Tuesday, October 6, 2015

Kita Serupa.

Kita Serupa.
Sambil makan kudapan petang dibawa dari kota bandung, aku teringat suryani herman. Salah satu gadis yang pernah ku puja suatu ketika bujangan dahulu (rujuk buku 'jangan sentap, okey!' dalam bab 'Aku 'cup' perempuan itu').
Takpe... lupakan dulu kisah tu sebab jika aku ingat sangat nanti malam ni aku terpaksa makan kedai mamak. Anggaplah itu promo buku.
Hari ini hari terakhir seorang pekerja asing nepal aku. Dia mohon pulang terus sebelum tamat kontrak 3 tahun, diluluskan serta-merta biarpun levinya tamat disember ini. Ekonomi gawat bagi industri automotif seperti kami. Pekerja asing ramai yang tidak mampu survive tanpa overtime yang banyak. Mereka perlu duit untuk bayar balik levi dan kos sara hidup di sini. Dan mereka juga terpaksa hantar duit sekurangnya rm700 untuk membina semula kehidupan di nepal yang punah di landa gempa bumi tempohari.
Aku dulu berkeras bila mereka ingin pulang, kena ikut kontrak. Tapi bila ekonomi makin gawat dan nilai ringgit makin susut, kami tak mampu menanggung semuanya. Kami cuba kekalkan warga tempatan (baca : harap kami tidak menanggung biawak hidup).
Semasa memanggil pekerja nepal tersebut setelah diserah surat berhenti kerja, aku bertanya sebabnya. Jawapannya cukup terasa hingga berdesing telinga. Katanya; "Bos, i come malaysia working only. malaysia money big, nepal money is small. Now, malaysia money and nepal money same-same small. I working nepal also have same malaysia money 1000.". Jadi aku cakap dengan pengurusan, bagi je lah dia balik. The faster, the better. Geramnya aku bila disamakan duit malaysia setaraf duit nepal. setahu aku duit malaysia masih terbaik di kepulauan galapagos ini. amerika pun kalah, sampai presidennya merayu dengan PM kita masa main golf. bayangkanlah duit amereka 4.30 digunakan untuk tukar seringgit duit kita. (baca sambil muntah okey).
Lupakanlah juga menda tu. masa aku bagi passport, check out memo kepada nepal itu, aku ucapkan terima kasih atas perkehidmatannya dan secara peribadi aku meminta maaf jika ada kekurangan sementara dia dibawah tanggungjawabku. dia meletak tangan kanan didada dan menunduk. aku hulurkan tangan dan bersalam. aku peluk dia dan menepuk bahunya sebagai salam perpisahan.
sebelum ini, dia adalah pekerja dibawah tanggungangku sebagai HR. hari ini dia dilepaskan sebagai pekerja.
dan kami adalah sama. dua orang berlainan negara tapi nilai duit sama.

No comments: