Wednesday, May 20, 2009

Psikologi Kanak-kanak

He.3x.... ada gak yg ingat kat aku ye, baru dua hari tak hapdet dah ada yg call, email, sms dan tinggal note. Terima kasih, at least aku tau aku ada kawan2 yg sudi bertandang walaupun selalu merapu.

aku sihat, family aku sihat, aku tak membuat entry baru kerana kesibukan kerja dan kena audit 20/05/09. balik rumah nak pegang laptop pun dah rasa nak muntah. dengan meeting pun satu hal, kadang2 meeting masuk jam 1pm dan hanya boleh keluar jam 630pm. itupun cuma lari2 keluar untuk solat dan kencing je. untuk makan minum semua disediakan. kembung perut aku asyik nescafe gold, pastu tea cina, pastu kopi.... kalau dihitung2, rasanya aku lebih banyak bermeeting dari bekerja. tapi meeting tu kerja jugak kan!

apa aku nak stori yer.....

aku cerita sikit pasal anak aku, luqman hakim. malam semalam, sambil layan tv, wife bercerita yg luqman mengadu kat dia pasal hari guru. ye lah dia kan sekolah tadika. luqman mengadu ramai kawan2 dia bagi hadiah pada cikgu dia. laaa.... akupun langsung tak terfikir. aku kemudian saje tanya2 luqman apa hadiah yg member2 dia bagi. luqman cakap ada bagi bekas pencil, ada bagi buah, bunga, buku, kain tudung dan sebagainya. nak keluar cari hadiah, dah lewat, dan langsung tak de idea nak beli apa. tengoklah malam karang aku fikirkan.

luqman pun satu, aku yg hari2 hantar dan jemput dia dari sekolah, tapi banyak2 benda dia selalu cerita dengan ummi dia. aku biasakan setiap kali jemput dia balik aku tanya apa belajar hari ni? makan apa hari ni? main apa hari ni? tapi sikit je dia jawab. dengan ummi dia banyak pulak dia cerita. dah aku mula setuju bahawa yg aku belajar masa kelas psikologi masa uum dulu ada jugak kebenarannya. anak lelaki akan cenderung berbaik dengan emak berbanding ayah, dan begitulah sebaliknya.

aku setuju, anak pompuan aku pika lebih manja dengan aku. kalau aku ada dirumah serba serbi mintak aku buat. ayah buat susu, ayah nak main computer, ayah nak jalan, ayah nak dokong. pantang aku tinggikan suara sikit, menangis mengalahkan orang kena pukul.

aku rasa rugi tak tumpukan perhatian masa kelas psikologi puan nadia (kot?) dulu. dia baik sangat, awal2 kelas dah bagitau sapa nak A, kelas tak leh ponteng, kehadiran penuh, kena buat assigment tambahan, kena pakai tag nama besar, kena duduk 2 baris depan. nak gred B kena bla.. bla.. bla... Aku? aku pilih gred lulus je, gred apa tah aku lupa. untuk gred ni, cuma perlu duduk mid sem dan final, kelas ikuit suka hati nak datang tak, tak perlu assigment! suka la aku, lagipun aku bosan kelas dia.

bosan bukan kerana dia tak pandai mengajar atau apa, tapi aku bosan sebab dia ajar psikologi dari jaman budak2 hingga tua. aku kan mat reggae, mana layan bab2 remeh ni. aku cuma pentingkan isu2 dunia je (Cisss!!). aku kurang suka sebab puan ni ajar terlalu detail, mengantuk aku. contoh pernah dia ajar bab kanak2 nak masuk alam dewasa. dia akan cerita macamana perubahan peti suara, pertambahan hormon, kemudian cerita pertumbuhan bulu2 di ketiak, kumis, jambang, bulu dada dan bulu kemaluan, mimpi basah, keinginan seks dan sebagainya. untuk perempuan diceritakan detail dari pembesaran buah dada dan puting, darah haid dan sebagainya. sebagai orang kampung aku tak selesa walaupun itu pembelajaran. tu yg aku selalu ponteng (alasan!!!).

cuma aku pernah mengesal ponteng kelas puan nadia. suatu hari masa kelas dia, tiba2 ada pop kuiz yg bernilai 5 markah dari markah keseluruhan paper dia. banyak tu! pelajar kena lukis pemandangan psikologi ditepi pantai. ALAMAK! apa kejadah ni? apa aku nak lukis. nak meniru memang aku tak suka (sebab dah kena duduk jauh2). aku tengok geng2 ponteng aku semua muka cam aku, muka cuak! Argh!!! lukis pemandangan tepi pantai; aku lukislah pokok kelapa, pantai, ombak, ada bot, budak2 main2 pasir dan bola, orang berkelah. Keputusannya....

memang tak betullah! Jawapan salah! aku cuma dapat 1/5 markah. markah kesian kot. dan sampai sekarang aku masih tak tau apakah yg dikehendaki dari lukisan tu.
cuma lepas kelas tu aku jadi rajin sikit ke kelas dan mula berbaik2 dengan
pensyarah.

Moral of the stori
1) jangan ponteng kelas. kan dah kantoi.
2) kena berbaik2 dengan pensyarah/cikgu untuk lebih markah kesian.
3) apa kita belajar masa sekolah ada gunakanya dalam kehidupan. so,
belajarlah!

17 comments:

Monkey D Luffy said...

hehehe

samalah kita :)

zafi said...

couldnt agree more! :P
selamat hari cikgu..

izman said...

monkey d luffy,
apa yg sama? bab ponteng kelas psikologi atau perangai anak? bila lak ko dah ada anak? heh.3x

izman said...

zafi,
understood!

thanks

julietchun said...

byk yg kita belajar dulu boleh dipraktikkan utk hidup hari ini.

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm......sabar dulu dan buat...slow and steady will win the race....

Anonymous said...

betul gak tu izman, anak pompuan aku manja je ngan aku.. hehe

-eiman-

izman said...

julietchun,
betul, tapi bab pengalaman aku tu nanti ko dah nikah dan beranak baru ko boleh praktik. he.3x

izman said...

anak pendang sekeluarga,
betul tu. aku sokong

izman said...

eiman,
he.3x... tau tak pe. cuba lepas ni ko dpt yg lelaki pulak aku yakin dia gerenti asyik menempel ngan mak dia je.

secangkir madu merah said...

izman, anak2 masa kecik2 lain, bila dah besar2 lain pulak kerenahnya, ia ke klu lelaki manja dgn ibu dan perempuan manja dgn ayah? tak tau lah sbb tak ada anak perempuan tapi anak2 lelaki semuanya memang rapat dgn ibu..

izman said...

secangkir madu merah,
kalau ikut buku psikologi memang gitulah. dah akak kata semua anak lelaki akak rapat dgn ibu, dah betul lah tu.

Momolaga said...

ingat kembali masa anak lelaki ko masih kecil. Adakah masa ko balik kerja ko layan dia...? berbanding anak perempuan ko?

ima shhs said...

yer r izman... anak aku baru sorg...perempuan...baru 7 bulan plus2 pantang nmpak abah dia...mak aiii...tak senang duduk dia selagi abah dia tak amik dia...huhuhu... Smoga Allah beri aku anak lelaki lak lepas nih...heheheh

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Izman,

Apa khabar??
Lama x dgr cerita...
Sibuk ke...
I mcm biasa jer...
Nothing to update U...
Tgh pikir apa blog I nak buat...:)
Hope to hear fr U soon..

Mak Su said...

mmg byk dpt dipelajari di sekolah/dgn guru :)

asis said...

sy pun dh lme xon9