Thursday, May 26, 2011

Along itu Orang Yang baik

jam 2 pagi aku terjaga dari tidur sebab anak ketiga aku, amira sakit lidah. ulser ada sebijik muncul. dah sapukan daktarin dan dah boleh tidur even masih gelisah. letak je kat katil, meragam. so, tidurkan je diriba aku. isteri masih berjaga bersama, may be wife dah lama berjaga.

isteri dah beberapa kali aku suruh tidur sebab aku dah cergas mata. mau tak cargas, dah bedal teh panas dan roti keras dah. lagipun aku tidur awal tadi, lepas hawai five-o tadi aku dah belayar diulit intan.

aku tak nafikan pengorbanan isteri sangai besar. sebab dia tau aku bekerja, kebiasaannya dia yang uruskan semua. kali ni pun dia tak kejutkan akupun, aku yg terjaga bila dengar rengekan amira. alhamdulillah dapat isteri yang baik dan memahami.

sebenarnya dalam kehidupan, begitulah lumrahnya. kena tolong menolong. jangan kira siapa yang banyak menyumbang kerana ia akan membawa kepada pergaduhan. masing2 ada peranan, dan kena sentiasa bertimbang rasa.

bercakap pasal tolong ni, aku teringat kawan aku pernah komen aku secara bersemuka mengenai bahasa aku yang agak kasar dalam memperkatakan tentang ALONG. ye, along si peminjam wang. aku setuju, bahawa aku macam orang lain kat luar sana yang mempunyai persepsi yang sangat buruk mengenai along. bukan sahaja pernah dengar atau lihat di tivi dan akhbar mengenai keburukan along menyimbah cat merah ke rumah dan kereta pelanggan mereka, malah along bukit beruntung pernah menggemparkan negara sebab merantai pelanggan mereka yg tak mampu bayar macam anjing. terbaru, ada along yang tetak tangan pelanggan mereka dan ada juga yang kerat sepuluh jari pelanggan mereka sampai putus. ngeri dan sadis.

kawan aku itu berbangsa cina. masa kami minum bersama, dia cuba tukar persepsi aku mengenai along. dia cakap 'along ni orang baik'. aku memprotes keras. aku katakan, apa kejadahnya along tu baik sebab bukti jelas ia menyeksa pelanggan mereka. aku juga secara peribadi pernah lihat dijalanan ada along yang menampal gambar pelanggan mereka di tiang2 lampu dan sekitar kediaman pelanggan mereka dengan niat untuk memalukan. itu belum lagi termasuk along yang ke tempat kerja dan rumah dengan membuat aksi melampau termasuk mengugut dan membelasah pelanggan.

si kawan aku tenang dan berkata; itu salah pelanggan, mereka bodoh. masa mereka susah takde wang, mereka pandai cari along. kenapa cari along even tau along jahat. baru sekarang ke tau along biasa pukul orang? sudah lama maa.... ini along, ceti sudah sangat lama. kenapa cari along, pergi bank la..... mereka cari along sebab tau along boleh tolong. you emergency mau wang, you pergi bank. berapa lama boleh dapat pinjam? berapa dia kasi pinjam? silap2 tak dapat pinjam satu sen pun wooo.... cuba la pergi bank minta pinjam rm1000 on the spot. bank mintak isi borang, potostat ic, potostat slip gaji, mau ea form, mau 3 bulan bank statement, mau check hutang beraapa banyak dalam ctos. kalau utang sudah banyak sama bank, atau ada rekod dalam ctos, kalau bankrap, mana ada bank mau kasi pinjam. kalau mau kasi pinjampun, mau 4-5 hari.

you emergency maaa, mau pakai wang sekarang. kalau you boleh pinjam keluarga atau kawan, you takkan mau pinjam bank atau along. kalau you ada barang emas, pergi gadai looo.... you semua tak ade, itu pasal you cari along. sebab you tau along mesti boleh tolong. itu along tak mau tau you ada utang berapa bank, you bankrap pun dia tak peduli. you mau pinjam wang, dia kasi pinjam you on the spot. tapi you mesti tau along ini orang meniaga, dia mau untung. dia sudah kasi tau maa berapa interest, berapa mau bayar, bila mau bayar. you bayar ikut aggrement la.

interest memang tinggi, tapi dia ada cerita maa.... kalau you tak setuju, dia tak paksa you utang sama dia. you setuju baru dia kasi wang, ada aggrement lagi. salah ialah you sudah dapat wang, you lari. you ingat along itu bodoh! dia pandai. dia tau mana you punya rumah, mana you punya office. you punya gambar, potocopy ic dia sudah ambik. you lewat bayar, dia call. you lari, dia cari you punya rumah atau office. lagi you lari, dia tampal you punya gambar depan rumah sama office. lagi you lari, dia baling cat merah you punya rumah sama kereta. lagi you lari, memang you mau mati looo....

sebenarnya along ini baik. you ada problem, you pinjam dia punya wang. dia tau you takde wang punya orang. so, kalau lagi ada problem mau bayar, lagi pinjam dia loo. jangan pinjam lain along. pergi diskass baik2 sama itu along, dia pun manusia maa... you ingat dia mau potong orang ka? dia pun ada anak bini maa... dia pun manusia. dia lagi baik dari bank. you cakap takde wang mau makan, dia kasi you pinjam. masa bayar, kena bayar loo...

you ingat kita cina banyak wang ka? kita banyak pinjam along. mau meniaga, pinjam along. mau anak masuk kolej, pinjam along. ibubapa mati, pinjam along. mau kawin, pinjam along. tapi you biasa dengar, cina kurang along kasi pukul. melayu sama india saje. bukan sebab itu along olang cina, tapi cina dia bayar. kalau tak bayar penuh, dia bayar sikit. kalau tak boleh bayar, dia cakap atau pergi diskass. melayu sama india suka lari kalau tak cukup wang, itu sendiri mau mati oooo....

dah cukup cerita pasal along. statement2 tu bukan dari aku, dan even ada yang aku setuju dengan hujah2 dia tu, tak bermakna aku menyuruh atau mempromosikan along kepada anda semua. pada aku, pinjam along memang cari penyakit. kalau ada along (abang sulung/akak sulung) pinjamlah dengan dia. kalau takde along, pinjam je dengan acik, angah, alang, de, teh, ucu, itam dan adik2 beradik yang lain. kalau takde jugak, gadai je barang emas yang ada. ramai tak tau bahawa menggadai emas bukan setakat dapat duit masa terdesak. kalau tau caranya, menggadai emas boleh menjana pendapatan lumayan. hah.... memasing dah buat muka tak percaya! percayalah, bangsa lain dah lama buat. ramai orang melayu fikir ke kedai pajak gadai adalah perkara memalukan, tapi bangsa bukan melayu anggap ia pelaburan.

masih ingat aku bohong. cuba ambik satu hari, anda lepak2 minum di kedai sebelah kedai pajak gadai. perhatikan siapa yang masuk ke situ paling ramai. orang melayu? itu aku setuju. orang melayu memajak emas sebab terdesak duit. orang bukan melayu pun ada, tapi mereka melabur. ini rahsia yang ramai orang tak mau cerita. harga emas meningkat hampir setiap hari. secaraa ringkas, emas yang anda gadaikan may be berharga rm1000 masa digadaikan, tapi bila diambik semula selepas 6 bulan, harga emas yang sama dah jadi rm1200. tapi ada tactic dan tric la. korang pergilah cari maklmat tu.

moral of the story :
1) jangan meminjam dari along. nyawa anda may be jadi taruhan.
2) emas adalah pelaburan yang paling menguntungkan. tapi jangan melabur dengan menyimpan pisang emas. pisang emas itu untuk makan dan dibawa belayar. itupun setelah masak sebiji diatas peti.
3) aku rasa kawan aku tu pun part time along, semacam je puji along. ha.ha.ha....

2 comments:

Anonymous said...

sah lu punya member pinjam along
tp dia bayar penuh lah...
harap2 dia selamat pd masa depan
mana tau duit tiba2 takdak

kuchalana said...

aku pernah tulis pasal ahlong one time dlu.. aku melihat mereka dari sudut business.. sapa2 run business akan buat mende yg sama.. marketing.. investment.. risk management.. dan segala SOP.. :)