Tuesday, April 21, 2009

Kerana Taksub

sejak kali pertama aku kerja secara full time, aku tak pernah kerja dengan syarikat melayu. mula2 aku kerja syarikat india, kemudian cina, cina dan cina lagi sampai sekarang. bukan aku tak berkepinginan nak kerja syarikat melayu yg hebat2 seperti petronas, sapura, nadi, dan sebagainya; tapi belum sampai jodoh kot.

sepanjang aku kerja dengan syarikat bukan melayu ni, semuanya percaya kepada unsur2 keramat dan feng shui. boss company india yg ambik aku kerja dulu pernah cakap kat aku masa diiklankan jawatan kosong itu, lebih 200 application. majoriti ditolak kerana berbangsa cina dan tarikh lahir mereka. x-boss aku percaya bahawa dia memerlukan pegawai yg tak akan melawan dia. dan tarikh lahir aku antara tarikh lahir yg klihatan sangat baik dan tidak akan khianat majikan. aku masih ingat, masa aku dipanggil temuduga, pelbagai soalan dikemukan, itu biasalah... tapi dia lebih suka tanya tentang family. malah, aku leih terkejut bila aku disuruh kerja keesokkan harinya.

dicompany2 cina yg aku pernah kerja, mereka memang percaya feng shui. cuma aku tak boleh lupa salah satu syarikat yg pernah aku kerja tu, syarikat tu terlalu taksub. x-boss aku tu sanggup membina sebuah taman dan kolam ikan hiasan yg besar di hadapan kilang kerana faktor feng shui. biarpun jodoh aku ngan company tu cuma dalam 6 bulan, tapi banyak aku belajar tentang politik pejabat dan kewujudan boss HR yang paling bodoh dan sial pernah aku jumpa (nantilah aku cerita kemudian).

kerana taksub kepada feng shui, pada masa aku baru2 kerja disitu, masa orang lain seronok cuti new year pada 01 haribulan januari, aku terpilih mengekor owner company dengan beberapa pakar feng shui membersihkan kilang. tak de ritual sembahyang cina. pakar feng shui dari negara china dibawa masuk bersama seorang perterjemah kerana bomoh feng shui tu tak bercakap. dia cuma tunjuk2 dan bercakap dalam bahasa yg tidak difahami kecuali oleh penterjemah.

mula2 tengok pakar feng shui yg datang tu aku dah nak tergelak. dia pakai pakaian hitam yg compang camping. pakai topi jerami apek jual sayur yg royak rabak. ditangan pula ada penyapu kecil. ada macam cerita maklampir .... opss... cam ahli sihir punya pakaian. aku dan 4 orang lagi masuk dari bilik ke bilik, line ke line dan setiap ceruk kilang. adik boss besar aku kerja dia mencatat apa yg perlu diubah selaras dengan arahan pakar feng shui. aku? ikut je... aku pun tak faham kenapa dalam seramai seramai 12 orang staff HR, aku terpilih. sebab aku baru kerja, aku tiada pilihan menolak. err... berdosake???

proses tu panjang, dan memeningkan kepala aku sebab aku hanya mengikut macam orang bodoh. paling menyedihkan, salah seorang sahabat aku dari department lain dibuang kerja serta merta kerana di ditafsirkan membawa bad luck kepada company. keesokkan harinya, si perempuan cina tu yg baru sahaja bali bekerja lepas cuti bersalin langsung tidak dibenarkan masuk kilang. aku dan boss aku tunggu di luar pagar menyerahkan surat termination dan cek bagi ganti notis. walaupun jumlah wang banyak diberikan sebagai saguhati termination yg melebihi dari 2 bulan gantian notis, aku lihat pekerja itu menangis.

lagi satu perubahan kerana feng shui yg dibuat serta merta ialah arahan kolam ikan ditimbus serta merta. adik big boss terus call lori pasir dan tanah kambus. aku tak tunggu le sebab ada dating. keesokkannya aku sedih tengok nasib kolam ikan yg cantik dengan ikan yg terjaga lebih 5 tahun dikambus dan dibunuh kejam. pekerja yg menjaga kolam sejak hari pertama aku tengok menangis meraung bila datang tengok kolam yg bertahun dia jaga ditimbus. itulah kali pertama kata kawan yg senior bahawa dia mengata boss besar.

apa2pun terserah kepercayaan masing2. pada aku rejeki dan nasib ditentukan Allah. kaum depa, ikut depa lah. tapi aku juga sedar ramai dah orang kita yg turut mempercayaan feng shui. malah yg taksub tu sampai tahap sanggup membeli dan menggantung simbol2 mantera yg lebih mirip kepercayaan buddha di rumah masing2.




IZZI ADVERTIZING--------------------------------



18 comments:

Mak Su said...

masyallah!!!

kat sini plaks, ada satu bos tu kata, pastikan light sentiasa on kat dalam bilik dia, dan pokok dia sentiasa berdaun hijau.. menyampah den.

izman said...

maksu,
itu nak duit selalu masyuk la tu... apa nak buat kepercayaan depa, dan kita kuli.

ima shhs said...

Sbg org islam kiter tak patut percaya kpd benda2 mcm tu...

Rezeki, jodoh, ajal, maut semenya di tangan Allah Yg Maha Mengetahui...

Walaumcmanapun, faktor kehidupan memaksa kita melalui benda2 mcm tu...

Apapun tepulanglah pd niat dlm hati kita...

Adios !!

Cheritera Kami said...

ha..kat sini pun lbh kurang bro..aritu bos besau nak amik driver siap bgtau dia nak org yg lahir thn sekian..sekian...sbb nak memastikan keselamatan dia terjamin..pehtu plak time CNY opis bukak awal dr biasa sbb nak amik waktu yg ong...

Rayz said...

dlm byk2 kerja yg ko masuk...aku rasa ko enjoy kat APM kan..

izman said...

ima shhs,
betul tu... semuanya kerja Allah.

jangan sampai jatuh syirik udah.

izman said...

snow peace,
dah kepercayaan depa, nak buat cam ner.

izman said...

nadya aka razman,
ha.3x... buleh kata cam2 le..... sana sikit melancong obersea je. bonus pun memang buleh buat lupa diri.

woi... ujang bulan ni kita jumpa. banyak nak settle dengan ko ni...

julietchun said...

bos aku sll mtk pendapat pakar fengshui dari taiwan dan china,pakar kat mesia nih kureng power kot,kekeke.

izman said...

julietchun,
samalah, boss aku dulu dari china je... malaysia2 tak main wo.... kureng power rangers

Anonymous said...

macam2 la..
dunia2..

- G O R O - said...
This comment has been removed by the author.
- G O R O - said...

Salam bro;

Saya pernah bersembang dgn Ustaz Ann Wan Seng (sila google), feng shui tidak syirik. ianya cuma elemen alam. Terpulang pada diri sendiri sama ada mahu mengamalkannya atau tidak.

Apapun bro; entri lue mmg sempoi. Bab 18 atas lu mmg terer. Gua suka baca beb

izman said...

asis,
itulah sebab ia digelar dunia...

izman said...

-goro-
oh ye ke... tapi itu kalau tak melibatkan mantra dan simbol2 buddha kan?

alamak, idung aku tak leh kempeslah kena puji. terima kasih. apa2pun, kalau tak kena tu, tegur2lah..

Kapten Luffy said...

wah... sungguh taksub gitew

Anonymous said...

aku ingatkan yang kolam tu kat apm, bukan kan? takde plak kolam dulu dulu

Anonymous said...

aku ingatkan yang kolam tu kat apm, bukan kan? takde plak kolam dulu dulu

chop! letak komen sekali lagi sebab tak tulis nama.. haha

-eiman-