Tuesday, May 12, 2009

Hari Jururawat Sedunia

"SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA' aku ucapkan kepada semua jururawat2 tak kira lelaki atau pompuan, sama ada di sektor gomen atau sektor swasta. aku setuju dan percaya, koranglah paling penting kat hospital. doktor? doktor penting, tapi kebanyakan kes, jururawat yg attend dulu, dan jururawatlah yg banyak habiskan masa dengan patient berbanding doktor. err.. betul ke hari ni (12/5/09) hari jururawat sedunia??

aku tak pasti berapa ramai sedara mara aku jadi jururawat dan terlibat dalam bidang kehospitalan ini, tapi adik dan kakak aku memang di bidang ini. adik aku sebagai penolong pegawai perubatan di hospital kuantan. akak aku sebagai pembantu pembedahan pergigian (jururawat gigi??) kat hospital jerantut. itu boleh kira jururawat ke? atau jururawat ni khusus untuk orang yg pakai skirt sahaja??

aku stori sikit satu kisah aku ngan jururawat. bukan percintaan, tapi kesabaran mereka melawan kerenah aku. aku akui aku ada beberapa kali masuk wad, bukan kes2 besar. aku akui perut aku agak sensitif; segala maknenek bawang tak leh makan, makanan yg dah dimasak semalaman tak leh makan, dan lain2lah. aku pulak dari dulu suka makan. makan! makan! dan makan! itulah kerja aku.

aku masih ingat masa aku keracunan makanan, aku admitkan diri aku seawal 2-3pagi di subang jaya medical centre (sjmc). masa tu wife aku dalam pantang (belum 100 hari berpantang) tapi kami dah balik ke rumah di klang. masa nak dapat rawatan emergency tu, aku dah cakap yang aku tak nak admitted seharian. petang aku nak balik. doktor cakap ok. setelah diberi suntikan dan pelbagai jenis ubat, dapatlah aku rehat sikit sebab badan aku sakit dan asyik2 nak muntah. memang sah keracunan. yang pasti aku makan kat salah satu gerai kat port klang bersama 2 lagi rakan. mereka ok je. aku yg sakit.

hospital swasta korang tahulah layanan dia memang best. tak boleh tidur aku layan tv 24 jam. bila pagi sikit, ada jururawat tukarkan cadar, dan blanket. lepas doktor mlawat pagi, ada pulak jururawat datang nak lapkan badan. nak mandi susah sebab berselirat tiub2 air kat badan aku. gile ke hapa nak lap badan aku! woi... aku ni lelaki normal dan dah lama berpuasa. jururawat yg datang tu pulak 2 orang, comel2 dan putih melepak. memang taste aku. eee.... tak sanggup aku. risau ada menda memalukan terjadi.

tapi... tapi aku faham, jururawat tu buat kerja atas arahan dan mereka ikhlas agar pesakit mereka selesa. apatah lagi aku dah pagi tak mandi. sori la yang! opss.. sori la cik jururawat, nanti saya mandi sendiri. walaupun aku enggan di lap badan, nampaknya mereka kecewa. barangkali kerja mereka tergendala, atau takut dimarahi pengurusan hospital kerana tak buat kerja. aku cakap aku buat sendiri. mereka tunggu kat situ sementara aku lap2 badan aku sendiri.

selepas lawatan doktor kali kedua pada tengahari, aku asyik2 tanya jururawat bila aku boleh dibenarkan balik. mereka kata nanti doktor akan beritahu. bosan menunggu kerana risaukan keadaan isteri dan anak dirumah yg sukar untuk bergerak dan makan, aku memanggil seorang jururawat yg senior dan mengugut nak cabut tiub2 kat tangan aku sendiri. mereka memujuk aku sementara jururawat yg sorang lagi cuba membetulkan semula tiub ditangan aku.

mereka call doktor dan diberitahu aku kena tahan sehingga esok. aku jadi marah, dan aku mintak jumpa residen manager kat wad tersebut. nurse bawa aku pergi jumpa. aku tak tau lah nurse ni memang ada sifat yang terlalu baik kerana memang itu sifat mereka atau ia dilatih begitu. aku cakap keras, mereka cakap lembut jugak. residen manager tu terus2an pujuk aku suruh stay atas tahap kesihatan aku masih belum sembuh. aku cakap " macam nilah cik, kalau cik cakap kena stay jugak, saya cabut tiub ni sekarang dan saya keluar je". tergamam dia, dan selepas membuat beberapa call, aku dilepaskan dan aku diberi appointment baru untuk rawatan susulan.

aku minta maaf atau kekesaran aku tu, tapi aku terpaksa. aku memang belum sihat, tapi isteri dan anak kecila ku dirumah pun tiada orang menjaganya. itu aku ada cerita dengan manager dan misi2 bertugas. sama ada mereka faham atau tak, lantaklah.

sekianlah cerita aku sempena hari jururawat sedunia.


IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

22 comments:

KV said...

mmg aku 'saspek' ah ngan jururawat. Kerja yg sungguh mulia.

izman said...

kv,
betul, mari kita pakat saspek mereka.

Lily.Lulu said...

tatau pulak saya hari nih hari jururawat

selamat menyambut buat mereka yang bergelar jururawat

semoga terus sukses !!
:)

izman said...

lily.lulu,
walaupun bukan jururawat, para isteri juga berhak dapat title jururawat tak rami pada keluarga.

asis said...

betul2
kawanku seorang nurse

http://syuhada162.blogspot.com

izman said...

asis,
ye ke... nanti saya melawat dia. cantik tak??? (mak aik gatalnya)

arsaili said...

salam...bole tahan karenah pesakit nih....memang degil tegar..ahahahaha
Pengalaman ngan jururawat ni memang banyak, sebab selalu kuar masuk hospital dan betul layanan di hospital swasta memang bagus (kalau tak bagus siapla kena report). Teringat kat nurse india yg pernah merawat sy dulu..sungguh baik...pernah sekali meracau2 tengah malam coz of morphine kot...dia pun kejutkan..suh tido balik...ahahaha....peristiwa '18sx' pun banyak berlaku...ini semua gara2 request for male nurse tak dpt dipenuhi coz masa tu kekurangan male nurse...sabor je la..ahaha

izman said...

arsaili,
mengata orang ye? ha.3x...

ada pengalaman 18sx, kena lap badan atau kena pakaikan tiub kencing??? kuang3x..

setuju, malaysia perlu jururawat lelaki lagi ramai.

Mak Su said...

selamat hari jururawat.... dulu pernah apply, tapi dia kasik jawapan, "dalam pertimbangan". last last aku menulis kat blog jer lah.

Abang Long said...

Wahai Adinda Izman. Kisah hampir sama.

Rasa hendak menangis bila ayah masuk hospital. Anak tak ada orang hendak bagi makan. Isteri keluar bekerja.

izman said...

maksu,
dah Allah tetapkan kerja lain yg lebih baik utk maksu.

izman said...

abanglong,
that's life all about. apa2pun kita hendaklah sentiada percaya bahawa Allah sedang menguji kita.

maza said...

ahaks.. suka kat missy.

terutama missy yg cute2 ...

wakakakkak

maza; bukan jahat, nakal!

izman said...

maza,
suka kat misi? same lah kita, ha.3x. mampos kalau bini aku tau ni....

nakal takpe, at least dunia taku kita masih normal.

Jard The Great said...

ehehehe... org gi hospital harus ceria.. kalo tak..

nnt sedih je memanjang.. leh buat org lain stress...

syuhada said...

thanks for the wishes.
btw, u admit kat sdmc tu bila ek?

izman said...

jard the great,
kita gi spital memang la sedih, harap org spital yg beri kita kebahagiaan

izman said...

syuhada,
dah lama... beberapa tahun lepas. masa tu kamu masih sekolah rendah lagi kot. he.3x

Monkey D Luffy said...

aku ada jururawat peribadi

adik aku ler :)

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Interesting blog,bro...
Keep up the good work,k...
Apa-2 pun,'Selamat Hari Jururawat'..

Nursing Degree Online said...

Here’s wishing all our nurses a Happy Nurses’ Day! Nurses - they make a difference and what will we do without our dedicated nurses!

Cheers,
Nursing Degree Online

fndrocka said...

pengalaman dgn nurse..aku telah dicucuk jarum byk kali oleh mereka.hukhuk.

salam terjah..jom exchange link