Friday, May 30, 2014

RESTORAN VICCHUDA TOMYAM @ KOTA DAMANSARA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

aku sebenarnya dah sebulan cuba diet. aku sengaja tidak menggunakan atau makan ubat untuk kurus. untuk step pertama, aku cuma hadkan makan nasi sekali sehari. pernah aku cuba tak makan nasi sehari, tak boleh tidur beb! perut melayu.

pada 29/5/14, aku cari makanan asalkan bukan nasi. aku cuba di restoran vicchuda tomyam. ia tak jauh dari opis aku.

 di kawasan ini parking memang senang. free parking lak tu.
  untuk membuka selera aku cuba keropok. ia dah siap dibungkus. RM3.00 sebungkus. pada aku keropok ni takat biasa2 je sebab banyak tepung. sos pencicah dia setakat boleh tahan.

 aku order bihun tomyam dan sirap bandung.

pada aku tomyam dia memang terbaik. ia bukan tahap tomyam di kedai2 mamak atau kedai tomyam yg dimiliki oleh orang kelantan. ia adalah tomyam siam sebenar seperti yg aku pernah makan di bangkok dan pattaya. rasanya tidak menyengat oleh rasa daun limau purut atau serai.

campurannya memang sedap. dan harganya tak mahal. tak silap aku cuma RM5.50.

untuk merasainya sendiri, jom singgah ke:

RESTORAN VICCHUDA TOMYAM
55-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B
Pusat Dagangan Seri Utama PJU 5
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan