Wednesday, April 15, 2009

Yeah....kfc..

akibat kesedihan layan movie pendek chicken ala carte tu, aku dah start beli meehoon telur mata kobau hari ni. malam tadi, nasib baik makan daging masak kicap, kalau ayam goreng, mau tak makan aku.

lepas makan aku saje tunjukkan movie tu pada anak2 dengan harapan mereka faham. betul mereka faham. movie start je mereka dah menjering kegembiraan tengok restoran kfc dan mc d. siap menjerit nama restoran tu "yeah... k ef ci".... "mek donel".. lagi dua restoran diorang tak tau nama... he.3x.

sambil2 tu aku ceritakan pasal orang miskin tu yg terpaksa makan sisa2 makanan yg dibuang dan orang tak habiskan. melopong je mulut luqman dan pika layan movie yg aku full screen kan. abis movie.....

luqman : bila ayah nak bawak makan kfc?
ayah : luqmankan dah tengok budak tu miskin, dia mana ada makan kfc.
luqman : ayah luqman kerja kilang. ayah luqman ada duit. bolehlah makan kfc.
ayah : kita tak boleh selalu makan kfc, kena kesian kat orang miskin. kena tolong orang miskin.
luqman : nanti luqman makan kfc, luqman buang tong sampah bagi dia makan..
ayah : tak baik. dah buang tu, kotor. kesian kat dia.
luqman : ayah ajak dia makan sekali la...
ayah : ye lah.... nanti ayah gaji kita makan kfc.
luqman & pika : yeah.... kfc....kfc.....


ok... abis crita anak2. balik antar luqman dari tadika tadi, aku perasan ada lori puas (perbadanan urus air selangor)tengah doh potong air salah seorang jiran aku. tak semena2 aku teringat semalam kawan seopis akupun ada tunjuk dia dapat surat kuning notis suruh bayar atau air kena potong. aku cepat2 panggil isteri cari bil air. seingat aku dah lama aku tak bayar bil air.

betul! tepat sangkaan aku, bil air terakhir aku bayar ialah pada bulan august 2008. tapi aku tak gabrapun. dan aku tak kisahpun. apalah sangat bil air tu. walaupun sejak august '08 aku tak bayar, syarikat air tu masih berhutang dengan aku. sebab aku orang yg agak pelupa, aku kalau bayar bil, aku bayar kaw-kaw punya. kalau ikut bil tu, bulan depan kot aku baru kena bayar.



20 comments:

Tijah said...

aku syak ko tak bayar bil sejak wife ko preknan kan?

:P

julietchun said...

ade gak orang bayar bil sekali banyak2 yer? baru ku tahu arini.

Ms.Lilies said...

konsep ko byk bil sama ngan aku la...hahahaha

izman said...

tijah,
bil air tu selalu bayar, kalau sangkut penuh air bertakung tu.... he.3x.

izman said...

julietchun,
bayarlah kat maybank2u. kat pejabat pos tak leh byr byk2.

izman said...

ms. lilies,
ha.3x... ada gak geng jenis suka byr sekali byk2. cayalah!

KV said...

advance sungguh!

eiman@nurizan said...

bukan air free ke kat selangor neh.. banyak tul korang pakai air sampai kena bayar.. hehe

izman said...

kv,
bukan advance, dasar kurang rajin. he.3x

izman said...

eiman@nurizan,
yg free sikit je. family aku serba serbi guna air. anak2 pulak suka berendam air.

ku tak sempurna said...

mak aihhh...

bulan 8 tu..
apa kata thn depan baru ko bayar..

muehehehehe...

Nek Cun said...

Izman... kekadang tu marah gak kat Syabas ni... depa charge air mahal, lewat bayar potong! tapi air kotor gak!... kat rumah nekcun memang siap kena buat filter besar kat meter, kalau tidak airnya kotor macam air hujan jer...

izman said...

ku tak sempurna,
cantek gak idea tu, may be 2011 baru bayar lagi best.

izman said...

nekcun,
syabas ke puas? apa2 lah. kualiti air mereka memang kureng memuaskan, kalau tak pakai filter, memang minum air teh asli lah dari paip.

Nur a.k.a admansyah said...

ko nie... perangai mcm laki gue! ikut suke ati die jer nak bayar brp & biler! bkn spt tertera kat bil... pelik tol aku org mcm korang nie! disiplin ler sket bro...

Kat area aku lagi parah! bil air sama ngan maintenance. Most of penduduk apt aku tur xmo byr.. so dah sapai warning nak kena potong air! geram aku coz kami antara org yg membayar.... kalo potong sumer, saper yg susah??? aku jugak..

Monkey D Luffy said...

anak ko bijak... ;)

Iliana said...

fiuhhhh~ 2008 tuuuuu~ nih, ada bil lain yg kne byr kt blog sy..

izman said...

nur aka admansyah,
bayar advance le bagus. laki ko sama cam aku, berfikiran jauh! kuang.3x.

izman said...

monkey d luffy,
tengok bapaknya la (puji diri sendiri dan hidung kembang kempis)

izman said...

iliana,
iye... bil tu tak terbayar rasanya..