Monday, May 4, 2009

Cara habiskan Cuti

amacam cuti kawan2? tentu seronok kan. cam aku cakap, aku tak balik kampung minggu ni, banyak kerja tertangguh di rumah perlu aku uruskan.

alhamdulillah, sempat gak aku cat grill rumah depan belakang. ada masa lagi aku cat ruang tamu. ruang tamu aku siap warna unggu muda lagi. pilihan wife. aku bedal je. tak de upah2 orang, aku cat sendiri. cantik?? bolehlah..... tapi yang jadi persoalan yg menyebabkan aku maleh ialah wife mula mempersoalkan warna langsir dan kusyen yg tak matching dengan warna dinding. siap minta ada feature wall lagi.... inilah jadinya kalau banyak masa layan si eric botak tu.....

hari sabtu, sebab ada urusan di shah alam, aku terus bawa family shopping kat tesco extra. susu luqman dibuat pek baru, dah dinaikkan harganya. cilakak betul. biasalah taktik pengeluar susu, cakap dah tambah formula luar bisa supaya anak2 lebih cerdik. secara ikhlas, aku tak pernah percaya susu lembu buleh jadikan anak aku lebih pandai. so, anak2 aku dua tahun pertama memang aku suruh minum susu cap gantung. susu ibu lebih sesuai untuk anak manusia. tapi, susu cap gantung ada limit dia, so, luqman kena lah minum susu lembu. sebelum ni, aku bagi susu dutch lady. boikot belanda aku tukar nespray 3+. nespray naikkan harga, aku tukar dutch lady balik. pegi mamposlah dengan boikot. asyik2 boikot, kang belum cukup bulan, anak aku dah kena minum susu tin cap junjung.

sebab aku ada banyak masa kat rumah nanti, aku siap2 beli beberapa buah majalah keluaran mei 2009. tak terkecuali aku beli novel 'mikhail'karya penulis tersohor ramlee awang murshid. cam biasa, novel2 dia tidak mengecewakan. dah habis baca pon. he.3x... nanti aku ulas sikit kat blog hobi aku (http://interestinghobby.blogspot.com)

hari ahad, aku panggil plumber repair sink dan lubang air kat rumah. selalu sumbat. cam biasa, dapat harga special sebab plumber tu aku yg kenalkan dengan banyak syarikat. kes hutang budi la... biasanya dia nak bagi free service je, tapi aku tak nak hutang budi. bayar murah ok lah. pernah aku bayar dia, tapi dia bagi duit tu kat anak2 aku.

kebosanan menunggu orang nak ganti kipas dapur tak datang, aku pegi kedai beli cat. aku cat grill. bosan lagi, aku keluar lagi sekali beli cat ruang tamu. tengah nak2 final touch, tiba2 aku nampak kelibat yg aku kenal parking depan rumah aku. 4 buah kereta yg sarat dengan penumpang! semua kaum keluarga aku dari pahang. mereka baru balik dari hantar anak saudara aku ke kolej perubatan di cheras. so, singgah jab betul2kan pinggang kat rumah aku. meriah gile rumah aku. dah la rumah aku berselerakan sebab aku dah humban segala barang diruang tamu ke dapur dan dalam bilik. sebab sedara mara, dan mereka datang mengejut. terima je lah keadaan itu. mereka saje nak suprise kami. sebelum tu salah sorang anak saudara aku ada sms wife tanya kat mana. diorang saje ambush sebab wife aku jawab kat rumah. soronok aku mereka sudi datang.

sebab mereka tak nak tunggu sampai makan malam sebab terus nak balik pahang, aku cuma sempat jamu mereka dengan satu kajang hj samuri. yg best mereka datang rumah aku siap bawa bekal goreng pisang, keropok dan macam2 lagi. wife aku cuma bancuh teh dan kopi je. lagi kelakar, lepas diorang balik aku perasan ada beberapa kilo gula dan biskut yg aku yakin bukan aku beli. wife cakap keluarga2 yg singgah bagi. ha.3x... macam kat kampung2 pulak aku rasa. untuk pengetahuan orang bandar; kalau kat kampung aku, dah semacam tradisi. sesiapa yg bertandang ke rumah orang yg bersifat sesekali sekala, atau mengziarahi orang sakit, atau orang yg lebih berumur, dikehendaki membawa sedikit buah tangan. di kampung kami tak bawa buat pear, atau anggur. cukuplah kalau sekadar satu tin susu, atau sekilo gula atau satu ban roti atau sekadar biskut kering. ia sekadar menunjukkan kita orang melayu masih ada bahasa dan masih beradap. terima kasih banyak2, kalau aku tau tak perlu aku beli gula sampai 3 kila hari sabtu lepas. ha.3x.

mengikut wife aku, kakak2 dia yg bagi sebab ini kali pertama mereka datang rumah kami. yg lain tu dah banyak kali datang. terima kasih. kami tak harap apa2 bila saudara mara bertandang, anda datang dah menunjukkan kami masih dihati anda semua. sanggup mereka datang dari cheras ke ulu pelabuhan klang ini bertandang. padahal dari cheras ke port klang tu sendiri dah suku perjalanan balik ke rumah mereka.

pagi ni 2 orang baru masuk kerja. jawatan pengurusan. pekerja biasa kami dah 'freeze'. ekonomi gawat dah kami rasai. kalau dulu kami jalan 24 jam sehali, start 1/5/09, maksimum kami jalan production sampai jam 11pm sahaja. overtime dah kena dalam perhatian HR. department aku dah makin bizi, silap sikit, kami dah keluarkan 'surat chenta'.

peristiwa lucu ada gak hari ni, salah sorang staff lapor diri hari ni nickname dia 'apple'. so, masa dia berkenalan dengan staff sana, dia kenalkan diri dia sebagai 'apple'. geng2 gila2 sikit mula mengusik " you apple merah ke apple hijau?" dan ada jugak menyakat "nama you apple, nama I orange". aku perasan budak tu ketawa kelat je. dah orang baru la katakan. aku sengih je... malas nak campur tangan. isu kecik!



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------

14 comments:

Anonymous said...

cuti yg hampir2 membosankan.

julietchun said...

dinding dah lawa, bila nak tukar kaler langsir ngan kusyen? bukan aku tanya tapi wife ko yg tanya,kekekeke.

Kapten Luffy said...

cat sendiri lagi syok

susah gak nak pikir hal susu anak ni ek

aku suka apple... cun tak? ;p

Mak Su said...

hah hah hah, feature wall nak taruh kaler apa.

hai, saya manggis... ahaks.

sonata anak kancil said...

saje nak beritahu, cuti hari buruh tu - ( aku kira buruh la...) penat keje - gi ikut naik gunung...singgahla kat rumah aku...he3

kirana said...

Kirana selalu habiskan masa cuti dgn cara yg tak berfaedah...kekadang jerr.. Mcm cuti hari pekerja ni tadi, Kirana balik kampung. Masuk la ke blog Kirana kalo nak tau ape jadi!

izman said...

asis,
cuti doq rumah best ape, tenangkan fikiran.

izman said...

julietchun,
ala... aku buat bodo je...

izman said...

monkey d luffy,
penat wooo mengecat. tapi nak save cost.

apple lawa? kecik molek je orangnya. rendang lagi...

izman said...

maksu,
feature wall tu wife nak unggu gelap.

manggis? kelako la kalau nick name maksu manggis. he.3x

izman said...

sonata anak kancil,
ko panjat gunung? nanti aku jenguk ko

izman said...

kirana,
habiskan dgn cara tak berfaedah? cam ne tu? nak belajar jugak...

balik kampung tu kira sangat berfaedah tu.

Abang Long said...

Cuti Abang long terlalu banyak, ada 366 hari.

izman said...

abanglong,
ha.3x.... seronoknya..