Thursday, May 19, 2011

Aku bukan kawan kau

kalau sape yang perasan (emmm... sape yang suka mengaku perasan ye?), blog aku ada sedikit perubahan kecik. aku yakin ramai tak perasan sebab aku buat perubahan kecil sangat. ala.... mengemas blog sikit2. dah semak sangat. nak tambah macam2 gadget aku malas, so nampak blog simple je la.

perubahan ape?

cuba tengok kat sidebar kanan, bahagian blogroll aku ada sedikit perubahan. banyak jugak blog2 yang aku dah delete. banyak sangat, menyemak pemandangan. heh..... siapa yang terdelete tu jangan kecik hati sebab aku yang patut kecik hati sebenarnya. dah beberapa tahun aku link dengan blog mereka, setelah bersetuju bertukar2 link. tapi, hehhhhh.... blogger tak famous amos cam aku, sape kesah. so, dari biar aku bersahabat seorang diri, biarlah aku let go persahabatan itu.

kejam? takdelah. aku deletepun rasanya pemilik blog berkenaan pun tak perasan sebab aku rasa mereka pun tak pernah nak datang jenguk aku. di blog mereka pun takde nama atau link blog aku, so fairlah. belum siap mengemas lagi tu, tengah godek2 blog yg lain, kalau confirm link aku takde, aku deletelah. even blogger tu aktif, tanpa link blog aku, aku delete. even blog tu dah hampir setahun tak aktif, tapi ada link aku, aku kekalkan. aku hargai persahabatan dan perhubungan dua hala dlm dunia blogging ini. terima kasih.

bercakap pasal persahabatan, atau berkawan ni, aku ada satu cerita. ia berkait dengan persahabatan atau berkawan yang memerlukan hubungan dua hala. sorang berkawan tak jadi. berkawan bermaksud ada komunikasi dua hala. kalau satu hala ia dinamakan komunisme.

begini kisahnya.....

kisah ni terjadi dah agak lama. mengenai seseorang yang mengaku aku sebagai kawan. kawan semasa susah sahaja.

si A : en. I, kita dah berapa tahun kenal?
si I : ye, Arunacalam, kenal U? dah 3-4 tahun kot. kenapa?
si A : ooo... dah lama la kita kenal. kita ni dah kira kawan rapat la.
si I : U nak apa sebenarnya ni?
si A : sebenarnya saya dalam kesusahan. saya ada hutang along. itu along ada cari saya sebab saya tak boleh bayar.
si I : so, apa kene mengena dengan saya?
si A : saya mau pinjam sikit wang?
si I : berapa ?
si A : sikit saje, rm700.
si I : rm700 sikit ke. itu banyak tau.
si A : jangan la macam tu en I. tadi cakap kita kawan rapat. mesti la boleh tolong kawan rapat.
si I : dei tambi, dulu U hutang saya rm50, takde bayar. saya 2-3 kali minta, U buat bodo. sekarang lagi minta rm700. U ingat saya mau kasi.
si A : tapi saya betul2 mau pinjam. U saje boleh tolong sekarang. kita kawan rapat
si I : U punya problem saya tak mau tau. U punya statement salah. saya bukan u punya kawan rapat. saya pun bukan u punya kawan! u panggil saya encik, encik. saya punya kawan takde panggil saya encik. u punya hari besar, u tak pernah panggil saya pigi u punya rumah. hari raya saya panggil u datang, satu kali pun u tak pernah datang. u jumpa saya dekat pasaraya u lari. itu kawan ka!
si A : err... tapi kita sudah kenal lama kan?
si I : kenal memang lama, tapi kita bukan kawan. saya bayar u punya gaji. jadi saya u punya majikan (even bayar untuk syarikat he.he.he...).
si A : kalau tak bayar, nanti itu along cari saya
si I : saya apa peduli. saya tengok u punya bini pakai emas banyak, u kasi gadaika, jual ka. atau u pinjam lain along ka, atau u hutang lain orangka, saya tak peduli. saya? no way.
si A : (berlalu dengan muka sedih)


moral of the story :
1) itu dua2 orang takde moral.
2) aku memang takdeduit sebanyak itu untuk bagi orang pinjam. even kalau adapun, aku takkan pinjamkan kat dia. hutang rm50 pun klepet, ini nak pinjam rm700 pulak.
3) nak pinjam memang la kena bagi ayat baek punye. tapi silap orang la beb. aku punya ayat hiris tali perut dan saluran hati punya.
4) sendiri punya masalah orang lain kena tumpang susah ke? no way man!

6 comments:

Abang Long said...

Izman, kita bukan sahaja kawan, sahabat malah lebih penting, saudara seagama. Kalau tak boleh tolong banyak, tolong doakan pun sudah cukup bagus sebagai tanda ukhuwah.

Err.... nak minta tolong tengokkan resume. Ada yang kata macam cincai ??????

kak su bidadari said...

hahaha.. kelakau la dialog dengan arunaselam tu..

ye..kalu nak minjam mmg segala gunung berapipun dijanji nak byar, kan?

biase, kan?

Nek Cun said...

Izman, kawan camtu memang ramai sekarang ni... jadi kita kenalah berhati-hati ketika memilih kawan..
Nekcun pun kekadang heran tengok orang yang tak berhati perut yang suka kawan makan kawan!... Entahlah, apa nak jadi dengan dunia sekarang nih!...Mungkin itulah padahnya kalau terlalu mengejar duniawi dan melupakan akhirat!... Wallahualam...

Aimi dan Pakcik Hashim said...

betullah
jangan senang2 bg pinjam org
susah nak dapat balik


aku pun ada one way link dekat blog
tak lama lg delete gak
hehe

Iliana said...

time2 ni la sume kawan dikejar..hoo~

Jard The Great said...

hehehe... aku jarang blogwalking. maafkan daku.. tp aku akan sentiasa ingat nama "izman" sebagai blogger yg selalu ku jenguk dulu2.

maafkan daku yg jarang dtg sini.