Friday, May 15, 2009

10 Fakta tentang Diri Aku (Auta??)

Ini aku terima award dari kawan sekampung iaitu cikgu eeda damak (http://eeeda-damak.blogspot.com). eeda ni aku kenal dah lama, rasanya sekelas dengan adik aku kot. dah lepas lama tak dengar khabar tiba2 dia muncul kat blog aku. kemudian tukar2 nombor telefon. ada berapa kali tah dia bercalling2 dengan wife aku yg juga dia kenal. "Selamat Hari Guru". ni hah award yg dia bagi:-



10 fakta dan hobi aku? sebenarnya banyak kalau nak senaraikan, dah mintak 10, aku bagi 10 je la yer... kang kata tak menjawab soalan pulak. jawab soalan dengan cikgu-cikgi ni kena hati2, silap2 bagi kosong markah, atau lagi silap kena denda. he.3x..

1) suka layan movie, terutama filem tamil (ada org cakap muka aku ada iras2 pelakon tamil nadu. ada ke?? sampai hati tau diorang ni. )

2) aku suka kumpul duit syiling. apa2 syilingpun termasuk syiling lama, baru, dlm dan luar negara, duit token games dan kasino, koleksi terhad dan sebagainya. kini ada kira 700-800 keping rasanya. kalau sape nak sedekahkan syiling lama atau nak barter trade atau nak jual murah2 boleh contact aku.

3) aku suka makan. tapi aku sangat elergik pada bawang. bawang putih, bawang merah, daun bawang, bawang besar semuanya aku tak leh makan. kalau makan? Tuhan saje yg tahu deritanya aku. diulang, aku tak boleh makan bawang, tapi aku suka kalau masakan diletakkan banyak bawang. kalau tergigit, memang muntah hijau aku. aku rasa aku ada keturunan bawang putih bawang merah dalam cerita melayu lama tu, atau aku ada persaudaraan dengan pelakon indonesia comel dlm bawang putih bawang merah tu (perasantan!).

4) aku suka bercakap, aku boleh cakap tanpa henti berjam2 kalau kena topik yg sesuai (dan lawan bercakap yg sesuai)

5) aku suka baca novel. kalau novel kena citarasa aku, aku akan pulun baca sampai habis walaupun dah lewat malam atau awal pagi. kalau yg tak best, 3 minggupun belum baca habis lagi.

6) aku ni friendly. aku suka berkawan dan senang dapat kawan. kalau aku dalam mode 'bengong' aku suka bersendiri dan malas buat kawan baru.

7) aku suka layan keluarga aku. melayan wife dan anak2 1000 kali lebih best dari melayan boss kat pejabat.

8) aku agak laser. so aku tak suka kawan dengan orang yg telinga nipis. gurau sikit, terasa hati. kutuk2 sayang sikit, merajuk. get lost!

9) aku suka majalah kartun dan segala bentuk komik. kalau dah start baca.... aku dah tak peduli orang kiri kanan. tapi aku tak setuju dgn feel makbapak yg larang anak2 baca komik takut anak jadi bodoh. aku dari belum baligh baca komik, ok je. kat 'u' ada prof yg baca komik, selamba je dia pandai.

10) aku suka jalan2 dan melancung. biasanya setahun aku peruntukan 3 kali melancung ke tempat2 yg agak best utk family. yg dekat2 tu takyah cerita daa... kalau boleh aku nak melancong tiap2 hari, tapi duit takde.

dah abis la..... lepas ni nak fikir nak jawab tag maksu pulak. cam no ni, approval gambar belum dapat ni???

oh ya.... kalau sape2 berminat bab2 hobi atau saje2 nak tau hobi2 aku, pegilah blog hobi aku yer di http://interestinghobby.blogspot.com

12 comments:

Nur a.k.a admansyah said...

kelako-lah ko nie! ko paham ker bhs tamil bro? konfius gue...

layan bos? saper suh layan.... respect sket jer coz depa yg bg `markah' kat kita nanti. FAMILY IS D BEST!

pelik! bin ajaib... takleh mkn bwg bro? abis... camner bini ko masak? tawar taw...

secangkir madu merah said...

izman awak ni golongan org2 brutal lah ek...
pasal cite tamil tu, aku pun suka jugak tapi dah lama dah tak layan sbb kat tv dah byk sgt cite drama melayu indon.. dulu masa kecik2 duduk quarters ramai kawan2 india, boleh cakap india sepatah2 lah.. tapi klu dgr org india cakap memang faham, diorang tak boleh nak klentong ke nak ngumpat2 ke...
husband gurau2 tanya padem pakelama? dia ingat kita ni tak faham? kang aku stat cakap kang tak berenti2... dgn akak ni dia nak test2 cakap india.. silap orglah...

izman said...

nur aka admansyah,
aku ramai member india sejak sekolah lagi. 1st job company india, 3 thn beb! mesyuarat dlm bhs tamil sbb aku sorang je melayu. dulu terer, kini sikit2 je..

bawang? memang la kena taruh bawang. kalau buat tomyam mmg aku suka byk bawang supaya kuahnya rasa manis. bawang je tak leh makan!

izman said...

secangkir madu merah,
kita terer gak akak ni yer.... saya lebih suka layan movie tamil dan sinetron indonesia dari layan cerita melayu sekarang yg memualkan.

julietchun said...

jarang lelaki ske baca novel.

izman said...

julietchun,
aku suka, dan aku lelaki sejati tau!

Insaflah said...

Mulut laser .... alahaiiii

izman said...

insaflah,
sebab kerja bghn menasihat, dan mengambilbuang org kot.

memamng menginsafkan baca blog anda.

joegrimjow said...

jom same2 kumpul hobby

sonata anak kancil said...

sonata tak ada peruntukan tertentu beli buku...bila2 boleh giler membeli...novel banyak - banyak simpan - yang tukang baca anak2....nanti, nak pamer novel yang ada, he he he ....

asis said...

banyaknye hobi..

izman said...

asis,
he.3x saje abiskan masa lapang.