di gedung serba mahal. padahal kalau orang cam aku pakai rolex original sekalipun, orang akan anggap aku beli rolex pasar malam. sedangkan orang kaya, even pakai emas zhulian, orang akan anggap pakai emas habib jewel.

boss tempat aku kerja berasal dari keluarga terkaya di malaysia. ye lah, siapa tak kenal keluarga Tan Chong. keluarga cina ini menguasai Tan Chong motor (pengedar nissan di malaysia), apm, warisan tan chong dan seangkatan dengannya. beratus buah syarikat berada dibawah naungan keluarga besar mereka. bos aku sendiri, keluarganya dari keluarga dato' tan kim hor (pengasas bersama tan chong group) dan menguasai wawasan tkh holdings berhad. selamba badak air je pergi kerja dengan kenderaan pacuan 4 roda. langsung tak perlu pakai bodyguard. selamba je lepak makan dengan kami di warung mamak pekena kari kepala ikan selepas management meeting.

tu orang yang betul2 kaya. tapi orang sebangsa dengan aku? heh.... baru dapat tender buat jamban balai raya je, dah rasa tak setaraf dengan orang2 kampung biasa. cam lahanat je. dah macam biasa kaum kita cepat merasakan bahawa kita kena berbelanja mengikut kelas kita. cam aku kelas 3 anggur, kena berbelanja kedai 2 hengget je la...

aku ada satu cerita pasal berbelanja dan tanggapan.

di suatu tempat di kilang tempat aku kerja. tiba2 ada satu pekerja cuba memulakan perbualan dengan aku.

dia : err.. hari minggu lepas saya nampak en izman. nak tegur segan.
aku : OO.o.. ye ke? kat mana?
dia : kat pendamar.
aku : pendamar?
dia : aa... ah.
aku : dah nampak kenapa tak tegur. saya tak perasan kamu kot.
dia : ye... saya tengok en izman tengah pilih barang.
aku : pilih barang?
dia : aa...ah. barang plastik rasanya.
aku : kat mana tu?
dia : err.. malu pulak saya nak cakap
aku : kenapa malu pulak? saya kat rumah urut ke?
dia : bukan. kat kedai rm2.00.
aku : Oo... kedai rm2.00. saya cari plastik sampah kot. sambil tu tengok2 tukul, baldi.
dia : ye... saya perasan en izman, tengok2 barang kat situ.
aku : kamu kat kedai tu jugak ke?
dia : ye.
aku : kenapa tak tegur saya.
dia : saya nak tegur, tapi takut en izman malu pulak.
aku : malu? saya nak malu kenapa pulak?
dia : eer... en izman kan ada pangkat, nanti saya tegur, en izman rasa segan pulak.
aku : nak malu kenapa, saya bukan mencuri.
dia : err... maksud saya, situ barang dia murah. orang macam saya, kerja operator bulehlah beli kat situ. en izman patut beli barang kat tesco, jusco.....
aku : heh.... apalah kamu ni... saya pun orang macam kamu. saya nak beli kat mana, saya beli. kat pasar malam pun saya membeli, kat tepi jalanpun saya beli, bundle pun saya beli. saya beli barang ikut keperluan dan kemampuan saya, saya tak peduli orang cakap aku. setakat plastik sampah, buat apa nak beli yang mahal2.
dia : eeer... saya ingat kalau pangkat besar, kena beli tempat yang ada standard sikit.
aku : tu bukan saya. saya beli yang murah dan sesuai dengan poket saya. oklah, pergi makan cepat, nanti abis pulak masa rehat.
dia : baik en izman.



moral of the story :
1) berbelanjalah ikut kemampuan.
2) dah aku orang melayu, kalau aku kaya macam boss aku, confirm aku dah sambar ferrari kaler kuning sebiji, porche cayenne kaler hitam sebiji dan hummer sebiji.
3) tok sah riak dengan harta dunia, tak leh bawa ke akhirat. err... bawa masuk kubur boleh, wasiatkan tanam dalam liang lahat sekali dengan harta. he.he.he...

Tuesday, August 25, 2009

Orang Pertama

PERTAMA adalah kedudukan utama yang menjadi idaman setiap insan termasuk aku. kita ghairah mengejar kedudukan pertama ini, atau kita idamkan semua benda yang pertama seperti tempat pertama kejohanan pingpong peringkat kelas 3 anggur. bila dah besar sikit, dah bersunat mulalah mengejar cinta monyet pertama. malah ada manusia yang sanggup bunuh diri akibat gagal cinta pandang pertama. atau bunuh orang lain bila cinta pertama kita kembali ke pangkuan cinta pertama dia dulu.

murid2 yang terpaksa tinggal diasrama buat kali pertama pasti masih lagi terbayang saat sedih berpisah dengan keluarga. terpaksa makan nasi ikan jaket. bila dah bekerja buat kali pertama, ramai yang ghairah berjoli dengan gaji pertama. yang baik tu, gaji pertama diserahkan pada ibu atau disedekahkan pada masjid. kemudian kumpul duit untuk beli kenderaan pertama. masa depat kereta/motor pertama, pergh! hari2 lap. sebelum tidur masih sempat jenguk tingkap tengok keselamatan kereta diluar rumah.

dah ekonomi stabil, cinta pertama dah ada, kenderaan pertama dah ada, dapatlah dibina ikatan pernikahan buat kali pertama. biasanya semua pasangan berharap agar pernikahan itu adalah yang pertama dan terakhir buat mereka. tapi... yang jantan tu pula berharap agar ia menjadi yang pertama, dan lepas ni ada kedua, ketiga dan keempatnya. dah sah ikatan ijab kabulnya, pengantin masing2 tak sabar menunggu2 saat pertama bergelar suami isteri pada malam pertama. pengalaman pertama lagi indah bila si isteri bunting pelamin dan mengandung anak pertama. mabuk2 dan mengidam membuatkan suami isteri pula bahagia menanti kelahiran anak pertama. aku yakin ada bakal bapa yang mati kutu menanti kelahiran anak pertama. si bakal ibu apa kurangnya, masih belum pandai meneran, kali pertama katakan. anak pertama memang special, serba serbi baru untuknya. layanan memang kelas pertama juga. ia ditatang bagai minyak yang penuh.

tapi dalam doq seronok tentang menda2 pertama tu, pernahkah kita sedar bahawa banyak lagi benda pertama yang kita tidak tau atau kita sekadar tidak ambil peduli. misalnya tentang ORANG PERTAMA. aku bukan nak cakap pasal orang pertama yang curi hati ko dulu la... aku nak bagitau tentang orang2 pertama yang sebenarnya penting dikenali oleh umat Islam. menda ni aku dapat dari email ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com). aku yakin ada yang akan cakap "ala, aku dah tau menda ni. kat sekolah dulu aku ada belajar". jangan cepat mendabik diri, baca dulu. sedangkan aku yang top scorer sejarah Islam pun ada yang tak pernah dengar sesetengah fakta ni, apatah lagi yang dapat takat cukup2 makan markahnya (woii.... mendabik dada sendiri la tu, buatlah selalu kalau nak kena belasah).

kalau ada sebarang fakta dibawah ini sebenarnya auta atau menyeleweng, harap mana2 ustaz, ustazah, atau sesiapa yang tau tu bagitaulah. kang aku sebarkan ajaran sesat pulak.



ORANG YANG PERTAMA

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi IbrahimAS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nbi SAW: Thuwaibah RA

12.. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH.

9. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Friday, August 21, 2009

Puasa Menghapus Dosa

semalam (20/8/09) dan ari ni aku dapat special task ke kastam kat pulau indah. biasalah, even tak de kena mengena dengan department aku, tapi sebab big boss mintak aku temankan seorang pegawai yg kena buat cj5 (ia memang takde kena mengana dengan filem cj7 arahan stephan chow). semalam aku ngan saiful, hari ni kami bertiga. aku lebih kepada pemerhati je, kalau ada masalah baru aku gunakan power rangers aku. since saiful dan staff baru tu ok je, aku just buat biasa2 je la. cj5 biasanya ada yg buat, tapi since ada urusan mendesak, campurtangan aku sebagai nasi tambah dan menghuruharakan majlis amat diperlukan.

pegi pun best jugak, memang semua kaunter gadis2 je, dan memang lawa dan manis la. naik juling aku dan si saiful tu memandangnya. kalaulah kami bujang lagi..... atau kalaulah isteri2 kami sanggup bermadu..... dan kalaulah mereka2 yg berkenaan berkenan dan sanggup bermadu; bak kata p.ramlee "seperti dunia, anda yang empunya" (nota kepada isteri tersayang : ala ini ayat2 blog je, ayangpun tau abangkan mana ada jeling perempuan lain kat luar).

dan semalam jugak lepas urusan kastam, aku dan saiful ke teluk pulai utk pekena yong tau fu sup kat marisa yong tau fu sup. dah lama la aku tak pegi sini, since dalam 50-50 puasa ke tak hari jumaat, kami belasah la yong tau fu sup ni dulu. kesedapannya tetap sama. dan dengan harga rmrm9.00 sorang termasuk air kami betul2 kekenyangan. apa taknya, semua masuk; telur puyuh, fish ball, fisc cake, crab stick, kangkung, ala korang sebut je bahan yong tau fu tu semua kami sebat. bukan buruk lantak ye kawan2, itu namanya strategi; menyimpan lemak untuk menghadapi bulan puasa.


hari ni pulak, takdelah makan lepas kastam sebab pegi lewat petang. staff prempuan baru tu pulak innocent je, malas nak bawak jalan2 jauh. he.3x...

oh ya, sebelum aku membebel lagi jauh, aku nak ucapkan "selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutama keluarga, kawan2 dunia nyata dan dunia ghaib (dunia internet la...), dan sesiapa je yang terbaca blog aku ni, atau faham kandungan blog aku ni". masa khutbah jumaat tadipun diceritakan tengtang kefardhuan menunaikan ibadah puasa bagi setiap umat Islam. mimbar jumaat juga mengingatkan sidang jemaat agar menjaga ibadah puasa mereka agar tidak menjadi sia2, iaitu berpuasa tapi sekadar lapar dan dahaga sahaja kerana amalan tersebut tidak diterima Allah kerana tidak meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah termasuk menjaga aurat, mulut, perbuatan dan sebagainya. bermaksud, selain tak makan dan minum, kita juga tidak mengumpat, dan mengakses bahan lucah.

cerita pasal bahan lucah ni aku ada satu cerita. takut batal pose kalau baca siang hari dibulan ramadhan? ini entry tak lucah la.... begini.....

ia terjadi masa aku ditahun pertama di universiti. belum bulan puasa lagi masa tu. ada seorang kawan sekuliah aku bertanya pada aku sebelum habis kuliah :

kawan : man, ko ada biskut tak?
aku : ada.
kawan : banyak tak?
aku : banyak.
kawan : berapa keping ada? biskut baru ke lama?
aku : banyak la. ada aku baru beli, biskut lama pun ada lagi.
kawan : bagi aku sikit ye. malam nanti aku datang bilik ko.
aku : ok. tapi lewat sikit la...
kawan : ok.

seperti dijanjikan. kawan tu datang bilik.

kawan : mana biskut tu?
aku : tu, dalam tin tepi loker aku.
kawan : biskut ko letak dalam tin tepi loker je? berani ko man? tak takut ke?
aku : ala takat biskut je. kalau ada orang ambik pun, kawan2 sebelah bilik je, diorang pun kadang2 ada share jugak beli biskut tu.
kawan : (membuka tin biskut dan menunjukkan muka hampa)ni biskut apa man?
aku : biskut campur2 la.. ada biskut mayat, biskut marie, biskut cream. biskut ko nak tu tak de ke?
kawan : aku bukan nak biskut ni, aku nak biskut lain.
aku : (menyangka kawan tu takde duit nak makan dan tak selera nak makan biskut yg aku beli) jomlah gi cafe D9, aku belanja ko makan nasi goreng paprik. duit jpa ko dah abis ke?
kawan : ko ni slow la... aku ada duit la. aku nak carik biskut?
aku : ko nak biskut ko carilah kat pasaraya kat the mall tu. biskut apa ko nak sebenarnya ni?
kawan : aku nak vcd blue (lucah) la. aku ingat ko tau semua orang kat sini panggil vcd blue tu 'biskut'.
aku : la... mana la aku tau. aku kan orang baik, mana la layan menda2 tu. ko tengok muka akupun dah tau aku orang baik.
kawan : sia2 aku datang jauh2 ni. confirm 'biskut' takde?
aku : confirm! memang takde. setakat majalah penthouse, playboy, siamgirls aku ada la... ko nak tak?
kawan : hah! betul ke ko ada? bagi aku pinjam sebulan.
aku : aku lawak je la...
kawan : cilanat ko man, mainkan aku ye. dah tak de biskut, kita gi D9 makan nasi goreng je la... ko belanja.
aku : ok lah. dari tambah dosa, baik kita tambah lemak. ko ni cukuplah tengok cd lucah ni, ko gelapkan hati ko tu. bawak2 betaubat la... (terus berkhutbah sambil jalan kaki pegi cafe D9)
kawan : cukuplah la tu man, aku dah insaf ni. kang aku terjun tasik tu baru ko tau.
aku : jangan la terjun tasik tu malam ni, ko terjun la esok. kalau malam ni ko mati, aku pulak jadi saspek.
kawan : cis, tak guna punya kawan. aku tumbuk perut ko. hiahhh!!!
aku : adui....

Moral of the story :
1) esok dah start pose, xtvt layan menda lucah tu hendaklah sibuang terus.
2) kawan memainkan peranan dalam kehidupan kita. kawan yg tersimpang tu, nasihatkanlah. kalau yg jahat nak asyik2 nak hasut kita jadi jahat sama tu, korang nampak je dia kat simpang, korang larilah laju2.
3) macam2 istilah kreatif untuk menda jahat, untuk jalan Allah macam mana??
4) korang ingat semua yg kat 'u' tu baik sangat ke? ada jugak yg tak baik, tapi mereka masuk 'u' sebab pandai. habis ingat semua kat 'u' tu cerdikpandai semuake? tak... yg sapu sampah tu may be tak sepandai student dan penyarah 'u' la..


Oklah.... sekali lagi, aku ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam. Moga kalian berjaya menempuhinya dengan Iman dan taqwa yang teguh. banyakkan amalan termasuk bertadarus, berzakat, bersolat berjamaah, menunaikan solat tarawih, bersedekah dan amalan2 lain. Berdoalah agar puasa kita tahun ini adalah puasa terbaik sepanjang hidup kita.


IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

www.bio-asli.com/?id=izzi



www.bio-asli.com/?id=izzi

Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke kampung, majlis kenduri adik aku berlangsung dengan selamat, majelis bertandang juga selamat dan akhirnya aku sampai ke port klang juga dengan selamat. syukur! cuma badan sangat penat, biasalah.. uruskan majelis kenduri.

hari ni (22/06/09)agak terkocoh2 sikit, pasal banyak menda nak disettlekan. anak sekolah, kerja bertambun termasuk urusan gaji, uruskan wife ke klinik ibu mengandung. pun, syukur... semua settle!

malas nak update pasal kenduri sebab malas nak upload gambar dari henset. digital camera aku masih belum repair. nampak gayanya memang kena tukar baru. ala beli yg murah je dulu. aku sebanarnya suka camera slr belalai gajah tu. dapat pulak lensa tamron, puas hati!

oklah... aku cerita pasal kebiasaan! kebiasaan ni aku sebut habit atau habitat (boleh ke camtu?). dari kecik, bilik aku sebelah bilik papa aku. bila bangun untuk ke sekolah atau solat subuh, papa aku kejutkan. biasanya dari bilik dia dia cuma panggil nama untuk kejutkan. kalau degil, papa akan siap panggil nama penuh, kalau degil lagi memang siaplah kena rotan.

bila asyik kena rotan, sistem penggera badan aku dah disetting untuk mengesan keadaan bahaya. papa biasanya akan bangun awal pagi baca quran, kemudian solat subuh. biasanya papa akan ke surau. kadang2 tu kat rumah je. lepas solat papa akan pekena teh susu dan rokok, dan biasanya akan terbatuk2. lepas tu baru dia akan kejutkan kami adik beradik untuk solat dan sekolah.

biarpun usia menginjak remaja, masuk u, dan kerja, rutin berterusan sampailah aku berkahwin. papa tidak pernah lupa mengejutkan aku dan adik beradik lain untuk solat subuh. dah kahwin, aku ingat aku akan mengambil tanggungjawab tu, tapi isteri aku yg selalu jadi tukang kejut. maklumlah sejuk!

balik kampung baru2 ni, aku dapat bilik tu, selalu aku dan adik aku akan bergilir tidur bilik tu. tah hari sabtu ke ahad, sedang aku syiok tidur diselimuti kesejukan pagi, tiba2 aku dengar papa aku batuk.

aku bingkas bangun dan menerpa ke pintu untuk ke bilik air air untuk ambik air sembahyang. solat subuh la. tiba-tiba.......


...isteri aku menegur "abang nak gi mana tu?"
"nak ambik air sembahyang la. sembahyang subuh" aku menjawab.
"baru pukul 4 pagi bang. nak sembahyang tahajut bolah la" isteri berkata.

aku terus baring semula, menarik gebar dan sambung tidur.

ishh.3x, hebat betul penangan batuk papa aku. dia batuk saje aku dah bingkas bangun untuk solat subuh.

kepada papa "selamat hari bapa. papa adalah papa terbaik dalam dunia".

Thursday, June 4, 2009

Ragam Dalam 'Train'

semalam (03/06/09)seharian aku di KL atas urusan rasmi syarikat dan urusan menghadiri workshop payroll di sebuah hotel di bukit bintang. cam biasa aku pergi balik naik komuter dan monorel. dah biasa, lagi selesa berbanding aku terperangkap dalam jalan yg jammed. aku lama duduk port klang, kalau ada kereta bersusun lebih 7 buah dah kira jammed la tu. so, aku tak mampu nak menghadapi jammed on the balik dari Kl sebab training aku abis jam 430petang.



untuk makan tengahari aku just makan kat mc D KL sentral, workshop start jam 2pm. then ambik monorel ke BB. training ni disediakan oleh penyedia software payroll, tapi yuran workshop still kena bayar la sebab buat kat hotel. dulu diorang suka buat kat training room syarikat diorang, sekalipun aku tak nak pegi. dah buat kat hotel, dah 2 kali aku pegi. hotel baru ada class dan semangat gi kursus ke hape.

abis workshop jam 430pm, makk aii... punya la ramai manusia kat area bkt bintang. dengan org balik keje, kerja org bercuti sekolah, dengan orang yg hidup disitu, org berkursus macam aku, dan orang2 yg berpeleseran. tapi mata aku tertancap pada group anak2 gadis melayu yg kebetulan berjalan didepan aku. rupa cantik, tapi pakaian.... ya ampun! aku tak tau apa nama fesyen baju tu tapi ia baju longgar dan senteng, longgar dan luas leher bajunya sehingga salah satu bahagian bajunya longgar ke siku. tapi coli yg transparent dan pandangan sisi cukup membuat aku terpempan. nafsu dunia! aku cuba melawan dengan sifat2 mala'ikah yg bersisa dalam diri, tapi nafsu haiwaniah dan nafsu syaitoniah lebih kuat, dalam buat2 selamba, mata aku melirik juga. apa nak buat, rejeki depan mata. astaga! semua nampak, cuma tampok manggis je belum kelihatan sepenuhnya. nampaknya terpaksa aku percepatkan sambutan hari bapa ke malam ini.

sesungguhnya Allah itu maha kaya. segala amalan baik dan buruk walaupun sebesar zarah akan diadili. ada kejahatan dibalas di akhirat dengan balasan neraka jahanam, dan ada diadili di dunia. untuk kes aku, aku terus dihukum didunia. zina mata yg aku buat dihukum terus. aku masa tu naik monorel nak balik ke KL sentral, kes zina mata tu berlaku masa aku dalam perjalanan dari hotel ke stesen monorel yg jaraknya kurang 100 meter. may be hati aku masih keseronokan tengok nafsu dunia, aku terhayal seketika. tambahan pula aku terpaksa berdiri dlm tren kerana ramai manusia. akhirnya bila dah kosong, aku dapat duduk dan tiba-tiba.....

aku terdengar pengumuman stesen berikutnya ialah chow kit. astaga! aku mana ada lalu choket! aku tengok route map, dan aku dah di stesen kedua akhir menuju ke jalan yg salah. aku beristirafar dalam hati sambil2 meninsafi bahawa inilah balasan serta merta dari Allah atas kejahilan aku tadi. aku yg ingin cepan ke KL sentral kerana nak kejar tren komuter yg tiket aku dah beli pergi balik dari port klang. dari aku nak segera balik elak kesesakan dalam tren berebut2 dengan org balik kerja jam 5pm, Allah susahkan lagi hidup aku dengan melambatkan urusan perjalanan balik aku.

bila dah sampai Kl sentral, aku dah tak nak pandang lagi perempuan2 seksi kecuali seorang perempuan melayu yg berbaris disebelahku (ish.3x, tak insaf2 lagi rupanya). bukan tak insaf, dia tak berpakaian seksi. yg seksi cuma wajah dan bibirnya yg iras2 angelina jolie.

cukuplah pasal tu. tajuk aku hari ni ialah ragam manusia dalam tren sama ada dalam komuter atau monorel. macam2 gelagat aku perhatikan.....

ada yg asyik membaca,
ada yg asyik mendengar muzik,
ada yg asyik bercengkerama bersama pasangan,
ada yg asyik bergayut ditelefon tanpa henti,
ada yg hanya tidur,
ada yg bersembang2 dengan kawan baru disebelah,
ada buat muka berlagak,
ada yg berkumpulan,
ada yg mati kutu keseorangan,
ada yg sunyi sepi,
ada yg buat tren macam rumah makbapak dia, bercakap berdua tapi satu tren dengar,

lebih tragis dlm tren kita boleh tengok gelagat manusia:-
1)ada anak muda duduk dan buat2 tak nampak org tua berdiri.
2)ada anak muda tidur dikerusi sedangkan ada ibu mengendung anak kecil bergayut dipalang.
3)ada anak muda menceriakan diri dengan menyanyi dengan kuat sedangkan kami disekitarnya rasa nak humpan je dia keluar dari tren.
4)ada perempuan muda melayu asyik bergayut ditelefon berbahasa inggeris sedangkan aku rasa nak muntah sebab aku tak pernah dengar slang sebegitu, bercinta dengan orang negrito barangkali.
5) ada ibubapa yg lebih tua dari ayah aku disuruh anak naik tren sedangkan situa itu aku tengok cukup uzur. si anak hanya akan menunggu di hentian berhampiran rumah. sedihnya aku bila berborak dengan pasangan tua ini. rindukan cucu memaksa mereka bersusah begini.

argh... banyak lagi sebenarnya. aku tiada kudrat utk menulisnya. dan aku sebak dengan tingkah manusia yg semakin hilang sifat kemanusiannya. aku juga begitu barangkali... entahlah!

Tuesday, May 12, 2009

Nombor Syaitan

petang tadi (12/05/09) aku rasa bengap sikit otak sebab kerja banyak. sekarang nak kena prepare untuk internat audit. cam biasa department aku kena jawab HR function terutama training and development. sekarang kena usaha lebih gigih sebab kami baru dapat lead auditor baru. orang baru joint, mestilah nak show off sikit kan! apa2pun aku positif dengan perubahan, kalau dapat CAR atau NCR pun aku tak kisah sebab kita dapat tau mana kelemahan department kita. tak de CAR dan NCR tak semestinya baguih sebab may be auditor terlepas pandang, atau auditor tak pandang.

so, nak sejukkan otak aku, petang tu aku keluar jab dengan sorang kawan ajak pekena rojak kat restoran sebelah mc donalds kat port klang tu. apa ke nama restoran tupun aku tak pasti. si ila mesti tau kot sebab dia penjaga kedai2 kat port klang tu (keh.3x).

hajat nak makan rojak bertukar jadi makan roti telur tanpa bawang. aku pantang tengok orang buat roti canai, mesti nak jer. kawan aku tu makan rojak. lepas makan roti telur tu ingat nak gak pekena rojak, tapi perot dah full dengan 2 gelas air. didahulukan dengan teh tarik dan disudahi dengan teh o ais limau.

dalam doq sembang dengan kawan aku yg bukan melayu tu, aku rasa malu sebab kedai tu dipenuhi dengan orang yg sebangsa dan seagama dengan aku. malu awatnya? tanpa segan silu, orang2 jantan yang sebangsa dan seagama dengan aku ni yang layak aku panggil bapak atau ada yg lebih sesuai digelar datuk, tanpa segan silu menayangkan kad2 nombor ekor. mereka tanpa silu bercerita mereka pilih nombor itu dan ini kerana mimpi, ada yg sampai tahap menurun nombor ekor.

aku cuma pasang telinga, mendengar datuk2 yang tak sedar diri bercerita dengan gembira mereka baru kena nombor. nombor mereka kena! aku tengok pakaian macam orang susah je, naik motor buruk je. tak takut ke dengan azab Allah. yg muda2 tu aku tak heran sangat, tapi kalau dah tua bangka masih nak main nombor ekor! aku sedih! sampai suatu saat datuk yang bangga menunjukkan kad2 ekornya menunggang motornya berlalu dari kedai, aku berdoa dalam hati agar datuk tu tak mati diperjalanan. malu kalau2 dia mati digilis lori dan kad2 nombor ekor yg dibanggakan itu bertaburan diatas jalan. pasti mencemuh orang2 yg melihat, apatah lagi dengan usianya yg sudah lanjut. semoga Allah masih memberinya hidayah dan diberi waktu untuk bertaubat.

dalam menilai keadaan diri sendiri, aku bersyukur Allah masih belum membenarkan aku mencuba nombor syaitan itu walaupun pernah beberapa kali aku bermimpi nombor bagus, dan ia kena.

aku cerita sikit kisah aku itu yg terjadi beberapa tahun lepas.....

sebagai manusia yg makan gaji, tak dinafikan ada masanya aku benar2 sengkek. sengkek lantaran sesuatu peristiwa yang datang bertimpa2. ada perbelanjaan extra yg memaksa wang keluar berlebihan. bayangkanlah dengan gaji yg tak seberapa, dan hanya aku yg bekerja; terpaksa pula membayar kereta, rumah, kad hutang dan sebagainya. pedih poket aku. tapi tak kan aku nak korek tabungan untuk pendidikan anak2. aku pula jarang nak bercerita dengan isteri untuk elak dia stress kerana risaukan aku. aku pendam sendiri dan mencari duit di internet.

dalam doq susah hati, aku terpaksa juga berbelanja, dan mengirimkan uang kepada yg berhak. aku cuba berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan aku dan membuka peluang bagi mengatasi kesempitan kewangan aku itu. pada suatu malam, aku bermunajat kepada Allah, dan aku tidur. dalam tidur itu aku bermimpi datang seorang tua. dengan muka yg bersih, dengan jubah labuh, dan dengan janggut putih dia berkata...

"anakku, aku tau kamu dalam kesusahan. kesusahan kerana hati kamu yang lembut, yang selalu berniat membantu. natijahnya kamu pula yang kesusahan".
"beginilah, aku akan beri kamu satu nombor, kamu belilah.... cuma sekali ini sahaja. gunakanlah duit itu untuk menghapuskan masalah kewangan kamu".

aku yg dalam bermimpi hanya kaget dan hanya mendengar dengan patuh. datuk tua itu memberi aku satu nombor empat digit yang disuruh beli di kedai yg spesifik (tak perlu aku nyatakan kedai nombor ekor mana). selepas diberi nombor itu, aku hanya menganggukkan kepala cuba mengingatinya. tapi datuk itu memarahi aku...

"kamu itu seorang yang pelupa, apatah lagi kalau melibatkan angka-angka. pergi tulis dan belilah seperti aku nyatakan".

aku bingkas bangun dan cuba menulis nombor ekor itu pada kertas surat khabar yg kebetulan ada di bilik tidur aku. tiba-tiba, ada satu tangan memegang bahuku.....

"abang, abang tulis apa tu" sapa isteri aku, dan aku terjaga dari tidur.

aku ceritakan pada isteri tentang mimpi itu dan aku nyatakan nombor itu dan aku tulis nombor itu pada surat khabar berkenaan. isteri aku berang kalau2 aku ada niat membeli nombor syaitan itu. dengan lembut aku katakan bahawa seumur hidup aku, aku tak pernah membelinya dan aku pasti tidak akan mencuba membelinya kerana aku tau ia suatu dosa besar disisi Allah.

memang aku tak membeli nombor berkenan. dan aku tak beritahu orang lainpun pasal mimpi aku kecuali pada isteri aku. memandangkan hari itu hari sabtu memang hari ekor, aku tau keputusan akan ada di surat khabar hari ahad yg memang kami beli setiap minggu; mingguan malaysia. hari ahad, lepas sarapan aku beli surat khabar dan.... nombor berkenaan memang dapat first prize. aku tunjukkan pada isteri dan isteri hanya mencebik. wife bagitau, dia sanggup kelaparan dari makan duit haram.

walau hati sedikit berdetik kerana rugi tak beli, tapi cepat2 iman berbisik yang Allah telah selamatkan iman dan akidah aku. aku pasti kalau pertama kali aku beli dan kena, seumur hidup aku akan jadi manusia tahi judi.



IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

Wednesday, April 22, 2009

Suatu Amanah

HADIAH PERCUMA??
Masa syiok2 blog hopping tadi, aku terpaku dan terlama sikit kat blog joegrimjow (http://joegrimjow.blogspot.com/2009/04/contest-diumum-kan.html). Ada pelbagai HADIAH PERCUMA termasuk yang paling cikai 10 helai baju manchaster united atau liverpool made in UK untuk dimenangi. hadiah pertama hingga ketiga tu malas aku nak sebut sebab haram tak pernah dapat pun kat aku. teringat powerroot buat pertandingan, bertin2 aku bedal air tongkat ali dan paksa isteri minum air pearl kacip fatimah. alih2 pakcik lain yg cakap "saye menang moto". aku? alhamdulillah, terlebih power dan kacip, dapat anak sorang lagi. Syukurlah. lagi best.. hari2 membesar punya hadiah.

sape2 nak masuk contest tu masih dibuka sampai 20/05/09. untuk keterangan lanjut korang pegilah blog joegrimjow tu.

sebelum aku lupa, terima kasih maksu (http://ceritakosong.blogspot.com)kerana bagi aku 2 award seperti dibawah ni. pergh! cam artis lak dapat 2 award sekaligus. dapat friendship award tu aku sangat bangga, sebab orang2 maksu lah buat life menyenangkan. walaupun bersahabat cuma dialam ghaib, opss... dialam siber, tapi terasa mesra je. tapi bab award blogger star tu macam malu je nak tampal, takat 10 visitor sehari, boleh ke dipanggil star. tapi sebab maksu dah paksa, aku tempelkan jugak le. kalau nanti ada mana2 blogger star yg terlawat blog aku secara accident, abaikanlah star aku tu. anggaplah aku cuma penyanyi cilik 'twingkle twingkle little star' je. ni rupanya award berprestij itu :-




sebab kebetulan aku memang tengah cari idea untuk contest si joegrimjow tu, dengan melihat award dari maksu tu aku terdapatan satu idea. maksu, kalau "saye menang motor', satu side mirror dia saya hadiah kat maksu. tapi kalau dapat baju?? butang baju je saya bagi ok tak maksu??

sebut pasal award atau anugerah ni pada aku ia suatu amanah dari pihak lain kepada pihak penerima agar lebih berusaha untuk maju dan berjaya. amanah itu dilambangkan dengan tropi, medal. award, logo, duit, ucapan, hadiah dan sebagainya. sebut pasal amanah, aku teringat amanah saham nasional aku yg tah berapa bakinya.

apa? salah tajuk? sori dah dapat award ni aku lupa diri sikit. nak peluk staff perempuan aku, takut pulak laki dia pelangkung aku. tapi apa2pun peluk memeluk tu tak jejaskan ekonomi negara, tapi kalau aku peluk staff perempuan aku memang confirm ekonomi peribadi aku terjejas sebab confirm aku terpaksa membuat surat termination kepada diri aku sendiri kerana sexual harrasment.

ok lah,ini kisah aku dan rakan2 yg menerima amanah. Begini kisahnya.....

kursus kepimpinan, kursus btn atau biro tata negara dan seangkatan tentera dengannya aku yakin ramai yg dah pergi. sama ada secara sukarela atau paksarela. pada aku, rasanya dah lebih 3 kali aku pergi. sekali masa aku kursus kepimpinan ketua2 pelajar negeri pahang, kemudian kursus btn masa form 5, dan last sekali kursus btn jugak sebagai syarat wajib sebelum grad masa kat universiti.

biasalah.... masa pergi kali pertama, agak dungu sikit. ye lah tau tau apa orang nak lanyak kita. apa jurulatih suruh, aku buat je walaupun hati kecil aku tau aku akan dibuli. bak kata orang kampung aku "ibarat unta mekah, terus serah leher bila dengar dirinya nak disembelih".

tak faham? apsal lembab betul ko ni? tak pernah gi kursus btn ke? dulu2 masa aku, kalau kursus je, lepas lapor diri setiap peserta akan diberi sebiji telur ayam mentah untuk dijaga sebagai amanah diri, keluarga, agama dan negara. telur tu kita akan diminta tandatangan utk elak bertukar dengan telur peserta lain. err... ada ke peserta boleh tertukar telur? dah nama kali pertama, aku macam siot je jaga telur tu ibarat menatang minyak yg penuh. setiap aktiviti kena bawak telur; ceramah, sukan, mandi. solat dan sebagainya. sian....

ramai gak peserta yg kepecahan telur akibat kecuaian sendiri, terjatuh masa beraktiviti, dan tidak kurang pulak oleh dikhianati oleh jurulatih yg sengaja mencuri dan memecahkan telur peserta. kesian... takde zuriatlah mereka nanti sebab telur nak hilang sebiji.

argh!! malas nak stori mori kisah kursus pertama sebab aku kena teruk. bila kursus kedua. aku dah tak kedunguan lagi. malah, aku yg friendly (saje nak relatedkan dengan award yg aku dapat) senang dapat kawan yg segila2 aku. ada siap bawak marker pen sendiri, ada yg bawa bekas khas untuk simpan telur elak pecah, malah ada kawan aku tu siap bawak sepapan telur ayam. ye lah, kalau kursus 3 hari 2 malam, habis sepapan telur ayam tu pecah. tak tau lah betapa gelojohnya orang tu. kawan tu siap buat bisness, sebiji telur seringgit.

tapi aku lain. aku tak main le bawak telur banyak2. yg dah ada pun dah cukup untuk meneruskan kelangsungan zuriat aku. aku tak perlu bawa marker pen... aku cuma perlu idea dan bermanis mulut. aku tau mana2 kursus gomen, pagi2 mesti ada telur rebus. so, aku simpan telur rebus tu dan tandatangan diatasnya. telur amanah, aku simpan didalam almari. dah nama amanahkan, aku kena simpan le tempat selamat.

masa ceramah... pap! ada kawan terjatuh telur. pecah.
masa sukan.... pap! bola kena telur. pecah.
masa solat... pap! telur terjatuh masa sujud. pecah.
masa kawat.... pap! telur pecah sebab ditepuk jurulatih. pecah.

kesian mereka yg kepecahan telur. dah la tak pasti ada sambungan waris ke tak, kena bawa sebiji jongkong bata sebagai ganti. pergh! berat woo... bayangle gi jongging bawa bata... siannya. ada yg lagi malang, bata terjatuh dan pecah. kena bawa dua biji bata. aku? steady beb.

yg aku syiok ialah gelagat peserta perempuan. mereka siap simpan telur dalam sapu tangan, ada yg simpan dalam stoking. ala mereka tak pernah bawa telur, jadi camtulah. species aku yg dari kecik memang spesies pembawa telur aku tengok rilek aje. so, majoriti yg kepecahan telur ialah geng jantan yg lebih kasar. dan species ni may be yg baru kali pertama kursus atau dan berkali2 kursus tapi tahap kebendolan mereka masih menebal.

akhirnya sampailah kami ke malam terakhir. ye lah.... kami dah diberi ceramah tentang nasib bangsa kami yg terus terpinggir. kami dah mengalir air mata sambil menyanyikan lagu 'anak kecil main api' dan 'penyair dari gunung' yang aku hafal sampai sekarang. malam terakhir ni seorang motivator hebat memulakan xtvt. kami menghadap sebuah pentas dimana pakar motivasi itu mundar mandir dan kami dikehendaki menutup mata. antara bait2 katanya yg masih aku ingat sikit2....

..."anak2ku, telur yg diberi itu anggaplah sebagai amanah ibubapa, agama dan negara. ia seumpana satu benih kehidupan yg kamu harus tatang seumpama menatang minyak yg penuh. jika kamu memberikan ilmu dan mengasuh diri kamu untuk menjadi seorang yg berguna, saya yakin kamu akan berjaya mengasuh zuriat kamu yg dilambangkan dengan telur itu. kamu kena percaya kamu adalah orang yg bertuah kerana lahir ke dunia kerana sains membuktikan bahwa dari beribu2 sperma dari bapa2 kamu, kamu yg cepat sampai dan berjaya menembusi telur ibu kamu. dan ahkirnya selepas 9 bulan 10 hari kamu dilahirkan ke dunia ini."

"bla..bla...bla...bla............."
ceramah itu sengguh terkesan. aku dengar suara tangis peserta2 perempuan yg hanya dipisahkan oleh laluan selebar sedepa. dalam mata yg aku buka sikit aku tengok peserta perempuan yg aku minat. siannya.... menangis. rupa yati (bukan nama sebenar)yang comel lote tu kelihatan macam ..... argh! malas aku nak gambarkan. at least aku tau hatinya juga lembut, selembut hati aku yg mudah menerima gadis2 cantik untuk hadir dalam hatiku walaupun baru 13 minit berkenalan. tapi aku masih dengar motivator tu berkhutbah.

"sekarang saya mahu kamu fokus untuk tujuan kamu lahir ke dunia. kamu lahir untuk memberi kebahagian dan kejayaan untuk diri kamu, keluarga kamu, agama kamu dan negara kamu. sekarang saya minta kami pegang telur kamu dengan tangan kanan, bawakan ke kepala. niatkan dalam kepala bahawa kamu ini pemegang amanah. sekarang, bawa turun tangan kamu tadi ke mulut. cium... cium telur itu seperti mana kamu mencium tangan kedua ayahbonda kamu. cium sebagai tanda kamu meminta restu kerana kejayaan datang dengan restu kedua ayahbonda kamu. sekarang, turunkan ke dada kamu. letakkan ia di jantung kamu. dengarlah dengup jantung kamu, tekadkan bahawa kamu akan berusaha utk berjaya selagi masih berdengup jantung kamu itu. sekarang, bawa ia ke hati kamu.... inilah tempat terpenting. kamu sudah tekad untuk berusaha, kamu sudah minta restu ayahbonda, kamu sudah berjanji akan berusaha selagi ada dengup nafas kamu. dan sekarang kamu ke ikrarkan dalam hati kamu bahawa kamu akan berjaya"

"saya saya minta kamu kenangkan semuanya... harapan diri kamu, harapan ayahbonda kamu, dan harapan agama kamu yg terpaksa kamu pikul. pegang telur itu erat2 di hati kamu. letakkan seluruh kepercayaan, harapan itu didalam telur kamu. sekarang... diharapan kamu saya telah letakkan satu tnda sasaran sebagai lambang target kamu. sekarang, buka mata kamu perlahan2, teruskan fokus pada sasaran yg telah saya letakkan diharapan kamu. tengok pada point paling kecil ditengah2 sasaran itu. itulah sasaran yg kamu harus sasarkan."

"sekarang... terus pusatkan pada amanah ditelur kamu sambil mata dan otak kamu fokus kepada sasaran. saya hendak kamu lontarkan telur2 itu ke sasaran sekarang. lontarkan...lontarkan... LONTARKAN! "

pap! pap! kelepap! kelepek! kelepok! kelepus! (macam2 bunyi telur pecah langgar dinding)

selepas 10 minit....

"saya minta siapa yg degil membaling telur berbaris disebelah kiri. yg mengikut arahan saya membaling telur disebelah kanan." laung pakar motivasi dengan kehadiran ramai jurulatih lain.

"mereka yg tidak memecahkan telur, saya anggap kamu derhaka. buat ketuk ketampi 10 kali" laung jurulatih.

aku tengok peserta pemecah telur gelak2 kat kami. gelak sakan korang ye... tengok sape yg pecah telur nanti.

"kepada yg telah memecahkan telur amanah tadi, TAKZIAH! kamu telah menghancurkan amanah keluarga kamu. sekarang kamu ketuk ketampi 50 kali. dan ambik bata sebiji seorang sampai acara penutupan esok" laung pelatih.

giliran aku dan kawan2 tak pecah telur katawa terbahak-bahak. padan muka korang!

hari penutupan pun sampai, bermakna tamatlah seksaan dunia buat kami. sebelum bersurai cam biasa kami dengar pelbagai acara formal penutupan. kemudian kami seorang demi seorang diberi peluang naik ke pentas menunjukkan diri dan titanya pelbagai soalan dan pengalaman oleh para jurulatih dan sahabat2. yg aku terus ingat ialah semua dari kami ditanya adakah telur kami pecah atau tidak dan macammana telur itu pecah, antaranya.... (semua bukan nama sebenar)
soalan untuk semua orang : bagaimana telur kamu pecah?

jawapan:
ali : telur saya jatuh.
ha.ha.ha....
abu : telur saya pecah langgar pokok masa aktiviti.
ha.ha.ha.....
ahmad : telur saya dipijak kawan masa senaman
ha.ha..ha...
kamil : jurulatih tepuk telur saya sampai pecah
ha..ha..ha...
hamzah : azizah terlanggar telur saya
HA..ha..hahh...
azmir : masa sujud telur saya jatuh lalu pecah
ha..HA..Haaa..
saiful : saya baling telur saya masa sesi motivasi
ha..ha..HA...

selepas xtvt itu, kami diberikan sijil dan majlis bersurai.

apa? apa jadi ngan telur aku? tak jadi apa2. masih aku simpan sampai sekarang. Alhamdulillah, kata2 jurulatih kursus2 itu masih aku jaga dan ingat. aku akan sampaikan kepada anak2 aku nanti. dan at least aku dah sampaikan kepada anda semua.