Friday, January 6, 2012

Anak Kalah, Bapa Kena Bayar

masih dalam mood sekolah. tahun lepas (2011) anak aku dan anak si saiful sama2 masuk darjah satu, tapi di sekolah berlainan. anak aku di sekolah kebangsaan area rumah aku dan anak saiful masuk sekolah tamil. opss... silap, anak saiful pun masuk sekolah kebangsaan juga. he.he....

macam biasalah sebagai bapa yang penyayang dan berbangga dengananak masing2, kami selalu berborak mengenai pencapaian anak2 di sekolah. si saiful ni anak dia selalu dapat nombor yang terbaik, anak aku takat biasa2 je. so, suatu hari si saiful ni mencabar aku untuk meningkatkan prestasi anak2 kami. anak2 periksa disekolah, anak siapa yang mendapat markah keseluruhan tertinggi berbanding anak yang satu lagi, maka bapa yang anaknya lebih rendah markah kena belanja anak dan bapa yang menang. ia meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

cabaran diterima.

ia bermula dengan peperiksaan akhir tahun. aku tak cakappun dengan anak aku pasal cabaran ni, tapi aku memang harap anak dapat markah tinggi. bukan sebab takut kena belanja, tapi nak anak berjaya dalam akademik.

dan bila keputusan akhir dikeluarkan sekolah, Alhamdulillah anak aku berjaya mengalahkan anak saiful. ala... dalam 2% je rasanya. tapi menang tetap menang. so, saiful terpaksa menyotakan janji, belanja makan.

dimasa ditetapkan aku dan luqman serta saiful dan anak2nya belanja makan di kfc port klang. bukan makanan mahal murah menjadi taruhan, tapi untuk menggembiran anak2. kali ni saiful kena bayar. untuk pencapaian sekolah kebangsaan nampak gaya macam aku kena bayar. keputusan masih tergantung sebab sekolah anak dia keputusan akhir sampai sekarang masih belum dapat. sekolah anak aku cepat. 2 hari lepas periksa, keputusan dah keluar, dah dapat buku rekod pencapaian dah. apa2pun, kita tunggu dan lihat.

sambil2 makan, seronok dapat lihat anak2 bergurau senda bersama. anak2 saiful yang kuat menyakat anak jantan aku tu. biasalah anak lelaki aku tu pemalu, macam aku la (apsal aku sendiri rasa nak muntah ni??). bila anak2 gembira, apalah sangat duit untuk belanja makan tu. tapi kalau tengok gambar, korang boleh lihat muka saiful agak kelat, banyak bayar ye.... ha.ha.ha.......

...............................................................................

sekadar berkongsi tips untuk mendidik anak2 menjadi pintar cergas, sila klik pautan dibawah:
Anak Pintar Cerdas

5 comments:

Crew Fathi said...

^__^ Best kan ada anak.. Hee

ShashaCahaya said...

Lama tak pegi port klang kfc ni.
Takperlah kena belanja sekali sekala.

insan_marhaen said...

seronok 'bermain' dengan anak..yer!

Daddy Zuki said...

anak2 penghibur dikala duka...

man, abe letak URL blog man di Link Exchange blog abe. Harap maaf sbb x letak di blog list. apa2 pun abe tetap lawat blog m,an ni dari masa ke semasa.

E-na Lovely Kitchen said...

cabaran yg sihat di samping dpt mengeratkan ukhwah yg sedia terjalin...keep it up