Friday, November 16, 2012

Nyawa itu Rahsia Allah

berjalan2 di blog kawan2, terserempak dgn kawan yg bercerita mengenai peristiwa bapanya meninggal dunia, dan betapa mereka mengasihi bapa mereka itu. ya... aku juga tak terkecuali dlm mengasihi papa aku, bezanya papa aku masih hidup dan masih boleh menunjukkan kasih sayang secara nyata.

aku setuju, even apa pun pekerja anak2, bapa hanya memandang mereka sebagai anak2. aku ada satu kisah.

beberapa minggu lepas, papa aku jatuh sakit dan dimasukkan ke wad. pun begitu kerana kesibukan kerja, hanya mak aku yg menjaganya dihospital. even, papa layak ditempatkan di hospital lebih baik dan di wad kelas satu, papa enggan. papa lebih suka di wad berhampiran rumah kami yg hanya ada wad kelas ketiga. pernah kami memaksa papa masuk ke wad kelas satu di temerloh, tapi berbakul marahnya papa pada aku dan adik beradik. kami fikir utk keselesaan, tapi papa lebih suka suasana yg dapat bergaul dengan orang ramai dan pesakit2 lain. kalau aku...... dah beberapa kali aku masud ke wad, aku tak pernah ke hospital kerajaan, dan aku memilih bilik yg ada privasi.

berbalik pd kisah papa. aku balik menjenguk papa dihospital 2 hari sebelum hari raya haji. even aku dan adik2 ingin menunggu di hospital dan menjaganya, papa enggan. mak aku juga yg dipilihnya. pun begitu, kami adik beradik tetap beradi di kwsn hospital hingga malam sebelum balik ke rumah.

selepas solat raya dan solat jumaat, kami ramai2 jenguk papa dan berhari raya. papa tampak suka sebab anak2 semua ada. bila malam, papa masih menyuruh emak menjaganya berbanding kami anak2. dalam jam 6 pagi hari raya kedua, emak aku telefon dengan suara yg sangat sayu dan cemas, meminta aku dan adik aku imran segera ke hospital, papa tenat. kami memecut laju. di wad, akak aku yg tinggal tak jauh dari wad dah sampai. papa nampak tenat. doktor memanggil kami dan memaklumkan bahawa papa sudah tiada harapan untuk hidup. hanya tunggu maut menjemput sahaja. doktor meminta waris menandatangai surat utk membolehkan prosedur kecemasan. aku serahkan pada kakak dan adik aku utk membuat keputusan. mereka jururawat terlath dan aku aku pula pembantu pegawai peruubatan (MA). aku dan emak disisi papa. kakak dan adik aku enggan membenarkan prosedur kecemasan, aku aku menyokongnya.

papa dah tiada respon pada panggilan kami. keadaannya sangat tenat, dan jururawat hanya menyuruh kami mengajar papa mengucap dua kalimah syahadah. malah atendan hospital dah mula mengedarkan surah Yasin kepada kami. apa lagi yg mampu aku katakan. suasana terlalu hiba, kami hanya mampu memegang jari jemari papa, sambil membaca yasin dan mengajarkan mengucap di telinganya. air mata tidak berhenti2 tumpah dari kelopak mata.

pun begitu, kami masih tidak memaklumkan kepada keluarga besar dan waris2 mengenainya. dalam pukul 8am, imam masjid di kampung aku datang menziarah. ustaz mat setelah berjumpa papa, merapati aku dan menyuruhku mengajarkan papa mengucap dan meminta memaklumkan keluarga supaya datang jika ingin melihat papa yg masih hidup. setelah berbincang, kami masing2 memaklumkan kepada keluarga besar. dalam 30 minit, suasana dah menjadi kelam kabut. masing2 datang menjenguk. doktor dan jururawat sudah membenarkan waris masuk tanpa had. masing2 dtg membaca yasin.

suasana luar wad agak riuh, disebalik kecemasan dan kesedihan, ada juga baiknya sebab dapat berjumpa saudara mara yg dh lama tak bersua. aku dan adik2 aku tidak tega meninggalkan papa even ramai saudara mara di tepi katil. suara papa yg tersekat langsung tiada berbunyi dan mata yg terbeliak membuatkan kami insaf, mungkin inilah sakitnya sakaratul maut. tanpa jemu kami mengajarkan papa mengucap. tidak jelas bahasanya, cuma kedengaran "Allah, Allah....".

dlm keramaian yg datang, macam2 berita yg ada. ramai yg tidak membantu menenangkan kami yg kesedihan dan kecemasan. yg ini beritahu " hidung dah jatuh tu, 2-3 jam lagi dah takde la tu". "dah terasa malaikat ada kat sini ni". argh...!

makan minum dh tak dipedulikan. pujukan kakak aku utk menjamah makanan akhirnya aku turuti. makan sedar alas perut. dari jam 5am hingga 7pm, papa tiada tanda kebah. dalam jam 730pm, hanya aku, emak aku dan seorang sepupu aku iaitu jururawat didalam wad. orang lain kena keluar sebab takut mengganggu pesakit lain. aku memeohon utk solat sementara mereka membaca yasin.

selesai solat, emak menelefonku meminta membelikan tuala utk mengelap tubuh papa. aku dan aku aku imran ke bandar yg jaraknya 5 minit. sampai je di parking hospital, aku aku hisyam menelefon memberitahu papa ingin makan bubur marrybrown dan milo ais. dlm terkejut aku memarahi hisyam, sangkaan aku dia bergurau. hisyam menyuakan telefon pada papa dan aku benar2 gembira yg papa dah kebah. cepat2 aku ke bandar semula membeli yg diminta.

gembiranya hati bila papa makan bubur dan minum milo ais. malam itu kami 3 beradik lelaki menjaga papa. memandangkan hanya 2 org boleh ada di katil, kami gilir2 jaga.

dalam menjaga papa, papa suruh kami duduk didepannya. kami akur. papa menasihati aku agar menjaga keluarga sebab aku anak lelaki plg tua, kami disuruh jangan membeza2kan anak ibu pertama dan kedua jika papa dah  tiada, papa suruh kami bantu menbantu sesama adik beradik dan jangan putuskan hubungan keluarga dengan keluarga2 besar.

alhamdulillah, dapat juga aku jaga papa selama 2 malam di hospital. teringin menambah cuti tapi papa membantah. papa dah ok katanya, lagipun anak2 kena bersekolah.

aku bersyukur kepada Allah yg masih memberi kami sekeluarga peluang untuk bersama2 papa.

Monday, November 12, 2012

Part Mana Suka Kat Saya ?

cuti sekolah dah mula, anak2 dah mula bertanya nk bercuti dimana. mmmm.... biasalah, kalau nk manjakan anak2 bercuti, kalau cuti mesti diorang mintak. masalahnya ayah mereka yg bz manjang.

bercakap pasal cuti, isteri ada bcakap yg anak aku si luqman sedih sebab cuti panjang. bukan pasal x dapat studi, tapi tak dapat jumpa 'makwe' sekelasnya. aik.... apa nak jadi, baru darjah 2 la luqman. bersunat pun belum.

bercakap pasal pakwe makwe, aku ada satu cerita.

biasalah bercinta masa sekolah. kalau bercinta masa di rumah orang2 tua dah lain feelnya. even begitu, secara jujur aku pun x suka kalau anak2 aku bcinta masa sekolah sebab rata2 tak kemana. pun begitu ada juga 2-3 kawan yg bercinta masa sekolah dan selepas berjaya dapat 'ijazah', mereka kekal dengan 'azizah' mereka itu. cuma dalam kes aku, aku x bernasib baik, semua makwe aku tinggalkan aku (tolong percaya).

berbalik pada kes cinta monyet masa sekolah dulu. dalam berpasangan, makwe tentu tanya soalan sama setiap kali dating. ye lah, zaman aku dulu bukan ada kfc, mc d, shopping complex nak lepak lama sambil makan ayam goreng atau fries. sekadar lepak kat perpustakaan awam, pusing2 kedai, atau sekadar lepak tepi taman bunga.

yang dapat aku ingat, makwe suka sangat tanya soalan yang aku sendiri payah nak jawap, tapi kalau x jawab, menyebabkan muncung si makwe macam sudu itik dan boleh diikat.

soalan ape?

ye la.... dalam asyik masyuk bercinta, makwe tentu nak tau kenapa kita sukakan dia. ala pompuan, nak kita puji dia la tu.  mukaddimahnya mudah. puak2 pompuan ni cerdik, mereka biasanya memulakan bicara.

makwe : izz, izz tau tak kenapa riena (bukan nama sebenar) sukakan izz?
pakwe : entahlah.... kenapa ye?
makwe : tekalah...tekalah...
pakwe : izz hensem?
makwe : emm.... tak. teka lagi...
pakwe : beriman?
makwe : beriman apanya, asyik nak pegang tangan orang je.
pakwe : la... bukan riena yg pegang tangan izz dulu ke?
makwe : jahatla izz (sambil menumbuk2 manja).
pakwe : entahlah....izz ngaku kalah. kenapa ye?
makwe : sebab izz penyayang, caring, setia...
pakwe : oo.....
makwe : ok, ok ..... nak tanya lagi. part mana izz suka kat riena?
pakwe : mm..... kalau riena jawab dulu. riena suka part mana pada izz?
makwe : riena suka lesung pipit izz, manis sangat.
pakwe : lagi (melayan...)
makwe : mata izz.
pekwe : mata?
makwe : mata izz cantik, warna coklat.
pakwe : lagi......
makwe : dah la tu, izz jawab pulak. part mana izz suka kat riena?
pakwe : semua2 izz suka.
makwe : tak nak la jawab mcm tu, kena jawab satu atau dua je.
pakwe : kang kalau izz cakap riena marah.
makwe : riena x marah punya.
pakwe : sumpah?
makwe : sumpah!sekarang cakap.
pakwe : er.... dada.
makwe : (terkedu).......
pakwe : (bukan salah aku, dia yg nk tau. aku jawab ikhlas).

nota : jangan ambil serius entry ni, sekadar ambik mood menulis setelah lama menyepi. he.he...... dan jangan panggil aku izz, aku tak mengaku kawan nanti. GELI.


IKLAN ---------------------------------------------------


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460930723942426&set=pb.460188577349974.-2207520000.1355706346&type=3&theater

Saturday, August 4, 2012

Anak-anak & Lagu


  • Bagus sangat bulan puasa ni sebab banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga. ye lah, kalau bulan2 lain, dengan keluarga memang ada, tapi banyak xtvt luar dengan kawan dan sebagainya. macam aku; hari kerja kadang2 kena balik lewat kejar deathline, malam2 ada kawan ajak minum, cuti2 ada kawan ajak gi tgk lelong kereta, aku sendiri rajin hunting antik dan matawang lama, mengurus arnab, business dan sebagainya.
  • bila puasa; deathline ke apaline ke, balik ontime sebab nak bawa anak gi pasar ramadhan. lepas berbuka terus ke masjid, balik dah agak lewat memang tak keluar minum dah, layan anak2 je. cuti pun begitu, axtvt banyak bersama anak2 (termasuk wife la..).
  • layan anak2 ni nak tak nak banyak berkisar tentang apa mereka suka. dan yang biasa ialah melayan mereka menyanyi. bukan karaoke, aku tak pernah bawa anak2 ke karaoke, dan akupun memang tak reti nyanyi. nak kata sumbang mambang tu takde lah sangat, tapi memang lebih sedaplah dari itik serati.
  • teringat baru2 ni layan anak2 menyanyi. anak2 bagi nama suatu benda, dan aku kena nyanyi berdasarkan benda yang diberikan oleh anak2. tak faham? apa la benak sangat ni. contohlah anak aku sebut 'ikan', so aku kena nyanyi apa2 lagu yang didalam lagu tu ada perkataan 'ikan'.
  • anak : ITIK. ayah : "anak ITIK tokwi mandi dlm kolam, sakit apa tokwi, sakit sendi tulang........."
  • anak : AYAM. ayah : "AYAM, bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam bandar........."
  • anak : BURUNG. ayah : "BURUNG kakaktua, hinggap dijendela, datuk sudah tua, gigi tinggal dua".
  • anak : KERETA. ayah : "ayahku pulang dari kota, ayahku belikan KERETA, kereta kecil warna merah, boleh ku bawa ke sekolah".
  • anak : IKAN. ayah : "IKAN kekek, mak iloi2, ikan gelama, mak ilai2. dapat menantu cantiknya amboi, tapi ketawa mengilai-ngilai",
  • anak : PEN. ayah : "PEN merah, pen biru, you marah, I love you".
  • anak : KAMBING. ayah: "manalah mana, anak KAMBING saya, anak kambing saya dibawah pokok jambu, manalah mana cinta hati saya, cinta hati saya yang pakai baju biru".
  • anak : HUJAN. ayah: "HUJAN rintik2, tumbuh daun lalang, pika & mira sangat cantik, ayah sangat sayang".
  • anak: GAJAH. ayah : "apabila bunga kembang berseri, seekor GAJAH keluar menari, lenggok ke kanan, lenggok ke kiri, jemput lagi seekor gajah keluar menari".
  • anak : RAMA-RAMA. ayah : "seumpama rama-rama, terbang bebas diudara tanpa ada duka nestapa, rama-rama....."
  • anak : ITIK. ayah: berapa banyak itik da..... "ITIK gembo2, jalan kedek2 bilo tempo, jalan seiringan muko come lote, peel biar molek".
  • anak : IBU. ayah : "IBU misali, ibu sejati, tunggak pada keluarga bahagia. engkaulah pembimbing, pendidik pengasuh.........".
  • anak : UMMI. ayah : "UMMI, ya Allah, ummi, ummi........".
  • anak : AYAH. ayah: "AYAHku kawin lagi, dengan anak dara jelita...."
  • ummi : nyanyi2 lagu tu, ada hati nak kawin lagi satuke? (sambil bangun dokong anak dan masuk bilik).
  • ayah : tu laa suruh ayah nyanyi lagi, dah ummi marah (nampak gaya kena puasa siang dan malam la aku).

Monday, July 30, 2012

Imam Zuhud atau Jemaah Jahil?


  • alhamdulillah, setakat ini Allah masih mengurniakan kesempatan masa dan kesihatan untuk aku berpuasa dan bertarawih di masjid. bukan nak riak tunjuk kat satu donia bahawa aku ke masjid dan bertarawih, tapi sekadar berkongsi cerita mengenai peristiwa di masjid yg membuat aku sedikit ralat.
  • sebenarnya dah 3 malam berturut2, golongan muda yang tidak berjubah dan berserban ditarbiah secara terbuka (diserang?) oleh imam masjid berkenaan. adegan teguran terbuka ini dibuat oleh imam selepas solat isyak. imam ke depan dan memberi sedikit tazkirah dalam 10-15 minit. 
  • dalam tazkirahnya 3 malam yg lepas, imam menegur secara agak keras mengenai para jemaah yg tidak memakai jubah dan serban. emmm.... yg pakai baju melayu pun kena! aku setuju bahawa memakai jubah dan serban itu sunnah Nabi, dan alangkah baiknya jika dipakai untuk beribadat dan berjemaah. tapi, janganlah terlalu rigid wahai pak imam. 
  • malam seterusnya, masih ada yg masih tidak berjubah dan berserban. pak imam sekali lagi bertazkirah. imam memberi pelbagai contoh. pada sesetengah orang, ia biasa. tapi bagi yg terkena, ia agak keras. kebetulan malam tersebut aku juga memakai t'shirt. aku terasa jugak tapi aku ambil positif. aku lihat anak2 muda yg dah kelat hari sebelumnya kelihatan lebih keruh mukanya. ye lah, bila ditegur, jemaah2 lain mula memerhatikan mereka. 
  • sekali lagi aku setuju dengan teguran. tapi perlukah keras teguran itu. aku yakin anak2 muda, even aku yg tak berana nak muda ini setuju dengan teguran tapi biarlah berpada. aku lebih kurang mereka yang lain ingin ke masjid bertarawih berjemaah even kami tahu terawih tu tak wajib pun. kami datang, dan aku yakin even sejahat manapun mereka, kalau bab nak sembah Allah, di Rumah Allah, mereka akan tutup aurat, berpakaian bersih dan dalam keadaan suci dan berwuduk. itu perkara basic. 
  • tapi yang tak tahan, bila hari ketiga, pak imam yg sama itu masih bertazkirah tajuk yang sama. tentang jubah dan serban. kali ini lagi panjang dan lagi keras. sebelum tu dah dapat lihat bahawa orang muda yang hati kecil dah tak kelihatan lagi. aku takut malam ini dan malam2 selepasnya langsung tak kelihatan. 
  • mungkin pada pak imam, kehadiran golongan muda yang tak berjubah dan berserban ini tidak bermakna apa2. mungkin ketidakhadiran mereka juga tidak menjejaskan majlis. ye lah, golongan muda tidak berjubah dan berserban ini mungkin bukan perhafaz Quran, mungkin bukan orang alim, mungkin tiada kerja, mungkin solat tonggang langgang dan sebagainya. tapi aku suka melihat orang2 muda ini datang memeriahkan majlis. aku yakin mereka dah ada sedikit sinar iman dengan datang berjemaah dimasjid. aku yakin datang sukarela, emmmm.... takkan dah besar nak kena rotan baru nak datang masjid. tapi kehadiran mereka tidak dialu2kan, malah dicerca. aku yakin sinar iman yg sedikit itu akan layu dan mereka akan menjauhi masjid. 
  • ya, lagi2 aku sokong bahwa pak imam memang tinggi agama, even bila ceramah  lepas isyak beberapa hari sebelum tu, penceramah tanya ketiga2 imam masjid tu cara nak keluar saf bila batal solat, semua imam tak tau jawab. alasan, tak pernah terjadi. opss.... terover pulak. 
  • malam ini aku yakin lagi ramai orang muda yg tiada jubah dan serban dah tidak lagi datang berjemaah. emm... aku cam biasalah, kejab dengan baju melayu, kejab dengan t'shirt.... aku nak solat, so what! baju aku bersih, baju aku sopan. dan ikhlas aku memang takde jubah dan serban. adakah dengan tiada jubah dan serban aku dinafikan hak solat tarawih berjemaah?
  • malam ni kalau teguran lagi keras, may be aku pun akan ke masjid lain yang lebih mesra jemaah. tak guna kalau nak solat kena perli. hatipun tak tenteram nak solat kalau hari2 kena tiaw je. 
  • aku bukan nak kutuk pak imam, aku sekadar nak luahkan rasa terbuku dihati tentang cara orang2 masjid nak mengajak orang ke masjid. ini orang dah datang, macam nak halau pula. kalau nak berdakwah, berdakwahlah dengan hikmah. sunnah kalau dapat diikuti sangat baik, tapi kalau boleh biarlah lepas yang fardhu dulu. 
  • dalam kes ini, aku rasa ada dua kemungkinan je iaitu sama ada imam itu terlalu zuhud (atau jumud?) atau jemaah terlalu jahil. 

Thursday, July 19, 2012

Car Badge Sakti

dalam menjadi pemandu di malaysia ni, mau tak mau kita akan lihat satu layanan yang istimewa kepada pemilik kenderaan tertentu. takyah nak bandingkan dengan kereta pihak istana, menteri2, atau tokoh politik dan perniagaan tersohor, aku bercakap dalam konteks orang2 lebih kurang aku. pangkat tak seberapa. kalau kita perhatikan ada dikalangan kawan2 kita yg dikeretanya mempunyai plat besi kecil (car badge) yang berlainan. kalau takat lambang negeri tu tak yah nak sembang kemas la. pun begitu aku yakin ramai yg tak penah tengok macam mana rupa car badge yg biasa dipakai oleh oleh2 bergelar tan sri/ datuk2 ni. ok, kita cerita car badge yg bukan dianugerahkan oleh istana atau yang dipertua negeri, tapi masih diberi penghormatan yang berlebihan oleh penguatkuasa undang2 dijalanraya. ok, aku dh tgk mcm2 car badge yg dianugerahkan oleh pelbagai persatuan dan pertubuhan termasuk pertubuhan penguatkuasa (emmm... tak perlulah aku sebut polis, bomba, tentera, jpj, kastam, sprm, atau sebagainya. cukuplah aku sebut penguatkuasa. korang carilah sendiri pertubuhan mana). pertubuhan ni boleh jadi pertubuhan penguatkuasa yg masih aktif berkhidmat, dan paling ketara pertubuhan penguatkuasa yg dah pencen. aku mengaku bahawa mereka perlukan dana untuk membantu menjaga kebajikan ahli, atau ahli pencen. tapi yg silapnya car badge tersebut menjadi terlalu sakti. pemilik kenderaan dengan car badge sakti tersebut tanpa takut akan melalui sekatan jalan raya dengan cermin gelap, tak perlu pakai tali pinggang dan sebagainya. nampak je car badge atau kadang2 turut diberi dalam bentuk car sticker yg ditampal pada cermin depan kereta, pihak penguatkuasa bukan sekadar tutup sebelah mata, tapi menutup seluruh mata dan melepaskan kenderaan terbabit. kalau jenis penguatkuasa yang ragu2, mereka akan meminta kad kuasa memiliki dan mempamerkan car badge tersebut. itupun meminta dalam keadaan hormat dan takut2. jangan tak tau bahawa, car badge kelas kedua ini (selepas card badge istana/ yg dipertua negeri) ini turut didatangkan dengan kad kuasa sebesar saiz A4. siap ada gambar pemilik kenderaan yg dianugerahkan car badge tersebut. katanya pertubuhan itu telah diberi kuasa oleh perundangan untuk menganugerahkan car badge kepada individu2 yang berjasa kepada pertubuhan terbabit. ya.... dah jadi business pulak. pertubuhan akan minta derma korporat, dengan serendah rm1000 derma, dapat car badge terbabit. aku sendiri di jabatan HR banyak kali dioffer, tapi aku tak minat. pertama sebab aku pakai kereta biasa2, kedua sebab tiada keperluan untuk itu. aku bukan kaki disko yg balik mabuk2 atau bawa betina sundal dalam kereta yg kalau lalu malam minggu, penguatkuasa takkan check. dalam kerjaya akupun banyak aku menderma duit syarikat, ye lah bidang2 derma2 ni kan bawah kuasa jabatan HR. sape pun yg di approach even director aku sekalipun, menda tu akan dibawa kepada aku untuk penilaian dan kelulusan. kadang2 aku bagi banyak, kadang2 sikit, kadang2 langsung tak bagi. tengok keperluan dan kewangan. kalau semua derma nak bagi, duit syarikat bagi semua je lah kat charity. bayangkan setiap hari ada je borang2 derma. persatuan macam2 dari persatuan penguatkuasa, gomen, kesatuan2, rumah anak2 yatim, dan even kepada persatuan yang dengar nama dah rasa nak tergelak. banyak juga stiker dan car badge dioffer sbg habuan derma selain offer makan bersama vip dan keistimewaan lain. aku tak ambik. biasanya aku suakan kat bos2 aku. diorang pun tak minat. keluarga boss aku antara keluarga ahli perniagaan di malaysia, tak hingin nya dia pakai menda2 tu. biasanya dia tolak je kat aku, dan aku akan masukkan dalam stor je (kadang2 aku buang je). pernah sekali aku dapat car badge /stiker "AHLI KEHORMAT VVIP", aku tak nak, aku suakan kat boss aku, pastu dia suruh aku ambik kalau nak. aku tak nak, pastu campak je dalam bakul sampah. dia kata, menda2 macam tu akan bawa kita kepada sikap untuk mengatasi undang2. ya.... aku setuju. tapi ada jugak la sikap bila terperangkap dalam road block yg check satu2 kereta macam kita ni penyamun, rasanya elok ada car badge tu. tengok car badge tu je macam nak terkencing dalam seluar je penguatkuasa. ye lah, mereka yg dijalan2 tu biasanya pangkat biasa2 je. tengok kereta pakai car badge pertubuhan mereka yg ada "ahli kehormat vvip", tentulah mereka risau. pada mereka may be kita ni tokoh2 tertentu yg ada duit dan kenal dengan bos2 mereka. apa2pun. aku menyeru kepada korporat atau sesiapa jua untuk membantu pertubuhan2 ini untuk mencari duit tabung untuk kebajikan ahli dan keluarga. dapat car badge tu ambik je lah kalau nak sangat, tapi janganlah sampai ingat malaysia ni takde undang2. kepada penguatkuasa pula, layanlah kami sama rata even kami ni takde car badge sakti tersebut.

Thursday, June 14, 2012

Argh..... Payahnya nak bermula semula.....

dah beberapa bulan aku tak update blog. actually selepas kena serangan retina migrain hari tu, aku dah matikan line broadband maxis tahap kambing aku tu. tivi pun sekadar tengok yg terpilh je. biasanya aku layan pickers, pawn star dan cerita penyiasatan spt csi dan cerita2 berbentuk guaman. heh... dulu aku nak jadi peguam, nak ambik law, tapi keluarga bantah. life aku so far biasa2 je. yg nyata kualiti of life dah improved. heh... kesihatan da.... aku tak tau nak mengarut dari mana, so pendek je la kali ni. just introduction sebelum start blogging panjang lebar balik.

Saturday, April 7, 2012

Retina Migrain

Alhamdulillah, rasanya aku dah ok dari serangan retina migrain yg berlaku jumaat 2 miggu lepas.

oklah, aku ceritakan kisahnya.

jumaat 30/3/12, dalam jam 5pm sedang aku asyik bekerja menggunakan komputer, tiba2 pandangan aku jadi kabur. tulisan di kumputer jadi macam pecah2. aku stop sekejab dan tengok ke arah lain, pandangan juga pecah2. ia datang sekejab2 tapi menakutkan. yelah, takut juga mati.

ia berlaku sangat pantas, beberapa saat je, ila pandangan pulih, rasa kepala macam panas. rasa cam nak pengsan pun ada. aku minta staff aku ambik optex dan titik dalam mata. yang titik dalam mata tu aku sendiri la, takkan suruh staff aku pulak. sama, pandangan masih tak berapa bagus. aku keluar dari office dan berjalan2 area depan kilang. ambik angin. biasalah, asal aku nak rehatkan diri ade je nak kacau, orang ni tanya itu, orang ni nak sign borang ini. aku cuma suruh diorang jangan kacau aku.

then aku call klinik panel, huh.... doktor bertukar shift. doktor seterusnya akan masuk dlm masa 1 jam lagi, dan lagi aku tak nak sebab doktor favourite aku takde. aku just ambik 2 biji actifast dan berehat seketika. then aku balik rumah awal. err... awal 5 minit.

baru nk rehat, kereta jiran sebelah rumah bateri kong. husband dia kerja jauh, wife dia tu nak ambik anak dari sekolah. riuh bunyi kat luar ada jiran2 lain turut membantu. aku gagahkan diri keluar dan melihat2 apa yg patut. since kerosakan diluar pengetahuan aku dan jiran2 yg membantu, aku tolong berikan nombor telefon workshop terdekat. itulah bagus orang HR, semua nombor telefon dia nak simpan.

then, berehat sekejab, lelapkan mata. lepas solat maghrib, aku ke rumah urut terdekat. dlm taman aku jugak. bukan amoi, jantan cam aku jugak. aku ni jenis kampung banyak, bila tak sihat lebih suka berurut dari jumpa doktor. ini kali pertama aku berurut dengan brader ni even dia dah buka rumah urut tu dekat 3 tahun. aku suka berurut di kg melayu subang. dah berurut, dicadangkan bekam, aku berbekamlah. tu pun 2 cup je. takut gak sebab dia pakai pisau toreh. sebelum ni aku pernah berbekam sekali, tapi orang tu pakai jarum.

keesokkan harinya(sabtu) aku ke klinik panel. doktor beritahu tiada tanda2 sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. cuma, doktor nasihatkan aku ke pakar mata. tersirat doktor risau aku ada ketumbuhan dalam kepala. aku jadi tersangat la takut. since sabtu, pakar mata yg dicadangkan semua khas untuk appointment sahaja.

2-3 hari tu aku jadi tak keruan. kalau makan setakat sepinggan je. hari isnin, pagi2 aku dah call pakar mata yg dicadangangkan. full booked, hanya boleh jumpa doktor 9/4/12. beberapa pakar mata yg disebeut oleh kwan2 dan dalam senarai klinik mata yg ada dalam senarai HR aku call, semuanya fully booked. heh... lagi la aku tak keruan. mata aku lagi stress, siap bergerak2 lagi. aku ke klinik panel dan dpt mc 2 hari. pun begitu aku masih bekerja sebab kerja menimbun. lepas lunch, aku tekad nak ke pakar mata choong di bukit tinggi klang even pembantu disana menyatakan bahawa fully booked dan kalau walk in may be kena tunggu sampai 4-5 jam. aku nekad.

aku park kereta area giant, err.... sebab dekat dan free. pastu daftar. pembantu beritahu suruh tunggu sebab kadang2 ada orang yg buat appointment lewat atau batalkan appointment. tapi diberitahu suruh tunggu dalam 1-2 jam la. aku redha.

alhamdulillah, tak sampai 10 minit nama aku dipanggil untuk pemeriksaan mata. oh.... bukan doktor mata, tapi untuk check mata biasa je. macam2 peralatan canggih digunakan. macam tikus makmal pulak aku. kemudian aku disuruh tunggu. dan alhamdulillah, tak sampai 5 minit menunggu, da orang dtg lewat, aku boleh jumpa doktor. dr choong, begitu peramah. membaca laporan mata aku dan kemudian mengambil gambar mata dan urat2. berpuluh2 gambar diambil. kemudian ditunjukkan gambar2 tersebut dan analisisnya.

sambil2 itu doktor mendedahkan bahawa sakit aku sebenarnya mungkin berpunca dari tidur yang kurang dan tidak tetap, stress, pendedahan kepada komputer/tv dan minum kopi/nescafe yg kuat. gejala mata itu dipanggil retina migrain. aku bersetuju bahawa aku memang terlibat dalam menyebabkan punca2 itu. ye aku tidur lewat, astro 24 jam... so dengan tivi je selalu. aku selalu online lewat malam sampai pagi kadang2. nak online awal line maxis broadband tahap kambing. then aku addicted to korean movie, selalu layan movie dari laptop. kalau takde kerja lagi aku main games ipad. ye aku stress juga sebab nak buka gerai untuk isteri aku macam2 nak buat. lagi stress syarikat aku nak kena pindah di kota damansara. aku tengah fikir nak pergi ke tidak. tawaran memang bagus, tapi aku rasa nak muntah la kalau jem hari2. kopi dan nescafe? terkejut beruk doktor tu bila aku cakap memang aku addicted tu coffee. setiap hari memang aku akan minum kopi/nescafe/mocca/latte dan sebagainya. minumum 2 cawan, kadang2 6 cawan.

terkejut aku bahawa doktor agitau tiada sakit kronik, tak perlu buat ct scan seperti aku takut2kan. malah tiada suntikan atau ubat pun. hanya nasihat. nasihat2 tu aku akan ikut. yang paling payah hanyalah jangan ambik kopi sekurang2nya 2 minggu.

alhamdulillah, mata aku pulih. dan sekarang aku dah kurangkan tengok tivi/internet/movie, aku tidur seawal 10 malam (kadang2 11pm), banyakkan masa dengan anak2 dan haiwan2 peliharaan seperti arnab, ikan dan kura2, berkebun. aku malas nak stress pasal kerja kena pindah, aku rasa nak apply kerja lain lebih dekat. aku malas nak stress pasal kedai wife aku, aku buat sikit2, 14/4/12 opening. aku terima nasihat kawan2 utk bukak kecil2 dulu. even kecil2 dah lebih rm7000 habis. wife tak nak bagi aku cari pembantu kedai (jeles aku nak cari perempuan muda), dia suruh buka sabtu dan ahad je dulu. sewa murah dan masih buleh ddicover dengan jualan sebab dah lebih 8 bulan kami buat dari rumah. kedai tu just nak majukan lagi. stok jugak masih tak berani simpan banyak dikedai sebab wujudnya ancaman tikus (harap2 dijauhkan). pelanggan2 setia dah ada, dan ia lebih kepada dari mulut ke mulut. siapa yang tak nak lampin pakai buang murah. cuma aku tak buat online sebab margin untung aku kecik sangat.

doktor choong juga suruh aku bercuti. emm.... aku tgh plan nak gi danau toba. akupun tak pernah pergi indonesia. halangan sekarang adalah masa.

Wednesday, February 29, 2012

Dah 4 Tahun Aku Berblog

Sedar tak sedar, dah 4 tahun rupanya aku berblog. bermula dengan posting pertama pada 14/2/2008, aku berblog sampai sekarang.

hasil dari berblog ini macam2 menda aku dah dapat. duit hasil iklan tu adalah sikit2 (bukan merendah diri, tapi memang sikit). sesekali aku tengok kawan2 yang publishkan cek iklan spt nuffnang, advertlet dan sebagainya, terasa hebat sangat mereka. sesekali nak jugak publish cek yg aku dapat, tapi takut kena gelak sampai terkencing pulak. apa2pun, duit tu bukan tujuan utama sekarang, tujuan utama aku berblog adalah untuk BERKONGSI CERITA & RASA.

hmmm.... blog aku ni memang cacamerba, macam2 ada. dari cerita peribadi, keluarga, anak2, makanan, melancong, politik, jenaka, hobi, isu semasa, kerja dan sebagainya. kalau diminta kategorikan, akupun tak tau. berbanding blogger hebat lain yg ada kategori tertentu, biarlah aku cacamerba. aku tulis apa yg aku suka tulis.

dalam merayakan sambutan ke 4 aku mengarut di blog ni (14/2/2008 - 13/2/2012), takde menda hebat aku nak kongsi. statistik blog akupun biasa2 je. pengunjung harian dalam 100 - 300 je. terdapat 226 orang yg sudi jadi follower aku, itupun selepas aku follow mereka. dalam seramai itu yg datang, terdapat 51 sahabat yang sudi mengikuti aku secara tetap dengan menjadi readers. maksudnya, kalau aku update je entry, mereka akan dapat posting tu dalam email mereka; TERIMA KASIH.

dalam berblog ni macam2 watak aku mainkan; ayah yang baik, suami yang budiman, pakwe baik yg ditinggal kekasih, staff HR yang baik hati dan segala yg baik2 (apsal aku rasa nak terjun dari bangunan bila baca ni?). watak2 jahat, nakal, garang, bengis, playboy dan sebagainya adalah rekaan semata2. aku saje nak pelbagaikan watak sebagai satu cara mengembangkan bakat menulis sebelum aku menulis novel bila pencen nanti.

apa2pun, kepada sahabat2 yang sudi datang dan membaca blog picisan aku ni, aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH. kalau ada sesuatu yang bagus untuk dikongsi dan dijadikan panduan, ambiklah. jika posting tu keterlaluan, tegurlah. aku juga manusia biasa, ada masa emosi mengawal pertimbangan otak.

kepada sahabat yang membaca dan mengikuti blog ni, jangan ada apa2 persepsi bila membaca blog ini. just baca sebagai hiburan. jangan ambil terlalu serius dengan watak dan penulisan aku ini. watak2 dan jalan cerita tidak 100% benar, mungkin juga tidak 100% palsu. gunakan akal budi dan iman untuk menilainya.

kepada sahabat yang dah lama bersama blog aku ni, harap kita dapat kekal bersahabat even melalui perantaraan blog ini. kepada yg tiba2 terjumpa blog ini secara tak sengaja, harap kalian dapat membaca posting2 lama dan menilaikan siapa izman ini.

sekali lagi, TERIMA KASIH kerana menjenguk aku disini.


izman
damak_76@hotmail.com
012.2713260

Monday, February 27, 2012

Restoran Nasi Lemak Lido, Klang

ada yg bertanya kenapa dah lama aku tak update pasal makan2. saje.... sebenarnya even tak update pasal makan dan tempat2 makan disekitar klang yg aku dah terjah, aku tetap makan cam biasa. malah ramai dah tegur rupa dan saiz aku yang makin montel (aku janji akn CUBA menguruskan badan).

oklah, kali ni aku nak stori pasal restoran yang menyediakan nasi lemak yang sedap di area klang. sebenarnya ini kali pertama aku pergi, itupun sebab ada urusan di kawasan tu.

Nama Restoran : RESTORAN NASI LEMAK LIDO
Alamat : NO. 35, LEBOH GOPENG, 41400 KLANG, SELANGOR

restoran ni terletak di bandar klang, tapi area dia memang tersorok. bagi yg nak kesana, awal2 aku pesan agar kuatkan hati dan iman. satu sebab nasi lemak dia memang sedap, keduanya sebab nak menuju ke restoran tu memang akan melalui lorong2 pelacuran yang berusia berpuluh tahun di area klang. may be tempat lain, pelacur2 berleluasa disebelah malam, disini, siang malam aktiviti pelacurannya. memang terbuka. aku tak pasti pihak berkuasa tak nampak, atau pura2 tak nampak sebab budak kecik nampak pun mereka tau itu aktiviti tak senonoh. jika diperhatikan, mereka terdiri daripada pelacur india. menurut saiful yg anak jati klang, dari dia kecik2 pun menda ni dah wujud. pelacur ni terdiri dari pondan2 india, yang yg mana aku dapat lihat dah tahap makcik2 dan nenek2. emmm.... apa buruk benar selera pelanggan mereka ni ye.

lupakan pasal pelacur pondan india tu, kita nak cerita pasal makan. kalau anda nak pergi makan nasi lemak tu, pastikan anda tak usha mereka lebih2, takut termuntah pulak bila makan nasi lemak dan terbayang rupa pelacur2 tu.



ini gambar aku masa di restoran tu:-



ini juadah nasi lemak yg aku ambik. aku ambik ayam goreng je.


ini gambar saiful dan syarizzal yg turut serta. mentang2la aku nak belanja semua bedal yg mahal2; begedillah, sotonglah.... suka2 hati je diorang ni. nasib baik aku baru dapat bonus banyak (opsss!!!!) err.... maksud aku bonuslink....he.he..he.....





even restoran ni nampak cam kelas biasa2 je, rasanya memang sedap. terutama sambalnya. rata2 pelanggan adalah orang cina, memang ramai la otai2 ni. harga? emm... nak dibandingkan dengan nasi lemak di warung di kampung2, disini lebih mahal. untuk nasi lemak group aku hari tu, semuanya dalam Rm18.00 je...

Saturday, February 25, 2012

Konvoi Pengkalan Balak : Bergumbira

sambungan dari episod "KONVOI PENGKALAN BALAK : CHALET HAJJAH MAHAWA

lepas solat dan makan, aku dan anak2 join keluarga lain beraktiviti. dah nama tepi laut, kita main laut dulu. err... budak2 je boleh mandi laut dulu. para bapa kena bekerja.



bapa-bapa menyiapkan bbq. banyak yg tersedia seperti ayam, sosej, fish ball, ikan kembung dan ikan pari. yang memasak ramai, tapi tiap kali aku jenguk je nak ambik ayam bakar, tak de. aku perhatikan, rupa2nya saiful ni jenis hantu raya, makan je kerjanya. tak kenyang2 pulak tu.


kemudian permainan untuk kanak2 dan bapa2. pergh.... memang meriah beb!




banyak acara sebenarnya, aku yg tak sempat rakam sebab nk tengok acara, nak masuk acara, anak aku masuk acara, nak mandi laut, nak kawal anak2 aku lagi. dah abis acara rasmi, semua berendam di laut. yg bagusnya kat sini pantai dia eksklusif. berbanding pantai pengkalan balak yg lain, kat chalet hajjah mahawa ni ia tidak dikunjungi pengunjung selain penginap chalet. pantai dia landai dan ombak tak kuat. habis kecut pasal berendam lama sangat, nasib baik tak jadi telur masin (diam!).

sebelah malam tak banyak sangat xtvt, lepas makan malam beramai2, berbbq.... pastu kami adakan pertandingan melukis. sepatutnya dalam tentatif program, melukis jam 3pm, tapi dah aku ke bandar menguruskan air cond kereta aku, dan hal2 lain yg tidak dapat dielakkan, pengarah projek bermurah hati menunda ke sebelah malam. anak2 mewarna diberanda masing2.



lepas mewarna, tibalah acara pembahagian hadiah. macam2 gelagat. since ramai anak2 kecik, hadiah bukan ikut keputusan, lebih kepada ikut suka hati. bayangkan ada anak yang masa pertandingan mewarna tidur lena, bila keputusan, anak dia dapat nombor satu. heh... nampak sangat makbapak yg tolong mewarna. apa2pun, semua tak kisah sebab mmg nak suka2. semua anak dapat hadiah sebenarnya.




lepas acara selesai, kami geng2 bapa ambil masa sembang sampai lewat pagi. acara seterusnya adalah tidak diceritakn disini.

Thursday, February 23, 2012

Konvoi ke Pengkalan Balak : Chalet Hajjah Mahawa

alhamdulillah, lega jugak otak selepas bercuti singkat bersama-sama kawan sekilang pada 18/2/12. kali ini agak unik sebab kami pergi secara berkonvoi dan bermalam. sebelum ni ada jugak berkonvoi tapi tak bermalam. alhamdulillah ramai jugak keluarga yang turut serta seperti :
1) keluarga izman
2) keluarga saiful nizam
3) keluarga hadi
4) keluarga sazaham
5) keluarga norasmani
6) keluarga sahrul afandi
7) keluarga azlan
8) keluarga anuar
9) keluarga fain
10) keluarga zainal
11) keluarga ridzaudin
12) keluarga najib
13) syarizal
14) shazwan

kami bermula didepan kilang tempat kami cari rejeki iaitu di port klang. ada juga sebahagian yg menunggu di check point 1 iaitu di R&R Dengkil, senang sikit bg mereka yg mmg tinggal di area putrajaya dan sekitarnya.



konvoi bermula jam 830 pagi. then berhenti sarapan di R&R dengkil. alhamdulillah semua makanan disumbangkan dari teman2 yg turut serta. just beli air minum je di R&R tu. kami keluar di tol pedas linggi dan melalui jalan kampung ke pengkalan balak, melaka. perjalanan agak perlahan sebab masing2 ramai anak kecik dan berhenti2, agak jugak yg berhenti lain2 sebab. tak kisahlah, tak kejar mendapun.

alhamdulillah, kami selamat sampai di HAJJAH MAHAWA CHALET, PENGKALAN BALAK, MELAKA lebih kurang jam 1130am. banyak masa sebelum check in jam 1pm. nasib aku tak berapa baik sebab kereta aku aircond yang panas. so, aku mengambil peluang yg ada tu untuk memeriksa dan menambah aircond di bandar berdekatan (dekat ke menda.... situ pekan kecik je). since kemudahan area situ tak berapa lengkap, banyak la kedai yang aku kena redah. dan alhamdulillah dlm jam 230pm barulah aku balik semula ke chalet hjh mahawa tu. kawan2 dah check in, dah mandi laut pun. alhamdulillah, aku dapat bilik paling dekat dengan laut. memang aku suka stay dekat laut, aku dah minta dengan pengarah projek kalau boleh bg aku duduk chalet plg dekat dgn laut, alhamdulillah mereka izinkan (mereka takut kena potong gaji sebenarnya tu... he.he.he...).








tu gambar kawasan chalet. ini chalet yang aku duduk:-


ini dari dalam chalet :








kepada sesiapa yang berminat nk stay di chalet hajjah mahawa ini, bolehlah layari http://hjmahawachalet.blogspot.com/

Tuesday, February 14, 2012

HR ni macam Polis jugak....

dalam melakukan kerja HR (human resource/sumber manusia), memang tak boleh lari dari menangani masalah disiplin. pekerja beratus orang, jadi perangainya pun berpuluh ribu peel. jadi masalah disiplin seperti lewat, ponteng, tipu cuti sakit even bergaduh adalah sesuatu yang rutin bagi pengamal HR.

sepanjang aku jadi orang HR ni dah macam2 kes aku handle. biasalah.... ada yang berjalan dengan baik, dan ada jugak dengan tak berapa baik. dalam kes2 pergaduhan misalnya, HR akan menjadi pegawai penyiasat, emmm.... cam pegawai polis jugak la. kena panggil orang2 terlibat, cari saksi, cari bukti, buat penyelidikan dan akhirnya mewujudkan suatu pertuduhan.

dalam kes pergaduhan di tempat aku baru2 ini, kesnya agak berat. ia melibatkan pergaduhan antara pekerja bangladesh dan myanmar. 5 orang terlibat. ia berlaku diasrama mereka. kes2 salah faham even pergaduhan kalau tak sampai ke pengetahuan HR ia tidak salah. ye... tak salah. macam mana nak sahkan ia bersalah kalau kes tidak dilaporkan, ye tak?

kes berlaku hari sabtu, malam. hari isnin, ada pekerja baik hati memberi berita kepada aku, dan ianya menjadi kes besar. aku dan safety officer memanggil mereka terlibat dan kecederaan si mangsa agak teruk dengan lebam2.

biasalah, semua orang ada cerita masing2, dan masing2 menokok tambah. aku ambik persamaan dan merujuk kepada saksi2 dan bukti. dan cam biasa ada jugak mereka yang terlibat tidak mahu mengaku. disini, pengalaman dan kebijaksanaan penting (pergh.... secara tidak langsung aku nak beritahu aku ni bijak. ha.ha.ha....).

pekerja bangla, Hannan (bukan nama sebenar. emmm... kalau nama sebenarpun bukan korang tau)dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat., aku la tu.

penyiasat : hannan, kamu ada pukul itu myanmar?
kena siasat : ta'da boss. ada tengok saja.
penyiasat : jangan tipu, semua orang cakap you ada pukul.
kena siasat : sumpah boss, saya ta'da pukul. itu orang tipu la boss.
penyiasat : oklah, saya percaya awak punya cakap, sekarang ikut saya pergi police station (sambil mengambil kunci kereta dan handphone dari atas meja)
kena siasat : (agak cuak) apa pasal mau pigi police station boss?
penyiasat : you cakap tak pukul, lain orang cakap awak pukul. saya percaya awak, biar polis confirm awak tak ada pukul.
kena siasat : (memegang kaki penyiasat dan menangis) tolong boss, saya ta' mau pigi police station. saya ada pukul itu orang boss, 5 kali, saya ada pakai bisi (besi) pukul, saya punya kawan itu XX dan YY pun ada pukul itu orang boss, lagi saya pakai pisau hantam dia punya pintu rumah boss, itu orang ta'da pukul kita bangla boss, saya punya kawan suruh saya tipu cakap boss, tolong boss... saya ta' mau pigi balai boss.
penyiasat : awak cakap awak tak ada salah, apa pasal mau takut sama polis. awak tak ada salah, polis tak boleh kasi masuk jel.
kena siasat : saya memang ada salah boss, itu undang (undang2) cakap tak boleh gaduh, kita kasi gaduh boss.
penyiasat : jadi awak mengaku awak ada pukul itu orang?
kena siasat : (masih memegang kaki penyiasat, dan penyiasat macam eksen je kaki kena pegang. err... serius sikit, ini penyiasatan). betul boss, saya sama saya punya kawan ada pukul itu myanmar. itu myanmar punya worang ta'da pukul kita boss. boss, jangan pigi balai boss.
penyiasat : ok..ok.... sudah, bangun. duduk kerusi. buang awak punya air mata. sekarang saya mau awak beri awak punya statement. kita tak da pigi balai.
kena siasat : thank you boss.

dan akhirnya selepas beberapa drama lagi yang lebih hebat, kes ini berjaya diselesaikan. harus dinyatakan kepada semua, terutama yang bekerja bahawa HR cuma menyiasat dan MENCADANGKAN HUKUMAN. keputusan sesuatu hukuman adalah dari pengurusan tertinggi syarikat. HR boleh mencadangkan agar sesuatu kes seperti mencuri contohnya untuk dibuang kerja dan dilaporkan kepada polis, tapi pihak pengurusan yang akan menyatakan bahawa adakah itu keputusan yang mereka mahukan. dalam kerjaya aku banyak jugak kes yang HR cadang suruh buang pekerja, tapi pekerja tersebut tidak langsung diambil tindakan. kadang2, HR rasa tak adil, tapi HR juga mesti terima keputusan tersebut dan mempertahankannya.

apa? kesudahan kes diatas?....

seorang pekerja bangladesh dihantar pulang selamanya ke bangladesh dan 2 orang digantung kerja selama 2 minggu. 2 lagi pekerja myanmar didapati tidak bersalah.

mahkamah bersurai.

Friday, January 6, 2012

Anak Kalah, Bapa Kena Bayar

masih dalam mood sekolah. tahun lepas (2011) anak aku dan anak si saiful sama2 masuk darjah satu, tapi di sekolah berlainan. anak aku di sekolah kebangsaan area rumah aku dan anak saiful masuk sekolah tamil. opss... silap, anak saiful pun masuk sekolah kebangsaan juga. he.he....

macam biasalah sebagai bapa yang penyayang dan berbangga dengananak masing2, kami selalu berborak mengenai pencapaian anak2 di sekolah. si saiful ni anak dia selalu dapat nombor yang terbaik, anak aku takat biasa2 je. so, suatu hari si saiful ni mencabar aku untuk meningkatkan prestasi anak2 kami. anak2 periksa disekolah, anak siapa yang mendapat markah keseluruhan tertinggi berbanding anak yang satu lagi, maka bapa yang anaknya lebih rendah markah kena belanja anak dan bapa yang menang. ia meliputi sekolah kebangsaan dan sekolah agama.

cabaran diterima.

ia bermula dengan peperiksaan akhir tahun. aku tak cakappun dengan anak aku pasal cabaran ni, tapi aku memang harap anak dapat markah tinggi. bukan sebab takut kena belanja, tapi nak anak berjaya dalam akademik.

dan bila keputusan akhir dikeluarkan sekolah, Alhamdulillah anak aku berjaya mengalahkan anak saiful. ala... dalam 2% je rasanya. tapi menang tetap menang. so, saiful terpaksa menyotakan janji, belanja makan.

dimasa ditetapkan aku dan luqman serta saiful dan anak2nya belanja makan di kfc port klang. bukan makanan mahal murah menjadi taruhan, tapi untuk menggembiran anak2. kali ni saiful kena bayar. untuk pencapaian sekolah kebangsaan nampak gaya macam aku kena bayar. keputusan masih tergantung sebab sekolah anak dia keputusan akhir sampai sekarang masih belum dapat. sekolah anak aku cepat. 2 hari lepas periksa, keputusan dah keluar, dah dapat buku rekod pencapaian dah. apa2pun, kita tunggu dan lihat.

sambil2 makan, seronok dapat lihat anak2 bergurau senda bersama. anak2 saiful yang kuat menyakat anak jantan aku tu. biasalah anak lelaki aku tu pemalu, macam aku la (apsal aku sendiri rasa nak muntah ni??). bila anak2 gembira, apalah sangat duit untuk belanja makan tu. tapi kalau tengok gambar, korang boleh lihat muka saiful agak kelat, banyak bayar ye.... ha.ha.ha.......

...............................................................................

sekadar berkongsi tips untuk mendidik anak2 menjadi pintar cergas, sila klik pautan dibawah:
Anak Pintar Cerdas

Wednesday, January 4, 2012

Kasut Karipap

anak2 aku mula balik bersekolah hari ni (4/1/12). samalah dengan anak2 orang lain kan. since masing2 dah tahun kedua di tadika dan sekolah rendah, aku dah tak kisah sangat. bagaimanapun aku tetap menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama untuk menunjukkan aku ni juga seorang bapa mithali (ciss... menunjuk2 rupanya).

selain melaram dengan pakaian sekolah baru, masing2 tak kalah dengan beg angry birds masing2. sekarang memang musim angry bird, dari seratus orang, 2-3 orang je takde beg sekoalh angry bird. may be anak2 tak minat, atau mak ayah tak minat.

kasut juga tak terkecuali. macam2 fesyen ksut even rata2 pakai kasut putih. aku aku pakai kasut2 orang2 biasa2 je, jenis bata dan pallas. nak pakai jenama mahal, tak termampu.

cakap pakai kemampuan membeli kasut ni, aku teringat masa aku sekolah dulu. aku rasa pernah cerita pasal kasut marco. kali ni aku nak cerita pasal kasut karipap.

karipap berbentuk kasut? bukan! ini cerita kasut berbentuk macam karipap.

aku bukan dari keluarga senang. kasut sekolah memang beli brand cap ayam belanda je. er... maksud aku beli yang murah2 je. apa brand murah? kalau zaman aku dulu, brand murah cam fung keong, marco dan kasut karipap.

apa kejadahnya kasut karipap?
tak baik cakap jadah, tahun baru ni kena cakap yang baik2 je. kasut karipap ni juga dikenali sebagai kasut penguin. atau dikenali sebagai kasut kungfu, atau turut dikenali sebagai kasut cina mati. masut ni memang murah gile, sepasang tak sampai rm10. kena beli sepasang la, gile ke hape nak beli sebelah je.

mula2 ia dipakai oleh orang2 susah cam aku, lama kelamaan ia menjadi satu trend. hampir semua orang memilih memakai kasut ini. ia selesa dipakai, ringan, mudah dibasuh dan murah. digelar kasut karipap sebab ia tiada tali dan dihadapan kasut dijahit berkeluk2 macam karipap.

sekarang aku rasa kalau paksa anak2 aku pakai kasut macam tu, mau memberontak tak nak gi sekolah. ye lah, manjakan anak sangat. masa nak belikan anak2 kasut baru2 ni, aku just singgah kedai kasut, panggil sales girl, mintak diorang tunjukkan pelbagai patern kasut dari bata, pallas, line 7, dan pelbagai lagi. anak2 yang pilih mereka suka yang mana. aku cuma tengok salesgirl mencuba kasut, sesekali merasa takut2 terlalu ketat atau longgar. mereka puas hati, aku bayar. bukan bermaksud aku beli yang mahal, yang biasa2 juga. ala, kasut bata dan pallas zaman sekarang, may be setaraf dengan kasut karipap masa zaman aku dulu.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari berganti begitu cepat, dan kini kita telah meninggalkan tahun 2011. 2011 pergi jua sama ada kita suka atau tidak,sempat buat azam tahunan kita atau tidak.

dengan kehadiran tahun baru 2012 ini, diharapkan kehidupan kita akan bertambah baik untuk pengabdian kita kepada Allah, kepada diri, keluarga, dan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

untuk aku, sama je, ingin menjadikan diri dan keluarga aku lebih baik. macam2 plan dah dibuat cuma perlaksanaan sajaha yang perlu diusahakan, emmm... disamping berdoa.

1) pekerjaan - jika pekerjaan aku masih ditakuk lama, ada baiknya aku beralih kerja. kerja di syarikat sekarang sangat selesa dan mungkin dah tahap aku cari kerja lain untuk kareer lebih baik, dan gaji lebih baik. sebelum ni pun dah banyak kawan dan head hunter offer, tapi aku tolak bulat2. may be 2012 ni aku kena buka peluang kepada diri aku untuk menghadiri interview dan melihat harga aku dipasaran. kalau ada offer baik, why not?

2) keluarga - anak dah 4 orang. isteri masih seorang. emm... memang sorang la. so, kena cari macam2 peluang untuk menyara keluarga. alhamdulillah, rejeki tu ada, so far anak2 tak pernah tak pergi bercuti atau permintaan mereka yang patut2 tidak ditunaikan. anak ke 5??? tidak merancang, dan tidak menolak. why not? err... isteri kata nak rehat dulu.

3) pendapatan sampingan - isteri aku tak bekerja, so aku kena lipatgandakan usaha mencari duit untuk menyara mereka dan duit untuk simpanan keluarga. banyak juga aku buat termasuk jual beli di internet, banyak melibatkan jualbeli matawang lama. ada juga tolong jual cd penghalau syaitan iaitu ayat2 roqyah al sharieah susunan ustaz ahmad dusuki (rm70 utk 4 cd audio dan pos laju). ada juga jual lampin pakai buang bayi dan dewasa. ini aku buat offline sebab kos pos mahal dan aku ambik margin untung kecik je. sebenarnya beli untuk anak2 aku tapi ada permintaan, so jual jugak la kat kawan2. dan alhamdulillah, permohonan aku untuk buka kedai/gerai di lot majlis perbandaran dah diluluskan. cuma tunggu surat kelulusan pada 9/1/12. sebab kena renovation dan pelbagai prosedur lagi, aku jangka dapat buka dalam bulan feb 2012. ala gerai kecik je di kawasan perumahan. tak berasa strategik sangat, tapi sewa murah dan itu sebenarnya cuma starting point untuk aku berniaga secara profesional, aku rasa nak cuba. apa salah mencuba, sekarangpun stok memang menimbun kat rumah, pelanggan tetappun dah ada, cuma nak tambah pelanggan lagi je. eemm.... nak kena cari pembantu kedai pulak ni. aku nak perempuan cantik, wife aku membangkang, so, sape nak jaga gerai aku tu. isteri aku suruh duduk rumah je, jaga aku dan anak2 cukup. kalau ke kedaipun, just tengok2 kan pembantu. anak2 masih kecik, susah jugak sebab kedai pun kecik.

4) hobi - memang nak tambah koleksi duit2 syiling dan wang kertas aku tu. arnab dah makin bertambah. rasanya dah tak sesuai buat kat rumah. ingat nak sewa tapak atau lot kedai yang terpinggir sikit untuk ternak. tapi nak kena bincang dengan papa aku dikampung untuk buat reban besar sikit dan papa aku tolong jaga. arnab market memang ada. even aku bela dirumah sebagai hobi, ramai dah datang tanya dan beli. kalau ada rejeki dan peluang, ingat nak ke indonesia cari baka2 yang cantik2. sana murah, kat sini harga dah tahap dewa, tak mampu aku nak beli.

5) lain2. - apa2 yang aku nak buat, semuanya bergantung pada keperluan semasa. harap apa yang aku impikan tercapai.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.