Saturday, May 23, 2009

Anak Dara atau Isteri Orang?

3 audit dalam seminggu benar2 buat otak aku penat. tambahan pula aku dalam mode payroll. 20/05/09 kena audit ts16949 oleh qmr/lead auditor. semalam (22/05/09) pulak audit dari howards consultants berkaitan set of payroll aku. kalau payroll memang sah aku sorang je la boleh jawab. sebab aku handle 5 set of payroll sebab ada 5 syarikat bawah HR, 5 kali jugaklah aku kena ausit dengan consultant ni. sebelum ni dah settle 2 syarikat, ini yg ketiga. the next two week ada lagi utk 2 syarikat. masa diberitahu ada audit ni akupun marah dengan account manager sebab tak diberitahu awal sedangkan mereka dah tau awal. alasan "lupa". damn lame excuse!

however, since kami punya system in order dan filing system is marvelous, senang je lah nak jawab dan show evidence. Alhamdulillah untuk payroll audit meskipun masa yg lama diambil sebab auditor baru terkial2 nak memahami system kami, dan dia berjaya dipeningkan oleh penerangan aku. ha.3x... saje gempak auditor baru grads!

belum abis audit group HR manager syarikat kami datang buat spot check dan audit. sebab audit payroll on and off sebab dia akan ambik masa buat audit trail dan sebagainya. sama je, dah mengejut nak bagitau pebendakan? lama jugak aku disoaljawab, dari jam 4pm hingga 7pm. macam biasa, mana2 system yg longgar akan ada cadangan utk pengukuhan, dan aku terima.

cerita pasal audit ni sebenarnya lebih berkait dengan memastikan system in order. dalam perhubungan juga perlu ada audit. err... maksud aku check and balance! kalau dah kahwin tu aku setuju perlu ada kepercayaan pada pasangan, tapi jangan 100%. paling sayangpun letak la 98% trust jee... mana2 pasangan sebenarnya ada kecenderungan utk curang, dan kecurangan ini biasanya datang by chances. sape kata org dah kawin tiada org nak dekat? dalam kebanyakan kes kita dengar, pasangan dah kahwinlah ramai org himpit. ala bukan jantan je, pompuan pun sama.

ada kata lelaki dah kahwin lebih romantik, lebih stabil, lebih proven, lebih caring dan segala2 lebih. dah kita tak hairan bila kebelakangan ini kita dengar ramai dah sanggup bermadu. same jugak dengan keghairahan lelaki bujang pada isteri orang. banyak faktor, dan salah satu faktor yg pernah melibatkan aku ialah kasih sayang dan masakan.

ini kisah lama.. wife akupun tau. malah family akupun tau. dan ini antara sebab serta merta aku dikahwinkan. begini kisahnya......

seperti lelaki2 normal diluar sana, aku memang mendambakan seorang wanita untuk diangkat sebagai isteri, dan bakal menjadi ibu utk anak2 aku. macam2 pompuan aku kenal, berkawan, berchenta dlm perjalanan hidup aku dari sekolah, universiti hingga ke alam pekerjaan. ramai... dari rakan sekelas, kawan sebelah kelas, org negeri itu dan ini, rakan sejawat, org gomen, promoter pakaian, toll gate girl, kerani, pekerja kilang, pelajar u, org bujang, dan bini orang. bini orang?

ye bini orang! bukan ku pinta, tapi pompuan ni yg datang by chances. akukan HR, kebetulan buat open interview dia datang dengan wajah ayu mintak kerja. dengan sijil dan pengalaman kerja dia ada, serta bonus muka dan body cantik, dia berjaya dapat kerja tu. masa tu aku dan boss aku yg handle interview OK! tiada unsur tawaran seks untuk pekerjaan yer! untuk nak label aku sebagai org tak senonoh tu tengok2 lah rupa aku dulu, muka innocent tau!

dlm form ditulis bujang. bila tanya dia cakap bujang. so, bujanglah. dia bujang, dan aku bujang senang; memang sesuailah. sebab dia baru, akulah kena guide dia, apatah lagi dia ditempatkan ditempat agak jauh dari HQ kami. so, selalu2lah aku melawat dia. dari kerja, sembang2 kosong, keluar makan2 dan akhirnya .........

ape! ingat aku buat menda tak senonoh ke? baca perenggan ke 8 untuk tau sifat aku. akhirnya..... "ku tak tau mengapa, tiba2 sahaja, didalam hati ini, sering rindu pada mu, ingin ku meluahkan, tak berdaya, ku tau engkau jua, sangat sayang pada ku...." (nyanyilah sampai aku kalau korang suka lagu ni). kebetulah masa tu aku baru putus kasih dengan org pahang (razman, alyn, zaulyn; aku tau ko tau sape dia. DIAM!!).

sebagai seorang bohjangan, aku suka perempuan yg kulit cerah, kurus, caring, yg pandai bergaya, yg pandai masak. ciri2 tu ada pada dia. memang dia kurus dan cerah sebab mix chinese dengan jawa banting. bergaya? dah model sambilan, korang sendiri mau ingatlah. memasak mmg terer, sebab banyak kami dia bawa makanan utk aku sarapan, makan tengahari dan bawa berkhelah.

pernah suatu ketika kami bercuti dipulau ketam bersama beberapa ahli keluarga angkat dia, org india. dalam feri, kami memang tumpuan. 6 orang kot, aku dan dia je melayu. since dia mata sepet dan free hair, dan dressing power, ramai tersalah anggap dia cina. yg lagi celaka org salah anggap aku india! bijingan! dalam feri kami duduk berdua, manakala yg lain duduk kerusi2 lainlah. masa bercakap dengan dia memanglah aku cakap melayu sebab aku mana tau cakap jawa. tiba2 ada sorang nyonya ni tegur "lu olang aaa... kalau kawin musti anak cantik". si dia bertanya "kenapa untie?". mesti cantik maa... emak cina, ayah india, anak mesti cantik ma... cindia".

ikutkan hati mau je aku humbankan nyonya tua tu ke dalam laut tu, tapi sebab dia si dia aku tengok kembang hidung (ala hidung dia kemek)bila disebut 'kawin' dan 'anak', aku diam je. macam ni punya ensem disamakan dengan rajinikhant! tak patut! tapi aku faham sebab diorang nampak aku dan dia cakap melayu kerana anggap yg ramai2 tu family aku, dan cina cakap dengan india mestilah cakap melayu. adik2 angkat india tu pulak mmg kelihatan sangat manja dengan aku. lagi satu, dressing akupun cam india jugak sebab memang masa tu aku kerja company india. pengaruh tamil nadu kuat. aku pakai rantai tali, dan gelang tangan tali mcm org india. si dia pulak gatal2 taruk nandek di dahi.

Allah maha kaya! dah 6-7 bulan bersama, akhirnya pecah status. kami bertengkar kerana gara2 aku enggan pakai pakaian yg dibelinya untuk menemankan dia ke satu photo shoot. dia tersebut pasal suami dan anak. dari situ aku mulai renggang, kerana tak mau jadi macam satu artis yg kena bunuh masuk dalam guni dan dihumban ke gaung. memang sukar melepaskan diri dari cengkaman wanita berkahwin rupanya. pernah beberapa kali dia serbu rumah bujang aku bila aku enggan keluar atau jawab telefon. malah dia suka2 hati akan call family aku dikampung. si dia berusaha meyakinkan aku bahawa dia dah tiada sayang pada suaminya dan dalam proses bercerai. memang godaan kuat, malah aku pernah berfikir untuk teruskan hubungan. malah aku pernah beberapa kali keluar bersamanya dengan anak ke sekitar shah alam. malah pernah terserempak dengan kawan sekampung di kompleks pkns shah alam tengah mendokong anak. dah nama pompuan, kecoh satu kampung aku, dan memaksa aku menjawab dengan keluarga.

"betul papa, anakmu ini masih teruna (kawan aku cakap teruna ada 1000 kali). anakanda belum bernikah di siam seperti didakwa. anak itu memang anak perempuan itu, tapi perempuan itu bukan isteri anakanda". "percayalahhhhhh....!"

ia memaksa aku berterus terang dengan family aku dan akhirnya aku kahwin.....

.....dengan isteri aku sekarang. so, tiada lagi gossip2 ok! ada hati nak kawin lagi ke? soalah bodoh tu? sebagai lelaki memang lah ada, tapi keluarga sekarang dah cukup memberi aku segalanya; kasih sayang, cinta, segalanya.....

nota untuk isteri tersayang :
seperti abang katakan dulu, sejak terlafaznya akad nikah kita dulu, cinta dan kasih abang hanya untuk sayang dan keluarga kita sahaja. sekalipun abang tak pernah curang, hingga kini. jeling2 pompuan cantik tu, biasalah! he.3x...


moral of the story :
1) pilihan parent biasanya terbaik.
2) jodoh boleh dicari, tapi kena percaya Allah yg menentukan segalanya.
3) jangan scandal dengan bini atau suami orang.
4) jangan pegi pulau ketam untuk berkhelah, itu pulau tak sesuai. nak memancing bolehlah.
5) kalau terjumpa lagi nyonya tu dan dia sekali lagi cakap aku india kawin cina, aku humban dia dalam laut betul2.
6) kalau terlanjur kawin dengan suami orang di siam, pastikan register kawin balik di malaysia (nasihat membunuh ape ni?)
7) intai2lah pasangan anda kemana dan dengan siapa ia keluar. bukan nak menjahanamkan korang, tapi agar keluarga korang terus bersama.

26 comments:

julietchun said...

terharu beb kalo isteri ko baca perenggan yg last tu.

ku tak sempurna said...

betulla kata nyonya tu..
klu india kawin cina, anak mesti lawa..
tapi yg peliknya, muka anak2 tu mesti muka melayu..

hikksss..

nasib la suami pompuan tu tak apa2 kan ko..



sekarang ni ada lagi ke yg kata ko sedara rajinikanth??
.
.
.
.
.
lelaki mmg takleh tahan mata eh?/
mesti nak jeling2 gak...

sabar je la wahai isteri!!

hik hik hik

izman said...

julietchun,
sebab aku tau dia baca tu aku tulis. he.3x..

sonata anak kancil said...

Dalam alam kerja gitu lah...mula2 cite fasal keje...lama2 cite macam2...yang penting nawaitu kite...
Iman mesti kuat! kalau sorang bercite - sorang kena dengar - habis...jgn nak lebih2...

izman said...

ku tak sempurna,
dah tak ada la... sebab aku tak pakai rantai dan gelang lagi. mukapun dah cerah sikit. ha.3x

sonata anak kancil said...

ha ha ha lewat 1 minit !

izman said...

sonata anak kancil,
he.3x.. gitulah

izman said...

sonata anak kancil,
lewat seminit? ngak fahem?

sonata anak kancil said...

bila sonata baca...tak de komen, lepas tu bila komen...tengok2 u post dulu...dan sama2 sedang mongomen...he3 mengomen???bahasa apa da...tu yang tengok within a minute...

izman said...

sonata anak kancil,
la... ingatkan ape tadi? ingatkan lewat datang kerja ke hape? ha.3x

Tirana said...

Huaaa..Izman ada pengalaman bercinta dengan isteri orang..hehehe..

izman said...

tirana,
tercinta sebenarnya, tak sengaja. masa tu tak tau dia bini org sebab dia mengaku single.

Lily.Lulu said...

bang ..
pulau ketam kat mana ??
:D

sungguh bertuah isteri abang
ayat sebelum nota2 tu sangatlah romantic
terharu dibuatnya ...

izman said...

lily.lulu,
kat pelabuhan klang, selangor. itu syorga pemancing tu...

itu ayat cari makan, he.3x..

kak ja said...

Suka baca n3 ni.. Cukup jujur..

Monkey D Luffy said...

zaman bujang yg penuh skandal

zaman kawen yang setia

marvellous!

AZANI said...

semuanya dah tertulis

SUZIE APAI said...

haahahahahaa......mesti ko frust nonggeng bila pujaan hati adalah bini orang!

nasib 'bomoh membomoh' tak der amik port dlm citer ni...klu tak harus metro front page.

ahakss..pepepun, kngan tu indah klu di ingat balik..

asis said...

bile org dah kawen!!!!!!!!

KV said...

naseb baek mu sempat diselamatkan. Hehe

Anonymous said...

i tgk u x lah hensem.tapi banyak awek tangkap lentok ngan u dlm tulisan u.so wht's so special bout u.

IEM said...

suka baca entry nii..
anyway salam kenal..
sebelum ni baca je..

mesti terharu isteri awak baca...
susah nak dapat suami setia sekarang...

nur alisya said...

nasib baik da putus...cantik tapi perangai x cantik..no good la

Reza said...

nyonya tu dia upah suruh cakap dialog penyedap telinga...Guna proksi untuk accelerate result, politik ma...just my two cents. Your blog memang entertaining. Kudos.

Dang Tari said...

Anak dara dengan wife org mmg susah nak bezakan lelebih kalau kat bandar coz' wife org lg dressing dari anak dara. Mujurla tembelang dia pecah..kalau tak entah apalah jadi dgn awak. Terharu bila dengar lelaki commited dengan family. Alhamdulillah!

azahari abdullah jerry said...

Good boy