Monday, May 2, 2011

Sutera Bidadari

dalam cuti sekolah beberapa hari ni, sebagaimana aku cerita dlm entry yg baru lepas bahawa keluarga kami tak bercuti ke mana2. sekadar dirumah dan disekitar yang tak melepasi radius 50 km dari rumah.

since anak2 pun cuti, remote tivi kebanyakan masa anak2 yg pegang. sekejab tengok ceria, sekejab tengok tviq, sekejab tgk kartun. biaq pi lah, tengah cuti. sesekali seronok jugak tengok anak2 berebut channel tivi dengan umminya yang nak tengok cerita indon dan filipina.

bagi aku, masa banyak aku gunakan untuk membaca. yeah... tengok muka akupun aku dah tau aku suka membaca (erkk... puji diri sendiri tahap gaban ni). sebelum cuti lagi aku dah beli beberapa jilid komik hong kong. 3 judul yang rata2 ada 3-5 jilid. emmm... satu jilid ada 4 buah buku, jadi kiralah sendiri. tapi baru hari pertama cuti semua buku dah dibaca. aku kalau bab2 komik ni memang laju je membaca.

dalam pada membaca komik, aku juga baca majalah yg berfaedah seperti majalah pa&ma dan mastika. majalah mingguan wanita yang dibaca oleh isteri langsung aku tak mau usik, benci aku kalau baca majalah yang lebih banyak iklan dari bahan bacaan.

novel juga tak terkecuali dari menjadi peneman aku. novel2 yg dibeli sebelum ini tapi belum dibaca, aku cuba baca. isteri aku selalu pertikaikan aku kenapa membaca apa2 buku dan sebagainya terlalu cepat. well, well, west..... dah terbiasa. thats why kalau aku membaca, toksah cakap la apa2, aku memang tak dengar punya.

novel terbaru baca?
ni nak cerita. aku ni bukanlah jenis manusia yg dalam hati ada taman, tapi dalam taman ada aku. so, novel2 yg terasa berkenan dihati aku beli. meminjam ni payah sikit sebab aku tak suka membaca under pressure. kebanyakan novel aku beli sendiri. mana2 kawan baik tu, aku berilah pinjam. buku dan novel memang aku bagi orang pinjam, tapi komik even majalah gila-gila aku.... jangan mimpilah kalau nak pinjam, even adik beradik aku. nak baca, baca kat rumah aku je.




penulis novel aku suka.
emm... banyak. yang paling aku suka dari zaman sekolah dulu ialah norhayati berahim, ahadiat akashah. lately, dah minat yg aksi dan memeningkan kepala seperti ramlee awang murshid dan serunai fakir.

bercakap pasal ramlee awang mursid, aku sebenarnya dah agak terlewat meminati karya2 beliau. bermula dengan membeli novel ADAM, aku dah jadi minat. so, mula mengumpul koleksi novel2 beliau. rasanya semua ada, dan termasuklah novel terbaru beliau iaitu SUTERA BIDADARI. lagi manis sebab aku berjaya mendapatkan novel beliau dalam cover keras yang khabarnya hanya 300 unit dicetak. emm... dapat tandatangan ramlee awang murshid lagi. jangan jeles you...




ulasan?
nak ulas ke hape, aku belum start baca lagi. aku tengah baca buku RAHSIA KEJAYAAN DENGAN MINDA, PERNAFASAN DAN TENAGA DALAM, karya Prof. Dr. Mohd Arief. buku ini berjaya memeningkan aku sebab aku kena banyak rujuk kedepan bila membaca. biasalah buku cakra alam. saje nak tau apa yang hebat sangat tentang seni cakra alam, yang dikatakan mampu membaca minda orang dan mengubat dalam jarak jauh. emm... secara jujur aku tak nafikan menda2 wujud, cuma aku kena tengok depan mata la. well, secara jujur juga aku suka teknik2 ringkas yang diajarkan.

5 comments:

Rozami said...

RAM tu org sabah
bangga lak aku
haha

Insan Marhaen said...

bagaimana buku tulisan Dr Danial, panelis halaqah?

AZANI said...

assalam izman
aku juga minat mengumpul, buku kitab, komik

tapi maslahnya umur makalah tersebut tak lama... ...

pB said...

SALAM

pB kurang minat baca novel RAM nie ..

macam heavy semacam jerrrr

suriani said...

bagusnya kau suka membacaaaa.. aku punya laki kalu baca, abis2 suatkabau je.. ehhe.. sib baik anak2 tak ngikut.. dorang rajin gak baca, tapi suka benau komik je... akupun minat jugak membaca.. more to novel cinta, majalah wanita (yg ko anti sgt tuh..) dan buku2 motivasi lah..

tapi aku mmg kagum lelaki yg suka membaca!!

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/