Tuesday, May 12, 2009

Nombor Syaitan

petang tadi (12/05/09) aku rasa bengap sikit otak sebab kerja banyak. sekarang nak kena prepare untuk internat audit. cam biasa department aku kena jawab HR function terutama training and development. sekarang kena usaha lebih gigih sebab kami baru dapat lead auditor baru. orang baru joint, mestilah nak show off sikit kan! apa2pun aku positif dengan perubahan, kalau dapat CAR atau NCR pun aku tak kisah sebab kita dapat tau mana kelemahan department kita. tak de CAR dan NCR tak semestinya baguih sebab may be auditor terlepas pandang, atau auditor tak pandang.

so, nak sejukkan otak aku, petang tu aku keluar jab dengan sorang kawan ajak pekena rojak kat restoran sebelah mc donalds kat port klang tu. apa ke nama restoran tupun aku tak pasti. si ila mesti tau kot sebab dia penjaga kedai2 kat port klang tu (keh.3x).

hajat nak makan rojak bertukar jadi makan roti telur tanpa bawang. aku pantang tengok orang buat roti canai, mesti nak jer. kawan aku tu makan rojak. lepas makan roti telur tu ingat nak gak pekena rojak, tapi perot dah full dengan 2 gelas air. didahulukan dengan teh tarik dan disudahi dengan teh o ais limau.

dalam doq sembang dengan kawan aku yg bukan melayu tu, aku rasa malu sebab kedai tu dipenuhi dengan orang yg sebangsa dan seagama dengan aku. malu awatnya? tanpa segan silu, orang2 jantan yang sebangsa dan seagama dengan aku ni yang layak aku panggil bapak atau ada yg lebih sesuai digelar datuk, tanpa segan silu menayangkan kad2 nombor ekor. mereka tanpa silu bercerita mereka pilih nombor itu dan ini kerana mimpi, ada yg sampai tahap menurun nombor ekor.

aku cuma pasang telinga, mendengar datuk2 yang tak sedar diri bercerita dengan gembira mereka baru kena nombor. nombor mereka kena! aku tengok pakaian macam orang susah je, naik motor buruk je. tak takut ke dengan azab Allah. yg muda2 tu aku tak heran sangat, tapi kalau dah tua bangka masih nak main nombor ekor! aku sedih! sampai suatu saat datuk yang bangga menunjukkan kad2 ekornya menunggang motornya berlalu dari kedai, aku berdoa dalam hati agar datuk tu tak mati diperjalanan. malu kalau2 dia mati digilis lori dan kad2 nombor ekor yg dibanggakan itu bertaburan diatas jalan. pasti mencemuh orang2 yg melihat, apatah lagi dengan usianya yg sudah lanjut. semoga Allah masih memberinya hidayah dan diberi waktu untuk bertaubat.

dalam menilai keadaan diri sendiri, aku bersyukur Allah masih belum membenarkan aku mencuba nombor syaitan itu walaupun pernah beberapa kali aku bermimpi nombor bagus, dan ia kena.

aku cerita sikit kisah aku itu yg terjadi beberapa tahun lepas.....

sebagai manusia yg makan gaji, tak dinafikan ada masanya aku benar2 sengkek. sengkek lantaran sesuatu peristiwa yang datang bertimpa2. ada perbelanjaan extra yg memaksa wang keluar berlebihan. bayangkanlah dengan gaji yg tak seberapa, dan hanya aku yg bekerja; terpaksa pula membayar kereta, rumah, kad hutang dan sebagainya. pedih poket aku. tapi tak kan aku nak korek tabungan untuk pendidikan anak2. aku pula jarang nak bercerita dengan isteri untuk elak dia stress kerana risaukan aku. aku pendam sendiri dan mencari duit di internet.

dalam doq susah hati, aku terpaksa juga berbelanja, dan mengirimkan uang kepada yg berhak. aku cuba berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan aku dan membuka peluang bagi mengatasi kesempitan kewangan aku itu. pada suatu malam, aku bermunajat kepada Allah, dan aku tidur. dalam tidur itu aku bermimpi datang seorang tua. dengan muka yg bersih, dengan jubah labuh, dan dengan janggut putih dia berkata...

"anakku, aku tau kamu dalam kesusahan. kesusahan kerana hati kamu yang lembut, yang selalu berniat membantu. natijahnya kamu pula yang kesusahan".
"beginilah, aku akan beri kamu satu nombor, kamu belilah.... cuma sekali ini sahaja. gunakanlah duit itu untuk menghapuskan masalah kewangan kamu".

aku yg dalam bermimpi hanya kaget dan hanya mendengar dengan patuh. datuk tua itu memberi aku satu nombor empat digit yang disuruh beli di kedai yg spesifik (tak perlu aku nyatakan kedai nombor ekor mana). selepas diberi nombor itu, aku hanya menganggukkan kepala cuba mengingatinya. tapi datuk itu memarahi aku...

"kamu itu seorang yang pelupa, apatah lagi kalau melibatkan angka-angka. pergi tulis dan belilah seperti aku nyatakan".

aku bingkas bangun dan cuba menulis nombor ekor itu pada kertas surat khabar yg kebetulan ada di bilik tidur aku. tiba-tiba, ada satu tangan memegang bahuku.....

"abang, abang tulis apa tu" sapa isteri aku, dan aku terjaga dari tidur.

aku ceritakan pada isteri tentang mimpi itu dan aku nyatakan nombor itu dan aku tulis nombor itu pada surat khabar berkenaan. isteri aku berang kalau2 aku ada niat membeli nombor syaitan itu. dengan lembut aku katakan bahawa seumur hidup aku, aku tak pernah membelinya dan aku pasti tidak akan mencuba membelinya kerana aku tau ia suatu dosa besar disisi Allah.

memang aku tak membeli nombor berkenan. dan aku tak beritahu orang lainpun pasal mimpi aku kecuali pada isteri aku. memandangkan hari itu hari sabtu memang hari ekor, aku tau keputusan akan ada di surat khabar hari ahad yg memang kami beli setiap minggu; mingguan malaysia. hari ahad, lepas sarapan aku beli surat khabar dan.... nombor berkenaan memang dapat first prize. aku tunjukkan pada isteri dan isteri hanya mencebik. wife bagitau, dia sanggup kelaparan dari makan duit haram.

walau hati sedikit berdetik kerana rugi tak beli, tapi cepat2 iman berbisik yang Allah telah selamatkan iman dan akidah aku. aku pasti kalau pertama kali aku beli dan kena, seumur hidup aku akan jadi manusia tahi judi.



IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

32 comments:

sonata anak kancil said...

Syukur,masih dikuatkan iman...Insyallah dalam kesusahan ada kelapangan...tabah menghadapinya...beringat2 sebelum kehabisan...

ILA said...

AMINNNNNNN!!!
"YA ALLAH...semoga rakan ku ini kuat melawan godaan Syaitan dan semakin kuat berpegang dgn ajaranmu..Amin.."

ermm...aku betul2 doa dlm hati ni:D

harap wife & kluarga kau sihat2 blaka okey:D

SuFy said...

waahh..hehe..bagus lar..nasihat berguna..tu la, skrg ni mcm2..utk cri duit beli TOTO(num ekor)...hopfully org2 ni insaf terutama saudara seagama..kan..hehee

asis said...

kuatkan iman..

Monkey D Luffy said...

syaitan tu

huhuhu

ima shhs said...

alhamdulillah....syukur ke hadrat ilahi....

Abang Long said...

Ada yang kata 888 itu nombor syaitan, betulkah ?

- G O R O - said...

Salam..

No. syaitan di mesin slot?
Dosa oh dosa..

muadzlife said...

bravo bro...

langkah yg bijak :)

izman said...

sonata anak kancil,
ye... aku bersyukur.

izman said...

ila,
kisah lama tu, tapi aku gembira aku tak membelinya. kalau beli may be aku dah jadi kaya raya dengan duit haram.

izman said...

sufy,
ye... apalah dlm otak mereka tu, haram halam campur sekali

izman said...

asis,
sekarang dah ok.

izman said...

monkey d luffy,
ha.3x... memang syaitan.

izman said...

ima shhs,
yup... syukur sgt.

izman said...

abang long,
org cina kata ia nombor bertuah. entahlah

izman said...

goro,
semua tu judi bagi aku.

izman said...

muadzlife,
he.3x... nasib baik tak salah langkah je.

nadya said...

rupenyer ko ni pun jenis tidor berjalan gak eh.. dalam mimpi pun leh tulis2 lagik.

cendawanintim said...

Alhamdulillah ko tidak terjebak dengan hasutan setan tuh...

Moga ko sefamili senantiasa di lindungi Allah Taala..amin.

- j o h a r i - said...

aku respek la kt lu bro..
biar la kita miskin, tapi jgn mkn duit haram..dh jadi taik judi krg lagi susah..
setan ni mcm2 cara nk tipu org..
tapi ko lg power dari setan
caya la

Mak Su said...

oh... ;), ingatkan tadi izman nak cerita tentang The Omen.

izman said...

nadya aka razman,
banyak la ko punya berjalan. itu syaitan kacau la..

izman said...

cndawanintim,
seronoknya.... ko dah start aktif balik.

akupun syukur sgt.

izman said...

-johari-,
he.3x, akupun bangga (sambil hidung kembang kuncup)

izman said...

maksu,
itu kisah benar tu, berlaku beberapa tahun lepas.

xiiinam said...

...hik...hik...hik...
Sampai terngigau2 menulis nombor....




cklah pernah jumpa situsi begini..
Seorang apek nampak nombor plat kereta ckLah...dia tanya, kenapa nombor ckLah pelik. Kalau ckLah terangkan berdasarkan fakta pun pasti dia tak faham. ckLah cakap, "Pasal gua spesel maaa". Dia suruh ckLah tambahkan satu nombor, dan dia catat..."Mau beli ekot maaa" dia kata...

Tengkorak dia..

izman said...

xiiinam,
memang no plat Cklah pelik sikit la tu diorang suka.

Papa-Itam said...

kalau orang dah kaki nombor orang cerita baru kemalangan cepat-cepat dia tanya apa nombor kereta..macam nak bagi penampar jepun aje...ada ko patut

izman said...

papa-itam,
manusia tahi judi ni memang muka tak malu, dan ramai muka tebal.

tebal nak menurun, dan tebal sanggup masuk kedai judi sedangkan ramai org lalu lalang.

Zul Johar said...

semuga anda terus berjaya dalam kehidupan. Bagaimanapun suka saya berkongsi cerita nombor ramalan ini sebagai tatapan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang. Sifat suka menolong mereka yang memerlukan menyebabkan dia disayangi penduduk setempat kawasannya tinggal.
Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ di kampong belahan tampok tersebut. Masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi beri nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’.
“Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” kata ustaz bakso tersebut sambil memulangkan wang kertas note merah sepuluh yang ayah bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba ayah mendapat ilham dari ayat akhir ustaz tersebut. “...ni kan duit ni, awak ambillah...” Maksud ustaz tu adalah ‘ awak ambillah nombor ni!!!’. lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Kampung akhir dalam daerah batu pahat, bersempadan daerah Pontian. Projek lembu feedloat tersebut dibina berhampiran Dewan Warisan Seri Belahan dengan modal RM300 ribu tanpa meminjam sesen pun duit bank.
Pergi mencari dukun bertiga tetapi hanya ayah saya seorang yang mendapat rezeki terpijak dari duit loteri nombor ekor. Seorang kawan tidak memperoleh kerana hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat kedekut dan lokeknya dibawa-bawa.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.

Zul Johar said...

Tahniah, bagaimanapun saya suka hendak berkongsi kisah benar berhubung nombor ramalan sebagai renungan bersama, terpulanglah samada anda mahu percaya atau tidak. Bermula dengan sejarah ayah saya yang asalnya seorang polis dan dibuang kerja kerana berkahwin tiga. Mengalami sejarah kesusahan, merempat, bertukar ganti lokasi kerja akhirnya menetap di mampan, negeri9. Bekerja sebagai pekebun dan sesekali memburu ayam hutan bukanlah mudah. Menampung 3 isteri menyebabkan poket seringkali kering, tak berduit. Sehinggalah akhirnya bersama 2 orang sahabat menemui seorang guru di kampong Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Sebenarnya guru tersebut adalah dukun perubatan traditional bukan ‘ustaz nombor ekor’ tetapi jenis orang yang sentiasa suka menolong orang. Sifat suka menolong mereka yang memerlukan menyebabkan dia disayangi penduduk setempat kawasannya tinggal.
Diringkaskan cerita, setelah mereka bertiga berjumpa ‘guru yang juga pengusaha bakso medan’ di kampong belahan tampok tersebut. Masing-masing berceritalah tentang masaalah dan kerumitan masing-masing. Tentunya masaalah ekonomi menjadi agenda utama. Akhir sekali setelah akhir becerita mereka minta Pak Ustaz tadi beri nombor kerana itulah sahaja jalan mendapatkan rezeki dengan segera. Pak Ustaz tu tersenyum dan cerita lagi berpusing-pusing, sambil sentuh sedikit bab agama kemudian cerita umum lagi...
Sampai waktu hendak pulang ayah saya dan seorang rakannya berjabat salam sambil selit duit dalam tangan pak Ustaz tu. Seorang kawan lagi tidak memberi kerana pada anggapannya ‘ustaz tu tak berguna langsung, tak beri pun mereka nombor ekor yang diminta’.
“Alaaa... apa susah2 tadi kata takde duit, ni kan duit ni. Awak ambillah...” kata ustaz bakso tersebut sambil memulangkan wang kertas note merah sepuluh yang ayah bagi.
Kisah ini mungkin tidak menarik jika ayah tidak meneliti wang yang dikembalikan oleh Pak Ustaz. Ayah hulur RM33 tetapi ustaz tu pulangkan sehelai note 10 sahaja. Tak mungkinlah Ustaz tu ambil duit sebarangan. Tiba-tiba ayah mendapat ilham dari ayat akhir ustaz tersebut. “...ni kan duit ni, awak ambillah...” Maksud ustaz tu adalah ‘ awak ambillah nombor ni!!!’. lalu ditikamnya nombor duit yang ustaz pulangkan. Rezeki ayah saya memang baik. Nombor yang ditikam mengena tepat di tangga pertama.Sekarang ayah saya dapat membayar hutang dan membuka projek lembu feedloat di Jalan Seri Belahan , Kampung akhir dalam daerah batu pahat, bersempadan daerah Pontian. Projek lembu feedloat tersebut dibina berhampiran Dewan Warisan Seri Belahan dengan modal RM300 ribu tanpa meminjam sesen pun duit bank.
Pergi mencari dukun bertiga tetapi hanya ayah saya seorang yang mendapat rezeki terpijak dari duit loteri nombor ekor. Seorang kawan tidak memperoleh kerana hanya memberi sehelai wang merah RM10, 1 kawan lagi tidak mendapat apa-apa kerana sifat kedekut dan lokeknya dibawa-bawa.
Moralnya disini, rezeki empat atau enam angka bukan bergantung pada dukun, bomoh, paranormal semata-mata tetapi juga kepada orang-orang yang pemurah dan mahu berfikir.