Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Menyusu Di Khalayak Ramai

Menyusu Di Khalayak Ramai.
Polemik kisah ibu menyusu dikhalayak ramai belum reda. kaum ibu dan bapa kelihatan berpuak-puak memenangkan kabilah masing-masing. ya, ada pihak bersetuju dan ada yang menentang, semuanya mengeluarkan dalil dan tahap intelektual. lagi kelakar, ada bocah-bocah (baca : budak kecil belum mumayyis) turut serta mengeluarkan pandangan dangkal mereka. pergaduhan ini tidak menguntungkan mana-mana pihak, ia bagai belacan dikerat dua, yang pergi busuk, yang tinggal hanyir.
sebagai lelaki, bapa dan suami, aku menyokong 100% penyusuan ibu. kesemua 4 orang anakku menyusu susu ibu sejak lahir hingga berusia 2 tahun (nota : mungkin lebih).
sebagai suami, aku memahami keperluan anak yang sentiasa kelaparan dan ingin menyusu tidak kira tempat. anak aku juga sama, walaupun dipujuk, mereka tahu nak menyusu, nak sekarang! itulah bahasa bayi yang kita ibubapa kena terima.
biarpun sering bersiar-siar, makan angin dan bersosial diluar, isteri aku tidak pernah sesekali menukar penyusuan ke susu botol untuk anak-anak kami dibawah usia 2 tahan. tidak pernah!. namun dalam menjaga norma wanita Islam dan warga Timur yang beradap, isteri mengenakan pakaian yang longgar dan tudung yang labuh. ia dapat menutup aurat sepenuhnya semasa menyusu.
teringat semasa kami bercuti di Singapura, tahap mentaliti orang metropolitan di sana mereka sangat terbuka. ibu-ibu muda selamba sahaja menetek di dalam MRT dan kawasan terbuka. majoriti masyarakat mereka juga sekadar selamba berbuat hal masing-masing. namun bagi kami, sebelum berjalan-jalan, anak disusui kenyang di hotel. disenggang waktu, isteri menyusui anak di surau/masjid. jika anak mula menangis di tempat awam, isteri terpaksa menyusukannya. jadi sebagai seorang ayah beragama Islam dan berakal kancil, aku membukakan payung dan menutupi pandangan isteri menyusu daripada mereka yang bukan sepatutnya.
aku tidak moden dan terbuka?
betul. aku belum semoden itu. dan aku tidak tega aurat isteri dilihat orang. namun jika dilihat sejarah keterbukaan masyarakat menyusu di khalayak ramai tanpa malu, viral di KLCC itu tiada apa-apa langsung. semasa aku membesar di kampung batu balai dan damak dahulu, kami terbiasa melihat ibu-ibu kaum orang asli menetek di dalam bas dan di pekan sahari. ia nampak keseluruhan dua bijinya. biarpun mereka hitam, rambut berketak-ketak dan selekeh, kami terdidik untuk menghormati masyarakat lain. kami sekadar mengalihkan pandangan biarpun kaum bapa dan masyarakat mereka tidak kisah sesiapapun memandangnya. namun, setelah orang asli (nota : di kenali juga sebagai orang asal) ini menerima ajaran Islam, mereka turut memelihara kehormatan mereka dan mengembalikan malu di dalam silu mereka. jika dahulu mereka pengamal budaya animisme, kini semua tingkah mereka berpandukan ajaran Islam dan membuang adat yang bercanggah syarak. bagi mereka, 'Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah'.
teruskan menyusu anak dengan susu ibu sepenuhnya, dan lindungilah aurat anda.
iklan : ikutilah kisah pengalaman ibu bekerjaya menyusu anak dengan membeli buku aku "JANGAN SENTAP, OKEY!" terbitan Alaf 21 Karangkraf. Rujuk judul 'Anak Susuan' dan 'Pusat Pengumpulan Susu Segar'. whatsapp 0182678719 untuk pertanyaan dan pembelian terus dengan penulis.

Tuesday, January 5, 2016

Merah Air Sireh

Merah Air Sireh.
Aku ketawa terbahak-bahak melihat kelakarnya pengguna fb mempermainkan fenomena air merah di negeri pahang dengan ludahan sireh pekerja asing. what the fish!
akupun dengar penerangan ketua pelabuhan semalam, dan aku sekadar senyum sendiri. biarlah masa mengundi nanti rakyat yang tentukan nasib pihak yang berparti itu.
teringat aku semasa di syarikat lama dahulu. sireh jugalah punca angkara. banyak produk syarikat menjadi rosak kerana di'creet' ludahan air sireh oleh pekerja india dari estet dan pekerja asing warga india dan bangladesh.
jadi, wujud undang-undang tidak bertulis dari pengurusan operasi diluar pengetahuan HR. contohnya; mana-mana pekerja yang ditangkap mengunyah sireh akan didenda RM5.00 (kali pertama), RM10.00 (kali kedua), RM50.00 (kali ketiga) dan diserah kepada HR untuk dibuang kerja jika ditangkap kali keempat.
Undang-undang ini telah menjadi darah daging dan berakar umbi disitu sebelum aku bekerja lagi. sedikit demi sedikit aku cuba menghapuskan sistem feudal ini, namun kurang berjaya sepenuhnya. ia ekoran sistem ini dikawal oleh pemerintah mandur yang berkuasa. jika mana-mana pekerja yang didenda melaporkan kepada HR, mandur akan meminta 'agensi/transporter' untuk tidak lagi menggaji pekerja terbabit, pekerja itu dibuang kerja. begitulah beratnya dosa biarpun sekadar mengunyah sireh sewaktu bekerja.
berbalik kepada lelucon laut merah kerana sireh. kali ini kisahnya juga sama. mana-mana ketua yang mengaitkan merahnya laut akibat tanah planet marikh, pasti nasibnya juga sama. hilang jawatan, dan hilangkan pengaruh.
cuma aku harap tiadalah pula orang berkata air laut itu merah kerana ramai perempuan datang bulan mandi disitu.
choii!

Thursday, February 21, 2013

Fire Drill

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

stop dulu publish makan2, kita cerita psl tajuk yg serius sikit. makan tu penting, tapi kerja juga penting. keselamatn ditempat kerja lagiiiii penting. untuk kali ni aku nak stori sikit pasal 'fire drill' atau latihan menghadapi kebakaran di tempat kerja/bangunan. 

fire drill ni nampak macam remeh dan menyusahkan. ye lah, bunyi siren tapi kilang tak terbakar pun, pastu lari keluar ramai2, berkumpul dan taklimat. pastu mesti berpeluh2 sampai spender pun basah. tak suka la...

pada aku itu takrifan sempit sebelum nyawa tergadai dek api. dalam kebanyakkan kes kebakaran di kilang/pejabat, ramai yg mati bukan kerana api tapi asap. ini semua terjadi kerana sikap. 

disebabkan kami baru berpindah ke tempat baru di kota damansara dan kat sini belum lagi buat fire drill, kesempatan latihan fire drill dengan kerjasama cawangan2 cawangan lain dalam Wawasan TKH Group tidak dilepaskan. selepas beberapa mesyuarat jawatankuasa pelaksana yang dianggotai oleh syarikat Greatpac Sdn Bhd, Wawasan TKH Holdings Bhd, Wawasan TKH Sdn Bhd, Associated Kaolin Industries Sdn Bhd, Xixili Intime Sdn Bhd dan syarikat aku kerja iaitu TKH Automotive Group (TKH Manufacturing Sdn Bhd, TKH Auto Part Sdn Bhd, Automotive Seats Assembly Sdn Bhd, Automotive Design Services Sdn Bhd dan Avantplus Sdn Bhd.). 

sebab ada 2 lot kawasan kilang, kami pecahkan ke dua tarikh iaitu 19/2/13 dan 20/2/13. syarikat aku kena dua2 tarikh sebab ada operasi di dua lot berkenaan. Lot 6 bagi kami untuk pemasangan kereta dan Lot 10 untuk pemasangan seats dan air cond serta pejabat. aku tumpukan cerita ni pada Lot 10 je ye.

untuk lebih real, fire drill ni semua tau tarikh tapi tak tau masa. hanya 2-3 orang la tau sebab ajk pelaksana. kalau semua orang tak tau sape pulak nak trigger alarm untuk bunyi siren. pada jam 9.33 pagi (20/2/13) siren dibunyikan dan berduyun2lah pekerja keluar dari kilang mengikut pelan keselamatan yang telah ditaklimatkan. saiful selaku safety officer dah tunggu luar kilang manakala aku memerhati dan mengambil gambara dan laporan dari pandangan atas (dari opis aku da....). gambar2 semasa larian tidak dapat disiarkan kerana faktor keselamatan dan kepentingan kilang.

ini adalah antara perkara2 penting dalam sesuatu fire drill :-
1) Siren dibunyikan. pekerja lari ke 'assembly point' mengikut laluan ditetapkan. safety commitee bhgn fire fighting/evacuation akan memainkan peranan menunjukkan jalan keluar ke assembly point. pasukan ini juga akan membantu memadam kebakaran sebelum ketibaan bomba.

2) di assembly point, pekerja berbaris mengikut jabatan masing2 untuk proses head count bagi mengenalpasti jika ada mangsa terperangkap dalam bangunan. biasanya safety officer/HR yg akan melakukan headcount. jika ada mangsa terperangkap, evacuation team akan membantu mencari (jika api tidak besar). team leader akan memaklumkan kepada bomba ttg jumlah headcount dan mangsa terperangkap. team leader juga akan maklumkan pada bomba jenis kebakaran, kawasan terlibat dan risiko2 lain termasuk tempat simpanan minyak, gas dan sebagainya.

Gambar : Safety officer (saiful) membuat headcount)


memandangkan tiada mangsa terperangkap, dan fire drill berjaya dibuat dalam masa kurang 2 minit, aku anggap ia sesuatu yang bagus dan boleh ditingkatkan. 


Gambar : HR Dept (aku la tu) membuat kesimpulan dari latihan fire drill.

memandangkan pekerja dan bersusah payah berlari untuk fire drill, aku dan saiful sengaja membuat sedikit taklimat keselamatan dan cara menggunakan fire extinguisher. ye lah, ramai pekerja sekarang yang muka2 baru. ada yang baru lepas sekolah. biar mereka tau cara guna alat pemadam kebakaran tu.

Gambar : Safety officer sedang demo cara guna alat pemadam kebakaran.

Gambar : Beberapa pekerja turut diberi peluang menggunakan alat pemadam kebakaran.


Gambar (dari kiri) : safety officer, safety chairman (GM) & HR  
memberi ucapan akhir sebelum bersurai.

pada aku, objektif fire drill ni berjaya. pekerja tau cara respon kepada bunyi alarm dan berlari menyelamatkan diri. kali ni kami tak libatkan bomba secara terus, untuk masa akan datang kami nak bomba datang dan tiba dilokasi untuk tau berapa masa yang diambil. 

Kita buat flashback sikit.
suatu masa dulu aku pernah buat fire drill tanpa beritahu pejabat bomba. Salah! apa yang salah. aku pernah buat dulu. kami buat fire drill tanpa maklumkan bomba. tapi sebelum tu kami adalah buat kerjasama dengan pegawai atasan bomba. semua orang tak tau termasuk yg bertugas menjaga balai bomba berkenaan. semasa training tu, pegawai bomba datang dan aku duduk dan trigger fire alarm. bila operator bomba call melalui talian sistem keselamatan bomba, kami maklumkan ada kebakaran. pergh..... tak sampai 5 minit bomba dah sampai, 2 buah kereta bomba pulak tu. pegawai bomba dan aku menyorok, team leader maklumkan ada 2 orang terperangkap dalam bangunan. 

keadaan memang real sebab kami buat banyak asap. suasana sangat tegang kerana bomba berusaha mencari mangsa terperangkap. dalam masa kurang 2 minit mangsa dikeluarkan dengan selamat. dah semua ok, baru pegawai bomba dan aku keluar dan berjumpa team leader bomba (sarjan bomba). terkejut dia tengok boss dia. dengan cara tu kami tau bomba memang serius menjalankan tugas memastikan keselamatan nyawa dan harta benda. selepas ahli2 bomba siap pack dan kemas barang2 dia, dan kembali ke balai, aku dan beberapa pegawai bomba dan sarjan bertugas menikmati nescafe ais dan karipap untuk menyejukkan badan sambil berbincang post mortem dan training bersama bomba pada masa depan.
tamat flashback.

apa sebenarnya kita nak tengok dari fire drill?
1) respon pekerja panik, bersedia atau buat tak tau.
2) siren kecemasan berfungsi atau tidak
3) arah aliran melarikan diri sesuai atau tidak.
4) adakah terdapat halangan pada laluan melarikan diri
5) adakah safety committee bersedia untuk kecemasan
6) adakah ahli pasukan kecemasan (fire fighting/evacuation) bersedia dan tau tugas masing2
7) adakah bomba segera respon kepada panggilan kecemasan, berapa minit.
8) adakah assembly point sesuai
9) adakah HR/syarikat tau bilangan pekerja semasa di dalam kilang

oklah, setakat ni dulu info ringkas pasal fire drill. harap sedikit sebanyak membantu. memang la ia tak lengkap, tapi ada la guna sikit2. kang aku tulis analisis fire drill, jadi tesis Phd pulak.








Monday, July 30, 2012

Imam Zuhud atau Jemaah Jahil?


  • alhamdulillah, setakat ini Allah masih mengurniakan kesempatan masa dan kesihatan untuk aku berpuasa dan bertarawih di masjid. bukan nak riak tunjuk kat satu donia bahawa aku ke masjid dan bertarawih, tapi sekadar berkongsi cerita mengenai peristiwa di masjid yg membuat aku sedikit ralat.
  • sebenarnya dah 3 malam berturut2, golongan muda yang tidak berjubah dan berserban ditarbiah secara terbuka (diserang?) oleh imam masjid berkenaan. adegan teguran terbuka ini dibuat oleh imam selepas solat isyak. imam ke depan dan memberi sedikit tazkirah dalam 10-15 minit. 
  • dalam tazkirahnya 3 malam yg lepas, imam menegur secara agak keras mengenai para jemaah yg tidak memakai jubah dan serban. emmm.... yg pakai baju melayu pun kena! aku setuju bahawa memakai jubah dan serban itu sunnah Nabi, dan alangkah baiknya jika dipakai untuk beribadat dan berjemaah. tapi, janganlah terlalu rigid wahai pak imam. 
  • malam seterusnya, masih ada yg masih tidak berjubah dan berserban. pak imam sekali lagi bertazkirah. imam memberi pelbagai contoh. pada sesetengah orang, ia biasa. tapi bagi yg terkena, ia agak keras. kebetulan malam tersebut aku juga memakai t'shirt. aku terasa jugak tapi aku ambil positif. aku lihat anak2 muda yg dah kelat hari sebelumnya kelihatan lebih keruh mukanya. ye lah, bila ditegur, jemaah2 lain mula memerhatikan mereka. 
  • sekali lagi aku setuju dengan teguran. tapi perlukah keras teguran itu. aku yakin anak2 muda, even aku yg tak berana nak muda ini setuju dengan teguran tapi biarlah berpada. aku lebih kurang mereka yang lain ingin ke masjid bertarawih berjemaah even kami tahu terawih tu tak wajib pun. kami datang, dan aku yakin even sejahat manapun mereka, kalau bab nak sembah Allah, di Rumah Allah, mereka akan tutup aurat, berpakaian bersih dan dalam keadaan suci dan berwuduk. itu perkara basic. 
  • tapi yang tak tahan, bila hari ketiga, pak imam yg sama itu masih bertazkirah tajuk yang sama. tentang jubah dan serban. kali ini lagi panjang dan lagi keras. sebelum tu dah dapat lihat bahawa orang muda yang hati kecil dah tak kelihatan lagi. aku takut malam ini dan malam2 selepasnya langsung tak kelihatan. 
  • mungkin pada pak imam, kehadiran golongan muda yang tak berjubah dan berserban ini tidak bermakna apa2. mungkin ketidakhadiran mereka juga tidak menjejaskan majlis. ye lah, golongan muda tidak berjubah dan berserban ini mungkin bukan perhafaz Quran, mungkin bukan orang alim, mungkin tiada kerja, mungkin solat tonggang langgang dan sebagainya. tapi aku suka melihat orang2 muda ini datang memeriahkan majlis. aku yakin mereka dah ada sedikit sinar iman dengan datang berjemaah dimasjid. aku yakin datang sukarela, emmmm.... takkan dah besar nak kena rotan baru nak datang masjid. tapi kehadiran mereka tidak dialu2kan, malah dicerca. aku yakin sinar iman yg sedikit itu akan layu dan mereka akan menjauhi masjid. 
  • ya, lagi2 aku sokong bahwa pak imam memang tinggi agama, even bila ceramah  lepas isyak beberapa hari sebelum tu, penceramah tanya ketiga2 imam masjid tu cara nak keluar saf bila batal solat, semua imam tak tau jawab. alasan, tak pernah terjadi. opss.... terover pulak. 
  • malam ini aku yakin lagi ramai orang muda yg tiada jubah dan serban dah tidak lagi datang berjemaah. emm... aku cam biasalah, kejab dengan baju melayu, kejab dengan t'shirt.... aku nak solat, so what! baju aku bersih, baju aku sopan. dan ikhlas aku memang takde jubah dan serban. adakah dengan tiada jubah dan serban aku dinafikan hak solat tarawih berjemaah?
  • malam ni kalau teguran lagi keras, may be aku pun akan ke masjid lain yang lebih mesra jemaah. tak guna kalau nak solat kena perli. hatipun tak tenteram nak solat kalau hari2 kena tiaw je. 
  • aku bukan nak kutuk pak imam, aku sekadar nak luahkan rasa terbuku dihati tentang cara orang2 masjid nak mengajak orang ke masjid. ini orang dah datang, macam nak halau pula. kalau nak berdakwah, berdakwahlah dengan hikmah. sunnah kalau dapat diikuti sangat baik, tapi kalau boleh biarlah lepas yang fardhu dulu. 
  • dalam kes ini, aku rasa ada dua kemungkinan je iaitu sama ada imam itu terlalu zuhud (atau jumud?) atau jemaah terlalu jahil. 

Wednesday, February 29, 2012

Dah 4 Tahun Aku Berblog

Sedar tak sedar, dah 4 tahun rupanya aku berblog. bermula dengan posting pertama pada 14/2/2008, aku berblog sampai sekarang.

hasil dari berblog ini macam2 menda aku dah dapat. duit hasil iklan tu adalah sikit2 (bukan merendah diri, tapi memang sikit). sesekali aku tengok kawan2 yang publishkan cek iklan spt nuffnang, advertlet dan sebagainya, terasa hebat sangat mereka. sesekali nak jugak publish cek yg aku dapat, tapi takut kena gelak sampai terkencing pulak. apa2pun, duit tu bukan tujuan utama sekarang, tujuan utama aku berblog adalah untuk BERKONGSI CERITA & RASA.

hmmm.... blog aku ni memang cacamerba, macam2 ada. dari cerita peribadi, keluarga, anak2, makanan, melancong, politik, jenaka, hobi, isu semasa, kerja dan sebagainya. kalau diminta kategorikan, akupun tak tau. berbanding blogger hebat lain yg ada kategori tertentu, biarlah aku cacamerba. aku tulis apa yg aku suka tulis.

dalam merayakan sambutan ke 4 aku mengarut di blog ni (14/2/2008 - 13/2/2012), takde menda hebat aku nak kongsi. statistik blog akupun biasa2 je. pengunjung harian dalam 100 - 300 je. terdapat 226 orang yg sudi jadi follower aku, itupun selepas aku follow mereka. dalam seramai itu yg datang, terdapat 51 sahabat yang sudi mengikuti aku secara tetap dengan menjadi readers. maksudnya, kalau aku update je entry, mereka akan dapat posting tu dalam email mereka; TERIMA KASIH.

dalam berblog ni macam2 watak aku mainkan; ayah yang baik, suami yang budiman, pakwe baik yg ditinggal kekasih, staff HR yang baik hati dan segala yg baik2 (apsal aku rasa nak terjun dari bangunan bila baca ni?). watak2 jahat, nakal, garang, bengis, playboy dan sebagainya adalah rekaan semata2. aku saje nak pelbagaikan watak sebagai satu cara mengembangkan bakat menulis sebelum aku menulis novel bila pencen nanti.

apa2pun, kepada sahabat2 yang sudi datang dan membaca blog picisan aku ni, aku ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH. kalau ada sesuatu yang bagus untuk dikongsi dan dijadikan panduan, ambiklah. jika posting tu keterlaluan, tegurlah. aku juga manusia biasa, ada masa emosi mengawal pertimbangan otak.

kepada sahabat yang membaca dan mengikuti blog ni, jangan ada apa2 persepsi bila membaca blog ini. just baca sebagai hiburan. jangan ambil terlalu serius dengan watak dan penulisan aku ini. watak2 dan jalan cerita tidak 100% benar, mungkin juga tidak 100% palsu. gunakan akal budi dan iman untuk menilainya.

kepada sahabat yang dah lama bersama blog aku ni, harap kita dapat kekal bersahabat even melalui perantaraan blog ini. kepada yg tiba2 terjumpa blog ini secara tak sengaja, harap kalian dapat membaca posting2 lama dan menilaikan siapa izman ini.

sekali lagi, TERIMA KASIH kerana menjenguk aku disini.


izman
damak_76@hotmail.com
012.2713260

Tuesday, February 14, 2012

HR ni macam Polis jugak....

dalam melakukan kerja HR (human resource/sumber manusia), memang tak boleh lari dari menangani masalah disiplin. pekerja beratus orang, jadi perangainya pun berpuluh ribu peel. jadi masalah disiplin seperti lewat, ponteng, tipu cuti sakit even bergaduh adalah sesuatu yang rutin bagi pengamal HR.

sepanjang aku jadi orang HR ni dah macam2 kes aku handle. biasalah.... ada yang berjalan dengan baik, dan ada jugak dengan tak berapa baik. dalam kes2 pergaduhan misalnya, HR akan menjadi pegawai penyiasat, emmm.... cam pegawai polis jugak la. kena panggil orang2 terlibat, cari saksi, cari bukti, buat penyelidikan dan akhirnya mewujudkan suatu pertuduhan.

dalam kes pergaduhan di tempat aku baru2 ini, kesnya agak berat. ia melibatkan pergaduhan antara pekerja bangladesh dan myanmar. 5 orang terlibat. ia berlaku diasrama mereka. kes2 salah faham even pergaduhan kalau tak sampai ke pengetahuan HR ia tidak salah. ye... tak salah. macam mana nak sahkan ia bersalah kalau kes tidak dilaporkan, ye tak?

kes berlaku hari sabtu, malam. hari isnin, ada pekerja baik hati memberi berita kepada aku, dan ianya menjadi kes besar. aku dan safety officer memanggil mereka terlibat dan kecederaan si mangsa agak teruk dengan lebam2.

biasalah, semua orang ada cerita masing2, dan masing2 menokok tambah. aku ambik persamaan dan merujuk kepada saksi2 dan bukti. dan cam biasa ada jugak mereka yang terlibat tidak mahu mengaku. disini, pengalaman dan kebijaksanaan penting (pergh.... secara tidak langsung aku nak beritahu aku ni bijak. ha.ha.ha....).

pekerja bangla, Hannan (bukan nama sebenar. emmm... kalau nama sebenarpun bukan korang tau)dipanggil untuk dirakam keterangan oleh pegawai penyiasat., aku la tu.

penyiasat : hannan, kamu ada pukul itu myanmar?
kena siasat : ta'da boss. ada tengok saja.
penyiasat : jangan tipu, semua orang cakap you ada pukul.
kena siasat : sumpah boss, saya ta'da pukul. itu orang tipu la boss.
penyiasat : oklah, saya percaya awak punya cakap, sekarang ikut saya pergi police station (sambil mengambil kunci kereta dan handphone dari atas meja)
kena siasat : (agak cuak) apa pasal mau pigi police station boss?
penyiasat : you cakap tak pukul, lain orang cakap awak pukul. saya percaya awak, biar polis confirm awak tak ada pukul.
kena siasat : (memegang kaki penyiasat dan menangis) tolong boss, saya ta' mau pigi police station. saya ada pukul itu orang boss, 5 kali, saya ada pakai bisi (besi) pukul, saya punya kawan itu XX dan YY pun ada pukul itu orang boss, lagi saya pakai pisau hantam dia punya pintu rumah boss, itu orang ta'da pukul kita bangla boss, saya punya kawan suruh saya tipu cakap boss, tolong boss... saya ta' mau pigi balai boss.
penyiasat : awak cakap awak tak ada salah, apa pasal mau takut sama polis. awak tak ada salah, polis tak boleh kasi masuk jel.
kena siasat : saya memang ada salah boss, itu undang (undang2) cakap tak boleh gaduh, kita kasi gaduh boss.
penyiasat : jadi awak mengaku awak ada pukul itu orang?
kena siasat : (masih memegang kaki penyiasat, dan penyiasat macam eksen je kaki kena pegang. err... serius sikit, ini penyiasatan). betul boss, saya sama saya punya kawan ada pukul itu myanmar. itu myanmar punya worang ta'da pukul kita boss. boss, jangan pigi balai boss.
penyiasat : ok..ok.... sudah, bangun. duduk kerusi. buang awak punya air mata. sekarang saya mau awak beri awak punya statement. kita tak da pigi balai.
kena siasat : thank you boss.

dan akhirnya selepas beberapa drama lagi yang lebih hebat, kes ini berjaya diselesaikan. harus dinyatakan kepada semua, terutama yang bekerja bahawa HR cuma menyiasat dan MENCADANGKAN HUKUMAN. keputusan sesuatu hukuman adalah dari pengurusan tertinggi syarikat. HR boleh mencadangkan agar sesuatu kes seperti mencuri contohnya untuk dibuang kerja dan dilaporkan kepada polis, tapi pihak pengurusan yang akan menyatakan bahawa adakah itu keputusan yang mereka mahukan. dalam kerjaya aku banyak jugak kes yang HR cadang suruh buang pekerja, tapi pekerja tersebut tidak langsung diambil tindakan. kadang2, HR rasa tak adil, tapi HR juga mesti terima keputusan tersebut dan mempertahankannya.

apa? kesudahan kes diatas?....

seorang pekerja bangladesh dihantar pulang selamanya ke bangladesh dan 2 orang digantung kerja selama 2 minggu. 2 lagi pekerja myanmar didapati tidak bersalah.

mahkamah bersurai.

Wednesday, January 4, 2012

Kasut Karipap

anak2 aku mula balik bersekolah hari ni (4/1/12). samalah dengan anak2 orang lain kan. since masing2 dah tahun kedua di tadika dan sekolah rendah, aku dah tak kisah sangat. bagaimanapun aku tetap menghantar mereka ke sekolah pada hari pertama untuk menunjukkan aku ni juga seorang bapa mithali (ciss... menunjuk2 rupanya).

selain melaram dengan pakaian sekolah baru, masing2 tak kalah dengan beg angry birds masing2. sekarang memang musim angry bird, dari seratus orang, 2-3 orang je takde beg sekoalh angry bird. may be anak2 tak minat, atau mak ayah tak minat.

kasut juga tak terkecuali. macam2 fesyen ksut even rata2 pakai kasut putih. aku aku pakai kasut2 orang2 biasa2 je, jenis bata dan pallas. nak pakai jenama mahal, tak termampu.

cakap pakai kemampuan membeli kasut ni, aku teringat masa aku sekolah dulu. aku rasa pernah cerita pasal kasut marco. kali ni aku nak cerita pasal kasut karipap.

karipap berbentuk kasut? bukan! ini cerita kasut berbentuk macam karipap.

aku bukan dari keluarga senang. kasut sekolah memang beli brand cap ayam belanda je. er... maksud aku beli yang murah2 je. apa brand murah? kalau zaman aku dulu, brand murah cam fung keong, marco dan kasut karipap.

apa kejadahnya kasut karipap?
tak baik cakap jadah, tahun baru ni kena cakap yang baik2 je. kasut karipap ni juga dikenali sebagai kasut penguin. atau dikenali sebagai kasut kungfu, atau turut dikenali sebagai kasut cina mati. masut ni memang murah gile, sepasang tak sampai rm10. kena beli sepasang la, gile ke hape nak beli sebelah je.

mula2 ia dipakai oleh orang2 susah cam aku, lama kelamaan ia menjadi satu trend. hampir semua orang memilih memakai kasut ini. ia selesa dipakai, ringan, mudah dibasuh dan murah. digelar kasut karipap sebab ia tiada tali dan dihadapan kasut dijahit berkeluk2 macam karipap.

sekarang aku rasa kalau paksa anak2 aku pakai kasut macam tu, mau memberontak tak nak gi sekolah. ye lah, manjakan anak sangat. masa nak belikan anak2 kasut baru2 ni, aku just singgah kedai kasut, panggil sales girl, mintak diorang tunjukkan pelbagai patern kasut dari bata, pallas, line 7, dan pelbagai lagi. anak2 yang pilih mereka suka yang mana. aku cuma tengok salesgirl mencuba kasut, sesekali merasa takut2 terlalu ketat atau longgar. mereka puas hati, aku bayar. bukan bermaksud aku beli yang mahal, yang biasa2 juga. ala, kasut bata dan pallas zaman sekarang, may be setaraf dengan kasut karipap masa zaman aku dulu.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah Bangga Dengan Luqman

hari ni (3/1/12) aku bercuti uruskan bayar yuran sekolah anak2. bayar yuran tadika utk pika. yuran sekolah rendah dan sekolah agama untuk luqman. sebab sekolah dalam jarak yg sangat dekat, kurang 1km dari rumah semuanya, semuanya senang dan cepat dibereskan.

yuran dan pelbagai bayaran yg patut tu aku bayar semua serentak. malas nak fikir bayar sikit2 tapi nanti pening kepala nak tau yg dah bayar atau belum. masih dalam kemampuan (sebab murah).

bab abis duit tu aku ketepikan dulu sebab itu dikira sebagai investment keatas anak2. biar mereka sekolah dengan senang dan selesa. yang aku nak cerita ialah....

selepas tadika, aku ke sekolah agama dulu. biasalah, sekolah kafa, yuran dia agak mahal tapi tak sampai rm300. even tak wajib ke sekolah agama, tapi amal kebajikan dan agama penting untuk anak2. sekurang2nya ada pegangan agama, barulah terjaga kehidupan. masa nak bayar yuran, aku cam biasalah cakap anak aku kelas ini, tapi nama anak aku tiada dalam senarai. ergh!!! terkejut aku ingat anak aku ada masalah, rupanya luqman dah ditukar dari kelas kedua ke kelas pertama. Alhamdulillah!

kemudian ke sekolah kebangsaan. beli dan bayar mana patut. masa nak bayar yuran pelbagai, nama anak aku juga tiada dalam kelas sepatutnya. dan alhamdulillah, luqman ditukar dari kelas ketiga dari empat kelas ke kelas kedua. syukurlah!

aku bukan nak berlagak kata anak aku pandai, sebab ia bukan sepandai mana. luqman memang kuat main, jarang sekali dia belajar kecuali bila aku suruh. akupun tak harap dia akan cemerlang dalam sekelip mata. aku tau pendidikan penting, tapi menikmati hidup dizaman kanak2 juga penting. aku tak marah jika dia tak skor (ummi dia yang marah2).

dalam bersekolah aku yakin dan percaya bahawa anak2 perlu dididik dengan berhemah dan memberi mereka peluang belajar dan bermain. pengalaman hidup aku bersekolah dulu membuktikan bahawa ada kawan2 yang dari sekolah rendah memang genius akhirnya tak kemana2. terperangkap dalam dunia pelajaran dan akhirnya gagal dalam hidup. ye lah, keluarga terlalu pentingkan pelajaran, sampai main pun takde. akhirnya hidup melarat.

kepada anak2ku, belajarlah dan bermainlah disamping menumpukan kepada agama, insyallah kamu akan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari berganti begitu cepat, dan kini kita telah meninggalkan tahun 2011. 2011 pergi jua sama ada kita suka atau tidak,sempat buat azam tahunan kita atau tidak.

dengan kehadiran tahun baru 2012 ini, diharapkan kehidupan kita akan bertambah baik untuk pengabdian kita kepada Allah, kepada diri, keluarga, dan kepada sesiapa sahaja yang berkenaan.

untuk aku, sama je, ingin menjadikan diri dan keluarga aku lebih baik. macam2 plan dah dibuat cuma perlaksanaan sajaha yang perlu diusahakan, emmm... disamping berdoa.

1) pekerjaan - jika pekerjaan aku masih ditakuk lama, ada baiknya aku beralih kerja. kerja di syarikat sekarang sangat selesa dan mungkin dah tahap aku cari kerja lain untuk kareer lebih baik, dan gaji lebih baik. sebelum ni pun dah banyak kawan dan head hunter offer, tapi aku tolak bulat2. may be 2012 ni aku kena buka peluang kepada diri aku untuk menghadiri interview dan melihat harga aku dipasaran. kalau ada offer baik, why not?

2) keluarga - anak dah 4 orang. isteri masih seorang. emm... memang sorang la. so, kena cari macam2 peluang untuk menyara keluarga. alhamdulillah, rejeki tu ada, so far anak2 tak pernah tak pergi bercuti atau permintaan mereka yang patut2 tidak ditunaikan. anak ke 5??? tidak merancang, dan tidak menolak. why not? err... isteri kata nak rehat dulu.

3) pendapatan sampingan - isteri aku tak bekerja, so aku kena lipatgandakan usaha mencari duit untuk menyara mereka dan duit untuk simpanan keluarga. banyak juga aku buat termasuk jual beli di internet, banyak melibatkan jualbeli matawang lama. ada juga tolong jual cd penghalau syaitan iaitu ayat2 roqyah al sharieah susunan ustaz ahmad dusuki (rm70 utk 4 cd audio dan pos laju). ada juga jual lampin pakai buang bayi dan dewasa. ini aku buat offline sebab kos pos mahal dan aku ambik margin untung kecik je. sebenarnya beli untuk anak2 aku tapi ada permintaan, so jual jugak la kat kawan2. dan alhamdulillah, permohonan aku untuk buka kedai/gerai di lot majlis perbandaran dah diluluskan. cuma tunggu surat kelulusan pada 9/1/12. sebab kena renovation dan pelbagai prosedur lagi, aku jangka dapat buka dalam bulan feb 2012. ala gerai kecik je di kawasan perumahan. tak berasa strategik sangat, tapi sewa murah dan itu sebenarnya cuma starting point untuk aku berniaga secara profesional, aku rasa nak cuba. apa salah mencuba, sekarangpun stok memang menimbun kat rumah, pelanggan tetappun dah ada, cuma nak tambah pelanggan lagi je. eemm.... nak kena cari pembantu kedai pulak ni. aku nak perempuan cantik, wife aku membangkang, so, sape nak jaga gerai aku tu. isteri aku suruh duduk rumah je, jaga aku dan anak2 cukup. kalau ke kedaipun, just tengok2 kan pembantu. anak2 masih kecik, susah jugak sebab kedai pun kecik.

4) hobi - memang nak tambah koleksi duit2 syiling dan wang kertas aku tu. arnab dah makin bertambah. rasanya dah tak sesuai buat kat rumah. ingat nak sewa tapak atau lot kedai yang terpinggir sikit untuk ternak. tapi nak kena bincang dengan papa aku dikampung untuk buat reban besar sikit dan papa aku tolong jaga. arnab market memang ada. even aku bela dirumah sebagai hobi, ramai dah datang tanya dan beli. kalau ada rejeki dan peluang, ingat nak ke indonesia cari baka2 yang cantik2. sana murah, kat sini harga dah tahap dewa, tak mampu aku nak beli.

5) lain2. - apa2 yang aku nak buat, semuanya bergantung pada keperluan semasa. harap apa yang aku impikan tercapai.

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Saturday, June 18, 2011

Kenapa Pilih Perempuan Tua ?

kebelakangan ini kita dapat lihat trend ramai perempuan tua mencari pasangan dari kalangan lelaki yang lebih muda. opss.... nampak tulisan aku macam mengata kaum perempuan? ok aku ubah statement aku, trend sekarang didapati ramai lelaki muda memilih perempuan tua sebagai pasangan hidup mereka.

sebenarnya pada aku menda ni normal. aku dulu masa asyik masyuk berchenta dulupun memilih perempuan tua, err... ayat macam kurang manis, aku ulang lagi... aku memilih perempuan lebih tua dari aku sebagai kakasih hati. nak suruh aku cerita? no way man! aku dah cerita dulu, kalau nak korang bacalah di entry ni http://izzi-income.blogspot.com/2009/03/kisah-berkasih-dengan-perempuan-lebih.html

so, apa aku nak cerita?

aku nak cerita kisah aku menasihati kawan yang tergila-gilakan perempuan tua. ye, aku kata perempuan tua kerana memang tua. beza umur lebih 25 tahun dari kawan aku tu. aiseymen, janganlah fikir aku mengata perempuan tua, atau aku bias, atau aku mengutuk, anggaplah ia sebagai cerita. bacalah dengan hati yang terbuka.

afendi (bukan nama sebenar) itulah kawan aku. umur muda jauh dari aku, baru 24 tahun. baru keluar 'u' dan kerja. biasalah lelaki, kalau kawan dengan kawan2 muda, terasa lebih muda la. fendi menceritakan masalah dia pada aku dan mintak aku selesaikan. ye, itulah manusia, masalah cari sendiri, tapi bila masalah dah besar gunung suruh aku settlekan.

fendi menceritakan dengan beremosi bagaimana dia terlalu sayangkan perempuan (tua) itu. dia serius untuk menjadikan perempuan itu sebagai isterinya yang sah. ye lah perempuan itu sudah lama menjanda setelah kematian suami puluhan tahun lepas. malah pada hari raya yang lepas, fendi turut membawa kekasih hatinya itu berjumpa dengan ibubapanya. cinta mereka mendapat tentangan hebat dari ibubapa.

fendi : kau tau man, aku serius dengan 'dia'.
man : ye aku tau ko serius, tapi sampai mana?
fendi : aku mmg nak kawin dengan dia. sumpah! aku tak main2.
man : aku tau ko serius, tapi family ko tak bagi kan?
fendi : tu yg aku pelik. sebelum ni masa aku baru berkawan dengan dia, tiap2 malam kami bergayut. makayah aku tak bising. malah mereka suruh aku jangan main2 pompuan. aku tak main2 apa. malah mak aku beria2 suruh aku perkenalkan kekasih aku pada mereka. nak kenal2 bakal menantu.
man : aku setuju, tapi ko kena faham jiwa seorang ibu. may be dia takut ko tersalah pilih.
fendi : kenapa? sebab dia tua? aku tak kisahlah. tua tu hanya pada angka.
man : ala kau tau la prempuan, mereka susah nak terima jika bakal menantu mereka hampir sebaya mereka. dia takut ko menyesal.
fendi : pilihan aku, aku tak menyesal.
man : fendi, ko kena faham, walaupun kita dah besar panjang, tapi ibubapa kita nak pilih calon terbaik untuk jadi isteri kita. isteri ni nak pakai seumur hidup.
fendi : ye, aku tak kisah. walaupun dia lebih tua dari aku, dia masih cantik apa!
man : fendi. cantik tu pada aku subjektif la. may be cantik dimata ko, tapi dimata ibubapa ko, dia dah tua. tak layak digandingkan dengan ko.
fendi : ooo... ko nak sebelah mak ayah aku la ni?
man : aikk... main kasar nampak. ko yang call aku nak jumpa, ko yg nak cerita masalah ko dengan aku, ni ko kata aku sebelah mak ayah ko pulak! baik ko balik lah.
fendi : ala man, tak kan emosi kot. aku tarik balik kata2 aku tadi.
man : ha... macam tu la. aku kawan ko man. aku tak sebelah mana2 pihak, macam la aku rapat sangat dgn mak ayah ko. setahun 2 kali jumpa ada la.
fendi : mmm...
man : secara jujur aku tak peduli siapa pilihan hati ko. even ko bercoupe tapi tak nak nikahpun bukan urusan aku. tapi since ko serius nak menikah dengan dia, aku mintak ko pertimbangkan nasihat mak ayah ko dan kata2 aku ni.
fendi : ape dia?
man : cantik perempuan tu mmg pada luaran. kalau letak mekap lagi cantik. tapi kawin bermakna ko kena hidup dengan dia seumur hidup ko. kawin bukan boleh cuba dulu, tak suka cerai. sekarang masa cinta tengah membuak2, dan mata ko dah dibutakan dengan cinta, ko nampak yang cantik2 saje. kedut kat muka dia ko tak kisah. tapi bila dah hidup berumahtangga, situasi dia lain. ko hari2 tengok muka dia, selalunya tanpa solekan. bangun tidur, tengok dia. kedut, biasa. tapi hati lelaki kita ni lain, kita akan jumpa ramai perempuan cantik dalam sehari2. penipulah jika ko kata ko tak akan puji kecantikan perempuan lain. dan dari situ ko akan mula membandingkan rupa berkedut isteri ko tu dengan perempuan2 lain.
fendi : (diam)
man : ko kena ingat fendi tujuan sebenar berkahwin? untuk berkasih sayang dan mengembangkan zuriat. ko kawin yang tua, kasih sayang memang berlebih, tau la orang tua. tapi aku yakin mak ayah ko tak suka sebenarnya sebab diorang tau korang tak akan ada zuriat.
fendi : mata ko tau tak boleh ada zuriat? aku muda la, senjata masih power.
man : ko memang la muda, tapi dia tu tua. baya mak ko, ada umur 50 lebih hah! ko dulu sains dapat berapa? dah tahap monopous la.
fendi : aku boleh ambik anak angkat?
man : anak angkat lain, perasaan tak sama.
fendi : tapi dia cakap aku boleh kawin satu lagi kalau aku nak?
man : fendi, fendi. ko ni nama je keluar universiti, tapi bodoh ko tu banyak lagi. perempuan ni macam tulah. masa dia nak dapat kita, dia beri macam2 janji, tapi cuba dah jadi suami dia, ada dia bagi. berapa kerat je perempuan yg sanggup berkongsi kasih ni.
fendi : tapi dia dah janji....
man : heh... orang tua fendi, rajuk dia lain. kalau perempuan muda, merajuk tu senang nak pujuk. perempuan tua...... susahnya. kalau dia buat muka..... ish..ish...ish,.....
fendi :(diam)
man : anak2 dia dah tau pasal korang nak kawin?
fendi : dia dah cakap dengan anak2 dia.
man : reaksi anak2 dia?
fendi : mmm. teruk jugak. anak2 dia tak tegur dia.
man : tak tegur sambil2 mereka fikir dan kemudian setuju tak kisah. tapi setuju tak?
fendi : mereka tak setuju.
man : so, mak ayah ko tak setuju, anak2 dia tak setuju, apa yang ko ekspek. bialrlah dunia tak setuju, demi cinta ko akan teruskan?
fendi : entahlah...
man : jangan jadi bodoh, melambak lagi perempuan dalam dunia ni. aku bukan kata ko kena cari perempuan muda, perempuan tua pun kalau itu selera ko, carilah. tapi biarlah yang kedua2 keluarga boleh terima. tanpa restu kedua ibubapa ko, ko ak kemana. kalau ko nak sangat, pujuklah mak bapak ko tu.
fendi : okalah man, nanti aku fikirkan. terima kasih atas nasihat ko.
man : nasihat, nasihat juga. mana chicken chop aku tak sampai2 ni.
fendi : woi... ko ni aku susah hati macam ni pun ko masih ada selera makan.
man : yang susah hati ko, kenapa pulak aku yg tak ada selera makan. ko tak nak makan terpulang, tapi chicken chop aku, sate ni, fresh orange ni, jangan lupa bayar.
fendi : ok.... makanlah.




apa? kesudahan cerita?

malas aku nak cerita. ha.ha.ha......


IKLAN---------------------------------------------------



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=460191140683051&set=a.460191027349729.94584.460188577349974&type=1&theater

Wednesday, June 15, 2011

Cikgu Paksarela Murid Membeli Buku Tak Berkualiti

dalam mana2 pekerjaan even kerja gomen, kelibat pekerja2 membuat business part time memang ada. ada buat insurans, jual kain baju, kuih raya, jualan langsung dan seumpamanya. bagus, even kt tempat aku, aku tak halang. jangan buat hingga keterlaluan dan mengabaikan kerja udah le.

guru2pun sama. mereka juga membuat part time di sekolah. dari menjual benda2 MLM atau lain2, mereka berniaga untuk menambah pendapatan. bukan aku kata gaji cikgu kecik, heh... gaji mereka bukan kecik ye. tapi dalam mencari duit lebih disekolah, aku memohon agar cikgu2 kita lebih bertimbangrasa.

kenapa aku cakap begitu. ada sebab.

bukan sekali, bukan dua kali, malah dah berkali2 anak aku yang darjah satu balik dari sekolah membawa risalah. bukan risalah politik, bukan risalah suruh masuk direct selling, tetapi risalah untuk ibubapa membelikan anak2 mereka buku2, permainan dan produk makanan yang dijual disekolah. bukan! bukan kat kedai buku atau koperasi sekolah. ini adalah jualan ad hoc, atau lebih sesuai digelar jualan oleh salesman yang datang ke sekolah.

aku cukup yakin bahawa golongan salesman ini masuk ke sekolah dengan restu dan izin pihak sekolah. apatah lagi ada sekolah yang memberi peluang kepada salesman ini untuk membuat demo produk kepada pelajar semasa sesi pembelajaran.

ada bukti? mestilah ada. semalam (14/6/2011), anak aku luqman balik dengan risalah untuk jualan buku panduan matematik dan ilmu silap mata. harga murah rm6 sebuah buku. kalau bayar rm10, boleh dapat buku dan set permainan silap mata. aku setuju bahawa tak ada paksaan untuk beli. tapi bila anak aku balik sekolah pegang risalah sampai ke malam, memujuk ummi dia beri rm10 kalau tak merajuk tak makan nasi, ibubapa tak nak belikan ke? rm10 bukan besar manapun nilai dia, tapi berbaloikan beli buku picisan dan permainan begitu disekolah.

aku tak kata buku tu tak ada nilai pelajaaran. tapi berbaloikan membelinya. anak aku merengek dibelikan buku dan alat permainan silap mata sebab dia beritahu "ayah, kat sekolah tadi, ada orang cina datang kelas luqman. dia bawa buku silap mata. dia buat magic ayah. ada 3 tali tak sama panjang, pastu dia magic, tali jadi sama panjang. pastukan ayah, dia magic duit jadi hilang...... ayah boleh beli tak? rm10 je ayah. dapat buku satu, pastu dapat alat2 silap mata. hebat ayah". aku malas nak tengok anak aku merajuk tak makan nasi sebab buku rm10 tu. pejam mata bagi je rm10.

bukan kali pertama. awal2 tahun dah beberapa kali. jualan buku2 kartun rm2 sebuah. pakej rm10 dapat 5 buku dan dapat hadiah misteri. merengek2 anak aku nak beli buku rm10. hadiah misteri dia? cam lahanat, jadual waktu kelas ada gambar ben 10. kalau buleh tulis jadual waktu kelas tak le aku mencarut, ini kecik yang amat, nak tulis singkatan matapelajaran pun tak boleh. kualiti buku pulak tahap kambing, ejaan salah, lukisan gambar pulak macam lukis dengan kaki.

aku bukan tak sokong anak2 membaca, atau menyokong penulis/pelukis malaysia, tapi biarlah ada kualiti. ini jenis penerbit dan penulis bidan terjun, dan sekolah menjadi pusat jualan bahan tak berkualiti.

dah habis marah? belum. bab menjual produk dari salesmanpun satu hal lagi. pernah suatu masa, ada jualan coklat. ini sekolah kebangsaan di kampung (bandar koboi), tak payah la jual macam jual kat kolej anak2 orang kaya. dapat risalah jugak, satu paket coklat harga rm12. stress aku. pernah aku tak bagi duit untuk anak aku untuk beli menda2 dari salesman yang buat jualan disekolah selepas memberi risalah pada hari sebelumnya, anak aku balik muka toye. sepanjang hari muka sedih. bila ditanya anak menjawab "kat sekolah tadi, luqman je tak beli air kotak tu. semua orang beli. orang lain minum air kotak dalam kelas, luqman tengok je. orang lain ayah dia kerja kilang boleh beli, ayah kerja kilang tak boleh beli".

ye, aku tau ada yang kata kenapa nak manjakan anak. kenapa nak bazirkan duit. kenapa nak bagi muka kat anak. jawapan dia macam kat atas, tak mau anak sedih. ye, anak aku darjah satu, memanglah tak matang lagi. sesetengah kita, dah anak 3 pun belum matang, inikan pula budak umur 6 tahun 6 bulan.

oklah, kesimpulan cerita ni aku bukan nak salahkan sekolah. dan bukan jugak aku nak salahkan cikgu2. aku cuma nak mintak jasa baik sekolah dan cikgu2 agar tidak keterlaluan memberi muka kepada salesman untuk meniaga disekolah. ye, aku yakin dan aku confirm, setiap jualan akan membuahkan sedikit komisen kepada sekolah atau guru terlibat, tapi fikirkan juga kami ibubapa yang terpaksa mengeluarkan duit untuk semua menda yang kurang berfaedah itu. kalau ada buku yang bagus, harga sedikit mahalpun tak apa. aku sanggup beli. opsss...pun begitu janganlah promote produk yang mahal sangat pada budak2 even bagus. bulan lepas, anak aku bagi risalah jugak. mengenai kamus elektronik bahasa melayu. harga rm299. merajuk sampai muncung boleh diikat si luqman bila aku tak bagi dia beli kamus elektronik tu. perluke budak darjah satu beli kamus elektronik tu cikgu? kalau perlu, bawalah dalam mesyuarat pibg, kita wajibkan semua murid beli. kalau setakat nak menggalak budak2 kenal produk berteknologi, anak aku dah ada henpon dan netbook sendiri. setakat laptop aku ni semua dia dah reti explore, tu aku tak bagi dia pakai. pakai netbook dia sendiri je lah. kalau diikutkan memang dah tahap layan facebook sendiri, tapi mengeja pun merangkak, aku sorok broadband aku tu. he.he.he....

sekali lagi aku menyeru cikgu2 agar lebih prihatin dan hormatilah proffesion anda itu. aku hormat cikgu dari dulu sampai sekarang, sebab guru2lah aku ada ditahap ini sekarang (even kuli kilang). kurangkanlah beri budak2 risalah beli2 buku cerita tak berkualiti dan makanan obes yang mahal itu. dah berlambak buku2 yang menjijikan dipasaran, jangan kotorkan institusi yang mulia ini dengan melambakkannya disekolah dan memaksarela pelajar membelinya. untuk jasa baik cikgu itu, saya mengucapkan TERIMA KASIH.

Thursday, May 26, 2011

Along itu Orang Yang baik

jam 2 pagi aku terjaga dari tidur sebab anak ketiga aku, amira sakit lidah. ulser ada sebijik muncul. dah sapukan daktarin dan dah boleh tidur even masih gelisah. letak je kat katil, meragam. so, tidurkan je diriba aku. isteri masih berjaga bersama, may be wife dah lama berjaga.

isteri dah beberapa kali aku suruh tidur sebab aku dah cergas mata. mau tak cargas, dah bedal teh panas dan roti keras dah. lagipun aku tidur awal tadi, lepas hawai five-o tadi aku dah belayar diulit intan.

aku tak nafikan pengorbanan isteri sangai besar. sebab dia tau aku bekerja, kebiasaannya dia yang uruskan semua. kali ni pun dia tak kejutkan akupun, aku yg terjaga bila dengar rengekan amira. alhamdulillah dapat isteri yang baik dan memahami.

sebenarnya dalam kehidupan, begitulah lumrahnya. kena tolong menolong. jangan kira siapa yang banyak menyumbang kerana ia akan membawa kepada pergaduhan. masing2 ada peranan, dan kena sentiasa bertimbang rasa.

bercakap pasal tolong ni, aku teringat kawan aku pernah komen aku secara bersemuka mengenai bahasa aku yang agak kasar dalam memperkatakan tentang ALONG. ye, along si peminjam wang. aku setuju, bahawa aku macam orang lain kat luar sana yang mempunyai persepsi yang sangat buruk mengenai along. bukan sahaja pernah dengar atau lihat di tivi dan akhbar mengenai keburukan along menyimbah cat merah ke rumah dan kereta pelanggan mereka, malah along bukit beruntung pernah menggemparkan negara sebab merantai pelanggan mereka yg tak mampu bayar macam anjing. terbaru, ada along yang tetak tangan pelanggan mereka dan ada juga yang kerat sepuluh jari pelanggan mereka sampai putus. ngeri dan sadis.

kawan aku itu berbangsa cina. masa kami minum bersama, dia cuba tukar persepsi aku mengenai along. dia cakap 'along ni orang baik'. aku memprotes keras. aku katakan, apa kejadahnya along tu baik sebab bukti jelas ia menyeksa pelanggan mereka. aku juga secara peribadi pernah lihat dijalanan ada along yang menampal gambar pelanggan mereka di tiang2 lampu dan sekitar kediaman pelanggan mereka dengan niat untuk memalukan. itu belum lagi termasuk along yang ke tempat kerja dan rumah dengan membuat aksi melampau termasuk mengugut dan membelasah pelanggan.

si kawan aku tenang dan berkata; itu salah pelanggan, mereka bodoh. masa mereka susah takde wang, mereka pandai cari along. kenapa cari along even tau along jahat. baru sekarang ke tau along biasa pukul orang? sudah lama maa.... ini along, ceti sudah sangat lama. kenapa cari along, pergi bank la..... mereka cari along sebab tau along boleh tolong. you emergency mau wang, you pergi bank. berapa lama boleh dapat pinjam? berapa dia kasi pinjam? silap2 tak dapat pinjam satu sen pun wooo.... cuba la pergi bank minta pinjam rm1000 on the spot. bank mintak isi borang, potostat ic, potostat slip gaji, mau ea form, mau 3 bulan bank statement, mau check hutang beraapa banyak dalam ctos. kalau utang sudah banyak sama bank, atau ada rekod dalam ctos, kalau bankrap, mana ada bank mau kasi pinjam. kalau mau kasi pinjampun, mau 4-5 hari.

you emergency maaa, mau pakai wang sekarang. kalau you boleh pinjam keluarga atau kawan, you takkan mau pinjam bank atau along. kalau you ada barang emas, pergi gadai looo.... you semua tak ade, itu pasal you cari along. sebab you tau along mesti boleh tolong. itu along tak mau tau you ada utang berapa bank, you bankrap pun dia tak peduli. you mau pinjam wang, dia kasi pinjam you on the spot. tapi you mesti tau along ini orang meniaga, dia mau untung. dia sudah kasi tau maa berapa interest, berapa mau bayar, bila mau bayar. you bayar ikut aggrement la.

interest memang tinggi, tapi dia ada cerita maa.... kalau you tak setuju, dia tak paksa you utang sama dia. you setuju baru dia kasi wang, ada aggrement lagi. salah ialah you sudah dapat wang, you lari. you ingat along itu bodoh! dia pandai. dia tau mana you punya rumah, mana you punya office. you punya gambar, potocopy ic dia sudah ambik. you lewat bayar, dia call. you lari, dia cari you punya rumah atau office. lagi you lari, dia tampal you punya gambar depan rumah sama office. lagi you lari, dia baling cat merah you punya rumah sama kereta. lagi you lari, memang you mau mati looo....

sebenarnya along ini baik. you ada problem, you pinjam dia punya wang. dia tau you takde wang punya orang. so, kalau lagi ada problem mau bayar, lagi pinjam dia loo. jangan pinjam lain along. pergi diskass baik2 sama itu along, dia pun manusia maa... you ingat dia mau potong orang ka? dia pun ada anak bini maa... dia pun manusia. dia lagi baik dari bank. you cakap takde wang mau makan, dia kasi you pinjam. masa bayar, kena bayar loo...

you ingat kita cina banyak wang ka? kita banyak pinjam along. mau meniaga, pinjam along. mau anak masuk kolej, pinjam along. ibubapa mati, pinjam along. mau kawin, pinjam along. tapi you biasa dengar, cina kurang along kasi pukul. melayu sama india saje. bukan sebab itu along olang cina, tapi cina dia bayar. kalau tak bayar penuh, dia bayar sikit. kalau tak boleh bayar, dia cakap atau pergi diskass. melayu sama india suka lari kalau tak cukup wang, itu sendiri mau mati oooo....

dah cukup cerita pasal along. statement2 tu bukan dari aku, dan even ada yang aku setuju dengan hujah2 dia tu, tak bermakna aku menyuruh atau mempromosikan along kepada anda semua. pada aku, pinjam along memang cari penyakit. kalau ada along (abang sulung/akak sulung) pinjamlah dengan dia. kalau takde along, pinjam je dengan acik, angah, alang, de, teh, ucu, itam dan adik2 beradik yang lain. kalau takde jugak, gadai je barang emas yang ada. ramai tak tau bahawa menggadai emas bukan setakat dapat duit masa terdesak. kalau tau caranya, menggadai emas boleh menjana pendapatan lumayan. hah.... memasing dah buat muka tak percaya! percayalah, bangsa lain dah lama buat. ramai orang melayu fikir ke kedai pajak gadai adalah perkara memalukan, tapi bangsa bukan melayu anggap ia pelaburan.

masih ingat aku bohong. cuba ambik satu hari, anda lepak2 minum di kedai sebelah kedai pajak gadai. perhatikan siapa yang masuk ke situ paling ramai. orang melayu? itu aku setuju. orang melayu memajak emas sebab terdesak duit. orang bukan melayu pun ada, tapi mereka melabur. ini rahsia yang ramai orang tak mau cerita. harga emas meningkat hampir setiap hari. secaraa ringkas, emas yang anda gadaikan may be berharga rm1000 masa digadaikan, tapi bila diambik semula selepas 6 bulan, harga emas yang sama dah jadi rm1200. tapi ada tactic dan tric la. korang pergilah cari maklmat tu.

moral of the story :
1) jangan meminjam dari along. nyawa anda may be jadi taruhan.
2) emas adalah pelaburan yang paling menguntungkan. tapi jangan melabur dengan menyimpan pisang emas. pisang emas itu untuk makan dan dibawa belayar. itupun setelah masak sebiji diatas peti.
3) aku rasa kawan aku tu pun part time along, semacam je puji along. ha.ha.ha....

Sunday, May 22, 2011

Bersihkah Air Minum Kita ?

kebiasaannya hari sabtu atau ahad adalah hari mengemas, membersih dan menukar. isnin hingga jumaat sibuk kerja, even isteri tak kerja; kerja2 menukar span penapis air akuarium aku yg buat. cuci2 3 akuarium aku jugak. tukar filter penapis air luar rumah juga aku buat.

bercerita pasal tukar penapis air rumah sekarang dah jadi rutin setiap minggu. dulu2, boleh tukar 3-4 minggu sekali. sekarang, baru seminggu tak tukar, penapis air di luar rumah dah warna gold. semua bentuk keladak, zat besi, zat lumut semua melekat disitu.

dalam surat khabar arus perdana baru2 ni, syarikat bekalan air tempat aku cakap, bekalan air mereka bersih. buleh terus minum dari paip tanpa dimasak, ia selamat dan bebas bakteria. mereka juga kata pembelian dan pemasangan penapis air adalah membazir, melambatkan aliran air dan segala mak nenek punya penjelasan lagi.

tapi sebagai pengguna air, kita lebih tau. depa kata saluran pair dalam rumah yang kena tukar sebab disitulah punya air karat dan keladak. saluran air depa memang terbaik. terbaik opah dia! kalau saluran paip luar memang baru dan terbaik, keladak kekuningan tu datang dari mana? dari dalam rumah? NONSENSE!

pun begitu nasib baiklah kerajaan selangor sekarang bermurah hati beri air percuma 20 meter padu sebulan. memang aku 7 bulan sekali pun tak perlu bayar bil air. kos itu bukan boleh saving, kena tukar penapis air setiap minggu. satu penapis air berharga dalam rm2.00 satu. sebulan dalam rm8.00 la. dalam rumah terpaksa pula sediakan penapis air lebih baik. nak beli penapis air diamond masih belum mampu, so belilah penapis bio aura (err... aku bukan ahli direct selling yg jual bio aura ye). bio aura ni takdelah murah mana pun, tapi berbaloilah jugak sebab aku beli dengan ahli direct selling tersebut yg terdesak. mau tak terdesak, masuk skim kena beli 10 biji bio aura, nak jual terkencing la beb.

penapis bio aura ni pun selalu kena tengok, boleh tahan jugak 'zat besi' pada ceramic filter dia. bab tukar tu setahun sekali dah la, tapi cuci filter tu aku kerap jugak la. aku tenyeh je dengan berus dawai. berseri2 cik jah oii...

masih tak rasa selamat dengan air yg dijamin selamat itu, aku juga membeli penapis air yang ada panas sejuk tu. apa..... water dispenser. bukan yg beli satu percuma 2 tu, tapi yg harga ratus jugak la. ada penapis air sekali. anak2 ramai, ada air panas tu senang la nak bancuh susu. kalau aku lewat2 malam beronline, terasa nak makan megi atau pekena kopi tongkat ali, tak perlulah kacau isteri.

apa2pun, bila bercakap pasal air ni, salah bukan pada pihak berkuasa air. salah ialah kita sendiri. suka sangat membazir air dan mengotorkan sumbar air. air sungai kita, masyallah kotornya. kita bising bila kena taun, cirit birit dan sebagainya. kita salahkan bakteria e.coli; tapi kita lupa yang semua benda kita buang ke sungai termasuklah coli2 terpakai, seluar kecik, lampin anak, lampin emak, lampin dewasa dan segalanya.

tahap bahaya sungai kita? memang ada sungai kita boleh nampak ikan hidup, tapi itu ikan dah tahap zomba, opss.... zombi. kalau kita makan ikan tu, belum tentu kita selamat. silap2 selamat kembali ke rahmatullah.

teringat masa kecik2 dulu semasa aku tinggal di pekan damak (jerantut, pahang). air sungai damak tu memang tempat kami mandi dan berkubang. kadang2 aku ikut papa aku memancing ikan. sebenarnya mandi sungai tu memang papa aku tak benarkan, tapi dah nama budak kampung. itu dilarang, itulah dibuat. kadang2 kerana takutkan lipasan tali pinggang papa aku, aku cuma duduk di atas jambatan sungai damak tu memerhatikan kawan2 lain bermain air. tapi dah kawan2 pun suka pedajal aku, ditolaknya aku ke dalam sungai, basah lencun aku. bila balik rumah dan terserempak dengan papa aku, dia tanya kenapa seluar basah, mata merah? aku cakap 'hazali anak pok wei tolak masuk sungai". PAP! kena rotan sedas atas bontot. aduii.... papa aku melibas lagi sambil berkata "kena tolak masuk sungai ye, baju tak basah pulak. kena tolak pun masih sempat tanggal baju ye". opss.... kantoi. papa lebih bijak dari aku rupanya.

kalau lepas kena rotan pasal mandi sungai, aku biasanya serik nak mandi sungai lagi. kalau kawan2 ajak mandi sungai, aku akan tanya mami aku adakah papa akan ke mana2 pada hari itu. papa masa tu antara pembeli getah berlesan di pekan damak. jadi selalu jugak papa akan ikut lori ke jerantut untuk urusan jualbeli getah. kalau papa ke jerantut, bolehlah aku mandi sungai sebab mami sporting. dalam marah2 tak bagipun, kalau aku mandi sungai jugak, dia akan support aku. balik mandi sungai dengan mata merah, mami akan suruh aku mandi dan pergi tidur. kalau papa aku balik, aku biasanya akan bangun sebab papa akan belikan buah2 dan komik untuk aku. mata merah? bangun tidur mata merah tu biasalah. ternyata mami lebih bijak dari papa.

bercerita pasal mandi sungai damak ni, aku sangat takut lintah. panjang2 tu. lintah ni suka sangat gigit kaki dan area bontot. nak melekat di area depan bontot, lintah2 tak berani sebab disana ada lintah lagi besar yang dah melekat lama. lintah sungai tentu takut dengan raja lintah tu. full stop!

apa kaitan air sungai damak dulu dengan air minuman aku sekarang?

jauh dah lari tajuk ni. sebenarnya aku nak beritahu kalau sungai dulu, sambil mandi2 kita carilah anak2 udang kecik tu. buang kepala terus makan mentah2. sedap. dahaga? air sungai tu bukan air, balun je la. bersih lagi sihat.

moral of the story:
1) jagalah kebersihan sungai kita.
2) jangan percaya bahawa air tu bersih, kena tapis dan masak dulu sebelum minum.
3) air sungai damak yg aku boleh minum terus dulu2, kini turut tercemar. manusia dikota atau pekan, sama je tahap kesedaran siviknya.

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru (16 Mei 2011)

bulan ni banyak betul sambutan hari jadian. ye lah, ada hari pekerja, hari ibu, hari jururawat, hari wesak, hari peristiwa berdarah 13 mei, hari belia dan yang paling glamer ialah sambutan hari guru.

sebut je hari guru, mesti sambutan dia meriah, sebab bukan saje peringkat negara, ia juga disambut di peringkat sekolah dan tadika. pun begitu, aku tetap menyokong sambutan hari guru sebab ia mengenang jasa2 guru2 kita. even dah lama meninggalkan zaman persekolahan, di setiap kali sambutan hari guru, aku selalu menghantar ucapan kepada sekolah dan guru2 aku. bila dah zaman facebook dan blog ni, cara ucapan dia dah majulah sikit.

hari ni, anak2 asyik merengek dibelikan hadiah untuk guru2 mereka sebab ada sambutan hari guru di sekolah mereka esok. akupun bukan nak berkira sangat sebab bila anak2 menyayangi cikgu, senanglah sikit ilmu nak lekat di kepala. cuma, bila di tanya anak jantan aku, luqman berapa hadiah nak diberi. dia kata 3 hadiah. satu untuk ustazah sekolah agama. 2 untuk cikgu sekolah kebangsaan. yg sekolah kebangsaan tu, satu untuk ustazahnya dan satu lagi untuk guru kelas. aku offer luqman bagi hadiah pada semua cikgu yg mengajarnya, tapi dia kata tak nak. cikgu tu garang, cikgu ni tak cantik, cikgu nun gemuk, cikgu sinun suka denda.

nampak cam budak2 sekarang dah memilih cikgu mana nak diberi hadiah. emm... biasalah. bukan zaman anak2 aku je, zaman aku sekolah dulu pun begitu. mana2 cikgu yang dirasa baik, sporting, cantik, sanggup aku bersengkang perut (sengkang mata la samdol, perut orang panggil mengikat perut) semata2 mana nak belikan hadiah sempena hari guru. cikgu matematik aku? dari sekolah rendah sampai menengah memang aku tak hingin bagi hadiah, garang nak mampos (nampak kasar, tapi itulah perasaan aku zaman dulu2). cikgu yang baik2, aku belikan hadiah.

menyebut pasal sambutan hari guru, masa sekolah rendah paling best. aku masih ingat semasa aku bersekolah di sekolah kebangsaan damak (jerantut, pahang), cikgu2 cukup sporting. sementelah aku masa sekolah memang suka enterframe dan hyperaktif, selalulah aku join persembahan masa sambutan hari guru. pernah satu tahun, sekolah kami buat sambutan besar2an. siap bukak dewan lagi. ada persembahan koir, drama, tarian, deklamasi sajak, dikir barat. aku join dikir barat sebagai tukang karut. cikgu penasihat dikir barat masa tu cikgu wan idris, cikgu dari kelantan. mula2 aku jadi tok jorho dikir barat, tapi sebab tune aku ke laut, ia diambil alih oleh sahabatku alias (alias deraman a.k.a alias konggo). even tersingkir jadi tok jogho, aku masih jadi tukang karut dan alhamdulillah ianya menjadi titik tolak aku menjadi famous amos disekolah dan nama aku bertukar jadi 'awe'.

kenapa?

masa persembahan, akukan tukang karut, aku mengarut dalam bahasa kelantan mengenai awe yang malas pergi sekolah. antara bait2 yang masih aku ingat ialah :

awe oh aawe, guano tok gi skolah 2x

nok kata tak dok duit
pitih skeling dah sepoket penuh

awe oh awe guano tok gi skoloh - 2x

nok kata cikgu bekeng
aku tengok semoa baik2 belako
doh mu kaca doq main
meme patut mu kena rote, mu kena tabuh

awe oh awe guano tok gi skoloh - 2x.


itu yg aku ingat, semua lintang pukang, dan lari lirik tu. menda dah berpuluh tahun, memori aku nak recall pun payah. tapi kalau nama2 awek..... even dari sekolah tadika, siap dengan nama bapak dia pun aku boleh bagi. ha.ha.ha....

paling seronok masa hari guru ialah masa guru2 kena menyanyi lagu 'kami guru malaysia'. masa kat cikgu sk damak tu, cikgu2 memang sporting. cikgu2 lelaki pulak ramai yang berbakat dalam muzik. cikgu raden, cikgu isa, cikgu said, cikgu razak, cikgu azion; sekadar menyebut beberapa nama, antara yang selalu memeriahkan majlis. nyanyian lagu kami guru malaysia dengan iringan muzik memang bestlah. lepas menyanyi, cikgu2 akan berdiri di depan semua pelajar dan pelajar akan memberikan hadiah kepada cikgu2 kegemaran mereka. cikgu disiplin, cikgu yang garang..... heh... biasanya lebih sedar diri, mereka akan ambil sudut paling tepi atau terus berlalu ke bilik guru. dah tau takde murid yang nak bagi hadiah.

sama ada popular atau tak, dapat hadiah banyak atau tak semasa hari guru, itu bukan persoalan besar kepada guru2. aku yakin mereka ikhlas mendidik kita dulu. dan aku yakin mereka juga ikhlas mendidik anak2 kita sekarang. bab tak mau mengajar dipedalaman tu pada aku perkara remeh, even aku kalau syarikat aku sekarang suruh aku pindah dicawangan lain even di tengah bandar, belum tentu aku terima. bezanya aku boleh protes dan resign.

dalam kemeriahan sambutan hari guru esok, aku juga terut pernah merasai kemeriahan sambutan sebagai cikgu. err... bukan sebagai cikgu bertauliah. sekadar cikgu sandaran tidak terlatih (gstt) selama beberapa bulan sementara tunggu result untuk ke universiti. aku masa tu mengajar di sekolah kebangsaan batu balai (jerantut, pahang). kebetulan sekolah tu berdepan dengan rumah aku. kebetulan guru besar dia adalah cikgu aku masa sekolah kebangsaan damak. kebetulan guru penolong kanan dia adalah jiran sebelah rumah papa aku. dan kebetulan ada cikgu yang cuti bersalin dan mereka memerlukan guru ganti.

aku pernah cerita sebelum ni pengalaman aku jadi cikgu sementara ni dulu. even sekejab, pengalaman jadi cikgu ni sangat berguna kepada aku. dan dapatlah merasa diraikan dalam majlis sambutan hari guru bersama guru2 terlatih yang lain. aku masih ingat, semasa sambutan hari guru tu, aku sama2 menyanyikan lagu 'kami guru malaysia'. dan semasa semua guru dipanggil kedepan untuk pelajar menyerahkan hadiah, aku awal dah bawa diri ke tepi gelanggang perhimpunan. manalah ada pelajar yang nak beri hadiah kepada guru sementara ni, dan baru je beberapa hari kerja. tapi allhamdulillah, ada jugak 2 orang pelajar bagi aku hadiah. terharu betul aku.

dan lagi terharu, even aku jadi cikgu sementara, balik kampung dan kadang kala terserempak dengan bekas pelajar aku, ada juga yang masih memanggil aku cikgu. lagi best mereka panggil aku 'cikgu abang ngah'. what? tak percaya aku pernah jadi cikgu. woooi... ini muka innocent tau, bukan muka perogol bersiri. ni aku sertakan jadual waktu aku mengajar dulu.



apa2pun, kepada semua guru yang pernah mengajar aku di sekolah tadika damak, sekolah rendah damak, sekolah menengah damak, sekolah menengah padang saujana, sekolah menengah jerantut, dan sekolah pengurusan universiti utara malaysia. juga ustaz, ustazah, pak imam, tok lebai yang ajar aku mengaji Quran seperti Lebai Husin, Haji Daud, Hajah Mariam, tok mat, cik aji dan lain2 lagi. semoga jasa cikgu2 semua dibalas dengan balasan syurga Allah kelak.

TERIMA KASIH CIKGU.

Friday, April 29, 2011

Jumaat : Penghulu Segala Hari

malam ni hancus sesi bersukan badminton aku gara2 melayan majlis perkahwinan putera william. aku bukan nak tengok orang kahwin, tapi nak tengok suasana dan protokol majlis diraja. orang kebanyakan macam aku ni jakun la pasal2 adat2 dan tatasusila istana ni.

sambil2 layan perkahwinan tu, aku bukaklah surat2 yang baru sampai. macam2 ada: ada bil astro, bil pembentungan, kad kredit, dan surat2 lain. antara yang menarik hati aku ialah surat dari google.


ini kali kedua aku dapat dari google. yang lepas dapat rm150, kali ni hanya rm125. oklah, orang beri even seposen, duit jugak. ambik je lah. duit ni bukan boleh cash out, tapi duit google adsense untuk digunakan bagi mengiklan pasal web atau blog kita di internet.

ok cukup pasal duit google. nanti orang kata aku riak atau kata aku eksen padahal orang lain dapat ribu riban pun tak kisah. ye lah.... sikit2 pun duit gak, ambik je lah, rejeki hari jumaat yang mulia ini.

cerita pasal hari jumaat, iaitu penghulu segala hari ni kadang2 buat aku sangat2 sedih. aku bukan orang alim nak bersyarah agama, tapi sekadar mengingatkan diri sendiri. gejala tak bersoalat jumaat ni dah berleluasa sangat. aku malas nak buat cerita bohong, korang tengoklah disekitar korang berapa ramai orang lelaki yg dah mumayyis yang tak ke solat jumaat. orang jantan tu jangan la pulak tak ke solat jumaat semata2 nak pastikan yg aku cakap ni betul atau tak.tanya je kawan2 pompuan seopis anda. kedai2 makan penuh dengan orang jantan makan, sembang2 dan hisap rokok tanpa malu dan segan. restoran melayu bisanya tutup kecuali yang ada pekerja perempuan. yang mamak? even mengaku muslim, sangat jarang restoran mamak tutup masa solat jumaat. mereka gilir2 ke solat jumaat. heh... mamak!

pergi solat jumaat kita suka pergi dekat2 khatib dah nak abis baca khutbah, tu pun lepak kat atas motor atau dalam kereta sambil hisap rokok atau dengar lagu. cam haram. pergi ke masjid pulak pakaian cam nak pergi pasar malam. baju gambar2 tengkorak ada, gambar artis ada, seluar jeans koyak lutut ada, baju nampak bulu ketiak sepanjang 9 cm ada. nak pergi rumah Allah, tapi tertib tak ada. siap pakai rantai emas dan bersubang lagi. kita yang duduk sebelah menyebelah tumpang berdosa sebab mengata dalam hati. zaman sekarang tok2 imam dan bilal hanya bekerja makan gaji, buat apa nak bising2 menegur perbuatan mereka. ibadat itu mereka dengan Allah. heh.... kalau kat kampung aku, even bukan imam, orang kampung yang lebih tua suka menegur pakaian dan kelakuan anak2 kampung yang keterlaluan. mereka tak peduli anak sape, yang penting tanggungjawab tegur menegur itu diamalkan.

aku berani cakaplah bahawa yang pergi dengan begitu tertib kebanyakkan adalah orang bangla dan indon. mereka takde kenderaan, menapak je ke masjid, tapi reti nak pakai sarung dan baju yg bersih dan tertib sesuai untuk mengadap Allah. bab pakai minyak atar tu aku malas nak ceritalah even kadang2 aku duduk sebelah mereka rasa nak pitam.

satu lagi masjid dah jadi macam markas politik, tempat mengedarkan risalah2 politik, kempen2, jual bundle dan sebagainya. ada masjid port klang, dalam masjid sembahyang tonggang tonggek, kat luar ada gerai tunjuk gambar kemaluan lelaki menegang digayut dua biji kelapa. jual ubat kuat. heh....

untuk diri sendiri dan rakan2 yang masih belum insaf tentang betapa berbahagianya kita di malaysia dapat beragama dengan aman. sembahyang takde orang kacau, cuma nak dengan tak nak je. solat jumaat tu sewajibnya pergilah, seminggu sekali je. ustaz aku dulu pernah kata kiamat akan berlaku pada hari jumaat, manalah tau kot2 duduk2 layan movie lucah dirumah hari jumaat, mati tertimbus pulak.

sebagai selingan mari kita lihat bagaimana susah dan azabnya masyarakat Islam di negara luar bersolat jumaat. aku dapat dari email dulu, katanya dari kazastan. dalam salji tebal solat jumaat berjemaah lagi, kat luar masjid pulak tu. kat malaysia? jangankan kata ribut petir, hujan renyai2 pun dah ponteng solat.





Wednesday, April 6, 2011

Interlok.... Siapa Lebih Berkasta?

selain dari cerita2 kemusnahan banyak tempat diseluruh dunia kerana gempa bumi, tsunami dan sebagainya, berita lain yg saban hari ade je dalam akhbar ialah kesah "interlok".

secara jujur aku tak pernah baca novel ni. pertama aku bukan dari aliran sastera, dan kedua aku memang susah nak baca cerita yang terlalu dalam maknanya. aku baca buku yang ringan2 je. iq tak tinggi beb.

novel interlok yg dianggap karya menghina orang india dengan kastanya sebenarnya isu picisan pada aku. dah memang bangsa india amalkan kasta, so what! fakta ialah fakta. may be orang india di malaysia tak nampak sangat kastanya sebab rata2 yg dibawa ke malaysia untuk dijadikan buruh memang dari kasta rendah.

novel ini sampai suatu masa macam pertembungan dua bangsa: india dan melayu. melayu cuba pertahankan, dan india ingin ia diharamkan. emmm... lantaklah.

dalam ramai orang melayu duduk gelak tentang orang india yang tak sedar diri yang mereka berkasta, orang melayu sendiri juga lagi tak sedar diri. cakap orang kuno sebab amalkan kasta, melayu lagi kasta.

kenapa aku cakap begitu?

korang cuba lihat disekeliling anda, orang keturunan syed dan syarifah. mereka kata mereka keturunan terus dari Nabi Muhammad S.A.W.. aku berani cakaplah, yang mereka akan pilih pasangan dari orang yang seketurunan dengan mereka. kenapa? adakah mereka lebih tinggi dari kita orang melayu lain yg tidak seketurunan dengan mereka? heh... jumud. Rasulullah dulu memang sengaja kahwin ramai dengan pelbagai keturunan sebab baginda mahu tunjukkan bahawa Allah dan Baginda sendiri tidak memandang keturunan, yang lebih dipandang ialah nilai keimanan disisi Allah.

satu lagi ialah golongan india muslim (mamak). berapa kerat anda tengok dia akan kahwin dengan bangsa lain. aku ramai kawan mamak, bercinta dengan orang melayu bagai nak rak. tapi.... bila kahwin dia cari mamak/anak mami jugak. alasan standard mereka ialah makayah suruh kekalkan keturunan mereka.

wellll..... membina keluarga dan keturunan yang baik2 tidak salah. malah itulah yang sepatutnya dibuat. pilih pasangan hidup bukan seperti pilih sayur dipasar. kena selidik dan pilih betul2. there is no turning back.

ye... aku setuju bahawa kita juga kena pilih pasangan dari keturunan yang baik2 selain kecantikan dan agamanya. tapi bukan bermakna kita hanya pilih keturunan mamak, jika kita jenis mamak. keturunan jawa, boyan, melayu dan sebagainya juga sesuai dibuat pasangan. cari je lah.


apa2pun entry aku ini tidak bermaksud menyatakan bahawa keseluruhan keturunan syed/syarifah dan mamak/mami ini assabiyah (berpuak2) dan berkasta. ia sekadar pendangan peribadi berdasarkan pergaulan, percampuran dengan masyarakat dan pemerhatian di media.


aku sendiri kalau suatu hari ditakdirkan dipaksa isteri untuk kahwin lagi. emmm... may be aku pilih orang arab. hidung mancung you. ye lah aku suka kulit cerah,.... aku tak kisah orang jawa (teringat aku pernah bercinta dengan orang jawa banting). dapat orang india pun aku tak kisah. tapi selera aku lebih kepada preity zinta.

pssst: ini cerita khayalan aku je. kepada isteri tersayang yg membacanya, abang lawak je tu. tak kan lah abang tergila2kan preity zinta tu sampai angau (yang makan nasi tersuap kat hidung masa tengok preity zinta tu sebab anak langgar tangan abang).

Saturday, March 19, 2011

Bersantai Di Cameron Highlands - Finale

memandangkan ini kali ketiga berturut2 kami sekeluarga ke cameron highlands, keghairahan bergambar agak kurang. rata2 menda yang sama. cuma kali pertama hanya aku sekeluarga. tahun kedua, agak ramai dengan adik aku imran sekeluarga dan sepupu aku, faizal. tahun ni, hanya keluarga aku dan imran je.

bila pergi ramai2 ni baguslah, kurang2 peringkat anak2 kami dapat bergaul mesra. biasalah, peringkat sepupu memanglah agak rapat, biar hubungan mereka berkekalan. even makbapak suatu hari nanti dah tak ada, anak2 akan meneruskan perhubungan keluarga besar. tengok mereka bermain dan bergaul mesra, seronok dan tenang rasa hati.



bermalam disana, emmmm ... sejuk gilos. may be lebih sejuk sebab sebelah siangnya hujan lebat. nasib baik masa pasar malam, hujan dah berhenti. dapatlah membeli sedikit barangan. dalam bergambar, tak banyak gambar sangat. susah sebab mendokong anak kecil dan anak lelaki aku memang susah nak disuruh bergambar. emmm,,, biasalah, pemalu macam ayah dia jugak!. anak perempuan? memang suka sangat bergambar. ini antara gambar anak2 yang sesuai untuk tontonan umum.








oh ya... sedikit tips untuk yang ke cameron highlands (yg berpoket nipis dan mementingkan budget:-
1) bersepah hotel/apartment dan rumah persinggahan. kalau berkenderaan sendiri dan nak cari penginapan murah, carilah area tanah rata. ala, bukan jauh pun nak ke sekitar CH dari tanah rata. hotel/bilik di atas kedai biasanya jauh lebih murah dari hotel yang ada parking lot sendiri. so far, kejadian jenayah sangat rendah di sana.

2) berbelanjalah di pasar malam. kalau musim cuti sekolah, pasar malam ada tiap2 malam. yang famous tentulah di brinchang, berhadapan balai polis. macam2 ada disana. harga di pasar malam jauh lebih murah sebab persaingan sengit. tawar menawar amat digalakkan. kebanyakan petani jual sendiri hasil, mereka biasanya nak let go punya. oh ya, kalau pergi bukan musim cuti sekolah, pasar malam cuma ada malam sabtu dan malam ahad sahaja.

3) bukan semua yg murah itu berbaloi. kat pasar malam memanglah murah dan dalam kuantiti banyak. tapi, kalau yg siapa punya deria rasa bagus, akan taulah perbezaannya. contoh? jem strawberry jual pasar malam tak semuanya 100% ori dan sedap. banyak benor campuran. kalau beli di kebun, seperti di raju hill's strawberry farm dan kasimanis strawberry farm; emmmm.... sedap. sama jugak dengan jagung. jagung mutiara dan jagung susu memang kemestian dicuba. makan mentah pun sedap. hati2, original jagung dari CH biasanya lebih mahal dan besar. yg dimasak biasanya dijual rm3/pc. yg mentah dalam 4-7 tongkol rm10. yg murah biasanya dari ipoh, dijual lebih murah dalam rm10 utk 8 - 12 tongkol. rasa? orang yg kuat makan cam aku taulah bezanya. tapi, setakat nak makan.... jagung ipoh pun ok. ipoh mali talak sombong maa.....

4) rancang percutian. seeloknya jangan pergi hari sabtu dan ahad. jem strawberry tu! merangkak lagi laju dari bawa kereta. nak parking pun lagi hell. korang tau lah CH tu bergunung dan bercerun, susah benor parkingnya. rate hotel hari sabtu ahad pun jauh berbeza berbanding hari biasa.

5) bawa banyak air mineral. air kat sana memang mahal. kalau duduk hotel atau apartment dan cerek disediakan, heh.... tengok air dulu sebelum rebus dan minum. berkeladak dan warna teh cair. sape pernah tengok kupasan karam singh walia mengenai sumber air yang menjadi tempat warga bangla dan pekebun sayur mengalirkan najis, muntah hijau korang nanti.

6) semua sama. mula2 datang dulu aku excited nak pergi semua ladang strawberry dan sayur. dan perhatikan harga sekali. percayalah, harga mereka hampir sama. mereka macam sepakat dengan harga ditawarkan. mereka ahli persatuan barangkali. kurang sikit2 tu jika ada tawar menawar dan belian pukal. kalau nak ke semua tempat dan bandingkan harga sebelum beli, aku rasa buang masa dan rugi minyak kereta je.

7) tempat yang harus dilawati?
(a)cameron highlands namanya, mestilah ke ladang strawberry. sapa ada duit lebih tu cubalah petik dan beli strawberry dari ladang berbanding pasar malam. pilih yang besar2 baru sedap dan lebih manis (manis??). jangan petik yg dah merah sangat, nanti tak tahan lama. kebun mana nak pergi terpulanglah, melambak.
(b)kebun sayur pun elok pergi, boleh pilih sayur segar dan fresh.
(c) pasar malam brinchang harus pergi jugak.
(d) cactus farm. org perempuan gerenti gelap mata tengok pokok2 cactus dan bunga2.
(e) ladang teh. kalau ada masa dan keberanian, aku cadangkan ke ladang teh boh di sungai palas. tempat menarik siot! tapi jalan2 ke sana,.... akupun kecut telor. kalau korang penakut, pergi je la ladang teh cameron valley (bharat plantations).
(f) lain2? banyak lagi boleh terjah seperti kilang coklat, ladang lebah, dan sebagainya. tengoklah apa kegemaran korang.

oklah.... cukuplah sedikit tips dari pengunjung budget cam aku. even budget, senget jugak kereta bawa barang belian. setahun sekali, borong je la. turun ke bumi nyata, kami cari makan sekitar simpang pulai. rasa setakat nak makan alas perut tu ok la. rasa? memang tak kena dengan selera dan nilaian sedap bagi aku. so far, beberapa kali aku singgah sebelum naik gunung dan selepas turun gunung, tak jumpapun mana2 restoran menjual makanan sedap di simpang pulai. dalam perjalanan balik, singgah jab isi minyak dan ternampak durian perak (manjung ke lambor aku lupa), jual suka hati. 4 biji dia tolak rm20. ada kecik besar la... kami makan kat situ je. rasanya menarik.




apa2pun trip kali ini tetap menarik. dapat hilangkan stress dan dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan.