Thursday, April 30, 2009

Selamat Hari Buruh

Untuk sahabat2 yang bertaraf pekerja, aku just nak ucap 'SELAMAT HARI PEKERJA'. macam biasa dari aku start kerja sampai sekarang aku tak tau macam mana nak sambut hari ni. kalau hari lahir buleh gak potong2 kek (dan aku memang takkan buat sebenarnya). hari buruh nak buat ape??

kalau nak kata semua buruh tak perlu kerja hari buruh, alamat tak sempurnalah hidup kita. bayangkan semua petrol pump tak de orang, pasaraya tutup, lori angkut sampah tak kerja, public transport tutup, cinema tutup.... dan kat rumah isteri2 enggan masak. bancau!

plan aku? tah la.... rasanya tak balik kampung kot. so, plan terletak ditangan anak2. mana nak pegi, aku follow je. anak2 paling2 cuma ajak gi kfc.

dalam doq seronok cuti public holiday, jangan lupa diri pulak. duit yg doq ada tu kena la save sikit. may be aku malas nak crita dalam beberapa minggu lepas aku dah tamatkan dua orng pegawai di tempat kerja aku dalam 2 minggu berturut2. tak yah le aku crita apa kesilapan dan sebab; cukuplah aku katakan bahawa kita kena sentiasa beringat. kita tak tau bila syarikat akan tak sayang pada kita. 2 orang sahabat aku tu, setelah dapat arahan syarikat dan aku berpuas hati dengan alasan yg mematuhi akta dan perundangan; aku sediakan surat dan lepaskan mereka kembali ke pasaran kerja. mereka terkejut, tapi ada daya mereka bila syarikat telah mengikut segala perundangan. sebab itu aku pernah kata, orang HR perlu ada hati batu. kami ada belas ehsan, tapi kami pelaksana dasar. kami orang jahat!




IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Rasailah KEAJAIPAN Kapsul Minyak Kelapa Dara yang Asli

www.bio-asli.com



www.bio-asli.com

Tuesday, April 28, 2009

Lelaki Sejati Vs Lelaki Lembut

Hari2 yg sangat bizi pada aku di pejabat hari ni. kerja yg menimbun dan curi2 buat 5s meja aku. macam biasa aku buat sendiri walaupun aku buleh suruh staff atau cleaner yg kemaskan. aku maleh orang kacau meja aku, nanti tukar kedudukan fail dan susunan kertas, aku fening.

dalam duq sibuk2, tengahari tiba2 ada kawan lama ajak makan tengahari kat luar. dia belanja, so oraitlah tu. bisalah nak minta2 pendapat aku la tu. since dia kata tak de menda special nak discuss, aku ajak si saiful joint sekali.

since aku bizi, aku ajak dia gi dekat2 je. mamat tu kalau ajak aku makan mesti jusco. kali ni aku cakap aku nak belanja dia yg agak special di port klang. western food di restoran d'taverns.

sap orang klang dan suka makan western foods may be kenal tempat ni. makanan dia pada aku menarik, dan antara makanan lain yg sedap disini ialah fried kurau, lamb chop, fish and chips. bagi aku, aku memang tak leh lepas dengan chicken chop with black pepper souce. sebelum chicken chop aku sampai, aku bedal dulu chicken soup. sebelum tu, aku bedal dulu roti ban panas2 dengan mentega. dapat pulak dengan air vanilla milkshake. pergH! memang seedaplah. saiful agak malu2 sebab baru pertama kali jumpa member aku tu, jantan jugak lah. saiful cuma ambik fried kurau. kawan aku tu dia kali pertama datang sini, so dia follow aku je.

crita pasal jantan tak jantan ni, aku stori sikit pengalaman aku masa di sintok dulu. masa tu konvo geng senior. kami bebudak junior tahun dua tumpang seronok jalan2 pesta konvo. gerai makanan banyak. bulehlah ubah2 selera. manusia punya lah ramai. masa tu semua student uum duq dalam kawasan kampus, kolej kediaman kat luar tu belum diwujudkan.

masa konvo, segalam macam orang terjumpa. orang species sama dengan aku, species tak sama dengan aku. dan species aku tak tau dia sama ke tak sama dengan aku. dengar suara macam species aku, kebesaran dadanya nampak lain macam. pakai lipstik, dan jalan gaya2 ayu gitu. aww... tak rela you...

kebetulan member sebelah bilik aku, bond namanya, nak pergi makan. dia ajak aku sekali. so, aku follow je lah. kami terhenti di gerai laksa penang. si bond ni orang penang, memang dia cari laksa kampung dia lah.

alhamdulillah, kami dapat tempat duduk dan mula makan dengan seleRa. tiba2 ada seorang cik abang (tapi dia macam kakak2)mintak nak duduk sekali makan. dah bukan meja tok uwan kami, kami kata ok je lah. lagipun dia sorang, bond doq sengih2 sambil tunjal kaki aku. nak kata ayu, memang tak. macam tunggul kayu ada lah. makan sopan je, dan buat aku tak lalu makan. misai dia tu buat aku kembang tekak.

aku makan terus je lah. duit bukan ada banyak masa studi dulu, kalau tak makan, kang lapaq pulak. tiba-tiba.....

segerombolan geng cik abang akak tu datang, dan minta ijin nak tumpang makan meja kami. ini bukan kena jackpot yg buat kaya juta2. ini kena baling dengan mesin jackpot ni, pecah kepala kalau kena. dah bukan meja kami, kami relakan je. bayangkanlah dua orang teruna sunti diapit oleh 5-6 orang jejaka dara suntik. memang tak maching!

sorang lalu, jeling... pastu senyum. lagi sorang lalu, senyum... pastu gelak2 kat meja kami. aku jadi panas. DAH LA panas, ada mamat2 yg kurang pendidikan moral mula buat bunyi monyet nak ajak pasangannya mengawan biola lalu kat meja kami. ada jugak yg lalu, dan bila kami tengok, buat2 tunjuk tangan lembut. haram jadah!

aku mula hangin satu badan, dan aku tunjal kaki bond ajak balik. makanan belum abis tapi kami tak rela disamatarafkan dengan mereka2 itu. bukan! mereka bukan hina. cuma kami tak nak setaraf dengan mereka kerana kami tahu Allah telah berikan taraf "LELAKI SEJATI" pada kami. may be mereka khunsa, atau terlebih gen yg menyebabkan mereka lebih mirip wanita (mirip??). aku lebih seronok jadi lelaki sejati. then, kami balik lah.

malam tu kami alas perut dengan megi.

Halalan Toyyiba.....

HALAL. tajuk ni nampak sangat remeh, tapi sebagai umat Islam selalu kita tertipu dan kerugian. apa tidaknya kita hanya sebagai pengguna, yang agak kureng ilmu pengetahuan tentang halal haram. ye lah! majoriti pengeluar makanan dan minuman tu bukan orang kita. lebih mengelirukan jabatan agama kita terutama yg jaga status halal ni memang nampak tak bermaya je. buat le promosi ke hape suapaya org kita tak terpedaya. yg aku nampak aktif cuma geng Datuk Dr Maamur (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).

dah lah nama syarikat pengeluar makanan tu mengelirukan. yg buat org depa tapi nama syarikat nama orang Islam seperti Ahmad, Ali, Bedah dan sebagainya dah satu hal. boleh pulak pakai logo2 seperti masjid, kubah masjid, bulan dan bintang turut mengelirukan. lagi haru terdapat pelbagai logo halal dipasaran, dan jabatan halal ni senyap je. semua tak de gigi ke??? korang tengoklah logo2 halal dipasaran sekarang. ada logo halal jakim, ada logo halal negeri2, logo halal S.E.A, logo halal masjid (luar negara), logo halal pengeluar makanan itu sendiri (sendiri buat sendiri sahkan halal sebab jakim tarik balik halal dia suatu ketika dulu) dan segala macam logo lah.

aku dah naik menyampah dapat email pasal halam haram ni. aku kisah halal haram, tapi aku tak faham apa tindakan orang2 alim kita. bulet leweh je soal halal haram pada umat Islam. dulu roti, ubat gigi, ayam, sardin, kuih pau, kopitiam dan terbaru amanah saham kita pulak. pak2 lebai kita yg diberi gaji jaga halal haram nya mane??

aku selatankan (selalu sangat utarakan)tajuk ni sebab semalam ambik luqman dari sekolah, cam biasa aku aku stop beli makanan untuk dia dan pika. aku suruh luqman pilih sendiri apa dia nak. aku tengok luqman doq belek2 plastik. terkedu aku bila jawapan persoalan kenapa dia belek platik makanan ialah dia tengok tanda halal. bila aku tanya siapa ajar, luqman cakap ummi dan cikgu ajar. syukurlah, anak2 aku tak le sejahil aku.

teringat pasal makanan ada logo halal ni, aku tiba teringat gula2 sakit kerongkong yg famous amos yg aku beli masa batuk beberapa minggu lepas. masih berbaki dan disimpan dlm peti sejuk. Cis! tiada logo halal. dan kandungannya ada food alcohol lagi. apa aku nak buat, tak kan aku nak makan air tanah kot? siapa yg alim sikit tolong advice.

alhamdulillah kat malaysia kita tak de masalah besar tentang halal haram. tapi masa aku gi thailand dulu, memang pengalaman yg haram jadah, err.. iaitu haram didalam juadah maksud aku. majoritinya semua haram. kami ikut rombongan masa tu, majoritinya melayu. ada berbelas pengalaman disitu, tapi aku kongsi sikit.

aku crita masa nak balik je lah ye. kami pergi dan balik naik MAS. malang bg kami masa nak balik, flight delayed beberapa jam. sebab kami tunggu dari pagi, pihak MAS sediakan sedikit juadah untuk tengahari yg kami kena ambik di kaunter kapal terbang siam. mereka buat perkongsian kod udara. maksudnya, flight MAS dan Thai akan terbang ke KL. kalau dua2 flight tak penuh, mereka akan swapkan pelanggan mereka ke flight yg diberikan ikut giliran. may be jimat belanja. dalam kes aku, kami tetap naik flight malaysia, tapi makanan tengahari diagihkan oleh Thai. yg diberi cuma air berkarbonat dan sandwich. kerana kami yakin MAS faham kami org malaysia yg berharap makanan halal, kami ambik je makanan tanpa was-was.

kerana flight delay lagi, aku kena sms wife supaya dia dan adik aku jangan jemput aku lagi kat KLIA. jenuh menunggu nanti. sementara aku bersms, kawan2 lain dah bedal dulu sandwich. biasalah ingat nak main satu sms, tapi orang pompuan. org kata flight delayed. dia tanya kenapa delayed. malas nak layan melalut2, aku cakap je pilot sembelit. itupun dia tulis 'tipulah'. sms mahal oo....

ralit bersms, aku cuma buka air karbonat oren cap ayam je. kawan2 lain seronok bedal sandwich. tiba2 ada satu kawan datang tanya aku.

abang kopiah : man, ini sanwich ape ye? macam daging je?
aku : cheese tu bang.
abang kopiah : abang was-was la man. ini berurat2 ni. daging ni (sambil mengopek2 dengan tangan)
aku : iye lah bang.
abang kopiah : cuba ko tanya kaunter ni daging ape? risau abang. sini banyak betul ba alif ba ya.
aku : ok bang. jom.

dikaunter penerbangan thai.
lelaki malaysia : excuse me miss. what is this? cheese or .....? (sambil menayangkan sandwich)
pompuan thai : oo... this is pork.
lelaki malaysia : are you sure?
pompuan thai : yes sir. confirmed its pork.
lelaki malaysia : (berlari sambil menjerit2 beritahu kawan2) jangan makan sandwich tu, daging babi. daging babi tu, jangan makan. babi, jangan makan sandwich, opss! silap pulak. jangan makan sandwich babi tu.

tapi sayang, ramai member melayu dah termakan makanan haram jadah tu. dah rejeki diorang dapat rasa, takkan diorang nak korek perut pulak. ada gak la yg aku tengok berlari ke tandas muntah. hukum? aku tak tau. tapi diorang bukan sengaja.

alhamdulillah, trip ke pattaya dan bangkok berjaya. tapi banyak incident melibatkan menda haram tu. pendek kata banyak menda haram hari halalnya. mc donalds masa tu promosi mc pork (aku dan geng ada bergambar depan banner besar dia berdekatan 4 faces sitting buddha), breakfast, lunch, dinner, dan dimana2. alhamdulillah, orang macam aku biasa dah standby awal2, dah bawak megi banyak2. makanan haram tak le menjadi tarikan pada aku walaupun lalu pasar malam dia meleleh air liur tengok cengkerik goreng tepung, tikus masak 3 rasa, ular masak bermadu dan sebagainya. yg payah nak tolak ialah tarikan malam disana. massage, tiger show (thai girl show), tiffiny show, dan sebagainya.

aku? jangan tanya soalan tu. korang tengoklah gambar aku tu. ada rupa orang gatal. muka skema tu. aku mana le reti layan menda2 tu (apsal ada kawan aku yg joint sekali masa tu muntah masa baca entry ni??)



IZZI ADVERTIZING---------------------------------

Saturday, April 25, 2009

Kad Loyalty Minyak.... Siapa Yg Untung??



Aku yakin ramai diantara kawan2 mempunyai pelbagai kad loyalty. tak tau kad loyalty tu ape? kalau tak tau confirm kamu masih melum mumayyis lagi. he.3x... ala, gurau je. kad loyalty ni adalah kad kesetiaan yg diwujudkan untuk memaksarela pengguna supaya mengguna produk atau perkhidmatan mereka dengan tujuan untuk mendapat sedikit imbuhan hasil kesetiaan. melambak2 program kad loyalty ni seperti J-card, Tesco card, dan lain2.

tapi kali ni aku tak nak crita pasal loyalty kepada pasaraya. aku nak crita loyalty minyak. macam gambar diatas, ada pelbagai kad untuk memaksarelakan kita isi minyak kat stesen diorang termasuk real reward, mesra, bonuslink, smile dan banyak lagi. gambar kat atas tu yg aku ada je.

aku utarakan tajuk ni sebab semalam (26/04/09) aku baru redeem points bonuslink. ia gara2 dapat statement hari jumaat dan tunjukkan banyak point aku dah kena 'burn' dan akan diburn untuk 6 bulan akan datang. ye lah, bonuslink point expired 2 tahun. sejak aku jadi ahli mereka sejak tahun 2000, dah banyak kali point aku burn. salah aku jugak malas nak check kat internet jumlah point. dan seperti manusia lain, aku seringkali tamak kumpul point sebab nak target hadiah2 yg lebih bernilai. takat nak ambik air mineral baik tak yah le.

yg aku hangin semalam, dah la aku siap print ape aku nak ambik kat shell untuk elak mata kena burn lagi hujung bulan ni, yg ada cuma air mineral, payung, tuala dan beg2. jenuh dah aku ambik botol air, payung, wrist bag, baju hujan kat shell. aku bukan pakaipun, ada aku beri kat family aku masa balik kampung. semalam, sebab tiada pilihan aku ambik tuala. terbang 1800 point for nothing.

silap aku (??) may be ako tak loyal. aku suka lompat2 isi minyak. kalau petronas buat peraduan, aku gi petronas. shell ada peraduan, aku terjah shell. aku suka shell sejak kereta pertama aku dulu. tapi sebab petronas ada kat taman aku, aku isi petronas the most. balik kampung, aku suka isi 'v power' untuk kereta lebih power.

terdahulu masa kereta pertama selain shell, aku juga isi BP (sekarang BHP) sebab aku nak point 'Genting Highland card'. masa bujang dan awal kawin, aku suka gi genting. so selalu isi minyak BP dapat point bermalam kat hotel genting atau first world hotel. kereta sekarang langsung tak pernah isi kat BHP, diorang kata minyak dia bagus gak. malas lah!

kad smile aku baru je buat. ala masa gi melaka hujung tahun lepas, adik aku promote minyak esso dan mobil. sebab kad dia memang rady made kat station, aku ambik je lah. pernah isi sekali je sebab kat port klang tak de stesen tu. paling dekat aku rasa kat hospital klang. jauhhh tu..! adik aku kata points smile senang nak redeem untuk minyak dan point dia menarik, betul ke??

dalam dok loyal kat stesen minyak ni, secara peribadi aku rasa point mereka tersangat lah kedekut. bonuslink misalnya, jenuh aku nak tunggu untuk dapatkan barangan mahal. sebab aku dah tukar kad mesra yg baru ni aku nak tunggu apa tawaran dia. kalau menarik, aku rasa macam nak potong dua je kad2 yg lain. Aku sokong produk malaysia.

apa2pun, kita isi minyak, syarikat minyak je untung besar. kita sebagai pengguna dah cukup kembang hidung setakat dapat air mineral percuma bila isi minyak rm30 ke atas atau dapat kopi percuma setiap jumaat. what a small mind (termasuk aku).



IZZI ADVERTIZING---------------------------------------



Merah Darah Ha*d?

Aku rasa ramai yg terkejut dengan tajuk aku tu? bukan! bukan niat aku nak menghina kaum wanita yg merupakan kaum yg paling aku sayang, yg aku bergantung hidup pada mereka. tapi itu adalah perkara biasa dalam menerangkan warna kat tempat aku dulu.

ye lah, kita ada pelbagai jenis warna, may be yg kita biasa belajar masa kat sekolah cuma 12 sebab itulah warna yg ada pada set pensil warna kita. tapi rupanya terdapat ribuan jenis warna yg hasil campuran warna2 basic itu. jangan le tanya aku apa warna basic, akupun tak tau.

aku timbulkan bab warna ni kerana semalam wife aku bertanya aku apakah warna kereta yg kami nampak dijalanan. berpinar jugak aku nak jawab. warna tu tak ada dalam dictionary warna aku. last aku jawab warna 'magenta'. wife aku terus diam, dia pun tau tau magenta tu apa. aku pun tak sure betul ke itu warna magenta. aku bedal je. ha.3x. colour baju uniform aku pun aku tak tahu warna saintifiknya. aku kata kelabu, tapi dalam kod dipanggil 'beige'.

kekeliruan tentang warna ini bukan aku saje. malah masa first lady, wife president obama pakai pakaian masa president akan sumpah, semua orang lapor warna yg berlainan. last2 kalau tak silap aku baju yg dipakainya dipanggil "hijau pucuk pisang".

so, aku tak de kampung sangat bila gelarkan logo 'aw survey' tu sebagai 'hijau katak pisang'. disini aku senaraikan sedikit cara orang kampung aku menggambarkan warna2. ala cam tak faham pulak... kat kampung, pagi2 biasanya mereka ke kebun menoreh atau bertani, petang2 banyak le masa nak bergossip. cuma bezanya mereka tak gossip artis. mereka gossip barang kemas, perabot baru, kereta baru, baju baru dan kejayaan anak2 jiran tetangga. antara contoh perbualan menggunakan warna adalah seperti berikut (semuanya bukan nama sebenar):

jiran A : eh..senah! ko tau tak... semalam, masa kenduri kahwin anak si timah, aku tengok bukan main melaram si gayah tu pakai baju baru. lip-lap2 warna dia.
jiran B : ye ke! warna ape?
jiran A : warna merah!
jiran B : merah macam baju aku pakai pergi kelas amanah tu ke?
jiran A : bukan. ini warna merah haid. tapi siap ada manik2. katanye dia beli kat nilai 3. cantiknya senah oi...
jiran B : ye ke (sambil melopong)

itu penggunaan kata warna masa perbualan ye adik2. sekarang cikgu nak ajar lain2 warna yg pernah cikgu belajar masa sedang membesar dulu. tapi jangan gunakan masa peperiksaan disekolah ye. confirm 'failed'.

senarai warna :
1) Hijau katak pisang @ hijau pucuk pisang = hijau muda
2) Hijau perut lembu = hijau tua / hijau gelap
3) Merah darah haid @ merah darah ikan = merah tua/pekat.
4) Merah hati = Pink (kot??)
5) Merah cili = Merah menyala
6) putih susu = warna putih (berkilat sikit kot)
7) putih kain kapan = warna putih (kusam)
8) putih mutiara = warna putih berkilat
9) Warna biji kundang @ butir buah setar = Warna unggu
10) Warna kelabu tahi anjing = Warna kelabu pudar
11) Warna biru laut = biru muda (kot??)
12) warna hitam keling = warna hitam metalik

sebenarnya banyak lagi. pendidikan formal dan kehidupan di bandar dah menghakis dictionary aku tu. kepada yg terasa dengan istilah2 warna2 tu, aku mintak maaf. bukan niat nak menghina, tapi itulah pengistilahan orang2 kampung macam aku untuk menerangkan warna. kami bukan pandai nak cakap magenta, cyan, torqoise dan sebagainya. tapi kalau korang perhatikan sekarang kebanyak syarikat kenderaan dah pakai isilah2 sebegini dalam menerangkan warna kereta mereka seperti 'red chilli', 'pearl white' dan sebagainya. cuma aku comfirm tak kan beli kalau kereta yang warnanya 'menstruation red' atau 'period red'. he.3x...

cerita pasal warna2 ni, aku suka melihat warna dari sudut pemerhatian kanak2. aku pernah jadi guru ganti beberapa bulan yg mengajar pelbagai subjek termasuk pendidikan seni. aku seronok budak2 mewarna binatang mengikut warna2 yg disukai, bukan warna binatang sebenar. lagi seronok ia berulang pada anak aku, luqman. ikut suka hati dia je nak warna binatang ikut suka hati dia. since dia masih kecil, akupun tak kisah. ini antara lukisan yg diwarnakan luqman. ia tak cantik, tapi pada standard aku sebagai seorang ayah, OKlah! dia warnakan sendiri ikut kreativiti dia. lagipun luqman baru berusia 4 TAHUN, 4 BULAN, 4 HARI pada tarikh hari ini (25/04/09). ini gambar yg terbaru punye....












IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

Kalau anda ingin pendapatan sampingan tanpa yuran penyertaan, tapi dibayar dengan Dollar Amerika, anda kliklah pada banner yang berwarna 'hijau katak pisang' dibawah ni.

Thursday, April 23, 2009

Pekerjaan Dalam Perkahwinan (Untuk Wanita)

Sorilah kalau ada kawan2 datang ke blog aku hari ni untuk baca entry terbaru tapi hampa. kebizian banyak. so, sementara menunggu solat isyak ni aku update sikit, nak update lewat sangat malam ni tak boleh. ala korang faham2lah, hari bapa.

balik kerja, ditempat kerja dan pemberitahuan dari keluarga dikampung menyebabkan jadual ke kenduri kahwin aku agak penuh untuk bulan 5 dan 6 ini. adik perempuan aku (mak lain) akan nikah bln 6. sepupu aku hujung bulan 6. member seopis ada 2 orang nak nikah bulan 6. apsal bulan 6 ye? dah start musim dia ke? atau sempena musim hujan. kerana majlis kahwin terlalu banyak yg payah aku nak tolak termasuk dari pekerja di sini dan kawan2 lama. mau tak mau, kena pergi tunjuk muka. kalau tak dapat pegipun, aku seboleh2nya akan kirim 'salam'. orang dah bagi kad mahal2 tak kan kirim salam pakai air liur je kot. jatuhlah standard sirim aku.

cakap pasal kahwin, aku teringat perbualan aku dengan seorang sahabat berbangsa india bernama nirmala (bukan nama sebenar). di opis tempat aku pertama kerja dulu majoriti adalah perempuan, aku dan 2 boss aku jelah jantan diopis utama. jadi secara tak langsung, akulah manusia yg paling hensem di pejabat utama itu. ye lah.. yg lain2 tu pakai warna metalik, aku je pakai cat emultion.

si nirmala ni agak cantik, tapi jenis bendul walaupun keluaran universiti. dia mengaku pergaulan dia terhad, dan dia jenis anak yg duduk bawah ketiak mak. satu hari dia ke pejabat dengan sangat girang. ingatkan dia kena nombor ekor ke hape, tapi rupanya dia cakap mak dia dah dapatkan jodoh untuk dia. dia akan berkahwin tidak lama lagi. cilakak betul, species gatal nak berlaki rupanya!

aku yg memang terkenal dengan laser disk di opis mula bersoal jawab dengan nirmala apa yg dia faham tentang erti perkahwinan.

si mulut laser : nirmala, you gatal2 nak kahwin ni you tau tak kahwin tu apa?
nirmala : tau lah. mak i dah cakap. i kena hidup dengan lelaki tu sampai mati. kemudian lahirkan anak2 dia.
si mulut laser : cis! macam senang je u cakap. kahwin ni susah. so, u jangan happy sangat. u tak baca statistik berapa ramai orang dah jadi janda. dah berapa ramai isteri kena lacurkan oleh suami. ada isteri yg tak tahan dalam perkahwinan dan buduk diri. itu statistik betul, majoriti melibatkan bangsa u.
nirmala : tapi bakal hubby i mother i kenal. famili kami dah lama kenal. diapun educated, balik dari luar negeri.
si mulut laser : itu you lagi salah. kebanyakkan kes penderaan memang melibatkan orang yg kita kenal. kerana kenal kita cuma diamkan. dan akhirnya membawa kepada bunuh diri.
nirmala : habis, u tak nak kawin?
si mulut laser : mestilah i nak. syiok oo... kawin. tapi konsep i sebagai lelaki lain, u perempuan lain.
nirmala : apa yg lainnya?
si mulut laser : kalau lelaki kawain, dia akan jadi ketua keluarga. dia ada power. u kena ikut cakap suami u.
nirmala : i rasa ok je.
si mulut laser : u betul2 naif la.... u cuba tanya kak thana, kak liza apa erti perkahwinan. u sekarang betul2 anak manja. orang tegus u nangis. boss marah, u balik. dah kawin u tak boleh mcam tu. mother u pun dah tak boleh masuk campur.
nirmala : i rasa i boleh handle jadi wife.
si mulut laser : u belum rasai, u boleh cakap. sekarang u buat kerja di opis, balik mother u dah masak, pakaian u dia dah basuh. dah kawin itu semua kerja u.
nirmala : kalau basuh baju, i tau.
si mulut laser : nirmala, ini terus terang i cakap dengan u suruh u bersedia. bila u dah sign sanggup kahwin dan dapat tittle wife, u sebenarnya secara automatik menyerahkan diri u untuk bekerja 24 jam sehari sehingga u mati.
nirmala : apa kaitan kahwin dengan kerja sampai mati?
si mulut murai : ala... apalah benak sangat kamu ni! begini... setelah berkahwin sebenarnya kamu dah menjawat pelbagai jenis pekerjaan. kamu may be masih perlu bekerja dipejabat untuk support family. antara lain pekerjaan yg kamu kena buat ialah :-

1)kamu adalah TUKANG MASAK utk family kamu.
2)kamu juga TUKANG CUCI pakaian.
3)kamu perlu jadi TUKANG KEBUN untuk mencantikkan halaman rumah kamu.
4)kamu adalah AMAH atau BABY SITTER kepada anak2 kamu.
5)kamu adalah PENGAWAL KESELAMATAN kepada anak2 dan hartabenda suami kamu.
6)kamu adalah PEMANDU kepada anak2 kamu yg bersekolah barangkali.
7)kamu adalah TUKANG SAPU yang membersihkan rumah setiap hari.
8)kamu adalah JURURAWAT yang terpaksa bersengkang mata jika suami atau anak sakit.
9)kamu adalah TUKANG URUT yg memberi kelegaan kepada suami yg keletihan.
10) kamu adalah OPERATOR TELEFON yang menjawab panggilan dan memanggil suami kamu di rumah.
11) kamu ibarat POSMEN yg terpaksa menghantar kad2 atau barangan yg disuruh suami atau menjemput rakan taulan untuk majlis di rumah kamu.
12) kamu ibarat KERANI yang kerjanya mengisi borang2 dan pelbagai dokumen untuk suami dan anak2 termasuklah borang cukai dan perbelanjaan keluarga.
13)kamu ibarat GURU yang mengajar anak2 di rumah.
14) dan yang paling basic kerja yg perlu kamu lakukan dengan baik ialah sebagai GADIS PELAYAN yang perlu melayan keperluan nafsu suami kamu.

(diam)

nirmala : (termenung) u ni teruklah izman. u belum kawin, mana u tau semua ni perlu perempuan buat? i tak mau cakap dengan u.
si mulut laser : (tersengih dan kemudian turun ke kantin pekena teh tarik tanpa rasa bersalah.)



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------

Wednesday, April 22, 2009

Suatu Amanah

HADIAH PERCUMA??
Masa syiok2 blog hopping tadi, aku terpaku dan terlama sikit kat blog joegrimjow (http://joegrimjow.blogspot.com/2009/04/contest-diumum-kan.html). Ada pelbagai HADIAH PERCUMA termasuk yang paling cikai 10 helai baju manchaster united atau liverpool made in UK untuk dimenangi. hadiah pertama hingga ketiga tu malas aku nak sebut sebab haram tak pernah dapat pun kat aku. teringat powerroot buat pertandingan, bertin2 aku bedal air tongkat ali dan paksa isteri minum air pearl kacip fatimah. alih2 pakcik lain yg cakap "saye menang moto". aku? alhamdulillah, terlebih power dan kacip, dapat anak sorang lagi. Syukurlah. lagi best.. hari2 membesar punya hadiah.

sape2 nak masuk contest tu masih dibuka sampai 20/05/09. untuk keterangan lanjut korang pegilah blog joegrimjow tu.

sebelum aku lupa, terima kasih maksu (http://ceritakosong.blogspot.com)kerana bagi aku 2 award seperti dibawah ni. pergh! cam artis lak dapat 2 award sekaligus. dapat friendship award tu aku sangat bangga, sebab orang2 maksu lah buat life menyenangkan. walaupun bersahabat cuma dialam ghaib, opss... dialam siber, tapi terasa mesra je. tapi bab award blogger star tu macam malu je nak tampal, takat 10 visitor sehari, boleh ke dipanggil star. tapi sebab maksu dah paksa, aku tempelkan jugak le. kalau nanti ada mana2 blogger star yg terlawat blog aku secara accident, abaikanlah star aku tu. anggaplah aku cuma penyanyi cilik 'twingkle twingkle little star' je. ni rupanya award berprestij itu :-




sebab kebetulan aku memang tengah cari idea untuk contest si joegrimjow tu, dengan melihat award dari maksu tu aku terdapatan satu idea. maksu, kalau "saye menang motor', satu side mirror dia saya hadiah kat maksu. tapi kalau dapat baju?? butang baju je saya bagi ok tak maksu??

sebut pasal award atau anugerah ni pada aku ia suatu amanah dari pihak lain kepada pihak penerima agar lebih berusaha untuk maju dan berjaya. amanah itu dilambangkan dengan tropi, medal. award, logo, duit, ucapan, hadiah dan sebagainya. sebut pasal amanah, aku teringat amanah saham nasional aku yg tah berapa bakinya.

apa? salah tajuk? sori dah dapat award ni aku lupa diri sikit. nak peluk staff perempuan aku, takut pulak laki dia pelangkung aku. tapi apa2pun peluk memeluk tu tak jejaskan ekonomi negara, tapi kalau aku peluk staff perempuan aku memang confirm ekonomi peribadi aku terjejas sebab confirm aku terpaksa membuat surat termination kepada diri aku sendiri kerana sexual harrasment.

ok lah,ini kisah aku dan rakan2 yg menerima amanah. Begini kisahnya.....

kursus kepimpinan, kursus btn atau biro tata negara dan seangkatan tentera dengannya aku yakin ramai yg dah pergi. sama ada secara sukarela atau paksarela. pada aku, rasanya dah lebih 3 kali aku pergi. sekali masa aku kursus kepimpinan ketua2 pelajar negeri pahang, kemudian kursus btn masa form 5, dan last sekali kursus btn jugak sebagai syarat wajib sebelum grad masa kat universiti.

biasalah.... masa pergi kali pertama, agak dungu sikit. ye lah tau tau apa orang nak lanyak kita. apa jurulatih suruh, aku buat je walaupun hati kecil aku tau aku akan dibuli. bak kata orang kampung aku "ibarat unta mekah, terus serah leher bila dengar dirinya nak disembelih".

tak faham? apsal lembab betul ko ni? tak pernah gi kursus btn ke? dulu2 masa aku, kalau kursus je, lepas lapor diri setiap peserta akan diberi sebiji telur ayam mentah untuk dijaga sebagai amanah diri, keluarga, agama dan negara. telur tu kita akan diminta tandatangan utk elak bertukar dengan telur peserta lain. err... ada ke peserta boleh tertukar telur? dah nama kali pertama, aku macam siot je jaga telur tu ibarat menatang minyak yg penuh. setiap aktiviti kena bawak telur; ceramah, sukan, mandi. solat dan sebagainya. sian....

ramai gak peserta yg kepecahan telur akibat kecuaian sendiri, terjatuh masa beraktiviti, dan tidak kurang pulak oleh dikhianati oleh jurulatih yg sengaja mencuri dan memecahkan telur peserta. kesian... takde zuriatlah mereka nanti sebab telur nak hilang sebiji.

argh!! malas nak stori mori kisah kursus pertama sebab aku kena teruk. bila kursus kedua. aku dah tak kedunguan lagi. malah, aku yg friendly (saje nak relatedkan dengan award yg aku dapat) senang dapat kawan yg segila2 aku. ada siap bawak marker pen sendiri, ada yg bawa bekas khas untuk simpan telur elak pecah, malah ada kawan aku tu siap bawak sepapan telur ayam. ye lah, kalau kursus 3 hari 2 malam, habis sepapan telur ayam tu pecah. tak tau lah betapa gelojohnya orang tu. kawan tu siap buat bisness, sebiji telur seringgit.

tapi aku lain. aku tak main le bawak telur banyak2. yg dah ada pun dah cukup untuk meneruskan kelangsungan zuriat aku. aku tak perlu bawa marker pen... aku cuma perlu idea dan bermanis mulut. aku tau mana2 kursus gomen, pagi2 mesti ada telur rebus. so, aku simpan telur rebus tu dan tandatangan diatasnya. telur amanah, aku simpan didalam almari. dah nama amanahkan, aku kena simpan le tempat selamat.

masa ceramah... pap! ada kawan terjatuh telur. pecah.
masa sukan.... pap! bola kena telur. pecah.
masa solat... pap! telur terjatuh masa sujud. pecah.
masa kawat.... pap! telur pecah sebab ditepuk jurulatih. pecah.

kesian mereka yg kepecahan telur. dah la tak pasti ada sambungan waris ke tak, kena bawa sebiji jongkong bata sebagai ganti. pergh! berat woo... bayangle gi jongging bawa bata... siannya. ada yg lagi malang, bata terjatuh dan pecah. kena bawa dua biji bata. aku? steady beb.

yg aku syiok ialah gelagat peserta perempuan. mereka siap simpan telur dalam sapu tangan, ada yg simpan dalam stoking. ala mereka tak pernah bawa telur, jadi camtulah. species aku yg dari kecik memang spesies pembawa telur aku tengok rilek aje. so, majoriti yg kepecahan telur ialah geng jantan yg lebih kasar. dan species ni may be yg baru kali pertama kursus atau dan berkali2 kursus tapi tahap kebendolan mereka masih menebal.

akhirnya sampailah kami ke malam terakhir. ye lah.... kami dah diberi ceramah tentang nasib bangsa kami yg terus terpinggir. kami dah mengalir air mata sambil menyanyikan lagu 'anak kecil main api' dan 'penyair dari gunung' yang aku hafal sampai sekarang. malam terakhir ni seorang motivator hebat memulakan xtvt. kami menghadap sebuah pentas dimana pakar motivasi itu mundar mandir dan kami dikehendaki menutup mata. antara bait2 katanya yg masih aku ingat sikit2....

..."anak2ku, telur yg diberi itu anggaplah sebagai amanah ibubapa, agama dan negara. ia seumpana satu benih kehidupan yg kamu harus tatang seumpama menatang minyak yg penuh. jika kamu memberikan ilmu dan mengasuh diri kamu untuk menjadi seorang yg berguna, saya yakin kamu akan berjaya mengasuh zuriat kamu yg dilambangkan dengan telur itu. kamu kena percaya kamu adalah orang yg bertuah kerana lahir ke dunia kerana sains membuktikan bahwa dari beribu2 sperma dari bapa2 kamu, kamu yg cepat sampai dan berjaya menembusi telur ibu kamu. dan ahkirnya selepas 9 bulan 10 hari kamu dilahirkan ke dunia ini."

"bla..bla...bla...bla............."
ceramah itu sengguh terkesan. aku dengar suara tangis peserta2 perempuan yg hanya dipisahkan oleh laluan selebar sedepa. dalam mata yg aku buka sikit aku tengok peserta perempuan yg aku minat. siannya.... menangis. rupa yati (bukan nama sebenar)yang comel lote tu kelihatan macam ..... argh! malas aku nak gambarkan. at least aku tau hatinya juga lembut, selembut hati aku yg mudah menerima gadis2 cantik untuk hadir dalam hatiku walaupun baru 13 minit berkenalan. tapi aku masih dengar motivator tu berkhutbah.

"sekarang saya mahu kamu fokus untuk tujuan kamu lahir ke dunia. kamu lahir untuk memberi kebahagian dan kejayaan untuk diri kamu, keluarga kamu, agama kamu dan negara kamu. sekarang saya minta kami pegang telur kamu dengan tangan kanan, bawakan ke kepala. niatkan dalam kepala bahawa kamu ini pemegang amanah. sekarang, bawa turun tangan kamu tadi ke mulut. cium... cium telur itu seperti mana kamu mencium tangan kedua ayahbonda kamu. cium sebagai tanda kamu meminta restu kerana kejayaan datang dengan restu kedua ayahbonda kamu. sekarang, turunkan ke dada kamu. letakkan ia di jantung kamu. dengarlah dengup jantung kamu, tekadkan bahawa kamu akan berusaha utk berjaya selagi masih berdengup jantung kamu itu. sekarang, bawa ia ke hati kamu.... inilah tempat terpenting. kamu sudah tekad untuk berusaha, kamu sudah minta restu ayahbonda, kamu sudah berjanji akan berusaha selagi ada dengup nafas kamu. dan sekarang kamu ke ikrarkan dalam hati kamu bahawa kamu akan berjaya"

"saya saya minta kamu kenangkan semuanya... harapan diri kamu, harapan ayahbonda kamu, dan harapan agama kamu yg terpaksa kamu pikul. pegang telur itu erat2 di hati kamu. letakkan seluruh kepercayaan, harapan itu didalam telur kamu. sekarang... diharapan kamu saya telah letakkan satu tnda sasaran sebagai lambang target kamu. sekarang, buka mata kamu perlahan2, teruskan fokus pada sasaran yg telah saya letakkan diharapan kamu. tengok pada point paling kecil ditengah2 sasaran itu. itulah sasaran yg kamu harus sasarkan."

"sekarang... terus pusatkan pada amanah ditelur kamu sambil mata dan otak kamu fokus kepada sasaran. saya hendak kamu lontarkan telur2 itu ke sasaran sekarang. lontarkan...lontarkan... LONTARKAN! "

pap! pap! kelepap! kelepek! kelepok! kelepus! (macam2 bunyi telur pecah langgar dinding)

selepas 10 minit....

"saya minta siapa yg degil membaling telur berbaris disebelah kiri. yg mengikut arahan saya membaling telur disebelah kanan." laung pakar motivasi dengan kehadiran ramai jurulatih lain.

"mereka yg tidak memecahkan telur, saya anggap kamu derhaka. buat ketuk ketampi 10 kali" laung jurulatih.

aku tengok peserta pemecah telur gelak2 kat kami. gelak sakan korang ye... tengok sape yg pecah telur nanti.

"kepada yg telah memecahkan telur amanah tadi, TAKZIAH! kamu telah menghancurkan amanah keluarga kamu. sekarang kamu ketuk ketampi 50 kali. dan ambik bata sebiji seorang sampai acara penutupan esok" laung pelatih.

giliran aku dan kawan2 tak pecah telur katawa terbahak-bahak. padan muka korang!

hari penutupan pun sampai, bermakna tamatlah seksaan dunia buat kami. sebelum bersurai cam biasa kami dengar pelbagai acara formal penutupan. kemudian kami seorang demi seorang diberi peluang naik ke pentas menunjukkan diri dan titanya pelbagai soalan dan pengalaman oleh para jurulatih dan sahabat2. yg aku terus ingat ialah semua dari kami ditanya adakah telur kami pecah atau tidak dan macammana telur itu pecah, antaranya.... (semua bukan nama sebenar)
soalan untuk semua orang : bagaimana telur kamu pecah?

jawapan:
ali : telur saya jatuh.
ha.ha.ha....
abu : telur saya pecah langgar pokok masa aktiviti.
ha.ha.ha.....
ahmad : telur saya dipijak kawan masa senaman
ha.ha..ha...
kamil : jurulatih tepuk telur saya sampai pecah
ha..ha..ha...
hamzah : azizah terlanggar telur saya
HA..ha..hahh...
azmir : masa sujud telur saya jatuh lalu pecah
ha..HA..Haaa..
saiful : saya baling telur saya masa sesi motivasi
ha..ha..HA...

selepas xtvt itu, kami diberikan sijil dan majlis bersurai.

apa? apa jadi ngan telur aku? tak jadi apa2. masih aku simpan sampai sekarang. Alhamdulillah, kata2 jurulatih kursus2 itu masih aku jaga dan ingat. aku akan sampaikan kepada anak2 aku nanti. dan at least aku dah sampaikan kepada anda semua.

Tuesday, April 21, 2009

Kerana Taksub

sejak kali pertama aku kerja secara full time, aku tak pernah kerja dengan syarikat melayu. mula2 aku kerja syarikat india, kemudian cina, cina dan cina lagi sampai sekarang. bukan aku tak berkepinginan nak kerja syarikat melayu yg hebat2 seperti petronas, sapura, nadi, dan sebagainya; tapi belum sampai jodoh kot.

sepanjang aku kerja dengan syarikat bukan melayu ni, semuanya percaya kepada unsur2 keramat dan feng shui. boss company india yg ambik aku kerja dulu pernah cakap kat aku masa diiklankan jawatan kosong itu, lebih 200 application. majoriti ditolak kerana berbangsa cina dan tarikh lahir mereka. x-boss aku percaya bahawa dia memerlukan pegawai yg tak akan melawan dia. dan tarikh lahir aku antara tarikh lahir yg klihatan sangat baik dan tidak akan khianat majikan. aku masih ingat, masa aku dipanggil temuduga, pelbagai soalan dikemukan, itu biasalah... tapi dia lebih suka tanya tentang family. malah, aku leih terkejut bila aku disuruh kerja keesokkan harinya.

dicompany2 cina yg aku pernah kerja, mereka memang percaya feng shui. cuma aku tak boleh lupa salah satu syarikat yg pernah aku kerja tu, syarikat tu terlalu taksub. x-boss aku tu sanggup membina sebuah taman dan kolam ikan hiasan yg besar di hadapan kilang kerana faktor feng shui. biarpun jodoh aku ngan company tu cuma dalam 6 bulan, tapi banyak aku belajar tentang politik pejabat dan kewujudan boss HR yang paling bodoh dan sial pernah aku jumpa (nantilah aku cerita kemudian).

kerana taksub kepada feng shui, pada masa aku baru2 kerja disitu, masa orang lain seronok cuti new year pada 01 haribulan januari, aku terpilih mengekor owner company dengan beberapa pakar feng shui membersihkan kilang. tak de ritual sembahyang cina. pakar feng shui dari negara china dibawa masuk bersama seorang perterjemah kerana bomoh feng shui tu tak bercakap. dia cuma tunjuk2 dan bercakap dalam bahasa yg tidak difahami kecuali oleh penterjemah.

mula2 tengok pakar feng shui yg datang tu aku dah nak tergelak. dia pakai pakaian hitam yg compang camping. pakai topi jerami apek jual sayur yg royak rabak. ditangan pula ada penyapu kecil. ada macam cerita maklampir .... opss... cam ahli sihir punya pakaian. aku dan 4 orang lagi masuk dari bilik ke bilik, line ke line dan setiap ceruk kilang. adik boss besar aku kerja dia mencatat apa yg perlu diubah selaras dengan arahan pakar feng shui. aku? ikut je... aku pun tak faham kenapa dalam seramai seramai 12 orang staff HR, aku terpilih. sebab aku baru kerja, aku tiada pilihan menolak. err... berdosake???

proses tu panjang, dan memeningkan kepala aku sebab aku hanya mengikut macam orang bodoh. paling menyedihkan, salah seorang sahabat aku dari department lain dibuang kerja serta merta kerana di ditafsirkan membawa bad luck kepada company. keesokkan harinya, si perempuan cina tu yg baru sahaja bali bekerja lepas cuti bersalin langsung tidak dibenarkan masuk kilang. aku dan boss aku tunggu di luar pagar menyerahkan surat termination dan cek bagi ganti notis. walaupun jumlah wang banyak diberikan sebagai saguhati termination yg melebihi dari 2 bulan gantian notis, aku lihat pekerja itu menangis.

lagi satu perubahan kerana feng shui yg dibuat serta merta ialah arahan kolam ikan ditimbus serta merta. adik big boss terus call lori pasir dan tanah kambus. aku tak tunggu le sebab ada dating. keesokkannya aku sedih tengok nasib kolam ikan yg cantik dengan ikan yg terjaga lebih 5 tahun dikambus dan dibunuh kejam. pekerja yg menjaga kolam sejak hari pertama aku tengok menangis meraung bila datang tengok kolam yg bertahun dia jaga ditimbus. itulah kali pertama kata kawan yg senior bahawa dia mengata boss besar.

apa2pun terserah kepercayaan masing2. pada aku rejeki dan nasib ditentukan Allah. kaum depa, ikut depa lah. tapi aku juga sedar ramai dah orang kita yg turut mempercayaan feng shui. malah yg taksub tu sampai tahap sanggup membeli dan menggantung simbol2 mantera yg lebih mirip kepercayaan buddha di rumah masing2.




IZZI ADVERTIZING--------------------------------



Monday, April 20, 2009

Jom Ke Zoo Negara

2 hari aku tak update blog. adik aku datang so, aku melayanlah mereka sekeluarga. jumaat malam sabtu, adik aku teringin nak pegi uptown. nak pegi uptown damansara jauh sangat, aku ajak mereka gi uptown shah alam je. lama gak pusing2 uptown, dah penat lepak2 jab pekena nasi lemak kat situ.

hari sabtu (18/04/09), adik aku ajak gi zoo negara dan tawaf sekitar KL. wife aku agak keberatan sebab tak larat. ala biasalah perempuan mengandung. cuma dia kata kalau jalan sikit, dia ok. aku tak mahu paksa, cuma aku beritahu adik aku kami sekeluarga ikut tapi kalau wife aku kecapekan, kami tak boleh tawaf sampai KL lah. aku ingat mereka dah pegi zoo hari jumaat lepas mereka gi putrajaya sebab mereka petang baru balik rumah aku. aku kerja, rupanya adik aku si esam ajak tawaf shopping compleks je. memang kalau dia nak jalan gi zoo, memang tak maunya..

lepas sarapan kami ke zoo negara. guna 2 kereta sebab lepas tu adik aku nak terus balik kuantan. Alhamdulillah, selepas rombongan masa aku sekolah rendah dulu, inilah kali kedua aku datang zoo negara. aku pun tak tau kenapa dua tahun berturut2 aku gi zoo melaka ye? may be sana lebih jauh, lebih banyak kawasan menarik disekitarnya dan boleh bermalam di tepi pantai kot. tapi kalau kat KL pun boleh bermalam kat pantai gak.... err.. pantai baru dan pantai dalam. he.3x.

baru je nak masuk, tengok papan tanda harga aku dah terkujat! dewasa rm15.00 sorang. kanak2 rm6.00 sorang. kami 4 dewasa dan 4 kanak2. kopaklah aku... tapi nasib baik gak kanak2 cuma dicharge rm6 untuk yg berusia 3 thn ke 12 thn. anak aku pika dan anak adik aku marsha belum genap 3 tahun, tak kena bayar la....

secara peribadi aku rasa zoo melaka lebih menarik dan lebih friendly dari zoo negara. harga makanan dan minuman di kedua2 zoo memang cekik darah tahap yahudi. cuma zoo negara lebih ok pada aku ialah tanahnya yg lebih landai dan tidak terlalu memenatkan berbanding zoo melaka.

ni sedikit gambar masa di zoo negara.




lepas animal show habis jam 320pm, kami pun keluar. cuma kami tak dapat ikut family adik aku yg nak gi tawaf petaling street, central market, jalan masjid india, klcc dan sogo. wife aku dah kepenatan. anak2 sampai je kat kereta terus mintak susu dan terus terlena, penat sangat barangkali berjalan sambil bermain2 dengan sepupu2 mereka. adik aku tak kisah, sebab memang kami dah bagitau awal2, dan dia pun faham keadaan orang mengandung. aku pun tak ralat membiarkan mereka ke KL sebab aku dah beberapa kali ajar mereka guna lrt, dan jalan2 short cut. dan nasib baik gak kami tak ikut sebab masa aku call mereka jam 830pm, mereka masih asyik jalan2 di KL.

aku teruskan perjalanan balik dan hanya membiarkan anak2 tidur dengan lena. sejuk betul aircond yg baru diservis ni. sebab kami belum makan makanan berat, kat zoo cuma makan jagung rebus, jajan, twister, air coke, air cincau, jajan lagi, roti dan sebagainya. aku ajak wife pekena kfc sebab ada beberapa keping voucher kfc lepas isi minyak kat petronas. wife tak nak, dia nak sate kajang haji samuri. sampai kat kawasan ehat awan besar, aku cuba kejutkan anak2 ajak makan, dua2 langsung tak sedar. kesian anak2 ayah kepenatan. aku bungkus je sate kajang.

sampai rumah, lepas bersihkan diri dan solat, kami makan sate bersama anak2 yg dah bangun tidur. tiba-tiba pika bertanya...

pika : ayah, bila ayah nak bawak tengok monyet?
ayah : (terpaku) kita dah pegi kan. tadi kita ramai2 pegi zoo tengok monyet.
pika : tak nampak monyet pun...
ayah : ada. tadi kita dah tengoklah monyet (sambil menunjukkan gambar2)
pika : mana ada monyet. tak ada pun...
ayah : (baru teringat aku tak sebut pasal monyet, tapi lotong, kera, dan lain2)oo... ayah tau. orang utan, lotong, kera, tu semuanya keluarga monyet. semuanya monkey.
pika : ye ke.... semua monyet ye...




IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Friday, April 17, 2009

Alasan Atau Kebetulan?

hari2 ni awal pagi lagi aku dah ke alam megah shah alam ambik adik lelaki aku. sebabnya adik aku yg tinggal kat kuantan, pahang datang rumah aku malam tadi (16/04/09) ajak ke putrajaya ada urusan pagi ni. since schedule meeting aku hari ni agak pack, aku tak leh cuti. adik lelaki aku tu agak free dan aku mintak dia jadi pemandu arah. nasib baik kami pergi sebelum jammed depan proton, dan aku sempat sampai rumah untuk hantar luqman ke tadika. so, adik aku si esam lah yg akan temankan adik aku si imran sekeluarga ke putrajaya dan lepas tu nak ke zoo negara.

so, esok dan ahad mesti pack xtvt. adik aku tu mesti nak pegi sogo. apa yg best sogo tu pun aku tak tau, may be sebab aku tak berduit kot. nak pegi aquaria klcc macam rugi lak, mahal oo.... aku kalau nak tengok ikan, aku pergi akuarium shah alam je. beribu2 ikan ada, dan yg penting free.

lepas anto luqman, dan dapatkan sarapan untuk yg kat rumah. untuk aku sendiri, aku dapatkan mee goreng. gerai favourite aku cuma 2 je. satu kat area rumah dan satu lagi area tadika luqman. tapi aku prefer kat area tadika sebab lebih murah, lebih sedap dan lebih banyak.

oh ya! satu yg aku suka pasal kemelesetan ekonomi ni ialah pertumbuhan banyak gerai2 makanan baru ditepi2 jalan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. dulu aku suka jugak hop sana sini cari nasi lemak yg best, sekarang agak slow. so, jangan peliklah tengok entri makan dah kureng kat blog aku. (ada yg percaya ke aku kurang makan??).

setiap pagi, petang dan malam aku dapat lihat sepanjang perjalanan aku akan ada gerai menjual makanan. ada nasi lemak, gerai keropok, gerai soto, sate, burger dan pelbagai lagi. so, pelanggan macam aku banyak pilihan. yg lagi syiok ialah mereka berlumba2 dan tarik pelanggan dan cenderung bersaing harga dan meletakkan anak2 dara yg comel dan seksi digerai mereka. tak percaya? seksi bukan sekadar pakai skirt pendek, tapi kalau pakai baju kelawar, atau bodi fit, atau baju leher besar yg memperlihatkan longkang besar mpk, siapa tak tergoda nak datang. dengan modal rm1.00 beli goreng pisang, boleh tengok wayang free. apa taknya si gadis tergedik2 dan terbongkok2 membungkus goreng pisang, si pembeli meleleh air liur melihat alur dada dan alur punggung. aku? aku memang tak cari menda2 tu, tapi kalau depan mata ada free show, aku layan je. bukannya aku lelaki gatal, tapi aku lelaki normal yg terghairan tengok menda lain yg takde kat species aku.

cuma yg aku menyampah pasal kebanjiran gerai makan ni ialah mereka suka buat menda yg sama dan bertapak ditempat yg sama. memang persaingan tu bagus, tapi kalau 3-4 gerai nasi lemak sebaris ditempat sama, pelanggan cenderung memilih dan akhirnya semuanya lingkup.

dah cukup panjang ke entri aku ni? belum? aku tambah sikit lagi.

masa sarapan tadi, ada kawan2 perak cakap isnin depan (20/04/09) perak cuti umum sempena hari keputeraan sultan perak. aku bab2 sultan dan raja2 melayu ni aku cukup hormat. kalau boleh, aku nak turut raikan. kepada orang2 melayu, korang kena ingat kita masih ada kuasa kerana kedaulatan raja2 melayu.

teringat pasal hari keputeraan duli2 sultan ni aku teringat satu kisah masa aku kat uum sintok. entah kenapa ada satu hari aku terponteng satu kelas (dirahsiakan kelas apa). aku rasa aku balik kampung dan terlewat balik ke sintok, dan menyebabkan aku terponteng kelas kerana kepenatan dan kelewatan. rupa2nya pensyarah terbabit telah membuat pop kuiz bernilai 5% dari markah keseluruhan kursus dia. banyak tu? ramai gak lah orang yg terponteng atau saje2 ponteng kelas tu sebab pensyarah tu memang agak baik. selepas kelas dia pada hari seterusnya, maka berduyunlah aku dan ramai lagi kawan2 yg terponteng tu berbaris di pintu bilik pensyarah berkenaan. aku orang2 yg dibelakang le... sorang2 masuk, dalam seminit dua, keluar dengan muka monyok. TIDAK DILAYAN! aku rasa macam nak blah je, tapi aku kuatkan hati, aku cuba cari idea2 bernas. sedangkan yg tunjukkan medical leave (mc) pun tak layan, apa idea bernas lain yer?.... fikir.... fikir..... fikir.....

aha! pensyarah ni orang pahang, akupun orang pahang. aku bukak dompet dan tiket aku balik dari pahang masih ada. cantek!!

bila masuk turn aku, aku buat muke toye (muka seposen). aku mulai dengan doa selawat, doa selamat dan doa tolak bala. dengan yakin aku ketuk pintu walaupun pintu dan separuh terbuka. aku beri salam. dia menoleh dan menjawab salam. aku hulurkan tangan berjabat salam. aku kenalkan diri walaupun aku tau dia kenal aku. dia macam tak nak layan je. eleh! akukan pelajar kursus sumber manusia, aku mesti pandai memujuk dan menguasai ruang.

student ponteng : en. x, saya datang nak minta maaf kerana tak dapat hadir kelas en. x.
pensyarah : oklah. tapi kamu dapat kosong markah ajelah.
student ponteng : en. x, saya memang salah, tapi saya minta ehsan en. x untuk pertimbangkan tahap kesalahan saya, dan kalau boleh, saya diberi peluang menjawab semula kuiz tu.
pensyarah : mana boleh jawab semula kuiz, kamu mesti dah tau soalan tu. hah! apa alasan kamu.
student ponteng : en. x, saya sebenarnya balik pahang, dah lama saya tak balik.
pensyarah : oo... kamu orang pahang ke? kat mana?
student ponteng : saya kat jerantut. en. x orang pahang jugak ke?
pensyarah : aa..ah! abis kenapa lama sangat balik kampung.
student ponteng : saye balik kampong' hari' sabtu, sebak hari' jumaet takde tikek balik pa'hang. dok rumoh, ahad tu hari keputeraan tuanku sultan di pa'hang, cuti umum sampai' senin, saye turus le cuti. lupe kat kedoh tok cuti. saye dari tadika sampei sekoloh menengoh form 6 saye memang tiap2 taun cuti mase keputeraan tuanku, saye terlupe saya doh kena ikut cuti sultan kedoh. saye betul2 mintok maah le en. x (guna dialek orang pahang untuk menunjukkan org pahang. ayat bodek la..)
penyarah : laaa... gitu yer. mat nye kamu lupe benor. saye pun kadang2pun lupe jugok. tak pelah, saye maafkan kamu. tapi saya nak bagi kamu buat ape yer?
student ponteng : mungkin en. x buleh bagi assigment tambahan ke? kerja kursus ke? saye sanggup buat.
pensyarah : ok, bagus idea awok. kamu buat assignment mengenai ..... (dirahsiakan takut korang tau subjek ape. ha.3x). 6-10 muka surat dah.
student ponteng : terima kasih en. x, dalam 2 hari saye hanto.
penyarah : ada apa2 lagi?
student ponteng : takde. terima kasih sekali lagi en. x.
pensyarah : sama-sama.




Thursday, April 16, 2009

Kalau Dah Nama Kuli......

Hari aku aku masuk kerja separuh hari. pagi tadi bercuti anto wife gi check up pregnant. schedule yg sepatutnya hari jumaat lepas, tapi diorang tunda hari ni. takpelah cuti akupun banyak lagi.

pagi2 aku dah hantar wife ke klinik dan luqman ke tadika. pika cam biasa ikut aku pekena roti canai telur kat kedai mamak. then balik rumah baca surat khabar. tapi hari ni lain, pika tak mau duduk rumah, asyik2 nak gi ngan ummi dia. aku ajak gi econsave jalan2 pun dia tak mau. nak ummi dia jugak. so, aku bawak pika ke kliniklah.

bosannya menunggu. kalau minggu2 dulu kat rumah selepas habis baca obituary, boleh gak kemaskan rumah jadi mister mama. kat klinik aku nak buat ape. tivi pun takde. dah la panas nak mampos. tapi yg pelik ibu2 mengandung rilek je? diorang ni tahan haba ke?? abis surat khabar aku baca, bukan takat obituary... iklan kerja kosong, iklan jual rumah, iklan along, dan pasaran saham pun aku baca. nasib baiklah ada gak bapa2 yg prihatin datang, aku saje la senggeng2 sembang2 hilangkan bosan.

dalam keadaan yg stress tu ada gak layan lawak spontan. may be kali pertama mengandung kot. dalam buku merah mengandung tu biasanya mereka kena tulis sendiri. so, bakal ibu tu kena tulis nama ibu, ic, alamat, telefon dan sebagainya. dah giliran dia sampai, misi panggilah nama si ibu ...

misi : siti salmah
(tiada sahutan)
misi : SITI SALMAH
(Tiada sahutan dan pergerakan)
misi : SITI SALMAH BINTI AWANG (bukan nama sebenar)
(pun tiada sahutan dan pergerakan)
misi : mana dia pergi ni..... (dan memanggil nama orang lain)
(selepas 30 minit)
ibu mengandung : misi....nama saya belum dipanggil, dah lama tunggu.
misi : apa nama kamu?
ibu mengandung : Fazlin latifah (bukan nama sebenar)
misi : (mencari2 kad ibu mengandung) takde la nama kamu? kamu ada bagi saya kad?
ibu mengandung : ada.
misi : (mencari lagi sekali) takde lah nama kamu..
ibu mengandung : (tolong cari dan berjumpa kadnya) ni hah kad saya.
misi : ini nama siti salmah, kamu cakap nama kamu fazlin latifah.
ibu mengandung : memang nama saya fazlin latifah, siti fatimah tu ibu saya.
misi : la... kenapa kamu tulis nama mak kamu?
ibu mengandung : dah kad tu tulis nama ibu, saya tulis lah nama ibu saya.
misi : (mengelengkan kepala dan ketawa kecil) dah.. tulis semula nama kamu.
bapak orang (aku le tu) : (ketawa berdekah2 sambil cover dengan surat khabar)


lupakan bab ibu tu, salah kad tu jugak bagi aku. he.3x

masa berborak ngan beberapa bapa diklinik tu, aku dapat rasakan kerumitan kehidupan zaman kemelesetan ni. rata2 dah tak de overtime, ada juga dah diberhentikan kerja kerana syarikat bankrap dan baru kerja ditempat baru dengan gaji lebih rendah. ada antara mereka beritahu kos rawatan di hospital kerajaan (hospital klang) dah meningkat. kalau dulu mereka kena charge murah, sekarang segala rawatan dan ubatan dicaj sepenuhnya.

mendengar cerita mereka, dan cerita kawan2 mereka dari mulut mereka, membuat aku teringat kata2 boss aku masa meeting beberapa hari lepas iaitu "Company did not owe you a living". maksud mudahnya ialah kompeni tidak berhutang suatu kehidupan atau menjamin suatu pekerjaan kepada pekerjanya terus menerus. aku setuju kata2 boss aku, bukan aku nak bodek dia, sebab dia tak baca menda2 remeh sebegini, dan tak faham cakap atau baca bahasa melayu.

pada aku kita bekerja untuk dua tujuan, untuk 'KERJA' dan untuk "KAREER". ada orang cuma bekerja, buat kerja diarahkan, dan hujung bulan dapat gaji untuk menyara family. tapi ada juga orang yg berkareer. mereka berjuang untuk jawatan dengan melakukan perbagai inisiatif untuk maju. mereka lebih berinisiatif, berketrampilan dan boleh jadi terpaksa menikam orang lain untuk naik ke next level.

apa2pun, dalam bekerja atau berkerjaya, kita jangan mudah lupa bahawa kita yg bergantung kepada syarikat sebenarnya. jangan perasan bahawa syarikat bergantung kepada kepakaran kita! ingatlah bahawa, kita akan terus bekerja selagi mereka perlukan kudrat kita.

kalau kita melawan, kita dipecat.
kalau kita tidak productif, kita diminta berhenti.
kalau sykt nak machine oriented, kita dihumban kesanasini dan memaksa kita berhenti.
kalau syarikat nak buang org lama yg bergaji mahal, kita diberi FIFO.
kalau syarikat nak singkirkan orang baru, kita diberi LIFO.
kalau syarikat nak pakai orang asing, kita di MSS.
kalau syarikat rugi, kita di VSS.
kalau syarikat lagi rugi, kita di retrenchment.
kalau lagi rugi dan lingkup, kita tak berstatus dan tak bergaji langsung.

so? beringatlah.. dalam bekerja, kita juga perlu menyimpan duit. alangkah lebih baik jika kita juga mempunya 2nd income yg dapat membantu biarpun sedikit. sedarlah bahawa kita masih boleh berfikir baik buruk sebelum hulur surat berhenti kerja pada syarikat; tetapi syarikat tak fikir langsung baik buruk apa akan terjadi pada pekerja jika nak buang kita.

apapun, yg bekerja tu kerjalah dengan tekun. jangan biarkan diri anda dalam senarai yg akan diberi surat tak perlu lagi datang kerja. sebagai orang yg kerjanya dari dulu mengambil dan membuang orang, kerja kami amat berat. dan biarpun kami juga punya hati dan perasaan, kerja tu terpaksa kami lakukan. malah pernah ada yg menangis memegang kaki merayu diberi terus bekerja. apa boleh buat, kami juga kuli seperti kalian.

kepada adik2 yg nak jadi orang HR, pastikan anda berhati batu.





IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

Wednesday, April 15, 2009

Yeah....kfc..

akibat kesedihan layan movie pendek chicken ala carte tu, aku dah start beli meehoon telur mata kobau hari ni. malam tadi, nasib baik makan daging masak kicap, kalau ayam goreng, mau tak makan aku.

lepas makan aku saje tunjukkan movie tu pada anak2 dengan harapan mereka faham. betul mereka faham. movie start je mereka dah menjering kegembiraan tengok restoran kfc dan mc d. siap menjerit nama restoran tu "yeah... k ef ci".... "mek donel".. lagi dua restoran diorang tak tau nama... he.3x.

sambil2 tu aku ceritakan pasal orang miskin tu yg terpaksa makan sisa2 makanan yg dibuang dan orang tak habiskan. melopong je mulut luqman dan pika layan movie yg aku full screen kan. abis movie.....

luqman : bila ayah nak bawak makan kfc?
ayah : luqmankan dah tengok budak tu miskin, dia mana ada makan kfc.
luqman : ayah luqman kerja kilang. ayah luqman ada duit. bolehlah makan kfc.
ayah : kita tak boleh selalu makan kfc, kena kesian kat orang miskin. kena tolong orang miskin.
luqman : nanti luqman makan kfc, luqman buang tong sampah bagi dia makan..
ayah : tak baik. dah buang tu, kotor. kesian kat dia.
luqman : ayah ajak dia makan sekali la...
ayah : ye lah.... nanti ayah gaji kita makan kfc.
luqman & pika : yeah.... kfc....kfc.....


ok... abis crita anak2. balik antar luqman dari tadika tadi, aku perasan ada lori puas (perbadanan urus air selangor)tengah doh potong air salah seorang jiran aku. tak semena2 aku teringat semalam kawan seopis akupun ada tunjuk dia dapat surat kuning notis suruh bayar atau air kena potong. aku cepat2 panggil isteri cari bil air. seingat aku dah lama aku tak bayar bil air.

betul! tepat sangkaan aku, bil air terakhir aku bayar ialah pada bulan august 2008. tapi aku tak gabrapun. dan aku tak kisahpun. apalah sangat bil air tu. walaupun sejak august '08 aku tak bayar, syarikat air tu masih berhutang dengan aku. sebab aku orang yg agak pelupa, aku kalau bayar bil, aku bayar kaw-kaw punya. kalau ikut bil tu, bulan depan kot aku baru kena bayar.



Tuesday, April 14, 2009

Siri Ikhtibar : Chicken ala carte

Aku dapat link satu video ni dari sahabat baik aku, intan. masa tu aku sedang menikmati nasi lemak ayam goreng. biasalah, bukak email dan makan sarapan sekali.

sebagai manusia biasa yg ada perasaan dan ada keluarga, aku benar2 tersentuh dengan video pendek ni. apatah lagi orang macam aku yg asyik2 makan je. video pendek dalam 6 minit ni menunjukkan keghairahan kita makan makanan segera terutamanya ayam goreng dan kita selalu tidak menghabiskannya. munkin ia suatu pembaziran, tapi disatu sudut lain ada insan2 malang yg rupanya sedang memakan sisa2 makanan tersebut.

video ini benar2 menginsafkan. aku tak suruh korang berenti makan makanan segera yg sebenarnya dah jadi culture. aku pun tak suruh korang jangan habiskan makanan dan ayam goreng tu dengan harapan ada manusia lapar yg dapat makan makanan yg korang buang. aku cuma minta korang faham, hayati dan menginsafi diri.

kalaulah ada secebis keinsafan, bantulah manusia2 yg dhaif ini dengan memberi sedekah atau berzakat. Allah pasti merahmati anda.


Monday, April 13, 2009

Ekspesi Muka Bayi Diawal Kelahiran

Tah ape aku nak berblog hari ni akupun tak tau. banyak sgt meeting, balik je rasa ilang mood nak pegang laptop. mood cuma nak bermain2 dengan anak2 dan bergaul dengan isteri.

untuk elakkan korang datang sini balik dengan hampa takde entry baru, aku sertakanlah gambar bayi yg baru2 dilahirkan. korang tengoklah ekspressi muka mereka. sebagai bapa yg pernah melihat isteri kesayangan bertarung nyawa melahirkan anak, aku memang rasa sangat bertuah. dan bertambah sayang pada isteri dan anak2.

saat yg paling seronok ialah masa lihat bayi itu diletakkan diatas perut isteri, dan si bayi menangis manja. uweee.... uweeee..! seronok betul! terasa mengalir air mata aku bila kedua2 isteri dan anak selamat. yg tak berapa syioknya ilah bermulalah 100 hari berpuasa bagi si ayah. perggh! penuh air bertakung dalam kepala, sampai meleleh ke serembrum dan sereblum (betul ke istilah tu, lantaklah!).

lagi satu bila isteri berpantang selain kena puasa ialah kena tahan berjaga malam. walaupun anak2 aku kecik2 memang menetek, tapi aku selalu gak berjaga tolong dodoikan anak tidur, nyanyikan dia lagu, dan tukang bancuh air untuk isteri. itu masih ok bagi aku, yg paling aku rasa azab ialah terpaksa hidu bau2 pelbagai2 rempah ratus. bau pilis, bau parem, bau minyak angin, dan pelbagai lagi memang awal2 isteri bersalin anak pertama berjaya membuat aku muntah hijau.

ada lagi.... dah la isteri kena pantang makan (dan suami pantang isteri), pernah satu kali wife masak air akar kayu dalam periuk khas dia. may be wife nak minum air akar kayu tu, dia letakkan dalam mug. aku yang balik kerja masuk dapur kedahagaan terpandang air teh. ye lah air akar kayu memang serupa air teh kecuali bau dan rasanya. aku terus ngap je. Uwekkk! berhamburan air akar kayu. pahitnya sampai ke sarap tunjang. punya la bengong kepala aku lepas minum air tu. kepahitannya terasa ke tulang hitam. untuk meredakan kepahitan tu, aku hantukkan kepala ke dinding, sambil2 tu masukkan sesudu gula kedalam mulut.

apa2pun aku bersyukur dengan kelahiran anak2 aku, dan pada kawan2 yg dah terjangkit sindrom P ni aku ucapkan tahniah. pada ila, aku doakan cepat2 lah jangkit sama.

sambil2 tu korang layanlah gambar bayi baru lahir ni yer. cute miutnya mereka. sebenarnya ada dalam 30 keping gambar mereka, aku bagi sikit jelah ye.















IZZI ADVERTIZING------------------------------------------


klik banner ini untuk maklumat lanjut...



Kandungan Ebuku Ini :
1) Sejarah Kaedah
2) Cara Mengira
3) Huraian Nombor
4) Nombor Kombinasi
5) Analisa Kekuatan, Kelemahan dan Potensi
6) Perniagaan Yang Sesuai
7) Arah Kejayaan dan Kekayaan
8) Potensi Penyakit
9) Kod Jutawan
10)Strategi Kejayaan dan Kekayaan

Minat?? Klik banner atas tu.

Friday, April 10, 2009

Cik kiaH dah Kebah Demam Panas

hari ni aku datang dengan senyum sampai ke telinga. pasal semalam Hari Bapa? ada la jugak kaitannya, tapi hari bapa aku sekarang dah tak de Off Day, so.... FULL STOP!
tapi ia lebih berkaitan kesihatan cik kiaH aku (kereta aku dah). cik kiaH aku dah pulih dari demam panas (aircond bocor).

demam panas ni dah berlaku beberapa waktu yg lalu tapi aku biarkan. mula2 tu aku pergi tambah gas aircond, tapi dalam 2 hari kering. sah! something bocor. aku pergi beberapa kedai, rata2 kedai bila tengok cik kiaH je terus letak harga tinggi. mentang2lah cik kiaH orang asing, suka2 hati je diorang letak harga. cik kiaH datang secara sah tau, bukan pendatang haram. cik KiaH pakai kad pengenalan penduduk tetap, sebagai orang KL lagi.

bila gas kering, kepanasanlah aku kalau pergi kerja, nasiblah jarak dari opis ke rumah cuma kurang 5 minit. yg tak syiok bila bawa wife dan anak2, panas! walaupun buka tingkap, tetap panas. luqman lagi best, dah la gi sekolah duduk belakang macam boss, dan aku kelihatan macam supir. dah tu siap tanya "ayah belum buat aircond ke? ayah takde duitke?". sabo je lah anak aku ni.

dalam 5-6 kedai aircond yg semua orang cin nun, memang aku kena tekan kaw2 punya. paling murah rm680, paling mahal rm830. tapi satu kedai paling aku geram ialah kedai kat area rumah aku, dah la kenal, dia sembelih aku hidup2. hari rabu masa aku beri kereta pada dia suruh check dan repair, dia bukak je pintu driver, hidupkan enjin sambil berdiri, mencium2 bau didalam kereta dan berkata....

cina repair aircond : abang, abang punye kereta aircond bocor. mau repair rm830.
melayu aircond rosak : lai, lu check dulu la.... belum check sudah tau harga ka?
cina repair aircond : saya sudah tau punya. aircond bocor, tukar cooling coil, servis. rm830.
melayu aircond rosak : saya tinggal saya punya kereta, lu check dulu, nanti lu call saya apa rosak, berapa harga mau repair..
cina repair aircond : tak payah la abang.... saya sudah tau. itu cooling coil bocor. tak boleh tampal, ini model mahal oo....
jiran melayu aircond rosak : (baru sampai kerana nak bawa aku balik opis) eh... ah lai, ini saya punya kawan punya kereta, apa rosak?
cina repair aircond : Oo... ini you punya kawan ka? saya ingat dia punya cooling coil sudah bocor banyak. kena kasi tukar.
jiran melayu aircond rosak : berapa?
cina repair aircond : rm830.
jiran melayu aircond rosak : mak ai...mahalnya. apasat mahal?
cina repair aircond : ini model susah la abang. kena kasi bukak itu dashboard.
jiran melayu aircond rosak : lu gila ka... mana ada orang repair aircond bukak dashboard. bukak itu drawer dashboard saje kan?
cina repair aircond : kena bukak semua dashboard la abang.
jiran melayu aircond rosak : (menyelip mata) kalau tinggal kereta berapa lama siap?
cina repair aircond : ini lama la abang. satu hari. malam pukul 8-9 baru siap.
jiran melayu aircond rosak : Oo... man, boleh tinggal kereta?
melayu aircond rosak : sampai malam tak boleh la... mau pakai kereta. nanti senang saya datang.
cina repair aircond : abang nanti hantar saya la repair.... saya kasi harga murah punya.
jiran melayu aircond rosak : berapa? lu kawan2 pun kasi harga tinggi..
cina aircond : kita kawan sudah lama, wa kasi lu rm680.
jiran melayu aircond rosak : nanti bila dia free saya cakap dia hantar you. nanti saya bincang dia. (sambil berlalu dengan melayu aircond rosak)

hari khamis, tengah aku buntu nak hantar kat mana, masa nak ambik anak aku si luqman kat tadika, aku berborak dengan jiran satu perumahan aku, yg juga baru aku ambik sebagai penyedia makanan cafeteria kat kilang aku kerja. dia cadangkan aku ke kedai aircond melayu, orang kelantan yg juga kawan dia. pukul 2pm hari yg sama aku pegi hantar aircond. aku mulalah speeking kelate yg kadang2 berbunyi macam bahasa siam. tokey kedai kata kena check dulu untuk tau rosak apa, tapi sementara kawan aku datang ambik, aku tengoklah dulu dia check kebocoran paip aircond guna alatan dia, pastu guna deria telinga dan kemudian air sabun. piping aircond tak bocor, argh..lega! tapi bila tokey kedai kata kena check detail takut cooling coil yg bocor.

tokey kedai : mey, kalu sikit2 boco buleh tampa gune solder, tapi kalu banyok boco atau boco besa, demo keno tuka coolong coil.
pelanggan : maha ko kalu tuka?
tokey kedai : keno tengok dulu boco mano, kalu buleh tapa, kawe tapa. kalau banyok tu kene tuka. kawe estimed dale rm400 ko rm450 jah. model ni mahal sikek.
pelanggan : demo tengok lah dulu, kalu buleh tapa tu, tapa dululah.
tokey kedai : tak po lah tu. kawe check dulu. kalu tau rosok gapo, kawe telepon demo dulu. kalu setuju baru kawe buak. tak maha, kawe wi harga saing2 jah. demo kelate dok mano?
pelanggan : (terkedu) mok ayoh kawe dah pindoh dok pehe (pahang) doh lo ni. tai sedaro maro rama lagi duk sano.
tokey kedai : pehe dok mano?
pelanggan : kak jerantut.
tokey kedai : kawe denga kak jerantut tu rama orang kelate.
pelanggan : rama.
tokey kedai : kalu kelate beloh mano?
pelanggan : (aduhh... kat mana ye?) kak pasir mah (pasir mas).
tokey kedai : ooo... pasih mah. kawe dok tanah meroh (tanah merah). kampung gapo pasir mah?
pelanggan : (arghh... lagi kacau. apa nama kampung tok nenek aku ni?)err.. tau lah (tak tau @ tak ingat). lamo tok balik, besonya mok nge ayoh kito jah balik nak-nak tahun. kito jare kelik.
tokey kedai : doh berapo taun tok kelik kelate ni?
pelanggan : err... tau lah. ado la 3-4 taun (sambil menahan malu)
tokey kedai : tok leh gitu mey weii... keno la kelek jupo sedaro maro.
pelanggan : meme ado raso nok kelik, tapi busy sokmo. raso2 tahun ni lepas bini kito beranok nak kelik jugo. nak bowok anok-anok kena' warih waroh. ingat nak bowok sampa taba (tak bai), munduk, naro (narathiwat). rama lagi tok2 sedaro sie' (siam @ thailand) nuh.
tokey kedai : molek la tu.
pelanggan : ok lah, saing dah mari tu, nati teleponlah.
tokey kedai : ok, bereh!

setelah beberapa kali tokey kedai call beritahu kerosakan dan anggaran kos, termasuk suruh tengaok dulu kerosakan sebelum dia tukar. aku serahkan pada dia je. dan akhirnya cik kiaH dah pulih dari demam panasnya. aku raikan dengan makan char kuew teow hayda kat taman pendamar indah satu.

apa? harga? siap tukar barang2 yg rosak yg nyata bukan cooling coil. buat full servis, betulkan meter aircond dan sewaktu dengannya... rm330. aku lupa apa nama kedai ni, tapi ia terletak di lot kedai kota pendamar. kalau nak maklumat lanjut, call tokey dia 017-2109751 (Rauf).





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Sertailah survey PERCUMA dan di BAYAR dalam RINGGIT MALAYSIA. Klik banner untuk info :-

Thursday, April 9, 2009

Mengidam @ Saje Nak Makan?

Semenjak dua menjak ni aku rasa idea menulis blog agak tumpul, dan rasa malas sangat nak update. memandangkan aku takut terus melupakan blog kalau aku start berenti menulis, aku gagahkan juga.

minggu ni aku agak kebizian. banyak email yg tak mampu aku jawab kerana sindrom kemalasan. nantilah yg hantar sesuatu, pasti aku balas sesuatu. itulah adat berkawan dan beremail.

family? semua ok. luqman dah sembuh batuknya, pika ceria macam biasa. wife? biasalah sama macam kebanyakkan ibu2 mengandung yg lain. ada masa kurang selera makan, dan ada kalanya makan tak henti2. sape pernah mengandung atau bapa2, aku yakin korang taulah macam mana.

OK, dah ada idea sikit. apa kata aku buat entry kisah pengalaman wife aku mengandung.
walaupun ini dah mengandung kali ketiga, mengidam tetap ada. kerenahnyapun tetap ada, cuma sebagai suami, aku sabar jelah!

masa wife mengandung kali pertama, tok sah ceritalah excitednya. dah lah dua kali check guna pregnancy test sebab nak pastikan, pastu pegi check mengandung ke tak kat klinik nor azian lagi sekali. nak benar2 sahih. masa doktor kat sah mengandung, fullamak... bahagianya hati. rasa nak dokong je isteri. pastu dalam klinik lagi dah call papa aku kat kampung kata wife dah mengandung. saje cakap kuat2 supaya satu klinik dengar. jakun betul! eleh... first time.

masa wife sindrom muntah2, aku cuma jadi tukang picit je. dah nak tolong apa! cuma perubahan mood wife kekadang memeningkan kepala aku. kadang2 mood tersangat la baik, aku balik kerja je terus menyendeng ngan aku siap2 sayang2 lagi. tapi kadang2 mood punya la hangin, jangankan kata nak sentuh, tengok je terus kena jeling. garang macam harimau kumbang. tapi, aku tetap sabar.

sebab sama2 tak tau menahu tentang pengandungan, dan pelahiran, kami banyak beli2 buku. ada juga beli buku yg details dan naked habis, wife bising. tapi aku kata mana aku tau model dalam buku tu nak bogel habis (padahal aku dah check awal2, he.3x). tapi jangan salah faham, aku cuma nak mendalami ilmu, bukan nak menyetim. kalau nak berseronok, aku beli majalah playboy. tapi buku tu wife aku dah sorok mana yer???

bab mengidam, masa anak pertama paling memeningkan. hampir setiap minggu ada je wife nak makan itu dan ini. kadang2 bila mood aku tak baik aku tanya jugak "ini mintak ni mengidam ke saje nak makan?". kalau dia kata mengidam, aku usahakan beli, takut jugak orang kata kalau anak lahir nanti meleleh air liur dia. tapi kalau wife kata saje nak makan, korang sendiri mau ingat lah....

bukan satu benda tau dia mengidam. mula2 takat nak makan kuih kasui. aku pegi pasar pagi kat komplek sukan shah alam beli. nak apa lagi? kalau takat buat mangga, jambu tu, biasa sangat. boleh dapat kat econsave atau tesco. tapi wife aku mintak "limau bali dekat gombak', jambu air dekat bentong, jambu kapas kat hentian sungai perak. penat jugak aku pegi. untuk isteri tersayang, aku turutkan. tu dekat, kalau dia kata nak limau mandarin kat china, buah mangga kat siam.... lagi parah aku.

cuma.... satu benda je lambat sikit aku dapatkan. wife mengidam nak makan telur penyu. aku malaslah nak susahkan family kat terengganu. dan aku jugak masa tu agak bizi nak balik teganu. kalau difikir2, apsal pilih telur penyu. pilihlah telur ayamk, telur puyuhke, atau telur itikke, senang sikit. tapi, aku yakin sebab aku dah sebati ngan teganu, itu yg anak aku mintak telur penyu. aku cari kat pasar2 area klang, shah alam, KL,.. takde. call mintak kawan2 cari, takde. keputusan idea, dan wife asyik merengek nak telur penyu, aku call kakak aku tolong carik. kakak aku call kawan dia kat kemaman minta belikan. dapatlah 5 biji kot. akak aku ke kuantan ambik telur penyu tu. pastu kakak aku hantar pulak ke klang. Alhamdulillah kakak aku tak kenakan apa2 caj, semua kos dia tanggung. terima kasih akak! berselera wife makan telur penyu rebus. aku yg tengok dah nak termuntah. eee... geli.

anak kedua, akupun dah lupa wife mengidam nak makan apa. tapi yg dia mintak semua aku usahakan. sayang isteri lah katakan. untuk yg ketiga ni belum start mengidam lagi. takat makan mangga, jambu air dan jambu batu tu tiap2 minggu lah. Ops.. terima kasih pada mbah ila kerana bagi sebuntil buah mangga hari tu dan diiringi dengan satu soalan cemu emas "Kau belum berjangkit lagi ke sindrom 'P' ni?"






IZZI ADVERTIZING------------------------------------

Wednesday, April 8, 2009

Aku & Pedajalan

aku sebenarnya masih blur tak de idea nak tulis entri, masa keluar ambik anak tadi kat radio sinar fm, si abby fana doq sembang pasal 'pedajalkan kawan atau dipedajalkan kawan'. ini aku banyak kenangan.

pedajal satu
masa aku darjah enam. masa ni minggu2 akhir persekolahan, dah tak belajar dah. kebanyakan kelas tengah sibuk buat jamuan perpisahan, dan kelas aku tak terkecuali. macam2 juadah disediakan. sebagai pelajar yg aktif memang sibuk sikitlah menghadiri jamuan dikelas sendiri dan dijemput untuk kelas dan persatuan2. sebab prinsip hidup aku dari dulu ialah 'musuh jangan dicari, rejeki kena cari dan jangan tolak' aku menerima jemputan dengan gembira.

aku masih ingat, lepas jamuan kelas aku. sambil2 mengemas meja dan pinggan mangkuk, aku lihat beberapa kawan kelas sebelah sedang asyik menghadap botol2 air berkarbonat. ada coke, ais cream soda, fanta orange, fanta merah dan sebagainya. dulu murah... 50 sen sebotol. aku join mereka. aku tertarik dengan campuran minuman mereka, ais cream soada dicampur serbuk kopi sebelum diminum. fanta orange dan fanta merah dicampur susu. aku minta cuba, mereka suka hati bagi. tapi ada satu campuran mereka suruh aku cuba. alah... air coke! aku disuruh minum sampai abis.

aku minum. dan minum. dan minum. kenapa coke ni rasa pelik sikit ha! aku tengok mereka sengih2. tiba2 aku rasa kepala aku berpusing. bumi seolah berputar bukan pada paksinya. Alamak gempa bumi! argh bukan.... kiamat! tadi aku yg minum dlm posisi berdiri mula mencari dinding untuk berpegang. geng2 aku tadi berebut minum coke yg aku minum tadi. aku tengok sorang demi seorang terduduk dan tersandar di dinding kelas. aku cuba bangun, lutut aku longlai. dan aku terpaksa memejamkan mata. may be dalam 30 minit barulah keadaan aku kembali normal, tapi aku lihat kawan2 masih tak normal.

on the way balik, aku cuba2 kenapa coke tu buat pening, diorang cakap coke dah tamat tempoh kot. diorang juga ada beri teori air tuak. aku angguk bodoh je. aku tak puas hati, aku tanya kawan baik aku rezan (kini arwah), dia kata coke tu dah dicampur panadol. cilampret punya kawan. aku mengambil kesempatan kegeraman itu dengan menendang bontot rezan. so, kami seri.


Gambar Hiasan : Aku (bertali leher, duduk sebelah kanan cikgu) bersama kawan2 lelaki kelas aku masa sekolah rendah.



pedajal dua
kisah ni masih di sekolah, tapi dah besar sikit. dah mimpi basah dah. masa sekolah menengah. bersekolah dikampung dengan kawan2 yg kami kenal-mengenal sejak lahir memang seronok. yg lagi seronok mengenakan kawan2 sama ada dalam perjalanan ke sekolah, dalam kelas, kat kantin, bersukan, berkhemah, dan juga on the way balik sekolah. dendam? mana ada dendam2 ni, cuba memang kena balas balik la (tu bukan dendam ke?).

dalam kelas, pedajalan yg paling biasa ialah tarik kerusi masa kawan nak duduk. Beddebuk! macam nangka busuk jatuh daa... kawan yg kena, jatuh terduduk. dan kawan2 lain ketawa geli hati. aku biasa kenakan orang, dan aku juga biasa terkena, so, no heart feeling.

takat tarik kerusi tu tahap normal je, dajal lain yg biasa ialah mencucuk bontot mangsa dengan menggunakan hujung tangan. tak faham? apa la lembab sangat. aku cerita cara2nya step by step :
1) rapatkan kedua2 tangan anda, hingga jari jemari bersentuhan. ala kedudukan tangan macam nak menyembah raja.
2) rapatkan dan kuat2kan kekuda jari-jemari anda.
3) cari mana2 target yg menonggeng, kalau boleh nampak lurah bontotnya. kalau dia tak pakai spender lagi bagoss.
4) pusatkan sasaran ke luruh bontotnya, dan halakan jari jemari tadi ke alor keramat itu. dann....

err... aku tak ajar ye. aku cuma cerita pengalaman dulu2. kalau korang buat dan mencederakan kawan2 aku tak tanggung.

tragedi 'tuju bontot' ni tak kerap sangat la berlaku, tapi terjadi bila mangsa leka. pernah suatu ketika masa aku sedang tonggek baikkk punya nak ambik barang yg jatuh dilantai (sabotaj??) tiba2...

Tuppp! satu tujahan keras tangan singgah ke bontot. ALLAH!.... Sakitnya!. hanya tuhan yg tahu darjah kesakitannya. terasa telor pun hilang. kesakitannya membuat hilang daya ingatan seketika, aku tersandar, sambil kedua2 tangan memegang bontot. aku tak boleh samakan dengan sakit bersalin, sebab aku tak pernah bersalin. ia juga tak boleh disamakan dengan sakit bersunat, sebab bersunat sekali zass je. kesakitannya dapat ditafsir infiniti oleh medula oblongata (aku tulis je... akupun tak pasti apa menda ni..).

cara rawatan kalau kena tuju bontot ni senang je. kena bertenang. kalau dapat cari dinding lebih baik, hentakkan bontot anda ke dinding secukup rasa agar ngilunya dapat dikurangkan. kalau jenis tak malu, digalakkan berbaring dilantai. ianya biasa akan pulih dalam masa 5-10 minit. kalau tak pulih juga, dinasihatkan segeralah ke doktor. kes macam tu biasanya akibat pendarahan serius, pemangsa bukannya menggunakan tangan, tapi objek tumpul lain. segeralah membuat laporan polis, itu kes liwat tu. kuang.3x.






IZZI ADVERTIZING----------------------------------------

www.bio-asli.com





www.bio-asli.com

Tuesday, April 7, 2009

Kenderaan Juga Ada Perasaan??

Hari ni aku nak stori mori pasal suatu hubungkait kenderaan dengan percakapan kita. menda ni aku dapat idea sebab tengok cerita 'Bong' malam tadi. aku agak selalu mengikuti cerita2 begini sebab ia bercorak santai. nak suruh aku tengok cerita drama? payah sikit lah. so, malam tadi sebab luqman dah lega batuknya, dia merengek nak beli burger. sebagai calon bapa mithali, aku bawa anak2 keluar cari burger, tentunya burger ramly pilihan aku (kempen belilah barangan buatan malaysia).

sambil2 makan burger daging special untuk aku, ayam biasa utk wife, dan ayam kosong tanpa sos untuk anak2, ditambah dengan aroma teh boh; seronok betul kami layan cerita bong. dalam crita tu dikisahkan bong menasihati anak saudaranya agar tidak berkata bukan2 termasuk menjual motor di depan motor tersebut kerana motor ada perasaan dan akan merajuk. kalau kes yg teruk, kenderaan terbabit akan meragam dan accident.

pada aku itu cuma hiburan, kenderaan tu adalah jentera bergerak yg berenjin, tiada jiwa untuk merajuk macam pompuan. tapi... ada satu kejadian pernah terjadi berkaitan peristiwa yang hampir serupa pada aku akibat keceluparan aku. kisahnya begini........

jeng...

jeng...

JENG....!

"woi! nak cerita ke tak nak ni??" (kedengan suara2 sumbang marah sebab panjang sangat into)

ok...ok.... aku crita sekarang.

Dulu, masa aku mula kerja, aku cuma mampu beli kereta kancil. 850. baru. hati memang nak pakai kembara, tapi poket aku cuma mampu kancil. masa tu deposit nak beli kereta baru mahal ya ampun! setelah mengumpul duit sedikit2 demi sedikit, akirnya dapat juga aku keluarkan sebuat kancil silver baru dengan deposit rm6000. Auto lagi (jangan la gelak).

masa kereta dah ready untuk collection di daihatsu seksyen 15 shah alam, aku pegi dengan salah seorang sahabat aku yg juga merangkap driver syarikat. dalam perjalanan je aku dah megah bukan main. hidung kembang kuncup tak henti2, padahal baru beli kancil je, camanerlah kalau beli kereta lagi besor (kampung betul!).

masa sign document, dan ditunjukkan kereta aku, aku rasa nak peluk dan cium je kereta tu. maklumlah kereta pertama yg aku beli dengan duit gaji aku yg tak seberapa itu. salesman tu tunjukkan semua keadaan kereta dan alatan2 yg diberikan supaya aku puas hati. ya... aku puas hati. dia serah kunci kereta pada aku untuk test sebelum bawa balik.

pemilik kereta : err... boleh tolong ajar cara nak bawa kereta ni?
salesman : You tak tau bawa kereta ke?
pemilik kereta : tau! cuma saya tak pernah bawa kereta automatik.
salesman : (tergamam)oklah, saya ajar you. masuk.
pemilik kereta : (hanya menurut seperti lembu dicucuk hidung dan ditarik talinya)
salesman : (mengajar)ini power steering, ini brek, ini pedal minyak,
pemilik kereta : apsal ada 2 pedal je. biasa 3 kan?
salesman : ini auto. manual ada 3 sebab untuk exchange gear. auto 2, satu brek, dan satu pedal minyak.
pemilik kereta : kalau nak tukar gear macam mana?
salesman : you tukar gear auto ni je. 'D' untuk drive, 'N' neutral atau free gear, '2' gear 2 kalau nak naik bukit, 'P' parking, bla..bla....blah...
pemilik kereta : Oooo...! (sila buat gaya mulut melopong ye adik2)
salesman : ada faham?
pemilik kereta : faham la sikit2. awak bawa jalan2 saya mau tengok.
salesman : ok lah. (sambil memandu kereta sementara aku disebelah memerhati penuh jakun. kami melalui kawasan seksyen 15)
pemilik kereta : (tekun belajar sambil bertanya beberapa soalan mudah tahap kelas 3 anggur untuk lebih faham)
salesman : ok dah. awak sudah faham? (apabila dah sampai showroom semula)
pemilik kereta : err... dah rasanya (sambil mengambil kunci kereta yg disuakan)
salesman : ok, mulai hari ni awak adalah pemilik kereta kancil ni. bawa hati2. jangan lupa bayar installment tiap2 bulan ye.
pemilik kereta : terima kasih (dan masuk dalam kereta)
baskaran (kawan aku) : eh.. Man, awak tau bawak ka? awak jangan kasi malu sama saya.
pemilik kereta : bolehlah baskaran. saya bawa, awak ikut belakang ye.

alhamdulillah dengan satu percubaan je, aku berjaya bawa kereta auto. eleh kacang je (masa kejadian tu berpeluh sakan, sekarang boleh la geybang besar).

APA? kisah ni tak de kaitan dengan apa aku ceritakan kat perenggan satu? ye ke? aku bila bercerita ni biasalah, aku lupa diri sikit. ni kaitan dia....

bila dah beberapa tahun pakai kancil tu, memang tak de masalah besar. kereta tu memang baik hati, tak pernah menyebabkan aku berbelanja besar kecuali kena servis, tukar tayar. dan betulkan sedikit kerosakan akibat kemalangan. ala... kemalangan tu bukan salah kancil aku, dan bukan salah aku sebagai driver. itu semua salah pompuan dalam kereta aku yg menggangu konsentrasi aku masa tu. pakai cantik dan seksi sangat. perfume dah la menusuk kalbu. yg tak tahan pakai bodi fit dengan warna kuning tu, anting2 besar, gelodak jiwa muda aku asyik nak jeling je, tu langgar bontot kereta wira yg kebetulannya menukar lorong tanpa memberi isyarat, pompuan jugak yg bawak. (nota untuk isteri tersayang : ala ni bukannya girlfriend abang, ni staff abang. kebetulan dia kepenatan nak drive lepas terpaksa balik buat overtime. kebetulan abang lalu kawasan tu untuk makan malam yg tak jauh dari rumah sewa abang, kira2 dalam 30km je. sebab nawaitu abang nak keluar makan, dan terpaksa tolong dia, abang terpaksalah bawa dia keluar makan sekali. betul, makan je. err... air pun ada minum sekali lah. memang abang ingat nak terus anta dia balik, tapi dia kata dia teringin tengok wayang, abang terpaksalah bawa dia. abang tak tau wayang tu cerita apa, abang asyik buat wayang, err silap, abang asyik tengok dia je, eh silap lagi, abang tertidur. tapi apa2pun, masa kejadian ni kita belum ditakdirkan bertemu dan berkasih. so, abaikanlah kisah ni)

akhirnya setelah beberapa tahun kancil tu berjasa pada aku, sampai masanya aku berkahwin. kereta ni pun sangat baik, tiada kerosakan langsung yg besar2. bila dah kahwin, dan financial dah terurus, suatu hari semasa dalam perjalanan balik kampung, aku berbicara ngan wife tentang keinginan menukar kereta lebih besar.

suami orang : ayang, abang rasa nak tukar keretalah?
isteri orang : kenapa pulak? kereta ni ok je..
suami orang : kecik. abang ingat nak beli kereta besar sikit. sekarang anak 1 oklah, kitakan nak anak ramai, mana muat kereta ni. lagipun abang rasa gaji abang masih mampu beli kereta baru.
isteri orang : sayanglah, kereta ni pun tak pernah buat perangai. tapi, ikut abanglah. abis kereta ni nak buat apa?
suami orang : kalau nak pakai dua kereta rasanya boleh, tapi duit sengkek sikitlah. ayangpun tak boleh drive. abang ingat nak jual je.
isteri orang : ikut abanglah.. abang nak beli kereta apa? wira ke?
suami orang : entahlah... tapi abang ingat nak pakai kia. abang pernah naik kereta kia kawan abang, best.
isteri orang : ikut abanglah. ayang tak kisah. kalau nak terus pakai kancil ni pun ok jugak. boleh save, kitakan tiap2 bulan balik kampung.
suami orang : abang tau, tapi kawan abang kata kia pun jimat minyak.

perbualan kemudian terhenti apabila ada lagu yg aku suka berkumandang diradio. kami meneruskan perjalanan balik kampung melalui jalan kuala lipis. tiba-tiba......

aku dapati kereta aku lose power, dan tersenggut-senggut. aku cepat2 ketepi dan berhentikan kereta. aku buka bonet depan. tak ada apa2 yg pelik, dan aku cuba start semula enjin. tak hidup. bancau! aku cuba lagi, tak hidup. start lagi, pun tak hidup lagi. (kalau aku nak tulis berapa kali aku cuba, mau korang baca sampai esok pun tak habis lagi). tiba2 aku terpandang ada workshop dalam jarak 50 meter dari kereta aku, aku mintak wife dan anak tunggu di bawah pokok berhampiran. bahaya woo... duduk dalam kereta rosak, dah la aircond tak de. tokey workshop menunda kereta aku dengan tali, dia tak de 'tow truck'. cam lahanat je aku bawa kereta yg ditarik dengan tali, takut nak mampos. wife dan anak aku suruh jalan kaki dalam 20 meter sebab ada gerai, aku suruh mereka tunggu di gerai.

checking time. at last, tokey workshop kata memang kereta ambik masa 2 hari untuk repair sebab water hose pecah dan beberapa kerosakan lagi. aku terpaksa call adik aku datang ambik. natijahnya aku terpaksa bercuti sampai isnin kerana kereta siap isnin. hari isin papa dan pakcik kami ke workshop tu sebab kereta dah siap. rm300 lebih. then kami meneruskan perjalanan ke klang. baru 30 minit, temperature naik. aku terpaksa stop. air kering. aku call workshop tu, dia tak mau tanggungjawab. "anak haram punya workshop" omel aku sendirian. aku tunggu ia sejuk dan meneruskan perjalanan balik. temperature naik lagi, kena berenti lagi. nak sampai klang, aku rasa dalam 30 kali kena berenti dan tambah air. malam lak tu. dalam 2 pagi baru sampai rumah. penatnya. selasa kerja cam biasa. aku adukan pada kawan2, dan macam2 idea mereka cakap, semua aku buat. pegi workshop ni, workshop tu. semua pakai duit tau. lagi ratus2 ringgit melayang. tapi masih temperature naik. akhirnya aku pergi satu kedai yg dekat rumah aku, tokey tu cakap kena skimming. dua guarantee 2 bulan kalau rosak, dia repair free. aku setuju. kenalah hampir rm500. dan alhamdulillah, kereta ok. tapi feeling aku dah tak ok. aku terluka dengan si kancil. ada kawan kata, siallah kalau kata nak jual kereta/motor depan kenderaan terbabit. dan aki dah merasa najitahnya. sebab kancil tu dah berjaya menghabiskan duit bonus aku, akhirnya aku nekad jualkan. sekarang peristiwa julan kancil dah berlangsung 4 tahun. aku dah tak berani bermulut cabul lagi depan kenderaan aku.


izzi note :
aku berpendapat ia sekadar kebetulan, kerana adalah khurafat mempercayai menda2 tahyul tu. cerita ini sekadar ingatan dan secebis pengalaman peribadi.




IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Anak-anak remaja, berikan pendapat anda mengenai perasaan anda dan di BAYAR. klik banner untuk keterangan lanjut....