pagi tadi (16/10/08) sebelum dtg opis ada member call bagitau jalan ikut jalan biasa aku lalu sebab banjir besar. banjir ni actually dah start dari hari sebelumnya. biasalah kalau duduk tepi laut.
Belum sempat pekena nasi lemak, staff aku dah ingatkan aku tentang sesi briefing pekerja yg baru melapor diri. setelah mendapat kepastian bahawa salah sorang pekerja yg lapor diri masih bujang, cargas je aku pergi. bukan menggatal ye kawan2, itu sebenarnya adalah mangkin utuk memulakan hari2 dengan semangat 46 (apa aku melalut ni?). biasalah kerja2 HR, asyik2 aku je kena briefing, cuba la yg briefing tu diberi kat cleaner aku ke, guard aku ke, driver ke, bukan ke lagi meriah. abis briefing barulah aku dapat menikmati sarapan dengan aman.
sedang2 syok2 buat kerja, tiba2 GM aku call minta jumpa dia segera. dalam hati berkata "apahal la ni, ada kes besar lagi ke?". GM aku masa aku jumpa tu ngan Finance Manager dan sorang executive yg buat clearance kastam. aku diberi taklimat sikit dan biasalah kalau dah hero, mesti nak mintak tolong la tu. kalau ada je hal2 syarikat sesetengah hal yg tak boleh dibereskan terutama melihatkan gomen dan syarikat2 lain, aku je yd spermman. nasib baik aku pakai spender merah hari ni, boleh la aku tolong, ada power gitu!
macam biasa aku yg tak tau hujung pangkal akan berlagak pandai dan menyoal itu dan ini kepada kawan aku yg bertanggungjawab tu. cis, dah la nak mintak aku tolong, guna kereta aku pulak. alasannya aircond kereta dia rosak. mangkuk betul, dah la company kami buat air-cond, mintak la beli satu dengan harga murah, staff price kata orang puteh. tapi kalau kawan aku beli air cond syarikat, confirm aku tak mau naik kreta dia, mau jadi frozen meat nanti. kami supply air cond untuk bas. bayangkanlah kalau air cond tu dipasang pada toyota unser.
sebab dua2 daripada kami memang tak penah gi north port, rasa teruja (excited) pun ada. sape doq port klang may be ramai yg tau disini banyak pelabuhan. salah sikit nanti pergi tempat lain. orang yg ikut aku tu pon haram tau tau arah tujuan nak gi mana, nak jumpa siapa. bila tanya tujuan pun, haru biru!. sekali jugak makan langsat da...(sesat la tu). salah tunjal da. sebab dia banyak gate, kami ikut gate yg salah. terpaksa buat satu balik kuang (u turn). akhirnya kami sampai ke jalan yang benar.
Selepas urusan selesai, kami bergegas ke wisma kastam berhampiran tanjung harapan. ala tempat seafood yang famous amos kat port klang.
alhamdulillah, selepas beberapa ketika dan bertanya orang itu dan ini, mission accomplished!. tu pun ambil masa agak lama. sempat la aku pekena nasi campur kat gerai depan wisma kastam tu. masakan memang kureng sedap, tapi sebab dah tahap kebulur, hamtam sajalah labu!.
8 comments:
izam musti lapar gilerkan, lps tu pi wisma tak sedap lak. ciannyer
erinsza,
ha.3x. dah nasib. tp alhamdulillah dapat makan.
terima kasih buat lawatan balas yer. dtglah selalu
ko gi wat per kat northport tuh??nak ikuttttt!!
cendawanintim,
ko ingat gi genting highland ke nak ikut. ini mission mebahaya tau...
weh.. aku org klang weh... beranak pon kat port klang nun.. kekeke.. lama xpi mancing kat sana.. penyu pon pernah dapat ko.. kekekeke
mission possible (hari ni aku tulis cerita Tamil)
kuchalana,
la... org port rupenye.
kalau turun mancing bagitau la, boleh aku nak belajar2 ilmu ke hape2 yg patut.
penyu aku x penah dapat, sampah sarap pernah!
mak su,
ha.3x. cayalah. nanti kita bukak kelab peminat crite tamil berbangsa melayu.
Post a Comment