Showing posts with label Produk Bermutu. Show all posts
Showing posts with label Produk Bermutu. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

MANGGA + EPAL ASAM BOI

Mangga + epal asam boi. 

Menda ni viral di seantero alam tanah melayu lbh 2 mggu lps, tp aku baru sekarang dpt rasa.

Rasa? Aku x blh compare sbb ini kali pertama aku rasa. Tapi masyaallah! Mmg sedap. 

Berbanding mangga, aku lbh suka jeruk apple hijau. 

Utk sesiapa sekitar klang/ shah alam yg nk beli blh hubungi sahabat aku 0108107865 Khairul Azman
1) Rm15 sebotol utk campuran 2 buah. 
2) Mangga asam boi rm12
3) Campuran 3 buah rm17




Dipetik daripada facebook Izman Pauzi bertarikh 08 November 2014.

Wednesday, May 29, 2013

Chocolate Museum (Muzium Coklat) @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

cuti sekolah dah bermula. sape ada anak2 confirm tau yg hari2 anak merengek ajak bercuti. anak2 akupun sama, ye lah dah ajar mereka bercuti setiap kali ada kelapangan.

untuk cuti kali ni, memang aku sangat bizi. nak ambik cuti panjang memang tak dapat, so aku suruh anak2 sabar. ada kelapangan nanti, berjalanlah kita. kalau ikutkan, aku malas jugak nak bercuti time cuti sekolah sebab terlalu sendat. ye lah, kat malaysia ni yang selalu orang kerumun masa cuti termasuklah cameron highland, genting highland, port dickson, melaka, klcc (heh.... tumpuan bangla), dan pulau2.

kebetulan anak merengek nk berjalan, dan aku kebetulan ada hal nak pegi opis ada barang tertinggal, 25/5/13 aku buat plan bidan terjun. ajak semua anak2 sekali pergi lawatan ke opis aku. heh....  pernah aku bawa isteri dan anak2 pergi opis aku sebelum ni, dia kata "keciknya opis abang". 10 X 12 dikata kecik lagi. wife aku suka tengok drama melayu, biasalah drama melayu, pangkat pegawai je mesti bilik besar gile baban. mesti ada seksiteri yg cantik, ada sofa bagai. heh.... cerita melayu! wahai isteriku, abang ni kerani rendah je, dah ada opis ni dh cukup syukur, patut ada meja dan kerusi tepi tandas je. sekali orang masuk 20 sen.

dah bab opis, anak2 tak nak dah naik opis aku sebenarnya. so, kami ke Muzium Coklat (Chocolate Museum) di kota damansara. muzium coklat ni dengan opis aku dlm 200 meter je. so, dah selalu sangat pergi, anak2 takat makan coklat yg aku bawa balik je la. kali ni diorang dtg tengok muzium coklat. yey..yey!

bercakap pasal muzium coklat ni, kalau standard aku memang tak layak digelak muzium sebab terlalu kecil dan tak banyak info. sekadar perhiasan dan selingan untuk membeli coklat sebenarnya. kecik? ye memang kecik, kalau kentut kuat, satu muzium coklat tu beleh dengar dan bau. heh... sungguh tak sopan contoh yang diberi.

ini sedikit gambar di dalam muzium coklat.





ini antara produk coklat yang dibuat dikilang coklat ini yang boleh dimakan. jangan komen lebih2 pasal coklat dibawah ni, aku tangan karang!





ye..... ini kemuncak lawatan ke kilang coklat. masuk kedai coklat. macam2 ada. harga lebih murah dari dipasaran biasa. jangan la banding dengan langkawi atau lain2 duty free.

jom tengok2 coklat dalam kedai ni. semua branded obersee punye!







kami tak lama pun kat situ. dah jalan2 dan beli2, kamipun balik2 la. dah beli tu memang anak2 suruh cepat2 keluar sebab tak sabar nak makan coklat. alasannya takut coklat cair. masing2 ada pilihan coklat masing2. anak2 pilih sorang satu coklat. terkulat2 juga aku nak membayarnya. oklah, bukan selalu. isteri tidak memilih sebarang coklat walaupun aku memaksanya. biasalah.... isteri solehah. apa suami beli, itulah dimakannya. apa, isteri aku tak kuat makan? tolong sikit ye... aku walaupun sihat cenggini, aku kurang makan coklat ye, wife aku tu yg makan. dah sampai rumah, semua coklat dah abis. anak2 cakap "ummi yang makan". aku hanya senyum. asal isteri dan anak2 happy, ayah tumpang happy.

kalau anda juga nak buat lawatan atau shopping coklat macam aku, ini alamatnya. kalau rombongan sekolah atau keluarga dan perlukan tourist guide yg disediakan muzium coklat, pastikan korang call terlebih awal.

CHOCHOLATE SALES & SUPPLIES SDN BHD
(CHOCOLATE MUSEUM)
Lot 2, Jalan Teknologi 3/4
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-74914460   Fax: 03-61406314

Wednesday, March 6, 2013

Rawatan Maggot Kencing Manis

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sebelum aku berkongsi cerita ini, ini nasihat dan amaran ikhlas dari aku:

Sesiapa yang penggeli, cepat nak muntak dengan bahan2 yang kotor dan menjijikan, atau sedang makan, atau akan makan, tolong jangan baca entry ini sekarang. ia kerana ia mengandungi cerita dan gambar yang meloyakan. aku tidak bertanggungjawab jika korang baca dan muntah, terbatal puasa, atau terbersalin awal kerana anda perlu hati keras untuk melihat entri ini. ini kisah benar, dan tiada cerita dan gambar lucah. cuma meloyakan.

aku teruskan cerita. dah biasa cerita pasal makan sedap2, minum sedap2, kita seharusnya tidak lupa bahawa risiko dari makan berlebihan gula boleh menyebabkan risiko kencing manis. ia lagi berisiko untuk orang yang keturunannya ada kencing manis. entry ini aku buat untuk menutup mulut orang yang kata aku tiada bahan bermanafaat dan juga sebagai peringatan untuk aku dan kawan2 bahawa kencing manis sangat berbahaya dan risiko kehilangan anggota badan, dan kehilangan nyawa.

cerita aku di blog ni biasanya cerita melihatkan diri aku, keluarga atau rakan2 aku. aku tak cerita yang aku ceduk2 bulat2 dari internet (x de ke?). aku cerita risiko kencing manis papa aku juga menghadapinya. . pakcik (adik papa aku) pengidap kencing manis dan meninggal dunia. papa aku even masa tu tak kronik sangat, tapi teruk jugak. tak kronik? dah tahap nak potong kaki tu.

papa aku memang kuat minum minuman yang manis2. teh tarik dia memang susu sangat berlebihan. aku yakin lebih 10 cawan sehari, lagi bertambah jika ada perlawanan bola live kat astro. kerana kencing manis dan manis sangat (ada ke ayat macam ni), sampai kena cucuk insulin sendiri. aku lupa 2-3 kali sehari kot. ubat tak payah cerita la. lagi bertambah ubat sebab papa aku ada kesan serangan jantung, even dah buat pembedahan di hospital pakar pantai, bangsar, 10 tahun dulu.

even ada sakit, papa memang tak betah duduk saje kat rumah. kadang2 ada jugak mengangkul tanam ubi atau menebas semak sekelilingrumah. ditakdirkan satu hari semasa mengangkul tak pakai selipar, ada batu menusuk tumit kakinya. dan luka. sebab luka, papa aku ada jugak mengorek luka untuk membersihkannya dan ia memburukkan keadaan. luka jadi semakin besar dan lambat sembuh kerana pengidap kencing manis memang lukanya susah sembuh. pergi klinik kerajaan dan swasta, tahapnya makin teruk, sampai doktor hospital jerantut mencadangkan kaki hingga buku lali dipotong untuk elak jangkitan. papa enggan, di rujuk ke hospital temerloh, pahang. nasib baik ada doktor pakar. luka dibuang dan memang besar lukanya. kaki tak jadi dipotong kerana tulang masih belum dijangkiti kuman. namun papa kena cuci luka di klinik setiap hati.

aku teringat dokumentari mengenai ulat (maggot) yang pernah aku baca di akhbar tah bila dulu. aku google kat internet dan aku tengok youtube rancangan panorama tv1 mengenai maggot yang membantu menyembuhkan luka besar dan kencing manis. google punya google, rata2 klinik yang pernah buat rawatan ni kemudahannya terhad dan aku terjumpa website klinik yang betul2 mengkhusus rawatan maggot, malah syarikat mereka turut menjual maggot kepada hospital kerajaan dan swasta di seluruh malaysia.

ini adalah pusat rawatan yg aku maksudkan. PUSAT RAWAYAN LUKA BIOTERAPI.

ok, aku cerita prosedur untuk rawatan di sini.
1) call untuk mengesahkan rawatan maggot (ulat) sesuai atau tidak. kalau dekat, boleh terus pergi ke pusat rawatan ini. sebab papa aku jauh di pahang, aku kirimkan 'mms' kepada mereka. 

2) berdasarkan 'mms', dan didapati sesuai. mereka mencadangkan untuk rawatan pertama 500 ekor maggot akan digunakan. kos seekor maggot ialah RM1.00 dan kos pengurusan ialah RM80.00 (sila rujuk pusat tersebut untuk harga terbaru). jika setuju dengan harga, setkan tarikh rawatan sebab mereka akan biakkan maggot agar sesuai dengan luka dan maggot dalam keadaan sihat sejahtera.

3) di pusat rawatan, luka akan dibersihkan oleh jururawat bertauliah. gambar dibawah ini menunjukkan luka di tumit kaki papa aku yang kronik, besar dan dalam. kalau korang zoom memang akan nampak tulang kaki. ini aku tunjuk lepas dibersihkan. kalau aku tunjuk sebelum dibersihkan. muntah hijau nanti. sebenarnya ia gambar luka selepas rawatan kedua. 

4) selepas dibersihkan, kaki akan dibalut agar maggot tidak terkeluar dan merayap ke bahagian lain. maggot akan dilepaskan di kawasan yang luka. maggot semasa diletakkan, tersangat la kecik.
 \
5) selepas 3 hari, papa aku datang semua untuk membuang maggot dari luka. masa ini maggot (ulat2 dah besar. semua maggot akan dibuang dan dimusnahkan. jururawat terlatih akan memastikan tiada maggot tertinggal didalam luka. sebab ini rawatan ketiga, ulat2 agak kecik. sebab maggot2 ini sebenarnya memakan daging/iis yang rosak. mereka juga makan nanah dan darah beku. kalau rawatan pertama dan kedua, ulatnya lagi besar sebab makanan banyak dan tempohnya 4 hari membiak.


sebenarnya, rawtan maggot kalau orang yang sabar menunggu dan berdekatan gombar, maggot boleh bertahan dalam seminggu tanpa risiko kepada pesakit. tapi since papa aku tak betah tinggal rumah anak2 lama sangat...mmmmm... risau ayam2 dia dikampung mati kelaparan sebenarnya. aku ambik masa seminggu lebih je untuk 3 kali rawatan. rawatan pertama 500 ekor maggot, kedua 300 ekor maggot dan ketiga 200 ekor maggot. berapa ekor nak guna terpulang kepada persetujuan pesakit atas rekomen pusat maggot. kalau rasa mahal atau tak kisah kesannya lambat, ambik 50 ekor maggot sekali rawatan pun buleh. minima 50 ekor la, takkan nak 3 ekor sekali rawatan. setiap kali rawatan RM1.00 seekor maggot dan RM80 bayaran pengurusan.

pada aku secara peribadi, ia memang berbaloi. kesan penyembuhan dia sangat hebat dan cepat. ini kerana selain memakan tisu2 kulit yang rosak, maggot2 ini akan mengeluarkan air liur/air badan yang akan mempercekatkan pertumbuhan tisu2 baru.

sakit ke rawatan ni? aku tak rasa apa2 pun. opss... aku pulak, patut la tak rasa. yangdpt rawatan adalah papa aku. untuk hari pertama selepas letak maggot memang tak rasa apa2 sebab maggot terlalu kecik dan makanan banyak. tapi masuk hari kedua dan ketiga, memang terasa pergerakan maggot. rasa geli dan sedikit sakit masa maggot gigit tisu rosak dan terkena tisu hidup. tapi sakit tak sangat, macam kena gigit semut je, tapi gatal je yang buat ayah aku tak senang duduk. menda merayap dalam anggota bdan tu yang geli sangat. sian jugak aku tengok ayah aku tak lena tidur dek gangguan kegelian menahan maggot tu.

sebenarnya ada beratus gambar masa rawatan sebab aku ni gila ambik gambar, siap suruh nurse tu posing lagi. tapi yang ini pun dah cukup untuk tatapan umum dan informasi. berbanding letak ubat luka dan makan pelbagai jenis ubat, cara maggot ni terbaik. ia bukan sahaja cepatkan penyembuhan tapi menjimatkan masa. apa aku cakap ni.... oo... cara rawatan maggot ini nampak macam kuno tapi ia digunakan secara meluas diseluruh dunia. pusat rawatan ini diiktiraf kementerian kesihatan (aku dah check), malah syarikat mereka juga membekalkan maggot ke semua hospital/klinik kerajaan dan swasta seluruh malaysia.

kepada sesiapa yang ada keluarga yang anggota badan hampir kena potong akibat kencing manis akibat dah berulat dan busuk, jangan potong dulu. cubalah cara maggot ini. kalau sape pergi sebut nama aku tiga kali, aku akan diberi komisen 30 ekor ulat untuk diberi makan kepada burung depan rumah aku. heh.heh.... takdelah, aku promote sebab ia terbukti bagus kepada papa aku, mungkin kepada anda atau ahli keluarga anda juga. doktor pakar meramalkan luka akan sembuh dalam masa 8 bulan, tapi dalam masa 3 bulan dan sembuh, lubang luka yang besar gedak itu juga dah tertutup. aku tak tipu.

kalau sape berminat, hubungilah pusat rawatan luka bioterapi ini. nombor telefon dapatkan di gambar pertama, alamat tengok sendiri kat bawah ye.

akhir kata. dalam sedap2 makan tu beringat2lah. jangan suka makan yang terlalu manis terutama minuman bergas kerana risiko akan berlaku kencing manis tinggi. may be sekarang anda imun sebab masih muda, tua2 nanti rasalah.


Friday, March 1, 2013

Nasi Ayam Warisan, Seksyen 6 Kota Damansara (Selangor)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

kita cerita makan2 lagi. kali ni cerita pendek je lah sebab banyak menda nak buat, otak pun serabut. biasanya hari jumaat aku akan lebih suka makan nasi ayam. ia ringkas dan cepat. yelah hari jumaat, semua rushing nak solat jumaat. area kota damansara ni masjid selalu pack, jadi makan cepat2 dan dapatkan ruang depan. kalau lambat kena la solat atas jalan tar atau atas tangga atau kaki lima.

banyak kedai / warung sediakan nasi ayam, tapi ada 2 je yang setakat ini melekat dihati. kali ini aku cerita pasal nasi ayam yang aku rasa paling terkenal di kota damansara ni iaitu "Nasi Ayam Warisan".

dengan lokasi yang strategik berhampiran kawasan industri iaitu taman sains selangor 1, taman perindustrian sungai buloh dan pelbagai pejabat, ia memang mengundang ramai tetamu. parking tak payah rungsing sebab majoriti parking tepi jalan utama je. abang2 polis biasanya tak saman sebab ramai pelanggan sini. polis trafik pun sebelah dia je. he.he....

nasi ayam warisan ni gerai dia besar dan tempat duduk memang banyak dan pelanggan sentiasa penuh. kalau datang dalam jam 12.30 tgh hari ke 1.30 petang memang selalunya terkial2 la cari tempat kosong. pelbagai variasi nasi ayam ada dengan pelbagai jenis harga. yang paling murah ialah nasi ayam biasa dengan harga RM5.00 sepinggan. tahun lepas RM4.00 je sepinggan, mulai 1/1/13 dah naik harga. ayam mahal!


aku kalau mood biasa aku makan nasi ayam biasa je. tapi bila aku dalam keadaan susah hati, senang hati, besar hati atau berhati-hati, aku ambik saiz double/special. nasi sama je, tapi ayam besar la. untuk air aku suka order dari gerai air kelapa kat sebelah. aku suka ambik yg besar punya untuk sejukkan badan. dalam RM4.00 satu teko besar. teko kecik dalam RM2.00 je.

untuk set yang aku ambik gambar ni, ia nasi ayam special. tengok ayam pun dah tau. kalau biasa, ala kecik cinonet je. aku takat ayam tu biasanya sebelah tu aku makan sorang je... err... itu kalau makan kat kenny rogers la...
dari segi rasa? aku rasa ia manarik. rasa ayam tu yang menjadi tarikan utama. sup dia setakat boleh tahan je. sos2 dia menarik jugak. kalau seikhlasnya, dah lebih 40 kali aku makan kat sini. so, korang bayangkanlah sedap ke tak sedap.

alamat :

Nasi Ayam Warisan
Seksyen 6 Kota Damansara
Petaling Jaya, Selangor
(Berhampiran Mc Donalds/kfc/pizza hut/balai polis seksyen 6)

Wednesday, February 20, 2013

Burger Bakar Abang Burn Jajahan Kota Damansara

assalamualaikum & salam sejahtera.

petang2 gini, ditambah suasana sejuk lepas hujan yg lebat tadi membuat perut mula berdendang lagu 'sayang' nyanyian penyanyi genit indonesia iaitu shae. berhantu betul lagu ni, hari2 aku layan. sebenarnya tak ramai penyanyi wanita yg aku minat selepas kegemilangan muda2 dulu. dulu yg aku minat cam ella, shima, abot, amy mastura. yg masa kini aku minat yuna, najwa latiff dan terbaru shae.

ok berbalik kepada suasana sejuk2 ni, perut mula minta diisi. since aku masih dioffice, terbayang burger. kalau makan2 berat spt nasi atau mee, balik rumah nak kena makan nasi jugak. kang merajuk isteri tersayang yg penat2 memasak.

sejak peristiwa boikot burger  dilancarkan akibat peristiwa serangan zionis ke atas palestin, aku dah lama tinggalkan burger yg paling sedap yg aku suka tu, double cheese burger. sebelum ni kurang2nya 2 minggu sekali mesti makan burger tu.

ok, bercerita pasal burger, kat kota damansara ni pelbagai jenis burger ada selain burger fastfood, burger tepi jalan. burger yg famous amos ialah burger bakar. dan ada juga burger salai dan burger stim dan lain2 lah. kali ni aku nk cerita pasal burger bakar. ada banyak burger bakar termasuk burger bakar abang burn dan burger bakar rawang, burger bakar uptown kota damansara dan pelbagai lagi.

aku dah cuba burger bakar abang burn yang sebenarnya banyak dah cawangannya tu. since opis aku dekat je dengan cawangan KD, aku ke BURGER BAKAR ABANG BURN JAJAHAN KOTA DAMANSARA.


takat makan burger ayam dan lembu tu dah biasa sangat. burger arnab aku tak leh makan sebab rumah aku banyak bela arnab, rasa sayang dah kat arnab yg comel2 tu. lagipun sekor arnab je dah ratus hengget, mau giler nak makan. aku pergi malam la sbb pkl 7 malam baru dia bukak. dia terletak di medan selera tanjung village (tanjung village food court) kat area dataran sunway. tempat tu dekat je dengan opis aku, tapi dia punya jem dalam kawasan yg kecik tu dan nak cari parking..... cam siot!

cam biasa aku gi ngan saiful sebab selera aku ngan saiful ni lebih kurang sama, nafsu gajah. cuma dia makan banyak sebab dia ada bela hantu raya. ha.ha...ha......

inilah rupa burger daging kambing yg aku bedal tempohari.


menu yg aku order tu aku dapat dari menu ni. aku cuma ambik yg original, kambing set. hanya RM7.50 je. ia  mengandungi set burger dengan satu daging kambing homemade, ada cheese dan ada banyak onion ring. sebab aku elergik bawang, semua tu rejeki si saiful. si saiful yg kuat mentekedarah tu ambik set kambing dan tambahan daging lembu. harga dia RM15.00. itu air kira lain sebab beli air kat gerai lain. sini nama je tanjung foodvillage, tapi pelayannya majoriti orang indonesia, myanmar, vietnam dan bangladesh. cuma aku berbaik sangka mereka semua ada permit sah sebab balai polis kota damansara atas food village tu je. tiap kali aku singgah, memang ramai abang polis beruniform makan situ. tak kan mereka buta kot saje lepaskan pekerja asing tanpa permit  (jangan marah abang polis sebab gurau2 kasar).


rasa? sabarlah sikit. ini kali pertama aku makan burger bakar. dan aku rasa patty (apa maksud patty tu ye?. aku sekolah tak tinggi) kambing dia memang sedap. dagingnya walaupun tebal tapi masak sekata.  rasa dagingnya memang lembut dengan adunan2 yg menyelerakan. kombinasi burger tu pada aku memang sedap, confirm akan singgah makan lagi di burger bakar abang burn.

alamat? malas aku nak taip alamatnya, korang tengoklah sendiri kat bawah ni.


secara keseleruhannya, aku memang rekomen burger bakar abang burn kepada semua peminat burger dan pemakan2 tegar diluar sana.

susah2 sangat, gi jee facebook diorang:-
http://www.facebook.com/abangburn?fref=ts

Sunday, June 19, 2011

Tauhu Bakar Port Klang

dah lama aku tak update pasal makan2. bukan tak pergi makan, tapi banyak pergi tempat yang sama, so malas nak cerita pasal benda sama banyak kali.

kali ni aku nak cerita pasal kudapan. asyik2 makan berat je, ini kita makan ringan2 je. kita makan tauhu bakar. bercakap pasal tauhu bakar, kalau area port klang ni agak famous amos jugak, tapi majoritinya tauhu bakar cina la. bersepah kat pasar malam. tapi untuk mencari tauhu bakar halal memang payah la.

tapi aku dapat tau pasal tauhu bakar halal ni dari kawan aku si saiful nizam. biasanya dia bab2 makan ni dia ketinggalan keretapi sikit, buat pertama kalinya dia berjaya merekomenkan satu makanan ringan yang aku rasa sangat best.

kat mana?

area bandar port klang (err... bandar ke pekan?). ia dijual oelah abang lori bergerak yang ada setiap senin sampai khamis. ala jalan apa aku tak pasti la, tapi area public bank port klang. brader ni memang sempoi, dia menggunakan lori pusat zakat selangor. alhamdulillah, nampak la jugak duit zakat yang berjuta2 tu digunakan untuk membangunkan ekonomi umat Islam.

aku tak le selalu sangat makan tauhu bakar yang aku gelar sebagai tauhu busuk ni. kadang2 seminggu sekali, dan kadang2 3 kali seminggu. ikut mood la. kalau aku ada urusan, selalulah aku beli. kalau aku beli, kena tanya2 jugak bebudak opis. kalau aku beli untuk aku sorang, menyumpah jugak budak2 opis. taulah, bau dia memang tak boleh sorok. even ada kerusi meja disediakan kalau nak makan disana, tapi tak syiok la.

harga? kalau setakat tauhu bakar dengan kuah rojak dengan kacang tumbuk dengan kangkung celur, harga dia rm3.00 satu polisterine. kalau tambah sotong kurita, harga dia rm3.50. inilah rupa tauhu busuk yang selalu aku makan



selain tauhu tu ada macam2 lagi dijual termasuk air bancuh, rojak buah, goreng pisang dan keropok. tapi hot selling dia memang tauhu bakar dan rojak dia. keistimewaan brader tauhu busuk ni ialah kesedapan kuah rojaknya. memang dibuat sendiri. dalam sehari memang berpuluh kilo yang terjual kuah rojaknya. memang ada dijual kuah rojak sahaja jika berminat. aku pun bernah beli kuah rojak sahaja. kalau teringin makan tauhu busuk dirumah, aku beli tauhu kering dan bakar sendiri. tapi ia tak sesedap yang beli dikedai dia.

oh ya, kalau korang pergi beli kat situ jangan la pulak kata nak tauhu busuk, kang kena bakar sekali kang. tauhu busuk tu gelaran aku pada tauhu bakar tu sebab bau dia busuk. tapi bila dicampur kuah rojak, busuk dah ilang. sedap je ada.

Monday, December 20, 2010

Ketiak Wangi Digilai Ramai

dalam hidup ini kita tak boleh lari dari kenangan silam. ye lah, aku juga pernah muda. eemmmm.. masih mula lagi sebenarnya. kisah2 dari zaman kanak2, remaja, persekolahan dan dewasa. dalam banyak2 kenangan, mungkin salah satu babak kehidupan yang paling menarik ialah zaman berkasihan.

aku kalau bab2 berkasih sayang ni memang dah bermula dari zaman belum mumayyis lagi. tak perlu sekolahpun aku dah pandai. heh!

zaman sekolah2 dulu, 'berkawan' tu hanya sekadar perasaan kasih pada manusia yang berlainan jantina (yg lawa je la).

dah masuk alam pekerjaan, tibalah masa mengenal hati budi pasangan. macam2 jenis perempuan aku kenal. dari kerani, jurutol, pegawai, promoter, dan sebagainya. dan bila dah sampai serunya, aku akhirnya berkahwin.

dah kawin, semua aktiviti memikat dah aku hentikan sepenuhnya. nak pikat siapa lagi. lainlah kalau nak tambah lagi (opss). oklah, dah banyak intoduction sebenarnya, yg aku nak cerita ialah....

... semalam (ahad), seharian aku kehulu kehilir dengan pelbagai tujuan. pergi jumpa kawan di kota kemuning, shopping kat econsave, dan malamnya jumpa client kat tesco. balik tesco, aku isi minyak. masa tu dah lewat malam, 10.45 malam lebih kot. since masih buka, aku masuk bayar dalam stesen. juruwangnya perempuan melayu, ada 2 orang. bangla jantan tengah susun barang.

biasalah isi minyak, aku mintak resit untuk masuk peraduan. mana tau boleh menang.

pelanggan lelaki : dik, bagi resit ye.
juruwang wanita : nak apa bang?
pelanggan lelaki : bagi resit ye, saya nak isi peraduan.
juruwang wanita : nak resit je, nombor telefon saya tak nak?
pelanggan lelaki : (errr...) resit dan borang peraduan cukuplah.
juruwang wanita : (menyuakan resit dan borang) confirm abang tak nak nombor telefon saya?
pelanggan lelaki : takpe la dik, saya anak dah tiga kat rumah.
juruwang wanita : dah kawinpun saya ok bang.
pelanggan lelaki : (mengambil resit dan borang dan ke kereta mengisi minyak).

memicit2 nozzle minyak, lambat betul minyak ni keluar. tiba2 terdengar pengumuman dari dalam stesen minyak. mmm... aku angkat nozzle cepat sangat kot. sambil memandang kaunter sebab tak jelas announcement apa.

" nama saya XXXX XXXXX, nombor telefon saya 017-XXXXXXX " suara dari pembesar suara berkumandang sekali lagi. heh, apalah budak2 ni. sambil2 itu aku perhatikan sebelah menyebelah, aku sorang je yang tengah isi minyak. terperasan sekejab budak2 pompuan tu nak mengorat aku (ceh, perasan!). even rasa mereka nak mengorat aku, aku saje berlagak macho, membiarkan nozzle mengisi menyak dalam mode automatik, dan aku berdiri menyandar kat kereta sambil perasan ala-ala horotio caine dalam csi miami.

lepas isi minyak aku singgah jab beli burger. sambil2 tunggu burger siap aku pikir2 jugak, pakai sempoi, perut dah korporat begini, masih ada tarikan jugak aku ni yer. ye lah, siapa kata dah jadi suami orang, mengaku dah suami orang, dah jadi ayah orang, permintaan dah tiada. biasalah..... stok orang baik2 dah masih kurangkan.

dalam doq perasan dan terfikir tu, aku terfikir, adakah kegilaan perempuan distesen minyak tadi kerana deodoran ketiak yang aku pakai? mmm.... kalau ikut iklan deodoran tu, bila lelaki pakai, secara automatiknya ketiaknya akan bertambah wangi dan hormon kelakian lelaki itu akan segera memikat hati digadis cantik. deodoran apa? korang tak tengok iklan tivi ke.... semestinyalah deodoran 'axe'.


opsss...! tapi aku pakai deodoran 'nivea for man', apsal pompuan tu gila jugak. soalnya sekarang ialah adalah pompuan tu gila pasal stress kerja dan banyak terhidu petrol dan diesel, atau memang aku gila syok sendiri?
 Gambar selingan : deodoran pewangi ketiak
Sumber gambar : deodoran Minyak Kelapa Dara (website bioasli.com)


apa2lah. yang penting isteri dan 3 anak dirumah dah menanti.

Friday, December 10, 2010

Set CD Perubatan Islam Pertama Di Malaysia

alhamdulillah, banyak perancangan kerja dan peribadi aku berjalan seperti dirancang. terkucil sikit2 adalah, tapi yang dirancang menjadi.

dalam bekerja di pejabat, aku juga membuat kerja2 sampingan lain untuk mencari rejeki yang halal. uruskan website aku www.izzibusinesscard.com , jualbeli coins, dan terbaru menjual cd Al-Rogyah Al Syare'ah.

sebenarnya jual cd ni tak dirancang. cd ni pun aku dah tau lama, nak dapatkan kat kedai2 kaset dan kedai menjual buku dan kaset Islam memang takde. kalau adapun memang tak pernah aku jumpa. so, pilihan yang ada ialah membeli melalui pos atau ditempat yang Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki berceramah. so, tak ramai yang ada dan memilikinya.

ramai yang call, tanya dan email aku pasal cd ni selepas aku siarkan kisahnya dalam blog aku ni. tapi apa yang aku cakap pada mereka ialah cuba ke laman web jualan cd tu dan beli pada mereka secara terus. tapi biasalah, orang kita ni masih yang ragu2 bila nak beli secara online terutama dari laman web yang kita tak kenal siapa orangnya.

macam kes hari ni (khamis), aku kata nak beli cd ni satu set. ada kawan2 seopis nak beli sekali. so, keluar makan tengahari tadi aku belikan 4 set cd roqyah ni yang ditempah kawan seopis. rupanya ramai yang cari cd ni, tapi yang ada di pasaran adalah cd sekeping yang semua ayat untuk menghalau jin, syaitan, saka dan sebagainya diadun dalam satu cd. harga satu cd dalam rm28. kalau diikutkan semua dalam satu dan harga cuma rm28 memang murah gile la. tapi ramai yang mencari cd roqyah untuk menda yang spesifik.

harga ? since seopis dan kebetulan aku memang nak ke andalas makan tengahari di restoran cina muslim kita, aku tak charge harga untung. harga kawan2 sahaja rm60 untuk satu set. satu set mengandungi 4 keping cd audio seperti berikut :-






satu set cd yang ada 4 keping cd audio ni dijual dipasaran dengan harga antara RM70 hingga RM75. ia juga turut dijual berasingan. setiap cd berharga antara RM15 hingga Rm20. since aku dah terjebak menjual cd ni tadi, aku sekarang membuka peluang kepada sesiapa yang nak membeli cd ini boleh juga membelinya daripada aku. harga satu set (4 keping) jika nak ambik sendiri dari aku di area port klang, selangor, aku bagi Rm60 sahaja. kalau nak aku poskan ke mana2 alamat di Malaysia, aku kenakan RM70 satu set (4 keping). itu harga kos cd, dicampur kos pos ekspress. yang lebih2 tu, harga minyak kereta aku la.




APA! tak tau ape benda yang aku cakapkan ni! Astaga.

aku sekarang cerita bab aku jual cd Al Rogyah Al Syare'ah. Cd ni disusun oleh Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani. Beliau ialah salah seorang Imam Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Beliau juga adalah seorang pendakwah dan pengamal perubatan Islam. CD audio yang beliau hasilkan ini adalah cd perubatan Islam pertama di MAlaysia yang dipasarkan melalui syarikat La Tansa Resources (www.latansa.com.my).

cd ini dinasihatkan dimiliki oleh mana2 umat Islam yang menghadapi histeria, kerasukan, rasa rendah diri, lebam pada badan, kesan gigitan (bukan love bite ye..), penyakit kronik, asyik mimpi binatang, stress, pukau, anak2 menangis malam, dan sebagainya.

cd ini lengkap kerana setiap cd adalah khusus untuk penyakit tertentu. jika dirasakan anda dikhuatiri diganggu jin, bukalah cd 2 "penawar & perisai daripada gangguan jin". kenapa nak cari bomoh yang dikhuatiri turut menggunakan sihir dan jin masa mengubati anda dan di caj harga yang tidak munasabah. dengan cd ini, hanya perdengarkan cd ini dirumah (jangan masa membawa kenderaan). jika rasa sakit yang amat masa mendengarnya, tutup seketika, dan pasangkan berulang2. Insyallah, dengan keberkatan ayat2 suci Al-Quran, gangguan itu akan hilang.

aku secara peribadi mengalu-alukan setiap orang Islam memilik set cd ini. sebab pertama ialah sebab ia bagus untuk memperdengarkan ayat2 Allah di rumah. kedua, ia dapat menghalau dan menghindar syaitan dan jin. ketiga, sebab aku yakin cd ini dibuat oleh ustaz yang boleh dipercayai. aku secara peribadi mengenali beliau dari kecil. kami sekampung, dan bersekolah rendah bersama. aku sendiri adalah anak murid mengaji kepada bonda ustad dasuki di kampung batu balai. sebab keempat, jika korang beli dengan aku, aku akan dapat untung. sekian terima kasih.

yang sudi membeli dengan aku, harap dapat email aku di damak_76@hotmail.com atau sms aku di 012-2713260.

nota kaki :
walaupun aku siarkan nombor henpon aku, aku harap bapak2 di indonesia sana tak perlu sms aku beritahu aku menang powerroot, menang cabutan bertuah atau mintak tolong top up henset mereka. jangan penuhkan bb aku dengan mesej2 mengarut anda itu. sms berkenalan dan pura2 salah dail dan sms juga tidak akan dilayan (itu taktik aku dah buat masa aku bujang dulu, dah kahwin dan dah ada anak 3 ni aku dah insaf).

Wednesday, May 12, 2010

Mencuba Produk Permata Hijrah

rehat tengahari tadi aku, saiful dan azmir makan tengahari di giant bukit tinggi, klang. biasalah yee mee dan mushroom. lepas makan kami tersinggah sekejab kat gerai permata hijrah.

tertarik dengan penjual wanita digerai tu akupun singgah. err.. maksud sebenar aku ialah tertarik dengan produk yg dijual di situ. tersasul tadi. dari tanya2 produk, kami kemudiannya mencuba sesi urutan mata yg disediakan percuma.

mula2 takut jugak, kebetulan sebelum aku ada satu brader melayu yg cuba dulu. aku saje usha2 tanya, dia kata tak sakit, so kami bertiga cubalah. ala 3 minit je satu sesi. aku ambik giliran pertama, biasalah hero. mula2 kena tanggalkan spek dulu, pastu disembur toner mata, pastu dititik ubat mata pulak. berair2 mata aku, nasib baik diberinya tisu. kemudian dipakaikan spek itam pulak (permata terapi). dah la kena tanggal, kena sembur, kena titis, kena tutup mata pulak tu. nasib baik pompuan suruh, aku ikut je la laksana lembu dicucuk hidung. kalau lelaki yg suruh tu, mau aku seligi pangkreas kiri dia.


Gambar Hiasan : ehsan http://permatahijrah.net


mula2 tu takut jugak. ye lah, dah la mata ditutup, urutan mata tu buat aku rasa takut. rasa macam pening jugak mulanya sebab tepi mata diurut dengan pelbagai rentak. pastu rasaa selesa. 3 minit terasa kejab je. lepas cermin mata urutan dicabut, sekali lagi toner mana disembur kedalam mata. Alhamdulillah, segar mata. kesian saiful, dah segar mata dia, tak dapat la dia membuta kat opis nanti.

rasa berminat jugak nak memiliki produk tu, tapi alang2 beli tu baik beli urutaan mata dan toner dia sekali, tapi agak mahal. nanti kena kumpul duit dulu (heh!).

berkaitan produk permata hijrah ni aku sebenarnya ada keyakinan. aku ada satu cerita.

masa bujang dulu aku tinggal di rumah bujang (ye la, tak kan tinggal kat rumah hantu sarkis pulak). salah seorang kawan aku bernama awie turut memakai spek dan powernya sangat tinggi. senang cakap, kalau dia tanggalkan spek dan pergi ke tandas, dia akan langgar dinding dan pintu beberapa kali dan akhirnya akan menggunakan tandas jiran sebelah rumah. itulah gambaran penipunya aku dalam menceritakan betapa tingginya tahap kerabunan awie.

tapi 2 bulan lepas aku berjumpa awie di pasar malam teluk pulai, klang. dia dah tak pakai spek lagi. aku ingat dia lupa letak spek dia dimana2, tapi dugaan aku meleset. awie dah tak pakai spek lagi. untuk mendapatkan rahsia, aku membelanjainya dengan sup ekor dan sirap bandung. awie gunakan produk permata hijrah. dalam 4 bulan matanya dah tak perlu pakai spek. power speknya turun saban hari dan dia kini bebas ke tandas rumahnya tanpa terlepas ke tandaas jirannya. syukurlah!

kepada kawan2 diluar sana, kena perlu berbelanja ribuan ringgi untuk rawatan lasik jika produk tempatan ini berkesan dan berharga cukup murah.

err.. aku belum beli sebab masih kumpul duit. tapi aku ada beli ubat titis hidung untuk anak2 aku. ye lah, standby jika anak aku tersumbat hidung.

Tuesday, September 1, 2009

Pelaburan Emas

ada sahabat bertanya kat email aku kenapa aku sekarang ghairah promote banner jutawan emas? sorang tanya aku jawab, 2 orang tanya, aku jawab. dah banyak, malas betul aku nak jawab satu2, so aku tulis kat sini je. supaya orang yg bertanya lebih faham, dan yang terfikir nak tanya tu, tak payah nak tanya lagi. any how, kalau nak tanya details tu aku persilakanlah... aku tak kodokut ilmu yg orang lain turut share dengan aku.

begini.... aku selalu ke blog Tun Dr Mahathir (www.chedet.net), kat situ ada iklan mengenai dinar emas. aku baca, dan rasa minat. suatu hari tu aku ada banyak masa, aku bukak link2 yang menghubung dengan portal dinar emas tu. aku baca satu persatu. aku baca lagi. bukak, baca lagi.... dan aku terjumpa dengan blog www.jutawanemas.com yang diterajui oleh 3 orang admin, dan salah seorang ialah en. syukor hashim. jangan tak tau, en syukor ni antara orang yang sering memberi ceramah dan bengkel tentang pelaburan emas di seantero malaysia. yang terbaru beliau turut memberikan ceramah mengenai "BAGAIMANA MEMBUAT PELABURAN EMAS DI MALAYSIA" semasa ceramah di seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui transaksi wang dinar (SEDINAR09)di UKM pada 27 Ogos 2009.

aku baca entry2 blog tu tanpa jemu. semuanya tentang pelaburan emas. duit syiling emas, jongkong emas, ketulan emas, pelaburan emas, senang cerita semuanya emaslah. yang tidak termasuk dalam cerita dia cuma pisang emas dan gigi emas je.

aku dah dapatkan ebook en syukor ni, dan kalau korang nak dapatkan, korang klik la banner kat entry ni. dalam 71 muka surat je. bahasa yang cukup santai dan senang untuk difahami oleh orang yang baru nak mula dalam pelaburan emas ni. yang aku suka, en syukor ni terangkan pelbagai kaedah secara terperinci, dan turut juga memberi cadangan peribadi beliau tantang nak melabur cara mana paling efektif.



konsep pelaburan emas ni sebenarnya gampang (senang)aje (kalau korang sebut gampang kat kampung aku, confirm korang kena penampar sebab ia bermaksud 'sial'). yang paling aku suka ialah cara membeli emas fizikal seperti duit emas, atau jongkong emas, dan gadaikan di mana2 kedai pajak gadai (seeloknya pajak gadai Islam). dapat duit hasil gadaian, gunakan duit itu untuk melabur lagi dalam emas. pulangannya amat tinggi. dalam minggu lepas, aku gila baban memerhatikan index turun naik harga emas. dalam seminggu je harga emas melonjar dari rm102.00 segram, hari ni genap seminggu dah berharga rm111.03 segram. seminggu je tu. aku ada cerita dengan wife, cepat2 dia sorok barang kemas dia. takut aku gadai la tu. aku joke je tu, wife akukan seorang yang taat, jangankan emas permata, diri diapun dia serah kat aku. kalau tak serah diri macam mana luqman dan pika nak dapat lagi adik baru kan??? budak2 diam!!

cakap pun tak guna, aku secara peribadi dah bercakap dengan en syukur melalui telefon tentang cara yang mudah dan tak pakai modal besar untuk start pelaburan emas ni. lagi tak sangka en syukor ni adalah seorang yang friendly, dan memang benar dunia ni kecik, beliau adalah junior aku masa kat UUM dulu. ambik course BHRM sama ngan aku jugak. aku salute abis kat hang, shukor. dah jutawan sekarang.



dari pembacaan, pencarian di internet dan berborak dengan kawan2 pelbagai bangsa, sebenarnya ramai orang cina berjaya dengan pelaburan emas. mereka hutang along, invest dalam emas. mereka letak emas dalam pajak gadai, dapat duit mereka terus langsaikan hutang. err... jangan la anggap aku suruh korang cari along pinjam duit. itu bunuh diri namanya.... kang ada yang masuk front page paper kena rantai macam anjing tu aku tak jamin. nak2 pulak orang sebangsa dengan aku, dapat duit mulalah lupa diri, kalau tak gi dangdut, pegi judi, atau modified kereta, atau pegi siam, atau yang terlebih gatal tu akan menikah lagi satu. korang invest lah sikit2, kalau nak pinjam along, pinjamlah dengan along korang sendiri. kalau along takde duit, pinjam dengan angah, atau acik, pak itam, akak de, nenek sepiah dan sebagainya. atau buat je loan bank rakyat.

sape yang berminat tu, korang belilah ebook en syukor ni. aku confirm korang tak menyesal punya. rahsia pelaburan emas ni korang tak kan jumpa dimana2 buku lain di dunia ni. setahu aku hanya 1000 unit buku ni akan dijual, dan ia dah terjual lebih 600 unit dalam sama kurang 2 minggu.

cabaran aku sekarang bukannya nak cekau duit nak beli emas, tapi dah beli emas dan nak masukkan ke pajak gadai. malu siott!! kalau masuk kedai pajak pakai mask H1N1 boleh tak? tapi jutawan macam en syukor pun buat, siapakah aku nak malu2. Thanks shukor atas advice2 masa berborak hari tu. Insyallah aku akan pulun buat cara ni dulu. bila ada modal besar, aku akan invest dalam jongkong emas pulak.

Monday, June 15, 2009

Jelajah 3 Daerah Dalam Satu Hari

semalam (14/06/09) dah takde kerja masa tengahari tu, isteri tersayang merengek nak pekena cendul kat taman perwira. jauh tu, kena keluar daerah semata2 nak merasa cendul. since akupun dah lama tak pekena cendul pulut, aku gagahkan steereng ke daerah kuala langat. dari daerah klang, aku melepasi daerah kuala langat ke tempat yg dituju yg terletak kira2 10 KM dari rumah aku. he...3x. nama je luar daerah, tapi dekat je sebab aku duduk bersempadan dengan daerah kuala langat tu.

gerai MDKL (majlis daerah kuala langat) itulah tujuan kami, dekat area sijangkang je. seribu kali sayang, cendul tutup. tuan kedai ke johor urusan kahwin saudara. dah tak de rejeki nak buat camner. tiba2 aku ternampak gerai jual kuih cakui dan pau goreng. aku memang pantang tengok kuih cakui ni. since tak pernah cuba, apsal kalau datang aku tak perasan kakak jual kuih ni, tapi dia perasan aku. aku beli untuk rasa je, 3 kuih pau goreng dan 2 cakui. then, baliklah... sambil2 drive aku makan cakui dengan cicah kaya buatan kakak cakui tu. Ummp! not bad! manisnya agak terlebih sikit, dan lemaknya boleh tahan. aku cuba pulak sambal ikan bilis dia.

pergh! sedap giler. tak pedas sangat, warna merah dia menawan, ikan bilis digoreng tak rangup, dan telah dipotong halus2 untuk lebih mesra dengan sambal. kuih cakui yg tawar, tapi lembut itu sangat sedondong dengan sambal ikan bilis. sebab aku berebut kuih cakui dengan luqman yg leka makan cicah kaya, aku cepat2 patah balik padahal sikit lagi nak sampai rumah. aku beli lagi 3 pau goreng, dan 3 cakui. cukuplah! sekejab lagi nak makan nasi pulak! tergelak kakak cakui bila aku cakap kuih cakui dia sedap, dia bagi special price lagi. ala pompuan! puji lebih sikit, dah lemah semangat. kalau aku jek puji lagi lebih, dengan gerai cakui tu beri kat aku. ha.ha.ha..... haram jadah punya lawak aku ni!

lepas makan tengahari, solat dan rehat. petang tu kami ke daerah shah alam pulak. tujuan aku ke rumah si nadya aka razman. tujuan kali ni nak tendang bontot dia. aku dah cakap jangan kutuk aku failed jalan2 KL dalam blog, dia kutuk aku jugak. woi... ko lahir kat KL bolehlah cakap, kalau berani jom lawan jalan2 kat klang atau kat jerantut!. sampai rumah dia hari dah petang. macam2 wife dia masak untuk minum petang. makan kuih popia goreng, pastu makan keropok lagi. baru balik bercuti ke kelate la katakan. kembung perut aku makan, dan minum bergelas2 air oren. lepas gi rumah dia, aku pergi jumpa adik lelaki aku pulak nak bincang nak balik kahwin adik pompuan aku 20/6/09 nanti. sebab wife dia ada sepanjang masa tak dapatlah aku tendang bontot razman ni. takpe, kita tendang next time.

petang barulah kami balik semula ke klang. begitulah ceritanya dalam sehari aku menjelah 3 daerah iaitu klang, kuala langat dan shah alam.

hari ni (05/06/09) seperti lazim setiap bulan management meeting. kali ni cipta record lagi. dari jam 930 pagi kami start meeting sampai 530 petang. break cuma jam 130 petang untuk makan tengahari berjemaah dan kemudian solat. pkl 200 petang sambung balik sampai abis. nasib baiklah sebulan sekali, kalau hari2 pecah kepala otak aku. tapi ia bukanlah meeting sia2 kerana kami meeting untuk kebaikan syarikat dan pekerja2. kalau syarikat stabil, pekerja jugak yg untuk still ada kerja dan ada overtime.

ikut hati tak kuasa aku nak buka laptop ni, tapi sebab malas anak2 merengek nak tengok upin dan ipin aku pasang la. kacau ummi dia tengok tivi. hari ni turn aku jam 10pm, cerita 'house' di asterol axn. anak2 aku dah layan upin & ipn berapa ratus kalipun aku dah lupa, hari2... tak muak ke diorang layan budak botak dua orang tu. tapi bila aku offer beli baju upin dan ipin taknak pulak. asyik2 yg ada ben 10. sekarang berebut nak baju transformers pulak. anak2ku, belilah barangan buatan malaysia. ia berkualiti, dan murah! err.... aku baru beli sehelai baju transformers kat petronas untuk aku sendiri. nak pakai masa tengok filem transformers dengan anak aku nanti.

Friday, June 12, 2009

E'la Kek Cawan (Port Klang, Selangor)

Hari ini tibe2 je kawan aku si ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com) call cakap dia nak bagi cup cake (kek cawan) pada aku. sebab nak elakkan permusuhan kaum (dia banjar aku melayu)dan menjunjung prinsip 'rejeki jangan ditolak ke longkang' aku ke opis dia untuk mengambil kek cawan tu. ko ni tak ikhlas la ila, nak bagi, patut2 hantar la ke opis aku, bukan jauh mana pun.

aku mulanya tak excited sangat sebab dia kata nak bagi rasa 2 biji cup cake tu, dua biji dan aku ada dua anak, nampak gayanya aku dan wife makan pembalut kertas cup cake je lah (gile ko makan kertas!).

kenapa dia diberi nama cup cake (kek cawan)? dah ambik dari si ila tu aku tak nampakpun mana cawannya. kek ada, tapi dalam bekas kertas, bukannya cawan. si ila tipu aku kot? he.3x.... jangan marah ila. itu baru mukaddimah je.

jumpa je si ila, aku nampak dia bagi sekotak cupcake. banyak biji jugak la, dia siap pesan kalau ada balance bagi2 la kat kawan2 opis rasa. bagi tak sampai 10 biji, nak bagi aku sekeluarga, pastu kena bagi2 kat opis lagi. wei...! kat opis aku, pegawai2 je dah lebih 40 orang. tu belum masuk kerani dan opis staff. since amanah orang, aku bagi2 la sebiji sorang kat bebudak opis yg rapat dengan aku. semua bising pasal tak cukup. masa tu la aku cucuk jarum suruh diorang order lagi dengan si ila (e'la??).



ni hah pilihan2 yg terdapat dalam kotak yg diberikan pada aku tadi, lain2 design/theme korang tanya e'la sama ada dia reti buat ke tak:-









sambil hulur2 kek cawan tu aku hulurlah sekali kad iklan si ila tu. la aku tak simpan untuk aku sekeping sebab aku bagi2 pada kawan2. untuk aku dah keluarga, aku cuma ambik 4 biji, cukuplah satu sorang. baby dalam perut wife aku terpaksalah kongsi dulu dengan ummi dia. nanti besar nanti mintak balik ngan mbah ila.

sukaria betul anak2 aku dapat cup cake tu. maklumlah tak pernah dapat. secara ikhlaspun aku ini kali pertama aku makan cup cake bericing ni. cup cake beli sepaket kat kedai runcit tu biasalah. tengoklah gelagat anak aku dapat kek cawan tu. si luqman makan cup cake macam makan biskut oreo. jilat icing dia sampai abis baru makan. pika lak muncung bila suruh bergaya dengan cup cake. iyelah... dia tgh syiok makan, aku suruh dia berdiri sampai tunjuk cup cake, berhenti makan.





ok, ini sedikit ulasan rasa aku. sebab aku cuma makan satu, dan cinonet je sebab si ila bagi yg saiz 'm' (lain kali untuk aku ko buat saiz xxxl, baru cukup). icing dia memang rasa icing (gile ke hape icing rasa tanah liat??), decor dia menarik terutama untuk kanak2. lagipun aku memang tengok hijau je dah rasa menarik, akukan suka hijau. icing dia nampak cair sebab si ila tu simpan kat opis dia dari pagi dan kemudian terperap dalam kereta aku. menurut si ila awal2 pagi tadi baru dia decor, so rushing sikit la, ye.... aku faham. malam tadi sibukkan! (aku tak kata ape2 yer?).

kalau tak silap aku harga sebiji cup cake saiz m tu ialah rm0.60 sebiji. minimum order ialah 16 biji. kalau nak order sebijik boleh, tapi korang bayarlah sepuluh hengget. aku cuma sempat rasa kek perisa orange tadi. masa aku call dia tanya dia beli kek cawan tu kat mana, melenting jugak si minah banjar ni. nampak mulut kecik, tapi tahap laser disk jugak. aku tanya sebab aku rasa kesedapan dan kelembutan kek setanding yg aku beli kat kedai. orang bagi pujianpun marah! untuk perisa coklat moist tu aku rasa sikit je, tu pun aku ambik anak aku punya sikit. coklat dia pekat, tapi tak pahit. agak kenyal dan sedap. sebab aku cuma makan sebiji, tak dapek lah puji lebih2 ye.

oh ya... sesiapa yg berminat nak order kek cawan e'la ni, korang bolehlah call dia terus di talian 019-3650215. tempahan aku yakin untuk orang sekitar klang/port klang dan sijangkang je. kalau nak spesifik harga, kawasan penghantaran, corak2 yg dia reti buat, diskaun, bayaran.... dan sebagainya, contact tokey dia. jangan gatal2 nak call aku. cuma nak diskaun sikit tu, korang cakaplah korang kawan aku atau baca entry kat blog aku. (ini rahsia!. jangan sampai e'la tau. dia cakap sesiapa sebut nama aku masa order, dia akan bagi diskaun atau bagi lebih sikit kek cawan tu).

ila (e'la) ni bilang "kalao mau tempah kek dalam kuantiti yang lumayan besar, harap tempah 3 sore' (hari) lebih duluan (awal). biasalah! aku ada laki dan anak2 mau diberesin. kek cawan ini sesuai chu'ga untuk majelis hari ulangtahun, hari bapa (hari khamis malam jumaat ke??), hari innual dinner, mejelis pernikahan, majelis pertunangan, dan dimakan hari-hari. kalau majelis perceraian atau majelis perpisahan juga sesuai sebab boleh baling2 kek cawan ini kearah bekas suami/isteri atau pacar tanpa mencederakannya. majelis perpisahan itu akan lebih diingati kerana tiada kematian terjadi, dan menimbulkan suasana manis apabila kek cawan yg dibaling memasuki mulut".

oh ya! kek2 besarpun dia ada buat jugak. dia kata yg famous dia reti buat ialah kek lobak merah (carrot cake)dan sesuai untuk hari bapa. kek2 lain tu kena tanya dialah dah reti buat ke belum. sekali lahi aku ulang, sila tempah kek cawan itu dari E'LA di talian 019-3650215.

nota kaki :
ila, begini baek punya promosi, tak de kek lobak merah free untuk aku ke? aku nak makan sempena hari bapa minggu depan.

Thursday, June 11, 2009

Kacang Sempalit (Raub, Pahang)

aku baru je balik dari menjamu selera di pak mat cafe, ala yg aku ada promote chicken chop murah tu. tah la kenapa, dalam seminggu ni, asyik lapar je. tengahari tadi dah pekena ikan bakar kat taman kem. petang dah makan bubur jadung dengan sagu. lantaklah, asal bahagia!

banyak tajuk, tapi sebab aku asyik2 teringat makanan, aku nak cerita pasal kilang kacang sempalit dulu. kalau selalu2 sangat cerita peribadi aku ramai bosan pulak. dah la cerita panjang, wife akupun selalu tengur, asal entry aku mesti taraf cerpen punya.

dalam entry lepas, eh.3x seronoknya si nur aka admansyah dan si kapten monkey d luffy kenen2kan aku dengan rancangan makan2. tak sayang mulut! mentang2lah aku agak sihat dan kuat makan, nak samakan aku dengan kemontelah pengacara makan2 tu yer. apa2pun, aku memang suka tengok jalan2 cari makan, dan aku suka jugak layan rancangan ho chak! cuma rancangan cina tu banyak cerita pasal makan ba alif ba ya. kalau dah tak de menda nak tengok kat tivi aku suka gak layan marta steward dan rancangan asian food channel.

ah.. lupakan semua tu. sekarang kita kembali ke cerita kacang sempalit. aku selalu singgah kat sini apabila balik kampung. actually ada dua syarikat kacang terkenal di sempalit, raub. kacang2 mereka aku rasa tak sempat masuk area KL sebab pasaran local pun tak cukup. kalau dekat raye cine, bersusun bas2 rombongan tah dari tongsan datang kot.

takleh cerita panjang2 sangat hari bapa ni, kena simpan energy. kuang.3x. korang layanlah gambar2 ni.







ni pulak 3 pilihan kacang terlaris disini. ada lemak manis, ada lemak masin dan ada dipanggang biasa. ulas-ulas kacang dia besar aku cakap ko. besar lagi dari kacang shandong. kalau dengan cap tangan, heh! tak terlawanlah dengan kacang sempalit ni.







jangan korang espek kilang ni besor bagak, ala tempat kecik je. selain kacang ada la jual buah2 dan lain2 jajan. business keluarga. biasalah orang cina, bisnes depan rumah kecik2, nampak cikai, tapi kaya raya. orang melayu kita, kalau nak bisness mesti nak yg hebat2, buat loan 2-3 juta, perabot mesti hebat, sexsateri mesti muda, seksi dan bergetah sebab senang nak scandal, buat 2-3 bulan pastu bangkerap.

ala kacang2 yg dijualpun murah2 je. rm2.70 sepaket. beli banyak bulehlah mintak diskaun. yg jual tu harta keluarga depa, kena gaya memang murah la belinya.

kaum pompuan aku yakin kurang makan kacang, ala takut jerawat tumbuh. betulke makan kacang tumbuh jerawat. kalau picit jerawat keluar kacang! kuang.3x.....

makan kacang sempalit tu janganlah buruk melantak sangat, kang kena sembelit pulak. ha.3x...

Tuesday, June 9, 2009

Jom! Selamatkan Bumi Kita

atas urusan kerja, aku telah ke perpustakaan raja tun uda di shah alam untuk menghadiri sesi bertemu pelanggan dengan jabatan2 kerajaan negeri selangor seperti jab. alas sekitar (jas), jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (dosh), jab. perparitan dan saliran, mbsa, dan ada jugak syarikat2 korporat yg sama2 menghangatkan kempen "Jom! selamatkan bumi kita".

cam biasalahlah, aku akan pergi dengan best friend aku si saiful. kebetulan hari ni memang ada urusan dia dengan salah satu agensi kerajaan yg terlibat. aku cuma menjadi nasi tambah je kot2 ada perkara berkaitan dengan syarikat. so far, saiful ni dapat handle kerja dengan baik. jadi, aku sampuk yg mana perlu je.




macam2 aktiviti diadakan hari ni hingga jam 330ptg. ada ujian PERCUMA asap kenderaan, ada ujian PERCUMA tahap keselamatan aircond kenderaan, ada pameran, ada kaunter tukar barang2 elektrik dan elektronik terpakai seperti bateri, henpon, alat letrik dan mereka akan bagi sebatang pokok. since aku pun tau tau agenda hari ni, aku takdelah menda nak dilupuskan untuk dapat pokok durian belanda tu. aku ada minta dengan si saiful untuk disposekan henset dia yg dipakainya. orang pusat pelupusan sanggup terima henset tu, tapi saiful pulak enggan beri! "ko ni pul, sumbangkanlah sikit untuk alam sekitar lebih bersih. henset aku tak bolehlah sebab ia mahal sikit dari henset ko. ko punya takde 3G, camera pun takde, baik buang je. anak aku si luqmanpun pakai henset ada camera".

ni gambar aku dan saiful di kempen tu. rupa agak gelap sebab kulit aku kalau kena panas dia tukar jadi gelap. si saiful tu memang semulajadi gelap. ha.3x....




banyak jugak buku, risalah, sticker, CD, pen, note book, badge, poster, beg mesra alam, namecard, key chain yg dapat aku kutip disana untuk diri dan syarikat. sebelum balik, sebab kecapekan berjalan2 dan bercakap2, aku paksa saiful belanja aku air jus jambu. kerana urusan section dia aku terheret datang sekali. ala rm1.50 je. dah lama aku dengar tentang cerita2 kesedapan air jambu batu hijau ni, malah adik yg selalu datang blog akupun selalu promote sedap. aku cubalah. Sedap!