HALAL. tajuk ni nampak sangat remeh, tapi sebagai umat Islam selalu kita tertipu dan kerugian. apa tidaknya kita hanya sebagai pengguna, yang agak kureng ilmu pengetahuan tentang halal haram. ye lah! majoriti pengeluar makanan dan minuman tu bukan orang kita. lebih mengelirukan jabatan agama kita terutama yg jaga status halal ni memang nampak tak bermaya je. buat le promosi ke hape suapaya org kita tak terpedaya. yg aku nampak aktif cuma geng Datuk Dr Maamur (Persatuan Pengguna Islam Malaysia).
dah lah nama syarikat pengeluar makanan tu mengelirukan. yg buat org depa tapi nama syarikat nama orang Islam seperti Ahmad, Ali, Bedah dan sebagainya dah satu hal. boleh pulak pakai logo2 seperti masjid, kubah masjid, bulan dan bintang turut mengelirukan. lagi haru terdapat pelbagai logo halal dipasaran, dan jabatan halal ni senyap je. semua tak de gigi ke??? korang tengoklah logo2 halal dipasaran sekarang. ada logo halal jakim, ada logo halal negeri2, logo halal S.E.A, logo halal masjid (luar negara), logo halal pengeluar makanan itu sendiri (sendiri buat sendiri sahkan halal sebab jakim tarik balik halal dia suatu ketika dulu) dan segala macam logo lah.
aku dah naik menyampah dapat email pasal halam haram ni. aku kisah halal haram, tapi aku tak faham apa tindakan orang2 alim kita. bulet leweh je soal halal haram pada umat Islam. dulu roti, ubat gigi, ayam, sardin, kuih pau, kopitiam dan terbaru amanah saham kita pulak. pak2 lebai kita yg diberi gaji jaga halal haram nya mane??
aku selatankan (selalu sangat utarakan)tajuk ni sebab semalam ambik luqman dari sekolah, cam biasa aku aku stop beli makanan untuk dia dan pika. aku suruh luqman pilih sendiri apa dia nak. aku tengok luqman doq belek2 plastik. terkedu aku bila jawapan persoalan kenapa dia belek platik makanan ialah dia tengok tanda halal. bila aku tanya siapa ajar, luqman cakap ummi dan cikgu ajar. syukurlah, anak2 aku tak le sejahil aku.
teringat pasal makanan ada logo halal ni, aku tiba teringat gula2 sakit kerongkong yg famous amos yg aku beli masa batuk beberapa minggu lepas. masih berbaki dan disimpan dlm peti sejuk. Cis! tiada logo halal. dan kandungannya ada food alcohol lagi. apa aku nak buat, tak kan aku nak makan air tanah kot? siapa yg alim sikit tolong advice.
alhamdulillah kat malaysia kita tak de masalah besar tentang halal haram. tapi masa aku gi thailand dulu, memang pengalaman yg haram jadah, err.. iaitu haram didalam juadah maksud aku. majoritinya semua haram. kami ikut rombongan masa tu, majoritinya melayu. ada berbelas pengalaman disitu, tapi aku kongsi sikit.
aku crita masa nak balik je lah ye. kami pergi dan balik naik MAS. malang bg kami masa nak balik, flight delayed beberapa jam. sebab kami tunggu dari pagi, pihak MAS sediakan sedikit juadah untuk tengahari yg kami kena ambik di kaunter kapal terbang siam. mereka buat perkongsian kod udara. maksudnya, flight MAS dan Thai akan terbang ke KL. kalau dua2 flight tak penuh, mereka akan swapkan pelanggan mereka ke flight yg diberikan ikut giliran. may be jimat belanja. dalam kes aku, kami tetap naik flight malaysia, tapi makanan tengahari diagihkan oleh Thai. yg diberi cuma air berkarbonat dan sandwich. kerana kami yakin MAS faham kami org malaysia yg berharap makanan halal, kami ambik je makanan tanpa was-was.
kerana flight delay lagi, aku kena sms wife supaya dia dan adik aku jangan jemput aku lagi kat KLIA. jenuh menunggu nanti. sementara aku bersms, kawan2 lain dah bedal dulu sandwich. biasalah ingat nak main satu sms, tapi orang pompuan. org kata flight delayed. dia tanya kenapa delayed. malas nak layan melalut2, aku cakap je pilot sembelit. itupun dia tulis 'tipulah'. sms mahal oo....
ralit bersms, aku cuma buka air karbonat oren cap ayam je. kawan2 lain seronok bedal sandwich. tiba2 ada satu kawan datang tanya aku.
abang kopiah : man, ini sanwich ape ye? macam daging je?
aku : cheese tu bang.
abang kopiah : abang was-was la man. ini berurat2 ni. daging ni (sambil mengopek2 dengan tangan)
aku : iye lah bang.
abang kopiah : cuba ko tanya kaunter ni daging ape? risau abang. sini banyak betul ba alif ba ya.
aku : ok bang. jom.
dikaunter penerbangan thai.
lelaki malaysia : excuse me miss. what is this? cheese or .....? (sambil menayangkan sandwich)
pompuan thai : oo... this is pork.
lelaki malaysia : are you sure?
pompuan thai : yes sir. confirmed its pork.
lelaki malaysia : (berlari sambil menjerit2 beritahu kawan2) jangan makan sandwich tu, daging babi. daging babi tu, jangan makan. babi, jangan makan sandwich, opss! silap pulak. jangan makan sandwich babi tu.
tapi sayang, ramai member melayu dah termakan makanan haram jadah tu. dah rejeki diorang dapat rasa, takkan diorang nak korek perut pulak. ada gak la yg aku tengok berlari ke tandas muntah. hukum? aku tak tau. tapi diorang bukan sengaja.
alhamdulillah, trip ke pattaya dan bangkok berjaya. tapi banyak incident melibatkan menda haram tu. pendek kata banyak menda haram hari halalnya. mc donalds masa tu promosi mc pork (aku dan geng ada bergambar depan banner besar dia berdekatan 4 faces sitting buddha), breakfast, lunch, dinner, dan dimana2. alhamdulillah, orang macam aku biasa dah standby awal2, dah bawak megi banyak2. makanan haram tak le menjadi tarikan pada aku walaupun lalu pasar malam dia meleleh air liur tengok cengkerik goreng tepung, tikus masak 3 rasa, ular masak bermadu dan sebagainya. yg payah nak tolak ialah tarikan malam disana. massage, tiger show (thai girl show), tiffiny show, dan sebagainya.
aku? jangan tanya soalan tu. korang tengoklah gambar aku tu. ada rupa orang gatal. muka skema tu. aku mana le reti layan menda2 tu (apsal ada kawan aku yg joint sekali masa tu muntah masa baca entry ni??)
IZZI ADVERTIZING---------------------------------
14 comments:
mana gambor kau wak jeman???tak da pun...
rugi ler...kau tak TERLAJAK rasa..at les kau boleh bezakan daging pork dgn daging yg halal lain..:P
(oppp..tutup mulut)
ila,
aku tak tau beza, so...aku bedal ikan, dan makanan laut. tapi bab2 perencah aku tak berani jamin 100 percent halal.
kat hotel aku kelaparan, aku cari roti, atau cari kedai pakistan. buah2an banya lo...
gambar? malu nak tayang.
kalu dapat emel apa2 tu, kadang2 nak kena kaji, samada truthfully atau ada marketing tactics di belakangnya atau itu marketing strategy gaks.... well, susah ek jadik pengguna ni
memang keliru dan xyakin
tapi xpe nnt JAKIM tanggung la ye sbb biarkn
memang betul skg banyak dapat maklumat tentang halal haram ni, kekdg ada gak spt sabotaj , entah lah kalau rasa cuak tu, usahlah ambik...
kat kuantan ada 1 mini market yg diusahakan oleh sebuah badan NGO Islamic di Pahang yg barangan di dalamnya confirm HALAL...
Ianya disahkan sendiri oleh Majlis Ugama Islam Pahang....
Kalo dtg kuantan moh r singgah mini marker tuh.... kalo berhajat nak tau kat mana tanya aku balik k...
Izman,
Happy Wednesday....
Nice blog that is what I can say..
Bila nak email me your detail..
Been checking my mail box daily,k..
Do comment my latest blog..:)
Hope to hear fr U soon...
merasa gak kawan2 ko daging haram tuh,kekekeke.
blueeeeeeeeeeekkkkkk...
aku sggp berlapar drpd mkn walaupun dorang kata daging ayam..
kat thailand tu, apa yg halal??
issshhhhh
moral nyer jgn gelojoh walaupun lapar.. haha
ramai yg nasihat kan suh makan ikan. Jgn ambik dgaing atau ayam kalo pi oversea. Tp aku tak pernah gi pun. Tapi takpe, pemgalaman ko tu mana tau berguna tuk aku suatu hari nnti kan.
camne nak samak peyut yg termakan daging babi tu...
maksu,
betul... kana kaji kesahihan dulu. tu yg malas tu...
asis,
jakim yg tanggung, tapi kita yg rasa. cam ne tu??
Post a Comment