Friday, October 16, 2015

Tak Akan Lepas.

Tak Akan Lepas.
Ada sahabat aku bertanya dalam whatapp, "Man, ko tulis kenangan lama tu wife ko tak marah ke?".
Ya, aku akui, mana-mana isteri yang siuman akan cemburu dengan suaminya kerana cemburu itu tanda sayang.
Minggu lepas, semasa ke GM Klang bagi melayan kehendak anak perempuanku Pika yang ingin membeli manik-manik untuk dibuat gelang, kami turut singgah di kedai jam made in China. 
Anak bongsuku Fahmi ingin Jam IronMan yang boleh pancarkan 24 gambar ke dinding. Ala RM10 jer. Tapi bila belikan untuk si bongsu, aku kena beli untuk 3 lagi anak. ala baru RM50, apa nak kisah, bapak mereka ada duit. Ye lah, walaupun sekadar kerja kilang, bapa merekakan penulis buku "Jangan Sentap, Okey!' (baca : ni saje... ayat iklan).
Sambil-sambil pembantu kedai membetulkan masa dan menunjukkan fungsi jam kepada anak-anak, mataku merawang melihat jam-jam yang cantik di dalam kedai itu.
"Wah cantiknya jam itu", kata hati aku. Akupun memandang tuan punya jam itu tanpa berkelip. Kata nenek, jika tengok benda cantik, jangan toleh kali kedua. kali pertama lihat itu penghargaan, toleh kedua itu perasaan.
Jam warna pink dengan manik-manik putih itu sesuai sekali dengan kulit dan pakaian tuan punya jam itu. Kulitnya putih, baju kurung bunga-bunga merah dengan tudung neelofar biru cair itu terasa menghentikan masa.
Aduh!, masa bergerak semula. rupanya gelagat aku diperhatikan oleh si isteri dengan pandangan yang menikam. Telinga isteri juga ada sedikit berasap, mungkin menahan amarah dengan gelagat suaminya yang mata keranjang.
Disaat inilah aku sedar bahawa isteri aku adalah orang yang paling sempurna. Walaupun melihat suaminya terpukau dengan wanita lain, dia tetap tenang. malah tidak mempamerkan amarahnya di khalayak ramai dan didepan anak-anak.
Malam itu, tatkala anak-anak sudah lena, aku memeluknya. kali ini isteri bersuara. "Ni peluk ayangke terbayang peluk perempuan dekat GM Klang tadi?".
"Isteriku yang tersayang, sudah pasti abang peluk ayang kerana ayanglah sahaja idaman abang. wanita-wanita diluar sana memang cantik, abang mengaku abang juga terpesona. tetapi ayang sahajalah idaman hati", kataku.
"Boleh percaya ke?. kalau ayang dulu tau yang abang ni memang ramai kekasih, memang ayang tak sudi kahwin dengan abang", kata isteri tegas.
aku sekadar senyum, tak guna menyimbah minyak kedalam api. "Bukankah abang selalu cakap, wanita lain memang cantik dimata, tetapi ayang sahaja yang kekal dihati". kataku lagi.
si isteri ku lihat tersenyum manis.
" kalau tahu dulu abang ramai kekasih, ayang tak nak kahwin dengan abang. Sekarang dah tau dahulu abang pernah ada kekasih, kitapun dah kahwin apa yang nak buat?', soalku sambil memegang dagu isteri.
"Tak nak lepas sampai bila-bila", jawabnya sambil memeluk erat suami. Malam itu hujan lebat membasahi bumi, terbasuhlah jerebu dihati.
dan aku lewat lagi.

Thursday, October 15, 2015

Orang Asing Di Negara Kita.

Orang Asing Di Negara Kita.
Semalam bercuti, aku dapat bersaksi meriahnya orang asing mendominasi negeri, sedang warga tempatan berlengkar depan tivi.
Pagi-pagi lagi kelihatan orang myanmar bermotosikan menjual nasi, kuih, buah-buahan potong, target mereka pekerja yang mengubahsuai rumah kosong.
Datang bangladesh jual ais krim, anak-anak kecil menjerit dipagar minta berhenti. Ayah dirumah tiada pilihan untuk habuan anak keletihan dan menjerit tidak berhenti-henti.
Seketika berselang, muncul pula orang vietnam jual roti dan jajan, anak-anak jerit lagi, kali ini nak apollo dan gula-gula sugus pula. aku ambil duit sambil geleng kepala. apa nak buat, penjual dah depan tangga.
tak sampai satu jam anak-anak merengek lapar, diajak ke kedai runcit acheh membeli air kotak. Mahalpun, terpaksa beli juga. Untuk imbangi kenaikan GST kata mereka.
Selepas makan tengahari isteri ajak ke pasaraya borong GM Klang yang 5 minit dari rumah. Mmm... di sini majoritinya kita dilayan oleh cewek genit dari Indonesia. Ada juga kedai pembantunya dari China, cakap tak reti, bila tanya dihulur mesin kira. Jika ke tingkat 2, disitu majoriti kedai wangian, carpet, dan vape pula dikuasai oleh tokey dan pekerja pakistan. Mereka ini kedekut, tapi jika pandai bodek, diskaunnya lumayan.
Teringat kawan memesan bedak kayu thanaka, ke kedai myanmar di telok gong pula. Disini jangan kata barang myanmar, semuanya ada. sambil minum, ada GRO atas riba. itulah isteri tak lepaskan aku pergi seorang sahaja, bimbang ada yang kedua made in myanmar pula.
Seluk kocek, duit tinggal yang besi, kereta dihala ke mini dhaka di port klang untuk cari bank. Kalau berfoto disini hati-hati, sebab orang takkan percaya anda di kawasan klang sebab orang lalu-lalang bangladesh mari. Disini majoritinya kedai kepunyaan warga nepal. siapa nak pergi hiking, beg-beg disini didatangkan terus dari kathmandu. jika sesuai bawa ke gunung everest, tentu sesuai untuk mendaki bukit bintang.
Balik ke rumah aku sengaja melalui jalan banting, bila lampu merah, warga rohingya pula datang menjengah. mereka membawa tisu dan berdagang simpati. bagilah semampu dan seikhlas hati.
Balik ke rumah, belum masuk pagar, pakistan jual karpet dah offer jualan. Aku malas nak layan sebab aku lebih suka bayar tunai dari berhutang tepi jalan. jangan main-main membeli dengan pakistan, tak mampu bayar, anak isteri pula jadi taruhan. kata orang-orang disini, "pakistan ni gelojoh, jangankan kata perempuan tua, bontot jantanpun mereka sondol".
Sambil-sambil minum petang, anak panggil, 'Ayah, orang thailand jual keropok datang". warga siam muslim ini menjual keropok dan periuk belanga. Aku hanya ambil keropok biarpun tak berapa menyukainya. anggap sahaja jariah untuk mereka.
Malam masih muda, isteri ajak ke pasaraya mydin jalan masjid india klang, aku cepat-cepat bangkang. Bukan sebab disitu india malaysia dan india chennai sukar dibezakan, tapi aku pening cari tempat parking di jalan belakang. silap-silap jalan, habis pakaian merah kena air sirih pendatang yang kurang pedoman.
Tak mahu membuat isteri dan anak berkecil hati, aku ajak ke pasar malam kota pendamar. di sini meriah dengan jualan vcd haram warga tempatan. meriah juga dengan pengemis kudung warga afganistan. yang pelik, cepat betul mereka hilang apabila tau MPK datang.
balik rumah, kami makan. lepas bersolat semua mata di tivi, apa tidaknya cerita korea ini sedap sekali. yang lelaki tampan, yang sejenis lagi betisnya seksi.
jam 1030 malam, anak-anak dipaksa beradu, inilah masa ibu ayah beraksi, kamikan melayu sejati. tentu berbangga dengan kacip fatimah dan tongkat ali. mana tau yang kelima bakal terjadi.

Wednesday, October 7, 2015

izman @ selangor fm.

Izman @ selangor fm.
Alhamdulillah, selesai sudah wawancara aku sebagai penulis buku 'jangan sentap, okey!' Dalam slot bersama Deejey Adam Mukriz jam 315pm tadi. 

Gugup?
Sejujurnya ia datang lengkap dengan darah gemuruh, panik, gugup dan nak terkucil. Itu aku akui. Dan perasaan itu sangat mengujakan. Biasanya aku dapat tengok muka cuak orang ditemuduga, kali ini deejey pula yang tengok muka pegawai HR cuak diwawancara. Pendengar mungkin senyum dengar suara orang terketar-ketar di radio. Haha. 

Apa-apapun, ia adalah pencapaian terbaharu dalam hidup aku sebagai penulis baru. Ye lah... mulanya terbit buku, buku diulang cetak, keluar surat khabar dan kini keluar radio. Mana tahu di lain masa keluar tivi dan slot tandatangan peminat pula. Dengan sokongan sahabat, aku yakin ia terlaksana.
Terima kasih group buku umum alaf 21 dan group pemasaran karangkraf kerana gigih mempromosi buku aku. Tanpa mereka, buku aku takkan kemana.
Tabik.

Tuesday, October 6, 2015

Tutuplah Aib Anak Kecil Itu.

Tutuplah aib anak kecil itu.
Sudah beberapa kali aku mengalir air mata melihat dan terbayang azab anak kecil yang dikongsi tubuh aibnya di alam maya.
Aku bukan sengaja melihat tapi ia terpapar di banyak posting yang bersahabat denganku. Demi Allah aku menyesal melihatnya dan aku mengutuk pelaku zalim itu. dan aku juga mengutuk mereka yang mengongsinya. Celakalah penguasa yang tidak amanah dan menyebarkan aib anak kecil ini. Bagaimana anda tega menyebarkannya tanpa memikir anda juga ada maruah yang hendak dipertahan dan aib yang hendak diselindung.
Bertaubatlah!

Kita Serupa.

Kita Serupa.
Sambil makan kudapan petang dibawa dari kota bandung, aku teringat suryani herman. Salah satu gadis yang pernah ku puja suatu ketika bujangan dahulu (rujuk buku 'jangan sentap, okey!' dalam bab 'Aku 'cup' perempuan itu').
Takpe... lupakan dulu kisah tu sebab jika aku ingat sangat nanti malam ni aku terpaksa makan kedai mamak. Anggaplah itu promo buku.
Hari ini hari terakhir seorang pekerja asing nepal aku. Dia mohon pulang terus sebelum tamat kontrak 3 tahun, diluluskan serta-merta biarpun levinya tamat disember ini. Ekonomi gawat bagi industri automotif seperti kami. Pekerja asing ramai yang tidak mampu survive tanpa overtime yang banyak. Mereka perlu duit untuk bayar balik levi dan kos sara hidup di sini. Dan mereka juga terpaksa hantar duit sekurangnya rm700 untuk membina semula kehidupan di nepal yang punah di landa gempa bumi tempohari.
Aku dulu berkeras bila mereka ingin pulang, kena ikut kontrak. Tapi bila ekonomi makin gawat dan nilai ringgit makin susut, kami tak mampu menanggung semuanya. Kami cuba kekalkan warga tempatan (baca : harap kami tidak menanggung biawak hidup).
Semasa memanggil pekerja nepal tersebut setelah diserah surat berhenti kerja, aku bertanya sebabnya. Jawapannya cukup terasa hingga berdesing telinga. Katanya; "Bos, i come malaysia working only. malaysia money big, nepal money is small. Now, malaysia money and nepal money same-same small. I working nepal also have same malaysia money 1000.". Jadi aku cakap dengan pengurusan, bagi je lah dia balik. The faster, the better. Geramnya aku bila disamakan duit malaysia setaraf duit nepal. setahu aku duit malaysia masih terbaik di kepulauan galapagos ini. amerika pun kalah, sampai presidennya merayu dengan PM kita masa main golf. bayangkanlah duit amereka 4.30 digunakan untuk tukar seringgit duit kita. (baca sambil muntah okey).
Lupakanlah juga menda tu. masa aku bagi passport, check out memo kepada nepal itu, aku ucapkan terima kasih atas perkehidmatannya dan secara peribadi aku meminta maaf jika ada kekurangan sementara dia dibawah tanggungjawabku. dia meletak tangan kanan didada dan menunduk. aku hulurkan tangan dan bersalam. aku peluk dia dan menepuk bahunya sebagai salam perpisahan.
sebelum ini, dia adalah pekerja dibawah tanggungangku sebagai HR. hari ini dia dilepaskan sebagai pekerja.
dan kami adalah sama. dua orang berlainan negara tapi nilai duit sama.

Monday, October 5, 2015

Penyembuhnya Allah.

Penyembuhnya Allah.
Akibat luka di kerongkong kerana batuk, seharian aku makan makanan lembut. Pagi makan laksam, tengahari makan mee tarik warisan asli. Makan malam pula bubur nasi dengan serunding ikan masakan isteri tersayang. Alhamdulillah.
Di waktu kurang sihat begini barulah aku sedar bahawa kita sebenarnya banyak masa terluang, yang selalunya kita guna dengan sesuatu yang leka dan la'rho.
Di waktu sakit baru kita sedar nikmat sihat. Di waktu sakit baru kita nak berlama-lama di sejadah kerana tau penyembuhnya Allah bukan ubat.
Semoga Allah mengampunkan dan merahmati kita semua.

Sunday, October 4, 2015

Nikmat Sihat.

Nikmat sihat.
Sejak khamis aku kurang sihat; demam dan batuk. Boleh jadi kerana cuaca berjerebu atau sekadar ujian untuk menghapus dosa.
Bila sakit, mulalah terasa seksa. Dan terbayang pula nikmatnya sewaktu sihat yang sebelumnya aku lupa.
Sakit kerongkong paling terasa, apa masuk di mulut pahit rasanya. Lagi haru mengidam segala, semalam goreng pisang, hari ini ais krim vanilla pula, padahal rasanya sama sahaja.. pahit.
Isteri di rumah tegas mengalahkan matron di hospital. Segala ubat wajib makan ikut jadual. Minum ubat batuk, aku terus khayal. Bila candunya hilang sedarlah aku untuk makan dan solat sebelum minum dos seterusnya. Berhibernasilah aku seperti beruang kutub didalam gua ais.
Doakan aku teman-teman agar segera sembuh seperti sediakala. Tokey nasi arab tentu risau aku tidak menjenguk mereka.
Insyaallah jika dengan izinNya, aku akan bersiaran di radio Selangorfm pada rabu ini untuk slot mengenai buku aku ' Jangan sentap, okey!, harap suaraku tidak lagi kedengaran seperti donald duck seperti sekarang.
doakan.

Kecewa itu ibarat....

Kecewa cinta itu,
Bagai jasad tanpa nyawa,
Bagai menonton wayang tanpa cerita,
Bagai hubungan tanpa nama.
- mayakkam enna, tv2 -

Friday, October 2, 2015

Doctor :
"You have fever,
Running nose,
Sore throat,
Stomach bloating and indigestion,
I give you 1 day MC".
Me :
"No MC. Medicines should be okay".
Doctor :
"You must be HR".
Me :
(Smiling)

Hari Haiwan Sedunia.

Hari haiwan sedunia.
Mendengar hot.fm sebentar baru aku tahu haiwanpun ada hari sendiri untuk diraikan.
Selain ikan, semua haiwan peliharaan yang aku bela adalah disebabkan permintaan anak-anak.
Bermula daripada arnab, kura-kura, hamster hinggalah kepada kucing; semuanya anak yang minta.
Pernah hamster yang dibela menggigit jari anakku Luqman Hakim hingga berdarah, aku yang jadi tak keruan bergaduh dengan doktor agar mencucuk ubat risau jangkitan. Natijahnya, set hamster dan sarangnya bernilai ratusan ringgit diberi percuma kepada rakan sekerja Mohd Sabri Syarizal.
Biarpun aku tidak menyukai kucing, kerana anak aku suka, aku menahan egoku biarpun sudah 2 kali berak dalam rumah.
Rumahku kini jadi tempat perlindungan kucing gelandangan dan perkuburan kucing.
Ya, misteri yang tidak terjangkau akalku ialah bila kucing yang nak mati akan datang ke rumahku untuk melepas nafas terakhir. Bukan seekor, tapi setiap tahun jumlahnya berbelas ekor. Semuanya kucing yang tidak dikenali.
Alhamdulillah, aku dan anak-anaklah yang mengkebumikan mereka.
Malah, sewaktu aku menggali liang lahad, anak-anak akan memanggilku 'Tok Adi Kucing' sempena hero tanah kubur.

Thursday, October 1, 2015

Kopi Untuk Jantan Perkasa.

Kopi untuk Jantan Perkasa.
Dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini, masih ada lagi iklan mengenai hari kopi sedunia biarpun ia telah beberapa hari berlalu. Jadi aku nak bercerita kisah aku dan kopi.
Petang itu rakan sekerjaku yang juga penjual kopi panggung berjumpaku dan memberi sepaket kopi itu kepadaku. "Man, ini 'sample' ko balik rumah lepas makan malam ko minum. Buat permulaan ni, ko buat separuh paket dahulu dengan setengah gelas air suam. Kalau tak tahan pahit, ko letak susu pekat satu sudu kecil", katanya memberi arahan.
"Bukan aku tak nak bro, aku dah 4 tahun tak minum kopi, aku 'stop' kopi lepas kena retina migrain dulu", kataku menolak.
"Itu kopi biasa. Ini kopi luar biasa. Malam ni ko minum, lepas 2 jam ko akan dapat rasa kesannya. aku gerenti potong jari, ko akan berjaga sampai pagi. Standby red bull dan 100 plus banyak-banyak, ko akan kelesuan sebab banyak cecair tubuh akan keluar nanti", katanya sambil ketawa memberi aku keyakinan.
Dah dasar manusia, ada sahaja yang hendak diubah fitrahnya. Kaum wanita, gila berkopi untuk putihkan kulit, gebukan wajah, anjalkan yang kendur, besarkan yang cinonet dan ketatkan yang longgar.
Kaum lelaki pula berkopi untuk jadi gagah perkasa. secawan kopi panggung cukup untuk melayari bahtera berjam-jam dan berkali-kali sehingga dinihari.
Aku termakan pujukan tauke kopi part time itu, dan dengan diam membancuh kopi sendirian. Isteri pasti mengamuk jika tau aku minum kopi, apatah lagi yang ada 'extra' jantannya. Yang ada sudah memadai.
Benar bagai dicanang, tak sampai 2 jam, kesannya kelihatan. Namun, kepalaku turut mula berdenyut. sakitnya bukan kepalang.
Aku menelan panadol actifast 2 biji, tapi selepas satu jam, langsung tiada kesan. sehingga 1 pagi, sakitnya langsung tidak kebah. aku ke klinik 24 jam dan mengambil suntikan tahan sakit.
Alhamdulillah, sakitnya beransur reda tetapi denyutnya masih ada. Yang didalam pula kekal tegak sedia bertempur. Aku diam didalam gelap mengetuk lutut dengan mangkuk ikea menggantikan tempurung kelapa. kedua lutut merah tapi surutnya tiada.
Keesokan harinya aku MC satu hari kerana kurang tidur, kelesuan melampau dan kehilangan bendalir berlebihan dari badan.
No more Coffee for me.