Wednesday, October 22, 2008

Outstation ke Pekan, Pahang

Seperti dirancang, semalam (21/10/08)aku telah ke bandar Pekan, Pahang atas urusan kerja. turut bersama aku ialah salah seorang pegawai di syarikat aku, saiful nizam.

kami gerak dari rumah aku jam 6.40am, member aku tu parking kreta kat rumah aku. guna hiway kesas, biasalah sangkut kat jam kat area cheras. then, berhenti braekfast kat taman permata KL. aku sebenarnya dah breakfast, tapi apa salahnya breakfast 2 kali kan. kami sampai di pekan, pahang juga akhirnya setelah hampir 4 jam perjalanan. tak de pecut pun, sebab tak de nak rushing ape2. dalam perjalanan tu, rasanya 3-4 kali berhenti. saje2 nak berhenti. pada aku bawa kreta long distance ni dah biasa. malah 3 bulan lepas aku pernah buat journey dari jerantut (pahang) ke gua musang (kelantan), settlekan urusan disana dlm 2 jam. kemudian balik semula ke jerantut. rehat dan makan2 dlm 2 jam, then gerak ke klang (selangor). semuanya dalam hari yang sama dan single driver je.

kat pekan, kami settlekan kerja apa yg patut, dan kemudian gi melantak kat restoran rasa mesra tomyang seafood. restoran ni agak famous kat sini. Rata-rata pengunjungnya adalah mat salleh yang aku yakin bekerja kat area kat pekan ni. kat pekan ni memang banyak company automotive seperti AMM, Isuzu, Diamler dan lain2 lagi. Sebab perut masih lagi kenyang pasal beberapa kali dah makan sebelum datang, kami tak bercadang makan besar disini. kalau aku datang pekan, aku memang suka makan kat sini. sape yg nak makan nasi campur, memang tak payah datang sini. memang tak de. kalau ade pun cuma nasi ayam, itupun sepanjang aku datang memang tak de jual, hanya signage je ade. so, kami pilih beberapa makanan antaranya ialah ikan bawal masak merah (serainya banyak gile, mau 10 batang rasanya yang telah di blend dan di letak atas ikan), telur dadar, kailan ikan masin, tom yam. ape lagi yer.... tah lah lupa ape lagi yg kami pesan. kami pun tak mau makan banyak sebab nak pekena otak2 dan sata kat kuantan jab lagi. dalam tak nak makan tu, 2 pinggan nasi jugak aku bedal.

lepas makan, kami bergegas ke masjid sultan ahmad shah, pekan untuk solat jamak zohor/asar. on the way gi masjid, hujan turun dengan lebat. ingat nak tunggu hujan berhenti sebelum meneruskan perjalanan. tapi hujan tak mau berhenti. niat nak gi muzium pekan terbantut. kerja dah bereskan, bolehlah jalan2. apakan daya hujan lebat. di sekitar bandar pekan suasana sudah mulai sibuk dengan persiapan untuk hari keputeraan ayahanda sultan pahang, sultan haji ahmad syah yang akan berlangsung pada hari jumaat (24/10/08). ada sesetengah jalan dah mula ditutup. Sebagai rakyat negeri pahang, aku tumpang bersyukur memperolehi raja yang berjiwa rakyat. ayahanda tuanku sering melawat kampung2 dan sangat rapat dengan rakyat jelata.

kemudian kami bertolak ke kuantan. perjalanan kurang 30 minit. memandangkan adik aku sekeluarga cuti separuh hari, bolehlah aku singgah jab kat rumah dia yang terletak di pinggir bandar kuantan. aku park kereta aku kat rumah dia dan ke bandar kuantan ngan kereta dia. kami ke tanjung lumpur untuk pekena otak2, sata dan keropok di tempak kami biasa makan. tutup!. arghhh! adik aku ajak aku gi suatu tempat berhampiran yang otak2 dan sata nya juga agak sedap. sayangnya masa kami sampai, otak2 dah sold out. orang kat situ yg beratur ramai gile. yg makan kat situ pun ramai jugak. untuk pembuka selera kami pekena keropok goreng. then, kami pekena ikan kembong goreng celup tepong dan udang goreng celup tepong. sori tak de gambar sebab syok makan,lupa nak snap gambar. actually gi mane2 aku memang ada bawa digital camera. tapi masa kat pekan baru aku perasan bateri aku tak charge. nak beli bateri aku malas. so, guna camera henset je la. sori la gambar kualiti tahap cipan, maklumlah henset murah je. opss... sambung balik pasal makan tadi. then, kami pekena sata dalam rm5. sata tu agak murah iaitu rm1 = 4 pcs. semuanya untuk 3 orang makan. tiba2 aku terpandang laksam. so, aku order satu laksam sebab adik aku dan member aku tu dah tersandar kekenyangan. diorang ni langsung tak leh geng makan ngan aku laaa... Ni antara gambar aku sempat snap masa kat gerai mok naa :-


Gambar : Gerai/kedai otak2 Mok Naa kat Tanjung Lumpur, kuantan


Gambar : aku dan saiful kat gerai mok na.


Gambar : Sata. sori dah nak abis baru ingat nak snap gambar.


Gambar : Laksam


Gambar : Sata dan keropok untuk bawa balik.

Gerak je dari gerai mok naa, hujan turun dengan lebat. nasib baik kami awal 1 minit. so, nak gi jalan2 main games kat kuantan atau gi telok cempedak tak dapek la. tak kisahlah sebab kamipun tak leh lama sangat kat kuantan ni. perjalanan balik ke klang masih jauh. rindu kat anak2. luqman dan 2-3 kali call tanya ayah pukul brape balik. luqman tertu seronok aku bawa balik keropok lekor ni. sata diorang tak makan, agak pedas.

sampai kat giant kuantan, adik aku nak berhenti beli barang sat. ok lah. lagipun aku tiada pilihan sebab aku tumpang kereta dia. kang dia suruh aku naik bas lagi payah. masuk giant je ada fish spa. maklumlah jakun, aku terpaku kat situ. murah je rm12 untuk 20 minit kalau aku tak silap. aku mintak nak try 10 minit sebab kami nak cepat, salesgirl tu tak kasi. eksyen ko yer! nanti kalau aku tengok muka ko mintak kerja kat tempat aku, haram aku tak layan. ingat ko best ke kerja jaga ikan kecik dalam 100 ekor tu. datuk aku kat kampung lagi best. dia ada 2-3 kolam ikan lagi. pakcik aku sorang lagi tu lagi2 best; dia jual ikan di pasar. member aku tu siap sound aku " kat giant klang pun ada la fish spa". oh ye ke! nampak sangat aku dah berjaman tak gi giant klang. memang aku tak suka pun gi giant. may be sebab aku tak suka nama giant kot. atau aku tak suka orang terlalu crowded. argh... lantak aku lah tak suka giant ke ape. nak berbelanja duit aku kan? tapi fish spa tu memang aku rasa nak cuba nanti. tungguuu......


keluar giant, member aku cuit aku ingatkan nak beli ikan masin kat pasaraya di area rumah adik aku tu. ape nama pasaraya tu aku dah lupa (atau malas nak ingat?). kalau sampai kuantan, aku mesti singgah beli something kat sini. memang banyak choice dan murah. member aku tu kali pertama datang pasaraya tu, itupun lepas aku bagitau sebelum bulan puasa lepas aku ada bawa ayah dia datang situ. ayah member aku tu beli ikan masin dan makanan hasil laut dekat rm300 hengget. aku pun terkezut. aku ngan ayah member aku tu memang kamceng, pastu kami ada projek usahasama yg dalam proses perbincangan terakhir.

member aku tu beli banyak jugak kat situ. termasuklah kacang sempalit (baca entry aku yg lepas kalau nak tau pasal kacang ni), ikan tenggiri masin, ikan masin dan beberapa menda lagi lah. aku cuma beli sedikit ikan masin, dan 2 botol budu.





kat pasaraya ni macam2 ada. sampaikan gigi jerung pun ada jual. ni sesuai kalau sesiapa bela jerung tapi jerungnya sudah tiada gigi. kira macam gigi palsu jerung la. kalau datang lain kali aku ingat nak beli la satu gigi jerung ni. pastu buat masak sup gigi jerung, ala buat je ala2 sup tulang atau sup gear box. atau korang ada resepi yang lebh baik???



lepas shoping kat situ, kami ke rumah adik aku. kami singgah kejab je. tak sampai 5 minit. then, kami berangkat ke klang melalui hiway pantai timur. sebab perut dah kenyang, kami berhenti sekali je kat hentian rehat temerloh, pahang untuk solat maghrib dan isi minyak. sepanjang jalan hujan turun dengan lebat. sampai kat tol karak aku dah surrender. aku bagi member aku pulak drive. bukan mengantuk, tapi penglihatan sangat kabur. biar member aku yg lebih terang matanya drive pulak. kami sampai port klang jam 10pm. lepas mandi dan solat isyak, lepak ngan keluarga sambil menikmati teh panas, sata panas dan keropok panas. its no place like home. csi dan las vegas dah ulangan, malas nak layan. tu aku benci yg astro ni, ulang2 sampai aku nak muntah. crita house pun ulangan jugak hari isnin lepas. kang aku closed akaun astro kang...... tapi jenuh jugak aku nak menjawab ngan luqman / pika yg nak tengok kartun nanti. waaa......



IZZI ADVERTISING ---------------------------------------------------------

19 comments:

BurungBelatuk said...

Sedapnyer makan2....len kali kalu makan ajak la...leh aku bw pameli aku skali.

izman said...

burungbelatuk,
no hal. boleh family kenal2

Nur a.k.a admansyah said...

Aku org Kuantan pun tak penah pi makan sata kat situ beb! lenkali nak ajak laki aku gi-lah.

izman, hang nie staf Northport erk? aku ada ramai client pegang share NCB tau! tak pasti ler plak hang ni client aku ke tak...

arsaili said...

salam bro..sodapnya makan2 ni..sy pun hobby makan..ahahaha

cendawanintim said...

giler banyak ko beli kopok...ko nak bagi kat sape tu weiiiiiiii???

izman said...

nur a.k.a admansyah,
aku kerja kat kilang la, bukan northport. north port tu aku gi ada urusan je.

memandangkan ko ada kawan kat northport, cuba ko tanya ada kerja HR kosong tak? mane tau gaji besor. nak jugak aku keje sana.

kalau ko balik kuantan, baik ko cuba. lain kali aku promote rojak taman gelora pulak. aku lama duduk kuantan dulu.

izman said...

arsaili,
ko kat ostralia ada otak2 atau sata tak selain frozen? (saje nak suruh ko nangis dan cepat2 balik malaysia ni...)

izman said...

cendawanintim,
stok la. kat klang ni mane dapat keropok sedap. kat shah alam ada kilang buat keropok, tapi rasanya hampeh! rugi je aku gi beli dulu, dah la jauh.

Izman : pemburu keropok

muadzlife said...

wah..makan2 ko ek..behnyaaa..

Mak Su said...

teringat kat keropok ikan parang

izman said...

muadzlife,
banyak ke macam tu. kalau ikut kenormalan aku, itu baru permulaan je.

izman said...

mak su,
teringat ke mengidam Ni?

Tie said...

Salam...eh! tak pernah lak tgk gigi jerung dijual kat mana2..kelakar lak..buat sup ke??

PENDEKAR said...

jauh gak ko berjalan2 cari makan yek... heh... best tue....

izman said...

tie,
memang ada banyak kedai jual menda alah ni. tak pasti buleh buat sup ke tidak, tapi kalau nak goreng confirm tak lut nak makan. so, baik kita minum sup dia je.

izman said...

pendekar,
kebetulan dah sampai sana, cari makan la beb.

izman said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam bro,
Ko ni Sekolah Mana. SMART, Panglima Perang, Alor Akar, Air Puteh?
Kita ni SABS. Kalau ko kata ko sekolah AFZAN atau MGS, kita memang tak puas hati laa. Puas le ko Cuci Mata ni...
Kita cerita kat Bini ko ni...

izman said...

Anonymous,
he.3x.... nak cuci mata x perlu sekolah smart. aku pakai eye mo je.

ko ni hentam keromo je, mane la aku sekolah kat sekolah high class mcm smart tu, aku sekolah kampung je beb. kat kampung, pompuan lagi comel beb, muka comel tanpa mekap, cutting bodi cantik psl hari2 jalan kaki gi sekolah. (opsss! apa aku cakap ni.)