Wednesday, December 18, 2013

Telatah Anak Izman : Lapik Kertas.

Lapik kertas.
Sambil keje tersenyum sendiri teringat telatah anak perempuanku, pika.
Anak2 bila mkn minum, suka depan tv. Bila bersepah, ummi dia bising. So... aku selalu pesan lapik dgn kertas.
Suatu hari pika nk mkn biskut dgn teh dpn tv, aku suruh lapik kertas. Pika ckp kertas xde. Dlm suara geram sbb pika x mau cari kertas, aku ckp 'xde kertas, ambik kertas fail ayah tu'. 
Bila aku nk sambung buat kerja, aku tgk kertas aku kurang. Mmmm.. pika guna kertas fail aku buat lapik air teh dia.
Aduii.... kertas ayah nk buat budget 2014 tu sayang oiii!
Marah? Ayah mana tega nk marah anak pompuan.


Catatan : 
Dipetik daripada facebook peribadi Izman Pauzi bertarikh 18/3/2013.

Sunday, December 15, 2013

MARRYBROWN JERANTUT

Pada 15 Disember 2013, sempat singgah bersama keluarga untuk makan di
 restoran makanan segera MARRYBROWN di Jerantut, Pahang.


Aku dan keluarga. 

Gambar : Luqman hakim dan sepupu-sepupunya.


GULA KAPAS

Gula kapas pekan sari jerantut. Mengimbau kenangan masa kanak-kanak aku dulu.

Tua-tua ni rasa sentimental la pulak.




Sunday, December 1, 2013

REZKI 30 SEN

'Rezki 30 sen'

Smlm semasa beratur nk byr di kedai runcit, didpn aku ada pompuan tua india tgh byr. Tiba2 diminta kenselkan beli serbuk teh boh pek kecil. Dia hanya byr roti dan ikan kering paket kerana x cukup duit. Itupun pakai duit syiling.

Dlm muka sedih & sayu dia beredar. Aku panggil & offer nk byr. Dia enggan. Aku paksa nk byr yg terkurang. Dia kembali dan aku byr yg x cukup; hanya 30 sen.

Byk betul dia ucap terima kasih. Ikut sampai je kereta sampai isteri & anak2 pun pelik kenapa pompuan tua india ikut aku sampai ke kereta. Takkan nk scandal dgn pompuan tua (che ta still ok la..).

Dlm 15 minit lps kejadian aku dihubungi oleh nombor x dikenali. Tanya psl sabun yg aku jual dan akhirnya confirm nk beli 30 tong. Janji nk ambik ahad.


Ahad... sabun bertukar tangan. 


Pd aku, apalah sgt 30 sen. Pd dia, itu adalah kehidupan. Alhamdulillah, 30 tong sabun tu rezki utk aku. Janji Allah pasti, setiap jariah pasti diberi ganjaran. Tak pernah ada yg menderma jatuh fakir. Syukur padaMu Ya Allah.


Wednesday, November 20, 2013

BURUK SANGKA

Menunggu di imigresen putrajaya, kelihatan ramai pompuan seksi. Aku x mau judge apa2. Just tertengok & terus mbaca buku.

Teringat minggu lepas tunggu Rizal Gunx lepak minum kt gulam mee....

3 wanita melayu duduk depan meja aku. 1 sangat seksi; Seluar pendek nampak pangkal rahim, baju ketat rapat ke gunung senyum, tapi londeh nampak teluk kemang. Aku tengok sbb betul2 dpn mata. Hati aku bkata 'buruknya perangai'. 

Dalam 3 minit judgement aku salah.

Makcik tua jual kerepek 3x jumpa aku, 3x aku ckp x nk sambil hirup teh o ais limau dan makan pau ayam.

1st time makcik tu sapa pompuan seksi tu, mereka bersalam & cium tangan makcik tu & terus dipelawa duduk, dipaksa makcik tu order air dan nasi ayam. Kemudian mereka semua beli kerepek 2-3 bungkus sorang. Menyalam dan cium tangan dan makcik tua kembali berjualan.

Astaga... malunya aku pada mereka & pada Allah kerana buruk sangka.

Pakaian x cerminkan peribadi tapi Alangkah bagusnya jika pakaiannya juga semulia akhlaknya.
Malam tu aku x lena tido terbayang kekhilafan aku tadi (tapi aku layan movie la). Aku x beli jualan makcik tu sabab aku x perlukan kerepek. Perempuan seksi tu tunjukkan bahawa makcik tu perlukan duit dan sedikit kasih sayang. 

Emmm.. aku patut lebih sensitif sabab aku sanggup habiskan duit dan tenaga utk bantu mereka yg susah even aku x pernah jumpa. Yang Allah nak bagi pahala depan mata aku x nk ambik. 

Aku patut lebih berakhlak mulia dimasa depan. Mmmm... patutkah aku jumpa pompuan seksi tu dan minta maaf & ajak dia berpakaian lbh sopan? Mmmm.... (sori xde niat lain. Anak2 aku kata kalau aku nak kawin lagi, diorang nak ikut tidur dgn aku pastu nk gigit ibu tiri. Ganas betul).

Mode: buat karangan mengarus bahasa melayu spm sbb kebosanan. dokumen aku pkl 12 baru siap. Pegawai xde. Just baca, jangan buat apa2 judgement. Andapun x kenal hati budi aku.


Sumber : facebook : izman pauzi

NOTA : 
ia posting lama di fb. tarikh di blog sengaja disamakan dengan tarikh pasting di fb. 

Wednesday, October 16, 2013

KOLEKSI MUG : DARLIE


2 jenis mug berlainan hasil freegift ubat gigi darlie. ia adalah milik asal papa aku yang peminat tegar ubat gigi jenama darlie.

KOLEKSI MUG : KOPIKO INSTANT COFFEE



Wednesday, August 14, 2013

Aku dan Nikah Mutaah-episode finale

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kita sambung balik bab nikah mutaah dan syiah ni.

memang ada masa kisah dlm blog aku ni berunsur tahyul, tapi kisah syiah tu memang betul2 kejadiah yg aku alami sendiri.

aku mulakan semula dengan kisah nikah mutaah.

lebih 10 tahun dulu masa aku kerja di syarikat pertama aku di seksyen 15 shah alam. sykt india. kami ada banyak cawangan dan dapat kontrak membekalkan tenaga kerja asing dan tempatan di pelbagai syarikat internasionale sekitar shah alam dan klang. so, pekerja asal bangladesh dan india kami memang ramai. mereka ditempatkan dihostel2 syarikat di taman sri muda.

memandangkan ramai pekerja kami diletak disyarikat asing, menjadi kewajipan syarikat memberikan jumlah tenaga kerja yg mencukupi atau didenda atau kontrak tidak disambung. even ada incharge masing2, untuk urusan lebih rumit memang kerja2 HR lah.

bangla2 ni kebanyakkan skill worker. syarikat2 asing tu memang kamau kita gantikan budak2 sabah dan sarawak memang diorang tak mau. nak bangla tu jugak. dan memaksa aku menerjah rumah sewa bangla berkenaan kenapa asyik buat perangai tak mau masuk kerja dan kerap cuti emegency. padahal habitat sebenar bangla ni memang kalau boleh tak nak cuti. dah la kerja 12 jam sehari, siap minta gantikan syif orang lain lagi. mmm..... jom kita siasat dan terjah rumah dia.

since rumah disewa org syarikat, memang kami ada kunci spare. suatu hari tu aku ambik kunci spare dan menerjah rumahnya. pergh.... tingkat 5 kau jah! nak berlaga lutut aku naik tangga. aku buka pintu rumahnya dan masuk. dalam rumah baru aku beri salam. heh.... apa punya adab la... abaikan adab, ni aku nak handle orang kurang adab.

aku memanggil nama bangla tu. "delwar hossain', you mana?". spontan bilik terbuka dan dia keluar hanya pakai sarung tanpa baju. dah la dada berbulu macam babon, muka baru bangun tido. aku tanya kenapa tak pergi kerja, dia jawab tara sihat la boss. tapi bila bercakap, matanya asyik jeling pintu biliknya yang tak bertutup rapat. aku nak masuk dia macam halang. last2 aku  marah dan ugut nak hantar dia balik bangla jika dia halang. barulah dia ketepi. aku kuakkan pintu bilik. ... astaga!!!

diatas katil bujang double decker tu kelihatan susuk wanita tanpa seurat benang. sedang tidur bagai kayu mati. aku cepat2 keluar bilik. berdosa besar tu.

dalam mengucap panjang, aku keluar dari rumah tu dan suruh si bangla jumpa aku di bawah dalam masa 10 minit. kami pekena teh tarik dan roti canai di restoran santa marrai. aku gasak siapa perempuan itu, yg pada telahan aku seorang pelacur. dia agak marah tp tak berani nak lawan aku. "boss, itu saya punya wife la boss". aku mencebik dan tak mau percaya kerana dia menyatakan bahawa perempuan tu orang indonesia.

dia menunjukkan surat kawin indonesia. heh.... bilalah bangla ni pergi indon sedangkan passport original dia aku yang pegang. tarikh kawin tu pun dia kerja jugak. selidik punya selidik rupanya dia kontrak nikah 3 bulan. tu yang lenjan cukup2 sampai tak reti nak gi kerja. kos perkahwinan rm1000. bayaran bulanan rm300.

aku marah dia sangat2. siap ugut nak hantar dia balik bangla kalau tak halau perempuan tu dari hostel. patutlah bangla lain nampak lesu je, rupanya berjaga malam doq skodeng atau tak leh tidur mendengar jeritan kat bilik sebelah la ni.

petang itu semasa kerja aku dihubungi oleh nombor tidak dikenali, orang indonesia. standardlah nombor digi. dia terangkan bahawa pekerja aku tu memang nikah sah menurut Islam kerana perempuan itu Islam dan bangla itu Islam. dia ajak aku jumpa di sri muda. memandangkan aku juga tinggal di sri muda... dulu aku duduk rumah teres berhampiran surau taman sri muda tu.

tanpa berfikir panjang, aku setuju jumpa. 2 orang indonesia dalam baya2 40an. sangat ramah dan berkopiah lagi. kami lepak di warung sambil minum teh. aku dah lupa namanya, tapi asalnya jakarta dan surabaya (macam betul je ingatan aku ni). mereka meminta aku tidak mengambil tindakan pada bangla terbabit memandangkan bukan menjadi kesalahan pada syarak kerena mereka telah bernikah mengikut syarak. ditunjukkan pelbagai dokumen, aku sekadar melihat tanpa emosi. dari zina, lebih baik menikah, terang mereka.

dalam asyik menyelidik dan menyiasat, akhirnya mereka terjerat dan menceritakan kisah sebenar perkahwinan itu. mereka juga turut mengoffer aku mengahwini wanita indonesia dengan tawaran diskon lumayan (diskaun hebat). dengan isyarat mata, si ketua menyuruh kawan yg seorang lagi mengambil sesuatu di kereta. cuak gak aku, kang dirogolnya aku, opss.... maksud aku dipukulnya aku.

diberikan aku satu fail yg mengandungi banyak foto2 wanita indonesia. dari pelbagai daerah.

indon : bos belek2 saja. tengok foto2 yang mana boss berkenan. nanti kita bincang harganya. jangan takut boss, saya bagi boss diskon istimewa.

melayu : (membelek dan dalam hati berkata, ramai jugak cewek lawa2 indon ni) mmm...

indon : mari saya tunjukin. kalau boss mau, saya rekomen cewek dari palembang. putih mulus. indramayu juga cantik. dalam rm1000 sahaja boss, bulanan rm300.

melayu : eemmm.... err.... masih perawan?

indon : kalau boss mau perawan juga ada. tapi harga sedikit berbeda. dalam rm3000. gerenti perawan boss!

melayu : (menelan liur. gerenti perawan tu). mmm.... jakarta?

indon : gadis jakarta ini agak liar boss. mungkin yang didesa lebih sesuai untuk boss. jakarta perawan belum pasti boss.  boss kasi duit nikah rm3000, boss pilih berapa lama mau nikahnya, bulan2 boss kasi biaya rm300 melalui saya untuk diserah kepada keluarga si isteri. boss pun tau, bokep mereka di desa membutuhkan uang.

melayu : tapi keluarga saya mesti tidak setuju.

indon : jangan kaget boss. kita pakai syariat, ngak perlu report deparmen agama di malaysia ini. sijil kita keluarin dari indonesia. yang pentingnya boss ada biaya. yang penting halal, elak zina.

melayu : mahal la, tak boleh kurang? sayapun bukan selalu ada dirumah. saya selalu outstation.

indon : kalau boss tak kisah berkongsi juga ada. boss pilih malemnya, isterinya boss. siangnya,  isterinya orang lain!

melayu : aaah! boleh ke macam tu?

indon : kenapa ngak boleh? kan nikahnya punya akad. boss akad saja mau menikah dengan dia untuk malam sahaja.

melayu : abis, kongsi suami?

indon : bukan kongsi, dua waktu yg berbeda itu.

melayu : kalau mengandung, nanti anak siapa?

indon : saya confim boss dia tak bisa mengandung. kita ada agrement boss.

melayu : berapa lama nikah paling singkat?

indon : 3 bulan. tapi maksimum 1 tahun.

melayu : kalau saya mau nikah terus?

indon : apa perlu nikah terus boss. boss orang malaysia, boss nikah org malaysia. yang ni simpan saja.

melayu : wanita simpanan?

indon : bukan wanita simpanan, ini juga isteri boss yg sah. cuma sekadar bila boss mau. tanpa komitmen. sudah jemu, tukar saja yang baru. lama2 barang sama bisa jemu boss. bisa tukar2, 3 bln boss ambik medan, tukar madura, tukar jawa, tukar jogja, tukar papua...

melayu : kalau nikah kena pergi seberang kah?

indon : ngak perlu. dimana2 saja boleh. saya sendiri boleh menikahkan boss.

melayu : wali, saksi?

indon : ngak perlu. saya boleh, saya sudah diijazahkan untuk mewakili mereka dalam pernikahan mereka. yang penting Allah melihat, Allah kan ada dimana2.

melayu : nk bercerai kena lafaz cerai?

indon : ngak perlu. cukup masa kontrak, nikahnya terbubar. kalian sudah saling tidak mengenal.

melayu : nanti saya fikirkan. saya akan telefon bapak nanti ya. err.... tapi confirm ada yang perawan ya pak!

indon : iye... confim. kalau ngak perawan, terbubar nikahnya.

melayu : ok.ok..... saya call bapak nanti. saya pulang dulu ya pak. Assalamualaikum

indon : iya boss. Waalaikumsalam.

tamat flashback.

memang aku tak jawab dah panggilan bapak indon tu. risau terjebak. lagipun aku dah ada ramai makwe masa tu. dah tak larat nak bergilir. err... maksud aku bergilir dan berebut waktu dating.

apa moral of the storynya?

jangan cari pasal dekati syiah, even masa tu syiah pun aku tak pernah dengar. tapi iman yg senipis kulit bawang ni menghalang dari mendekati zina cara syiah.

dakyah syiah ini memang menarik sebab ia memujuk dengan susuatu yg sangat disukai lelaki iaitu jamak (memudahkan solat) dan jimak  (melalui nikah mutaah).

selamatkan akidah kita, perangi syiah yakni syaitan yg berlindung atas nama Islam.



Wednesday, July 31, 2013

Aku & Nikah Mutaah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kebelakangan ni kita memang tak boleh lari dari mendengar orang memperkatakan tentang ajaran syiah. buka tivi, syiah. pasar ramadhan, syiah... dari org tak nak ambik tau, kini semua dah suka google tentang syiah. bila cakap pasal syiah, kita dikhabarkan tentang nikah mutaah.

nikah mutaah atau kahwin kontrak ni menda yg sangat penting dalam ajaran syiah yg sebenarnya menarik hati ramai org termasuk org melayu mengikuti ajaran songsang ini. heh.... sebagai lelaki normal, bila disuakan wanita cantik untuk dinikmati secara PERCUMA dan ikut suka nak kawin berapa lama.

aku ada sedikit penglaman peribadi mengenai syiah dan nikah mutaah ni.

ishh..... jangan buruk sangka pada aku dulu. baca biar habis dulu. biar muka buruk, jangan buruk sangka.

sebelum aku serita bab nikah mutaah, aku cerita bab syiah ni dulu. apa maksud syiah, apa yg dia menyimpang tu korang tanyalah pejabat agama (aku sebenarnya yakin, ramai org pejabat agama pun tak tau banyak pasal syiah kecuali mereka tengok tivi).

aku sebenarnya asyik google pasal syiah ni sebelum puasa lagi. aku secara jujur di usia 37 tahun ni baru tau pasal syiah. bila orang doq cerita psl syiah, akupun nak tau betulkah seperti yg diwar2kan oleh pejabat agama tu. ye lah, dah besar2 cam ni sebanarnya baru aku banyak tau sebenarnya yg banyak ustaz2 kita di sekolah dan dimasjid tu sebenarnya banyak cerita yang bukan ikut Al Quran dan As Sunnah. mereka mengajar agama Islam ikut kefahaman mereka. cerita bab puasa contohnya, baru2 ni je aku tau rupanya korek hidung dan korek telinga tu sebenarnya tak batalkan puasa. aku dari darjah 1 hinggah anak 4, kalau gatal telinga puaslah menahannya. garu dari luar je. salah siapa, salah aku yang jahil. ustazpun salah jugak sebab ajar tak boleh korek even sikit pun. BATAL POSE!

ok... sambung balik. aku sebenarnya was2 dengan apa yg orang agama cakap pasal syiah sebab kenapa baru akhir2 ni cakap pasal syiah tu sesat dan menyesatkan padahal dan puluhan tahun mereka sesat dan pejabat agama tau mereka sesat. fatwa pun dah lama ada, siap ada pindaan lagi. kenapa kita yang jahil ini tak diberitahu. mana ustaz2 yg dibayar gaji itu? makan gaji buta ke? atau setakat ajar agama untuk mengikut sukatan pelajaran.... entahlah.

aku sebenarnya yakin pejabat agama terpaksa keraskan dan umumkan pasal syiah ni sesat sebab apa yang terjadi pada umat Islam ni syria. regim celaka bashar yg berfahaman syiah menyembelih dan membunuh saudara Islam kita yang berfahaman Sunnah. untuk orang yang jahil macam aku, aku fikir kenapalah bashar yg Islam bunuh orang Islam lain, rakyatnya sendiri. rupanya ia syiah laknatullah!

jadi media kita hebahkan bahawa bashar al syaitan itu syiah. jadi kita diberitahu bahawa syiah itu musuh Sunnah, musuh Islam kerana mereka meyimpang dari Islam. Iran juga menyimpang sebab mereka adalah pendokong syiah terbesar. padahal sebelum ini, kita diberitakan dalam berita jam 8 malam bahawa khomeini itu contoh pemimpin Islam yang hebat kerena ia berani melawan amerika. bila ahmad ahmadinejad naik jadi presiden iran, kita di malaysia dihebohkan bahawa beruntungnya kita sebagai umat Islam adanya pemimpin yang zuhud, baik dan berani melawan amerika seperti ahmadinejad. bila ahmadinejad tak sambut salam pemimpin wanita yg bukan muhrim, kita siarkan hari2 ttg bagusnya beliau. tapi bila beliau peluk mak hugu chavez, tak de media semasa kita tunjukkan. jadi yang salah dan menyebabkan pengaruh syiah di malaysia, aku rasa jabatan agama dan media.

dalam doq mencari pengertian syiah, aku browse macam2. tengok youtube, baca artikel dan sebagainya. malah aku terkejut rupanya syiah dah kebal di malaysia ni. ye lah, dah ada pertubuhan sendiri. kalau dah fatwa haram dan sesat, pemimpin utama mereka pun dah menunjukkan diri, kenapa tak tangkap dan tarbiahkan mereka je macam yg dibuat kepada pemimpin al arqam ?

sambung lagi. nak dijadikan cerita, suatu hari semasa aku berbuka puasa di sunway hotel pada 19/7/13 aku terserempak dengan penganut syiah. ye lah dah berbuka sekadarnya, aku dan sahabat aku, saiful gi solat maghrib di bilik yg hotel khaskan. ada 2 bilik yg bersambung. ramai jemaah, biasalah bulan puasa, yang jahil pun terpaksarela solat. aku dan saiful masuk ke bilik solat pertama dan ambik wudhu'. kemudian aku cari ruang2 untuk solat sebab semua orang memang susah nak jadi imam, semua solat sendiri. memang bilik pertama tu hanya ada 3 orang termasuk aku, semua solat jauh2. saiful tiada, mungkin memerut atau solat di bilik kedua. lantaklah!

aku mula tu nak jadi makmum pada sorang brader depan aku, sebab brader satu lagi memang cari port dinding dan nak jd makmum mmg tak boleh. tapi aku rasa pelik dengan cara solatnya. kebetulan masa tu hamba Allah tadi sedang duduk antara dua sujud. aku pelik kenapa masa sujudnya, dia asyik gerakkan kaki ke dalam dan keluar beberapa kali sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

aku tak jadi berimamkan beliau. aku hanya berdiri dibelakangnya dan memerhati. ya, aku jahil, tapi akupun tak pernah tengok stail solat sebegitu dimana2. cara tangan tak macam syiah. ha.... bila sujud, duduk dua sujud dan tahyat akhir, nampak macam syiah mengikut sumber bacaan aku di internet. malahan di tempat sujudnya diletakkan sapu tangan dan dibawahnya ada sesuatu. takpe aku tengok je. maghrib masa tu panjang lagi dan ketika itu hanya ada aku dan hamba Allah itu je. brader solat sorang2 tupun dah keluar.

tiada bagi salam kiri dan kanan. dia hanya tepuk pahanya. tah la 2-3 kali aku tak pasti. berderau gak darah aku kalau inilah syiah yg Allah tunjukkan depan mata aku. doanya aku tak dengar, tapi dia doa pendek2 dan banyak kali. lepas tu diambil sapu tangan dan menciumnya. macm ada benda didalam sapu tangan. munkin itulah batu karbala. dia juga mencuim batu itu (dlm sapu tangan) dan turut meletakkannya di kedua2 mata.

akupun tak pasti kenapa aku tak ambik video syiah tu. adakah sebab aku terlalu asyik memerhati ataupun sebab henpon 3310 aku takde format video.

dihari lainnya, aku ceritakan kisah syiah tadi kepada saiful. dia terkejut. dia kata bilik pertama yg kami masuk itu sebenarnya penuh sangat orang, itu yang dia masuk bilik kedua. penuh? padahal aku dan saiful sama2 masuk bilik itu, hampir sama siap ambik air sembahyang, takkan bilik itu jadi bilik yang tiba2 ramai orang? pelik bin ajaib. atau saiful nampak jin Islam turut solat? atau Allah sengaja nak tunjukkan aku rupa orang syiah? hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.

opss..... dah panjang sangat ni. bab nikah mutaah belum cerita. aku sambung esoklah.













Sunday, July 21, 2013

Berusaha lebih baik daripada meminta-minta

Edisi : berusaha lebih baik daripada meminta-minta.
Dalam panas terik tghari tadi, terlihat sorang india cacat dan anaknya mnyelongkar sampah untuk mencari bahan kitar semula untuk di dijual. Aku berhentikan kereta & minta anakku memberi mereka rm20. Dengan hormat dia menolak dan berkata kalau rajin kerja satu hari boleh dapat rm10-50. Dia cakap " terima kasih abang. Saya masih sihat. Tak mau minta duit worang, mau makan musti kerija". 

Aku berlalu dengan perasaan hormat kepada 2 beranak itu.


Catatan :
Dipetik daripada facebook peribadi Izman Pauzi.

Monday, June 17, 2013

Selamat Hari Bapa - part 1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

semalam (16/6/13) adalah HARI BAPA. sebelum tarikh ini, hari bapa pada aku adalah sama dengan hari2 yang lain even aku dah 9 tahun bergelar bapa.

sambutan hari bapa bagi aku tahun ini sangat berlainan. selepas subuh, aku dengar cd ustaz azhar idrus, dan kemudian aku menyambung tidur. sedar2 aku dikejutkan oleh anak2 yang mengajar bersarapan. biasanya aku suka membeli sarapan berupa roti telur atau murtabak daging, tapi kali ini sarapan istimewa dari isteri tersayang. apam bakar dengan kelapa. mhh.... memang favourite aku sejak kecik. aku bersarapan dengan anak2 dan isteri.

lepas makan, aku cuma berlingkar melayan anak2. semalam sudah seharian berjalan membawa anak2 yang ingin membeli hadiah untuk aku. kami ke shah alam ke pusat ikan hiasan xiang leng. anak2 menyuruh aku memilih pam ikan memandangkan pam aku rosak 2 bulan lepas bila elektrik terputus (letrik putus ye, bukan kena potong letrik). kesian masa tu, habis ikan ikan aku bela bertahun2 mati. kebetulan masa tu aku balik kampung. rasa nak nangis tengok semua ikan dah timbul. nasib baik ikan di akuarium di dapur dan kolah diluar rumah tak mati sebab memang tak pakai oksigen. kura2 pun selamat. arnab pun selamat (heh... apa aku mengarut ni). aku memilih pam dan aku serahkan pada isteri dan anak2 utk pilih ikan emas. aku minta beli dalam gandaan 3. kenapa 3? biasalah melayu... 3 abdul, madu 3, tualang 3, jula juli bintang 3.

mm.... malas pulak nk cerita apa kami buat sepanjang hari, cukuplah sepanjang hari hingga malam, senak perut aku asik makan hidangan isteri tersayang.

bukan aku tak bersyukur apa yang isteri dan anak2 aku buat termasuk beli pelbagai hadiah dan buat kad ucapan, tapi sebenarnya dalam bergembira, ada duka dihati ini..

sebelum2 ini, boleh dibilang berapa kali aku pernah ucap selamat hari bapa kepada papa aku. ye lah, papa ada bila aku perlukan, papa yang suka call aku. semua aku ambil mudah. sekarang papa dah tiada lagi di dunia ini.

setelah anak2 tidur, aku berteleku di sejadah. menadah tangan pada Allah agar papa diberi kedudukan mulia disisiNya. dalam air mata yang berderai, aku bercerita kepada Allah betapa besarnya makna papa dalam hidup aku. betapa banyaknya jasa papa pada aku. betapa berharganya aku pada papa, dan begitu juga berharganya papa pada aku.

aku setuju, sebagai anak lelaki tertua (selepas kematian abang sulung aku), akulah yang menjadi harapan papa. semua ditimbun atas bahu aku, sehingga kadang2 aku rasa sangat rimas. masalah tentang adik beradik aku, aku menjadi mangsa leteran dan kemarahan papa.

kalau aku lama tak balik kampung, ada utusan beritahu papa marah aku tak balik kampung. bila aku balik kampung, tiba je di rumah, papa mencengil bertanya kenapa aku balik kampung. memang aku baran. baran yang diwarisi dari datuk aku yang juga guru silat, dan baran dari papa aku sendiri (heh... alasan). bila datang gila aku, hari yang sama juga aku balik semula ke klang. emak aku memujuk agar tak ambik hati, tapi jenis aku keras kepala, aku balik jugak. akibatnya berbulan juga hubungan aku dan papa renggang dan tidak bercakap. hanya emak aku menjadi penghubung dan tidak putus2 mengatakan bahawa papa sebenarnya rindu kat aku tapi cara digunakan sangat kasar. dalam keras kepala, aku juga balik kampung menjenguk papa. walaupun tidak bercakap, aku tidak pernah lupa menyalami papa setiap kali tiba di kampung. papa sekadar bersalam, tapi matanya terus di astro melayan bola sepaknya. aku peduli apa, sebagai anak, aku dah ambik peluang untuk menjenguk papa dan berbaik.

aku dan papa sama2 keras kepala. kalau aku menonton tivi, papa lebih suka di dapur. aku ke dapur makan, papa makan di beranda. mujurlah anak aku luqman hakim yang tidak terjebak dengan perang dingin ayah dan datuknya. bila papa aku menonton siaran langsung bola, luqman tanpa suruhan dan malu akan duduk disebelah papa aku dan bertanya pasukan mana lawan, berapa kosong, dan meminta berkongsi air nescafe kegemaran mereka berdua. papa melayan luqman dengan baik, berkongsi gelas nescafe dan berborak pasal bola. perang dingin dengan aku langsung tidak menjejaskan hubungan datuk dan cucu ini. berbanding aku yang keras kepala, aku akan duduk dibilik melayan internet atau berborak dengan makcik aku dirumah sebelah.

papa memang garang dengan aku. dari kecik aku memang takut dengan papa. papa akan libas aku dengan tali pinggang bila aku malas ke sekolah atau mengaji. malah aku pernah diikat dalam guni tepung kerana aku ponteng sekolah. pernah dirotan sampai berbirat kerana mandi sungai damak bersama kawan2 lain. itu masa kecik. masa menginjak remaja pun papa masih merotan aku jika aku tak dapat mengenal huruf2 al quran semasa mengaji. merotan aku bila lewat solat. dari kecik, jika papa batuk sebelah pagi aku akan segera bangun dan solat subuh sebab papa akan panggil hanya sekali. jika masih tidur, rotan atau air sebaldilah hukumannya. pernah setelah ada anak 3 dulupun, aku yang tidur bersebelah bilik papa, terus bangun mencapai tuala untuk mengambil air sembahyang dan solat subuh bila papa batuk. akibatnya isteri yang terkejut menegurku dan berkata waktu itu baru jam 2 pagi. dan papa batuk kerana papa tidak sihat.


bersambung.................................





Monday, June 10, 2013

Kebab @ Restoran FC (Shah Alam)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari isnin terutama hari pertama lepas cuti sekolah ni memang mood kebanyakan kita agak down. ye lah, sibuk dengan urusan anak2 dan urusan sendiri. so, aku mulakan dengan sesuatu yang mengiurkan air liur. kita makan dulu.....

kali ni aku nak cerita pasal makanan kesukaan aku iaitu KEBAB. heh.... semua makanan aku suka sebenarnya, terutama nasi lemak, roti canai, goreng pisang, chicken chop dan sebagainya.

kebab ni dah banyak aku cuba, pantang ada kata sedap aku mesti nak gi cuba. kebab yang kat restoran makanan segera tu tak payah la nak promote, memang aku rasa bukan selera tekak aku. aku suka yang sedap je. setakat ni, aku paling suka kebab kat RESTORAN F.C. di kompleks PKNS Shah Alam.

aku dengan restoran ni dah lama kenal. kenal restoran ye, bukan kenal tokey dia. ye lah, pekerjaan aku pertama dulu di seksyen 15 shah alam, aku selalu la makan kat sini. aku memang suka kebab dan chicken chop di restoran ni. hari ni aku cerita kebab je.

ni hah kaunter kebab di dalam restoran tu.


ni dia rupa kebab daging kesukaan aku. yang best ialah dagingnya yang banyak, masak sekata, dan ditambah dengan mayonis dan sos yang mmm..... yummy. memang berbaloi2 beli dan makan kebab ni. ada kebab ayam dan kebab daging. kebab ayam RM3.50, kebab daging Rm3.50 dan kebab campur (ayam/daging) RM4.00. kalau aku ke imigresen/kompleks PKNS, memang WAJIB aku beli even perut dah macam nak pecah kekenyangan. kalau aku pergi time kerja, kurang-kurang 5 biji aku beli untuk kawan2 sepejabat.



alamat restoran ni :-

CERIA SEAFOOD & CATERING
c/o RESTORAN FC
Lot G-60M, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55121937


.............................................................................................
Penafian :
Aku tidak ditaja atau disuruh untuk makan/promote mana2 restoran/kedai/produk. semua yang disiarkan atas perbelanjaan duit aku sendiri. cerita yang aku buat ini sekadar berkongsi cerita & rasa yang pada hemat dan mulut aku sangat berbaloi. sedap atau tidak sedap adalah berdasarkan citarasa aku sendiri dan ianya boleh jadi betul atau langsung tidak betul. jadi, kalau sangsi, sila pergi rasa sendiri.

Saturday, June 8, 2013

Dapur Lelaki : Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

di hari cuti ni, sambil2 nak memikir nak makan apa, apa salahnya cuba resepi senang gile ni. ini lebih sesuai untuk orang bujang yang nak makan sedap dan banyak tapi tak reti masak.

aku sendiri kalau nak makan sizzling sedap, aku gi makan kedai cina muslim, tapi kalau kemalasan melanda dan rasa nak masak makan bersama keluarga, aku masak sendiri je.

ok, kita mulakan dapur lelaki yang sempoi mempoi ni dengan resepi 'SIZZLING YEE MEE'. walaupun bahannya agak banyak, tapi ia still ringkas dan senang dimasak.

ini antara bahan utama yang diperlukan:-

1) 2 sanggul Yee Mee, 5 ulas bawang putih (dipotong nipis) & 2 biji cili kering (dipotong).


2) 10 biji cendawan shitake (yang telah direndam agar lembut) dan dipotong 4. cendawan shitake aku suka letak banyak2 sebab ianya sedap.

3) sayur sawi. dibasuh dan dipotong.

4) hirisan dada ayam yang dipotong nipis2. ikut suka hatilah nak banyak mana.

5) Bahan2 lain : 
sos tiram (2 sudu), kicap pekat (1 sudu), kicap cair (3 sudu), hirisan halia (1cm), minyak bijan (3 titik), garam (secubit), tepung jagung (1 sudu, bancuh dengan air), serbuk lada hitam, air (2 cawan) & minyak masak (untuk menumis).

Cara Membuatnya:
a) Panaskan minyak masak & tumiskan bawang putih, cili kering dan halia. biarkan sampai naik baunya dan jiran sebelah perasan anda sedang memasak.

b) masukkan hirisan daging ayam dan biarkan sampai daging ayam itu masak dan empuk.

c) masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. gaulkan. kalau anda suka kuah banyak, lebihkan air.

d) masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, garam dan serbuk lada hitam (aku guna aji shio). gaulkan dan biarkan sampai mendidih.

e) masukkan cendawan shitake dan sawi.

f) masukkan campuran tepung jagung (tepung jagung campur air) dan kacau. tepung jagung untuk memekatkan kuah.

g) letakkan minyak bijan. 2-3 titik cukup. kalau banyak nanti mee anda rasa semacam je.

h) masukkan yee mee, gaulkan. bila yee mee dah mesra dengan adunan, tutup api dan boleh dihidangkan.

i) kalau anda suka masam, perahkan nimau nipis.


taraaa.... dah siap pun sizzling yee mee aku. aku tak suka sangat kuah, so aku kurangkan air. yang penting aku suka rasa yee mee dengan cendawan shitake.

inilah dia sizzling yee mee kering kontang ala-ala chef fara quinn (aku suka tengok dia masak. tapi wife aku kata aku suka tengok orangnya. gile kau, sesak nafas aku nanti. ha.ha.ha...). bukan, ini bukan resepi chef fara quinn, ini resepi tah mana aku jumpa.

Wednesday, June 5, 2013

XPDC Kuala Gandah (Pahang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

sekarang masa cuti sekolah, so xtvt aku update berkisah masa cuti sekolah jugaklah.

aku mula bercuti dari 31/5/13 hingga 03/6/13. takde nak gi cuti mana2 pun sekadar cuti nak balik kampung ahli keluarga berkahwin. cadang balik awal nak tolong mana termampu sebab 01/6/13 tu ada 2 ahli keluarga terdekat yg berkahwin; satu di Kg Damak dan satu lagi di Kg Batu Balai.

apakan daya kerja sebagai kuli ni memaksa aku menangguhkan balik kampung sehingga lepas solat jumaat. ini kerana aku terpaksa datang sekejab ke kilang atas urusan kerja.

01/6/13 tu mmg aku kerja membantu di majlis kawin. so malas nak ceritalah.

02/6/13 - mengikuti konvoi pengantin perempuan ke majlis perkahwinan di pihak lelaki di Jengka 7, Pahang.

03/6/13 : hari aku balik semula ke port klang.

pada 3/6/13 tu awal2 pagi lagi aku dah gerak balik, tapi singgah di bandar jerantut sebab wife aku nak cabut gigi. wife aku asal nak buat rawatan gigi je mesti nak balik jerantut buat. nak kata harga murah tu, biasa2 je. kalau aku, aku gi klinik pergigian jerantut je, sbab akak aku kerja situ.

siap cabut gigi, anak2 dah buat muka toye. ye lah cuti balik kampung dengan aku sibuk dengan kenduri. di jerantut aku sempat beli kfc untuk berhenti makan dimana2. nak makan di kfc tu anak2 belum lapar.  kesian anak2 yang kebosanan, aku rahsiakan rancangan aku ke kuala gandah.

memasuki lebuhraya pantai timur melalui temerloh. sempat singgah jab beli kuih akok sebelum simpang tol temerloh yg disukai oleh wife. mmm... pada aku kuih akok situ takat biasa2 je. dari temerloh, aku masuk exit lanchang. anak2 bersorak gembira bila tengok signboard kuala gandah. mereka nampak pusat konservasi gajah dan deerland.

dari exit lanchang ke kuala gandah, aku rasa dalam 17-20 km. jalan memang jalan kampung dan asyik mengelak ayam, anjing, lembu dan kambing. nasib baik takde babi hutan. destinasi pertama kami ialah deerland.

ini antara gambar di Deerland, kuala gandah, lanchang pahang darul makmur.












 sedikit gambar di pusat konservasi gajah di kula gandah.




Thursday, May 30, 2013

Dapur Lelaki : AisKrim Goreng

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

TERIMA KASIH Pn. Khadijah Firdaus (www.neskopi.com) kerana follow blog ni.

sekarang ni memang musim panas. bukan tengahari je panas, memalam pun panas. so, aku ada resepi untuk menyejukkan badan. tapi cam biasalah, resepi dapur lelaki cam aku ni, memang tahap sempoi mempoi je la. bagi dah tau tu, baguslah. bagi yang jantan cam aku, senang je kalau nak cuba. terutama bapa2 yang saje nak menunjukkan kehebatan dengan skill memasak yang hebat depan anak2.

resepi aku sempoi je, AISKRIM GORENG. aku mula2 kenal dan makan aiskrim goreng ni dah berzaman dahulu, masa muda belia lagi. first time aku makan aiskrim goreng ni kat pantai batu buruk terengganu. masa tu punya la jakun tengok penjual tu goreng aiskrim dan serve kita tanpa cair.

dah lama2 rupanya senang je nak buat. aku sebelum2 ni kalau nak makan atau anak2 nak makan, aku pergi je restoren area bukit tinggi klang, memang ada jual aiskrim goreng. macam2 perisa. cuma harganya memang la agak mahal, dalam RM3-5 satu. kalau makan sorang, oklah. ini aku sendiri makan 3 ketul, anak2 lagi....... memang senyum lebar je la tokey kedai.

oklah, ini antara bahan2 dan langkah2 utk buat aiskrim goreng stail dapur lelaki:-

1) Pergi beli dulu bahan2 untuk buat aiskrim goreng iaitu Roti keping dan aiskrim. bahan2 lain yang diperlukan ialah scop aiskrim atau sudu untuk ceduk aiskrim, pinggan atau alas untuk letak roti dan plastik makanan (plastic foil).


( Nota : aku suka tukar jenis aiskrim tertakluk kepada pilihan anak2. tapi hanya roti gardenia pilihan hati. tak semestinya roti plain, roti serat hi fibre pun boleh jugak.)


 2. Skopkan aiskrim dan letakkan atas roti. jangan banyak sangat. tengah2 je dah cukup. kalau nak sedap lagi, taburkan kacang tumbuk, kismis, hirisan badam dan sebagainya. aku suka rasa 'plain' je sebab anak aku suka cam tu.

3. Ambik satu lagi roti dan letakkan atas roti pertama yang diisi aiskrim. kemudian tekap dan tekan dengan cawan/gelas plastik dengan kuat sehingga bercerai jasad dan badannya. maksud aku, sampai putus dan berlubang ditengahnya.

4. Inilah hasil dari tekapan menggunakan cawan plastik. pastikan tiada aiskrim terkeluar agar memasaknya dapat hasil yang menarik.

5. Gunakan plastik makanan untuk bungkus roti aiskrim tadi.

6) Inilah hasil pembungkusan roti aiskrim. dah bungkus tu cepat2 letak dalam peti sejuk (bahagian beku).

(Nota: kalau dah kebulur sangat atau anak2 dah menangis meraung nak makan aiskrim goreng tu, tak payah la nak bungkus dengan plastik makanan tu, cukup sekadar goreng terus. even rasanya tak hebat sangat, itu lebih baik dari dengar anak2 meraung).


7) Simpan dalam peti dalam 3-4 jam, atau setahun, tengok yang masa anda suka. opss.... terlebih sudah!. tujuan letak dalam peti supaya aiskrim dalam roti tu membeku dan tak terlalu cair dan meleleh keluar dari roti. dalam sains, aiskrim bersifat pepejal dan akan menjadi cecair akibat proses pemejalwapan dan keluar sebagai air melalui partikel2 roti yang tidak tumpat (woi... apa kau merepek ni setan!).


8) Goreng sekejab je, sekadar bagi nampak roti menjadi kekuningan. roti dan aiskrim tukan dah masak dan boleh dimakan terus. fungsu goreng nak bagi roti jadi garing. taraa..... inilah hasilnya.

(Nota : kalau aku, memang cam giliah aku hidang dan makan. tapi kalau campurtangan wife aku dan anak jantan aku, macam2 dihiaskan. hirisan strawberri, hirisan pisang, tabur kacang dan pelbagai lagi. heh... tak kuasa mak, nyah!).

9. Aiskrim goreng ni sedap dimakan panas2. rasa diluar agak2 panas dan didalamnya sangat sejuk memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan (belilah aiskrim goreng keluarga pakcik izman sekeluarga).


Nota Nasihat : 
kalau buat aiskrim roti ni memang akan ada banyak lebihan roti sebab kita cuma ambil roti yang ditengah2 je. aku memang tak suka membazir apatah lagi membuang lebihan roti dan kulit roti. kulit roti dan lebihan roti tu aku cicah dengan aiskrim yang aku cairkan atau pergi kedai mamak beli kuah hari RM2, cicah kuah je. memang sedap dan tidak membazir.


IZZI ADVERTISING :----------------------------------------------------------------------------

Kempen LIKE & Dapat HADIAH PERCUMA (27/5/13-26/6/13)

Syarat2:
1) Klik "LIKE" Faiza Shoppe. www.facebook.com/faizashoppe
2) pilih salah satu Hadiah :-
    (a) Detox Kaki (sepasang)
    (b) Slimming Patch
    (c) Shiseido Mask
    (d) Collagen Eye Mask
3) PM kami hadiah disukai, dan bagi alamat lengkap.
4) Ajak kawan2 LIKE faiza shoppe utk hadiah Rekomen/Ajakan Terbanyak (HADIAH MISTERI).
5) Hadiah akan diposkan dlm tempoh 2 minggu bersama2 Voucher Diskaun.


TIDAK PERLU SYARAT BELIAN, CUMA LIKE & PM.

Terima kasih

Wednesday, May 29, 2013

Chocolate Museum (Muzium Coklat) @ Kota Damansara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

cuti sekolah dah bermula. sape ada anak2 confirm tau yg hari2 anak merengek ajak bercuti. anak2 akupun sama, ye lah dah ajar mereka bercuti setiap kali ada kelapangan.

untuk cuti kali ni, memang aku sangat bizi. nak ambik cuti panjang memang tak dapat, so aku suruh anak2 sabar. ada kelapangan nanti, berjalanlah kita. kalau ikutkan, aku malas jugak nak bercuti time cuti sekolah sebab terlalu sendat. ye lah, kat malaysia ni yang selalu orang kerumun masa cuti termasuklah cameron highland, genting highland, port dickson, melaka, klcc (heh.... tumpuan bangla), dan pulau2.

kebetulan anak merengek nk berjalan, dan aku kebetulan ada hal nak pegi opis ada barang tertinggal, 25/5/13 aku buat plan bidan terjun. ajak semua anak2 sekali pergi lawatan ke opis aku. heh....  pernah aku bawa isteri dan anak2 pergi opis aku sebelum ni, dia kata "keciknya opis abang". 10 X 12 dikata kecik lagi. wife aku suka tengok drama melayu, biasalah drama melayu, pangkat pegawai je mesti bilik besar gile baban. mesti ada seksiteri yg cantik, ada sofa bagai. heh.... cerita melayu! wahai isteriku, abang ni kerani rendah je, dah ada opis ni dh cukup syukur, patut ada meja dan kerusi tepi tandas je. sekali orang masuk 20 sen.

dah bab opis, anak2 tak nak dah naik opis aku sebenarnya. so, kami ke Muzium Coklat (Chocolate Museum) di kota damansara. muzium coklat ni dengan opis aku dlm 200 meter je. so, dah selalu sangat pergi, anak2 takat makan coklat yg aku bawa balik je la. kali ni diorang dtg tengok muzium coklat. yey..yey!

bercakap pasal muzium coklat ni, kalau standard aku memang tak layak digelak muzium sebab terlalu kecil dan tak banyak info. sekadar perhiasan dan selingan untuk membeli coklat sebenarnya. kecik? ye memang kecik, kalau kentut kuat, satu muzium coklat tu beleh dengar dan bau. heh... sungguh tak sopan contoh yang diberi.

ini sedikit gambar di dalam muzium coklat.





ini antara produk coklat yang dibuat dikilang coklat ini yang boleh dimakan. jangan komen lebih2 pasal coklat dibawah ni, aku tangan karang!





ye..... ini kemuncak lawatan ke kilang coklat. masuk kedai coklat. macam2 ada. harga lebih murah dari dipasaran biasa. jangan la banding dengan langkawi atau lain2 duty free.

jom tengok2 coklat dalam kedai ni. semua branded obersee punye!







kami tak lama pun kat situ. dah jalan2 dan beli2, kamipun balik2 la. dah beli tu memang anak2 suruh cepat2 keluar sebab tak sabar nak makan coklat. alasannya takut coklat cair. masing2 ada pilihan coklat masing2. anak2 pilih sorang satu coklat. terkulat2 juga aku nak membayarnya. oklah, bukan selalu. isteri tidak memilih sebarang coklat walaupun aku memaksanya. biasalah.... isteri solehah. apa suami beli, itulah dimakannya. apa, isteri aku tak kuat makan? tolong sikit ye... aku walaupun sihat cenggini, aku kurang makan coklat ye, wife aku tu yg makan. dah sampai rumah, semua coklat dah abis. anak2 cakap "ummi yang makan". aku hanya senyum. asal isteri dan anak2 happy, ayah tumpang happy.

kalau anda juga nak buat lawatan atau shopping coklat macam aku, ini alamatnya. kalau rombongan sekolah atau keluarga dan perlukan tourist guide yg disediakan muzium coklat, pastikan korang call terlebih awal.

CHOCHOLATE SALES & SUPPLIES SDN BHD
(CHOCOLATE MUSEUM)
Lot 2, Jalan Teknologi 3/4
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-74914460   Fax: 03-61406314

Monday, May 20, 2013

Roti Benggali Di Kedai Roti Jamhur (Klang)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

since aku suka makan dan suka sharing (even ada tak suka), aku nak share kedai roti favourite aku. memang biasanya aku suka beli gardenia, tapi kalau ada kelapangan dihari cuti aku lebih suka membeli roti bantal/roti benggali kegemaran aku di bandar lama klang.

aku suka makan roti kosong cicah air teh. stail kampung la katakan. roti di psaran biasanya aku tak berapa gemar sebab ia kadang2 terlelu lembut dan rasa dia tak kick. nak kick, aku gi bandar klang dan beli roti benggali dan roti inti kelapa kegemaran aku tu di kilang roti lama. dah lama aku tau roti ni, masa aku bujangan lagi, dan ia kekal best sampai sekarang even bertukar generasi dan makin kurang diminati sebab terpaksa bersaing dengan sykt roti bertaraf dunia.


inilah kedai roti yg aku maksudkan. nampak klasik giler. dulu2 aku perlah la masuk dlm tgk apa dia buat, tapi bila pergi dengan anak2 yg moden ni, nak masuk pun diorang takut. heh.... budak2 bandar la katakan.


ini antara roti yg dijual. ada juga roti yg dibuat ditempat lain dan dijual disini. biasanya mmg takde orang jaga. kalau nak beli tu, panggil2 la ye.



inilah roti bantal atau roti benggali kegemaran aku. yang paling aku suka ialah kulit rotinya yang emmmmm..... memang sedap.



ini roti inti kelapa kegemaran aku. memang sedap rotinya, inti kelapanya penuh dan sedap. satu paket ada 6 bun, kadang2 tak sampai rumah dah abis makan dalam kereta. maklumlah nak dtg sini ke rumah aku dalam 25 minit jugaklah.


buat yang berminat, inilah alamatnya:

KEDAI ROTI JAMHUR
No. 41, Jalan Kota Raja
41000 Klang
Selangor Darul Ehsan