Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Silam. Show all posts

Friday, November 4, 2016

Biskut askar dan jem nenas

semalam saya menerima kiriman pos berupa biskut keras dan jem nenas daripada sahabat saya yang juga seorang perajurit negara. kebetulan dia baharu habis latihan di hutan dan ada lebihan. dia bersetuju memberikan kepada saya atas dasar saya sangat teringin dan mengidam memakannya.
saya boleh beli jika ia ada dijual di kedai, tetapi tak ada. sahabat saya ini memberinya percuma kepada saya atas dasar persahabatan dan saya yang mengidam. terima kasih rodong kas di jerantut.
apabila saya membuka bungkusan semalam, saya terus memakannnya tanpa bertangguh. isteri dan anak-anak pelik melihat gelagat saya, memakannya dengan asyik sehingga kepingan ketiga baharulah saya berhenti dan menyuakan kepada mereka.
isteri saya tidak memakannya. keempat-empat anak saya mencubanya setelah saya menyapukan jem nenas di atas kepingan biskut tebal itu.
" Oh kerasnya, macam batu", kata mira, anak saya yang berusia 7 tahun.
" tak sedap langsung", kata fahmi, si bongsu berusia 6 tahun.
" pelik la rasa dia", pika si anak kedua berusia 10 tahun memberitahu saya.
"macam ni ayah kata sedap?', kata anak lelaki sulung saya, luqman yang berusia 12 tahun.
saya cuma ketawa. saya katakan kepada anak-anak bahawa inilah makanan yang menjadi alas perut para perajurit kita di perbatasan. askar juga ada nafsu selera tetapi dalam menjalankan tugas mereka makan apa sahaja yang ada di depan mata. biskut keras dan jem nenas ini adalah salah satu menu mereka. itulah pengorbanan mereka untuk memastikan kita semua hidup aman bebas merdeka. anak-anak angguk, saya nak mereka tahu betapa susahnya menjaga keamanan negara.
" ayahpun rasa sama macam anak-anak ayah rasa, biskut ini langsung tidak sedap", kata saya. saya ketawa sendiri.
"kenapa ayah minta kawan ayah hantar biskut ni kalau ayah kata tak sedap?", soal mira.
" ayah makan kerana ayah ingin kalian rasa seronoknya masa kecil ayah dahulu, tapi ayah silap. cuma ayah yang merasai seronoknya biskut keras dan jem nenas ini kerana ayah ada kisah manis semasa memakannnya".
" masa kecil dahulu di kampung batu balai, kampung ayah ramai komunis. dalam tahun 1986 macam tu baharulah kampung ayah bebas komunis. jadi setiap masa memang akan ada kompeni askar yang akan tinggal di dalam hutan dan kebun getah sekitar kampung ayah untuk melawan komunis dan menjaga orang kampung".
"dahulu bila pukul 7.00 malam hingga 7.00 pagi, akan ada 'road block' depan balai polis tu. datuk ayah, arwah tok mat antara polis yang menjaga di situ. ayah pernah tinggal di balai polis tu tau".
" bila askar yang menjaga bertukar giliran, maka berderetlah trak-trak askar yang akan lalu di depan rumah tokpa. ayah dan budak-budak lain suka lambai-lambai tangan sambil jerit pada askar-askar tu. selalunya mereka akan lempar biskut, jem nenas, susu, dan kadang-kadang ada juga gula-gula. kami berebut, memang seronok".
" biskut tu dulu lagi keras, dah campak tepi jalan dari trak pun masih tak pecah. dah dapat tu, ayah kongsilah makan ramai-ramai. sedap!". cerita saya panjang lebar.
" tapi adik makan tak sedap pun!", sampuk fahmi.
saya cuma ketawa. dalam hati saya berkata bahawa kamu semua hanya makan yang sedap dan tidak pernah rasa erti susah, tentulah kamu semua tidak dapat merasai seronoknya nikmat yang datang sebagai biskut keras dan jem nenas. zaman kita berbeza dan kamu semua beruntung anakku.
biskut keras askar dan jem nenas itu biarlah ayah makan sendiri.

Monday, October 31, 2016

Papa tetap kekal di hati.

hari sabtu dan ahad saya pulang ke kampung saya di batu balai, jerantut untuk melawat keluarga dan meraikan majlis perkahwinan anak saudara saya.
semasa di majlis kenduri di kampung kelahiran saya di kampung damak, ramai kenalan arwah papa saya menegur saya. rata-rata masih mengenali saya biarpun saya sudah terlalu lama tidak berziarah ke rumah mereka. iyalah, mungkin kali terkahir saya bertemu mereka ini sewaktu saya masih bersekolah.
saya mengakui terasa malu tidak menegur mereka dahulu sedangkan mereka mengenai saya dan tahu pula nama saya. malah bapa pengantin perempuan yang anaknya berkahwin dengan anak saudara saya begitu gembira berjumpa dan berbual dengan saya biarpun dalam masa sama melayan tetamu yang hadir. ternyata saya masih dalam ingatan dan kenangan mereka.
bercakap mengenai kenangan, pagi ini kakak saya pula menyiarkan sekeping gambar arwah papa saya bersama kami 4 beradik. mungkin semasa ini saya masih bujang, entahlah.
dahulu, saya dan papa seringkali berbeza pendapat. dan ada kalanya sehingga kami tidak bertegur sapa berbulan-bulan. ya, saya akui ia salah, dan saya bersyukur tidak mati sebagai anak derhaka.
ya, papa membesarkan saya dengan kasar, namun dalam masa yang sama sangat memanjakan saya. apabila keinginan saya dibentak, saya akan cepat berkecil hati. papa juga begitu, jika saya tidak menelefon atau berziarah secara kerap, dia juga cepat terasa hati. pertembungan emosi ini seringkali menyakibatkan kami tidak bertegur sapa.
"kenapa balik rumah aku?", soal papa sewaktu saya dan isteri baharu tiba ke kampung setelah menempuh perjalanan jauh dari klang.
saya tidak jadi mengeluarkan barang dari kereta dan terus berkira-kira mahu pulang terus ke klang. isteri, emak dan emak saudara saya menangis dan memujuk saya supaya tidak terus pulang. kata mereka perangai orang tua memang begitu.
saya akur, dan menjauh diri dari bertembung dengan papa. sewaktu kami sekeluarga makan, papa keluar berlama-lama ke surau. apabila kami menonton tv, papa keluar menghisap rokok di beranda. lantaklah!
sedang leka melayan laptop di dalam bilik sedangkan isteri menyusui si kecil, baharu saya perasan anak lelaki saya luqman tiada bersama. dia ketika itu baharu enam tahun. saya cepat-cepat keluar bilik mencarinya. bimbang dia keluar sehingga ke jalan raya.
rupanya dia bersama papa saya menonton tv, rancangan bola sepak. saya cepat-cepat beredar bersembunyi apabila saya mendengar anak saya meminta air nescafe yang sedang di minum oleh datuknya itu. saya lihat papa saya bangun menuju ke dapur mengambil gelas kosong dan berkongsi air dengan cucunya. sesekali saya lihat mereka berdua bersorak dan si datuk mencium ubun-ubun si cucu. papa memang memarahi saya tetapi tetap mengasihi cucunya.
petang itu ketika papa saya minum petang sendirian di beranda, saya ke arahnya meminta maaf seraya memeluknya. saya tak tahu apa salah saya sehingga papa memarahi saya, tetapi saya yakin tentu ada yang mengguris hatinya. saya buangkan sahaja ego saya itu dan memohon maaf darinya. seperti dijangka banyaklah perkara yang disyarahkan kepada saya kerana rupanya papa berkecil hati kepada saya yang sangat jarang menghubunginya. sebelum kahwin, hampir sebulan sekali saya akan pulang ke kampung. namun setelah berkahwin, ia sangat jarang. salah saya juga.
kini, papa sudah lama pergi ke daerah abadi. ya, saya juga sudah jarang pulang ke kampung. setahun boleh dibilang dengan jari. namun, setiap kali pulang, saya tidak pernah lupa menziarahi pusara papa. saya akan singgah berjumpa papa dahulu sebelum berjumpa ahli keluarga lain yang masih hidup. papa tidak pernah mati di dalam hati saya.
ketika mahu pulang semula ke klang, saya akan singgah sekali lagi berjumpa papa sebelum meneruskan perjalanan pulang. ketika hidup, saya akan bersalam dengan papa ketika tiba di kampung dan bersalam sekali lagi ketika mahu pulang ke klang, biarpun papa sudah tiada, saya tetap bertamu di sisinya sambil mengkhabarkan padanya bahawa kami adik beradik berterima kasih padanya yang membesarkan dan mendidik sempurna kami.
al fatihah untuk papa, dan mami. doa kami sentiasa bersama kalian.

Thursday, January 14, 2016

Seterika

Seterika.
Melihat gambar ini aku tertawa. Lantas terimbau kisah sewaktu aku di asrama putera di sekolah menengah padang saujana, jerantut. Aku di tingkatan 5 ketika itu.
Dibilik aku, imam syafie, ada seorang pelajar pintar bernama khalid di kelas ixora. Di dalam cerdik ada sengalnya.
Iyalah, dikala semua penghuni asrama menggosok pakaian menggunakan seterika elektrik, khalid lebih selesa menggunakan kaedah primitif. Dia menggosok penutup tin biskut ke lantai simen sehingga panas dan menggosok pakaiannya.
Aku akui cara itu juga boleh melicinkan kedut tetapi kaedahnya rumit dan menyusahkan. Aku baran melihat kelakuannya.
Bila disoal, rupanya dia tidak tahu menggunakan seterika elektrik. Aku mengajarnya langkah demi langkah. Dalam bab menyeterika ini aku agak profesional kerana terbiasa menggosok pakaian sendiri (nota : semasa di rumah, kakakku Idayu Pauzi yang menggosoknya). Alah bisa tegal biasa kata orang.
"Khalid, lain kali jika tak pandai buat sesuatu, cari saya atau mana-mana senior bilik kita ini, belajar!. Selain saya boleh belajar daripada Amiruddin Mohd Saman atau badang Fadhil Salim, vicky Vikram Narayan pun boleh. Faham!", jerkah saya. Khalid sekadar angguk.
"Ingat kata-kata saya ni, belajar mesti dengan orang yang pandai, bukan dengan si bebal. Bak kata orang 'hendak belajar berenang, dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai'.
Khalid angguk lagi.
Aku tahu khalid masih dengan kaedah kuno itu untuk sekian lamanya sehingga aku tamat belajar disitu secara sembunyi.
aku yakin khalid sudah matang dan berjaya kini. Jika tidak.... tentu dia jadi tarzan.

Friday, January 8, 2016

Dilwale

Dilwale .
Lagu tema filem hindi 'Dilwale' menjadi lagu terakhir sebelum aku matikan enjin kereta pagi tadi .
Sejujurnya dahulu aku adalah peminat SRK dan Kajol (nota : Preity zinta lebih digilai kerana lesung pipitnya).
Sebut apa sahaja filem SRK, pasti aku hafal lakon layarnya. Malah aku membeli vcd/dvd originalnya di pasaraya mydin. 
Namun semua kegilaan itu berakhir apabila gadis yang sering menyokong minatku itu meninggal dunia (nota : meninggalkan aku). Filem SRK terakhir sebelum kami berpisah adalah Kabhi Kushi Kabhi Gham (KKKG) .
Semenjak itu aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Tidak sesekali!
Ya, Aku tidak tega mengenang saat ditinggal kekasih . Jika disaat aku masih tidak bersedia diikat aku ditinggalkan, aku pasrah . Tapi ia terjadi setelah aku tinggalkan semuanya untuk dia . Pelamin anganku musnah . Benarlah kata scorpions; "what you give , you get back " .
Mujurlah ada si model sambilan dan promoter pasaraya itu terus disisi . Jika tidak, tentu aku kesunyian.
Rasanya ia berlalu lebih 10 tahun aku tidak pernah menonton apa-apa filem hindi lagi . Kali ini aku nekad untuk menonton Dilwale. Bukan untuk mengenang cinta lara, tidak pula menagih kasih arwah yang telah tiada. Ia sekadar belajar berkasih untuk dicurahkan pada isteri tersayang.
Lagipun aku dah lama tak menangis tengok filem.

Sunday, January 3, 2016

kasut Marco

Kasut Marco.
Usai makan malam, anak-anak memeriksa kelengkapan sekolah. Esok sudah mula bersekolah setelah satu purnama berlibur.
Biarpun poket berlubang-lubang dek tajamnya aliran keluar biaya sekolah, melihat senyum di wajah polos anak-anak, lukanya terubat.
Melihat anak menggaya kasut baharu, aku terimbau kisah silamku. Berbeza dengan anak-anakku yang gembira melaram kasut baharu berjenama, aku dahulu bermuram durja. 
Begini kisahnya....
Seminggu sebelum sekolah dibuka, datukku mula terkial-kial membeli kelengkapan. Baju, seluar dan stokin, kami sekadar berbelanja di pekan sahari Damak. "Murah berbanding berbelanja di Bandar Jerantut", kata datuk. Aku akur.
Ketika itu aku tinggal dengan datuk dan nenek kerana papa berkelana jauh di Kuala Lumpur.
Aku memberontak apabila datuk menyuruh aku memakai kasut lama. "Sudah buruk sangat", kataku. Apabila datuk mula membebel dengan kedegilanku ingin memiliki kasut baharu, aku katakan bahawa aku telah menelefon papa dan dia telah mengirim biaya secukupnya untuk keperluan sekolah kami adik-beradik. Datuk mendengus dan mengambil tali rapia dan mengukur kakiku.
Usai mengaji pada petang itu, datuk menyuakan kasut baharu kepadaku. Aku mengambil tanpa rela. Air mataku mula bergenang menahan hiba.
"Kasut Marko!", bentak hatiku. Padaku, ini kasut india pergi menoreh getah di estet. Kasut putih dengan getah hijau itu benar-benar membuat hatiku terbakar. Sebenarnya aku dah beberapa kali menelefon papa untuk dibelikan kasut aliph seach yang sedang popular semasa itu. Papa setuju mengirim belanja kerana dia tahu aku sentiasa mendapat nombor 1 hingga 3 setiap kali peperiksaan. Kasut idaman itu akan menjadikan aku lebih bersemangat belajar nanti ( nota : sebenarnya aku ingin melaram didepan gadis yang ku minati nanti).
Aku menangis semahunya. Bila sudah hilang sebak didada, berbekal duit rm1.00, aku menelefon papaku. Di pondok telefon awam di depan klinik bidan itu aku menangis mengadu kepada papa. Papa berjanji mengirim kiriman wang pos rm100 kepada aku hari itu juga untuk membeli kasut idamanku.
Keesokkan harinya, aku menerima resit untuk mengambil wang di pejabat pos jerantut. Dalam diam aku segera menaiki bas Pahang Lin Siong ke jerantut dan menunaikan kiriman wang itu.
Aku akhirnya membeli kasut idamanku itu di Rajan Store. Gembiranya Tuhan sahaja yang tahu. Malam itu aku tidur sambil memeluk kasutku itu.
Pada pagi pertama persekolahan, sebelum menyarung kasut baharu ke kaki, aku menggigit hujung kedua kasut itu. Aku akur kata nenek, " jika kasut baharu tidak digigit hujungnya, kasut itu pula akan menggigit kaki kita".
aku melangkah ke sekolah dengan bergaya. Sayangnya, sehingga persekolahan berakhir aku langsung tiada makwe. Pelajaran cemerlang dan memiliki kasut aliph seach bukan ukuran memikat makwe jika rupa tiada.

Tuesday, October 21, 2014

Perutusan Hari Deepavali 2014


நண்பர் கணேசன்,
ஹலோ.
நாளை நான் நீங்கள் எப்படியோ எங்கே காணவில்லை என்று நினைத்தேன், தீபாவளி உள்ளது. நான் தேடல் விளம்பர தமிழ் நேசன் நண்பர்கள் இழந்தது, ஆனால் அதிர்ஷ்டம். பின்னர் நான் வகையான சோம்பேறி மைல் 1 தெபோக் அங்கு பல்வேறு செய்தித்தாள்கள் விற்க மரம் அறுக்கும் ஆலை Teramaju செய்தித்தாள் கூட மளிகை தந்தை படிக்க இருக்கிறோம், உணர்ந்தேன்.
கணேசன், நாம் ஒன்றாக தீபாவளி வேண்டும், விட 11 ஆண்டுகள் உள்ளது. நாம் காலை முருகு நெடுஞ்சாலை சாப்பிட போது நான் மிஸ். நீங்கள் ராஜன் கடை தெபோக் இருந்து வாங்கிய ஜீன்ஸ் ஒரு பையில் வைக்க என்று கடுமையாக கொட்டைகள் கேக் மைல்ஸ். நீங்கள் ஒரு சராசரி கணேசன் இருக்கிறீர்கள்! அங்கு உங்கள் நாய் முட்டை கவண் மாமா சுப்பையா பாறை கேக் பொருந்தும்? நான் ஒரு கண்ணீர் குழாய்ப் நாய் தூ இறுக்கமான நடத்த பார்த்தேன். நான் இனப்பெருக்கம் இல்லை என்று ஒரு நாய் இருந்தது தெரியும். உங்கள் பெற்றோர்கள் இருந்து காட்சிகளின் குடித்து போது நீங்கள் சிரிக்க.
நான் கூட உடன்பிறப்புகள் போல எங்கள் வகுப்பில், நினைவில். நீங்கள் தீப்பெட்டியில் மற்றும் பிஜு, எல்கோசி மோனிகா, ஹனி, சிதி ரோஹனி என அவரது தோழர்களை எங்களுக்கு கரப்பான்பூச்சுகள் அல்லது பல்லிகள் எடுத்து போது நான் உங்களை மிஸ். நான் அவர்களை பயமாக மற்றும் மகிழ்ந்தாள் இயங்கும் பார்க்க சிரிக்கிறேன். நீங்கள் ஒரு பேட் ஊரோடும் தேர்ந்தெடுக்க ஸ்மார்ட் இருக்கிறீர்கள். அதை நான் நேசிக்கிறேன். ஹோ பெருநகரம் யிங் ஒப்பீட்டளவில் பெரிய அளவு நீங்கள் குழப்பம் தைரியம் இல்லை என்று போன்ற உள்ளது.
நீங்கள் காணவில்லை ஏனெனில் கணேசன் என் நண்பர்கள், நான் இப்போது சாலை பயணங்கள் அனுபவிக்க முடியாது. வெஸ்ட்போர்ட் நான் சாலை, விளையாடினேன். காலையில் முருகு சாப்பிட்ட பிறகு, நான் சூப்பர்மார்க்கெட் குழந்தைகளை அழைத்து. நான் இங்கே குடும்பத்துடன் விடுமுறையை கொண்டாட வேண்டாம்.
இந்த செய்தியை படித்து என்றால், 018-2678719 மணிக்கு என்னை கூப்பிடுங்கள். ஆமாம், நான் எப்போதும் சோப் சூ வர்த்தகம் பயன்படுத்த தொலைபேசி எண் தெரியும், ஆனால் காரணங்களுக்காக நீங்கள் ஒரு வணிக இல்லை. இந்த பேமிலி மேட்டர்ஸ் உள்ளது. குடும்பச் ஒருமுறை, குடும்பச் எப்போதும். எந்த உடைந்த தண்ணீர் வெட்டு (நறுக்கப்பட்ட தண்ணீர் உடைக்க). ஒருமுறை விற்கப்படும் கருதுகின்றனர் உடைக்கப்பட்டது.

ஹேப்பி தீபாவளி என் நண்பர். குடிக்க மற்றும் இயக்கி.

Sahabatku Ganesan,
Salam sejahtera.
esok sudah Deepavali, aku terkenang dirimu yang entah hilang dimana. Aku pernah iklankan mencari kawan hilang di akhbar Tamil Nesan, tapi hampa. kemudian baru aku sedar, kau memang jenis malas baca akhbar walaupun kedai runcit bapamu di sebelah kilang papan teramaju di batu 1 Jerantut memang ada jual pelbagai surat khabar.
Ganesan, sudah lebih 11 tahun kita tidak deepavali bersama. aku rindukan saat kita makan muruku di pagi raya. kuih batu dari kacang yang keras itu kau simpan dalam poket seluar jeans yang dibeli dari Rajan Store Jerantut. Kau memang jahat Ganesan! ada ke patut kau lastik telur anjing uncle Suppiah dengan kuih batu? aku lihat meleleh air mata anjing tu menahan senak. aku yakin, anjing tu tak sempat ada zuriat. Kau pula boleh ketawa sambil minum air kotak yang kau rembat dari kedai bapa kau.
Aku masih ingat, di kelas kita macam adik-beradik juga. aku rindu saat kau bawa lipas atau cicak dalam kotak mancis dan usik kawan-kawan sekelas kita seperti Bijue, Nozi Nanie, Hani, Siti Rohani. tertawa aku melihat mereka berlari-lari ketakutan dan kegelian. Kau memang pandai pilih yang lawa je. Aku suka. Ho Sook Ying yang saiz agak besar tu tak berani pulak kau kacau.
Sahabatku Ganesan, aku sekarang sudah tak seronok balik raya sebab kau tiada. aku raya di Pandamaran aje. Pagi-pagi lepas makan muruku, aku bawa anak-anak ke pasaraya. Aku takde keluarga nak sambut raya bersama disini.
Jika kau membaca mesej ini, sila telefon aku di 018-2678719. Ya, aku tau ini nombor telefon aku selalu pakai untuk meniaga SABUN SURI, tapi untuk kau bukan sebab berniaga. This Is Family Matters. Once Family, Always Family. water cut no broken (air dicincang takkan putus). Once broken consider sold.

Happy Deepavali my friend. Don't drink and drive.


Gambar kenangan Izman (Kiri) bersama sahabat baik Ganesan (kanan) di Sekolah Menengah Padang Saujana Jerantut, Pahang.


Nota : Tersiar di facebook peribadi Izman Pauzi pada 21 Oct 2014.

Sunday, December 15, 2013

GULA KAPAS

Gula kapas pekan sari jerantut. Mengimbau kenangan masa kanak-kanak aku dulu.

Tua-tua ni rasa sentimental la pulak.




Wednesday, August 14, 2013

Aku dan Nikah Mutaah-episode finale

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kita sambung balik bab nikah mutaah dan syiah ni.

memang ada masa kisah dlm blog aku ni berunsur tahyul, tapi kisah syiah tu memang betul2 kejadiah yg aku alami sendiri.

aku mulakan semula dengan kisah nikah mutaah.

lebih 10 tahun dulu masa aku kerja di syarikat pertama aku di seksyen 15 shah alam. sykt india. kami ada banyak cawangan dan dapat kontrak membekalkan tenaga kerja asing dan tempatan di pelbagai syarikat internasionale sekitar shah alam dan klang. so, pekerja asal bangladesh dan india kami memang ramai. mereka ditempatkan dihostel2 syarikat di taman sri muda.

memandangkan ramai pekerja kami diletak disyarikat asing, menjadi kewajipan syarikat memberikan jumlah tenaga kerja yg mencukupi atau didenda atau kontrak tidak disambung. even ada incharge masing2, untuk urusan lebih rumit memang kerja2 HR lah.

bangla2 ni kebanyakkan skill worker. syarikat2 asing tu memang kamau kita gantikan budak2 sabah dan sarawak memang diorang tak mau. nak bangla tu jugak. dan memaksa aku menerjah rumah sewa bangla berkenaan kenapa asyik buat perangai tak mau masuk kerja dan kerap cuti emegency. padahal habitat sebenar bangla ni memang kalau boleh tak nak cuti. dah la kerja 12 jam sehari, siap minta gantikan syif orang lain lagi. mmm..... jom kita siasat dan terjah rumah dia.

since rumah disewa org syarikat, memang kami ada kunci spare. suatu hari tu aku ambik kunci spare dan menerjah rumahnya. pergh.... tingkat 5 kau jah! nak berlaga lutut aku naik tangga. aku buka pintu rumahnya dan masuk. dalam rumah baru aku beri salam. heh.... apa punya adab la... abaikan adab, ni aku nak handle orang kurang adab.

aku memanggil nama bangla tu. "delwar hossain', you mana?". spontan bilik terbuka dan dia keluar hanya pakai sarung tanpa baju. dah la dada berbulu macam babon, muka baru bangun tido. aku tanya kenapa tak pergi kerja, dia jawab tara sihat la boss. tapi bila bercakap, matanya asyik jeling pintu biliknya yang tak bertutup rapat. aku nak masuk dia macam halang. last2 aku  marah dan ugut nak hantar dia balik bangla jika dia halang. barulah dia ketepi. aku kuakkan pintu bilik. ... astaga!!!

diatas katil bujang double decker tu kelihatan susuk wanita tanpa seurat benang. sedang tidur bagai kayu mati. aku cepat2 keluar bilik. berdosa besar tu.

dalam mengucap panjang, aku keluar dari rumah tu dan suruh si bangla jumpa aku di bawah dalam masa 10 minit. kami pekena teh tarik dan roti canai di restoran santa marrai. aku gasak siapa perempuan itu, yg pada telahan aku seorang pelacur. dia agak marah tp tak berani nak lawan aku. "boss, itu saya punya wife la boss". aku mencebik dan tak mau percaya kerana dia menyatakan bahawa perempuan tu orang indonesia.

dia menunjukkan surat kawin indonesia. heh.... bilalah bangla ni pergi indon sedangkan passport original dia aku yang pegang. tarikh kawin tu pun dia kerja jugak. selidik punya selidik rupanya dia kontrak nikah 3 bulan. tu yang lenjan cukup2 sampai tak reti nak gi kerja. kos perkahwinan rm1000. bayaran bulanan rm300.

aku marah dia sangat2. siap ugut nak hantar dia balik bangla kalau tak halau perempuan tu dari hostel. patutlah bangla lain nampak lesu je, rupanya berjaga malam doq skodeng atau tak leh tidur mendengar jeritan kat bilik sebelah la ni.

petang itu semasa kerja aku dihubungi oleh nombor tidak dikenali, orang indonesia. standardlah nombor digi. dia terangkan bahawa pekerja aku tu memang nikah sah menurut Islam kerana perempuan itu Islam dan bangla itu Islam. dia ajak aku jumpa di sri muda. memandangkan aku juga tinggal di sri muda... dulu aku duduk rumah teres berhampiran surau taman sri muda tu.

tanpa berfikir panjang, aku setuju jumpa. 2 orang indonesia dalam baya2 40an. sangat ramah dan berkopiah lagi. kami lepak di warung sambil minum teh. aku dah lupa namanya, tapi asalnya jakarta dan surabaya (macam betul je ingatan aku ni). mereka meminta aku tidak mengambil tindakan pada bangla terbabit memandangkan bukan menjadi kesalahan pada syarak kerena mereka telah bernikah mengikut syarak. ditunjukkan pelbagai dokumen, aku sekadar melihat tanpa emosi. dari zina, lebih baik menikah, terang mereka.

dalam asyik menyelidik dan menyiasat, akhirnya mereka terjerat dan menceritakan kisah sebenar perkahwinan itu. mereka juga turut mengoffer aku mengahwini wanita indonesia dengan tawaran diskon lumayan (diskaun hebat). dengan isyarat mata, si ketua menyuruh kawan yg seorang lagi mengambil sesuatu di kereta. cuak gak aku, kang dirogolnya aku, opss.... maksud aku dipukulnya aku.

diberikan aku satu fail yg mengandungi banyak foto2 wanita indonesia. dari pelbagai daerah.

indon : bos belek2 saja. tengok foto2 yang mana boss berkenan. nanti kita bincang harganya. jangan takut boss, saya bagi boss diskon istimewa.

melayu : (membelek dan dalam hati berkata, ramai jugak cewek lawa2 indon ni) mmm...

indon : mari saya tunjukin. kalau boss mau, saya rekomen cewek dari palembang. putih mulus. indramayu juga cantik. dalam rm1000 sahaja boss, bulanan rm300.

melayu : eemmm.... err.... masih perawan?

indon : kalau boss mau perawan juga ada. tapi harga sedikit berbeda. dalam rm3000. gerenti perawan boss!

melayu : (menelan liur. gerenti perawan tu). mmm.... jakarta?

indon : gadis jakarta ini agak liar boss. mungkin yang didesa lebih sesuai untuk boss. jakarta perawan belum pasti boss.  boss kasi duit nikah rm3000, boss pilih berapa lama mau nikahnya, bulan2 boss kasi biaya rm300 melalui saya untuk diserah kepada keluarga si isteri. boss pun tau, bokep mereka di desa membutuhkan uang.

melayu : tapi keluarga saya mesti tidak setuju.

indon : jangan kaget boss. kita pakai syariat, ngak perlu report deparmen agama di malaysia ini. sijil kita keluarin dari indonesia. yang pentingnya boss ada biaya. yang penting halal, elak zina.

melayu : mahal la, tak boleh kurang? sayapun bukan selalu ada dirumah. saya selalu outstation.

indon : kalau boss tak kisah berkongsi juga ada. boss pilih malemnya, isterinya boss. siangnya,  isterinya orang lain!

melayu : aaah! boleh ke macam tu?

indon : kenapa ngak boleh? kan nikahnya punya akad. boss akad saja mau menikah dengan dia untuk malam sahaja.

melayu : abis, kongsi suami?

indon : bukan kongsi, dua waktu yg berbeda itu.

melayu : kalau mengandung, nanti anak siapa?

indon : saya confim boss dia tak bisa mengandung. kita ada agrement boss.

melayu : berapa lama nikah paling singkat?

indon : 3 bulan. tapi maksimum 1 tahun.

melayu : kalau saya mau nikah terus?

indon : apa perlu nikah terus boss. boss orang malaysia, boss nikah org malaysia. yang ni simpan saja.

melayu : wanita simpanan?

indon : bukan wanita simpanan, ini juga isteri boss yg sah. cuma sekadar bila boss mau. tanpa komitmen. sudah jemu, tukar saja yang baru. lama2 barang sama bisa jemu boss. bisa tukar2, 3 bln boss ambik medan, tukar madura, tukar jawa, tukar jogja, tukar papua...

melayu : kalau nikah kena pergi seberang kah?

indon : ngak perlu. dimana2 saja boleh. saya sendiri boleh menikahkan boss.

melayu : wali, saksi?

indon : ngak perlu. saya boleh, saya sudah diijazahkan untuk mewakili mereka dalam pernikahan mereka. yang penting Allah melihat, Allah kan ada dimana2.

melayu : nk bercerai kena lafaz cerai?

indon : ngak perlu. cukup masa kontrak, nikahnya terbubar. kalian sudah saling tidak mengenal.

melayu : nanti saya fikirkan. saya akan telefon bapak nanti ya. err.... tapi confirm ada yang perawan ya pak!

indon : iye... confim. kalau ngak perawan, terbubar nikahnya.

melayu : ok.ok..... saya call bapak nanti. saya pulang dulu ya pak. Assalamualaikum

indon : iya boss. Waalaikumsalam.

tamat flashback.

memang aku tak jawab dah panggilan bapak indon tu. risau terjebak. lagipun aku dah ada ramai makwe masa tu. dah tak larat nak bergilir. err... maksud aku bergilir dan berebut waktu dating.

apa moral of the storynya?

jangan cari pasal dekati syiah, even masa tu syiah pun aku tak pernah dengar. tapi iman yg senipis kulit bawang ni menghalang dari mendekati zina cara syiah.

dakyah syiah ini memang menarik sebab ia memujuk dengan susuatu yg sangat disukai lelaki iaitu jamak (memudahkan solat) dan jimak  (melalui nikah mutaah).

selamatkan akidah kita, perangi syiah yakni syaitan yg berlindung atas nama Islam.



Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam (16/6/13) adalah HARI BAPA. sebelum tarikh ini, hari bapa pada aku adalah sama dengan hari2 yang lain even aku dah 9 tahun bergelar bapa.

sambutan hari bapa bagi aku tahun ini sangat berlainan. selepas subuh, aku dengar cd ustaz azhar idrus, dan kemudian aku menyambung tidur. sedar2 aku dikejutkan oleh anak2 yang mengajar bersarapan. biasanya aku suka membeli sarapan berupa roti telur atau murtabak daging, tapi kali ini sarapan istimewa dari isteri tersayang. apam bakar dengan kelapa. mhh.... memang favourite aku sejak kecik. aku bersarapan dengan anak2 dan isteri.

lepas makan, aku cuma berlingkar melayan anak2. semalam sudah seharian berjalan membawa anak2 yang ingin membeli hadiah untuk aku. kami ke shah alam ke pusat ikan hiasan xiang leng. anak2 menyuruh aku memilih pam ikan memandangkan pam aku rosak 2 bulan lepas bila elektrik terputus (letrik putus ye, bukan kena potong letrik). kesian masa tu, habis ikan ikan aku bela bertahun2 mati. kebetulan masa tu aku balik kampung. rasa nak nangis tengok semua ikan dah timbul. nasib baik ikan di akuarium di dapur dan kolah diluar rumah tak mati sebab memang tak pakai oksigen. kura2 pun selamat. arnab pun selamat (heh... apa aku mengarut ni). aku memilih pam dan aku serahkan pada isteri dan anak2 utk pilih ikan emas. aku minta beli dalam gandaan 3. kenapa 3? biasalah melayu... 3 abdul, madu 3, tualang 3, jula juli bintang 3.

mm.... malas pulak nk cerita apa kami buat sepanjang hari, cukuplah sepanjang hari hingga malam, senak perut aku asik makan hidangan isteri tersayang.

bukan aku tak bersyukur apa yang isteri dan anak2 aku buat termasuk beli pelbagai hadiah dan buat kad ucapan, tapi sebenarnya dalam bergembira, ada duka dihati ini..

sebelum2 ini, boleh dibilang berapa kali aku pernah ucap selamat hari bapa kepada papa aku. ye lah, papa ada bila aku perlukan, papa yang suka call aku. semua aku ambil mudah. sekarang papa dah tiada lagi di dunia ini.

setelah anak2 tidur, aku berteleku di sejadah. menadah tangan pada Allah agar papa diberi kedudukan mulia disisiNya. dalam air mata yang berderai, aku bercerita kepada Allah betapa besarnya makna papa dalam hidup aku. betapa banyaknya jasa papa pada aku. betapa berharganya aku pada papa, dan begitu juga berharganya papa pada aku.

aku setuju, sebagai anak lelaki tertua (selepas kematian abang sulung aku), akulah yang menjadi harapan papa. semua ditimbun atas bahu aku, sehingga kadang2 aku rasa sangat rimas. masalah tentang adik beradik aku, aku menjadi mangsa leteran dan kemarahan papa.

kalau aku lama tak balik kampung, ada utusan beritahu papa marah aku tak balik kampung. bila aku balik kampung, tiba je di rumah, papa mencengil bertanya kenapa aku balik kampung. memang aku baran. baran yang diwarisi dari datuk aku yang juga guru silat, dan baran dari papa aku sendiri (heh... alasan). bila datang gila aku, hari yang sama juga aku balik semula ke klang. emak aku memujuk agar tak ambik hati, tapi jenis aku keras kepala, aku balik jugak. akibatnya berbulan juga hubungan aku dan papa renggang dan tidak bercakap. hanya emak aku menjadi penghubung dan tidak putus2 mengatakan bahawa papa sebenarnya rindu kat aku tapi cara digunakan sangat kasar. dalam keras kepala, aku juga balik kampung menjenguk papa. walaupun tidak bercakap, aku tidak pernah lupa menyalami papa setiap kali tiba di kampung. papa sekadar bersalam, tapi matanya terus di astro melayan bola sepaknya. aku peduli apa, sebagai anak, aku dah ambik peluang untuk menjenguk papa dan berbaik.

aku dan papa sama2 keras kepala. kalau aku menonton tivi, papa lebih suka di dapur. aku ke dapur makan, papa makan di beranda. mujurlah anak aku luqman hakim yang tidak terjebak dengan perang dingin ayah dan datuknya. bila papa aku menonton siaran langsung bola, luqman tanpa suruhan dan malu akan duduk disebelah papa aku dan bertanya pasukan mana lawan, berapa kosong, dan meminta berkongsi air nescafe kegemaran mereka berdua. papa melayan luqman dengan baik, berkongsi gelas nescafe dan berborak pasal bola. perang dingin dengan aku langsung tidak menjejaskan hubungan datuk dan cucu ini. berbanding aku yang keras kepala, aku akan duduk dibilik melayan internet atau berborak dengan makcik aku dirumah sebelah.

papa memang garang dengan aku. dari kecik aku memang takut dengan papa. papa akan libas aku dengan tali pinggang bila aku malas ke sekolah atau mengaji. malah aku pernah diikat dalam guni tepung kerana aku ponteng sekolah. pernah dirotan sampai berbirat kerana mandi sungai damak bersama kawan2 lain. itu masa kecik. masa menginjak remaja pun papa masih merotan aku jika aku tak dapat mengenal huruf2 al quran semasa mengaji. merotan aku bila lewat solat. dari kecik, jika papa batuk sebelah pagi aku akan segera bangun dan solat subuh sebab papa akan panggil hanya sekali. jika masih tidur, rotan atau air sebaldilah hukumannya. pernah setelah ada anak 3 dulupun, aku yang tidur bersebelah bilik papa, terus bangun mencapai tuala untuk mengambil air sembahyang dan solat subuh bila papa batuk. akibatnya isteri yang terkejut menegurku dan berkata waktu itu baru jam 2 pagi. dan papa batuk kerana papa tidak sihat.


bersambung.................................





Friday, November 16, 2012

Nyawa itu Rahsia Allah

berjalan2 di blog kawan2, terserempak dgn kawan yg bercerita mengenai peristiwa bapanya meninggal dunia, dan betapa mereka mengasihi bapa mereka itu. ya... aku juga tak terkecuali dlm mengasihi papa aku, bezanya papa aku masih hidup dan masih boleh menunjukkan kasih sayang secara nyata.

aku setuju, even apa pun pekerja anak2, bapa hanya memandang mereka sebagai anak2. aku ada satu kisah.

beberapa minggu lepas, papa aku jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. pun begitu kerana kesibukan kerja, hanya mak aku yg menjaganya dihospital. even, papa layak ditempatkan di hospital lebih baik dan di wad kelas satu, papa enggan. papa lebih suka di wad berhampiran rumah kami yg hanya ada wad kelas ketiga. pernah kami memaksa papa masuk ke wad kelas satu di temerloh, tapi berbakul marahnya papa pada aku dan adik beradik. kami fikir utk keselesaan, tapi papa lebih suka suasana yg dapat bergaul dengan orang ramai dan pesakit2 lain. kalau aku...... dah beberapa kali aku masud ke wad, aku tak pernah ke hospital kerajaan, dan aku memilih bilik yg ada privasi.

berbalik pd kisah papa. aku balik menjenguk papa dihospital 2 hari sebelum hari raya haji. even aku dan adik2 ingin menunggu di hospital dan menjaganya, papa enggan. mak aku juga yg dipilihnya. pun begitu, kami adik beradik tetap beradi di kwsn hospital hingga malam sebelum balik ke rumah.

selepas solat raya dan solat jumaat, kami ramai2 jenguk papa dan berhari raya. papa tampak suka sebab anak2 semua ada. bila malam, papa masih menyuruh emak menjaganya berbanding kami anak2. dalam jam 6 pagi hari raya kedua, emak aku telefon dengan suara yg sangat sayu dan cemas, meminta aku dan adik aku imran segera ke hospital, papa tenat. kami memecut laju. di wad, akak aku yg tinggal tak jauh dari wad dah sampai. papa nampak tenat. doktor memanggil kami dan memaklumkan bahawa papa sudah tiada harapan untuk hidup. hanya tunggu maut menjemput sahaja. doktor meminta waris menandatangai surat utk membolehkan prosedur kecemasan. aku serahkan pada kakak dan adik aku utk membuat keputusan. mereka jururawat terlath dan aku aku pula pembantu pegawai peruubatan (MA). aku dan emak disisi papa. kakak dan adik aku enggan membenarkan prosedur kecemasan, aku aku menyokongnya.

papa dah tiada respon pada panggilan kami. keadaannya sangat tenat, dan jururawat hanya menyuruh kami mengajar papa mengucap dua kalimah syahadah. malah atendan hospital dah mula mengedarkan surah Yasin kepada kami. apa lagi yg mampu aku katakan. suasana terlalu hiba, kami hanya mampu memegang jari jemari papa, sambil membaca yasin dan mengajarkan mengucap di telinganya. air mata tidak berhenti2 tumpah dari kelopak mata.

pun begitu, kami masih tidak memaklumkan kepada keluarga besar dan waris2 mengenainya. dalam pukul 8am, imam masjid di kampung aku datang menziarah. ustaz mat setelah berjumpa papa, merapati aku dan menyuruhku mengajarkan papa mengucap dan meminta memaklumkan keluarga supaya datang jika ingin melihat papa yg masih hidup. setelah berbincang, kami masing2 memaklumkan kepada keluarga besar. dalam 30 minit, suasana dah menjadi kelam kabut. masing2 datang menjenguk. doktor dan jururawat sudah membenarkan waris masuk tanpa had. masing2 dtg membaca yasin.

suasana luar wad agak riuh, disebalik kecemasan dan kesedihan, ada juga baiknya sebab dapat berjumpa saudara mara yg dh lama tak bersua. aku dan adik2 aku tidak tega meninggalkan papa even ramai saudara mara di tepi katil. suara papa yg tersekat langsung tiada berbunyi dan mata yg terbeliak membuatkan kami insaf, mungkin inilah sakitnya sakaratul maut. tanpa jemu kami mengajarkan papa mengucap. tidak jelas bahasanya, cuma kedengaran "Allah, Allah....".

dlm keramaian yg datang, macam2 berita yg ada. ramai yg tidak membantu menenangkan kami yg kesedihan dan kecemasan. yg ini beritahu " hidung dah jatuh tu, 2-3 jam lagi dah takde la tu". "dah terasa malaikat ada kat sini ni". argh...!

makan minum dh tak dipedulikan. pujukan kakak aku utk menjamah makanan akhirnya aku turuti. makan sedar alas perut. dari jam 5am hingga 7pm, papa tiada tanda kebah. dalam jam 730pm, hanya aku, emak aku dan seorang sepupu aku iaitu jururawat didalam wad. orang lain kena keluar sebab takut mengganggu pesakit lain. aku memeohon utk solat sementara mereka membaca yasin.

selesai solat, emak menelefonku meminta membelikan tuala utk mengelap tubuh papa. aku dan aku aku imran ke bandar yg jaraknya 5 minit. sampai je di parking hospital, aku aku hisyam menelefon memberitahu papa ingin makan bubur marrybrown dan milo ais. dlm terkejut aku memarahi hisyam, sangkaan aku dia bergurau. hisyam menyuakan telefon pada papa dan aku benar2 gembira yg papa dah kebah. cepat2 aku ke bandar semula membeli yg diminta.

gembiranya hati bila papa makan bubur dan minum milo ais. malam itu kami 3 beradik lelaki menjaga papa. memandangkan hanya 2 org boleh ada di katil, kami gilir2 jaga.

dalam menjaga papa, papa suruh kami duduk didepannya. kami akur. papa menasihati aku agar menjaga keluarga sebab aku anak lelaki plg tua, kami disuruh jangan membeza2kan anak ibu pertama dan kedua jika papa dah  tiada, papa suruh kami bantu menbantu sesama adik beradik dan jangan putuskan hubungan keluarga dengan keluarga2 besar.

alhamdulillah, dapat juga aku jaga papa selama 2 malam di hospital. teringin menambah cuti tapi papa membantah. papa dah ok katanya, lagipun anak2 kena bersekolah.

aku bersyukur kepada Allah yg masih memberi kami sekeluarga peluang untuk bersama2 papa.

Friday, January 6, 2012

Anak Kalah, Bapa Kena Bayar

masih dalam mood sekolah. tahun lepas (2011) anak aku dan anak si saiful sama2 masuk darjah satu, tapi di sekolah berlainan. anak aku di sekolah kebangsaan area rumah aku dan anak saiful masuk sekolah tamil. opss... silap, anak saiful pun masuk sekolah kebangsaan juga. he.he....

macam biasalah sebagai bapa yang penyayang dan berbangga dengananak masing2, kami selalu berborak mengenai pencapaian anak2 di sekolah. si saiful ni anak dia selalu dapat nombor yang terbaik, anak aku takat biasa2 je. so, suatu hari si saiful ni mencabar aku untuk meningkatkan prestasi anak2 kami. anak2 periksa disekolah, anak siapa yang mendapat markah keseluruhan tertinggi berbanding anak yang satu lagi, maka bapa yang anaknya lebih rendah markah kena belanja anak dan bapa yang menang. ia meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

cabaran diterima.

ia bermula dengan peperiksaan akhir tahun. aku tak cakappun dengan anak aku pasal cabaran ni, tapi aku memang harap anak dapat markah tinggi. bukan sebab takut kena belanja, tapi nak anak berjaya dalam akademik.

dan bila keputusan akhir dikeluarkan sekolah, Alhamdulillah anak aku berjaya mengalahkan anak saiful. ala... dalam 2% je rasanya. tapi menang tetap menang. so, saiful terpaksa menyotakan janji, belanja makan.

dimasa ditetapkan aku dan luqman serta saiful dan anak2nya belanja makan di kfc port klang. bukan makanan mahal murah menjadi taruhan, tapi untuk menggembiran anak2. kali ni saiful kena bayar. untuk pencapaian sekolah kebangsaan nampak gaya macam aku kena bayar. keputusan masih tergantung sebab sekolah anak dia keputusan akhir sampai sekarang masih belum dapat. sekolah anak aku cepat. 2 hari lepas periksa, keputusan dah keluar, dah dapat buku rekod pencapaian dah. apa2pun, kita tunggu dan lihat.

sambil2 makan, seronok dapat lihat anak2 bergurau senda bersama. anak2 saiful yang kuat menyakat anak jantan aku tu. biasalah anak lelaki aku tu pemalu, macam aku la (apsal aku sendiri rasa nak muntah ni??). bila anak2 gembira, apalah sangat duit untuk belanja makan tu. tapi kalau tengok gambar, korang boleh lihat muka saiful agak kelat, banyak bayar ye.... ha.ha.ha.......

...............................................................................

sekadar berkongsi tips untuk mendidik anak2 menjadi pintar cergas, sila klik pautan dibawah:
Anak Pintar Cerdas

Thursday, September 1, 2011

Wayang Pacak & Merdeka

petang tadi, di tivi cerita hampir semuanya tahap dah diulangtayang berpuluh2 kali. ccerita tan sri p. ramlee aku tak kisah, tayanglah beribu kali, ianya masih segar dan tidak memualkan. dalam duq menukar2 channel, aku terpandang cerita melayu berjudul "Darah Satria".

kisah askar ini adalah antara wayang melayu terawal aku tengok. emm... dah lama sangat dah aku tengok cerita ni di wayang pacak di kampung aku dulu di kampung damak. masa tu aku yakin aku belum lagi baligh, may be usia aku di bawah 8 tahun. kenapa bawah 8 tahun? sebab masa aku darjah dua iaitu usia 8 tahun, mami (emak) aku meninggal dunia dan kami berpindah ke kampung batu balai.

berbalik kepada cerita darah satria. wayang askar lakonan aman shah dan lizawati (ye ke??) diadakan di tapak pekan sari damak. tapak pekan sari tu dah takde lagi, sekarang dah jadi kawasan masjid damak. kebetulan rumah dan kedai runcit papa aku memang berhampiran tapak pekan sari tu, jadi kami sekeluarga sama2 menonton. ia dianjurkan oleh jabatan penerangan.

kami sekeluarga membawa tikar untuk menonton wayang pacak tersebut. terdapat beberapa peniaga berniaga air dan kacang kuda rebus. kisah ni memang banyak mengajar kita bahawa komunis memang kejam dan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang mertarung nyawa untuk keamanan negara kita.

aku masih ingat, sebelum wayang sebenar bermula, pihak jabatan penerangan menayangkan kisah mengenai tanam semula getah, ada juga mengenai ajakan menyertai pasukan tentera. ya.... tak dapat dinafikan bahawa kisah itu berjaya menarik hati aku untuk menyertai tentera. aku sukankan seragam yang segak, menggunakan senjata, memberi arahan kepada pasukan dan mendapat gadis cantik untuk dijadikan isteri. heh....

apa2pun, kisah ni dah lama. akupun tak jadi tentera. setakat kerja kilang je. tapi jika negara ini perlukan orang untuk mempertahankan keamanan, aku sangup mempertaruhkan nyawa aku. Aku sayangkan negara Malaysia ini.

Thursday, August 25, 2011

Dalam Telur Ayah

pendidikan seks di sekolah aku tak tau jadi atau tidak, aku tak ambik kisah sangat. tapi sesekali fikir, aku rasa ia juga perlu diajar sebab ramai mak bapak cam aku pun tak reti macam mana nak cerita dengan anak2 yg masih kecik mengenai hal ini.

teringat aku beberapa ketika yg lalu, rehat2 bersama anak2, anak2 suka sangat tengok gambar kami masa mula2 kawin dulu. yelah, awal2 kawin suka benor kami berjalan dan menginap di pelbagai tempat; honey moon la katakan.

luqman : ummi, masa dulu2, luqman, pika dan adik mira duduk kat mana?
ummi : dalam perut ummi la.
luqman : tapi dalam perut mana boleh orang duduk?
pika : ummi tipu..... mana boleh duduk dalam perut, luqman kan?
ummi : dah la, tanya ayah.
luqman : ayah, masa ayah baru kawin dengan ummi, luqman, pika, dan adik mira belum lahir. luqman, pika dan adik mira duduk kat mana?
ayah : dalam telur ayah.
luqman & pika : (terdiam)
luqman : ummi, ayah kata luqman, pika dan adik mira dulu duduk dalam telur ayah, betul ke?
ummi : (tak terjawab)....


Saturday, July 16, 2011

Tiada Kedal Lagi

dalam minggu lepas membawa ke minggu ni, rata2 blog bercerita tentang bersih 2.0. aku tak tau nak cerita apa pasal bersih sebab aku bukan terlibat dan malas nak melibatkan diri. even aku rasa apa yang dituntut adalah patut, tapi perhimpunan begitu bukan apa yang akan aku pergi.

dalam objecktif bersih, mereka menuntut mengenai pilihanraya yg lebih adil dan telus, ye... aku sokong. penggunaan dakwat kekal aku sokong, bersihkan pengundi hantu aku sokong. habis kenapa tak berhimpun? heh... berhimpun aku tak sokong. aku dah tau sape pergi memang akan kena. sama ada kena sembuk air atau kena gas pemedih mata dari fru. lagi jahanam kalau kena lokap. aku ketua keluarga yg menyara keluarga, kenapalah aku nak menyebabkan isteri dan anak2 merana jika kena lokap.

apa2pun, bagi mereka yang merasakan berhimpun secara aman dan beramai2 perlu untuk menyuarakan pandangan, terpulanglah. berani buat, berani tanggung.

cuma aku tertarik dengan perbahasan beberapa blogger mengenai apakah natijah jika menyertai perhimpunan selepa YDP Agong menasihati agar tidak menimbulkan kekecohan. blogger pro kerajaan akan kata mereka menderhaka, blogger pro bersih kata YDP Agong memberi nasihat kepada kerajaan sebenarnya agar tangani hal ini dengan bijak. entahlah.... pada aku YDP Agong sebagai ketua negara tidak terlibat dalam politik, baginda menasihati secara umum agar kedua2 pihak fikir dan bertindak dengan betul dan mengikut lunas undang2. kita orang melayu, memang kena sanjung institusi raja. dengan berdemonstrasi, kita lihat polis/fru yg majoriti melayu menembak gas pemedih mata, memancut air berasid, menggari tangan pendemonstrasi yg rata2nya memang melayu.

heh... melayu! dalam cerita bersih ni kita dapat tengok macam2 watak melayu lama. ada orang macam mat jenin, yg mengimpi kerusi di putrajaya. ada lebai malang yg dicari tak dapat, yg dikendong berciciran. ada juga pak pandir yang bodoh tak habis2. semua ada. opsss.... jangan kata aku mengata puak bersih, aku tak kata. aku mengata bersih dan patriot sekali, termasuk perkasa.

tapi dalam mengikuti perkembangan bersih melalui internet, macam2 dapat lihat. teknologi dah maju. semua benda sekejab je dah online. surat khabar ni banyak pembohongannya. surat khabar melayu kata 5000 org je join, suratkhabar inggeris kata lebih 30,000 orang join. heh... mana betul? anak aku baru sekolah tadika pun tau dengan melihat gambar je memang lebih dari 5000 org terlibat. surat khabar melayu memang banyak penipuannya. patutlah kawan aku kata, dalam suratkhabar ni dia percaya 2 perkara je yang benar2 betul dan sahih. pertama waktu sembahyang. kedua keputusan nombor ekor.

bercakap pasal kesetiaan kepada raja yang menjadi tonggak perjuangan perkasa dan patriot. heh... setia kehapa kalau mereka juga berhimpun, berarak dan nak berlawan dengan dengan bersih. aku teringat sejarah melayu dan rajanya yang aku belajar masa di sekolah dulu. kisah sang sapurba dan malim lebar daun kalau tak silap.

arakian diceritakan bahawa raja2 dan golongan rakyat jelata itu adalah dari golongan yang berbeza kastanya. tidaklah boleh raja berkahwin dengan rakyat bawahannya. tapi dinegeri itu, teramatlah sedih si raja kerana mana2 gadis kebanyakkan yang mengahwini putera raja tersebut, keesokkan harinya, kedallah gadis itu. banyak lah gadis yang mencuba nasib, tapi semua nasib yg sama, menjadi kedal.

melihat keadaan itu, sang sapurba dan malim lebar daun telah membuat pengistiharan dan bersumpah bahawa hamba rakyat akan taat setia kepada raja mereka. manakala raja pula wajib membela dan melindungi rakyat baginda. selepas pengihtiharan itu, dikahwinkan seorang gadis dengan putera raja itu. semua orang menunggu apakah yang bakal terjadi. berlakukan malam pertama. dan adakan gadis itu akan kedal seperti gadis2 sebelumnya. keesokkan harinya, didapati gadis tersebut masih hidup dan tiada kedal lagi.

cikgu : izman, apakah maksud 'gadis itu tiada kedal lagi'?
izman : err.... sudah tiada dara lagi cikgu.
cikgu : (tersentak)emm..... hehh.... salah tu izman. maksud tiada kedal lagi ialah perempuan itu tidak ditimpa musibah dan kecacatan lagi.
izman : oo... ye ke. he.he.he....

aku memang tak suka sastera.

Tuesday, June 28, 2011

Zaman Berubah, Buah Tempatan Berubah

masa kecik2 dulu, cikgu dan persekitaran aku mengajar bahawa buah2 tempatan umumnya adalah durian, tembikai, rambutan, dulu, dokong, langsat, pisang dan seangkatan dengannya. buah2 seperti strawberry, epal, mangga siam dan seangkatan dengannya adalah sukar didapati dan merujuk kepada buah2 oversea.

masa berganti, dulu aku kecik. sekarang dan ada anak kecik. rutin sama. dulu makayah aku beli barang termasuk buah tempatan, kini giliran aku dan isteri pulak. dulu kalau pergi pasar malam atau pasar pagi, dapat beli buah laici tu dah kira hebat gile. buah dari oversea la katakan. buah tempatan memang la ada dijual tapi orang kampung cam aku ni buah2an jenis toknenek tanam sendiri. durian, duku, rambutan, pisang bersepah; tak payah nak beli.

anak2 sekarang?

ahad lepas kami ke pasaraya seperti tiap2 hari ahad yang lain, membeli keperluan dapur dan rumah. selain lauk pauk, dan sayur mayur, memang beli jugak buah2. minggu lepas isteri beli rambutan. luqman nak beli buah kiwi. puas aku cakap, kenalah makan buah2an tempatan.

ayah : ummi dah ambik rambutan, tak payah la ambik buah kiwi. buah tempatan bagus.
anak : la, kiwi pun buah tempatan jugak.
ayah : bukan, kiwi tu buah luar negeri. kiwi dari new zealands.
anak : bukanlah ayah. buah kiwi ada jual tiap2 minggu kat sini. mana ada dari luar negeri. new zealands tu jauh.
ayah : dulu jauh, sekarang dekat. makan rambutan je lah ye, buah tempatan.
anak : tak nak, nak buah kiwi jugak.
ayah : oklah, pergi ambik kiwi hijau.
anak : tak nak la kiwi hijau, dah biasa. tu ada jualan murah kiwi kuning ayah.
ayah : (membelek kiwi kuning dan melihat harganya. mak aiii... berganda dari kiwi hijau). oklah, ambik satu paket je. kena makan sampai habis ye.
anak : yeahh....


aku rasa sudah sampai masanya jenis buah2 tempatan dikaji semula. ye lah, strawberry macam biasalah dah jadi tempatan sebab bersepah kat cameron highlands. tapi epal, anggur pun dah ditanam dan berbuah dengan baik di negara kita, so kira buah tempatan jugak la ye.

Thursday, June 16, 2011

Biskut Keras Dan Jem Nenas


masa cuti baru2 ni, aku adalah menziarah rumah saudara mara. dan biasalah ada jugak sedara mara yang menjadi soldadu, heh.... askar. aku bukan nak cerita pasal keluarga askar itu, aku nak cerita pasal menda menarik yang mengimbau kenangan aku masa kecik2 dulu.

apa? sabarlah....

lepak2 diberanda rumah, aku terlihat bekalan makanan askar. ala resin atau bekalan makanan untuk askar masa operasi masuk hutan la. biasanya ada beras, gula, susu, garam, biskut, jem, dan sebagainya. aku bukan nak cerita apa boleh askar2 masak dengan semua benda2 tu, itu rutin mereka, taulah mereka memasak apa yang boleh.

aku tertarik dengan biskut keras askar dan jem nenas askar.

ye, biskut keras dan jem nenas. dengan lahap aku meminta izin untuk mengambil biskut keras dan jem nenas tersebut. didepan anak2 aku yang kehairanan, aku membuka bungkusan plastik biskut keras tersebut, kemudian aku bukak plastik jem nenas. aku sapukan jem nenas ke atas biskut keras tersebut dan memakannya dengan berselera. emmm... keras, dan terasa kesedapan jem nenas dan biskut itu. habis kepingan pertama, aku makan kepingan biskut keras dengan jem nenas yang kedua. anak2 memerhati dengan kehairanan. mungkin mereka berkata "apalah pelik benar ayah aku ni suka makan biskut keras dan jem nenas ni".

pada aku rasa biskut keras tersebut dah berubah. masih keras, tapi dah tak sekeras dulu. dulu, memang keras. bak kata orang kampung aku "keras betul, baling anjingpun anjing mati". sekarang dah agak lembut. rasa ? oklah.... jem nenas dia pulak dah kureng sedap. dulu sedap dan pekat. sekarang..... mak ai.... cairnya. perubahan zaman barangkali, askar2 dah tak makan yang terlalu keras dan terlalu pekat. atau, yang dah berubah. dulu aku kecik2 aku suka makan sebab berebut makan, tapi sekarang menda tu sekadar makanan murahan.

bila aku suakan pada anak2, mereka cuba gigit, tapi membuangnya kembali. keras dan tak sedap kata mereka. heh..... anak2 sekarang dah mewah dengan makanan, biskut keras dan jem nenas askar ini memang takde dalam senarai menu mereka, malah tak terjangkau oleh akal mereka. kalau biskut tiger, biskut chipsmore dan seangkatan dengannya, taulah mereka.

aku bercerita kepada anak2 mengenai kisah aku memakan biskut keras askar masa aku kecik2 dulu.

"luqman dan pika tau tak, dulu2 masa ayah kecik2, selalu ada lori askar lalu kat depan rumah tokpa (papa aku la). dulu, kampung batu balai tu banyak komunis. selalu ada askar masuk hutan kat kampung ayah.

petang2 balik sekolah, lepas balik mengaji, ayah suka duduk depan rumah. rumah ayahkan depan jalan besar, ayah tunggu lori askar lalu. sambil2 tunggu, ayah selalu main guli dengan kawan2 ayah. kadang2 ayah main 'dekcok', kadang2 tu main konda kondi. ramailah main kat depan rumah tokpa tu. kalau ada lori askar lalu, semua orang lari ke tepi jalan, kami lambai2 kat askar.

kadang2 ada askar yang baik, askar tu campak makanan kat ayah dan kawan2 ayah. kadang2 dapat susu cair askar dalam tin, ada dapat kari dalam tin. tapi selalunya dapat biskut keras dengan jem nenaslah. biskut tu keras! askar tu baling dari atas trak askar tu kat ayah, tapi tak pecah. biskut dia tak sedap, tapi kalau makan dengan jem nenas dia sedap! biskut tu, jem nenas tu, samalah macam ayah makan tadi. tapi dulu lagi sedap. sekarang dah tak sedap".

luqman bertanya "dulu ayah tak ada makanan ke?"

"bukan takde makanan, tapi ayah suka lambai2 kat askar. kadang2 ramai kejar lori askar, pastu askar2 bagi makanan. suka2. ada jugak kadang2 trak askar berhenti depan rumah tokpa tu. banyak.... sampai belas2 buah trak askar. dia berhenti tunggu kawan2 dia. kalau dia berhenti, ayah pergi mintak biskut dengan jem nenas. kadang2 banyak sangat ayah dapat. askar2 tu dah nak balik rumah dia, makanan yang lebih2 tu dia bagi kat ayah dengan kawan2 ayah. kadang2 bila dapat banyak biskut, nak makan tak abis, ayah dengan kawan2 ayah buat main baling2. sakit tau bila kena baling dengan biskut tu. kadang2, ayah dengan kawan2 pergi baling anjing cina dengan biskut tu. lari mencawat ekor anjing tu.

tu dulu la. tapi luqman dan pika tak bolehlah main buang2 makanan. berdosa, Tuhan marah.

luqman mencelah : abis kenapa ayah boleh baling anjing dengan biskut tu?

"dah lah tu, pergi main tempat lain. ayah nak sambung makan biskut ni."

Sunday, June 12, 2011

Hari Bapa : Nasihat Datuk Luqman Hakim

seminggu blog aku tak diupdate. err... sebenarnya 2 minggu, minggu sebelum tu masa aku cuti seminggu aku dah pulun buat scheduled post. kami bercuti di Pahang dan Kelantan.

malas nak cerita pasal cuti, sebab cuti seminggu memang rilek. balik cuti???? kerja menimbun atas meja. nasiblah jadi kuli ni, kerja aku memang takde sape nak buat (jawapan sebenar ialah takde siapa yang reti buat). so, pening kepala otak jugak dan dalam kurang sihat dan batuk2 masih jugak gagah ke pejabat. even doktor panel suruh ambik cuti sebab batuk menyebabkan kerongkong aku berdarah, aku ketegaq jugak kerja. heh.... nak jadi pekerja terbaik la konon, tapi anugerah tu sebenarnya tak wujud. biasalah workohorlic (work & minum horlick ais).

hari ni (ahad, 12/6/2011); aku ke kenduri di rumah sahabat lama di pandamaran jaya. kenduri kawin anak perempuan dia. heh... nampak sangat aku dah nak masuk kelab orang2 berumur, kawan2 semua dah pakat nikahkan anak2, tapi anak2 masih belum mumayyis. kawan aki ni keturunan mamak (india muslim), so kenduri rumah dia tu hanya beberapa kerat je muka melayu. dah standard, mamak mesti kawin dengan geng mamak jugak. itu bukan kisahnya, sebab aku pergi masih awal, aku dapat saksikan pengantin potong kek perkahwinan mereka. lagi best, pihak pengantin turut sponsor satu kek untuk golongan bapa2 yang hadir sempena hari bapa. bapa2 yang hadir diminta bersama2 memotong kek hari bapa tersebut. aku pemalu, so aku sekadar lihat sahaja.

secara jujur, aku tak tau tarikh hari bapa. even masa nasi lemak kopi o dan kat tivi al hijrah pagi tadi doh ccerita pasal hari bapa, aku masih sangsi ye ke hari ni hari bapa. setahu aku hari bapa ialah setiap hari khamis malam jumaat. heh.... kalau salah maafkanlah aku, hari bapa tu aku belajar dari kawan aku si saiful nizam. asal je hari khamis malam jumaat, jam 5.45 petang je dah nak balik. bila ditanya, jawapannya ialah "hari bapa, kenalah balik awal pasang badan".

berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak.

begini kisahnya.

semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.

"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."

aku diam.

papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".

aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).

"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".

"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".

"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".

"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".

"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".

aku hanya diam.

"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.

"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".

"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".

aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.

"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."

"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".

aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.

"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".

"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".

Friday, June 3, 2011

Romeo Pencen : Benci Jadi Rindu

melalui sekolah menengah sultan abu bakar, termerloh (pahang)hati tersenyum. ada kenangan lama pernah bertapak disitu. bukan! itu bukan sekolahku, dan bukan sekolah sidia. tapi, kami berdua pernah menjadi tetamu disitu untuk satu kursus kaunseling dan pembimbing rakan sebaya.

masa tu aku form 5 di sekolah menengah padang saujana (jerantut), manakala sidia aku namakan Amy (bukan nama sebenar) adalah junior aku, ala budak tingkatan 4 sains. dari sekolah aku, 10 orang pelajar terpilih ke kursus tersebut. kami berkursus selama 3 hari 2 malam di ABS (abu bakar school). secara jujur, budak Amy ni hidup dalam dunianya yang tersendiri, budak pendiam. aku pun tak pasti ia muncul dari lembah mana didunia ini sebab kewujudan diapun aku tak perasan. may be sebab dia bukan antara 10 orang tercantik di sekolah kami dan bukan juga 10 orang terpandai, dan sudah semestinya bukan 10 orang paling dibenci.

aku dipilih menjadi ketua rombongan sebab aku pengerusi kelab bimbingan dan kerjaya. bila di ABS, kami dipecahkan kepada lain2 kumpulan, campur sekolah2 lain sekitar jerantut, temerloh, triang dan maran. ramailah jumpa kawan2 baru yang kebanyakannya anak2 peneroka felda. nak dijadikan cerita, si Amy ni terpilih satu group dengan aku. bancau, ada 2 orang dari satu sekolah dalam satu kumpulan. aku membantah, tapi guru fasilitator kumpulan kami menyatakan bahawa tiada masa untuk tukar kumpulan. well, terimalah seadanya.

masa aktiviti kumpulan, aku cam biasa antara yang tak reti duduk diam. sesekali Amy memberikan pandangan dan aku yang tak berapa suka kepadanya asyik memangkas hujah2nya. dia tetap bersahaja, spesis tak berperasaan barangkali. lepas aktiviti yang biasanya sebelah malam, kami kemudiannya menikmati makan malam dan supper. lepas supper aktiviti bebas dan masuk tidur. kerana jarak bilik darjah sekolah dan dewan asrama jauh, biasanya aku yang budiman ini merasa bertanggungjawab menghantarnya ke depan pintu asrama perempuan dengan selama. even, Amy tak suka aku tak peduli. aku terus mengiringnya balik keasrama.

malam kedua, aku menemankan Amy balik asrama, tapi kami singgah sekejab berborak dengan rakan2 lain yang melepak sekitar dewan makan asrama. dalam berborak, sempat jugak aku merenung budak muka bulat bernama Amy itu. agak cantik! sayang terlalu naif. lepas kursus, tiada cikgu yang jemput kami pulang. kami hanya diberikan sedikit wang saku dan diminta balik sendiri dengan bas ke jerantut. dari ABS, kami berjalan beramai2 melalui belakang sekolah dan stesen minyak petronas menuju ke bandar temerloh. jauh jugak, sempat la berpeluh ketiak. Amy dah nampak lebik jinak dengan aku (woiii, ingat burung ke cakap jinak). naik bas di stesen bas temerloh, Amy mintak duduk sebelah aku, bukan bas bapak aku, aku benarkan. sebenarnya aku harap ada makwe lain yang tersesat naik bas dan duduk sebelah aku.

lepas taman kursus, dah balik hostel, aku ingat dah tamat. tapi si Amy ni kerap datang jumpa aku terutama masa aku bertugas menjaga bilik kaunseling. macam2 dia minta nasihat, termasuk nak tukar subjek untuk spm. what! sebab hari2 dia datang jumpa aku even aku benci, lama kelamaan bila ada hari yang dia tak datang, terasa rindu pulak. padahal makwe tua (gelaran semaksud dengan isteri tua)ada menemani aku. takde buat ape2, kami study group. heh, nampak sangat menipu, aku kelas ekonomi, awek aku tu kelas pertanian mana nak study group. tapi boleh, kami boleh bincang bagaimana pokok2 yang ditanam disektor pertanian boleh dibangunkan untuk meningkatkan ekonomi rumahtangga aku. rumahtangga? chit.... yuran pun makayah bayar, gatal nak berumahtangga konon.

secaraterang2an makwe aku tak suka Amy berjumpa dengan aku. barangkali dia perasan bahawa aku nampak macam lembu terlebih hormon testoran bila nampak si Amy. so, kisah Amy aku full stopkan. aku tumpukan perhatian pada riena dan wati sahaja. dua dah cukup. lagipun aku dah nak periksa spm.

lepas spm, kemudian stpm, hubungan aku dengan Amy memang tiada. hubungan aku dengan Riena dan Wati juga dah terputus. aku tak peduli, aku dah ada Ena. namun semasa menunggu tawaran kerja selepas tamat pengajian di uum, Amy kembali mencari aku. dia yang gatal telefon aku dulu. dari bertelefon, kami beremail, bertemu janji, bertengok wayang dan bercumbuan... opss... maksud aku berkasihan. dia masa aku jumpa selepas sekolah bukan lagi Amy yang naif, Amy budak lagi berimej persatuan puteri Islam. dengan free hair, pakaian sendat mengikut susuk tubuh. pergh... akupun terpikat padanya even Ima kekasih hatiku masih belajar di sintok. sempat dalam setahun juga kami berpacaran sehingga akhirnya aku diceraikan tak bertali.

memang ada hikmahnya kami tak bersama. kami sama2 outspoken. Amy sebelum kami berpisah menjadi terlalu rebel, dia cakap betudung merimaskan. pilu hati bila tau dia bertudung untuk menarik hati aku sedangkan dia rasa terkongkong. dia suarakan ketidakpuasan hati bila aku minta dia tidak berpakaian menayang susuk tubuh. ye, aku sayang dia, sangat2 sayang. malah aku pernah berbincang untuk bertunang. tapi rencana Allah lagi hebat. ye, aku frust menonggeng bila hubungan diputuskan. tapi aku bangkit dan katakan pada diri bahawa aku mampu terus hidup dan mencari pasangan yang terbaik untuk diri aku. dan aku telah temui, dan kami berbahagia sekarang.

untuk Amy; kau tak pelu muncul lagi disekitar hidup aku. jangan kata menatap wajah kamu, disinggahi bayang kamupun aku tak mahu. aku yakin kamu biasa lihat aku di FB, malah aku yakin kau juga terbiasa membaca blog aku ini. tengoklah, bacalah; tapi jangan ganggu hidup aku sekeluarga. kami dah beroleh bahagia, kau carilah bahagia kamu pula.

izzi note :
aku tak pasti ini kisah romantik, sedih, sadis atau kelakar; suka hati koranglah nak nilaikan apa. watak2 tak semestinya benar, kalau ada kebetulan, adalah diluar pemikiran. kisah ini sekadar memori lama dan ditambah pelbagai perisa untuk menampakkan kehebatan penulis sebagai lelaki baik dan hebat (tapi hampeh). watak wanita segaja ditambah banyak sebab watak ekstra tidak memerlukan bayaran tambahan.

Wednesday, June 1, 2011

Gula Kapas

kadang2 dah takde tempat nak pergi (takde duit sebenarnya) aku bawalah keluarga ke pekan india (litte india) di klang (selangor). dalam 20 minit dari rumah. takde menda menarikpun disana, kalau menarik dah tentu banyak duit abis. paling2 kami ke pasaraya mydin. area pasaraya mydin di pekan india tu, rata2 kedai ialah kedai india. ada masjid india yang tersergam indah juga. kalau aku ambik gambar disini bersama keluarga dan aku tulis aku dah melancong ke negara india, aku yakin 100% orang percaya.

dalam doq membeli sedikit barangan sebagai syarat keluar berjalan dengan anak2, tiba2 isteri terpandang seorang anak india perempuan menjual gula kapas. aku meletakkan barangan dibeli bersama isteri dan anak2 sementara aku cuba memanggil penjual gula kapas yang berada diseberang jalan. masa aku panggil dan lambai dia, dia tengok arah lain. nak seberang jalan, dia lintas sebelah sini pulak. jauh jugaklah aku membontotinya.

aku beli dua. satu rm2.00. bermacam2 warna ada. warna berbeza tapi rasa sama. inilah rupa gula kapas tersebut.



aku berikan pada isteri dan anak2. anak2 macam takut je nak memakannya. luqman bertanya "boleh makan ke makanan orang tamil ni ayah?". eemmm, anak aku biasanya memanggil orang india sebagai orang tamil, aku yang ajar. kalau tidak dia panggil orang k*ling. itu bahasa yang dia dapat melalui pergaulan disekolah.

sebab aku dan isteri makan, mereka mula makan even cam takut2. biasalah budak2 sekarang dah tak kenal makanan tradisi (tradisi siapa ye??).

sebut pasal gula kapas ni, teringat masa aku kecik2 dulu di pekan damak (jerantut, pahang). aku tinggal di kedai panjang di pekan sari damak. ayah aku berniaga kedai runcit dan pembeli getah pada masa itu. sebelah rumah kedai papa aku ialah kedai makan pok weil dan kedai makan pok pa (jaafar). kedai pertama ialah kedai haji yaakob. haji yaakob tu meniaga diserata pekan sari. dirumah kedai dia tu tempat isterinya mokmoh berniaga pelbagai jenis bawang. disebelah petang anak haji yaakob iaitu haji juli akan menjual gula kapas. paling seronok masa haji juli memesin gula yang pelbagai warna itu. pada hari sebelumnya, mokmoh akan memcelup gula kedalam pewarna. biasanya warna terang seperti merah bunga ros dan hijau daun. gula dikeringkan. bila kering baru boleh digunakan untuk dibuat gula kapas.

sebab kedai dia berselang 2 kedai dari kedai papa aku, dia kedai no. 1, papa aku kedai no. 3; so aku selalu orang terawal tengok dia memesin gula menjadi gula kapas. ada mesin khas yang entah dibeli dari mana. kepala mesin tu macam mesin kelapa jugak, tapi bezanya diatas kepala yang berpusing tu ada lubang yang diisi dengan gula berwarna tersebut. mesin berputar, dan sekejab lagi keluarlah gumpalan berupa kapas. lama kelamaan jadi banyak. bila banyak haji juli ambik dan tempekkan pada kon ais krim. emm... dalam rm0.20 je kot sebatang tu. tiap2 hari aku beli satu, tapi aku duduk tengok dari awal hingga akhir.

itu dulu, budak2 sekarang dah tak kenal lagi. mereka lebih kena dunkin donut dari kuih keria atau kuih badak (donut sira gula). pada mereka kuih ialah cookies. zaman berubah, citarasa berubah. tak boleh salahkan mereka sebab peniaga gula kapas juga dah pupus sebagaimana pupusnya dinasor.

Tuesday, May 31, 2011

Nostalgia Burger King

semenjak dua menjak ni, aku terpaksa pergi urus sendiri urusan imigresen kerana assistant aku si khairul bercuti sakit kerana pembedahan tulang belakang. rasanya dalam 3 bulan jugak dia akan bercuti.

since akupun bukan tak biasa buat kerja2 imigresen ni, malah itulah kerja rutin aku 10 tahun lepas, aku membuatnya kini. masih reti ke? si khairul tu pun aku yg ajar, tak kan la sifu yang tak reti. mendanya masih sama, cuma beberapa borang dan prosedur ada perubahan. kebetulan si khairul cuti sakit ni, ada 2 orang pekerja myanmar yang tiba ke klia.

aku pergi sorang. kalau ada si khairul, aku pergi dengan dia, dia masuk uruskan semuanya, aku standby je. selalunya aku standby kat mana2 fastfood. sebab si khairul takde, aku buat urusan sendiri termasuk buat pas harian kat kaunter mab, dan masuk ke ruangan ketibaan di aras 3. apa barang dapatkan khidmat abang polis bantuan, pergi sendiri la. sebab flight delay, aku lepak makan tengahari di burger king dulu.



burger king ni aku jarang pergi. sangat2 jarang. even ada restoran ni dalam 5 minit perjalanan dari rumah aku, aku tak berapa minat. burger double cheese mcd lagi sedap. sambil2 makan burger double cheese burger king, teringat peristiwa lama dulu.

teringat awek lama? ish.ish... ish.... kesitu pulak korang. tak de maknanya semua itu. aku teringat peristiwa dalam 10 tahun lalu, masa kali pertama aku makan di burger king.

masa itu, aku masih di syarikat pertama, sri ganesh group. aku pernah cerita mengenai pengalaman naik kapal terbang kali pertama dulu. tak ingat? atau baru kali pertama termasuk dalam blog aku ni? takpe, kalau minat korang boleh baca kisah mengarut tu di link berikut http://izzi-income.blogspot.com/2008/12/kisah-pengalaman-naik-kapal-terbang.html

so, aku tak payah la susah2 cerita pengalaman memalukan naik kapal terbang kali pertama tu. aku tumpukan pada cerita nostalgia burger king. pun begitu kisah pengalaman naik kapal terbang kali pertama ada kaitan. kaitannya ape? tunggulah aku cerita dulu.

lepas aku dan 2 orang bos india aku tu sampai di kota kinabalu, dan bertemu dengan pengarah jabatan buruh sabah/labuan, 2 orang boss aku tu terpaksa balik dan menyuruh aku meneruskan perjalanan ke semporna. rasa nak nangis aku masa tu, dah la aku masih fobia naik kapal terbang, ini dia tinggalkan aku dan suruh naik flight sensorang ke tawau. yang best, dia bagi aku duit cash dalam rm25K, dan tahan teksi untuk aku ke airport KK. tiket dah dibelikan untuk aku. memang dua2 bos ni memang berpakat nak ajar aku ni. masa untuk ke tawau lambat, kebetulan aku memang kebuluran sebab belum makan tengahari dan ketakutan. dengan duit yang banyak tu memang aku takut untuk bersiar2 di bandar KK atau berjalan2 dengan bebas, macam ada orang ikut je. so, untuk selamat memang aku terus ke airport dan kemudiannya makan di restoran burger king di airport KK.

itulah kali pertama kali aku makan burger di burger king. memang tak masuk selera sebab aku tak tau kenapa pelik sangat rasanya. ye lah, menda tak pernah rasa memanglah pelik. sebab lapar dan tak pasti apa menunggu aku ditawau/semporna aku balun jugaklah. disaat itu terbayang betapa sedapnya masakan ibu dikampung, keenakan masakan kari mamak yang berbulu tangan lebat mengalahkan bulu kaki aku tu.

setelah hampir seminggu, urusan di semporna selesai. even nyaris2 berkahwin dengan orang bajau yang putih mulus tu. ejen hubungan syarikat kami tu siot betul, tak putus2 pujuk aku kawin senyap2 dengan wanita di kampung bugaya. memang tergoda iman, tapi aku takut kena penampar dengan papa aku, so tak jadi la.

balik dari sabah, masa keluar dengan makwe ke 236, aku teringat mengenai burger king. rupanya si dia peminat burger king. kami ke area plaza warisan KL. kali kedua makan, dah tak rasa pelik lagi. malah aku dah terasa kesedapan burger king.

malah, bila kewujudan cawangan restoran burger king di tempat aku; akulah orang yang meracun fikiran si saiful, syarizal dan azmir untuk mengikut aku ke sana. dah ternyata pengalaman pertama mereka makan burger king tidak mengecewakan. mereka menyukainya. malah masa aku ke klia dan makan burger king tu, aku tidak lupa menghantar mms gambar diatas kepada saiful. dia langsung tak balas mms aku. tapi balik opis sebakul dia menyumpah aku. ha.ha.ha.....