Saturday, May 30, 2009

Derma : Sukarela vs Paksarela

dalam jam 2pm tadi (30/05/09) masa nak buat urusan perbankan di stesen minyak petronas, baru je keluar dari kereta, aku diserbu oleh 7-8 orang bocah (budak lelaki belum bersunat). masa tu aku datang sorang. since mereka bersapa baik dan sebangsa dengan aku (jawa rumpun melayu gak kan?)aku baik2 aje. kutip derma untuk sekolah rupanya. aku rasa nak menderma jugak tapi bila mereka syaratkan derma rm2 atau rm5 hengget, aku batalkan niat aku.

niat aku nak derma ikhlas, dan semestinya bukan duit syiling. tapi bila mereka buat syarat, aku terus cakap aku tak berminat menderma. nampak kedekutkan? tapi itulah aku. masa aku nak menderma, aku akan bagi berapa jumlah yg aku suka, dalam kes budak2 ni sebenarnya aku mood baik apatah lagi baru hari ni gaji. aku tak suka syarat. maafkan pakcik anak2.

sebut pasal derma2 ni, aku masih ingat masa sekolah dulu derma2 ni pun dah wujud. tapi kami bukan kutip duit macam mintak sedekah, siap demand lagi nak berapa kena derma. aku dan kawan2 bergerak dalam kumpulan kecil dlm 3 orang bergerak dari rumah ke rumah, bagitau tuan rumah kami nak kutip derma untuk sekolah dan kami sanggup buat kerja. konsep ni terpakai masa kutip derma untuk tabung pengakap (minggu kerja pengakap) dan terpakai untuk derma2 lain seperti derma jogathon, walkaton, derma itu dan ini. kami orang kampung, biasa hidup susah. bukan senang2 orang nak bagi duit. setiap sen bernilai.

untuk dapay duit, kami sapu sampah keliling rumah orang. ada kena tangkap ayam. ada tolong kupas kelapa. ada kena kukur kelapa. ada basuh pinggan. kalau kebetulan ada yg tengah buat rumah, dan bancuh simen, kami buat; mak aihhh! cam nak patah pinggang masukkan pasir dalam kereta tolak untuk bancuh simen. kami buat. kalau dapat 3 ringgit upah, dan kami pergi 3 orang, dalam borang kami tulis seringgit sorang.

pernah satu rumah tu, tuan rumah suruh kami sapu sampah bawah rumah (rumah kampung ada ruang dibawah lantai rumah). pegi 3 orang, sapu sampah kena menunduk, sampah macam siot je banyaknya, siap ada tahi binatang dan tahi anak2 dia. upah seringgit. bukan seringgit sorang, seringgit kongsi 3 orang. kami redha dan kami akur yg kalau tuan rumah mampu, confirm dia bagi sepuloh hengget. dalam borang kami tulis sorang 40 sen (lagi dua orang dapat 30 sen setiap orang). penat, balik rumah cam aku kecik2 dulu kena jaga lembu datuk aku lagi, pastikan ia kenyang, hidupkan unggun api kandang lembu. pastu maghrib mengaji. penatnya!

aku tak kata murid2 sekarang patut buat macam tu. aku yakin sebagai makbapak korang tentu tak sanggup anak korang alami kesusahan macam aku buat tu. malah aku sendiripun rasanya sukar untuk biarkan anak aku kutip derma sampai sakit badan. aku yakin ramai ibubapa terus bagi anak2 duit untuk diisi dalam borang dengan meletakkan pelbagai nama tipu. ramai kawan2 aku buat begitu. mereka tak sanggup anak2 meminta derma kerana mereka rasa mereka ada 'muka'. bagi anak rm20, rekalah sendiri nama sesiapa korang suka dan tandatangan sahaja. guru tidak peduli siapa derma, macam mana duit itu diperolehi, cukuplah kalau anak2 murid membawa duit derma. paling2 bagus, mereka yg dapat derma tertinggi akan dapat hadiah dari sekolah, atau sijil barangkali, atau sekadar pujian dikelas. berbaloikah?

apa2pun derma pada aku kena secara sukarela. akupun tak pasti kenapa perlu murid2 sekolah kena kutip derma? kawan2 bergelar cikgu may be boleh jawab. dulu sekolah sangat miskin, cikgu cuma mampu pakai motor kapcai atau kereta second hand. sekarang sekolah sangat mewah, cikgupun katanya dapat peruntukan komputer riba satu sorang dari kementerian. tak kan perlu suruh murid kutip derma lagi? tak cukup ke duit yuran pibg, nak berpersatuanpun murid bayar yuran, dan sumbangan dana kerajaan dan ahli politik? akupun tak faham.

Friday, May 29, 2009

Keselamatan Ditempat Kerja

tadi ambik luqman dari sekolah, dan untuk 2 minggu akan datang sekolah bercuti. tak perlulah aku anto dan ambik luqman. bulehlah aku masuk lewat sikit. kalau luqman sekolah jam 8am, teruslah aku kena gi kerja. dah luqman cuti, lewatlah aku masuk nanti. sini masuk kerja ada hierarki, worker dan supervisor kena masuk on time. lewat even seminit aku akan pastikan gaji mereka dipotong untuk lateness. worse case, kena inquiry la....

executives buleh masuk before 830am. dan satu level lagi sebelum 930am. aku?? aku biasanya masuk sebelum jam 9am. masuk awal ni fresh sikit, bulehlah ambik masa pusing2 production cari kesalahan orang (he.3x). yg gatai2 tak mau pakai uniform dan safety shoe memang buta2 kena lecture la. worse case, memang aku halau balik je. teruk?

takdelah, itulah hidup. kalau berlembut dan biarkan ada pekerja bekerja tanpa safety shoe misalnya, kalau ada kemalangan ditempat kerja camner? HR memang buleh jawab, tapi siapa yg tanggung? sendiri tanggung la.... dah jadi, dah hilang jari, hilang kaki, atau hilang nyawa siapa susah? sendiri mau ingat la kawan.

cerita pasal kemalangan ditempat kerja, selama hampir sepuluh tahun aku kerja, dah bermacam kemalangan industri aku tengok. kes mati tu tak pernah lagi la.. kes kematian pekerja akibat kemalangan jalan raya tu biasa la...

dalam kes2 kemalangan industri, biasanya kes melibatkan kecuaian pekerja itu sendiri. ada yg sengaja ubahsuai mesin, ada tak ikut spec kerja, ada yg enggan pakai PPE (personal protective equipment), ada yg bergurau senda masa kerja, dan ada yg buat overload kerja utk cepat dan nak rehat cepat. bagaimanapun, aku setuju bahawa ada kemalangan yg tidak disengajakan (dan ada kes mencederakan diri sendiri untuk tuntutan palsu insurans dan socso). kes cederakan diri sendiri susah nak dibuktikan sebab akal normal kita dah rasa seriau bila bayangkan jari remuk atau putus. tapi aku secara peribadi percaya memang ada manusia sanggup mencederakan diri untuk wang.

dlm menghadapi kemalangan industri, ramai tersalah anggap ia tugas HR. sebenarnya ia tugas semua. tindakan awal dapat menyelamatkan anggota dan nyawa. HR bukan sentiasa ada ditempat kerja, apatah lagi kalau HR yg cuma kerja office hours dan production jalan 24 hours. dulu kat syarikat lama dan syarikat sekarang, itulah persepsinya. ada accident, panggil HR. HR tau buat pertolongan cemas, HR kena hantar gi klinik/hospital, HR kena bagitau keluarga mangsa.

HR memang expert (sambil angkat diri naik atas meja)tapi nyawa penting. kelewatan buleh membezakan hidup dan mati. apa aku buat? aku train workers tentang fire fighting, pertolongan cemas, evacuation, cpr, balutan dan sebagainya. aku uruskan jurulatih bertauliah datang train mereka. di campany baru ni, kami usahakan ada safety officer. kami hantar dia pergi training, duduk exam, dan alhamdulillah! kami dah ada certified safety officer. siapa lagi kalau bukan kawan aku, saiful nizam (kena belanja aku sebab puji ko).

kes banyak aku handle, tapi aku cerita yg best2 je (accident best tengkorak kamu!). masa aku kerja company sebelum sekarang, dah nak balik dah dalam jam 550pm. tiba2 telefon aku berbunyi.

"telefon, telefon berbunyi..... ada pekerja dalam kesusahan" (ingat wonderpets lak).

ada accident kat receiving store. pekerja 'xyz' patah kaki. sepantas wonderpets aku ke tempat kejadian. nasib baik ada 2 org pegawai dah handle keadaan, dan dua2 agak expert dlm first aider. kotak2 parts yg menimpa mangsa dah dialihkan. tiba2 aku terperasan mereka nak pakai tape utk ampu kaki yg patah. aku tegah kerana byk option lain dan berlambak kain anduh dan bandage. masa aku pegang kaki, ia terkulai. confirmed tulang keting kaki patah dua ni, tapi mujur tak terserpih keluar tulang. Alhamdulillah, kami berganding tenaga memberi rawatan kecemasan. lagi sedih sebab mangsa yg berketurunan cina ni bisu.

bila dah terkawal, cam biasa kereta aku (masa tu pakai kancil) digunakan sebagai ambulans (ambulans tengkorak kamu!). aku arahkan 2 org pekerja ikut aku pegang mangsa utk elak lagi kecederaan teruk. skill pemanduan ambulans tu dan ada cuma aku belum beli siren dan lampu kecemasan ambulans je (he.3x). sian aku tengok dia mengerang kesakitan. air mata meleleh menahan sakit, tapi suara tak keluarpun (dia bisulah!).

dalam doq memecut dalam mode kecemasan tu, sesekali aku membuat isyarat tangan suruh dia cool down, kalau isyarat cool rhino, kang berbau badak air pulak dalam kereta aku. cuma yg aku hangin dengan mangsa ialah dia sempat ambik patung spiderman aku buat alas kaki. kalau ikut hati mau je aku karate kaki satu lagi biar patah sebab berani dia alas kaki busuk dia dengan spiderman kesayangan aku. mahal giler spiderman tu, bini aku nak pegang pun kena sound. tapi sifat kemanusiaan aku lebih tebal berbanding sifat kebinatangan, aku redha je sambil menyumpah seranah dalam hati. bukan sumpah si mangsa, tapi sumpah si spiderman tu.

sampai dihospital, aku berlari memberitahu petugas dan membawa mangsa ke bilik kecemasan. biasalah orang dah lama kerja kat bilik kecemasan langsung tak cemas. buat derk je. sorang attend dia, tanya soalan. aku jawab bagi pihak dia kerana dia bisu. dan aku maklumkan dia bisu. dtg petugas kedua, tanya menda yg sama, aku jwb, dtg ketiga, tanya menda yg sama. bila yg keempat tanya aku dah hangin satu badan. aku cakap "tuan MA (medical assistant), tuan org keempat dah tanya menda2 ni. tak kan nak suruh dia jawab lagi. kan dalam borang ada tulis. saya siap tulis dia bisu, memang dia tak boleh cakap. merah padam si MA. sepanjang rawatan aku berada disebelahnya, bila procedures dibuat dan dia kesakitan, aku hulurkan lengan aku untuk dia genggam. sakit wooo... lagi sakit dia, lagi kuat dia gengam tangan aku.

susahnya kerja HR? itu pada aku small peanut. yg paling payah ialah nak beritahu keluarga mangsa. boss aku dulu suka sangat beri kerja2 memaklumkan keluarga mangsa pada aku. mentang2lah aku kuli, aku je kena. tapi bagusnya, aku kena pandai mengawal suara, dan suasana. kes patah ni, keluarga dia menerima dengan tenang dan datang ke hospital segera. lagi dramatik bapa si mangsa aku bawak tu kena tempeleng oleh ayahnya depan aku dan para petugas bilik kecemasan. terpaksalah aku sabarkan si ayah. kang lagi patah riuh la....

kes memaklumkan kemalangan industri yg syahdu sikit pada aku ialah bila kejadian pekerja putus jari. habis satu jari dia terputus kena mesin kerana secara tak sengaja dia menekan butang dan dalam masa sama dia menunduk mengambil barang peribadinya yg jatuh dilantai, sambil tangan satu lagi memegang mesin kerja. mujurlah cuma satu jari, mesin tu sangat kuat. silap2 habis satu tangan putus. masa call suaminya, memang sayu dan sedih, terkejut. suasana jadi terputus ibarat malaikat lalu. telefon bertukar tangan kepada si anak, dia marah2 aku dengan alasan aku main2. bila aku cakap ia benar, ia salahkan syarikat. aku terus berdiplomasi dan akhirnya mereka tenang dan datang ke hospital. tengok si suami cam gorila je badannya aku takut gak dia bagi penumbuk kat aku, tapi dia rasional. aku hulur tangan kenalkan diri, dia sambut dan berborak baik. syukurlah dia faham bukan aku yg potong jari isteri dia.



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------

Thursday, May 28, 2009

Kisah Interview Pengawal Keselamatan

Hari ni (28/05/09)jadual aku penuh dgn appointment dan meeting, termasuklah ada yg bertindan iaitu safety & health meeting jam 3pm dan management meeting 3.45pm. meeting pada aku penting, dan kalau tak sempat atau rasa tak perlu aku masuk, aku lebih rela buat kerja lebih penting.

pernah suatu masa ada satu manager baru masuk, dan buat prod & planning meeting everyday, dan perlukan aku attend. aku refused! dan ia dibawa ke pengetahuan big boss dan aku dipujuk masuk meeting tersebut. Hell! cerita psl production dan planning berjam2 dan aku tak nampak connection dgn department aku. si manager dgn bangga mengumumkan bahawa HR perlu masuk sebab HR perlu tau every items, every process dlm production. since dia bising dlm meeting, aku jawab dlm meeting yg aku rasa HR tak perlu ada dlm meeting tersebut. waste my precious time! HR buat apa tau setiap item raw material sehingga jadi barang siap, termasuk process, mesin, form dan segala benda technical. general knowledge aku setuju, tapi kalau hari2 kena belajar, who should do my jobs, who should monitor my entire department. ko ingat aku takde kerja lain ke?? aku informed top management, HR tidak perlu masuk meeting tersebut.

berbalik pada meeting management petang tadi. top management tekankan tentang pentingnya komitment dan kerjasama antara department. itu aku setuju! elemen 4M + 1M(man, materials, machine, dan method penting. money juga penting). untuk aku biasalah bab recruitment, overtime, absenteeism, discipline, training & development, welfare, benefits dan sebagainya. aku juga setuju Pekerja (Man)adalah aset utama syarikat. mereka perlu dijaga, dihormati, dan dilayan selayaknya. mereka bukan haiwan yg boleh dicucuk hidung dan ditarik kesana kemari sesuka hati. kita boleh kerah keringat mereka, tapi kena ingat mereka juga ada perasaan dan harga diri seperti kita juga.

kena ingat bahawa pekerja boleh jadi aset dan juga menjadi liabiliti kepada syarikat. mereka boleh jahanamkan syarikat dengan kebijaksanaan dan keberanian mereka. kerena seorang pekerja, Barings bank yg berusia ratusan tahun bankrup. kerana sorang pekerja yg reti menyalakan mancis, kilang boleh dibakar.

sebagai HR misalannya. isu disiplin adalah isu besar, tapi aku suka diplomasi. pekerja yg lama tau aku tak suka dibohongi, kalau aku tanya mereka akan berterus terang, dan biasanya aku akan beri hukuman yg munasabah. kalau tipu dan terbongkar, aku jamin pekerja tersebut tak akan bertahan even sebulan (just imagine how bad I am). apapun aku masih bergerak dalam kerangka undang2, in most cases tak perlu tindakan disiplinpun, aku just informed pekerja berkenaan yg aku hilang kepercayaan pada dia. aku yakin the next day dia akan bagi surat resign.

secara ikhlas aku tak suka orang resign, sebab kerja aku bertambah. start dengan process exit interview, final salary, report, process recruitment lagi sekali seperti kelulusan staff requisition, advertising, selection, interview, offer letter, orientation, training dan segala mak datuk punya process lagi. sapa kata HR kerja goyang kaki tu, tolong jaga mulut tu sikit! yg confirm kerja goyang kaki kat company ni ada kalau korang nak, gaji pun mahal. kerja ape? tukang jahit. goyang je kaki ko tu untuk jahit, mesin canggih ok! bukan jenis mesin jahit singer kat kampung dulu2 tu.

cerita pasal interview, aku ada satu lagi cerita sementara korang nak tunggu anak2 tidur tu. maklumlah hari bapa. yg bujang tu, korang sabarlah ye. hari yg berbahagia itu akan dimiliki jua nanti.

kisah ni dah lama, masa tu aku antara panel interview memilih pengawal keselamatan. yg turut serta ialah security manager dan security executive. dah nama pengawal keselamatan, calon2nya tentu bukan dikalangan graduan universitas. aku yakin kita tak seteruk india yg mana graduan mereka ramai kerja di malaysia sebagai pengawal keselamatan atau setakat penebar roti canai (its facts. kalau ada masa aku cerita).

dimulai dengan sesi ramah tamah untuk buat calon tu selesa. yg geramnya si calon tu terus gelisah dan tergagap2. sebab kami tiada pilihan, dan sebenarnya itulah satu2nya calon yg ada, kami layan je lah. calon tu sebenarnya adalah anak kepada salah seorang pengawal keselamatan disyarikat kami. calon tu memang kalau dikira dah confirm diterima masuk kerja atas faktor si manager tu dah lama kenal dia dan keluarganya, dan tiada masalah.

sepuluh patah soalan ditanya, setengah patah kata dijawab. itupun dalam suara yg sangat gemuruh. sebagai HR aku faham bahawa ada manusia yg sesuai kerja tapi masa temuduga failed sebab faktor2 luaran seperti darah gemuruh. darah gemuruh ok lagi, kalau jenis tanya soalan je terkencing macam mana? najis besar tu. kena mandi wajib aku (apa kena mengena mandi wajib ni. ala faham2 jelah, ni malam jumaat)

sebab dah banyak bazir masa disitu, aku saje nak releasekan stress si calon guard tu. aku keluarkan soalan tahap budak darjah dua anggur.

penemuduga : amin (bukan nama sebenar. nama sebenar aku dah lupa)cuba ceritakan pasal keluarga kamu?
calon : kenapa dengan keluarga saya?
penemuduga : maksud saya, ceritakan apa-apa je pasal keluarga kamu, kami nak kongsi?
calon : nak kongsi apa?
penemuduga : kongsi cerita. cerita je apa2 mengenai keluarga kamu.
calon : keluarga saya yang mana satu?
penemuduga : siapa2 sajelah. ayah, emak, adik beradik kamu?
calon : nak cerita siapa?
penemuduga : cerita pasal ayah kamu je lah.
calon : cerita apa pasal ayah saya?
penemuduga : cerita apa2 je lah.
calon : contoh?
penemuduga : apa2 aje. kamu boleh cerita perangai ayah kamu barangkali, apa dia suka buat, apa dia suka makan, dia garang tak?
calon : saya sebenarnya tak kenal sangat ayah satu tu. masa dia kawin dengan emak saya, saya duduk asrama. lepas abis sekolah saya duduk dengan abang saya kerja di KL. bila ayah kata ada kerja kosong sini, tu saya balik.
penemuduga : (terlopong) masa ayah kamu nikah dengan emak kamu tu, kamu cakap kamu duduk asrama? betul ke saya dengar?
calon : Aaa.. Ah!
penemuduga : macam mana emak dengan ayah kamu baru kawin tapi kamu dah sekolah berasrama?
calon : bapak saya dah mati, emak saya dah lama janda. ayah saya ni pegi lah pinang emak saya. kemudian dia menikah la.
penemuduga : (cilaka, terkena aku! dan kemudian kami bertiga tergelak sakan) Oo... gitu. saya pelik jugak sebab nama bapak kamu dan ayah kamu sama.
calon : kebetulan tu.

lepas sesi temuduga tu, kami sebulat suara mengambil calon tu bekerja sebagai pengawal keselamatan. akupun tak pasti aku ambik dia sebab dia layak atau lebih kepada dia berjaya memperbodohkan aku. apapun calon tersebut berjaya membuktikan dia pekerja yg boleh dipercayai dan dia kerja disitu untuk suatu masa yg lama, jauuuuuuuh lebih lama dari aku.


moral of the story :
1) meeting wajib attend, kalau ada alasan ia jadi sunat.
2) kencing dulu sebelum meeting, kang terkencing dlm seluar.
3) studi dulu pasal calon sebelum interview.
4) excelent masa interview tak bermakna kerjanya nanti excelence. dalam kes2 tertentu si kuat temberang akan lulus interview akan hebat berbanding si pendiam dan buat kerja.

Mati Atau Meninggal Dunia?

Balik opis selepas ambik anak aku dari tadika tadi nyaris2 terperangkap dalam perarakan cina mati (aku harap ayat ni tak berbunyi kasar dan bersifat perkauman). atau aku lebih manis menyebut perarakan cina meninggal dunia? atau perarakan cina kembali kealam barzah? nak sebut perarakan cina mangkat mmg salah sebab hanya kerabat diraja sahaja boleh guna istilah mangkat. apa2pun ayat2 aku bukan perkauman ok?

dari opis aku dapat dengar dan lihat perarakan mereka yg besar. jalan jadi jammed, cuma awal2 lagi keluarga si mati dah booked eskot polis trafik barangkali sebab selain anggota rela, terdapat 2 orang anggota polis trafik. kadang2 aku terfikir kalau bab2 cam gini cepat je mereka ada, masa aku hell jammed kat port klang hari tu 2-3 kali aku call minta diorang datang, haram tak datang!

dalam hidup aku, banyak jugak pengalaman aku dengan kematian masyarakat cina ni. rumah papa aku dikampung pun kurang 100 meter dengan petempatan orang2 cina bukit (mereka duduk diatas bukit yg katanya dulu petempatan kampung baru elak mereka support komunis. untuk pengetahuan am, kampung aku cuma diistiharkan bebas 100% komunis pada tahun 1986).

dari aku kecik, dah terbiasa dengar gendang cina mati yg biasanya berkumandang dari org tu mati sampailah ditanam beberapa hari kemudiannya. tengok cina mati yg diawet dalam keranda tu dah biasa dah. masa aku kecik2 rata si mati akan pakai baju dan kasut kongfu je. masa beredar, dan si mati mula pakai kot dan tie serta kasut kilat. itu kepercayaan diorang, aku tak mau komen. sebab majoriti kami kenal mengenal, pernah jugak aku cuba pukul gendang cina mati tu masa geng2 kawan cina aku yg mainkan. teruk aku kena gelak sebab langsung tak kena tune gendang, nasib baik simati tak bangun sebab terkejut. lagi syiok masa kecik2 bila keluarga simati letak buah2 seperti limau atau kubur, ramailah geng2 aku yg pakat curi makan limau cina mati. aku??? he.3x....

masa kerja di emporium hock kee seng kuala teganu, kebetulan salah satu tokey emporium tu mati. masa tu aku kerja bahagian store. gaji kami dipotong untuk derma iklan surat khabar dan dimasukkan dlm surat khabar cina. aku ada simpan dulu keratan tu sebab nama geng2 melayu semua diorang tulis melayulah, yg cina tulisan cina. tah mana ilang akhbar tu. hari terakhir sebelum mendiang di kebumikan, pekerja2 emporium diberi cuti dan diarah sertai perarakan cina mati. aku tak sertai sebab aku kena jaga stok makanan dan minuman untuk tetamu kat kampung cina (kg tiung). ramai orang2 politik dan org2 besar di teganu datang beri penghormatan pada mendiang. aku masa tu dengan baju emporium warna kuning dan seluar jeans lusuh duduk belakang lori supplykan air kotak, kacang, dan lain2 pada petugas dan tetamu disitu. dua hari turut2 aku jaga makanan, malam sampai 11pm tu. aku tak takut dan tak kisahpun. manager store yg juga anak kepada si mati baik dgn aku dari hari pertama aku kerja. malah, sebelum aku balik dia suruh aku ambik je berapa banyak makanan dan minuman yg belum abis tu. balik rumah sewa ku kat jalan banggol pun supervisor store aku yg hantar. kembung perut aku setiap detik makan kacang dan minum air kotak. stok sebulan tu! duit poket ko takyah ceritalah, lebat!

Wednesday, May 27, 2009

"Pork Free" or "Pork is Free" Restaurant

apa nak dikatakan tentang kerja aku, kadang2 bizi, dan kadang2 agak tenang. kalau banyak sangat kerja, nak ilangkan sakit kepala, aku suka pegi makan. ye makan! pada aku makan adalah satu terapi, walaupun ada kata ia terapi membunuh dan manambah lemak, aku tak kisah.

lagi best di port klang memang syorga donia untuk kaki2 makan macam aku. nak makan seafood? nak western? nak tradisi? nak vegetarian? semua ada di port klang. dari se'ekslusif' di yatch club, sehinggalah makan kat tepi jalan, semua ada keistimewaan masing2. terpulang pada selera dan ketebalan poket masing2.

cuma hati2 kat port klang makan kat restoren cina sebab kandungan makanan ada yg meragukan. memang rata2 tak de babi atau dikenali sebagai restoran "Pork Free".

aku dulu jenis manusia serakah juga pasal makan, semua aku nak cuba, terutama melibatkan makanan untuk upacara rasmi syarikat. dah syarikat cin nun, memang la pilih makan kat kedai orang dia, rata2 "pork free' dan ada juga yg halal (siapa beri status halal ni?)

suatu masa tu (kira2 4-5 tahun lepas ler) semasa merayakan dapat ISO 14001, semua main committee dan big2 boss belanja makan kat satu restoran cin nun yg hebat di port klang. geng melayu ada la 6-7 org termasuk yg dah bergelar haji. kami makan 2 seperate table, malas nak join big boss, aku join geng meja satu lagi.

lepas satu, satu hidangan sampai, sebab pork free restaurant, dan boss2 melayu makan; aku makan. banyak hidangan woo... maklumlah dapat ISO 14001. tiba2 satu manager cina yg duduk depan aku tanya aku yg sedang doq asyik makan.

manager cina : izman, you tau tak kenapa ini restaurant nama "pork Free"?
pegawai melayu : tau! dia tak ada masak itu 'pork' la.
manager cina : salah! dia tulis 'pork free' sebab kalau you order makanan, you kena bayar, tapi kalau you order 'pork' dia kasi free. Pork is Free Maaa....
pegawai melayu : (terhambur keluar makanan dari bulut dan menahan dengan tangan. ke bilik air membuang sisa makanan dalam mulut. dan terus berhenti makan)

beberapa manager lain memujuk aku dengan berkata manager itu just joke, dan manager tu pon kata joke. tapi aku dah tak sanggup makan lagi.

Tuesday, May 26, 2009

Pak Mat Cafe & Catering, Port Klang

Lama tak buat entry makan, bukan tak ada pergi makan tapi malas nak snap gambar dan upload. digital camera akupun buat hal, terpat masukkan bateri patah masa aku gi zoo negara hari tu. sekarang nak pakai camera slr dah malas, paling2 rajin ambik pakai henpon cap ayam aku jer. malam semalam (25/05/09) aku saje belanja 3 org member seopis makan chicken chop kat port klang. tempat ni kali pertama kami pegi, direkomen oleh kawan seopis aku, si saiful.



kedai ni betul tepi simpang 4 tengah2 bandar koboi port klang. bersebelahan kfc. parking memang hell, so kena pandai2 cariklah. si ila tu aku yakin biasa makan sini, tapi kalau belanja aku mesti kedai mamak tokong dengan langkasuka je. semua 4 org yg pegi pilih chicken chop black pepper. ni lah rupanya...



overall chic chop dia boleh tahan. pada aku kueng sikitlah sebab black pepper dia tak pedas, dan macam dicampur tepung kanji atau tepung jagung supaya lebih banyak dan pekat. 2 hirisan epal tu buatkan kelainan. kentang goreng dia agak lembik. sayur dan mayonis bolehlah..... macam awal aku bagitau, overall boleh tahan, padanlah dengan harganya rm6.00 nett sepinggan. kalau nak berjimat di jaman enokomi meleset ni tapi masih berselera makan chicken chop, meh la makan sini.

Maklumat dikemaskini 04/03/2014 : 

RESTORAN/WARUNG INI TELAH DITUTUP / 

TIDAK BEROPERASI. 

Monday, May 25, 2009

Cita-cita Nak Jadi Posmen

Masa aku jelajah bloh, terhenti sat kat blog mak su (http://ceritakosong.blogspot.com). terhenti sebab teringat hutang tag belum settle dan cerita pasal cita2.

entry nampak macam tajuk untuk budak sekolah rendah je, tapi ramai yg terlepas kepentingan cita2. bagi aku secara peribadi, dah macam2 cita2 aku ada sejak aku jaman sekolah rendah, membawa ke jaman sekolah menengah, universiti dan jaman kerja. memang senang nak ubah cita2 asalkan menda yg kita nak jadi sesuai dengan kelayakan dan minat kita. ada org lulusan doktor jadi perdana menteri, ada ustaz jadi menteri besar, ada raja jadi ketua hakim negara, ada pelakon jadi presiden, dan macam2 lagilah. cita2 adalah sesuatu yg mulia, kalau kita pilih nak jadi mulia. sejak aku sekolah dulu belum pernah aku dengar lagi kawan2 aku bercita2 nak jadi GRO, pelacur, perompak, perogol bersiri, waima mat rempit sekalipun. kawan aku yg paling nakal dan bengap dalam kelaspun cita2 nak jadi doktor.

cita2 tak salah, cuma perlukan usaha ke arah mencapainya. ada perlu diusahakan dengan kelayakan yg sesuai spt nak jadi doktor mestilah ada kelulusan medic; dan sebagainya. ada tak perlu kelulusan, cuma perlu bakat seperti penyanyi dan pelakon (aku setuju bhw sekarang dah ada byk universiti keluarkan graduan seni. bagus!). ada kerja tak perlu cita2, tapi jadi jugak perompak, pengedar dadah, ibu ayam dan gro. malah ada pekerjaan yg kita rasa tak sepadanpun dengan org yg bekerja, contoh jadi pelacur tapi muka dan bodi macam badak sumbu.

aku kecik2 dulu bercita2 nak jadi pegawai tentera. ia gara2 minat filem darah satria yg selalu dimainkan oleh kementerian penerangan melalui konsep wayang pacaknya. aku terpengaruh dan nak jadi tentera. cita2 tak kesampaian sebab aku rabun, seikhlasnya aku masih nak jadi tentera. aku nak belajar guna senjata, dan mempertahankan negara.

aku nak jadi peguam, nak jadi macam karpal singh. sebab tu aku score sejarah gila baban. bila nak pilih course law, family besar aku menentang, dan sebagai anak dan ahli keluarga aku akur. lepas spm aku nak nak ambik kursus photograpy kat itm, ayah aku tak suka, takut nanti aku jadi jurugambar majalah hiburan. berdosa tengok aurat perempuan katanya.

banyaklah cita2 aku kalau nak diikutkan, malu aku nak ceritakan. cuma cita2 nak jadi orang minyak, opss... orang Human Resource (sumber manusia)hanya terdetik nak jadi HR masa kerja part time kat emporium hock kee seng, kuala terengganu. pegawai HR situ, mr lee pada aku sangat baik dan aku respek dia. sebenarnya banyak kes aku kat situ, tapi dia dapat selepasikan dengan bijak, dan aku hormati keputusannya (sebab aku tak kena hukum). so, dapat result, aku pilih kursus Bachelor of Human Resource Management (BHRM) kat universiti utara malaysia. dan jadilah aku sebagai seorang pengamal sumber manusia hingga kini.

oh ya... aku ada cerita pasal cita2 melibatkan anak aku, luqman hakim. aku tak pasti pernah cerita ke belum, aku cerita je lah yer....

suatu hari masa2 santai, aku saje2 tanya luqman mengenai cita-citanya.

ayah : luqman tau apa cita2?
luqman : tau.
ayah : luqman cita2 nak jadi ape?
luqman : luqman nak jadi posmen.
ayah : (sepantas kilat aku memulas telinga luqman)
luqman : (terkejut dan menangis)
ayah : (dalam amarah yg masih meluap) kalau nak jadi posmen tak payah ayah hantar sekolah. belajar bawak motor je.
ummi : ala bang, dia bukan tau posmen kerja apa. kecik lagi.
ayah : ye lah... cakaplah nak jadi bombake, poliske, doktorke, majestretke, ok lah. ini nak jadi posmen.
ummi : ala dia masuk sekolah nanti dia taulah kerja apa dia nak jadi. dah hari2 dia tengok posmen datang, tentu dia ingat posmen ni kerja best.
ayah : (memegang luqman dan meribanya) ayah mintak maaf, sakit tak?
luqman : (dalam sedu) tak sakit, ayah marah luqman....
ayah : dah... cukup nangis. ayah dah tak marah. jangan sebut lagi nak jadi posmen. kalau minat kerja pos, kena cita2 nak jadi manager pejabat pos. Ok?
luqman : ok.
ayah : dah, pegi salin baju, ayah bawa makan kfc
luqman : kfc... yey!!!!

izzi note :
aku tidak berniat menghina kerja posmen. ini cuma kisah aku anak beranak. yg tersinggung aku minta maaf. sebagai bapa, aku mengharapkan anak2 aku berjaya dalam pelajaran dan menjadi manusia yg hebat kerjayanya.

moral of the story:
1) posmen juga suatu cita2 mulia. tanpa mereka, tak sampailah surat kita (ayat cover ke??)
2) cita2 mesti ditulis dalam rekod masa belajar. kenapa mesti direkod 3 pilihan cita2 ye??
3) kfc buleh digunakan untuk pancing anak2 yg merajuk.

Sunday, May 24, 2009

Minat Gila kat Amy Mastura

Aku sangat jarang berentry baru hari ahad, tapi hari ni aku rajinkan diri. xtvt membeli brg mentah dah siap, anak2 dah dapat mainan baru dan asyik main dua beradik tu tanpa menggangu umminya yg melayan chanel tivi. hari ahad sebelah siang chanel tivi kami bagi kat ummi. siang isnin hingga sabtu, turn anak2. aku cuma layan selected channel je cam house, csi, ncis dan cerita tamil. kadang2 terfikir je nak tamatkan tivi berbayar sebab wife lebih suka layan tv9 yg banyak program keagamaan dan cerita yg dia faham iaiatu cerita indonesia. secara peribadi akupun dah tertarik hati sebab banyak pengajarannya, cerita malaysia? cam hampas! cerita hantu yg tak logik, cerita cinta yg hampes, cerita rempit yg menggalakkan kebebasan keluar masuk rumah antara bukan muhrim, cerita korporat melayu yg asyik dengki mendengki. tengok cerita pun stress, camne aku nak sokong industri filem melayu sekarang. that why aku suka layan tamil, lebih jujur. kisah kemiskinan, bunuh diri di jalan keretapi, mogok, dan sebagainya.

cerita tamil ye adik2, bukan cerita hindustan. cerita hindustan mmg dulu akupun berantu layan, dan filem terakhir aku layan ialah kabhi kushi khabi ghum (ejaan salah rasanya). dulu layan hindustan sebab heroin lawa2, boleh tengok pusat. up to one point, dan selepas satu peristiwa, aku dah tak layan cerita hisdustan langsung sampai sekarang.

cerita psl filem dan artis ni, aku teringat pagi tadi masa lepak2 baca mingguan malaysia sementara wife layan nasi lemak kopi o, oh ya, bila diorang tuka pengajara dengan format baru ye? rasanya dulu pengacaranya aziz desa, mek, dan sorang lagi tu. sekarang dah lain benor. cam tak best dah. argh... aku bukan nak cerita tu sebab aku bukan layan sgt, aku tertarik melihat kerana ada amy mastura.


Gambar ehsan http://www.amymastura.com

tertengok amy je aku terus layan terus. aku peminat amy mastura dari jaman aku belajar lagi. pernah masa belajar kat sintok dulu, aku ponteng kuliah semata2 nak jumpa amy mastura. aku ingat lagi masa tu amy mastura dalam jelajah promosi filem puteri impian. rasanya kat city plaza aloq setaq. turun je amy dari bas rombongannya, aku dan lain2 serbu, nak bersalam. ramai geng pompuan nak bersalam ngan chico, tapi aku langsung tak pandang chiko tuh. dapat lah salam. amy masa tu macam baru lepas mandi je dengan rambut basah, pakai jeans biru dan t'shirt putih, dengan bercermin mata (ada power ke spek tu amy?). pastu kami masuk dalam, dan dengar amy bersoal jawab dan kemudian menyanyi. selamat 3 kelas aku ponteng hari tu!

aku yakin ramai dari kita mmg minat artiskan? trend sekarang ramai minat artis korea pulak. sori filem korea cam winter sonata tu mmg sekali pun aku tak pernah tengok, tak minat. tapi aku setuju ramai gak lelaki yg layan crita leleh tu cam kawan baik aku si razman tu. siap beli dvd filem tu satu set. ko ni jiwang karat la man!

minat aku pada artis ni bercambah selepas aku akhil baligh lagi. masa tu akak aku suka sangat beli majalah urtv. artis pertama aku syiok ialah azie, ala penyanyi pelamin anganku musnah. dia artis pertama yg aku tulis surat (ishh.3x. malunya). cam biasalah artis akan balas dan sertakan gambar yg bertandatangan. artis lelaki berkumpulan yg aku minat dan tulis surat ialah bagio damasutra. kerana mamat nilah aku sering lompat pagar asrama keluar tengok funfair dia di jerantut (kalau korang selalu baca entry2 aku, korang mmg tau aku minat lagu2 damasutra). tapi kat mana aku simpan gambar azie dan damasutra ni aku pun dah lupa. dan mereka berdua je aku pernah anto surat.

bab2 band rock ni majoriti aku minat. search, wings, rusty blade, may, handy black, dan banyak lagilah. kalau tak salah aku, album pertama aku beli dengan duit aku sendiri ialah album handy black. yg dlm album tu ada lagu untuk natrah. since aku budak kampung dan dari keluarga yg susah, kami biasanya beli kaset dan bertukar2 kaset je. nak beli semua mmg tak mampu, dulu mana main cetak2 rompak ni. lagu aku suka beli kaset dapat poster. tampat dalam bilik, baru rock.

nak rock lagi kat sekolahpun aku & geng pakai seluat fit, saje potong kaki seluar dan sambung utk lebih rock, rambut ada jambul, pakai beg sandang ada gambar artis. kira rock abis lah.

apa korang tak percaya aku dulu rockers? percayalah......!

masa aku kerja kat apm dulu, staff2 akupun tak percaya. malah lebih teruk diorang ingat aku mat sivik atau geng baik. diorang uji aku lagu2 rock, artis rock..... kacang je aku jawab. diorang minta bukti, aku bawak gambar2 masa aku rock, terkujat mereka. azrin, zul, seha, vijaya.... jangan pandang saya sebelah mata ye. pandang sebelah mata tak nampak terang. gunakan dua2 mata. kalau tak jelas lagi, pakai spek mata.


moral of the story :
1) minat artis tak salah, jadi artis pun tak salah. yg salah jadi artis dengan niat nak kebas laki orang (kalau takde niat kebas tapi jatuh cinta, itu dimaafkan)
2)penerbit filem malaysia, tolonglah buat filem yg semenggah sikit.
3) kepada amy mastura; i'm ur big fan forever.
4) minat rock, seluar senteng, baju ganas.... tak bermakna tiada masa depan. may be boss anda sekarang dulunya lagi ganas rocknya.
5) belilah kaset, cd, dvd yg original. sokonglah industri muzik dan filem malaysia.
6) jom pakat beli album baru amy mastura "happy".

Saturday, May 23, 2009

Anak Dara atau Isteri Orang?

3 audit dalam seminggu benar2 buat otak aku penat. tambahan pula aku dalam mode payroll. 20/05/09 kena audit ts16949 oleh qmr/lead auditor. semalam (22/05/09) pulak audit dari howards consultants berkaitan set of payroll aku. kalau payroll memang sah aku sorang je la boleh jawab. sebab aku handle 5 set of payroll sebab ada 5 syarikat bawah HR, 5 kali jugaklah aku kena ausit dengan consultant ni. sebelum ni dah settle 2 syarikat, ini yg ketiga. the next two week ada lagi utk 2 syarikat. masa diberitahu ada audit ni akupun marah dengan account manager sebab tak diberitahu awal sedangkan mereka dah tau awal. alasan "lupa". damn lame excuse!

however, since kami punya system in order dan filing system is marvelous, senang je lah nak jawab dan show evidence. Alhamdulillah untuk payroll audit meskipun masa yg lama diambil sebab auditor baru terkial2 nak memahami system kami, dan dia berjaya dipeningkan oleh penerangan aku. ha.3x... saje gempak auditor baru grads!

belum abis audit group HR manager syarikat kami datang buat spot check dan audit. sebab audit payroll on and off sebab dia akan ambik masa buat audit trail dan sebagainya. sama je, dah mengejut nak bagitau pebendakan? lama jugak aku disoaljawab, dari jam 4pm hingga 7pm. macam biasa, mana2 system yg longgar akan ada cadangan utk pengukuhan, dan aku terima.

cerita pasal audit ni sebenarnya lebih berkait dengan memastikan system in order. dalam perhubungan juga perlu ada audit. err... maksud aku check and balance! kalau dah kahwin tu aku setuju perlu ada kepercayaan pada pasangan, tapi jangan 100%. paling sayangpun letak la 98% trust jee... mana2 pasangan sebenarnya ada kecenderungan utk curang, dan kecurangan ini biasanya datang by chances. sape kata org dah kawin tiada org nak dekat? dalam kebanyakan kes kita dengar, pasangan dah kahwinlah ramai org himpit. ala bukan jantan je, pompuan pun sama.

ada kata lelaki dah kahwin lebih romantik, lebih stabil, lebih proven, lebih caring dan segala2 lebih. dah kita tak hairan bila kebelakangan ini kita dengar ramai dah sanggup bermadu. same jugak dengan keghairahan lelaki bujang pada isteri orang. banyak faktor, dan salah satu faktor yg pernah melibatkan aku ialah kasih sayang dan masakan.

ini kisah lama.. wife akupun tau. malah family akupun tau. dan ini antara sebab serta merta aku dikahwinkan. begini kisahnya......

seperti lelaki2 normal diluar sana, aku memang mendambakan seorang wanita untuk diangkat sebagai isteri, dan bakal menjadi ibu utk anak2 aku. macam2 pompuan aku kenal, berkawan, berchenta dlm perjalanan hidup aku dari sekolah, universiti hingga ke alam pekerjaan. ramai... dari rakan sekelas, kawan sebelah kelas, org negeri itu dan ini, rakan sejawat, org gomen, promoter pakaian, toll gate girl, kerani, pekerja kilang, pelajar u, org bujang, dan bini orang. bini orang?

ye bini orang! bukan ku pinta, tapi pompuan ni yg datang by chances. akukan HR, kebetulan buat open interview dia datang dengan wajah ayu mintak kerja. dengan sijil dan pengalaman kerja dia ada, serta bonus muka dan body cantik, dia berjaya dapat kerja tu. masa tu aku dan boss aku yg handle interview OK! tiada unsur tawaran seks untuk pekerjaan yer! untuk nak label aku sebagai org tak senonoh tu tengok2 lah rupa aku dulu, muka innocent tau!

dlm form ditulis bujang. bila tanya dia cakap bujang. so, bujanglah. dia bujang, dan aku bujang senang; memang sesuailah. sebab dia baru, akulah kena guide dia, apatah lagi dia ditempatkan ditempat agak jauh dari HQ kami. so, selalu2lah aku melawat dia. dari kerja, sembang2 kosong, keluar makan2 dan akhirnya .........

ape! ingat aku buat menda tak senonoh ke? baca perenggan ke 8 untuk tau sifat aku. akhirnya..... "ku tak tau mengapa, tiba2 sahaja, didalam hati ini, sering rindu pada mu, ingin ku meluahkan, tak berdaya, ku tau engkau jua, sangat sayang pada ku...." (nyanyilah sampai aku kalau korang suka lagu ni). kebetulah masa tu aku baru putus kasih dengan org pahang (razman, alyn, zaulyn; aku tau ko tau sape dia. DIAM!!).

sebagai seorang bohjangan, aku suka perempuan yg kulit cerah, kurus, caring, yg pandai bergaya, yg pandai masak. ciri2 tu ada pada dia. memang dia kurus dan cerah sebab mix chinese dengan jawa banting. bergaya? dah model sambilan, korang sendiri mau ingatlah. memasak mmg terer, sebab banyak kami dia bawa makanan utk aku sarapan, makan tengahari dan bawa berkhelah.

pernah suatu ketika kami bercuti dipulau ketam bersama beberapa ahli keluarga angkat dia, org india. dalam feri, kami memang tumpuan. 6 orang kot, aku dan dia je melayu. since dia mata sepet dan free hair, dan dressing power, ramai tersalah anggap dia cina. yg lagi celaka org salah anggap aku india! bijingan! dalam feri kami duduk berdua, manakala yg lain duduk kerusi2 lainlah. masa bercakap dengan dia memanglah aku cakap melayu sebab aku mana tau cakap jawa. tiba2 ada sorang nyonya ni tegur "lu olang aaa... kalau kawin musti anak cantik". si dia bertanya "kenapa untie?". mesti cantik maa... emak cina, ayah india, anak mesti cantik ma... cindia".

ikutkan hati mau je aku humbankan nyonya tua tu ke dalam laut tu, tapi sebab dia si dia aku tengok kembang hidung (ala hidung dia kemek)bila disebut 'kawin' dan 'anak', aku diam je. macam ni punya ensem disamakan dengan rajinikhant! tak patut! tapi aku faham sebab diorang nampak aku dan dia cakap melayu kerana anggap yg ramai2 tu family aku, dan cina cakap dengan india mestilah cakap melayu. adik2 angkat india tu pulak mmg kelihatan sangat manja dengan aku. lagi satu, dressing akupun cam india jugak sebab memang masa tu aku kerja company india. pengaruh tamil nadu kuat. aku pakai rantai tali, dan gelang tangan tali mcm org india. si dia pulak gatal2 taruk nandek di dahi.

Allah maha kaya! dah 6-7 bulan bersama, akhirnya pecah status. kami bertengkar kerana gara2 aku enggan pakai pakaian yg dibelinya untuk menemankan dia ke satu photo shoot. dia tersebut pasal suami dan anak. dari situ aku mulai renggang, kerana tak mau jadi macam satu artis yg kena bunuh masuk dalam guni dan dihumban ke gaung. memang sukar melepaskan diri dari cengkaman wanita berkahwin rupanya. pernah beberapa kali dia serbu rumah bujang aku bila aku enggan keluar atau jawab telefon. malah dia suka2 hati akan call family aku dikampung. si dia berusaha meyakinkan aku bahawa dia dah tiada sayang pada suaminya dan dalam proses bercerai. memang godaan kuat, malah aku pernah berfikir untuk teruskan hubungan. malah aku pernah beberapa kali keluar bersamanya dengan anak ke sekitar shah alam. malah pernah terserempak dengan kawan sekampung di kompleks pkns shah alam tengah mendokong anak. dah nama pompuan, kecoh satu kampung aku, dan memaksa aku menjawab dengan keluarga.

"betul papa, anakmu ini masih teruna (kawan aku cakap teruna ada 1000 kali). anakanda belum bernikah di siam seperti didakwa. anak itu memang anak perempuan itu, tapi perempuan itu bukan isteri anakanda". "percayalahhhhhh....!"

ia memaksa aku berterus terang dengan family aku dan akhirnya aku kahwin.....

.....dengan isteri aku sekarang. so, tiada lagi gossip2 ok! ada hati nak kawin lagi ke? soalah bodoh tu? sebagai lelaki memang lah ada, tapi keluarga sekarang dah cukup memberi aku segalanya; kasih sayang, cinta, segalanya.....

nota untuk isteri tersayang :
seperti abang katakan dulu, sejak terlafaznya akad nikah kita dulu, cinta dan kasih abang hanya untuk sayang dan keluarga kita sahaja. sekalipun abang tak pernah curang, hingga kini. jeling2 pompuan cantik tu, biasalah! he.3x...


moral of the story :
1) pilihan parent biasanya terbaik.
2) jodoh boleh dicari, tapi kena percaya Allah yg menentukan segalanya.
3) jangan scandal dengan bini atau suami orang.
4) jangan pegi pulau ketam untuk berkhelah, itu pulau tak sesuai. nak memancing bolehlah.
5) kalau terjumpa lagi nyonya tu dan dia sekali lagi cakap aku india kawin cina, aku humban dia dalam laut betul2.
6) kalau terlanjur kawin dengan suami orang di siam, pastikan register kawin balik di malaysia (nasihat membunuh ape ni?)
7) intai2lah pasangan anda kemana dan dengan siapa ia keluar. bukan nak menjahanamkan korang, tapi agar keluarga korang terus bersama.

Thursday, May 21, 2009

Sambutan Hari Bapa

Aku yakin ramai dah bersiap2 untuk balik kerja atau dah dalam perjalanan balik kerja sekarang ni. hari ni hari bapa, so tak leh lengahkan masa. siapkan kerja memasak, makan awal, tidurkan anak2 dan barulah selesa menyambut hari bapa.

aku yakin semua pasangan suami isteri yg sah tanpa mengira bangsa dan agama pasti enjoy menyambut hari bapa. nama je hari bapa, tapi kehadiran anak2 untuk menyambut hari bapa bersama2 ibu bapa adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

buat bapa2 yang malam ini tak dapat menyambut hari bapa kerana isteri mereka bercuti sempena kehadiran tentera merah jepun atau sempena hari walladah, sabarlah! bagi yang tengah perang2 dingin tu, masih ada peluang menyambutnya. kalau bilik ada aircond tu pastikan tekan suhu bawah tahap beku,nescaya yg dingin tu akan jadi PANAS!

sebenarnya aku cuma nak cerita kisah aku di pasaraya beberapa ketika dulu. masa tu anak baru sorang. kami ke pasaraya... dalam doq belek2 benda nak dibeli, tiba-tiba.....

aku disapa oleh seorang opismate india masa sykt pertama aku dulu. ini transkrip perbualan dalam yg dah aku alihbahasakan ke bahasa melayu.

kak thana : eh.eh... izman kan?
izman : ye. kak thana buat ape kat sini?
kak thana : beli barang sikit. izman kerja mana sekarang? rumah mane?
izman : kat syarikat "ToooT" . rumah dekat 'tooot". mana asben akak?
kak thana : akak suruh dia cari barang. ikut saje buat ape? (akak ni memang garang).
izman : ye ke...

melihat aku bercakap dengan pompuan, wife aku mula datang kearah kami. perbualan seterusnya menggunakan mode bahasa melayu, tanpa subtitle tamil.

izman : ini wife saya. ini anak saya, luqman. (mereka bersalam)
kak thana : ini makwe kedah ke makwe pahang?
izman : (menelan air liur) err... pahang (wife aku memang orang pahang)
kak thana : lain muka sekarang ye, rasa pernah jumpa sekali dulu kan?, masa tu tak pakai tudungkan?
wife izman : (blurr tapi tersenyum kelat)
izman : err... bukan la akak.
kak thana : pandai la you izman. cinta sana sini, mau kawin suruh ayah cari (ayat sinis)
izman : (berdesing telinga) takde la akak, bukan jodoh.
kak thana : lelaki! lepas bosan, tinggal, lepas tu cakap tak ada jodoh!
izman : (cuba kawal emosi dan berlagak macho depan wife)akak duduk sentosa lagikan, jauh datang beli barang dekat econsave.
kak thana : masih dekat sentosa. hari ni pergi kuil pandamaran, singgah teruslah beli sini. (memandang wife izman dan berkata) adik, izman ni jaga baik2 sikit. jangan bagi dia keluar sorang2, bahaya dia ni.
izman : (menyampuk) saya sudah baik la akak.
kak thana : itu n**** ada contact lagi tak? masih jadi model?
izman : dia ada call bagitau suruh beli majalah dia jadi model. sudah cerai dia punya suami la akak, saya tak mau layan lagi, nanti saya susah.
kak thana : baguslah. oklah akak cari asben dulu. itu worang kalau takde check tak tau apa dia beli.
izman : ok kak (sambil melirik arah wife yg muka dah muncung)

apa kesudahannya malam tu?
tiada sambutan hari bapa la.......


moral of the stori :
1) kalau terjumpa kawan lama yg jenis mulut tempayan atau mulut bau longkang, lari! kalau tak sempat lari, cari helah untuk mengexcusekan diri.
2) elakkan ke pasaraya atau ke tempat awam pada hari khamis. kejadian terlepas hari bapa boleh dielakkan.
3) jadilah pasangan yg setia, jangan pasang ramai spare parts. berdosa tau mainkan perasaan orang.
4) kalau pasang ramai pastikan orang lain tak tau. jangan suka2 introducekan pada kawan2 mulut tempayan. kalau terserempak, kelentonglah cakap itu saudara jauh mintak tolong atau kita tak kenal walaupun terserempak tengah pimpin tangan.


izzi note :
jangan risau, entri ni aku dah pastikan wife aku tak baca malam ni. he.3x....

Wednesday, May 20, 2009

Psikologi Kanak-kanak

He.3x.... ada gak yg ingat kat aku ye, baru dua hari tak hapdet dah ada yg call, email, sms dan tinggal note. Terima kasih, at least aku tau aku ada kawan2 yg sudi bertandang walaupun selalu merapu.

aku sihat, family aku sihat, aku tak membuat entry baru kerana kesibukan kerja dan kena audit 20/05/09. balik rumah nak pegang laptop pun dah rasa nak muntah. dengan meeting pun satu hal, kadang2 meeting masuk jam 1pm dan hanya boleh keluar jam 630pm. itupun cuma lari2 keluar untuk solat dan kencing je. untuk makan minum semua disediakan. kembung perut aku asyik nescafe gold, pastu tea cina, pastu kopi.... kalau dihitung2, rasanya aku lebih banyak bermeeting dari bekerja. tapi meeting tu kerja jugak kan!

apa aku nak stori yer.....

aku cerita sikit pasal anak aku, luqman hakim. malam semalam, sambil layan tv, wife bercerita yg luqman mengadu kat dia pasal hari guru. ye lah dia kan sekolah tadika. luqman mengadu ramai kawan2 dia bagi hadiah pada cikgu dia. laaa.... akupun langsung tak terfikir. aku kemudian saje tanya2 luqman apa hadiah yg member2 dia bagi. luqman cakap ada bagi bekas pencil, ada bagi buah, bunga, buku, kain tudung dan sebagainya. nak keluar cari hadiah, dah lewat, dan langsung tak de idea nak beli apa. tengoklah malam karang aku fikirkan.

luqman pun satu, aku yg hari2 hantar dan jemput dia dari sekolah, tapi banyak2 benda dia selalu cerita dengan ummi dia. aku biasakan setiap kali jemput dia balik aku tanya apa belajar hari ni? makan apa hari ni? main apa hari ni? tapi sikit je dia jawab. dengan ummi dia banyak pulak dia cerita. dah aku mula setuju bahawa yg aku belajar masa kelas psikologi masa uum dulu ada jugak kebenarannya. anak lelaki akan cenderung berbaik dengan emak berbanding ayah, dan begitulah sebaliknya.

aku setuju, anak pompuan aku pika lebih manja dengan aku. kalau aku ada dirumah serba serbi mintak aku buat. ayah buat susu, ayah nak main computer, ayah nak jalan, ayah nak dokong. pantang aku tinggikan suara sikit, menangis mengalahkan orang kena pukul.

aku rasa rugi tak tumpukan perhatian masa kelas psikologi puan nadia (kot?) dulu. dia baik sangat, awal2 kelas dah bagitau sapa nak A, kelas tak leh ponteng, kehadiran penuh, kena buat assigment tambahan, kena pakai tag nama besar, kena duduk 2 baris depan. nak gred B kena bla.. bla.. bla... Aku? aku pilih gred lulus je, gred apa tah aku lupa. untuk gred ni, cuma perlu duduk mid sem dan final, kelas ikuit suka hati nak datang tak, tak perlu assigment! suka la aku, lagipun aku bosan kelas dia.

bosan bukan kerana dia tak pandai mengajar atau apa, tapi aku bosan sebab dia ajar psikologi dari jaman budak2 hingga tua. aku kan mat reggae, mana layan bab2 remeh ni. aku cuma pentingkan isu2 dunia je (Cisss!!). aku kurang suka sebab puan ni ajar terlalu detail, mengantuk aku. contoh pernah dia ajar bab kanak2 nak masuk alam dewasa. dia akan cerita macamana perubahan peti suara, pertambahan hormon, kemudian cerita pertumbuhan bulu2 di ketiak, kumis, jambang, bulu dada dan bulu kemaluan, mimpi basah, keinginan seks dan sebagainya. untuk perempuan diceritakan detail dari pembesaran buah dada dan puting, darah haid dan sebagainya. sebagai orang kampung aku tak selesa walaupun itu pembelajaran. tu yg aku selalu ponteng (alasan!!!).

cuma aku pernah mengesal ponteng kelas puan nadia. suatu hari masa kelas dia, tiba2 ada pop kuiz yg bernilai 5 markah dari markah keseluruhan paper dia. banyak tu! pelajar kena lukis pemandangan psikologi ditepi pantai. ALAMAK! apa kejadah ni? apa aku nak lukis. nak meniru memang aku tak suka (sebab dah kena duduk jauh2). aku tengok geng2 ponteng aku semua muka cam aku, muka cuak! Argh!!! lukis pemandangan tepi pantai; aku lukislah pokok kelapa, pantai, ombak, ada bot, budak2 main2 pasir dan bola, orang berkelah. Keputusannya....

memang tak betullah! Jawapan salah! aku cuma dapat 1/5 markah. markah kesian kot. dan sampai sekarang aku masih tak tau apakah yg dikehendaki dari lukisan tu.
cuma lepas kelas tu aku jadi rajin sikit ke kelas dan mula berbaik2 dengan
pensyarah.

Moral of the stori
1) jangan ponteng kelas. kan dah kantoi.
2) kena berbaik2 dengan pensyarah/cikgu untuk lebih markah kesian.
3) apa kita belajar masa sekolah ada gunakanya dalam kehidupan. so,
belajarlah!

Saturday, May 16, 2009

111 Cara Mudah Berjimat Cermat

TERIMA KASIH pada sahabat blogger aku saudara Arman Arshad @ kuchalana (http://kuchalana.blogspot.com)atas pemberian buku nukilan beliau yg sedang PANAS di pasaran sekarang. Buku ape? sabarlah... tungulah aku cerita abis dulu. nafsu serakah betullah korang ni.



sebenarnya aku pernah lihat buku ni kat mph, tapi sebab masa tu budjet untuk buku untuk bulan tu dah abis, aku kiv dululah. korang taulah, kalau awal bulan buku2 yg aku wajib kena beli ialah majalah gila-gila, 2 buah novel, dan mastika. untuk anak2 pula majalah kartun G3 dan buku cerita kanak2. untuk wife majalah pa & ma, mingguan wanita, majalah rasa. kalau ada budjet lebih aku akan beli readers digest dan malaysian business. apa aku melalut ni, mari kita kembali ke pangkal jalan masa aku cerita pasal buku si kuchalana ni.

kebetulan melawat blog kuchalana tu dia baeekk punya promote dia punya buku. sebagai kawan akupun promote la buku dia kat blog hobi aku. aku rasa dah lama gak aku kenal dialam maya dengan si kuchalana ni. macam2 business dia buat; ada kedai komputer, ada business kambing, kemudian jadi penulis buku. dan terbaru jadi bapak ayam pulak. salah? sori yop.... maksud aku dia start bela ayam. bukan ayam pakai skirt pendek, makan kuaci dan melukah ditepi tangga tu, ini betul2 punya ayam. kalau dekat mau je aku beli ayam dengan ko je bro, tapi ko duduk jauh di bangi.

buku "111 CARA MUDAH BERJIMAT CERMAT" karya sahabat aku ni sangat sempoi. tengahari tadi (16/05/09) aku dapat kiriman pos ekspress dia, dalam kurang sejam dah abis baca. siap khatam lagi. KHATAM ye adik2. nak berKHATAN apa kejadahnya dah tua bangka ni. tuk mudim pun geli nak pegang.

buku ni kecik cinonet je, dalam 50 pages je (tak termasuk intro dan penutup). apa sikit? tolong sikit ye.... kecik bukan sebarang kecik, tapi sarat dengan info berguna. ayat2 yg diguna cukup bersahaja, dan menggunakan bahasa2 yg mudah kita hadam. apa kejadahnya buku kalau guna ayat2 bombastik tapi pembaca haram tak faham. lebih menarik beliau berjaya membawa pembaca mengaplikasikannya di dalam diri, keluarga dan persekitaran.

beliau mengajar kita cara berjimat dengan sesuatu benda yg kita nampa enteng tapi sebenarnya berkesan. contohnya beliau nasihatkan jangan berlebihan modified kenderaan, cara penggunaan kad kredit, penjimatan ulitili (air, letrik, telefon), berjimat dengan makanan (ni payah aku nak ikut la bro sebab aku suka makan. tapi aku cuba). cadangan pemakanan dalam dulang pada aku menarik kerana ia kembali kepada sunnah dan eratkan kekeluargaan.

aku setuju dengan ko bro bahawa tak perlu malu dalam berjimat. amalan penjimatan dengan bawa bekal ke pejabat, potong tv berbayar kalau tak gunakan, berkongsi kereta, lupakan kad kredit, lupakan junk food (makanan ringan), lupakan fast food dan sebagainya. aku setuju dengan cadangan ko tu cuma aku rasa perlaksanaannya akan ambil sedikit masa. biasalah kita dah di zon selesa, semua benda termasuk tv berbayar, henpon mahal, perabot mewah, kereta mewah, makan fast food, semua barang branded dan sebagainya adalah suatu kemestian dan 'part of life'.

aku sebenarnya setuju dengan ko yop bahawa dengan berjimat, kita sebenarnya akan berduit. nasihat ko tentang disposekan perabot lama dengan cara trade in bagi beli perabot baru, dan menjual barang2 terpakai seperti suratkhabar lama, bekas2 air dan sebagainya akan menjana sedikit duit selain penjimatan.

lepas baca buku ko tadi, aku saje borak2 dengan wife dan aku nampak at least 46 cara penjimatan dalam buku ko dah boleh aku laksanakan serta merta terutama dalam penjimatan ulititi, kenderaan, shopping, komputer dan henfon, dan perbelanjaan harian. dan aku aku cuba lihat kesannya pada penhujung bulan ini. kesannya pada bil bulanan dan pada poket!

oh ya... bagi gadis yg sedang terintai2 calon suami kat pasaran sana, korang patut beli buka ni. cinta bukan setakat ucapan 'I lap u' je dik oi... penulis ada sedikit nasihat bagaimana memilih pasangan agar tak makan megi hari2 lepas kawin. ye lah... nak kawin tak nyempat2, buat personal loan lagi. dah kawin pelbagai komitmen kewangan wujud dan kerana kesempitan kewangan, rumahtangga cerai berai.

bagi yang ingin berjimat dimasa gawat ni, atau sekadar suka membaca, aku senaraikan sekali lagi info ringkas berkaitan buku ni :-

Tajuk : 111 Cara Mudah Berjimat Cermat.
Terbitan : TrueWealth
Edaran : MPH and Kunikoniya
Harga Buku : RM19.90

Boleh juga didapati secara online di http://www.bookplanet.com.my/

Atau email ke papai_olive@yahoo.com

Friday, May 15, 2009

10 Fakta tentang Diri Aku (Auta??)

Ini aku terima award dari kawan sekampung iaitu cikgu eeda damak (http://eeeda-damak.blogspot.com). eeda ni aku kenal dah lama, rasanya sekelas dengan adik aku kot. dah lepas lama tak dengar khabar tiba2 dia muncul kat blog aku. kemudian tukar2 nombor telefon. ada berapa kali tah dia bercalling2 dengan wife aku yg juga dia kenal. "Selamat Hari Guru". ni hah award yg dia bagi:-



10 fakta dan hobi aku? sebenarnya banyak kalau nak senaraikan, dah mintak 10, aku bagi 10 je la yer... kang kata tak menjawab soalan pulak. jawab soalan dengan cikgu-cikgi ni kena hati2, silap2 bagi kosong markah, atau lagi silap kena denda. he.3x..

1) suka layan movie, terutama filem tamil (ada org cakap muka aku ada iras2 pelakon tamil nadu. ada ke?? sampai hati tau diorang ni. )

2) aku suka kumpul duit syiling. apa2 syilingpun termasuk syiling lama, baru, dlm dan luar negara, duit token games dan kasino, koleksi terhad dan sebagainya. kini ada kira 700-800 keping rasanya. kalau sape nak sedekahkan syiling lama atau nak barter trade atau nak jual murah2 boleh contact aku.

3) aku suka makan. tapi aku sangat elergik pada bawang. bawang putih, bawang merah, daun bawang, bawang besar semuanya aku tak leh makan. kalau makan? Tuhan saje yg tahu deritanya aku. diulang, aku tak boleh makan bawang, tapi aku suka kalau masakan diletakkan banyak bawang. kalau tergigit, memang muntah hijau aku. aku rasa aku ada keturunan bawang putih bawang merah dalam cerita melayu lama tu, atau aku ada persaudaraan dengan pelakon indonesia comel dlm bawang putih bawang merah tu (perasantan!).

4) aku suka bercakap, aku boleh cakap tanpa henti berjam2 kalau kena topik yg sesuai (dan lawan bercakap yg sesuai)

5) aku suka baca novel. kalau novel kena citarasa aku, aku akan pulun baca sampai habis walaupun dah lewat malam atau awal pagi. kalau yg tak best, 3 minggupun belum baca habis lagi.

6) aku ni friendly. aku suka berkawan dan senang dapat kawan. kalau aku dalam mode 'bengong' aku suka bersendiri dan malas buat kawan baru.

7) aku suka layan keluarga aku. melayan wife dan anak2 1000 kali lebih best dari melayan boss kat pejabat.

8) aku agak laser. so aku tak suka kawan dengan orang yg telinga nipis. gurau sikit, terasa hati. kutuk2 sayang sikit, merajuk. get lost!

9) aku suka majalah kartun dan segala bentuk komik. kalau dah start baca.... aku dah tak peduli orang kiri kanan. tapi aku tak setuju dgn feel makbapak yg larang anak2 baca komik takut anak jadi bodoh. aku dari belum baligh baca komik, ok je. kat 'u' ada prof yg baca komik, selamba je dia pandai.

10) aku suka jalan2 dan melancung. biasanya setahun aku peruntukan 3 kali melancung ke tempat2 yg agak best utk family. yg dekat2 tu takyah cerita daa... kalau boleh aku nak melancong tiap2 hari, tapi duit takde.

dah abis la..... lepas ni nak fikir nak jawab tag maksu pulak. cam no ni, approval gambar belum dapat ni???

oh ya.... kalau sape2 berminat bab2 hobi atau saje2 nak tau hobi2 aku, pegilah blog hobi aku yer di http://interestinghobby.blogspot.com

Selamat Hari Guru (16/05/2009)

"kami guru malaysia, berikrar dan berjanji, akan membimbing dan mendidik, putra puteri negara kita" aku rasa itulah bait2 lagu yg akan dinyanyikan oleh para guru sekolah kita setiap kali ada sambutan hari guru. abaikan kalau lirik tu salah.

aku secara peribadi menyucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua guru yg pernah mengajar aku secara langsung dan secara tak langsung, secara formal atau tidak formal, yg aku sayang atau dalam golongan cikgu aku benci. benci cikgu? memang ada cikgu yg aku benci, itu fakta. cikgu kelas pertanian yg paksa kelas aku bawa baja tahi lembu ke sekolah hari2 antara cikgu paling aku benci (aku bukan kelas pertanian la wei). cikgu matematik yg suka denda aku jalan dalam longkang setiap kali ada aku buat salah, padahal orang lain takat kena denda berdiri je, aku benci. dan walaupun dah berpuluh tahun, nama2 cikgu yg aku benci ni masih terpahat dalam memori, dan sering menjadi mangsa kutukan bila group2 kami berkumpul. dan aku tau, perasaan dendam itu tidak baik.

aku setuju, susah profession guru ni, bukan semua yg cikgu buat akan disukai. tapi status guru bukan sewenang2nya menghukum. aku setuju, aku agak rebel tapi aku juga antara yg bijak (peringkat kampung aku la...)aku tak pernah benci cikgu disiplin walaupun pernah dipotong rambut dan hukuman lain, tapi cikgu yg suka 'mark' pelajar dan pilih kasih memang aku tak suka.

tapi keseluruhannya lebih ramai guru yg aku sayang dan masih ingat kebaikan mereka berbanding cikgu yg aku tak suka (aku janji akan lupakan keburukan mereka dan memaafkan keagresifan mereka dalam mengajar aku). banyak juga yg aku masih berhubung. malah ada sorang ustaz yg suka sangat tegur aku masa aku sekolah dulu dengan cukup berhemah, kini jadi biras aku. masa aku akad nikah, dialah yg ajar aku (sekali lafas je yer!).

cerita pasal cikgu ni, aku pernah ada pengalaman pendek jadi cikgu. lepas result stpm sementara tunggu panggilan "u", aku jadi guru ganti ada cikgu bersalin. sekolah rendah depan rumah papa aku je. 2 bulan kot. aku ajar subjek 'alam & manusia' darjah 6, pendidikan seni tahun 2, dan pendidikan jasmani tahun 4. jadi cikgu sekejab tu baru aku tau ingat senang ke jadi cikgu? susah wooo... apatah lagi budak belum mumayyis. ajar alam dan manusia, kacang je... ajar pendidikan jasmani? pun kacang buncis je. ajar pendidikan seni yg paling sukar. dah la budak darjah dua, bila aku bagi kertas bergambar untuk berwarna, macam2 warna yg aku dapat. contoh lukisan ayam jantan, bila mereka warna, ayam jadi warna biru, purple dan pelbagai lagi. fening wooo nak bagi markah. sekarang anak aku si luqman pun ada gak stail warna suka hati tu (rujuk entry2 lepas kalau nak tengok gambar luqman warnakan).

kebetulan masa aku jadi guru ganti tu sempatlah aku join macam2 aktiviti sekolah. akukan hyper aktif. kebetulan guru besar sekolah tu bekas cikgu aku masa sekolah rendah dulu, dan kami terus berhubungan hingga aku ke universiti. penolong kanan pula jiran papa aku, dan aku kenal dia dari kecil. jadi walaupun setakat jawatan guru ganti (dan tak terlatih)aku aktif sebagai ajk majlis2 sekolah. sukaneka, aku join sebagai pengadil. perlawanan persahabatan, aku jadi pemain bola (masa tu fit lagi). majlis maal hijrah, aku deklamasi sajak aku cipta sendiri.

dan masa hari guru, kebetulan aku masih mengajar. masa perhimpunan hari guru, aku tumpang semangkuk (dgn muka tak malu) menyertai para guru menyanyi lagi 'kami guru malaysia'. sebak beb! terasa besarnya tanggungjawab pada bangsa dan negara walaupun hari terkahir aku cuma beberapa hari selepas tu. selepas selepas ucapan, nyanyian... pengacara mengumumkan bahawa murid2 boleh menyerahkan hadiah kepada guru2 kesayangan mereka jika ada. aku yg sedar diri sebagai seorang guru ganti mula menyusup keluar dari pentas. bersama aku meyusup keluar ialah geng2 guru disiplin dan guru2 garang. dah beberapa tahun mereka disitu, dan mereka insafi diri bahawa mereka bukan golongan yg disayangi (tau tak pe!). tiba2.....

ada seorang murid panggil aku "cikgu izman", aku berpaling dan seorang anak murid darjah 6 yg comel kelihatan. dia menghulurkan bungkusan kecil hadiah. aku mengucapkan terima kasih (sambil memandang geng2 cikgu tak disayangi tu. aku bukan geng cikgu tidak disayangi tau!). keseluruhannya aku cuma dapat 2 hadiah kecil, tak silap aku set pen kilometriko dan bekas pensil. aku tidak menjurus kepada berapa harga hadiah mereka kerana ia tidak ternilai buat aku. lagipun itu sekolah kampung, dan 99% adalah anak penoreh getah.

dari kecil hingga peringkat univ, guru2lah yg banyak membantu aku untuk berjaya. aku akan ingat jasa2 mereka selalu. sebab tiada gambar sesuai nak dipublishkan (ada org komen dlm email kenapa lama aku tak siarkan gambar)aku saje siarkan gambar aku masa kat uum. ada kaitan ke? aku punya suka la ada kaitan ke tak, ini blog aku.

Ini gambar rasmi pertama aku kat uum. pakai batik lagi. tak yah pening2 carik, aku tak malas nak buat peraduan "cari izman" sebab aku yakin ramai akan cari seorang lelaki yg kulit hitam, badan gempal, muka tembam dan pakai spek. lagi cilampret aku yakin last2 majoriti padankan aku dengan geng kutty kat dlm gambar tu.


Aku rasa ni je kot gambar dengan lecturer dan semua student aku ada. ni pun ada satu persatuan apa tah ambik gambar untuk kutipan wang, kira jual gambar lah. jangan tersalah pilih yg mana aku, aku dah siap2 bulatkan gambar aku. jangan pelik, masa tu aku slim river lagi.


sekali lagi 'SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru2 di malaysia, afrika barat, selatan mogadishu dan dimana2 anda mengajar. kepada geng2 guru yg sudi menjadi sahabat maya aku seperti cikgu jane, cikgu xiiinam, cikgu shifu67, cikgu noor, cikgu jejakalkindi (ko cikguke??), cikgu eeda damak, cikgu nurazzah8 (status pengajar jugak kot akak ni?), cikgu tommy ho, dan sape2 lagilah. kalau salah pangkat tu sori la yer. aku ni masih "budak2 baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan".

Thursday, May 14, 2009

Kahwin tu BEST!

Hari ni ada sahabat bertanya kenapa tidak pergi ke majlis perkahwinan seorang bekas pekerja syarikat sekarang, padahal cuma 5 km dari rumah aku. Astaga! aku lupa. kebetulan majlisnya hari ahad, dan hari ahad aku bersama keluarga ke putrajaya. Maafkan saya "Ainol Adam". nanti saya belanja kamu sate kajang.

cerita pasal bab undangan orang kawin ni, memang banyak terbaru aku terima. maklumlah hujung bulan ni dan awal bulan depan ni cuti sekolah. dalam nak kawin dan dalam perkahwinan, macam2 kita dengar dan adakalanya macam cerita lawak gila-gila pun ada. masa jaman toknenek kita dulu, kita tak heran kalau perkahwinan mereka yg hanya kenal bila selepas akad nikah. mereka hidup bersama berpuluh2 tahun, tak de kecoh pun. la ni, kita sibuk nak berlumba nak tunjuk sape kahwin paling singkat. ada sebulan, malah ada 10 haripun. Astaga!

gelagat berkahwin pun pelik jugak, ada yg sah jadi lakibini tapi tak nak bersetubuh. dan ada juga dah sah bercerai tapi masih melakukan persetubuhan. aku orang jahil, jadi biarlah tok2 lebai dan mahkamah kita adili.

bercerita pasal kawin, tetiba aku teringat tag dari maksu (http://ceritakosong.blogspot.com) yang minta siarkan sedikit gambar perkahwinan. dah bedek wife, tapi tak jalan. dia kata segan nak tunjuk gambar kahwin. kalau ikut hatipun saya segan gak sebab majlis kecil2an je dan buat kat kampung dan bukannya kat hotel mewah. tapi mengenangkan budget ciput, kami buat selayaknya saje. alhamdulillah segala yang wajib tu kami adakah sekadar mampu.
maksu, nanti saya usha kebenaran, nanti dia tak bagi tapi saya siarkan, kecik ati pulak kalau dia baca blog. saya dah siap scan, dapat green light je saya publish.

teringat kisah orang kahwin, aku stori sikit pasal perkenalan aku hingga kahwin. kami memang sekampung, ada persaudaraan, tapi aku langsung tak kenal wife aku. padahal aku dan ayah wife aku sangat rapat. may be kerana tuhan masih belum buka pintu hati aku untuk berkahwin, dan boleh jadi juga tuhan tidak mahu membuka pintu hati aku pada masa tu kerana kebuasan nafsu aku (maksud aku kenakalan). boleh jadi kalau masa tengah mengganas tu si dia berkenalan dengan aku, kami juga tinggal title bekas kekasih je kini.

pada yang kenal aku, mereka dapat sahkan bahawa aku bukanlah dalam golongan lelaki macho, hensem dan sewaktu dengannya. sedikit keistimewaan aku hanyalah 'muka yang manis' bak kata arwah tan sri p.ramlee "hensem tiada, manis ada....". dengan ketidakhenseman itulah barangkali gadis2 cantik lebih selesa dan rasa selamat berdamping denganku. he.3x, silap besar!

Ikhlas, masa aku pertama kali terpandang isteriku di masjid kg razali, kuantan; aku terus jatuh cinta. biasanya pun tengok pumpuan cantik memang aku terus jatuh cinta, tapi kali ini ada niat untuk memperisterikannya. kurang 10 minit kemudian aku terus cakap kat papa aku aku tertarik padanya. keesokkannya dah kecoh keluarga terdekat, dan masing2 menyuruh aku segera menanda. aku masih berat hati sebab 'kawan2' yang ada tu masih belum aku lepaskan. dalam aku doq fikir tu, makcik2 aku dah pegi risik dah. selang 2 hari datuk aku yg terlebih advance tanpa tanya papa aku terus meminang untuk aku. dalam tempoh seminggu kenal, tak sempat bercakap sepatah ayatpun, dia dah jadi tunang aku.

dalam pertunanagan, hanya 2-3 kali bertemu dan ditemani kakak aku. jumpa berdua hanya sekali je kot. dalam 6 bulan bertunang, kami akhirnya bernikah. Alhamdulillah perkahwinan kami masih utuh dengan sepasang cahaya mata. insyaalah, bulan 9 nanti dapat sorang lagi.

sape kata kahwin tak seronok?

memang seronok!

Wednesday, May 13, 2009

Harap Peristiwa 13 Mei Tak Berulang

Hari ini 13 Mei. suatu masa dulu pada hari ini, bangsa kita dengan bangsa lain berperang sakan. mengikut sejarahnya ramai di kedua2 pihak terbunuh. aku pernah dengar cerita dari datuk aku bahawa banyak bangsa lain berjaya dibunuh sebelum mereka menjadi mangsa bunuh. orang2 melayu tidak lupa menunjukkan kekuatan sentaja nyata dan senjata ghaib. malah ramai barangkali tau tentang orang melayu yang berpencak atas pucuk pisang dan keris atau pedang terbang sendiri mencari mangsa.

aku tidak mahu berbangga dengan sejarah itu, kerana dua2 pihak kerugian. orang india tidak terlibat sangat dalam peristiwa itu kerana bangsa cina dan melayu yg bergaduh.

namun aku lihat bibit pergaduhan sentiasa ada walaupun hingga kini. kita barangkali masih ingat peristiwa pergaduhan di kampung medan, kes kuil di pulau pinang dan shah alam. aku memang tidak mahu melihat pertumpahan darah sama ada melayu vs cina, melayu vs india, india vs cina, atau pergaduhan sesama bangsa aku sendiri. kalah jadi abu, menang jadi arang. semua pihak rugi, dan lebih perit, kebencian dan dendam itu akan menjadi onar pada perpaduan bangsa malaysia.

aku yakin bangsa cina, india, singh, dan sebagainya; kalau disuruh balik ke negara asal nenekmoyang mereka, merekapun dah tak sanggup. so, duduklah dengan aman. dah duduk di tanah melayu; belajarlah hormat tuan punya tanah iaitu orang2 melayu.

gomen pada aku kena banyak lagi usaha nak pastikan tiada lagi pengelasan kaum mengikut pekerjaan yg antara punca pergaduhan kaum. jangan cakap takde la wei... bukak mata luas2 dan pandang betul2. ini antara pandangan aku yg melihat beberapa pekerjaan utama berdasarkan kaum. Ia, memang ia tidak tepat dah aku cakap tadi berdasarkan pandangan aku, tapi buleh jadi betul. layan je lah:-

1) pemandu teksi/ bas = melayu
2) nelayan = melayu
3) pekerja kilang = melayu
4) pemilik kilang = cina
5) tokey kedai besi buruk = india
6) driver lori = melayu / india
7) askar / polis / gomen = melayu
8) pekerja estet = india
9) peguam = india
10) cikgu = melayu
11) doktor = cina
12) pekedai = cina
13) kontraktor = cina
14) 'along' = cina
15) mekanik = cina
16) pegerai = melayu
17) insurans = cina
18) skim cepat kaya = melayu
19) kerja Finance = cina
20) buat jalan = india
21) kerja sumber manusia = melayu
22) kerja alam flora / indah water = india
23) engineer = cina

banyak lagi, korang senaraikanlah sendiri.

list tu aku tak mengata sesiapa tapi aku harap suatu hari nanti kita dah tak dapat kategorikan bangsa dengan jenis kerja.


Tuesday, May 12, 2009

Nombor Syaitan

petang tadi (12/05/09) aku rasa bengap sikit otak sebab kerja banyak. sekarang nak kena prepare untuk internat audit. cam biasa department aku kena jawab HR function terutama training and development. sekarang kena usaha lebih gigih sebab kami baru dapat lead auditor baru. orang baru joint, mestilah nak show off sikit kan! apa2pun aku positif dengan perubahan, kalau dapat CAR atau NCR pun aku tak kisah sebab kita dapat tau mana kelemahan department kita. tak de CAR dan NCR tak semestinya baguih sebab may be auditor terlepas pandang, atau auditor tak pandang.

so, nak sejukkan otak aku, petang tu aku keluar jab dengan sorang kawan ajak pekena rojak kat restoran sebelah mc donalds kat port klang tu. apa ke nama restoran tupun aku tak pasti. si ila mesti tau kot sebab dia penjaga kedai2 kat port klang tu (keh.3x).

hajat nak makan rojak bertukar jadi makan roti telur tanpa bawang. aku pantang tengok orang buat roti canai, mesti nak jer. kawan aku tu makan rojak. lepas makan roti telur tu ingat nak gak pekena rojak, tapi perot dah full dengan 2 gelas air. didahulukan dengan teh tarik dan disudahi dengan teh o ais limau.

dalam doq sembang dengan kawan aku yg bukan melayu tu, aku rasa malu sebab kedai tu dipenuhi dengan orang yg sebangsa dan seagama dengan aku. malu awatnya? tanpa segan silu, orang2 jantan yang sebangsa dan seagama dengan aku ni yang layak aku panggil bapak atau ada yg lebih sesuai digelar datuk, tanpa segan silu menayangkan kad2 nombor ekor. mereka tanpa silu bercerita mereka pilih nombor itu dan ini kerana mimpi, ada yg sampai tahap menurun nombor ekor.

aku cuma pasang telinga, mendengar datuk2 yang tak sedar diri bercerita dengan gembira mereka baru kena nombor. nombor mereka kena! aku tengok pakaian macam orang susah je, naik motor buruk je. tak takut ke dengan azab Allah. yg muda2 tu aku tak heran sangat, tapi kalau dah tua bangka masih nak main nombor ekor! aku sedih! sampai suatu saat datuk yang bangga menunjukkan kad2 ekornya menunggang motornya berlalu dari kedai, aku berdoa dalam hati agar datuk tu tak mati diperjalanan. malu kalau2 dia mati digilis lori dan kad2 nombor ekor yg dibanggakan itu bertaburan diatas jalan. pasti mencemuh orang2 yg melihat, apatah lagi dengan usianya yg sudah lanjut. semoga Allah masih memberinya hidayah dan diberi waktu untuk bertaubat.

dalam menilai keadaan diri sendiri, aku bersyukur Allah masih belum membenarkan aku mencuba nombor syaitan itu walaupun pernah beberapa kali aku bermimpi nombor bagus, dan ia kena.

aku cerita sikit kisah aku itu yg terjadi beberapa tahun lepas.....

sebagai manusia yg makan gaji, tak dinafikan ada masanya aku benar2 sengkek. sengkek lantaran sesuatu peristiwa yang datang bertimpa2. ada perbelanjaan extra yg memaksa wang keluar berlebihan. bayangkanlah dengan gaji yg tak seberapa, dan hanya aku yg bekerja; terpaksa pula membayar kereta, rumah, kad hutang dan sebagainya. pedih poket aku. tapi tak kan aku nak korek tabungan untuk pendidikan anak2. aku pula jarang nak bercerita dengan isteri untuk elak dia stress kerana risaukan aku. aku pendam sendiri dan mencari duit di internet.

dalam doq susah hati, aku terpaksa juga berbelanja, dan mengirimkan uang kepada yg berhak. aku cuba berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan aku dan membuka peluang bagi mengatasi kesempitan kewangan aku itu. pada suatu malam, aku bermunajat kepada Allah, dan aku tidur. dalam tidur itu aku bermimpi datang seorang tua. dengan muka yg bersih, dengan jubah labuh, dan dengan janggut putih dia berkata...

"anakku, aku tau kamu dalam kesusahan. kesusahan kerana hati kamu yang lembut, yang selalu berniat membantu. natijahnya kamu pula yang kesusahan".
"beginilah, aku akan beri kamu satu nombor, kamu belilah.... cuma sekali ini sahaja. gunakanlah duit itu untuk menghapuskan masalah kewangan kamu".

aku yg dalam bermimpi hanya kaget dan hanya mendengar dengan patuh. datuk tua itu memberi aku satu nombor empat digit yang disuruh beli di kedai yg spesifik (tak perlu aku nyatakan kedai nombor ekor mana). selepas diberi nombor itu, aku hanya menganggukkan kepala cuba mengingatinya. tapi datuk itu memarahi aku...

"kamu itu seorang yang pelupa, apatah lagi kalau melibatkan angka-angka. pergi tulis dan belilah seperti aku nyatakan".

aku bingkas bangun dan cuba menulis nombor ekor itu pada kertas surat khabar yg kebetulan ada di bilik tidur aku. tiba-tiba, ada satu tangan memegang bahuku.....

"abang, abang tulis apa tu" sapa isteri aku, dan aku terjaga dari tidur.

aku ceritakan pada isteri tentang mimpi itu dan aku nyatakan nombor itu dan aku tulis nombor itu pada surat khabar berkenaan. isteri aku berang kalau2 aku ada niat membeli nombor syaitan itu. dengan lembut aku katakan bahawa seumur hidup aku, aku tak pernah membelinya dan aku pasti tidak akan mencuba membelinya kerana aku tau ia suatu dosa besar disisi Allah.

memang aku tak membeli nombor berkenan. dan aku tak beritahu orang lainpun pasal mimpi aku kecuali pada isteri aku. memandangkan hari itu hari sabtu memang hari ekor, aku tau keputusan akan ada di surat khabar hari ahad yg memang kami beli setiap minggu; mingguan malaysia. hari ahad, lepas sarapan aku beli surat khabar dan.... nombor berkenaan memang dapat first prize. aku tunjukkan pada isteri dan isteri hanya mencebik. wife bagitau, dia sanggup kelaparan dari makan duit haram.

walau hati sedikit berdetik kerana rugi tak beli, tapi cepat2 iman berbisik yang Allah telah selamatkan iman dan akidah aku. aku pasti kalau pertama kali aku beli dan kena, seumur hidup aku akan jadi manusia tahi judi.



IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

Hari Jururawat Sedunia

"SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA' aku ucapkan kepada semua jururawat2 tak kira lelaki atau pompuan, sama ada di sektor gomen atau sektor swasta. aku setuju dan percaya, koranglah paling penting kat hospital. doktor? doktor penting, tapi kebanyakan kes, jururawat yg attend dulu, dan jururawatlah yg banyak habiskan masa dengan patient berbanding doktor. err.. betul ke hari ni (12/5/09) hari jururawat sedunia??

aku tak pasti berapa ramai sedara mara aku jadi jururawat dan terlibat dalam bidang kehospitalan ini, tapi adik dan kakak aku memang di bidang ini. adik aku sebagai penolong pegawai perubatan di hospital kuantan. akak aku sebagai pembantu pembedahan pergigian (jururawat gigi??) kat hospital jerantut. itu boleh kira jururawat ke? atau jururawat ni khusus untuk orang yg pakai skirt sahaja??

aku stori sikit satu kisah aku ngan jururawat. bukan percintaan, tapi kesabaran mereka melawan kerenah aku. aku akui aku ada beberapa kali masuk wad, bukan kes2 besar. aku akui perut aku agak sensitif; segala maknenek bawang tak leh makan, makanan yg dah dimasak semalaman tak leh makan, dan lain2lah. aku pulak dari dulu suka makan. makan! makan! dan makan! itulah kerja aku.

aku masih ingat masa aku keracunan makanan, aku admitkan diri aku seawal 2-3pagi di subang jaya medical centre (sjmc). masa tu wife aku dalam pantang (belum 100 hari berpantang) tapi kami dah balik ke rumah di klang. masa nak dapat rawatan emergency tu, aku dah cakap yang aku tak nak admitted seharian. petang aku nak balik. doktor cakap ok. setelah diberi suntikan dan pelbagai jenis ubat, dapatlah aku rehat sikit sebab badan aku sakit dan asyik2 nak muntah. memang sah keracunan. yang pasti aku makan kat salah satu gerai kat port klang bersama 2 lagi rakan. mereka ok je. aku yg sakit.

hospital swasta korang tahulah layanan dia memang best. tak boleh tidur aku layan tv 24 jam. bila pagi sikit, ada jururawat tukarkan cadar, dan blanket. lepas doktor mlawat pagi, ada pulak jururawat datang nak lapkan badan. nak mandi susah sebab berselirat tiub2 air kat badan aku. gile ke hapa nak lap badan aku! woi... aku ni lelaki normal dan dah lama berpuasa. jururawat yg datang tu pulak 2 orang, comel2 dan putih melepak. memang taste aku. eee.... tak sanggup aku. risau ada menda memalukan terjadi.

tapi... tapi aku faham, jururawat tu buat kerja atas arahan dan mereka ikhlas agar pesakit mereka selesa. apatah lagi aku dah pagi tak mandi. sori la yang! opss.. sori la cik jururawat, nanti saya mandi sendiri. walaupun aku enggan di lap badan, nampaknya mereka kecewa. barangkali kerja mereka tergendala, atau takut dimarahi pengurusan hospital kerana tak buat kerja. aku cakap aku buat sendiri. mereka tunggu kat situ sementara aku lap2 badan aku sendiri.

selepas lawatan doktor kali kedua pada tengahari, aku asyik2 tanya jururawat bila aku boleh dibenarkan balik. mereka kata nanti doktor akan beritahu. bosan menunggu kerana risaukan keadaan isteri dan anak dirumah yg sukar untuk bergerak dan makan, aku memanggil seorang jururawat yg senior dan mengugut nak cabut tiub2 kat tangan aku sendiri. mereka memujuk aku sementara jururawat yg sorang lagi cuba membetulkan semula tiub ditangan aku.

mereka call doktor dan diberitahu aku kena tahan sehingga esok. aku jadi marah, dan aku mintak jumpa residen manager kat wad tersebut. nurse bawa aku pergi jumpa. aku tak tau lah nurse ni memang ada sifat yang terlalu baik kerana memang itu sifat mereka atau ia dilatih begitu. aku cakap keras, mereka cakap lembut jugak. residen manager tu terus2an pujuk aku suruh stay atas tahap kesihatan aku masih belum sembuh. aku cakap " macam nilah cik, kalau cik cakap kena stay jugak, saya cabut tiub ni sekarang dan saya keluar je". tergamam dia, dan selepas membuat beberapa call, aku dilepaskan dan aku diberi appointment baru untuk rawatan susulan.

aku minta maaf atau kekesaran aku tu, tapi aku terpaksa. aku memang belum sihat, tapi isteri dan anak kecila ku dirumah pun tiada orang menjaganya. itu aku ada cerita dengan manager dan misi2 bertugas. sama ada mereka faham atau tak, lantaklah.

sekianlah cerita aku sempena hari jururawat sedunia.


IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Monday, May 11, 2009

Selamat Hari Ibu (Buat Isteri Tersayang)

semalam (10/05/09)sempena hari cuti dan hari ibu, aku bawa family jalan2. sebab dah lama tak gi putrajaya, wife ajak gi alamanda. bagus gak, boleh jumpa sepupu aku sekali. aku pergi jemput sepupu aku di rumahnya untuk makan tengahari kat alamanda.

mak aik!!! ramainya manusia. semua tempat makan jammed pack! luqman nak makan mc D, tapi penuh sesak. orang menunggupun ramai gile. so, wife ajak cuba makan kat the chicken rice shop. aku pernah makan sekali, takat bolehlah.... tapi sebab orang yg nak dibelanja yg mintak, no choice!

kat kedai nasi ayam tu pun ramai orang, terpaksa daftar giliran untuk duduk. ngam2 ada satu family blah, tiba2 ada satu keluarga yg mencilok tempat yg direserved untuk kami. aku tak cakap apa2, cuma tengok je kat captain kedai tu. nasib baik di profesional. dia pegi cakap ngan family yg duduk tu bahawa meja tu dah ditempah mengikit giliran. so, dia terpaksa tunggu giliran jugak. canteklah tu! kalau orang tu terus duduk, memang confirm aku yg blah dan sumpah aku tak kan masuk kedai diorang lagi. he.3x.

lepas makan, kami ke masjid putra untuk solat zohor. then pusing2 cari barang untuk isteri. bagi apa untuk wife aku? tak ada apa2! aku cuma bagi kasih sayang aku je.

dah nak balik, aku gi hantar sepupu aku ke rumah dia. tiba2 luqman tanya bila nak makan mc donalds? aku cakap "kan tadi dah makan?". tau apa anak aku jawab? tu makan nasi ayam, tadi ayah janji nak makan mc donalds". lah! aku jugak yg salah. lain kali pulak yer... ayah dah pokai. kang nak sampai ujung bulan, hari2 kita makan megi kari.

kat rumah, sambil2 makn buah dan pekena ais krim. aku dah kurangkan makan buffet, dan segala macam buruk lantak. tapi aku macam ketagihan makan ais krim. tiap2 minggu sejak 2 bulan lepas, aku akan tukar2 beli pelbagai ais krim dalam bekas besar tu untuk juadah keluarga. paling lama, tahanlah dua hari. semalam pekena ais krim walls vanilla.

sambil2 makan ais krim dengan roti tu, aku cakap kat anak2 suruh cium ummi dia dan ucap 'selamat hari ibu'. mereka buat. kemudian ummi dia tanya;

ummi : luqman tau ke hari ibu tu hari apa?
luqman : tau.
ummi : hari apa?
luqman : hari jadi ibu kakak husna (husna ni anak jiran kami yg berusia 6 thn. dia panggil emak dia sebagai 'ibu').
ummi : kenapa hari jadi emak kak husna pulak?
luqman : sebab kakak panggil emak dia ibu (kemudian luqman gelak besar)
ummi : (mencebik) buat la perangai macam tu, semua nak ikut perangai ayah la tu. suka main2.
ayah : la... mana ada abang cakap apa-apa.

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Hari ni cam biasalah cuti. bagi orang merayakan hari wesak, diorang seronoklah raya. bagi aku, just buat kerja yg patut dan layan2 anak2. "layan anak2 je" itulah yang biasa isteri aku cakap bila hari cuti aku lebih tumpukan pada anak2. bukan tak sayang isteri, tapi 5 hari yg sehariannya dipejabat membelek kerja, hari cuti ni layanlah anak2. ibunya tidak terpinggir, tapi kalau nak belek terperinci tu, tunggulah malam sikit atau masa anak2 dah tidur.

pada aku sambutan hari ibu esok (10/05/09) macam biasa je. apatah lagi ibu aku yang aku gelar mami,dah menyambut panggilan ilahi sejak aku berusia 8 tahun lagi. mami pergi masa aku masih terkapai2 mengharap kasih sayang seorang ibu. aku masih ingat rupa mami, ianya masih terpahat dalam memori aku sampai kini. walaupun selepas itu papa aku berkahwin lagi dan aku ada ibu tiri, tapi ianya tak mampu mengganti tempat mami. pada aku, sebaik2 ibu tiripun, ia tidak mungkin mengganti tempat mami dihati aku; dunia dan akhirat.

aku ingat lagi, tak kala papa aku meradang pada aku akibat kenakalan aku, mami selalu menjadi galang ganti pada hukuman papa. mami selalu melindungi badan aku dari kesakitan papa aku yang akan merotanku. kalau aku malas ke sekolah kerana kesejukan air kolah, mami akan masakkan air panas dan menyediakan air suam buat mandianku. dikala aku malas jugak ke sekolah, mami akan memujukku dengan lemah lembut, memberiku duit extra buat belanjaku dan memimpinku ke sekolah yg jaraknya cuma 100 meter dari rumah kami. dikala malam, aku takut tidur keseorangan, mami akan mendodoikan aku sambil memeluk tubuhku.

aku juga masih ingat semasa gigiku sakit, aku sukar hendak tidur. mami menemakna aku sambil menuam pipiku yang bengkak dan aku yakin mami tidak tidur sepicingpun sampai pagi. kemudian, mami jualah yang memimpinku ke klinik untuk mencabut gigi aku yang rosak. jangan tanya apa terjadi di klinik kerana banyak perkakas bertaburan kerana amukan aku yang ketakutan. aku yakin sebagai ibu mami malu dengan perangai aku, tapi sebagai ibu mami terus-terusan meminta maaf atau kekasaran aku. mami terus-terusan memujuk aku hingga aku tenang untuk dicabut gigi. mami juga akan memasakkan nasi bubur untuk aku yg kehilangan gigi itu. huh! tak habis2 aku susahkan mami, tapi aku yakin mami melakukan semuanya dengan ikhlas.

namun, Allah lebih sayangkan mami. masa usia aku menjangkau 8 tahun, mami meninggal dunia. sebelumnya mami sering sakit2, dan jenuh papa membawanya berubat di klinik dan cara kampung. akhirnya mami meninggal dunia di hospital mentakab, pahang. papa dan datuk kemudiannya membawa jenazah mami balik. aku masih ingat, aku memangis tidak henti2 bila diberitahu mami sudah meninggal, dan aku menunggu jenazah mami dibawa pulang. semasa jenazah mami tiba, aku terus meluru ke kereta dan memeluk mami yang masa itu dikendung oleh makcik dan nenek aku di bahagian belakang kereta. aku meraung semahu-mahunya.

jenazah mami dibawa ke rumah datuk yg tak jauh dari rumah papa aku kerana lebih selesa orang menziarah. maklumlah masa itu rumah papa adalah rumah kedai yang penuh dengan barang runcit. ruang tamu dan bilik2 pula dibahagian loteng (tingkat atas). aku terus-terusan di tepi jenazah mami, tidak berganjak. aku tidak peduli siapa yang datang. aku tahu selepas dari ini aku tak mungkin dapat melihat dan memeluk mami lagi.

selepas mami dimandikan dan dikapankan, jenazah akhirnya akan dibawa ke kuburan. papa, aku adik beradik, dan kaum keluarga terdekat diberi peluang mencium dahi jenazah mami buat kali terakhir sebelum kain kapan diikat. aku cuba tenang dan mencium dahi mami, tapi air mata aku terus mengalir dan aku terus-terusan menangis.

jenazah dimasukkan ke usungan, dan mula dibawa keluar dari rumah datuk. buat kali terakhir, papa memimpin aku dan adik beradik aku yang lain lalu dibawah usungan yang sedang diangkat sebelum dibawa ke kuburan. orang kata anak-kecil yang kematian ibu atau bapa diminta lalu dibawah usungan jenazah ibu atau bapa mereka untuk mengelakkan mereka terus berdukacita dan akhirnya sakit akibat rindukan ibu atau bapa mereka yg sudah meninggal. aku tak tau ada kebenarankah amalan itu, tapi aku pasti kenangan aku bersama mami hingga mami meninggal, aku ingat sampai kini.

aku percaya dengan perumpamaan bahawa syurga itu dibawah tapak kaki ibu. ibu-ibu inilah sebenarnya yang lebih banyak masa dan tenaga dihabiskan memerhati jatuh bangun kita. tumpang menangis bila kita sedih, dan turut gembira bila kita berjaya. ikhlas... aku dengki pada mereka2 yg masih punya ibu. tapi aku gembira sebab aku yakin mami tidak pernah menyimpan sakit hati atau terasa dengan kelakuanku masa aku kecil dulu. berbahagialah mereka yg mengembirakan hati-hati ibu mereka.

dikesempatan ini aku sedekahkan AL-FATIHAH buat roh mami aku. moga mami ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Insyaallah, anakanda tidak akan lupa mengirim doa setiap kali selesai solat agar mami sentiasa beroleh shafaatnya.

tidak lupa aku ucapkan "SELAMAT HARI IBU' buat isteri terchenta. terima kasih atas kasih sayang, dan melahirkan anak-anak kita. abang berdoa dan berharap agar ayang boleh menjadi ibu yang baik dan membimbing anak-anak kita menjadi manusia mukmin. abang juga berdoa agar anak-anak kita nanti akan sentiasa mendoakan ibu dan bapanya.


Kepada ibu-ibu yang membaca entri aku ni, aku juga Ucapkan "selamat Hari Ibu". kalau dulu kalian rasa ibu sering meleter itu dan ini, menegah itu dan ini; aku yakin kalian dah rasa perasaan sebagai seorang ibu walaupun anak2 kalian masih kecil barangkali. perasaan ibu tidak pernah berubah meskipun anaknya sudah berkahwin dan telah beranak pinak juga.

kepada insan2 lain yang bergelar anak muda, isteri, suami atau bapa orang, atau sesiapa sahaja; hargailah Ibu anda ketika mereka masih hidup ini. tiada gantinya ibu anda itu.

Friday, May 8, 2009

Kulit Putih VS Kulit Kuning

Hari ni entry aku lambat jugak. di pejabat tadi macam biasa masih bertambun kerja. selagi bekerja macam tulah, setakat jawatan K.U.L.I. memang kerja macam tulah. lepas solat jumaat tadi ada appointment dengan pegawai socso. kes pekerja untuk pengesahan syarikat. best kan jadi pegawai gomen, nak jumpa orang, call dan suruh datang pejabat je. confirm orang2 swaseta cam aku ni mencanak datang. untuk ambik statement dan buat pengesahan je, document dah completed.

alhamdulillah, mood aku dah ok hari ni. malam semalam mood aku agak bercelaru. ia gara2 adik aku call pujuk aku jual tanah pusaka arwah mami (mak) aku. dalam 4 adik beradik yang sama emak tu, hanya aku sorang je enggan jual tanah tu dari dulu. kali ni, papa aku yg sebelumnya berkecuali mula cakap baik jual aje. papa aku cakap dengan adik aku sebab dia tau tak guna bincang dengan aku, memang aku tak layan.

bukan aku nak keras kepala dengan papa dan adik-beradik aku dengan enggan menjual tanah pusaka arwah mami aku tu, tapi aku masih rasa sentimen kasih sayang mami aku pada tanah tu. biarpun tanah tu cuma sekangkang kera dan jauh dari rumah papa aku, tapi aku rasa dekat dengan tanah tu. kalau musim buah, atau bila kelapangan balik kampung, aku suka ke kebun tu. aku tak heran toknenek saudara dan lain2 keluarga besar aku yg duduk situ makan hasil kebun tu, dan menjarah tanah tu macam orang yahudi ambik tanah rakyat palestin. pakcik aku yg duduk sebelah tanah tu suka2 hati makbapak dia bina rumah dan masuk kawasan tanah tu. aku diam, sebab malas nak bergaduh dan masih hormatkan datuk nenek dan papa aku yg rapat dengan mereka.

aku? sekelumit aku tak heran dan hormat pakcik aku tu. ikhlas aku cakap. kalau dia pergi rumah papa aku masa aku ada, aku takat salam dan kemudian blah! depan baik pijak semut pun tak mati, tapi hati memang hati yahudi. pernah sekali aku maki isteri dia yang maki aku bila aku parking kereta aku berdekatan parking kereta laki dia. woi... singklol! memang itu kawasan parking kereta laki engkau, tapi itu tanah mak aku, dan aku yg berkuasa sebab geran aku yg pegang.

papa dan adik beradik aku pujuk jual sebab kami tak pedulipun tanah tu. hasil tanamanpun bukan kami yg dapat. yg nak belipun pangkat pakcik aku jugak, dan memang aku tau banyak duit. kontraktor lah katakan. bukan aku tak nak duit, tapi selepas bahagi 5 bahagian, berapalah kami dapat, dan aku yakin tak sampai sebulan akan habis. sekarang tanah yang strategik cam tu memang payah nak dapat. dan yg nyata tandahati mami aku pada anak2 akan terus hilang.

lagi aku marah, dah la aku sedih nak sambut hari ibu, ibu aku dah lama meninggal dunia. adik aku lak pujuk jual tanah ibu aku pulak. 4 orang sokong VS 1 orang menentang pulak tu. tapi kalau ikut calculation mudah, confirm yg satu menang sebab satu tu ada super power. kuasa pentadbiran tanah memang kuasa mutlak aku sebagai anak lelaki tertua, dan geranpun aku pegang. so, siapa mau lawan? walau apapun hujah mereka, aku blah bodoh je. dan aku menang! entahlah.... cuma aku sedih jugak kalau papa aku akan terasa hati kalau aku bangkang niat dia nak jual tanah tu. nak ambik jadikan hak aku, aku belum ada duit nak bayar mereka dengan harga pasaran tu. kalau terjual jugak tanah tu, confirmlah aku akan jadi rakyat selangor sampai mati.

dah! cukuplah aku luahkan emotional aku tu. korang abaikan je. nak luahkan pada wife aku semuanya, confirm memang dia tak boleh tidurlah.

oh ya! pagi tadi sorang supervisor aku saje datang tanya aku "kat syarikat ni ada pekerja orang putih tak?" aku cakap "ada, yang kulit hitampun ada'. dia tergelak dan mula bercerita kisah di production line.

begini kisahnya....

big boss kami memang suka lepak kat production dan dia yg juga qualified engineer memang mahir semua produk dan process. masa dia doq line tu tiba2 dia tengok ada satu part yg berada di line yg tak sepatutnya ada. dia tanya satu pekerja contract bangladesh dengan bekerja disitu..

boss cina : ini barang siapa letak sini?
pekerja bangla : itu orang putih letak?
boss cina : orang putih? sini ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada. itu barang itu orang putih letak.
boss cina : (memanggil supervisor melayu) siapa letak ini barang? you tanya ini bangla, siapa itu orang putih?
supervisor melayu : ok boss. nanti saya tanya. (berjalan kearah pekerja bangla yg asyik bekerja dan bertanya) eh... sumon, boss tanya siapa itu orang putih? sini mana ada orang putih kerja?
pekerja bangla : ada! itu dia orang putih letak ini barang (sambil menunjuk kepada seorang pegawai cina yg meletak barang tersebut yg kebetulan lalu tak jauh dari mereka)
boss cina : (turut mendengar perbualan mereka) itu bukan orang putih, itu orang kuning. ha.3x

kesimpulannya :
orang putihke, orang hitamke, orang kuningke, kitakan orang malaysia. tapi bangla tu tetap orang bangladesh walau apapun warna kulit dia. kuang.3x