Saturday, April 4, 2009

Aku & Pengakap

sambil2 menjelajah blog tadi mencari idea, aku terhenti kat blog eeeda damak (http://eeeda-damak.blogspot.com). Dia tak silap aku dulu sekelas dengan adik aku, dan kenal dengan wife aku, malah sejak dia terjumpa blog aku, kami berutus email dan pernah sekali kot dia call wife aku saje2 tanya khabar. Oklah, rumah family diapun tak jauh dari rumah datuk aku, kira2nya kami saling mengenal, sesekali terserempak ayah eeeda, riuhlah kami berborak. aku membesar depan mata ayah dia, suka sangat ayah dia kalau jumpa aku, siap cakap "gemuk dah mu sekarang ye?". ayat tu yg selalu buat aku terpana, tu yg nak kuruskan sikit badan tu (tapi asyik failed).

lupakan pasal tu sebab aku cuma nak crita pasal aku suka tengok si eeeda dengan seragam pengakap. wah.3x, ada manikayu 2 bit ye. akupun pengakap jugak (cuma tak renew keahlian), jiwa aku masih pengakap. sesekali tu teringin jugak berkhemah semula, cuma halangan anak2 masih kecil.

macam aku pernah beritahu, aku masuk pengakap waktu aku belum baligh dan mimpi basah lagi, masa darjah 4. kalau mimpi dan pagi esok tilam basah sebab kencing atas tilam, tak tau lah pulak...... seawal darjah 4 juga aku dah join perkhemahan. may be aku terikut2 akak aku yg join pengakap juga. aku suka tengok pakaian seragam dia, siap ada tie lagi (scarf). aku terus berpengakap hingga aku sekolah menengah, dan terhenti sekejab masa form 4-5 kerana dipaksa masuk kadet posmen, opss! kadet bomba. masuk form 6, aku join pengakap kelana.

masuk universiti, aku masuk kelanasiswa (pengakap kelana universiti). disamping kelanasiswa yang merupakan kursus ko-kurikulum yg wajib dipilih selain caklempong, palapes, st john dan lain2. aku juga masuk kelab kelanasiswa yg relatifnya lebih aktif. seawal minggu pertama habis je minggu orientasi, aku dah masuk hutan sintok berkhemah.

dalam kehidupan berpengakap, aku paling suka aktiviti merentas halangan, mencari harta karun, survival, simpulan, buat gadget2. yg kurang suka ialah memasak, dan kawat kaki. Alhamdulillah setelah berkurun lama menjadi ahli pengakap, akhirnya di uum setelah berhempas pulas menghadapi pelbagai jabaran termasuk berjalan kaki 40KM, dan pelbagai ujian, AKHIRNYA.... aku dapat juga ditauliahkan sebagai PEMIMPIN PENGAKAP dengan layak menerima manikayu 2 bit. Alhamdulillah, selepas itu juga aku berjaya menjadi penolong jurulatih semasa melatih junior2 yg mengambil ujian kelayakan manikayu 4A. dan bahagian paling aku expert dulu ialah survival di hutan dan simpulan.


Gambar hiasan : aku semasa di Jambori Asia Pasifik di Kem Bukit Kluang, Besut Terengganu. Aku sebagai Ketua kontingen UUM.

Since aku dah tercerita, aku ceritalah sikit beberapa kenangan manis masa mengertai beberapa perkhemahan dan penjelajahan. banyak, aku cerita yg aku dapat recall sekarang je lah yer:-

cerita 1
Semasa perkhemahan pertama di uum, banyak menda aku belajar dengan senior2 seperti abg affendi, maswira, bob dan ramai lagi. aku ingat aku dah terer sebab masuk pengakap sejak belum mumayyis, rupanya pengalaman aku cuma bak secebis tahi gigi kepada brader2 otai ni.

sebelum penutup, salah seorang senior yg kononnya pernah menyertai perkhemahan jambori di jepun sudi mengajar tradisi minum teh cara jepun. semua junior termasuk aku diberi secawan teh. kami perhati aturan2 yg diajar. alahai cam slow motion je orang jepun minum, jenuh aku nak tunggu. brader mas wira ajar kami berkali2, dan berkali2 juga aku tengok dia teguk air teh tu sampai habis. cuma yg ditekankan ialah masa suakan teh ke mulut kena tuang semua dan telan dengan cepat, sekaligus.

ala kacang butir je tu. kami dikehendaki buat serentak dengan kiraan nombor. contohnya 1 (rapatkan kedua2 tangan ke cawan teh), 2 (memegang cawan teh dgn kedua tangan), 3 (angkat cawan perlahan2 kearah mulut), 4 (mencium bau teh), 5 (minum teh dengan cepat). kami ikut dengan arahan nombor. 1, 2, 3, 4, dan .......5!.

HUWEKK! berhampuran air teh terpancut dari mulut kebanyakan peserta termasuk aku. ada juga pelatih pompuan yg muntah. cilampret punya senior, mereka kenakan kami. nak bersenda gurau la tu kononnya! mereka bancuh teh dengan sebungkus garam halus. MASIN NAK MAMPOS. Biol otak aku 23 saat. Aku tengok, para senior pakat gelak sampai keluar air mata. Takpe... biarkan!

tamat aktiviti, selepas runtuhkan khemah dan susun alatan, kami dikehendaki berbaris untuk penutupan. dalam perbarisan tiba2 ada senior kata ada pelatih kehilangan barang, dan kami semua dikehendaki mengeluarkan semua duit, jam, dompet, dan sebagainya dan letak dalam satu plastik. kami dikehendaki tulis nama atas plastik tu dengan marker. menda2 tu akan dicheck oleh senior. kami terus diberi taklimat akhir. dalam syiok2 dengar taklimat, menggunakan pancaindera keenam (jelingan) aku perhatikan abang2 dan kakak2 senior asyik masukkan air dalam baldi dan bekas plastik dan tempatkan disekitar tempat perhimpunan. Aku dah beringat. apa kejadahnya siap pek air paip dalam plastik, siap ikat dengan getah lagi. ini something wrong!

habis sorang, sorang senior berucap. tibalah masa ketua kem. dia berucap tak lama, tapi aku tengok dia asyik tengok pembantunya. bila pembantunya tunjuk isyarat bagus. dia mula menamatkan ucapan dia dan mengumumkan kem tersebut BERAKHIR. dengan ayat BERAKHIR je, senior2 terus membaling plastik berisi air dan menyimbah baldi2 air kearah kami. lencun kami, aku pun kena. habis basah baju, seluar basah. gila baban airnya, sampai spender akupun basah. tak boleh jadi, aku meluru ke arah tempat senjata meraka dan turut membaling plastik air ke arah senior yg paling aku geram. aku attach kepala. PERCH! betul2 atas kepala senior tu, dia berpaling, dan sebutir lagi aku halakan ke dadanya. dia lari. aku tak kejar sebab aku sempat ambik 2 plastik je.

perang air berlangsung, tapi aku dah tak kisah. aku enjoy main air. orang yg aku nak hempuk, aku dah hempuk. aku puas hati. seronoknya. apa2pun kami tak berdendam, dari perkenalan pertama itu, kami jadi kamceng.







IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

Rasailah KEAJAIPAN Kapsul Minyak Kelapa Dara yang Asli

www.bio-asli.com



www.bio-asli.com

19 comments:

julietchun said...

aku pengakap gak dulu tapi cokia je. teringat penah satu kali gi kemping, mlm tu ujan lebat abih terbang kemah,kuyup kami semua.

Puteri Satu said...

aku pun pengakap...hish kena camping atas bukit belakang sekolah...time tu form one...syok...coz aku jadi secret adimire zaman tuh kat sorang student lelaki ni..muahahahha.....kelakar..kelakar zaman tuh...

Kapten Luffy said...

bagi air je ker? dendam x berdarah ni. kekeke.

izman said...

julietchun,
ko pengakap gak, asal tak jadi pandu puteri?

ribut taufan ke sampai khemah terbang.

izman said...

puterisatu,
ko jd secret armirer ke ko secret admirer kat seseorang? cakap betul2? he.3x

izman said...

monkey d luffy,
kalau ikut hati aku nak baling je dengan baldi, tapi kami pengakap bersaudara dan kasihkan binatang, tabah hati dan sebagainya.

Nur a.k.a admansyah said...

Ko KelanaSiswa ekk? aku Canoe Club. Mmg 1st training kat hutan Sintok gak! ko tau... braderX2 tu mmg suka kenakan junior! Ms dlm utan tgh mlm (nak uji keberanian ler konon...)depa buat pocong-lah, buat munyi hantu & mcmX2-lah. LastX2 aku amik kayu... bedal sorang brader year 3 ms tu. Terus die BLACKLIST aku! cehhh...

Tapi, tu antara kenangan yg tak kan aku lupa! UUM mmg BEST!

cendawanintim said...

aku pon aktif pengakap since darjah 4 lagik..

Ms.Lilies said...

aku join pengakap masa form 4-5 je...pastu maleh dah..ko pun dak uum ek...wahhhh jumpa lagik sorg warga sintok ni...samala kita

kirana said...

Wahhhh... kebetulan nih! Kirana pun penah jadi pengakap jgak. Penah ikut camping n jambori. Dengar citer ada jambori pengakap di melaka bulan jun 2009. Kat bukit katil kalo tak silap. Kirana dah pegi dulu ke bukit katil, 2 kali.

Kirana manik kayu 2 tapi manik takde. Abis stok kot!!!!

Unknown said...

aku kejap pengakap.. kejap pbsm...kejap st john... mengikut situasi awek aku ketika tu... hehehe... mujur tak leh jadi pandu puteri

zafi said...

huhuhuhuuh
masuk univ sudah tidak aktif dlm uniform2 stuff! :P
aktif kelab je...
apa ayat glamer pengakap tu ye?
"kami ahli pengakap muda, buat sehabis baik" !!!

Jard The Great said...

aku pemandu putri.. kira mcm pengakap tak?? hehe

izman said...

nur aka admansyah,
aku dulu ada hati nak masuk kelab kenu, tapi takut lemas, aku batalkan.

senior tu teruk tak ko belasah??

izman said...

cendawanintim,
ko pengakap jugak, cayalah. persaudaraan pengakap lah kita.

izman said...

ms. lilies,
yup, x-uum. yerh... uum best. apsal ko tak masuk kelanasiswa dulu??

izman said...

kirana,
manik abis yer? apsal tak mintak guna kayu manis?

izman said...
This comment has been removed by the author.
izman said...

shifu67,
cikgu2 tak boleh pilih yg mereka suka ke? dari pandu puteri baik jadi puteri islam. he.3x