Friday, October 31, 2008

Terapi Minda

semalam (30/10/08) aku keje setengah hari je. tak plan nak cutipun. tapi dalam jam 1pm, ingat nak gi klang psl ada urusan peribadi. biasanya kalau takat urusan peribadi dalam 1-2 jam tak perlu apply cuti. pegi je. tapi sebab aku agak lapang dan meeting petang tak de, aku apply cuti je la. cuti banyak lagi.

lepas makan, aku balik rumah. sebelum balik aku dah call wife ajak diorang ikut. kebetulan anak2 tak tidur. on the way balik singgah shell isi minyak. then sambau kereta james bond sebijik. rm5.50 je. cantik jugak walaupin kecik cinonet. dalam bekas plastik box lagi. melompat sakan luqman dapat menta tu. masa koleksi kereta ferrari dulu pun dia jugak yg dapat, sekarang ada 2 bijik je tinggal. kalau nak tengok kereta tu nanti korang gi lah kat blog http://interestinghobby.blogspot.com so, balik rumah salin pakaian dan solat aku gi klang lalu hiway shapadu. kalau ikut federal hiway pasti jammed. lepas urusan selesai, wife ajak singgah carrrefour (c4). sebab c4 klang aku tak pernah singgah, why not. suasana parking lot dan dalam adalah sangat lengang, maklumlah waktu orang normal keja. kami merayau2 tanpa tujuan. tak de niat nak beli apa2pun sebenarnya. just nak habiskan masa terluang. shopping biasanya di econsave atau di tesco klang.

pada aku memang c4 tak sesuai dengan jiwa dan kewangan aku. rata2 rak adalah kosong terutama ruangan susu budak. harga adalah mahal berbanding econsave dan tesco bagi barang2 yg biasa kami beli. cuma yg impress masa masuk c4 ialah tandasnya. ni aku shot 2 keping gambar tandas lelaki di c4 klang. kebetulan hanya aku je masuk. snap pakai camera phone je. ni la rupanya, bersih dan menarik. silap2 mau kalah tandas kat hotel..



masuk je dlm c4, luqman dan pika dah excited tengok pets section. pelbagai jenis ikan dan hamster. wife aku tunjukkan akuarium yang dia suka. berpinar bijik mata aku. RM600 plus2, tak termasuk ikan lagi. doakanlah laki ko jadi kaya, pastu dengan c4 pun boleh dapat.


sambil2 tak nak beli ape2, luqman dan pika macam biasa dah ada pilihan masing2. ambik je lah. kalau kebetulan ayah ada duit, korang pilihlah makanan yang best2. kalau ayah pokai, korang makanlah apa yang ada. ayah ko ni k.u.l.i. je. sambil2 tak nak beli ape2, sebandul jugak beli barang. majoritinya untuk luqman dan pika.



on the balik dari c4, jalan dah start jammed. tu kami lalu hiway shahpadu. kalau lalu hiway federal tah la cam maner. bisanya jammed kat bandar sultan sulaiman kat area tanjung harapan. yg buat jammed pada aku ialah semua orang balik kerja sama, trailer yg panjang2 dan jalan tergedik2 nak lepas trafic light dan trafik light yg cepat sangat merahnya. malas aku nak pikir masalah jam nenas tu. so, aku ciluk menghala ke flat kastam kat bandar sultan sulaiman tu untuk membeli goreng pisang bijan. pada aku, ini adalah goreng pisang kedua tersedap di shah alam/klang selepas goreng pisang azmi kat area stesen komuter shah alam. masa ramai geng dulu, asal pukul 330pm je, kami keluar jab pekena goreng pisang ni. tak jauh mane dari opis, kira2 20km pergi balik je. wife aku pun suka, tu yang kena hantar kat rumah kalau keluar beli. cuma hati2 masa beli kat sini pasal banyak gerai jual menda ni. cari gerai tengah yg tokeynya pompuan melayu muda yang comel. tahi lalat kat pipi dia tu perghh! manis giler (apa ko melalut ni...?). aku beli rm2.00. murah rm0.10 sekeping je. untuk regular customer, biasalah dapat lebih. nak2 pulak wife dan anak2 suruh duduk dalam kereta je (astarafirulllah. nak beli goreng pisang ke nak ngorat ni?). untuk lepak makan kat tanjung harapan nanti. siap beli air lagi. ni rupenya goreng pisang tu.




then, kami sekeluarga merehatkan diri dan kepala otak kat tanjung harapan. orang luar je panggil tanjung harapan, orang kat sini panggil tanjung gile. siapa yang gile akupun tak pasti. orang tak ramai petang tu, yang ada cuma beberapa couple melayu dan india sedang memadu kasih dan may be ada yang memberi kata2 cinta tipu pada pasanagn masing2. biasalah, masa sayang 'i lov u' 24 jam. kang bunting nanti tak sempat nikah, siapa nak jawab. dah berapa puluh ribu anak yg lahir tak sah taraf kat malaysia ni pun ada jugak pasangan tak sedar diri.



kat sini tenang, angin sepoi2 bahasa tamil. deruan ombak mencecah batu kerana kebetulan air sedang pasang. kicauan burung2 gagak yang bermaharaja lela mendekati makanan pasangan dua sejoli yang leka menikmati cinta pasangan masing2 berbanding makanan yg dibeli. bila la mpk (majlis perbandaran klang) nak buat operasi tembak gagak ni.... banyak siott gagak kat sini. may be sebab sampah banyak dan makanan terbuang banyak la tu...

ok, times up! kena balik sebab belum solat asar lagi. kang kena tsunami kerana sengaja tinggalkan solat kang, mampus kapir pulak. pahala dah la kureng.

segala2nya ada di port klang. jomlah melancong sini. bawa joran pancing, bawa keluarga, mari pakat beriadah kat sini. jangan bimbang tak dapat ikan sebab terdapat jutaan ikan dilaut sana. kalau tak dapat jugak anggaplah ia sebagai terapi melepaskan tekanan (atau makin tension). cara mengatasinya, pegi je beli ikan kat pasar port klang. atau beli ikan masak 3 rasa kat muara ikan bakar kat situ. syiok beb. kalau ada budget tambah la udang celup tepung, ketam pun ada, arghh... korang pegi je lah tengok menu kat sane.


so, kita balik dulu ..............






IZZI ADVERTISING------------------------------------------------

Thursday, October 30, 2008

Makanan Eksotik yang menyelerakan

Hidup kita ni tak boleh lari dari makan. hari2 kita perlu makan. bezanya ada manusia makan untuk hidup, dan ada pula manusia yang hidup untuk makan. malas aku nak berdebat yang mana sebenarnya tujuan kita makan, tapi cukuplah sekadar kita tahu semua manusia perlu makanan untuk tumbesaran dan tenaga. namun, Islam buktikan bahawa walaupun kita berpuasa seharian, kita masih lagi bertenaga; walaupun tanpa sahur. itulah kelebihan orang Islam.

hari ni sambil2 nak delete email2 lama terpandang pula gambar makanan yang dikirimkan oleh seorang rakan. ada baiknya aku publishkan kat sini sebelum aku delete email tu. ia berkaitan makanan berasaskan haiwan dan serangga.

pada aku apa peliknya. manusia ni akupun tak pasti masuk kategori mane: karnivor, herbivor atau omnivor? atau kategori tu untuk haiwan sahaja. aku dah lupa! tapi semua tahu manusia makan apa sahaja. unsur karnivor ada pasal dah makan haiwan seperti lembu, kambing, ayam, ular dan sebagainya. ada gak unsur herbivor pasal makan sayur, pucuk2 kayu, rumput, buah, umbut kayu, akar, dan sebagainya. dan semestinya confirm ada unsur omnivor sebab semua menda diatas diorang makan. lantaklah, itu kerja cikgu sains untuk memberi tunjuk ajar. Lagipun itukan dah fitrah yang ditentukan tuhan.

cuma bab makan makanan eksotik atau serangga ni ramai yang rasa tak logik atau menjijikan. pada aku secara peribadi, makan haiwan eksotik seperti ular, tenggiling, memerang, musang, dan sebagainya memang aku tak pernah. tapi takat makan belalang kunyit tu pernahlah masa kecik2 dulu. ada juga kat tempat aku dulu orang melayu makan tupai. aku tak pasti org Islam boleh makan tupai ke? kalau takat makan landak, arnab tu aku pernah jugak. arnab seingat aku, first time aku makan ialah masa fama buat promosi makan arnab may be 10-15 tahun dulu. sate arnab! memang syok abis la makan sate arnab, manis! tapi bila tengok diorang sembelih arnab dan buangkan kulitnya aku jadi tak sanggup nak makan, sejibik macam kucing.

kalau kat kampung, selain makan ayam, kambing dan lembu; daging kerbau juga adalah makanan utama. kalau kat kawsan ulu tembeling (jerantut, pahang), daging kerbau ni dah biasa sangat. ia lebih fofular dari daging lembu. kalau siapa pernah menyusuri sungai pahang hingga kampung bantal atau kampung mat daling; korang akan tengok kawanan kerbau bebas mandi manda dan berkubang di tepi2 sungai. daging kerbau ni sebenarnya lebih sedap dari daging lembu. tak percaya korang cubalah. cuma jangan tersalah beli daging kerbau pendek dah la... kerbau pendek disesetengah tempak adalah nama manja bagi babi. untuk orang Islam adalah HARAM.

aku yang dibesarkan sebagai budak kampung jenuh sangat makan pelbagai jenis siput dan kerangan. aku suka makan etok yang mau 2-3 cupak aku beli kalau balik kelantan. aku juga suka siput sedut yang biasanya aku cari ngan adik2 aku dan sepupu2 kat gedung (kolam ikan) kepunyaan datuk aku. siput2 sedut ni biasanya membiak dan melekat pada saluran keluar air gedung tu. untuk mendapatkannya, kami terpaksa menyeluk kedalam lubang saluran air tu. dah dapat, nenek lah yang akan memasaknya. yang paling aku suka ialah siput sedut masak kuning. tapi pastikan sedikut hujung cengkerang siput tu mesti dipotong dahulu sebelum memasaknya. baru boleh sedut. yang paling sedap ialah kalau siput tu ada banyak anak siput didalamnya. namun begitu ada jugak siput yang aku tak makan walaupun boleh dimakan seperti sibut gondang. ala siput yang besar dalam tali air atau sawah padi. siput babi boleh dimakan tak?? kalau boleh makan pun, memang aku tak makan punya.... aku rasa haram kot, sebab tu namanya sibut babi!

Dulu2 di kampung2 juga ramai yang makan pelbagai jenis burung seperti burung wak-wak (rewak), burung pipit, dan macam2 lagi. burung wak2 tu aku pernah makan. burung pipit tak pasti pulak aku. tapi kalau diikutkan logik, masa aku kecik2 dulu datuk aku ada sawah padi dan banyak burung pipit ni. dan pakcik2 aku selalu pasang jaring. kalau dapat mesti diorang goreng atau gulai punya.... arghh! confirm aku dh makan dah tu. kat batas sawah pun banyak burung puyuh, puyuh pun aku bedal gak. tapi apsal aku tak makan siput gondang yer.... siput tu dalam sawah banyak tu. atau jangan2 aku kecik2 dulupun bedal jugak. lantaklah!

kalau ikan tu tak payah ceritalah. cakaplah ikan apa hampir semua aku bedal. masa datuk aku ada gedung dulu pelbagai jenis ikan diternaknya. keli, sepat, haruan, puyu, lampam, dan banyak lagi la. yang bestnya, setahun sekali datuk aku akan keringkan air dia paras lutut dan semua sanak keluarga berpesta tangkap ikan. best gile... kamiberpesta ikan. ada jugak yang berpesta lintah. pernah jugak ada yang tertangkap ular. maklumlah ramai yang pakai seluk dalam selut pakai tangan je. orang2 tua guna jaring atau jala la. dapat ikan kami siang ramai2, masak ramai2, makan ramai2. dapat pulak makan berjemaah dengan sayur pucuk paku, ulam pucuk ketereh, ikan bakar cicah budu dan tempoyak. bestnya!

dalam species ikan2 kolam tu yang peliknya sekarang aku tak suka makan ikan haruan dan ikan keli. kalau makan je pasti rasa sedap! opss.. silap, rasa tak selesa mulut je. rasa berlendir semacam je. asyik2 nak meludah je.

makanan lain yang aku tak leh makan ialah belut dan ikan tilan. pada aku itu bukan specis ikan, itu spesis ular. ada ahli keluarga aku makan, tapi aku mesti tak join diorang kat meja makan tu punya. confirm!.

ni dah tak lama nam raya korban. bila pembahagian daging korban 7 bahagian, aku biasanya tolak bahagian kepala, dan kemaluannya. tapi ada jugak yang berebut. pakcik dan ayah aku kekadang tu mintak nak kepala lembu. bersungguh2 diorang belah kepala lembu, ambik otak. dan buat gulai lemak. aku? confirm tak makan. geli beb. tapi perut lembu yang dipanggil perut kitab atau perut muda aku suka sangat. basuh bersih2, rebus dan cicah dengan air asam. perghh!!! sedap tuuuuu. kemaluan lembu? tah la aku pernah makan ke tak. nanti aku recall memori aku (atau malu nak mengaku??).

kawasan aku tinggal di area kampung damak dan batu balai ramai orang cina. jadi tengok orang cina siang daging katak ong (katak besar yg panggil hujan) dan memasaknya aku dah lali. apa tak nya, sambil tunggu bas balik sekolah, ada je orang asli datang jual katak ong. pastu ada je orang memesannya. katak ong mahal tau. tak silap aku dalam RM28/kilo. tu dulu2, sekarang tak tau la...

masa aku gi thailand dulu, meriah beb tengok pasar malam diorang. banyak pasar malam aku gi termasuklah kat pattaya dan bangkok. makanan eksotik dia buat kecor air liur. ada jugak kawan2 aku yang hampir muntah. tak fear factor langsung diorang ni (mengata orang konon!). katak masak merah, katak goreng tepung, tikus salai, siput bakar, belalang goreng rangup, lipan goreng bbq, ulat hidup dan macam2 lagi lah. aku tak makanlah, cuma lalu. diulangi cuma lalu je! aku cuma pulun durian dan mangga siam.


apa2pun sebagai orang Islam kita tertakluk kepada makanan yang HALAL sahaja. yang HARAM tu tak yah cuba makan. Allah tak bagi kita makan ada sebab musababnya. cam babi, tengok je aku rasa nak muntah. apsal ada yg sanggup makan. lagipun ahli sains bukan Islam pun sahkan bahawa ia perumah pelbagai jenis virus dan segala mak nenek punya penyakit.

apa2pun korang layanlah gambar2 makanan eksotik dan mengiurkan ini semasa kemeriahan sukan olimpik kat china yang lepas. sape2 yang lemah semangat 46, atau sedang makan; korang pi lah tempat lain. ni cuma orang yang ada power rangers je tengok. kepada kawan2 Islam, jangan pulak lepas ni korang teringin nak makan menda2 ni, aku tampar pipi kiri korang tu kang.

jom kita layan dulu..... (sambil menghirup hpa kopi radix, mai secawen!)



















Sumber gambar : mailinglist (selambakodok)


IZZI ADVERTISING--------------------------------------------

Wednesday, October 29, 2008

Hidup ni penuh pertanyaan

Hari ni cita2 nak ke temerloh pahang terbantut kerana ada urusan lebih penting di syarikat. aku yg dah syok tak nak gi keje lepak layan tv sejak selepas subuh. excited sampai tak boleh tidur (ulu betul la ko ni...).

jam 830am dapat call, ada meeting penting dan aku perlu hadir. cilanat betul la. since aku tak leh elak, aku contact member aku untuk uruskan sendiri hal yg dirancang tanpa kehadiran aku. since partner aku sanggup, dan selepas membuat beberapa panggilan penting, aku boleh meng'excuse'kan diri aku dari outstation hari ni.

since aku dah siap mandi, aku cuma pakai uniform kerja je. then melangkah malas menuju kereta. anak2 macam biasa nak ikut beli nasi lemak. ok kita layan nasi lemak dulu..... sampai gerai nasi lemak, kakak jual nasi lemak heran tengok aku dengan baju kerja jam 9am. biasa jam 815am dah ada muka aku. dia siap tengok jam, pastu tengok muka aku. aku buat donno jee... sambil bungkus nasi lemak untuk aku dan anak2, dan may be kerana tak puas hati,

kakak tu tanya "dah lewat masuk kerja ke ni?".
aku jawab "tak de lah. ni pun masih awal lagi".
Kakak tu tanya lagi "ni dah pukul 9 lebih ni?"
aku jawab balik "biasalah kak, saya ni masuk kerja ikut suka hati saya je."
kakak tu tanya lagi sekali "kerja apa masuk lewat camtu? akak tengok orang lain masuk lewat2 jam 830 pagi".
Aku menjawab lagi " Orang lain tu ikut peraturan diorang, saya orang yang buat peraturan untuk diorang. jadi mestilah lain"
kakak tu lagi2 bertanya "Oo... ni kira ada pangkat la ni?"
Aku kena jawab lagi "Ada la sikit2 kak"

Ni lah hidup, hari2 kena soal jawab. mati nanti lagi banyak soalan agaknya. kat dunia boleh la kelentong atau main belasah je jawab, tapi kat dalam kubur, memang tak leh nak tipu punya.

crita pasal soal jawab, aku suka kalau soalan dari budak2. soalan mereka sangat strict to the tembok. ni contoh perbualan aku dengan anak jantan kesayangan aku beberapa hari lepas :

Lokasi : Dalam rumah
Scene : Aku (ayah) sedang menjawab telefon dari seorang kawan yang meminta pertolongan dan nasihat. Selepas beberrapa minit, perbualan telefon tamat.

(Action)

Luqman : Ayah cakap dengan siapa ayah?
Ayah : Ayah cakap dengan kawan ayah.
Luqman : Kawan ayah ranger ye?
Ayah : (Teringat may be luqman terdengar aku bercakap mengenai ranjer hutan). Ye, kawan ayah ranger.
Luqman : Kawan ayah POWER RANGERS ke?
Ayah : (Sambil tergelak). Ye! Kawan ayah tu power rangers.
Luqman : Ayah ada kawan ultraman tak? luqman suka ultraman tiga, pastu ultraman dyna.
Ayah : Ada. nanti ayah ajak datang rumah kita beraya ye...
Luqman : Yeah...! ultraman datang rumah luqman.
Ayah : (Geleng kepala sambil tersenyum sumbing sambil berkata dalam hati dapat gaji nanti abis la duit kena beli ultraman lagi ni).

(Cut)


Gambar Power Rangers ehsan gettyimage.com. Korang rasa mana agaknya kawan aku dalam kumpulan power rangers ni??



IZZI ADVERTISING-----------------------------------------

Tuesday, October 28, 2008

Inikah kerja??

first day of the beginning week biasanya adalah hari meeting sedunia bagi aku. ade je nak di meetingkan. ni pun baru abis meeting. just nak tunggu solat maghrib dan balik. kalau nak solat kat rumah takut terlali pasal nak menyinggah ada 2-3 tempat.

nothing happening in past 2-3 days. lepak duq rumah layan anak2 je. sambil2 tu layan rumah terbuka dan layan kunjungan kawan2 yg nak beraya. mintak maap ye, aku sambut raya puasa bukan raye deepavali. raya pose masih ada lagi seminggukan!

nothing much can be done today as im rushing for meeting and try finishing ape yg patut. esok (29/10/08), kalau tak de aral melintang patah, aku akan ke temerloh pahang. ada urusan sikit. biasalah jadi kuli ni, cuba cari duit lebih sikit. Ooo... ni tak de kena mengena dengan urusan syarikat. ini urusan peribadi. cuti pun banyak lagi, so ambik cuti la sehari. rasanya tak perlu bermalam kat sana, kalau nak bermalam baik aku bawak family. temerloh ngan jerantut cuma dalam 40 minit je. baik balik rumah parent aku kalau nak bermalam.

dalam mengenang kerja seharian yg makin menimbun, terfikir juga nak ubah environment. seronok tengok kawan2 kerja gomen pangkatnya besor2. baru keluar 'u' pun dah pangkat penolong pengarah. rata2 geng2 masak 'u' dulu kerja jabatan buruh, jabatan perhubungan industri, kwsp dan macam2 lagilah. baguslah kalau dapat bidang yg dipelajari dulu. ada jugak yg lari bidang langsung macam kerja bank, perhotelan, perladangan dan sebagainya. pada aku ilmu kat 'u' dulu sebagai asas je. yg lain, tengok kemahiran, peluang dan qadar dan qadar.

masa cuti hari tu ada jugak terfikir dan terdiscuss dengan wife nak cari kerja lain yg lebih menarik. wife tak de halangan. cuma sanggupkah aku bangun pagi nak ke tempat kerja, sanggupkah aku ikut jadual kerja yg strict, sanggupkah aku start dari bawahan semula (sekarangpun bawah jugak!). kalau fikir2 balik, macam tak sanggup je! apa2pun may be aku patut test market. ada ke syarikat nak orang macam aku kat company mereka. korang rasa????

Friday, October 24, 2008

Jenuh layan rumah terbuka dan majlis kahwin

Sekarang baru agak santai. kerja menimbun dan terpaksa menghadiri pelbagai mak nenek punya meeting dan diskusi berkaitan kerja. APa2 pun aku buat dengan redha dan ikhlas walaupun penat, kerana aku dibayar untuk bekerja.

selepas hari raya ni banyak benar undangan majlis perkahwinan dan majlis rumah terbuka. susah aku nak tolak. kalau yg jemput langsung aku tak kenal, memang banyak alasan boleh diberi. tapi kalau kawan2, bagaimana alasannya? aku seboleh2nya cuba menghadiri majlis2 yang diundang sama ada secara berkeluarga atau sekadar pergi bersama kawan2 yang lain.

sabtu lepas sahaja 3 undangan utama, termasuk di putrajaya, sungai besi dan pantai baru KL. aku sekadar ke pantai baru dirumah sahabat yang agak rapat. undangan di tempat lain terpaksa ditolak kerana ada sahabat yang ingin berkunjung ke rumah aku. itu belum lagi sahabat2 yang main terjah je pada sebelah malam. Pada umumnya aku tiada masalah untuk menerima kunjungan kawan2 pada sebelam malam tapi wife aku tak suka main terjah2 datang. almaklumlah kami juga perlu bersedia menerima tetamu dengan keadaan rumah yang tidak bersepahan dengan mainan anak2. kuih muih juga hampir tinggal serdak, kami perlu bersedia menjamu. tak elok rasanya kalau tetamu sekadar dihidang dengan kopi o dan biskut keras di musim perayaan aidilfitri ini.

contohnya malam semalam tiba2 seorang sahabat baik menelefon bahawa dia sekeluarga dlm perjalanan ke rumah kami. kelam kabut dibuatnya. maklumlah rumahnya kurang 5km dari rumah aku. orang dah nak datang, tak kan aku nak kata tak payah datang kot! aku pulak bukan pandai sangat berbohong kata aku tiada dirumah. so, aku minta wife kemaskan ruang tamu lebih kurang dan menyediakan sdikit juadah. sementara aku bawa luqman dan pika ke kedai membeli sedikit kek, makanan ringan, kacang, jelly dan longan dalam tin. luqman dan pika kena bawak untuk elakkan mereka 'kemaskan' lagi rumah sementara ummi mereka berkemas. Alhamdulillah, dapatlah sahabat tu dan keluarga tu makan sedikit juadah dirumah kami. hanya itu rejeki yang termampu kami sediakan. sebelum balik sempat jugak aku tumbuk perut boroi kawan tu kerana main terjah je.

untuk hujung minggu ni dah ada 2 invitation. satu macam tak boleh elak pasal dia pun dah gi rumah aku beraya. terpaksa buat lawatan balas la pulak.

Dalam kepala sekarang terpikir nak bercuti. satu tahun kouta percutian utama mengikut kemampuan aku ialah 3 sahaja. untuk tahun ni kami dah bercuti di cameron highland pada februari 2008 dan singapura pada julai 2008. masih boleh satu lagi kot? pegi port dickson, atau tempat peranginan dekat2 setakat tidur semalaman aku belum panggil cuti lagi. so, bukak drawer keluarkan buku tempat2 pelancongan yg aku boleh dapat diskaun baikk punya. nak jadi ahli kad pelancongan yang mahal2 macam berjaya vacation card, tanco world dan sebagainya aku belum mampu, so jadi ahli kad diskaun je la yer.

belek2, kepala asyik terfikir terengganu dan langkawi. terengganu off course sebab aku sebahagian warga terengganu (biar betul, entry lepas kata warga pahang. sekejab warga selangor).
aku masih rindukan pasir2 pantai dan awek2 teganu yang gebu2. makang kopok leko kat losong, beli kuih kat paso chabang tige, makang sata kat ladang, mandi manda kat kuala abang, cari biji ketereh kat kemasik, layang ais krim goreng kat batu burok, jadi kuli kat hock kee seng, dating kat a&w kat bangunan permint (bangunang tempat cendawanintim kerja sekarang), layang crite hisdustang kat panggung cathay dan rex 9sekarang dah tutup), ngorat kat kedai pasor payang. arghh... terfeeling kejab! apa tajuk tadi? ingat nak gi bercuti kat terengganu. kalau gi sana mau seminggu. mula2 kena gi rumah ahli keluarga dan saudara mara dulu. aku terpaksa duq rumah makcik aku kat wakaf tembesu. kemudian baru boleh pikir nak gi pulau kepas ke pulau redang.

Disebelah otak sebelah kiri pulak terfikir nak gi langkawi. rasanya dah berjaman aku tak ke sana. duduk masa sekolah pastu belajar kat uum ada la jugak gi sana sebab dekat dan kos murah. lepas dah kahwin tak pernah sampai. rindu nak makan ferraro roche puas2. yg lagi gairah nak gi sana pasal adik aku sekarang kat sana bersama keluarganya. bercuti bersama keluarga mertua dan ipar duai. baru selasa lepas gi rumah dia kat kuantan.

so? kena cepat2 kumpulkan budget kalau nak pergi. tapi kalau nak gi hujung tahun agak payah pasal fully booked. terengganu aku tak kisah pasal tempat sendiri. kalau kat langkawi, tak kan nak tidur tepi jeti kot? hujung tahun biasanya aku yg payah nak cuti pasal semua kerja nak kena closing. raya cina anak sepupu aku kawin pulak. kena convoi ke rumah pengantin lelaki di kelantan pulak. itupun duit jugak. kalau gaji ribu riban boleh jugak joli sakan, ini gaji ciput je. kena la planning.

apa2pun serah saja pada Allah. kita mampu merancang, segalanya terjadi dengan kehendaknya.




IZZI ADVERTISING--------------------------------------------------



Wednesday, October 22, 2008

Outstation ke Pekan, Pahang

Seperti dirancang, semalam (21/10/08)aku telah ke bandar Pekan, Pahang atas urusan kerja. turut bersama aku ialah salah seorang pegawai di syarikat aku, saiful nizam.

kami gerak dari rumah aku jam 6.40am, member aku tu parking kreta kat rumah aku. guna hiway kesas, biasalah sangkut kat jam kat area cheras. then, berhenti braekfast kat taman permata KL. aku sebenarnya dah breakfast, tapi apa salahnya breakfast 2 kali kan. kami sampai di pekan, pahang juga akhirnya setelah hampir 4 jam perjalanan. tak de pecut pun, sebab tak de nak rushing ape2. dalam perjalanan tu, rasanya 3-4 kali berhenti. saje2 nak berhenti. pada aku bawa kreta long distance ni dah biasa. malah 3 bulan lepas aku pernah buat journey dari jerantut (pahang) ke gua musang (kelantan), settlekan urusan disana dlm 2 jam. kemudian balik semula ke jerantut. rehat dan makan2 dlm 2 jam, then gerak ke klang (selangor). semuanya dalam hari yang sama dan single driver je.

kat pekan, kami settlekan kerja apa yg patut, dan kemudian gi melantak kat restoran rasa mesra tomyang seafood. restoran ni agak famous kat sini. Rata-rata pengunjungnya adalah mat salleh yang aku yakin bekerja kat area kat pekan ni. kat pekan ni memang banyak company automotive seperti AMM, Isuzu, Diamler dan lain2 lagi. Sebab perut masih lagi kenyang pasal beberapa kali dah makan sebelum datang, kami tak bercadang makan besar disini. kalau aku datang pekan, aku memang suka makan kat sini. sape yg nak makan nasi campur, memang tak payah datang sini. memang tak de. kalau ade pun cuma nasi ayam, itupun sepanjang aku datang memang tak de jual, hanya signage je ade. so, kami pilih beberapa makanan antaranya ialah ikan bawal masak merah (serainya banyak gile, mau 10 batang rasanya yang telah di blend dan di letak atas ikan), telur dadar, kailan ikan masin, tom yam. ape lagi yer.... tah lah lupa ape lagi yg kami pesan. kami pun tak mau makan banyak sebab nak pekena otak2 dan sata kat kuantan jab lagi. dalam tak nak makan tu, 2 pinggan nasi jugak aku bedal.

lepas makan, kami bergegas ke masjid sultan ahmad shah, pekan untuk solat jamak zohor/asar. on the way gi masjid, hujan turun dengan lebat. ingat nak tunggu hujan berhenti sebelum meneruskan perjalanan. tapi hujan tak mau berhenti. niat nak gi muzium pekan terbantut. kerja dah bereskan, bolehlah jalan2. apakan daya hujan lebat. di sekitar bandar pekan suasana sudah mulai sibuk dengan persiapan untuk hari keputeraan ayahanda sultan pahang, sultan haji ahmad syah yang akan berlangsung pada hari jumaat (24/10/08). ada sesetengah jalan dah mula ditutup. Sebagai rakyat negeri pahang, aku tumpang bersyukur memperolehi raja yang berjiwa rakyat. ayahanda tuanku sering melawat kampung2 dan sangat rapat dengan rakyat jelata.

kemudian kami bertolak ke kuantan. perjalanan kurang 30 minit. memandangkan adik aku sekeluarga cuti separuh hari, bolehlah aku singgah jab kat rumah dia yang terletak di pinggir bandar kuantan. aku park kereta aku kat rumah dia dan ke bandar kuantan ngan kereta dia. kami ke tanjung lumpur untuk pekena otak2, sata dan keropok di tempak kami biasa makan. tutup!. arghhh! adik aku ajak aku gi suatu tempat berhampiran yang otak2 dan sata nya juga agak sedap. sayangnya masa kami sampai, otak2 dah sold out. orang kat situ yg beratur ramai gile. yg makan kat situ pun ramai jugak. untuk pembuka selera kami pekena keropok goreng. then, kami pekena ikan kembong goreng celup tepong dan udang goreng celup tepong. sori tak de gambar sebab syok makan,lupa nak snap gambar. actually gi mane2 aku memang ada bawa digital camera. tapi masa kat pekan baru aku perasan bateri aku tak charge. nak beli bateri aku malas. so, guna camera henset je la. sori la gambar kualiti tahap cipan, maklumlah henset murah je. opss... sambung balik pasal makan tadi. then, kami pekena sata dalam rm5. sata tu agak murah iaitu rm1 = 4 pcs. semuanya untuk 3 orang makan. tiba2 aku terpandang laksam. so, aku order satu laksam sebab adik aku dan member aku tu dah tersandar kekenyangan. diorang ni langsung tak leh geng makan ngan aku laaa... Ni antara gambar aku sempat snap masa kat gerai mok naa :-


Gambar : Gerai/kedai otak2 Mok Naa kat Tanjung Lumpur, kuantan


Gambar : aku dan saiful kat gerai mok na.


Gambar : Sata. sori dah nak abis baru ingat nak snap gambar.


Gambar : Laksam


Gambar : Sata dan keropok untuk bawa balik.

Gerak je dari gerai mok naa, hujan turun dengan lebat. nasib baik kami awal 1 minit. so, nak gi jalan2 main games kat kuantan atau gi telok cempedak tak dapek la. tak kisahlah sebab kamipun tak leh lama sangat kat kuantan ni. perjalanan balik ke klang masih jauh. rindu kat anak2. luqman dan 2-3 kali call tanya ayah pukul brape balik. luqman tertu seronok aku bawa balik keropok lekor ni. sata diorang tak makan, agak pedas.

sampai kat giant kuantan, adik aku nak berhenti beli barang sat. ok lah. lagipun aku tiada pilihan sebab aku tumpang kereta dia. kang dia suruh aku naik bas lagi payah. masuk giant je ada fish spa. maklumlah jakun, aku terpaku kat situ. murah je rm12 untuk 20 minit kalau aku tak silap. aku mintak nak try 10 minit sebab kami nak cepat, salesgirl tu tak kasi. eksyen ko yer! nanti kalau aku tengok muka ko mintak kerja kat tempat aku, haram aku tak layan. ingat ko best ke kerja jaga ikan kecik dalam 100 ekor tu. datuk aku kat kampung lagi best. dia ada 2-3 kolam ikan lagi. pakcik aku sorang lagi tu lagi2 best; dia jual ikan di pasar. member aku tu siap sound aku " kat giant klang pun ada la fish spa". oh ye ke! nampak sangat aku dah berjaman tak gi giant klang. memang aku tak suka pun gi giant. may be sebab aku tak suka nama giant kot. atau aku tak suka orang terlalu crowded. argh... lantak aku lah tak suka giant ke ape. nak berbelanja duit aku kan? tapi fish spa tu memang aku rasa nak cuba nanti. tungguuu......


keluar giant, member aku cuit aku ingatkan nak beli ikan masin kat pasaraya di area rumah adik aku tu. ape nama pasaraya tu aku dah lupa (atau malas nak ingat?). kalau sampai kuantan, aku mesti singgah beli something kat sini. memang banyak choice dan murah. member aku tu kali pertama datang pasaraya tu, itupun lepas aku bagitau sebelum bulan puasa lepas aku ada bawa ayah dia datang situ. ayah member aku tu beli ikan masin dan makanan hasil laut dekat rm300 hengget. aku pun terkezut. aku ngan ayah member aku tu memang kamceng, pastu kami ada projek usahasama yg dalam proses perbincangan terakhir.

member aku tu beli banyak jugak kat situ. termasuklah kacang sempalit (baca entry aku yg lepas kalau nak tau pasal kacang ni), ikan tenggiri masin, ikan masin dan beberapa menda lagi lah. aku cuma beli sedikit ikan masin, dan 2 botol budu.





kat pasaraya ni macam2 ada. sampaikan gigi jerung pun ada jual. ni sesuai kalau sesiapa bela jerung tapi jerungnya sudah tiada gigi. kira macam gigi palsu jerung la. kalau datang lain kali aku ingat nak beli la satu gigi jerung ni. pastu buat masak sup gigi jerung, ala buat je ala2 sup tulang atau sup gear box. atau korang ada resepi yang lebh baik???



lepas shoping kat situ, kami ke rumah adik aku. kami singgah kejab je. tak sampai 5 minit. then, kami berangkat ke klang melalui hiway pantai timur. sebab perut dah kenyang, kami berhenti sekali je kat hentian rehat temerloh, pahang untuk solat maghrib dan isi minyak. sepanjang jalan hujan turun dengan lebat. sampai kat tol karak aku dah surrender. aku bagi member aku pulak drive. bukan mengantuk, tapi penglihatan sangat kabur. biar member aku yg lebih terang matanya drive pulak. kami sampai port klang jam 10pm. lepas mandi dan solat isyak, lepak ngan keluarga sambil menikmati teh panas, sata panas dan keropok panas. its no place like home. csi dan las vegas dah ulangan, malas nak layan. tu aku benci yg astro ni, ulang2 sampai aku nak muntah. crita house pun ulangan jugak hari isnin lepas. kang aku closed akaun astro kang...... tapi jenuh jugak aku nak menjawab ngan luqman / pika yg nak tengok kartun nanti. waaa......



IZZI ADVERTISING ---------------------------------------------------------

Monday, October 20, 2008

Meeting, Meeting dan Meeting

Sekarang dah jam 8.15pm (20/10/08); aku masih dipejabat. hari ni adalah hari meeting. sejak pagi tadi ada je meeting yg memerlukan kehadiran aku. last sekali meeting jam 2.30pm dan berakhir jam 7.36pm. yg last tu budget meeting utk tahun 2009. aku mcm biasalah kena present utk budjet HR department.

bayangkan kami kena present utk mintak budget department masing2 yg merangkumi aspek2 utama seperti keperluan manpower, training, tambahan mesin/alatan (capex), swot analysis, quarterly planning, dan expenditure. untuk department aku, ada la beberapa benda / software yg aku nak beli next year. expenditure aku memang ambik masa lama la sebab banyak sesi soal jawab dari director, gm dan lain2 hod. abis semua kos utama masuk kat aku spt training & development, payroll, stationary, guard cost, medicine, clinic, sundries, general expenses, travelling, uniform, donation, prayers dan segala mak nenek punya expenses lagi. campur2 memang ratus ribu riban la....

bila time department lain present pulak aku kena participate pasal ada kena mengena ngan aku termasuklah training, manpower dan lain2. yg mane boleh slash cost, aku slash la. bos2 ni kalau dapat slash cost lagi diorang suka. yg tak suka ialah department yg kena slash. muah.3x. nasiblah. bincang dulu sebelum buat. kang dah kena!

dlm meeting, semua muka toye je. semua muka lapar dan penat. walaupun disediakan makanan dan minuman, tapi semua dah tak selera nak makan. cuma sesekali keluar untuk solat, jawab telefon atau kalau aku lari jab untuk tenangkan otak. nak defrag otak la kononnya.

balik opis ingat boleh trus balik tapi sampai kat meja dah ada note dari HQ nak report penting by early tomorrow morning. cilanat betul. aku esok kena outstation ke pekan, pahang urusan syarikat. awal pagi dah kena gerak. so, nak tak nak kena stay kejab. ni lah padahnya sesetengah kerja ditanda top confidential. so, tak de masa lah aku nak paksa orang lain buat. waaa....

sambil buat kerja luqman call tanya bila nak balik. aku tau ummi dia yang suruh tu. mentang2 lah hari hujan. lagipun aku dah janji ngan diorang nak gi econsave beli susu luqman. keja mmg dah siap, dah boleh balik pun. tapi stranded sebab hujan sangat lebat. memang boleh redah tapi keselamatan amat penting. kat area sini, tiada lampu jalan. tanda pembahagi jalan pun tak de. lori kontena pulak memang macam pelesit walaupun hujan lebat. ye lah, masing2 dah letih dan nak balik rumah jumpa keluarga. bagaimana ngan kenderaan kecil? mereka selalu teraniaya. macam aku yg berkereta ok lah, yg bermotorsikal dan berbasikal macam mane?

kepada kawan2 yg bawa lori terutama lori kontena yg besar bagak tu, fikir2lah pengguna jalan yang jauh lebih berisiko dengan kehadiran anda. kalau ada kawan dan ahli keluarga yg bawa lori tapi bawak macam sial, nasihatkanlah mereka. kalau nampak mereka macam dungu je nak faham nasihat anda, tempeleng je muka mereka 4 kali. mulakan berselang seli dengan muka sebelah kiri. mungkin dah banyak syaitan bersarang dalam telinga mereka tu. (jangan babitkan aku kalau mereka terus jadi dungu seumur hidup atau mati ye).

arghh! hujan macam tak mau berhenti ni. jom kita reedahhhhh! lagipun aku dah lama tak mandi hujan ni.

Saturday, October 18, 2008

Jom Makan KFC dan Main Games

Memandangkan semalam (17/10/08) aku dah janji ngan anak2 nak bawa mereka makan kfc, kat rumah aku tak masaklah untuk makan malam. dalam jam 8pm, kami gerak ke jusco bukit tinggi klang. dekat je ngan rumah aku, kurang 10 minit dengan walaupun dengan kelajuan 70km/h. slow je lah bawa kereta pasal tak de nak kejar saper2.

sampai jusco, tujuan utama ialah makan kfc. so, kami cargas gi kfc. kfc jadi pilihan kerana anak2 aku memang suka makan kfc berbanding fast food lain. pilihan nombor 2 mereka ialah pizza hut, ketiga mc d. lagipun aku dapat voucher percuma kfc. jimat sikit duitkan!

bab makan2 ni tak de masalah punya. untuk anak2 mereka nak ayam original, whipped potatoes dan fries. so far, anak2 aku ni tak pulak nak mintak chicky meals untuk dapatkan mainan. may be mainan kfc tak menarik minat mereka kot. dalam kfc orang tak berapa ramai, may be sebab tengah bulan. kalau hujung bulan atau awal bulan, ramai gile manusia kat sini. kalau hujung atau awal bulan kami nak makan kfc, aku lebih suka pilih kat kfc port klang atau kfc tesco klang. tak le crowded sangat. kalau payah sangat nak cari tempat duduk, aku tapau je la. nak tunggu lama2 tepi orang makan memang aku tak suka sebab akupun sangat menyampah kalau aku tengah makan orang dah tunggu cop tempat. kalau angin kus2 aku datang, aku saje makan lambat2. korang lambat, tunggu je lah. Ni sebahagian gambar masa kat kfc jusco bkt tinggi, klang :-






Abis makan kami terus menuju ke jusco, sudah semestinya kat area games. Ni sekitar gambar kat situ:-





Anak2 seronok main pelbagai jenis games. luqman yang paling seronok sebab orang tak ramai semua mainan dia nak cuba. lumba motorlah, lumba kereta, memancing, kuda, mainan pukul ketam, dan macam2 lagilah yg akupun tak tau ape nama permainan tersebut. aku tukar coins RM20.00, balik rumah ada 3 coins balance. itupun pasal games yang aku nak main terlalu ramai orang booked. tiap kali aku nak main pasti ada orang tengah main. dari menunggu lebih baik aku layan anak2 main games. kalau anak2 happy, akupun happy. pika tak banyak games dia boleh main sebab belum pandai main games. takat bagi mainan yang boleh pusing2 atau berbunyi, kira dah cukup bagus. ada jugak games yg dah rosak tapi pika nak main, aku dudukkan dia dalam games tu dan tunggu je la. tak gerak pun tak pe, asalkan kehendak dia dipenuhi. pika ni cepat benor merajuk kalau permintaan dia tak ditunaikan, maklumlah anak perempuan sorang dan bongsu pulak (buat masa sekarang la....).


Gambar : ni lah mainan yg aku nak main tu. ala konon2 nak jadi macam david baeur dalam siri 24.

Jam dah pukul lebih 10pm. aku ajak balik. hasrat nak beli lauk pauk dan sayur mayur ditangguhkan. ala aku boleh beli esok kat pasar mini kat area rumah aku atau pasaraya econsave je. lagi segar. sabtu aku tak kerja.

balik rumah, macam biasa wife aku akan layan crita2 indon. malam tadi bukan malam pilihan aku tengok tv, aku layan baca majalah dan ebook yang aku beli kat internet. itulah kerja aku, cari duit mudah diinternet dengan promosikan website, jual gambar2, referer program, buat survey dan sebagainya. dapat duit aku habiskan beli barang kat ebay, lelong.com, online mall atau beli ebook hobi. pastu aku layan movie tamil sampai pagi.


IZZI ADVERTISING---------------------------------------

Buy