Friday, April 17, 2009

Alasan Atau Kebetulan?

hari2 ni awal pagi lagi aku dah ke alam megah shah alam ambik adik lelaki aku. sebabnya adik aku yg tinggal kat kuantan, pahang datang rumah aku malam tadi (16/04/09) ajak ke putrajaya ada urusan pagi ni. since schedule meeting aku hari ni agak pack, aku tak leh cuti. adik lelaki aku tu agak free dan aku mintak dia jadi pemandu arah. nasib baik kami pergi sebelum jammed depan proton, dan aku sempat sampai rumah untuk hantar luqman ke tadika. so, adik aku si esam lah yg akan temankan adik aku si imran sekeluarga ke putrajaya dan lepas tu nak ke zoo negara.

so, esok dan ahad mesti pack xtvt. adik aku tu mesti nak pegi sogo. apa yg best sogo tu pun aku tak tau, may be sebab aku tak berduit kot. nak pegi aquaria klcc macam rugi lak, mahal oo.... aku kalau nak tengok ikan, aku pergi akuarium shah alam je. beribu2 ikan ada, dan yg penting free.

lepas anto luqman, dan dapatkan sarapan untuk yg kat rumah. untuk aku sendiri, aku dapatkan mee goreng. gerai favourite aku cuma 2 je. satu kat area rumah dan satu lagi area tadika luqman. tapi aku prefer kat area tadika sebab lebih murah, lebih sedap dan lebih banyak.

oh ya! satu yg aku suka pasal kemelesetan ekonomi ni ialah pertumbuhan banyak gerai2 makanan baru ditepi2 jalan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. dulu aku suka jugak hop sana sini cari nasi lemak yg best, sekarang agak slow. so, jangan peliklah tengok entri makan dah kureng kat blog aku. (ada yg percaya ke aku kurang makan??).

setiap pagi, petang dan malam aku dapat lihat sepanjang perjalanan aku akan ada gerai menjual makanan. ada nasi lemak, gerai keropok, gerai soto, sate, burger dan pelbagai lagi. so, pelanggan macam aku banyak pilihan. yg lagi syiok ialah mereka berlumba2 dan tarik pelanggan dan cenderung bersaing harga dan meletakkan anak2 dara yg comel dan seksi digerai mereka. tak percaya? seksi bukan sekadar pakai skirt pendek, tapi kalau pakai baju kelawar, atau bodi fit, atau baju leher besar yg memperlihatkan longkang besar mpk, siapa tak tergoda nak datang. dengan modal rm1.00 beli goreng pisang, boleh tengok wayang free. apa taknya si gadis tergedik2 dan terbongkok2 membungkus goreng pisang, si pembeli meleleh air liur melihat alur dada dan alur punggung. aku? aku memang tak cari menda2 tu, tapi kalau depan mata ada free show, aku layan je. bukannya aku lelaki gatal, tapi aku lelaki normal yg terghairan tengok menda lain yg takde kat species aku.

cuma yg aku menyampah pasal kebanjiran gerai makan ni ialah mereka suka buat menda yg sama dan bertapak ditempat yg sama. memang persaingan tu bagus, tapi kalau 3-4 gerai nasi lemak sebaris ditempat sama, pelanggan cenderung memilih dan akhirnya semuanya lingkup.

dah cukup panjang ke entri aku ni? belum? aku tambah sikit lagi.

masa sarapan tadi, ada kawan2 perak cakap isnin depan (20/04/09) perak cuti umum sempena hari keputeraan sultan perak. aku bab2 sultan dan raja2 melayu ni aku cukup hormat. kalau boleh, aku nak turut raikan. kepada orang2 melayu, korang kena ingat kita masih ada kuasa kerana kedaulatan raja2 melayu.

teringat pasal hari keputeraan duli2 sultan ni aku teringat satu kisah masa aku kat uum sintok. entah kenapa ada satu hari aku terponteng satu kelas (dirahsiakan kelas apa). aku rasa aku balik kampung dan terlewat balik ke sintok, dan menyebabkan aku terponteng kelas kerana kepenatan dan kelewatan. rupa2nya pensyarah terbabit telah membuat pop kuiz bernilai 5% dari markah keseluruhan kursus dia. banyak tu? ramai gak lah orang yg terponteng atau saje2 ponteng kelas tu sebab pensyarah tu memang agak baik. selepas kelas dia pada hari seterusnya, maka berduyunlah aku dan ramai lagi kawan2 yg terponteng tu berbaris di pintu bilik pensyarah berkenaan. aku orang2 yg dibelakang le... sorang2 masuk, dalam seminit dua, keluar dengan muka monyok. TIDAK DILAYAN! aku rasa macam nak blah je, tapi aku kuatkan hati, aku cuba cari idea2 bernas. sedangkan yg tunjukkan medical leave (mc) pun tak layan, apa idea bernas lain yer?.... fikir.... fikir..... fikir.....

aha! pensyarah ni orang pahang, akupun orang pahang. aku bukak dompet dan tiket aku balik dari pahang masih ada. cantek!!

bila masuk turn aku, aku buat muke toye (muka seposen). aku mulai dengan doa selawat, doa selamat dan doa tolak bala. dengan yakin aku ketuk pintu walaupun pintu dan separuh terbuka. aku beri salam. dia menoleh dan menjawab salam. aku hulurkan tangan berjabat salam. aku kenalkan diri walaupun aku tau dia kenal aku. dia macam tak nak layan je. eleh! akukan pelajar kursus sumber manusia, aku mesti pandai memujuk dan menguasai ruang.

student ponteng : en. x, saya datang nak minta maaf kerana tak dapat hadir kelas en. x.
pensyarah : oklah. tapi kamu dapat kosong markah ajelah.
student ponteng : en. x, saya memang salah, tapi saya minta ehsan en. x untuk pertimbangkan tahap kesalahan saya, dan kalau boleh, saya diberi peluang menjawab semula kuiz tu.
pensyarah : mana boleh jawab semula kuiz, kamu mesti dah tau soalan tu. hah! apa alasan kamu.
student ponteng : en. x, saya sebenarnya balik pahang, dah lama saya tak balik.
pensyarah : oo... kamu orang pahang ke? kat mana?
student ponteng : saya kat jerantut. en. x orang pahang jugak ke?
pensyarah : aa..ah! abis kenapa lama sangat balik kampung.
student ponteng : saye balik kampong' hari' sabtu, sebak hari' jumaet takde tikek balik pa'hang. dok rumoh, ahad tu hari keputeraan tuanku sultan di pa'hang, cuti umum sampai' senin, saye turus le cuti. lupe kat kedoh tok cuti. saye dari tadika sampei sekoloh menengoh form 6 saye memang tiap2 taun cuti mase keputeraan tuanku, saye terlupe saya doh kena ikut cuti sultan kedoh. saye betul2 mintok maah le en. x (guna dialek orang pahang untuk menunjukkan org pahang. ayat bodek la..)
penyarah : laaa... gitu yer. mat nye kamu lupe benor. saye pun kadang2pun lupe jugok. tak pelah, saye maafkan kamu. tapi saya nak bagi kamu buat ape yer?
student ponteng : mungkin en. x buleh bagi assigment tambahan ke? kerja kursus ke? saye sanggup buat.
pensyarah : ok, bagus idea awok. kamu buat assignment mengenai ..... (dirahsiakan takut korang tau subjek ape. ha.3x). 6-10 muka surat dah.
student ponteng : terima kasih en. x, dalam 2 hari saye hanto.
penyarah : ada apa2 lagi?
student ponteng : takde. terima kasih sekali lagi en. x.
pensyarah : sama-sama.




22 comments:

Monkey D Luffy said...

bagus jugak kalau banyak gerai... dapat makanan lg murah... ;)

pasal awek2 tu... kirim salam jer yer kalau ko tgk ;p

eiman@nurizan said...

hoh mesti terer orang yang blaja sumber manusia mengayat orang eh.. tak pegi pesta buku antarabangsa ke kat PWTC ujung minggu neh.? (esok la tuh)

asis said...

lapar la plak..

Ms.Lilies said...

ko mmg pandai bab amik ati ni kan...

Mak Su said...

izman.... nak idup, kata-kata mesti baeekk ...cayalah!

izman said...

monkey d luffy,
bab awek tu kalau jumpa mulut tak leh berkata2, hanya ternganga dan air liur menitik je. ha.3x..

izman said...

eiman@nurizan,
mengayat nak idup semua org kena pandai.

adik aku datang dan stay rumah aku until ahad. kalau dia nak pegi jugak oklah, kalau tak..... tak merasa lah

izman said...

asis,
lapar? kita makan dulu!

izman said...

ms. lilies,
sikit2 je... dulu..... sekarang ayat2 tu dah kureng power rangers.

izman said...

mak su,
betul, ayat nak idup.

julietchun said...

tanam tebu tepi bibir ,kakakaka,buleh ke gitu? errr...

izman said...

julietchun,
dulu may be, sekarang cuma tanam misai ditepi bibir.

AZANI said...

bagus reason kau
kenapa lah aku tak kenal kau dulu masa aku kat poli, bole aku pakai reason kau...bernas,bijak ,mantap..he he he

Nek Cun said...

Izman... otak 'kelentong' you memang 1st class!... tapi itu ada baiknya untuk orang HR ni... so you boleh tahu samada orang kelentong you atau pun genuine case sbb you pun dah biasa buat dulu kan?... hehehe...

ima shhs said...

Loh..awok org phg ker...kui...kui...kui...
Samer ler kiter...:p

Tp idea awok mmg behh gilerr rrr....huhuhu...

ILA said...

aku tengah 'kepeningan' ni...
pening dgn jalan crita kau...:P

Nur a.k.a admansyah said...

tak brp kena dgn tajuk ko... aku edit sket, boleh? errr...

Alasan atau... dah rezeki!

eke..keh... aku pun bukan pandai noo pilih tajuk! Ya ampunnn nie blog ko, suka ati ko ler, kan?

psst: ko mmg pandai bodek!

izman said...

azani,
he.3x, ayat tu boleh pakai time terdesak je bang. pakai selalu kena buang kampus ler...

izman said...

nek cun,
itulah pasal majoriti orang tipu cuti sakit asyik tak lepas je dengan saya. kat company lama dulu, 2 buah klinik panel saya terminate sebab tektik mereka dah dalam kocek saya.

izman said...

ima shhs,
iye... kawan orang pahang! bagusle ada kawan2.

izman said...

ila,
malu nak ngaku pulak... pening dengan jalan crita aku atau dah start pening2?

izman said...

nur aka admansyah,
bab tajuk tu yg selalu aku failed. dah abis mengarang tapi stuck nak letak tajuk ape? tu yg bedal je apa terlintas di kepala. he.3x