Monday, May 9, 2011

Ala Ayah, Tambah RM5 Je...

balik kerja tadi, anak2 merengek minta ditambah channel astro baru iaitu 'baby tv'. ala channel kartun la. aku buat2 tak dengar. lagi menjadi2lah rengekan mereka.

anak : ala ayah, ayah ambik la channel baru tu.
ayah : buat ape, mahal la.
anak : tak mahal la ayah. tambah rm5 sebulan je.
ayah : mahal la tu. sekarang pun dah dekat rm100 sebulan ayah kena bayar astro.
anak : ala ayah, bukan banyak, tambah rm5 je.
ayah : serupa je, kartun semua sama.
anak : tak sama la ayah. cuba ayah tengok (sambil anak2 menekan remote control melihat preview baby tv)
ayah : sama je. tak sedap pun.
anak : lain la ayah. tivi lain tu dah tak sedap. cerita dia sama je.
ayah : kalau nak yg ini, channel kartun nickeledeon, mickey, semua ayah potong. ok tak?
anak : tak nak la potong ayah. itu ada cerita upin, spongebob. ayah tambah la yg ini. rm5 je.
ayah : ayah dah takde duit.
anak : kalau ayah taknak, luqman bayar sendiri. ayah tolong telepon dia cakap nak tambah kartun baru.
ayah : err... luqman nak bayar duit mana? ayah tak nak bagi duit.
anak : luqman ada duit sendiri. sehari luqman ada rm3. dua hari luqman simpan dan ada rm6. luqman bayar sendiri lah.
ayah : jangan mengada. itu duit makan kat sekolah. dah, ayah cakap TAK BOLEH. kalau nak jugak luqman tunjuk kat ayah luqman boleh dapat nombor satu kat kelas, ayah bagi.
anak : ayah janji ye.
ayah : ye, ayah janji.

sebenarnya bukan aku nak berkira sangat pasal rm5 ni. tapi channel kartun asyik2 recycle kartun sama. mula2 bestlah sebab tak pernah tengok. dalam 2-3 bulan.... heh... tengok kartun ulangan je lah.

secara jujur aku tak pernah halang anak2 tengok kartun. kartun even banyak orang kata memudaratkan otak anak2, tapi aku nampak mereka banyak belajar. banyak yang menggalak mereka belajar juga seperti dora, mickey dan sebagainya. cuba kena control la. kalau dibiarkan sampai 2-3 pagi la melayan kartun. kartun kat astro tu mana pernah abis, 24 jam dan pelbagai channel lagi.

aku layan kartun?
mana ada.... kadang2 je. kadang2 aku layan spongebob, upin & ipin, powerpuff girls, dora, shaun the sheep, handy manny, thomas & friends, billi, ben 10, dan sebagainya. bukan minat mana pun, saje layan dengan anak2 (heh... kononnya).

3 comments:

kak su bidadari said...

bagus, bagus.. kasi dia bekerja sikit nak dapatkan channel tu.. heheh.. mana tau.. dia buleh dapat top 1 dalam kelas..

rumah aku mmg takde astro.. tv biasa tu dah memacam citer, tak tertengok jer!

Aimi dan Pakcik Hashim said...

fanatik katun tol
haha...

beberapa tahun kemudian... channel tu x ada org layan...

anak2 dah rasa layan katun tu mcm budak2

KSWSK said...

menurut DR Fazilah Kamsah kartun yg simple2 mcm boleh membantu kita menenangkan fikiran.